Tuesday, October 27, 2015

"The Truth Behind The Shadows"





Catatan Srikandi XVII : "The Truth Behind The Shadows"



Nota: Srikandi ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Fairuz Hamdan sekeluarga atas bantuan kepada beberapa projek tesis sebelum ini.









"Martina!"

"Martina!"

Seorang wanita pertengahan umur kelihatan berjalan dengan agak pantas. Keadaan agak samar-samar dengan cahaya rembulan bercampur-campur dengan kabus malam. Ia menimbulkan suasana yang kurang selesa.

"Martina!"

"Martina!"

Keadaan seperti di dalam hutan namun pokok-pokoknya kelihatan teratur,seperti hutan simpan di Selayang atau ladang getah.

Wanita itu terus berjalan dengan pantas tanpa menghiraukan panggilan yang entah dari mana. Pandangan terus menghala ke belakang wanita tersebut terus masuk ke dalam pepohonan yang diselubungi kabus malam,sekali-sekala disinari rembulan.

Kemudian seolah-olah saya dibawa ke satu kawasan belukar yang kelam. Kemudian tiba-tiba ia berhenti di satu tempat,betul-betul di depan sebuah kepingan batu yang kelihatan berat. Saya mendongak,dan melihatnya. Dalam pandangan yang kekaburan,saya melihat ada seakan-akan barisan perkataan terpahat di atasnya. Cahaya rembulan tiba-tiba menyinari permukaan batu tersebut. Saya tergagap-gagap membaca tulisan itu.



Martina Timmers

1759-1822









"Haaaaaaaahhhh"

Saya terbangun. Peluh halus merenik di dahi. Saya mengalihkan kertas-kertas salinan The Calcutta Gazette of 1848 ke tepi katil. Saya melihat jam,baru menunjukkan pukul 4.15 pagi. Saya bangun dan menuju ke meja belajar. Saya buka lampu meja. Oh,kertas-kertas itu. Saya bergegas ke katil dan mencapai kertas-kertas salinan The Calcutta Gazette of 1848.

8.30 a.m ...

Pagi itu saya ada temujanji dengan Badrul. Dia telah menghubungi saya melalui Whatsapp ingin bertemu dengan saya di kafe pelajar. Saya pun mengenakan blaus bercorak jeans dan seluar kasual longgar warna gelap. Saya mencapai beg denim kelabu saya dan memasukkan beberapa dokumen, buku dan fail ke dalamnya. 

Saya menyembur minyak wangi SilkyGirl ke badan dan mengenakan pelembab di bibir. Saya kenakan sedikit celak di mata biar nampak segar sedikit. Malam tadi saya tidur agak lewat dan terbangun awal kerana bermimpi aneh. Saya membetulkan tudung saya di depan cermin.

Saya sarungkan kaki saya ke sepasang kasut Vincci berjalur biru. Tiba-tiba saya rasa berdebar. "Rileks Srikandi....follow your heart," saya tersenyum.








When you go
Would you even turn to say
"I don't love you
Like I did
Yesterday"



Saya berjalan riang merentasi bangunan-bangunan akademik menuju ke kafe. Beberapa rakan dan pensyarah menegur saya ketika berselisih. "Hai,cantik nampak?Ada kuliah ke atau nak mengajar tutor?" tegur Mat Bon. Saya hanya melempar senyum menggoda sahaja ke arah Mat Bon. Terus saya berjalan pantas meninggalkan Mat Bon terpinga-pinga.

Saya menuju ke arah kafe. Saya lihat di kejauhan,ada kelibat seorang lelaki muda sedang duduk di salah satu meja. "Lama menunggu?Sori la ek...," saya menegurnya.

Badrul mengangkat wajahnya. "Oh, Cik Siti...takla lama,baru 10 minit sahaja,sila-sila. Nak minum apa?"

Saya memesan minuman. Badrul sedang menyelak helai demi sehelai buku yang saya hulurkan tadi. Khusyuk nampaknya dia membaca beberapa bahagian dalam buku tu. "Sign siapa besar-besar ni?"

Saya tersenyum. "Helmi Affendi, orang kuat The Patriots."

"Selebriti ke?Macam familiar je nama dia."

"Taklah...tapi dia ada tulis beberapa novel dengan Karangkraf."

Badrul memandang wajah saya sambil mengangguk-angguk. "Oh..i see...err...yang mana ya?"

Saya mengangkat kening. "Bab 37 atau 38...yang sebut pasal angka."

"Bab 38,okay...biar saya baca sekejap ya," minta Badrul.

Saya menjamah air barli suam. Beberapa orang pelajar mengambil tempat di dalam kafe. Kelihatan 3 orang pelajar seperti dari negara Timur Tengah sedang berbual dengan rancak di satu sudut. Tiba-tiba saya terkenangkan masa-masa silam ketika program pertukaran pelajar.

"Sekitar abad ke-4 hingga ke abad ke-13 Masehi,pengaruh Hindu-Buddha jadi trend di seluruh Asia Tenggara,terutama di peringkat feudal dan bangsawan. Ini disebab ketika itu hanya agama Hindu-Buddha sahaja ketika itu memiliki sistem dan teks ajaran yang tersusun berbanding kepercayaan animisme yang bersifat tidak formal dan tidak sistematik seperti penyembahan Gunung Jerai di zaman Kedah Tua," ujar Dr. Masri.

"Ia bukan eksklusif dalam sejarah Melayu mahupun etnik-etnik Nusantara lain,seperti Jawa,Sunda atau lain-lain malah ia mempengaruhi sejarah Khmer,Burma,Thai,Cham dan Mon."

"Setelah kedatangan agama Islam,yang memiliki konsep ketuhanan yang diterima oleh rakyat serta memiliki teks ajaran yang sistematik,maka ia telah diterima dengan baik oleh masyarakat Nusantara amnya dan meninggalkan agama Hindu-Buddha" sambung Dr. Masri.

Ketika itu adalah subjek Sejarah Asia Tenggara. Saya di masa-masa itu masih free hair dengan jari kuku yang dihitamkan dan selalu ke kuliah dengan memakai jeans dan mengenakan ruffles lengan panjang. Kadang-kadang saya tersenyum mengenangkan fesyen saya ketika itu.

"Doktor,ada pihak yang cuba nak mengaitkan asal-usul masyarakat di rantau ini dengan India disebabkan pengaruh Hindu-Buddha dalam tulisan,prasasti dan beberapa elemen lain,apa pandangan Doktor?" tanya seorang pelajar lelaki.

"Trend tidak mengubah asal-usul atau bangsa.Seperti kita hari ini dipengaruhi trend globalisasi yang diterajui oleh negara-negara Barat yang berbahasa Inggeris. Hari ini kita pakai tulisan rumi,banyak istilah pinjaman dari Bahasa Inggeris dan memakai produk yang berjenamakan Barat dengan nama-nama Barat adalah perkara biasa dan jadi trend. Adakah 500 atau 1000 tahun akan datang,ada orang yang menyangka kita ini berasal dari Amerika?" Dr. Masri tersenyum memandang para pelajar.

"Ada pihak yang cuba menafikan sejarah Melayu sebelum kedatangan Islam kononnya nak maju,majulah sebab agama bukan sebab bangsa,apa pandangan Doktor?" kata seorang pelajar lelaki yang bersuara garau.

"Saya cadangkan pihak-pihak tersebut supaya menyertai gerakan dakwah di seluruh dunia,bantu para pendakwah yang keluar di jalan Allah,barulah maju agama dan insya Allah bangsa sekali, bukannya dengan cara memadam dan menentang sejarah. Subjek sejarah adalah salah satu subjek akademik dan bukan boleh dibincangkan dengan sentimen.Nak maju dengan agama tetapi berbohong sejarah bangsa adalah perbuatan zalim dan keji yang bukan dari ajaran agama" jawab Dr. Masri sambil tersenyum.

"Suruh je diorang masuk Tabligh,dari bertekak tak abis-abis pasal sejarah bangsa!" sampuk suara dari belakang.

Para pelajar ketawa kecil. Saya mula mendapat inspirasi dari sini. Bagaimana jika selang masa kira-kira abad ke-4 hingga ke-13 Masehi itu ada orang cuba padamkan semata-mata kononnya zaman Hindu-Buddha dan bukan mencerminkan Keislaman sejati,maka ini sudah tentu mencampakkan sejarah Melayu di antara selang masa itu ke dalam satu blackhole.

Sejarah adalah subjek seperti sains juga,ia memiliki hujah dan kajian tertentu,sumber dan kaedah untuk menentukan sesuatu fakta atau kronologi. Jika penghakiman sejarah jatuh kepada orang yang buta sejarah,dengki,sentimen membuta-tuli atau kerjanya suka membakar sejarah maka sejarah akan jadi hodoh dan rosak.








"Adakah orang Thai,Khmer,Burma,Mon dan lain-lain berasal dari India semata-mata berpegangkan premis begitu?Trend hanya melibatkan beberapa elemen dan ini adalah proses pengayaan budaya kesan hubungan dua hala antara komuniti ke satu komuniti. Hari ini kita masih bercakap bahasa ibunda kita di samping hidup dalam arus trend globalisasi. Kita tidak bertukar jadi Mat Saleh," Dr. Masri menambah.

"Sejarah tetap sejarah,kadang-kadang jika kita perhatikan hari ini melalui pengaruh agama Islam,ada orang dalam masyarakat kita lebih Arab dari orang Arab. Pakaian,makanan,cakap pun bau-bau Arab ana..ente...adakah mereka ini sudah bersalin kulit kepada Arab?"

Para pelajar tersenyum-senyum. Saya mula memikirkan bahawa sejarah tidak boleh cuba dipadam atau dinafikan. Jika dibuat begitu akan ada masalah kelak dari segi kronologi dan garismasa. Makanya ia seolah-olah seperti membuat satu pembohongan yang besar. Yang penting adalah pengajaran dari sejarah,bukan sentimen membabi-buta.

"Bagaimana dengan Mamak atau Malbari yang cuba menjadi Melayu?" sampuk seorang pelajar di belakang tiba-tiba. Dewan kuliah menjadi kecoh seketika. Ada yang ketawa dan ada yang kelihatan sedang membincangkan soalan pelajar itu tadi.

"Cik Siti...Cik Siti."

Saya membeliakkan mata. Badrul sedang duduk santai sambil tersenyum ke arah saya. "Termenung jauh nampak?"

Saya membetulkan blaus saya. "Takde apa-apa..jenuh menunggu Bad baca," saya melemparkan senyuman.

"Hmm...menarik juga,saya pernah mendengar tentang prasasti Khmer tu tapi rupanya ia wujud dalam prasasti berbahasa Melayu juga. Siapa Srikandi ni?" Badrul bertanya.

Saya hanya tersenyum. Banyak yang kami bualkan pagi itu. Badrul nampaknya berminat dengan buku yang saya perkenalkan itu.

Kemudian barulah Badrul membuka cerita tentang sebuah badan bebas yang mendapat geran dari sebuah agensi kerajaan untuk membuat pemetaan arkeologi di Kelantan.








Saya mula memasukkan beberapa kertas,buku dan dokumen ke dalam beg denim saya. Lusa di tempat yang sama,kami akan bertemu lagi untuk projek pemetaan itu. Saya mengucapkan terima kasih kepada Bad (sekurang-kurangnya dia belanja segelas air barli suam) dan bersiap-siap untuk beredar sehinggalah Badrul tiba-tiba bersuara. "Awak Srikandi kan?"

Saya tunduk merenung kasut Vincci berjalur biru. Bibir saya tersengih sedikit. "Mengapa saya Srikandi?" saya memandang wajah Badrul dengan bersahaja.

Badrul tersenyum. "Takpelah...abaikan soalan saya tu. Lusa jangan lupa tau."

Saya meninggalkan kafe. Langkah saya semakin cepat ke kuarters universiti. Saya ingin segera menyambung bacaan saya berkenaan kes 'pembunuhan' Puteri Vibhavadi Rangsit.



















~Srikandi

forever in history

 


15 comments:

  1. Assalamualaikum.cik sri tau tak pasal tok gurap @ panglima gurap?

    ReplyDelete
  2. Ok... Ini yang jeles dengan Helmi Affendi!!! Huh!

    ReplyDelete
  3. berhati-hati sayang, jgn sampai dedah indentiti diri tu :)

    ReplyDelete
  4. Mengapa Melayu nusantara begitu lunak menerima risalah Islam seawal 700 masehi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecenderungan untuk mencari kebenaran sebenar

      ~Srikandi

      Delete
    2. ...dan kerana sudah sekian lama terasuh dengan budaya beragama dari Hinduisme, Buddhisme dan Hindu-Buddha. Riwayat bangsa Melayu adalah sejarah bangsa yang beragama.

      Delete
  5. Assalamualaikum...mohon kalau srikandi boleh menghuraikan tentang pelayaran-pelayaran di asia khususnya ...sy baru menonton cerita moby dick(in the heart of the sea) sgt2 best dan sy juga ingin mengetahui tentang pembiaya pembiaya zaman2 dahulu..adakah mmg ada hujahnya tntg this ancient voyage story

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam....insyaAllah saya akan kupas ttg ini.terima kasih krn membaca tulisan saya

      ~Srikandi

      Delete
    2. Hampir setiap minggu memang saya akan sentiasa baca dari awal tentang alter terahsia ..jilid demi jilid dan saya sangat2 suka untuk mengulangi hasil kajian dan penulisan srikandi...mungkin suatu hari nanti Tuhan akan dpt pertemukan sy dgn srikandi....insyaAllah

      Delete
  6. Pandangan saya, umat melayu itu pernah terlentur dan terbentur oleh syiar kerohanian dari ajaran atmanisme dan budhisme yang murni sebelum syiar itu bertukar menjadi agama ritual. Kedatangan Islam dengan nafas kerohanian baru menggugah semula roh kerohanian yang lompong.

    ReplyDelete
  7. Mcm mn cara utk hubungi cik? Sy nk ajak buat kajian...klau blh hubungi sy di..0199592810

    ReplyDelete
    Replies
    1. kajian ttg apa itu? just emelkan apa2 pertanyaan di srikandisejarah@gmail.com

      ~Srikandi

      Delete