Friday, October 21, 2011

Catatan Srikandi IX




Catatan Srikandi IX





"Follow your heart,Srikandi..."







Subuh tadi setelah selesai menyiapkan tugasan saya,tanpa saya sedari saya terlelap di depan komputer riba saya.Di luar hujan renyai-renyai.Dalam keadaan amat mengantuk itu saya tiba-tiba teringatkan satu peristiwa yang menyentuh hati saya ketika lawatan ke Thailand 2 tahun lepas.Suasana sejuk subuh itu mengingatkan apa yang saya rasai di sebuah tanah perkuburan di Thailand.

Dua tahun yang begitu memenatkan.Dua tahun setelah pengembaraan saya ke Eropah.Minat saya terhadap sejarah Melayu memungkinkan segala-galanya.Kehadiran saya dalam satu seminar sejarah di sebuah universiti luar negara menarik minat sekumpulan think tank negara yang bergerak secara persendirian.Ada sesuatu yang saya miliki yang membuatkan mereka mendekati saya.

Sejarah Malay city-states adalah penuh misteri.Dari negarakota-negarakota Melayu inilah munculnya 9 negeri-negeri Melayu di dalam Malaysia pada hari ini yang mempunyai raja masing-masing.Negarakota-negarakota Melayu inilah nenek moyang kepada semua negeri-negeri Melayu ini.Dalam catatan Khmer ia disebut sebagai 'Malayang' yang bermaksud 'negeri Malayu'.Sehingga ada direkodkan bahawa raja Angkor pernah berurusan dengan seorang pemerintah Malayang di kawasan yang dikenalpasti oleh pengkaji Kemboja sebagai Battambang pada hari ini.Dari sekian banyak 'Malayang' ini yang bertaburan dari Singapura,semenanjung hingga ke Segenting Kra menembusi Thailand dan Kemboja pada hari ini,kini tinggal 9 negeri dan 1 negeri yang kini menjadi Negara Brunei Darussalam,mempunyai kedaulatannya sendiri.Saya belum menulis tentang negeri-negeri Melayu di Kepulauan Indonesia,terutamanya di Sumatera.Maka dari sekian banyak warisan Malay city-states ini,hanya 10 negeri yang benar-benar berkuasa mewarisi kedaulatan empayar dapunta dan maharaja sejak kira-kira 2000 tahun yang silam.

Sistem beraja Melayu adalah antara yang paling tua dengan Kesultanan Kedah antara kesultanan tertua di dunia.Kita di Malaysia mungkin tidak tahu menahu tentang adakah orang Melayu pernah menjalankan perdagangan maritim pada abad pertama Masehi,namun rekod tentang aktiviti kita pada masa lampau memang 'meriah' di luar negara.Terutamanya dalam rekod-rekod imperial China.Raja-raja Melayu purba bijak menghantar duta-duta ke negara China,dengan pengetahuan bahawa di istana China memang terdapat tukang tulis yang akan merekodkan aktiviti istana dan akan disambung walaupun berpindah dari dinasti ke dinasti.Jadi tindakan ini bukan sebagai tanda mereka lemah atau tanda sebuah penyerahan (submission) tetapi cara untuk merekodkan kewujudan mereka,kewujudan tamadun Melayu,kewujudan keturunan kita di masa lampau supaya generasi Melayu era nuklear dan teknologi maklumat pada hari ini tidak berasa rendah diri malah bersemangat untuk terus maju ke depan.

Siapa yang tahu tentang kesahihan kerajaan Langkasuka?Nama Langkasuka memang popular dalam kesusasteraan Melayu (Hikayat Merong Mahawangsa contohnya) dan Jawa (Kakawin Negarakertagama),namun orang yang dungu dan pesimis di kalangan kita menganggap Langkasuka adalah dongeng atau kerajaan khayalan.Namun apabila ditemui dalam rekod era Dinasti Liang (abad ke-6) Masehi yang mengatakan terdapat sebuah kerajaan bernama 'Lang-ya-xiu' terletak di semenanjung,maka nama Langkasuka tadi yang tercatat dalam hikayat-hikayat Melayu tiba-tiba menjadi sensasi dan trivia!

Malah dalam rekod Dinasti Liang tadi mengatakan bahawa kerajaan purba ini telah wujud sejak abad pertama Masehi lagi!

Bila ada anak-anak Melayu yang buta sejarah (saya lebih maksudkan mereka yang berpelajaran,ada yang menjadi pemimpin politik) mempertikaikan sejarah bangsa mereka sendiri,adakah mereka akan percaya apabila saya suakan hikayat-hikayat Melayu sebagai bukti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu silam?Sudah tentu tidak.Pendidikan luar negara mereka mengatakan bangsa mereka sebagai 'barbarian' dan 'uncivilized'.Mereka pula mengatakan sejarah Melayu adalah mitos dan dongeng.Namun apabila saya ketuk kepala-kepala mereka dengan rekod-rekod imperial China ini seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui dan lagi dan lagi maka adakah mereka akan tersedar?Adakah mahu saya hentak kepala mereka dengan batu-batu bersurat atau prasasti itu?Mahukah saya rebus semua catatan-catatan pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua kemudian memaksa semua 'cendekiawan-cendekiawan' (atau cendawan) ini menelan air rebusan tadi panas-panas??

Kebodohan sesetengah dari kita adalah kerana terlalu selesa menjadi pekak,bodoh dan bisu di dalam tempurung yang dibuat khas ketika era kolonial untuk kita.Tak kiralah kita berpendidikan dalam atau luar negara,namun kalau sudah terjajah pemikiran,maka yang keluar dari mulut dan tangan yang menaip adalah ekspresi minda yang terjajah dan terkongkong dengan 'inferiority complex'.

Salah satu ciri pemikiran terjajah ialah sibuk mengaitkan Hang Tuah dengan orang Cina,mengaitkan orang Melayu berasal dari India dan Yunnan di China dan mengatakan bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.

Bahasa Inggeris yang pekat dengan istilah Jerman Kuno dan mempunyai hubungan dengan Sanskrit tidak pula sibuk-sibuk dikatakan berasal dari Sanskrit.Pernah tak belajar lingustik tentang kelompok bahasa yang dinamakan Indo-European?Kalau anda belajar tentang kelompok bahasa ini anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa bahasa-bahasa Eropah mempunyai kaitan dengan bahasa Sanskrit.Rekod pertama tentang kaitan antara Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah ialah catatan Filippo Sassetti,seorang pedagang Itali yang mengatakan terdapat banyak perkataan Sanskrit yang punya perkaitan dengan bahasa Itali seperti deva/dio (God),sarpa/serpe (serpent), sapta/sette (seven).

Kita ambil contoh perkataan ibu dalam bahasa Inggeris ialah 'mother'.Old English disebut 'modor'.Dalam Sanskrit disebut sebagai 'mater',bahasa Iran disebut 'matar' manakala bahasa Celtic disebut 'mathir'.What the hell of this?

Sebab itu bahasa Inggeris dikelompokkan dalam satu kategori linguistik yang sama dengan Sanskrit.Ini BARULAH BETUL dikatakan English berasal dari Sanskrit atau Sanskrit berasal dari English.TETAPI BAHASA MELAYU BERADA DALAM KELASNYA YANG TERSENDIRI.Bahasa Melayu berada dalam kelompok Malayo-Polynesia dan berada dalam kelompok besar Austronesia apabila ditemui bahasa pribumi Taiwan mirip bahasa-bahasa Nusantara.

Pengaruh Sanskrit dalam bahasa Melayu adalah kerana interaksi antarabangsa BUKAN kerana bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.Anda mungkin terkejut bukan sahaja terdapat pengaruh bahasa Sanskrit malah istilah Phoenicia,Ibrani (ancient Hebrew) dan Mesir Kuno (ancient Egypt) masih tertinggal dalam bahasa Melayu!

Ini bermaksud terdapat interaksi antarabangsa antara bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa purba di dunia.Di antara istilah-istilah pengaruh asing ini terdapat istilah-istilah yang bukan berasal dari mana-mana namun mempunyai keunikan dan keasliannya yang tersendiri.Dan ini meletakkan kelas bahasa Melayu dalam kelompoknya yang sendiri,dari Madagaskar hingga Polynesia.

"Siti,saya ingin nyatakan kepada kamu,apa yang kamu lihat nanti adalah rahsia negara saya.Kamu boleh tulis sedikit tentangnya,tetapi bukan semua," Pong berkata saya ketika saya di depan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand 2 tahun yang lalu.




Saya mengangguk perlahan,sambil merenung ke arah Phaya Tani (Seri Patani),sebuah meriam besar peninggalan kerajaan Patani.Tanpa saya sedari saya melangkah meninggalkan Pong dan menuju ke arah meriam besar itu.Saya mengusap-ngusap meriam besar itu.Tiba-tiba saya merasakan seolah-olah saya sebagai seorang pemerintah sebuah kerajaan.Sebagai Yang Mulia Ratu Biru.Saya merasakan saya sedang memeriksa meriam besar itu yang dibuat atas arahan saya untuk menghadapi ancaman luar.Ah,ini pengaruh filem Queens of Langkasuka,detik hati kecil saya.Air mata saya menitis.

"Siti!Mari...kita masuk ke dalam..." Pong memanggil saya.

Di dalam bangunan Kementerian Pertahanan Thailand,saya ditanya beberapa soalan.Adakalanya saya di'backup' oleh Pong yang akan menerangkan secara terperinci dalam bahasa Thai jika pegawai yang menemuduga saya tidak berpuashati.Kemudian saya dan Pong pun dijemput menaiki sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang bercermin gelap.Bayangkan adakah saya selesa sebagai seorang gadis Melayu bersama-sama lelaki-lelaki Thai yang sudah pasti tidak saya percayai (walaupun saya kenal Pong,namun dia itu pun 'bermasalah') di dalam kenderaan bercermin gelap?Akhirnya saya menaiki kenderaan itu bersama seorang pegawai wanita (setelah dimohon,dan di'backup' oleh Pong).

Anda tahu ke mana saya akan dibawa?

Saya akan dibawa melawat satu tapak makam diraja berusia kira-kira 700 tahun.Makam diraja purba itu digazetkan sebagai pemakaman raja-raja kerabat Sukhotai dan Lavo,namun Pong berbisik kepada saya bahawa dia sangsi melihat beberapa batu nisan makan yang berbentuk teratai dan tulisan kuno yang menyatakan perkara sebaliknya.Saya berfikir,kenapa tiba-tiba keluar perkataan Sukhotai?Itu kerajaan di utara.Lavo?Itu kerajaan di tengah Thailand.Kalau disebut Ayutthaya saya boleh terima lagi.

Kenderaan pacuan 4roda itu merentas kawasan pedalaman di selatan Thai,tepatnya di Surat Thani Province.Bergegar-gegar kenderaan itu merempuh jalan yang berbukit-bukit.Namun saya tidak tahu berada di mana.Cermin gelap menghalang pemandangan,manakala saya diberikan tempat duduk di tepi pintu kereta dengan pegawai wanita di tengah dan Pong di hujung sebelah lagi.

Saya teringatkan kata-kata Pong,pemuda Thailand yang pernah menyimpan perasaan terhadap saya,"Siti,apa yang saya lihat di dalam arkib negara saya amat mengejutkan.Apabila saya membaca sebahagian manuskrip,saya asyik teringatkan wajah kamu.Tak tahu kenapa".

"Saya telah dibawa melihat satu makam diraja yang amat cantik.Ia terletak sepi di dalam hutan rimba.Pada mulanya saya tidak perasan apa-apa yang luarbiasa,namun saya terjumpa satu batu nisan yang ditulis dalam tulisan Cham atau Mon Kuno yang membuat saya bertambah rindu kepada kamu".

Saya bertanya,"Jadi makam siapakah itu?"

Pong tersenyum penuh muslihat,"Mari bersama saya,saya akan tunjukkan sesuatu..."

Saya menerima pelawaan Pong ketika program pertukaran pelajar sebuah universiti di Bangkok.Ketika itu Pong telah menjadi pegawai pelatih di salah sebuah arkib negaranya.Saya terus menghubunginya sebaik sahaja tiba di Bangkok.

Ketika di perjalanan,saya perasan suasana semakin gelap dan sejuk.Tiba-tiba saya berasa seram.Pong bertanya sesuatu kepada pegawai wanita.Kemudian Pong berkata perlahan,"cuaca mendung".Saya merasa hairan.Bagaimana Pong boleh perasan apa yang saya rasa.Mungkin dia perasan saya semakin memeluk tubuh menahan sejuk.Ah,mata keranjang.Rupanya dia senyap-senyap memerhatikan saya.Kenapa dia tidak memerhatikan sahaja pegawai wanita disebelahnya.

Setelah perjalanan yang amat memenatkan dengan hanya berhenti rehat sebanyak 3 kali,akhirnya saya sampai di destinasi.Ketika pintu dibuka,saya melihat satu pintu gerbang yang amat tua;tiangnya sudah kehitam-hitaman diseputi lumut dan daki.Dekorasi pintu gerbang itu kelihatan campuran Thai dan Khmer;ya sudah pasti berasal dari gaya Melayu Segenting Kra (Isthmian Malay).

Pong berbisik,"mengikut sejarah tempatan,pintu gerbang ini dibina pada abad ke-16,oleh seorang Lord di daerah ini atas arahan raja Ayutthaya...mari,kita masuk ke dalam.."


Saya dan Pong merentasi pintu gerbang dan berjalan melintasi pohon-pohon rimbun.Namun latarbelakangnya hutan rimba yang gelap menakutkan saya.Macam dalam filem-filem bergenre noir atau melancholic.Saya akhirnya melihat makam pertama dengan hiasan binaan di atas makam yang kaya dengan seni pertukangan ukiran batu yang halus.Saya meneliti makam aneh tersebut.Mungkin pemiliknya adalah raja atau bangsawan yang dihormati.Binaan itu dengan keadaan permukaannya dari batu granit gunung yang dipotong,diselamuti daki dan lumut yang berselupar di celah-celah ukiran menyebabkan seolah-olah ukiran gaya Gothic dan Elizabethan di Eropah yang penuh misteri.

"Selamat datang ke makam diraja Grahi!" Pong tiba-tiba berkata.Saya menoleh ke arah Pong.Apakah benar kata-katanya?

Saya memandang Pong,"Benarkah kata-katamu itu,Pong?Dari mana kamu tahu?"

Pong tersenyum melihat wajah ingin tahu saya."Dari batu nisan merah di hujung sana...ada mencatatkan rahsia yang amat penting tentang tempat ini.Sebab itu tempat ini tidak ada dalam kalendar pelancongan negara saya.Sebab itu juga,kamu tidak dibenarkan untuk mengetahui jalan ke tempat ini".

Saya berjalan di celah-celah kuburan sepi.Batu nisan semua kuburan ini begitu aneh,ada yang berbentuk stupa Buddha dan patung-patung.Ada yang berbentuk batu empat segi dengan tulisan Siam di atasnya.

"Kesemua pemilik batu-batu nisan di kawasan ini adalah penganut Buddha.Batu nisan paling awal dipercayai berusia abad ke 12 Masehi.Tetapi saya mengesan batu nisan bukan penganut Buddha di tempat lain," Pong menjelaskan.

Saya memerhatikan nisan merah yang dikatakan menyimpan rahsia besar.Ukirannya sederhana,macam ukiran kelopak bunga yang terdapat di tembok pintu Bantey Srei di Kemboja.Ukiran bunga seroja yang tengah kembang.Suasana sekeliling semakin gelap,ditengah kesamaran cahaya mentari pagi.Kawasan lereng tanah tinggi itu diselimuti kedinginan dan kabus.

Saya mengusap tulisan pada batu nisan.Ini tulisan Kawi Kuno,detik hati saya."Ada usaha penterjemahan?" saya bertanya.

Pong seperti biasa tersenyum penuh muslihat.

Saya memandang batu nisan merah itu kembali.Saya cuba menafsir apakah tulisan itu mahu memberitahu.



Di sini bersemadi
empat belas keluarga
yang mati dibunuh
oleh puak utara
pada 15 haribulan tahun Saka 1221


Saya menoleh ke arah Pong.Saya membaca lagi tulisan Kawi itu,sambil menunggu kalau-kalau Pong mahu menterjemahkan untuk saya.Tapi Pong mendiamkan diri sambil pura-pura memerhatikan ukiran pada sebuah pondok batu.

"Pong!..." saya menjerit perlahan,memaksa Pong bersuara.

Saya menunggu dengan sabar.Saya seolah-olah mendengar Pong ketawa di dalam hatinya.


Dari pemegang keluarga Grahi dan Srimala
Empunya hak pada Sri Dharmaraja


Tiba-tiba saya merasa seram sejuk.Itulah suasana dingin yang aneh yang begitu menyentap perasaan saya.Apa yang saya ketahui tentang Sri Dharmaraja tercantum di sini.Jelas bahawa kerajaan Grahi yang disebut dalam riwayat imperial China sebagai Kio-lo-hi adalah kerajaan berkerabat dengan Tambralinga atau Sri Dharmaraja.


Ada beberapa tulisan lagi di bawahnya.Nampaknya Pong mengatakan 'makam diraja Grahi' berdasarkan tulisan pada batu nisan merah ini.Saya menoleh ke arah Pong.Pong masih buat tidak faham.Dia lebih suka melihat wajah saya dalam keadaan ingin tahu dan tertekan.

"What?" Pong hampir mahu tergelak.

Saya masih merenung Pong dengan tajam.

"Ok..ok...yang seterusnya ialah rahsia sulit.Saya telah mengangkat sumpah di hadapan pegawai bahawa tidak mendedahkan beberapa perenggan.I'm sorry..."

Saya menjadi marah."Apa yang kerajaan kamu mahu sembunyikan?Apa yang raja kamu takut?Saya benar-benar hairan dengan negara kamu..."

"Err..bukan begitu Siti..." Pong tersengih-sengih.

"...kalau tidak apa?!Beratus tahun kerajaan kamu memusnahkan bukti,menyembunyikan dan memutarbelit sejarah.Kamu boleh memupuskan orang Mon dari mukabumi dan memutarbelit sejarah Angkor dan Khmer tetapi bukan kami,faham!" saya separuh menjerit.

Pong memandang sekeliling dengan perasaan bimbang."Jangan bising Cik Siti....nanti pegawai tentera akan menahan kita.Saya bertanggungjawab atas keselamatan kamu di sini sebab saya yang bawa kamu ke sini.Jangan susahkan saya,lebih-lebih lagi diri Siti sendiri..."

Mendung berarak lesu.Puncak gunung diselimuti kabus.Suasana semakin gelap.Nisan-nisan kaku dan patung-patung aneh nampak begitu gothic dan menyeramkan.

"Beritahu saya kubur-kubur orang Islam tu!" saya separuh mengugut.Saya terpaksa kerana serik dengan perangai Pong yang suka bermain-main.

"...Massaman graves?Mana ada?Ini semua perkuburan penganut Buddha.." Pong berdolak-dalik.

"Saya tahu...sebab kamu ada terlepas cakap,ada kubur bukan penganut Buddha di sini.."

"Oh ya...tapi tak semestinya Muslim kan?" Pong tersengih-sengih mengejek.

"Takkanlah orang Kristian!!" saya menjerit geram.

Saya sudah berasa bosan dengan Pong.Hujan mula rintik-rintik,menitis ke permukaan tiang tua yang berukiran aneh.Saya pun berlari menuju ke satu arah.Pong menjerit mahu menahan saya.Dia mengejar saya.Kemudian dia berhenti apabila melihat saya duduk bersimpuh di atas sebuah kawasan perkuburan yang terasing.Kesemuanya terdapat kira-kira 10 buah kubur dengan batu nisan berukiran sederhana.Terdapat beberapa kubur yang mempunyai rekabentuk batu nisan Aceh.Saya merenung batu nisan itu,yang masih bertulisan Kawi atau Cham.

"Ini yang kamu semua mahu sembunyikan...." saya mengeluh perlahan.

"Tempat ini dibina oleh Raja Siam dari abad ke 16 hingga ke 18.Dipercayai raja Siam yang memulakan tradisi ini mendapat galakan dari salah seorang gundiknya yang berasal dari selatan Thai.Itu yang saya tahu Siti...selebihnya...." Pong berhenti di situ.

"...siapa mereka di bawah ini...adakah mereka dibunuh?Kenapa mereka dibunuh?" saya mengomel sendirian sambil bersimpuh di atas tanah kubur tanpa memandang Pong yang berdiri menghadap saya.

"Mereka mungkin kerabat diraja Grahi yang memeluk Islam atau rakyat Patani..."

Saya menangis tersedu-sedu di depan batu nisan.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa...sejarah ditulis oleh mereka yang menang..."

Saya tiba-tiba berdiri dan menghadap Pong.Pong begitu terkejut dan panik dengan keadaan saya.Saya memandang wajah Pong dengan penuh dendam.Saya melangkah ke depan,dan Pong serta-merta bergerak ke belakang dengan riak muka ketakutan.

"Hei Siti,wajah awak macam Megan Fox dalam Jennifer's Body..." Pong cuba untuk ketawa.

Malam itu kawasan pergunungan benar-benar sepi.Keadaan menjadi semakin dingin.Darah di bawah makam sudah lama kering beribu-ribu tahun dahulu.Tiada lagi kabus malam.Kegelapan adalah syaitan yang menghisap darah si pengecut.

Apabila saya merenung ke luar tingkap dalam subuh pagi yang dingin semalam,saya melihat rintik-rintik hujan;mengingatkan saya pada air yang membasahi ukiran pada dinding tiang.Ukiran itu penuh motif bunga-bungaan.Bunga Melur dan Bunga Kemboja.

Apabila saya membaca komen yang menghina dan memakihamun saya semata-mata saya berkeras mempertahankan sejarah,saya kembali berasa sedih.Walaupun di alam maya saya membalas komen dengan tegas dan agak kasar,namun sebagai wanita perasaan saya begitu halus.Air mata saya menitis.Bagaimana saya mahu menyelamatkan bangsa ini dari pupus dan hilang tanahair.Agama akan menyatukan mereka.Sejarah akan memotivasikan mereka.



* * * * * * * * *



Nama saya Srikandi.Bangsa saya ialah Melayu.Asal bangsa saya ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama saya ialah Islam.Rumah kaum kerabat saya ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.
















~Srikandi

Alter Terahsia Bangsa Melayu
Catatan Srikandi



....goodbye for a while I love u all... 










*Laman terbaru M.O:Koleksi Jigsclue.Ini linknya:http://jigsclues.blogspot.com/

Sementara MF tutup,bolehlah ulangkaji sikit dan mengubat rindu pada tulisan beliau.

Catatan Srikandi VIII





Catatan Srikandi VIII





"A guy from Kementerian"







Saya tersenyum sendirian di bilik belajar saya."Setuju Sejarah Di tafsir Semula",tajuk satu artikel di dalam sebuah akhbar tempatan.Saya menghentikan lagu "Little One".Bunyi shredding dari Karl memeningkan saya,walaupun lagu itu banyak memberikan kenangan pada saya.Di akhir lagu,distortion pada riff yang diselang-seli nada rendah yang mendayu-dayu sedikit sebanyak membantutkan emosi saya ketika itu.Sekarang bukan masa untuk bersedih.

Saya terasa mahu ketawa sahaja melihat foto Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.Ulasan dari Profesor Datuk Dr Ramlah Adam tiba-tiba terasa menggeletek buah pinggang kanan saya.Saya terbayangkan mereka dan orang-orang di Jabatan Sejarah seperti sekumpulan badut sarkas yang sedang terkinja-kinja.Kemudian salah seorang dari mereka berkata,"It's float!..."

Saya tak faham apa yang mereka buat dalam pejabat mereka.Mereka seolah-olah sekadar 'clown of politics'.Bila ada isu politik yang timbul baru nak bersuara.Jadi selama ini apa yang mereka buat?Saya paling anti orang karang buku sejarah sekolah menengah.Sepatutnya buku teks sejarah bukannya dikarang oleh cikgu-cikgi sekolah yang perasan bagus.BUKU TEKS SEJARAH SEPATUTNYA DISUSUN OLEH AHLI SEJARAH YANG KOMPETEN.Cikgu-cikgi sekolah yang mengarang buku teks sekolah pada hari ini sepatutnya dipenjara 3 bulan atau didenda beratus-ratus pound sterling kerana membingungkan ramai di kalangan kita dan membiakkan generasi buta sejarah termasuk sebilangan ahli politik yang dungu.

Generasi buta sejarah ini ibarat 'maggots of ignorance'.Mereka ini sama ada jadi lembik dan akan diperkotak-katik atau membiak menjadi rasis yang tak bertempat.Saya merenung gambar 'pakar-pakar sejarah negara' ini sambil ketawa di dalam hati.

Baru sekarang nak berkokok selepas apa yang saya perjuangkan selama ini.Saya pernah berdebat dengan profesor saya yang mengajar satu subjek sosio-politik tentang hubungan Nazi dan imigran Yahudi di Poland.Rata-rata mereka yang kononnya 'pakar sejarah' ini sama bertindak macam kontraktor kelas F yang pandai membodek dan menjaga kantung sendiri.Saya benar-benar berharap sejarahwan Malaysia sedar dari tidur yang panjang di dalam bilik aircond.

Apa pun sebenarnya saya tidaklah menghentam professor berdua tu,sebab mereka dahulu pernah saya jadikan inspirasi untuk berjaya.Cuma tindakan mereka yang agak lewat tu yang membuatkan saya 'gelihati'.

Sejarah adalah senjata politik yang berbisa.Tidak percaya?Zionis Antarabangsa melobi PBB untuk hak ke atas Palestin melalui sentimen 'Promised Land'.Satu epik sejarah yang terkandung dalam kitab-kitab agama.Lihat melalui kisah sejarah Nabi Musa a.s dan 40 tahun Bani Israel sesat di Padang Sinai,Theodor Herzl boleh mempengaruhi dunia untuk merelakan perampasan hak ke atas penduduk Palestin.Kenapa Jepun berdegil untuk tidak memasukkan kisah 'comfort woman' dalam buku teks sejarah mereka?Kisah beratus-ratus atau beribu wanita dijadikan hamba seks untuk tentera Jepun terutamanya wanita Korea dan China telah menjadi igauan ngeri bagi kerajaan Jepun untuk memikul 'dosa silam' kerajaan yang terdahulu.Kes-kes seperti Rape of Nanking menjadi senjata untuk mengawal Jepun.Tentera Jepun masih dikawal jumlahnya dalam satu perjanjian ketika akhir Perang Dunia Kedua.

Saya cadangkan untuk pemilihan pemimpin negara,senator atau Ahli Dewan,mereka mesti ada ijazah dalam sejarah.Namun jika disogokkan dengan harta dan wanita pun,pakar sejarah pun akan tumbang.Jika pemimpin negara kita kuat agama dan berpengetahuan dalam sejarah,kita telah berjumpa Mr.Right.

Melihatkan perkembangan semenjak dua menjak ini,saya teringatkan seorang jejaka dari Kementerian yang pernah menelefon saya untuk berjumpa.Nampaknya kata-katanya betul.Saya tersenyum.Bagaimana seorang pelajar sejarah boleh merubah sedikit sebanyak iklim politik Malaysia.It's cool.Ada orang yang sangka dirinya hebat sebab fikir blognya boleh menggoyangkan dunia MLM.Ada orang yang perasan cantik fikir blognya boleh memikat penjaga gol kebangsaan.Tetapi ada seorang 'budak perempuan' yang bakal menggoncang dunia.

"........(nama sebenar saya)?"

"Ya,saya.Siapa tu?"

"Saya dari kementerian.Saya nak buat appointment dengan cik.Saya telah maklumkan kepada HEA tentang appointment ini.Mereka telah luluskan cuti pada hari itu.Cik boleh berjumpa saya pada.........."

"Nak cakap pasal apa ni?"

"Glasnost & Prestroika"

"??...."

"Jangan beritahu sesiapa tentang ini..."


Saya tidak tahu bagaimana lelaki itu mendapat nombor telefon saya.Anehnya nombor telefonnya tidak tertera di paparan telefon bimbit saya.Saya memikirkan mungkin panggilan itu palsu atau ada orang berniat tidak baik dengan saya.Untungnya,saya bukan perempuan bodoh.Saya telah berpakat dengan seorang kawan saya (lelaki) untuk mengekori saya dan bertindak jika ada apa-apa perkara tidak baik terjadi kepada saya.Kawan saya itu bekas punkster yang mempunyai ramai 'kenalan' yang boleh dipanggil turun bila-bila masa.

Saya memandu skuter saya dengan perasaan agak gugup.Saya memandang cermin sisi,memastikan kawan saya masih mengekori saya.Sampai ditempat yang dituju,saya melihat ada sebuah kereta Maserati Merak SS menanti.Seorang lelaki tampan keluar dari kereta dan menuju ke arah saya.Usianya mungkin sekitar awal 30-an.

"Cik boleh parking skuter cik di sini.Kita pergi dengan kereta saya"

Saya berasa amat curiga dengan lelaki itu.Dia tidak memperkenalkan diri atau bertanyakan apa-apa kepada saya;untuk memastikan adakah saya yang dia cari?
Dia kelihatan berkeyakinan tinggi.

"Bukan di sini?"

"Tidak,di sini tidak ada privacy.Ada tempat khas untuk kita berbincang"

"Saya tidak kenal encik dan sudah tentu berasa curiga dengannya," saya mengangkat kening sambil melemparkan senyuman.

Lelaki itu tersenyum.Dia mengeluarkan satu kad kuasa yang amat jarang dan unik.

"Puas hati?"

"Saya tidak mahu naik kereta,biar saya naik skuter sahaja," saya bertegas.Saya bukan gadis murahan yang boleh dibawa ke hulu ke hilir.

Lelaki itu agak bengang dengan jawapan saya.Dia memujuk saya.Saya masih berdegil untuk mengikutnya.Saya pernah menampar rakan lelaki sekelas dengan saya yang memaksa saya naik keretanya.Dia boleh membawa seberapa banyak bohsia yang dia mahu tetapi bukan saya.

"Baiklah,kalau begitu cik ikut dari belakang," lelaki itu mengalah dengan kedegilan saya.

Kami sampai ke sebuah bistro mewah.Lelaki itu rupanya telah menempah satu bilik VVIP bercermin gelap.Saya memberi isyarat mata kepada kawan saya supaya menunggu di luar.Saya telah setkan nombor telefon kawan saya,jadi jika ada apa-apa yang berlaku saya akan membuat 'missed call' dengan menggunakan 'fast dial'.Lelaki itu menjemput saya duduk.Saya pun duduk sambil tangan saya menyeluk ke dalam poket 'sweater' saya;bersedia untuk membuat 'fast dial' bila-bila masa.

"Cik Siti boleh panggil saya Jeffri.Saya berbesar hati dapat bertemu dengan pelajar pintar seperti kamu.Kami di kementerian memang ada memantau pelajar-pelajar yang berpotensi dan mampu mengubah paradigma masa depan negara..." lelaki itu berkata.Saya merasa pelik.Kenapa pula saya?

Encik Jeffri memulakan perbualan secara santai,kemudian mula kepada topik yang lebih berat,bertanyakan kursus yang saya ambil dan sejauh mana pemahaman saya dalam satu-satu topik.Kemudian dia masuk ke topik yang paling saya minati;sejarah Melayu.

"Apa yang kamu tahu pasal Malay city-states?"

"Ia sudah ada sebelum era Srivijaya,malah Srivijaya berdiri di atas persekutuan Malay city states ini," saya menjawab.

"Boleh anda namakan beberapa Malay city-states?

"Gangga Negara,Grahi,Kerajaan Melayu di Sumatera dan di Segenting Kra,Beruas dan Tanah Merah (Chih Tu)..."

"Langkasuka?"

"Ia lebih kepada persekutuan kerana bergabung dengan Kedah Tua dan beberapa city-states lain di Segenting Kra"

Encik Jeffry tersenyum.Kemudian dia membulatkan matanya.

"Kamu tahu,kebanyakan Malay city states ini terletak di mana?"

"Maksud encik Jeffry?Pada wilayah negara pada hari ini atau bagaimana?" saya musykil.

"Kedudukan geografinya"

Saya faham apa yang dikehendakinya,"Owh...sudah tentu majoritinya dibina di pesisiran pantai,untuk mudah akses ke laluan perdagangan laut"

"Jika saya katakan ada Malay city states yang dibina jauh ke pedalaman?"

Saya tiba-tiba merasa satu kejutan.Satu perasaan misteri terpaut di hati saya.Kemudian saya teringatkan Diari Lodgekeeper.

"Taman Bunga-bungaan di tengah hutan rimba...." (The Weird Flowers from The Mystic Mountain,m/s 355)

Encik Jeffry mengeluarkan satu foto hitam putih yang diambil menggunakan kamera Ordinary Kodak 1891.Gambar menunjukkan beberapa pegawai British berdiri di hadapan sebuah kota purba yang luas.Juga tiga orang lelaki Orang Asli yang berdiri di belakang mereka.Ukiran pintu bangunan seperti yang saya kenal pada Banteay Srei atau Chau Say Tevoda.

"Ini kuil di Kemboja...apa kaitannya?" saya merenung foto itu.

"Salah,ini di ambil di negara kita sekitar 1800-an.Pegawai British yang tengah tu berkhidmat dengan Frank Athelstane Swettenham.Mereka ketika ini telah menjumpai satu ibukota sebuah city-states Melayu sezaman dengan Dvaravati dan Chih Tu" Encik Jeffry memandang wajah saya dengan serius.

Saya bagaikan tak terkata melihat sebuah foto hitam putih yang begitu mendebarkan.Wajah para pegawai British yang berdiri berderetan itu tiba-tiba menyeramkan saya.Di belakang mereka adalah sebuah kota purba yang penuh misteri.

"Ada keluar dalam mana-mana jurnal?"

"Ada,dalam Journal of the Royal Asiatic Society...saya tidak ingat bilangannya,dan beberapa jurnal berbahasa Belanda.Dalam catatan yang diberitahu kepada saya,terdapat pelbagai artifak seperti kraftangan Mon dan ukiran teko seperti yang dijumpai di Pahang...."

Saya menduga,"Mengapa encik katakan ia sebuah kota dari city states Melayu?Jika saya katakan ia adalah kota Mon purba sebagaimana Haripunjaya atau Dvaravati,atau kuil Khmer bagaimana?"

Encik Jeffry tersenyum memandang wajah saya yang serius."Cik Siti,saya telah lama mengikuti tulisan kamu.Yup,saya adalah die-hard-fan senyap kamu.Tulisan kamu penuh dengan nasionalisme Melayu yang kental,bukan?Cik Srikandi,saya hairan dengan kata-kata sebegini,atau ada kesan inferiority complex?"

"Emm...saya bukan nasionalis.Saya pejuang sejarah.Tidak ada istilah inferority complex dalam kamus hidup saya.Tahniah kerana menjadi mangsa tulisan saya," saya membalas.

Encik Jeffry berpura-pura bertepuk tangan."Hmm...jarang saya lihat remaja yang berani seperti kamu.Remaja hari ini lebih suka berfacebook dan pergi ke gig"

"I'm not that type"

Encik Jeffry masih tersenyum."Baiklah,kamu nampak tak bucu yang sedikit di belakang orang Sakai ni?"

Saya merenung foto kembali.Ada sedikit bucu seperti puncak menara.Tetapi jaraknya kurang jelas,adakah benar-benar di belakang orang Sakai itu.

"So,what?"

"Itu adalah puncak sebuah piramid"

Saya mengerutkan dahi."Di belakang mereka?"

"Tidak,ia terletak jauh berpuluh meter ke belakang,dan cukup besar.Saya tidak dapat menganggarkannya tetapi memang cukup besar"

"Macam mana encik tahu?Saya fikir jika melihat kepada foto ini rasanya amat sukar untuk menganggak jaraknya"

Encik Jeffry menaikkan bahunya.Sengaja membuatkan saya begitu teruja ingin tahu.

"Ada foto lain?"

Encik Jeffry mengangguk,sambil tersenyum lembut.

"Boleh beri saya tengok?"

Encik Jeffry masih tersenyum,sambil merenung saya.Saya mula merasa curiga."Iya...boleh tapi kalau Cik Siti benarkan saya keluar date dengan Cik Siti," Encik Jeffry seakan mahu ketawa.

Saya menggenggam telefon bimbit.Jantan gatal,bisik hati saya.Namun saya berpura-pura senyum."Kalau kedekut,tak payahlah...saya nak baliklah"

"Eh,jangan macam tu.Foto ini pun punya insuran yang tinggi untuk saya membawanya.Sekurang-kurangnya perlu 4 atau 5 pegawai yang ada latarbelakang latihan polis untuk mengiringi saya membawa foto ini"

Saya mengerutkan dahi."Maknanya ada orang lain?"

Encik Jeffry seakan mahu ketawa,"Di luar...semua pelanggan kedai ini adalah SB (Special Branch)"

Saya tiba-tiba berasa takut.Terasa mahu menangis pun ada.Saya mahu keluar dari situ dengan segera.Tetapi kata-kata Encik Jeffry seterusnya menggamit minat saya.

"Di depan piramid itu diberitakan terdapat sebuah batu bersurat.Terdapat 5 jenis tulisan.Tiga tulisan tidak mampu dicam walaupun satu tulisan itu cenderung kepada skrip Brahmi atau Pallava yang diubahsuai.Mujurlah terdapat dua tulisan yang dapat dicam.Cik Siti nak tahu tulisan apa?"

"Tulisan apa?"

Encik Jeffry menarik nafas,"Tulisan Greek Kuno dan Phoenicia"

Saya tidak hairan dengan tulisan Greek sebab dahulu pelabuhan-pelabuhan negarakota Melayu purba memang berdagang dengan Empayar Rom.Tetapi apa pula kena-mengenanya dengan Phoenicia?

"Sudah didekod?"

"Ya,dan apa yang saya dengar amat mengejutkan tentang masa lalu Malay city-states ini.Completely different of what we know today"

"Apa katanya?" saya agak terburu-buru bertanya.

Encik Jeffry seakan mendapat jerat baru."Mungkin di pertemuan lain,Cik Siti,tetapi saya harap tidak begitu formal seperti ini"

Saya tiba-tiba begitu menyampah dengan 'a guy from kementerian ini'.Terdesak cari calon isterikah?Saya menekan butang 'fast dial'.Apa nak jadi jadilah.Saya dah tak tahan duduk dengan lelaki gatal ni.Biar budak-budak punk di luar tu berentap dengan SB.Saya tahu SB sudah tentu tak akan bertindak lebih,sebab ini misi top secret.Foto di depan saya adalah tebusan paling mahal untuk SB-SB itu buat kecoh.

Encik Jeffry seakan mahu ketawa."Cik Siti jangan dok kalut.Bilik ini kalis-RF.Kata orang kampung,tak dapat line"

Saya pura-pura bersikap tenang,"Kalau tiada apa-apa,izinkan saya minta diri dulu"

Untungnya lelaki kementerian itu mengikut kehendak saya.Sebelum saya beredar,saya bertanya satu soalan yang begitu ingin saya tanyakan sejak saya memandu skuter ke bistro itu lagi.

"Err....saya nak tanya,macam mana encik Jeffry tahu tentang saya?"

"Lonecryer"

Saya sedikit terkejut."Kenal ke?"

Saya tak menjawab soalan bersahaja dari Encik Jeffry,sebaliknya bertanya,"Siapa Lonecryer sebenarnya?Dia kerja dengan siapa?"

"Dia macam kamu juga dahulu,dan pernah bekerja dengan kerajaan...ok itu sahaja"


Saya ingin ingatkan kepada pembaca saya bahawa nama-nama di atas bukanlah nama sebenar.Saya ada etika untuk melindungi rahsia 'a guy from kementerian' mahupun Lonecryer.Saya hanya penyumbang dalam laman MF ini dan tidak lebih dari itu.

'A guy from kementerian' inilah yang menyarankan saya tidak memberitahu lebih tentang 'Matahari'.Dan dia pernah berkata pada 2 tahun lepas tentang kemungkinan kerajaan ingin merombak subjek sejarah.Dan kisah selepas itu benar-benar memotivasikan.Banyak cadangan saya menjadi realiti pada hari ini.Saya fikir lelaki itu adalah psy-ops dalam kerajaan.

...........

Saya benar-benar kagum kerana bertemu dengan lelaki yang banyak pengetahuan sejarah.Ah,mungkin dia mencedok dari tulisan saya.Maklumlah mengaku senyap-senyap membaca semua catatan saya di blog.

Masih teringat kata-katanya,"Tapak warisan yang amat berharga seperti ini kebanyakan telah musnah kerana pembangunan.Kesan-kesan sejarah Malay city-states di sepanjang pesisir pantai majoritinya terhapus disebabkan pembinaan pelabuhan baru oleh British atau sultan-sultan terkemudian.Apa yang kita harapkan sekarang ialah kesan kota-kota yang tersembunyi di pedalaman.Catatan Hugh Clifford tentang laporan pegawainya tentang kota misteri di Lembah Bama menunjukkan ada sesuatu rahsia besar yang disembunyikan oleh pihak British.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah melobi kerajaan untuk lebih peka mencari jejak city-states Melayu ini,dan memuliharanya.Para pengkaji Srivijaya dari Thailand amat cergas menggali kota-kota purba Melayu di Satun dan Ranong.Pakar dari Belanda dan Perancis sudah banyak kali menerbitkan jurnal tentang Tambralinga dan Srivijaya dan berminat untuk mencari kota ke-12 Sri Dharmaraja yang hilang itu,Kota Gelanggi.Srikandi...saya amat tertarik dengan fakta bahawa raja-raja berdarah Melayu pernah memerintah Angkor.Raja-raja ini tentu tahu bagaimana untuk membuatkan hubungan dengan Malay city-states yang bertaburan di sekitar empayar Khmernya..."

Saya teringatkan catatan askar British yang menulis sepucuk surat kepada Gabenor India tentang situasi pihak British yang membedil kota Melaka setelah berjaya mendapatkannya dari Belanda.Mereka meratakan kesan-kesan kota Melaka dengan membedilnya menggunakan meriam.Anehnya,mereka meninggalkan hanya pintu gerbang A Famosa sahaja.

Adakah kota purba itu sudah hilang diganti dengan ladang getah atau kelapa sawit yang ditanam secara besar-besaran?Sungguh di pihak Inggeris,mereka menyimpan banyak rahsia tentang sejarah kita yang lalu.Apa kandungan Perjanjian Bangkok 1909?Raja-raja dinasti Chakri sudah tentu rimas dengan riwayat-riwayat Mon dan Pali yang menceritakan raja-raja dari garis keturunan Maulimalaraja yang pernah mendominasi Indochina pada zaman purba.Siam dan Inggeris berusaha meratakan kesan-kesan kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua,tetapi bertuahnya catatan-catatan para duta kerajaan-kerajaan Melayu pada masa silam tersimpan kemas di dalam arkib Maharaja China,pengembara Arab dan Parsi.Itu pentingnya hantar duta.Bukan tanda lemah.Bila orang lain dakwa kita tidak pernah bina kerajaan dan tak bertamadun...tup-tup keluar catatan-catatan dinasti Sui,Song atau Tang misalnya menceritakan kerajaan-kerajaan purba kita yang datang hantar duta.Malahan ada di antara catatan imperial China yang memuji kerajaan purba Melayu sebagai 'maju' dan 'mewah'.Antaranya ialah Chih Tu (Tanah Merah).

Raja-raja Melayu purba bukan sahaja hantar duta malah memahatkan prasasti,untuk merekod kerajaan mereka.Saya akan ceritakan pada anda tentang hubungan para pengembara Melayu dengan pribumi Australia beribu tahun dahulu,nama Melayu yang tertinggal di sana selepas Banjir Besar,kisah kaum Mala yang menjadi elit pemerintah 'Mu' dan ukiran keris pada piramid.

Saya akan keluarkan promo ATBM 4.0 Deluxe "The Origin of The Sea Dragon".Saya akan gali lebih banyak riwayat Mon dan Khmer dan berusaha mendapatkan khazanah Funan dan Champa.Saya akan tampilkan riwayat Imperial China "Èrshísì Shi" (The Twenty-Four Histories) seperti Book of Liang,Book of Song dan catatan atau rekod para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.

Saya akan bawakan anda ke Sumatera,Brunei,Jawa dan Filipina sehingga ke Maluku dan Australia untuk menjejak garis keturunan 'Mala Kings from Malayu'.

Saya akan bawakan rahsia dari segala prasasti raja-raja,menembusi gerbang Sriwijaya,dan sampai ke peraduan putera dan puteri untuk menggali emas dapunta,para bentara dan maharaja.




















    
 

Catatan Srikandi VII part II




Catatan Srikandi VII part II









"At the end there are two of us"



Terdapat beberapa city-states di Indochina pada masa lampau seperti Javaka dan Syam yang diterajui oleh 'Mala Kings of Malayu' seperti yang tercatat di dalam Prasasti Hanchey abad ke-6 di Kemboja.Bersama-sama city-states Pyu dan Mon,raja-raja Malayu ini berhubung dengan raja-raja Pyu dan Mon melalui pertukaran budaya dan perdagangan.Semua ini berlaku kira-kira beberapa abad sebelum Masehi.

'Mala Kings of Malayu' ini juga sezaman dengan 'Cham Kings' dalam riwayat Khmer di mana 'Cham Kings' ini telahpun berada di Indochina sejauh 500 tahun sebelum Masehi.Ini sezaman dengan era Achaemenid di Parsi dengan emperor-emperor seperti Cyrus The Great,Cambyses II dan Darius I.Kita kena faham mengapa orang-orang Melayu begitu berkeras mempertahankan institusi beraja,kerana institusi beraja mereka antara yang tertua di dunia,pada masa yang sama kesultanan Kedah adalah antara kesultanan tertua di dunia!

"Mayang Mengurai adalah nama yang sering digunakan dalam hikayat-hikayat kami merujuk kepada nama puteri sebuah kerajaan purba Melayu," saya berkata sambil merenung jurnal Paul Pelliot.

"Apa maksud 'Mayang Mengurai'?" tanya Nari.

Saya menarik nafas panjang,"Mayang adalah bunga pokok kelapa manakala mengurai adalah keadaan sesuatu dedaunan yang berjujuran atau berjuntaian,anda juga boleh gunakan ia pada rambut,seperti rambut yang mengurai"

Kemudian saya menunjukkan pada satu perenggan pada jurnal,"Lihat sini Nari...menurut rekod dari kerajaan Qi Selatan,pada abad ke-5 Masehi ada mencatatkan tentang 'Liu Ye' seorang puteri di Indochina yang memerintah sebuah kerajaan.Namun rekod dari dinasti lain seperti Liang,Liu Song atau Chen menyebutkan tentang 'Ye Ye' yang bermaksud 'Coconut Leaf'.Dalam budaya Melayu,sesebuah kerajaan kadangkala diperintah oleh raja perempuan,seperti yang berlaku pada Kerajaan Patani dan Kelantan".

Mata Nari bersinar."Coconut Leaf dan Mayiang..."

"Mayang Mengurai.." saya merenung mata Nari dalam-dalam.

"Yes...of course that.Saya lihat ada persamaan di situ.Namun mungkin ianya kebetulan?Siapa tahu?" Nari mahu mempertikai.

Saya tersenyum.Saya mengalihkan pandangan pada puncak Ammergau Alps di kejauhan.Siapakah yang tahu,ketika suku-suku Jerman Kuno masih menggunakan tulisan Rune dan memakai dialek Saxon Tua,dan bahasa Inggeris belum sepenuhnya wujud dan masih senada dengan bahasa suku Jerman kuno...bahasa Melayu telahpun wujud di dalam istana Funan seawal 1 Masehi!

"Hai,Nari!Di sini awak bersembunyi ya,puas saya cari," tiba-tiba seorang pemuda menyapa kami berdua."Hmmm...Siti xxxxx (Srikandi) pun ada sekali,ha ha ha...bagus...bagus," Pong,pemuda Thailand itu ketawa menyeringai lalu duduk di hadapan kami.Ketika itu kami di perpustakaan kampus.

"Ha...apa yang kau nak?Penyibuk!" Nari memasamkan muka.Tindakan Nari itu tambah menggelikan hati Pong.

"Saya duduk sebentar pun tak boleh?Saya ada sesuatu yang pasti mengejutkan awak," Pong berkata sambil tersenyum mengejek.

Nari memandang wajah saya dengan muka masam mencuka.Saya hanya tersenyum sahaja sambil mengangkat kening."Kami tak undang awak untuk membuat cerita karut di sini,faham?" Nari membulatkan matanya.

Pong ialah seorang pelajar dari Thailand yang suka mengusik Nari.Mereka selalu berdebat tentang kelebihan negara masing-masing dari segi sejarah.Pong pada asasnya selalu kalah dalam perdebatan,ya...sebab semua orang tahu sejarah Thai lebih muda berbanding Khmer di Indochina.Namun Pong tetap berusaha membuat provokasi untuk merendahkan-rendahkan sejarah Khmer dan Kemboja.Pong amat rajin mencari apa jua kenyataan dan sumber yang menafikan tamadun orang Khmer.

"Pernah dengar nama ini,Indravarman III?

"Itu adalah raja Angkor kami,mengapa?Dengkikah?" Nari mencebikkan wajahnya mengejek.

"Aha...raja Angkor kebanggaan kamu itu adalah keturunan Tai," balas Pong selamba.

"Karut!Kamu dan bangsa kamu selalu menipu dan mencuri budaya kami!" Nari membantah.Pong hampir mahu ketawa melihat gelagat Nari.

"Menurut satu batu bersurat Sukhotai iaitu Inskripsi Nombor Satu,pada masa dahulu kawasan Sukhotai telah diperintah oleh kaum Khom sebelum ditakluk oleh dua adik beradik Thai,Po Khun Bang Klanghao and Po Khun Pha Muang.Khun Pa Muang telah mengahwini anak perempuan Jayavarman VIII dan bapa mertuanya telah mewariskan takhta empayar Khmer kepadanya dengan gelaran Sri Indravarman," jelas Pong.

"Khun Bang Klanghao pula seperti yang kita tahu telah mengasaskan Kerajaan Sukhotai dengan gelaran Sri Indraditya.Jadi dalam sejarah,kita tahu bahawa Sri Indraditya adalah pengasas Kerajaan Sukhotai,namun kita tidak tahu ke mana perginya saudara Sri Indraditya yang lain,iaitu Pha Muang tadi.Sebenarnya selepas Jayavarman VIII mangkat,Khun Pha Muang telah diangkat menjadi emperor Angkor!" Pong tersenyum lebar.

"Dalam sejarah Angkor,tercatat nama raja selepas Jayavarman VIII adalah Indravarman III.Ini sama dengan catatan dalam batu bersurat Sukhotai yang menunjukkan gelaran Khun Pa Muang ialah Sri Indravarman!Maka Indravarman III dan Sri Indravarman atau Khun Pa Muang adalah orang yang sama!" tambah Pong lagi.Nari semakin berkerut dahinya menahan rasa tidak puas hati.

"....Indravarman III adalah berketurunan Thai dari Sukhotai!Dan orang Khmer telah menjadi hamba sahaya seorang raja Thai!" tambah Pong diakhiri dengan ketawa kecil.

"Cukup!!Apa yang kamu beritahu adalah fantasi kamu sendiri.Semuanya karut!Indravarman III adalah orang Khmer bukan Thai dari Sukhotai!" Nari membantah.

"Hahaha!Apa yang saya beritahu ini ada tercatat pada batu bersurat.Apa lagi yang kamu mahu bantah?Sebab itu seorang raja kamu bernama Nak Ang Eng (Narayanaraja III) menuliskan bahawa raja Khmer pertama ialah Trosok Peam.Mana dia raja-raja 'Varman' kamu pergi selepas Jayavarman IX?" Pong menyoal Nari.

Nari terdiam.Pong mengambil kesempatan,"Pernah dengar tentang Sweet Cucumber King?".

Nari merenung tajam Pong."Aha...dialah yang membunuh raja 'varman' yang terakhir.Seperti yang kita tahu,Sweet Cucumber King menurut legenda Kemboja adalah hamba suruhan Raja Siharaja,pada saya mungkin Jayavarman IX...dan raja telah memberinya lembing khas untuk menjaga ladang tembikainya dan mengarahkannya supaya membunuh sesiapa yang datang mencuri.Satu malam,si hamba telah mengesan seseorang berjalan mengambil buah tembikai di ladang raja tersebut.Si hamba telah melempar lembing raja ke arah si pencuri.Lembing tadi mengenai tepat dan si pencuri itu terbunuh.Apabila hamba tadi memeriksa tubuh si pencuri,rupa-rupanya pencuri tadi adalah rajanya sendiri!" Pong bercerita.

"Jadi?" saya mencelah.

Pong memandang saya sambil tersenyum,"Raja-raja 'Varman' telah dibunuh oleh si hamba Khmer itu dan dalam riwayat menjelaskan si hamba tadi yang bernama Ponha Chey telah dilantik menjadi raja kerana raja sebelumnya tiada waris lelaki.Ponha Chey telah mengahwini puteri raja dan menjadi raja Kemboja dengan gelaran Trasok Peam!Bertuahnya dia,pembunuh raja mewarisi takhta raja yang dibunuhnya,malah mengahwini puteri raja pula...hahaha!"

Pong ketawa."Saya nak tanya kamu Nari yang manis,mengapa Ponha Chey tidak memakai gelaran 'Varman'?"

"Varman atau tidak,mereka semua adalah Khmer!" balas Nari.

"Salah!Raja-raja Varman adalah orang Khom,bukan Khmer!" balas Pong pula.

"Who the hell of Khom?Kami tidak pernah mendengar perkataan itu!Perkataan itu hanya rekaan kamu,pencuri Thai!" Nari membantah.

"Sebab itu Ponha Chey tidak memakai gelaran Varman sebab dia bukan berdarah Khom!Dia adalah asli Khmer,macam kamu!"

"Ponha Chey tidak memakai gelaran itu sebab tidak mahu mengaitkan dirinya dengan agama Hindu.Beliau adalah seorang penganut agama Buddha yang taat.'Varman' adalah warisan era Hindu," jelas Nari.

"Really?" Pong memprovok.

"Yes,stupid jerk!!" Nari separuh memekik.

"Apa motif kamu berkata tentang,Khom?" saya mencelah,sekadar menjadikan keadaan tidak bertambah panas.

Pong menarik nafas sambil tersenyum megah,"Bagi kami orang Thai,yang membina semua candi-candi Angkor termasok Bayon,Banteay Srei dan Angkor Wat adalah orang Khom,bukan Khmer,yang merupakan hamba kepada pemerintah Khom."

"Siapa Khom?" saya menduga.

Pong memandang Nari dengan senyuman mengejek,kemudian memandang kepada saya dan berkata,"Khom adalah satu kaum pribumi yang menduduki Kemboja,sebelum kedatangan kaum hamba iaitu Khmer.Khom adalah kelas pemerintah dan bangsawan,serta artisan juga pedagang.Dalam versi lain,Khom juga bermaksud 'selain Khmer' sama ada campuran Thai,Mon,Malayu dan Cham.Antara mereka,tetapi sudah pasti bukan Khmer."

"Saya mahu bukti atau rekod bertulis yang menyokong dakwaan anda tentang Khom," saya mencabar.

"Hahaha...saya dah agak,kamu mesti menanyakan tentang itu.Jangan risau Siti,saya ada bukti itu.Ketika siri pengembaraan Zhou Da Guan,seorang diplomat kerajaan dinasti Yuan China pada tahun 1296,ketika sampai di Kemboja,beliau telah mencatatkan bahasa orang kebanyakan berbeza dengan bahasa para pegawai dan orang atasan.Orang kebanyakan rata-rata berkulit gelap tetapi golongan pertengahan dan bangsawan rata-rata berkulit cerah.Zhou juga melaporkan bahawa rakyat tempatan tidak tahu menghasilkan sutera malah menenun sutera atau menjahit pakaian sekalipun!Jadi fikirkan,bagaimana kaum yang tidak tahu memegang jarum boleh menghasilkan ukiran yang menakjubkan seperti yang kita lihat di Banteay Srei atau Angkor Wat!Kesimpulannya yang membina dan mengukir semua itu adalah orang Khom iaitu orang Kemboja Kuno yang mempunyai teknologi yang maju sebelum kerajaan mereka ditakluk oleh bangsa hamba sahaya iaitu Khmer.Khmer sendiri memanggil mereka sebagai Siam," jelas Pong panjang lebar.

"Siapa cakap?Kami tidak pernah dengar pasal Khom dan segala repekan kamu itu!Khom hanya wujud di Thailand sahaja.Kemboja adalah Khmer,Khmer adalah Kemboja!Kamu adalah bangsa pencuri!Thai telah mencuri segala aspek budaya Khmer dari kostum,senibina malah bahasa diraja Thai adalah Khmer!" kata Nari meninggi.

"Semua budaya itu adalah dari orang Khom.Dan itu bukan bahasa Khmer,itu adalah bahasa Khom!" balas Pong.

"Tulisan kamu juga adalah cedukan dari tulisan kami!" Nari menambah.

"Itu bukan tulisan Khmer,itu tulisan Khom!" Pong menjawab sambil ketawa mengejek.

"Kamu ingin mencuri Preah Vihear dari kami!!" Nari separuh memekik.Beberapa orang pelajar memandang Nari.

"Phra Viharn dibina oleh Khom,bukan kamu,Khmer!" balas Pong bersahaja.

Prasat Phnom Rong


"Kembalikan Prasat Phnom Rong kepada kami,pencuri!" mata Nari hampir berkaca.Pipinya mula merah padam.

"Khom,Khom,Khom,faham tak?!Bukan kamu,hamba sahaya!" Pong membulatkan matanya dengan senyuman jahat.

Saya sudah nampak kini.Taktik yang digunakan oleh Pong.Pong,dan majoriti sejarahwan Thai yang pekat nasionalisnya telah mencipta satu bangsa khayalan yang dilabel sebagai 'Khom'.Gunanya untuk menampan tuduhan dari pihak Khmer yang menyatakan bahawa Thai menceduk segala budaya Khmer.Jadi apabila orang mempersoalkan budaya Thai yang sama dengan Khmer,maka 'Khom' ini akan tiba-tiba muncul dan pada masa yang sama segala aspek orang Khmer direndah-rendahkan seperti memanggil mereka 'hamba' kepada 'Khom' tadi.Padahal 'Khom' ini sebenarnya penuh kekaburan.

"Sila tunjukkan tulisan Khom pada Nari," saya mencelah.

Nari dan Pong berhenti berbalah.Nari kelihatan cuba menahan air matanya dari keluar.Pong memandang wajah saya sambil mengenyitkan mata.Saya mengerutkan dahi.Tanda serius.

"Err...saya tidak bawa contoh di sini,maaflah," Pong cuba berdolak-dalik.

Saya tersenyum hambar lalu mengeluarkan satu makalah tentang sejarah Indochina.Saya menyelak-nyelak makalah itu dan sampai di satu halaman yang menunjukkan skrip-skrip tertentu lalu menyuakannya kepada Pong.

"Ini skrip Khom,bukan?" soal saya.

"Ya...ya...ini Khom," Pong mengiyakan sambil matanya tidak berkelip memandang ke arah halaman tersebut.

Skrip Khom (Khmer Kuno)

Saya memandang Nari.Nari agak murung.Postur tubuhnya mendap di atas kerusi perpustakaan.Bahunya jatuh.Matanya masih berkaca.Nafasnya tersekat-sekat.Wajahnya agak tegang.Matanya membulat merenung ke bawah.

Saya bersimpati terhadap Nari.Selepas era Angkor,orang Khmer telah menghadapi peperangan demi peperangan sehinggalah era Khmer Rouge.Negara Kemboja menjadi huru-hara dan pernah dijajah Perancis dan Vietnam.Berjuta rakyat Kemboja mati sama ada dibunuh oleh para penceroboh mahupun pemimpin mereka sendiri.Pernah dengar pasal monumen yang menempatkan tengkorak-tengkorak hasil kekejaman Khmer Rouge?Etnik Khmer di selatan Vietnam pula didiskriminasi oleh kerajaan Vietnam,malah mereka yang digelar Khmer Krom ini pernah melalui peristiwa pembunuhan kejam beramai-ramai dalam Peristiwa 'Grandfather Tea' pada tahun 1813 oleh tentera Vietnam.Berpuluh-puluh Khmer Krom ditanam hidup-hidup di dalam tanah dengan kepala mereka di luar.Kemudian kepala mereka dijadikan tungku manusia untuk merebus daun teh.Kepala mereka dibakar hidup-hidup!Askar yang menyeksa mereka hanya berkata "Berhati-hati,jangan tumpahkan teh tuan saya".

Thailand menjarah tanah Kemboja dari arah barat,Laos dari arah utara dan Vietnam dari arah timur.Di dalam Kemboja,berkecamuk perang saudara.Thai dan Viet membunuh rakyat Kemboja dari luar,Di dalam,Pol Pot menyeksa dan membunuh rakyatnya sendiri.Tanah Kemboja hingga kini masih dipenuhi periuk api.Saya lihat airmata Nari tumpah.Namun Pong tidak perasan.

"Nari,cuba baca tulisan ini," saya meminta.

Nari menegakkan kepalanya.Dia mengemaskan kedudukannya.Sempat juga dia menjeling tajam Pong,kemudian membaca tulisan yang saya tunjukkan.Tulisan itu terdapat dalam sebuah gambar yang menunjukkan dinding sebuah wat lama di Thailand.

Nari membaca tulisan itu dengan lancar.Pong tidak lagi senyum mengejek.Dia seakan serius kini.Dia memandang saya,seolah-olah berkata:jangan...jangan tanya yang itu.

"Pong,cuba kamu baca tulisan yang kamu panggil Khom ini," saya mengecilkan kedua mata saya dengan senyuman sedikit menggoda.Saya menunjukkan satu perenggan lain.

Pong kelihatan merenung lama,sambil mulutnya terkumat-kamit perlahan.Saya menjeling ke arah Nari,dia nampaknya semakin bersemangat.

"Bacalah!!" Nari mengerah Pong.

Pong memandang Nari,sedikit lucu tetapi kemudian kembali serius cuba membaca skrip Khom itu.Lama menunggu saya berkata,

"Sudahlah Pong,kamu tidak boleh membaca tulisan itu bukan?"

"Ini tulisan Khom,bukan Thai sekarang.Ini tulisan suci dan kuno,hanya sami-sami yang selalu membacanya,saya kurang fasih lagi.Tetapi dari tulisan inilah skrip Thai dicipta," dakwa Pong.

"Tetapi Pong,takkan kamu tak sedar,mengapa Nari boleh membacanya?" saya menduga.

Pong terdiam."Sebabnya ini adalah tulisan Khmer Kuno,bodoh!Saya Khmer dan saya tahu membaca tulisan ini," Nari melepaskan geram.

"Itu tidak mengubah tentang raja hamba kamu yang digelar Sweet Cucumber King.Dia telah membunuh raja-raja Khom 'Varman' dan melantik dirinya menjadi raja Khmer pertama," jawab Pong tidak mahu mengalah.

"Pong...," Pong memandang ke arah saya."Hikayat Sweet Cucumber King adalah diambil dari satu legenda Burma.Hamba penjaga ladang itu bernama Nyaung-u Sawrahan.Dan dia telah membunuh rajanya sendiri iaitu Theinhko yang mengambil buah tembikai dari ladangnya kerana haus.Kemudian Nyaung-u Sawrahan telah dilantik oleh permaisuri sendiri untuk mengelakkan pemberontakan dan kekacauan dalam kerajaan.Dia inilah yang bergelar Taungthugyi Min".

"Ang Eng bukanlah seorang sejarahwan.Beliau hanya raja yang mengarahkan riwayat Khmer dibukukan berlainan dari kajian barat.Walaupun ideanya bernas namun caranya salah iaitu dengan tidak menekankan raja-raja sebelum Trasok Paem," sambung saya.

"Sebab itu Preah Vihear milik kami,bukan si Khom,rekaan kamu itu," Nari menyampuk membalas dendam.

Pong kelihatan tidak berpuashati,"Siapa yang bina Phra Viharn?"

"Suryavarman I,pencuri!" jawab Nari.

"Adakah dia Khmer macam kamu?" Pong menyoal Nari.

Nari merenung bosan ke arah Pong,"Sudah tentulah,bodoh!"

"Salah!!Suryavarman I adalah dari dinasti Malayu,faham?Termasuk Udayadityavarman II dan Harshavarman III.Menurut Profesor Keng Vannsak pula,Jayavarman VII adalah dari keturunan Cham dan beliau mempunyai dokumen dan bukti konkrit mengenainya.Raja Khmer pertama adalah Trasok Peam,Trasok Peam,faham?Maknanya orang Khmer mula memerintah tahun 1336,sebelum itu adalah orang Khom termasuk dinasti Malayu,Cham dan Siam" Pong menjawab.

"Apa yang kamu merepek ni?" Nari kembali panas.

"Siti,jangan mendiamkan diri...beritahu Nari siapa Suryavarman I," Pong seolah-olah mahu melaga-lagakan saya dengan Nari.Bijak dia mengekploitasi keadaan.Macam raja-raja Thai di tengah-tengah kuasa Eropah.

Saya tersenyum sendirian.Pong memandang mata saya seolah-olah mahu berbisik:apa tunggu lagi jawablah,kali ni kamu akan terperangkap dengan saya.

"Pong...Suryavarman I memang keturunan Melayu tetapi ibunya adalah orang Khmer.Dahulu kami,orang Malayu dan Khmer berhubungan rapat dan saling mengadakan perkahwinan sesama kami.Kami berkongsi sejarah Indochina dan suka-duka di sana.Semua ini terjadi sebelum kedatangan orang Thai.Adakalanya dinasti Malayu memerintah,tetapi mereka memerintah bukan atas dasar menakluk namun atas ikatan kekeluargaan.Ini bukan seperti Thai yang melanggar Pattani dan Ligor dahulu atau menceroboh Angkor," saya melepaskan diri dari 'perangkap' Pong.

"Ayutthaya didirikan di atas tanah Sri Dharmaraja,sebuah city-states Malayu.Kemudian Ayutthaya menceroboh Angkor dan menghalau rajanya ke Chaktomuk (Phnom Penh).Pong...ada peribahasa yang mengatakan "sejarah ditulis oleh orang yang menang".Tiada apa-apa yang salah dengan pepatah ini,tetapi ia adalah salah dan adalah satu kesilapan yang tidak beretika bahawa satu negara boleh menulis sejarah negara lain.Jika anda mahu mereka-reka cerita,jangan melibatkan maruah orang lain,ok?" saya mengangkat kening,ke arah Pong.

Pong hanya mencebik bibirnya mendengar kata-kata saya.Nari tersenyum-senyum sambil menjulurkan lidahnya ke arah Pong.Pong hanya menjeling sahaja melihat gelagat Nari.Kemudian dia memandang saya dengan senyuman dendam.

"Kamu bernasib baik kerana Siti ada dengan kamu hari ini,Nari...lain kali saya pasti akan membuatkan kamu menangis teresak-esak macam hari tu," kata Pong sambil ketawa mengejek."Permainan belum tamat...saya pasti kembali.Saya tetap akan kacau kamu," Pong membulatkan matanya kepada Nari."Huhuhu...apa lagi nak pencuri ni mahu katakan,sila berambus sekarang,kamu dah kalah secara rasminya," Nari ketawa.Begitu seronok dia nampaknya melihat Pong yang masih tidak berpuashati."Saya akan pastikan Siti tetap bersama saya bila kamu datang menyibuk,pencuri!".

"Huh...pengecut!" Pong pun berlalu dari situ menuju ke arah pintu perpustakaan.Nari ketawa mengekek.Beberapa pelajar memandang ke arah kami.Nari memekup mulutnya menahan ketawa.

Nari memegang tangan saya."Terima kasih Siti,kamu penyelamat saya".Saya hanya tersenyum memandang wajah Nari.Matanya membulat ceria,tidak lagi berkaca.

Saya memandang gambar Preah Vihear yang menjadi perdebatan antara Nari dan Pong;antara Kemboja dan Thailand.Saya merenung dalam-dalam ke dalam Preah Vihear dan seolah-olah ke alam fantasi;dengan keadaan bangunan itu ketika selepas baru dibina,amat cantik dan masih mempunyai hiasan-hiasan bertatah emas.Saya seakan-akan melihat seorang lelaki memakai mahkota bertanjak dan sampin seperti mana yang saya lihat dalam teater Jayavarman VII dahulu sedang bersiar-siar di sekeliling bangunan.

"Suryavarman I..." bisik saya.

Beliau pasti mempunyai nama Melayunya.Nama yang dikenal oleh rakyat jelata.Sarwa Jagat?Jati Sukma?Badik?

Suryavarman I beribukan wanita Khmer.Ayahnya adalah seorang raja sebuah city-states Melayu Indochina.Ini ada tercatat dalam riwayat-riwayat Mon.Dalam manuskrip Mon kuno itu tercatat perkataan 'Malayu' dengan jelas,merujuk bangsa raja yang menjadi bapa Suryavarman I.Riwayat-riwayat Mon inilah yang menjadi rujukan manuskrip-manuskrip Thai terkemudian seperti Chiang Mai Chronicles.

Sampot

Jika anda menonton filem Raja Bersiong yang diterbitkan berwarna (Seniwati Sarimah ada berlakon),anda akan melihat dayang-dayang istananya memakai sampot,iaitu kain sarung orang Khmer.Saya begitu ingin tahu siapa yang mengarahkan kostum filem itu.Dari mahkota raja,pakaian hulubalang Melayu Indochina sehinggalah kostum para penari dan dayang.Tidak hairanlah raja-raja Melayu ada beristerikan orang Khmer atau Mon pada masa dahulu.Samalah macam sultan dan raja Melayu utara sekarang yang ada mengambil orang Thai sebagai isteri.



Nari mengajak saya ke Studentenfoyer,tempat yang paling saya benci kerana ramai 'budak-budak nakal' di sana.Keadaan di sana juga agak riuh-rendah dan ada pasangan yang berciuman serta berpakaian tidak senonoh.Saya menggelengkan kepala sambil menghadiahkan senyuman kepada Nari.Nari agak kecewa."Saya mahu habiskan sedikit lagi,awak pergilah dulu,nanti kita jumpa di kaffestag," ujar saya.



"You must pay for it,Srikandi"


Saya masih menelaah buku-buku sejarah Asia Tenggara.Makalah-makalah yang memuatkan artikel seperti "Why the Sailendras were not a Javanese dynasty" tulisan Roy E. Jordan.Pandangan Goerge Quinn dan Professor Vladimir Braginsky.Saya merenung gambar Preah Vihear kembali.


"....dia berani bagaikan api suria...
lahir dari seroja angkasa...
ibunya ialah kesatria pertiwi
bapanya ialah permata raja-raja
Mala dari Malayu..."


Saya teringat bait-bait kata yang diterjemahkan Nari untuk saya dari sebuah mantera kuno Khmer yang berasal dari satu batu bersurat yang dijumpai di Pergunungan Dangrek,Kemboja.Puisi ini ditujukan kepada emperor Angkor berdarah Melayu ini,Suryavarman I.

Hari semakin petang,dan perpustakaan semakin lengang.Saya pun berkemas untuk keluar dari perpustakaan.Saya menuju ke arah barisan rak-rak buku yang panjang untuk meletakkan buku.Entah mengapa,tabiat saya apabila di perpustakaan rajin untuk meletakkan buku di tempat asalnya,tidak di atas troli yang disediakan.Ketika berjalan di antara rak-rak itu saya perasan ada orang bergerak di belakang saya.Saya menoleh.Tiada siapa di belakang saya.Saya memerhatikan sekeliling.Tingkat yang saya berada sekarang (tingkat 3),sudah hampir tiada pelajar.Mereka sudah turun ke bawah.

Saya buat muka selamba,cuba memberanikan diri.Ah,siapa yang berani berbuat perkara yang tidak baik di dalam perpustakaan ni.Kalau sampai satu tahap,saya tak teragak-agak untuk menjerit.Tiba-tiba ada bunyi buku jatuh di rak seberang sana.Saya buat tidak peduli.Tapi sampai bila?Akhirnya saya letakkan buku Le Funan oleh Paul Pelliot itu di rak berdekatan secara tergesa-gesa.Saya sempat melihat label rak itu:Kunstpsychologie (Psychology of Art).Saya terus bergegas keluar dari celah-celah rak itu.Perasaan takut mula menyelubungi saya.Tiba-tiba pergelangan tangan saya dipegang kemas oleh seseorang.Segera saya menoleh.

"Malayu..."

Pong menggengam tangan saya dengan kemas sambil merenung tajam ke dalam mata saya.Sebelah tangannya ada sebuah buku nota saiz A4.Kemudian dia merapatkan buku nota itu ke dadanya,dengan menghadapkan kulit buku ke arah saya.Di atasnya tertulis dengan sebaris perkataan:Am Ende stehen wir zwei (at the end here are the two of us).

Saya menarik-narik tangan saya dari genggaman Pong.Tetapi Pong semakin mencengkam pergelangan tangan saya.Senyum jahatnya semakin melebar.

"Lepaskan tangan saya,Pong...," minta saya lembut.Saya tahu dalam keadaan begitu saya harus berlembut dengannya.Lelaki akan semakin ganas jika wanita juga bertindakbalas dengan kasar.Lelaki ada ego tersendiri bila berdepan dengan wanita yang tidak mahu menurut kemahuannya.Saya harus 'menyejukkan' egonya,kemudian cuba berbincang dan menolak dengan lembut segala kemahuannya.Saya memejamkan mata.

"Jika kamu mahu sesuatu dari saya,bukan dengan cara begini...," kata saya lagi apabila Pong terus merenung wajah saya sambil tersenyum jahat.Saya tidak mahu berkata,apa yang kamu mahu?Pertanyaan tipikal yang dungu dari kebanyakan wanita apabila berdepan dengan situasi begitu.Lelaki akan semakin meninggi egonya dan seperti mengantuk disorongkan bantal,terus menyuruh si wanita mengikut kemahuannya.

Cara saya berjaya.Pong melepaskan tangan saya."Mengapa kamu menyebelahi Nari?" Pong menyoal saya.

"Saya bukan menyebelahi dia,saya hanya bertukar pandangan saya dengan kamu berdua.Kamu boleh bangkang saya,bukan?" jawab saya.

Pong terdiam,dan mengangguk-angguk sambil memandang saya."Tadi,saya tidak boleh bangkang kamu,tetapi kamu tidak patut menjatuhkan air muka saya di depan Nari,mengapa kamu benci saya?" Pong membalas.

"Es tut mir leid,saya tidak bermaksud untuk menjatuhkan air muka kamu,Pong...errr...mengapa kamu tidak boleh bangkang saya?Saya tidak kisah.Kritiklah saya,saya terima".

Pong memandang kedua mata saya tepat."Kamu benar.Dan saya tidak mampu mematahkan hujah kamu.Kamu tahu,saya telah membaca sebahagian riwayat Thai yang tersimpan di sebuah wat purba di Phatthalung.Sebahagian lagi ada tersimpan di arkib diraja di Grand Palace".

Pong menyambung,"....saya tahu sebahagian kata-kata kamu adalah benar.'Mala Ratcha' adalah satu garis keturunan di Angkor dan Funan.Jika kami menganggap Khmer bukanlah pewaris sebenar empayar Angkor tetapi Khom,persoalannya siapakah sebenarnya Khom itu?Bagi saya Khom adalah...." Pong berhenti.

Saya mengangkat kening.

Pong memanjang jari telunjuknya dan menyentuh bahu saya.

"Kamu...kamu dan kamu...,Malayu"

Pong membelakangkan tubuhnya dari saya dan berjalan perlahan-lahan menjauhi saya."Apa yang kamu lihat dari riwayat itu?" saya cuba memberhentikan Pong.Pong menoleh ke arah saya.

"You must pay for it..." jawab Pong selamba sambil menunjukkan perkataan Jerman yang tertulis di buku notanya.

Pong sebenarnya pemuda yang baik.Dia dahulunya cuba mendekati saya,tetapi entah mengapa saya tidak gemarkan sikapnya.Apabila dia menyedari dia hanya bertepuk sebelah tangan,dia cuba memikat Nari.Namun caranya agak pelik iaitu suka mengusik Nari dengan merendah-rendahkan sejarah Khmer dan Kemboja.


Malam itu saya bermimpi wajah ibu.








*Es tut mir leid=saya minta maaf












Catatan Srikandi VII



Catatan Srikandi VII



"The truth is out there"



Semasa saya kecil-kecil dahulu,saya selalu mencuri makan serbuk milo ketika ibu sedang sibuk di depan televisyen pada bulan puasa.Jika ibu tertidur,saya apa lagi,terus buka peti ais dan meneguk air sirap yang ibu simpan semasa sahur.

"Adik buat apa tu?"

"Tak de pape...", saya menjawab laungan ibu dari arah ruang tamu.Agak berdebar juga,bagaimana ibu boleh terbangun secara tiba-tiba.

Ibu memang tegas dalam melatih saya untuk berpuasa.Semasa kecil saya begitu rimas dengan perintah agama untuk berpuasa.Tak boleh makan,tak boleh minum.Hidup sepanjang-panjang hari dengan berlapar dan dahaga.Begitu menyiksakan.Setiap masa mata saya asyik melirik ke arah jam besar di ruang tengah.Penantian adalah satu penyiksaan.Kadang-kadang,dah pukul 7 petang pun,nak menunggu beberapa minit untuk berbuka adalah pengalaman yang paling dasyat.Setiap saat dikira bagai 'countdown' malam tahun baru.

Bila masa berbuka,sayalah orang pertama meneguk air!

"Makanlah buah kurma dahulu baru minum air...", ibu menegur.Saya hanya tersengih-sengih memandang ibu.

Bila dewasa begini,pengalaman berpuasa begitu memotivasikan saya.Ia bukan satu penyiksaan lagi,tetapi sumber inspirasi dan kekuatan.Berpuasa membuatkan saya begitu tenang dan matang.Semua tindakan saya begitu jelas ketika berpuasa.Emosi saya stabil,fikiran saya lapang.Bila usia menginjak dewasa,barulah saya mengerti mengapa Tuhan memerintahkan kita berpuasa.

Kalau tidak silap saya,dalam satu kajian perubatan ada mengatakan 90% penyakit berpunca dari perut.Kadang-kadang saya berjalan-jalan di bandar,saya terpandang juga iklan ubat-ubatan yang memaparkan gambar-gambar najis mangsa pelbagai penyakit.Agak 'geli' juga melihatnya.Ada yang hitam legam dan berpintal-pintal.Memang benarlah satu fakta yang mengatakan dari rupa keadaan najis seseorang,pakar perubatan boleh tahu apakah penyakit yang dideritainya.Dalam iklan itu,pelbagai gambar najis mangsa dipaparkan,menunjukkan tahap kesihatan mereka yang teruk berpunca dari makanan yang mereka ambil sehari-hari.Tetapi ini dapat dielakkan jika mereka berpuasa.Berpuasa mampu membersihkan usus kita berkali ganda dari mengambil ubat-ubatan.Ia lebih berkesan dan tidak meninggalkan kesan negatif.

Mencari pengertian puasa bagaikan mencari jejak-jejak sejarah Melayu yang misteri.Ketika di bangku sekolah dahulu saya tidak mengerti mengapa saya perlu belajar sejarah terutama sejarah Malaysia yang 70% nya berkisar zaman penjajahan.Kini baru saya tahu era sebelum imperialisme menyimpan 1001 rahsia Asia Tenggara dan dunia Kemelayuan.

Malay is truly Southeast Asia.Asia Tenggara adalah tanahair orang Melayu dan segala misterinya.Ketika ahli arkeologi,pakar genetik dan DNA serta ahli kajian genome sedunia semakin tertarik dengan kawasan bernama Asia Tenggara ini,kita tahu mengapa ada 'orang luar' yang beria-ria mahu orang mengiktiraf dirinya berasal dari Asia Tenggara.

Orang Melayu adalah etnik yang unik berbanding mana-mana etnik Asia Tenggara kerana menduduki kedua-dua bahagian tanah besar dan kepulauan.Ini memberitahu kita bahawa induk Asia Tenggara adalah Austronesia.Di bahagian tanah besar Asia Tenggara,terdapat 4 kaum yang dikenal pasti oleh majoriti ahli sejarah dalam dan luar Asia Tenggara sebagai 'indigenous' iaitu:Mon,Pyu,Khmer dan kita,Malayu.Kaum Pyu sudah pupus manakala orang Mon semakin tersepit dan menuju ke arah kepupusan bahasa dan budaya.Yang masih bertahan adalah Malayu dan Khmer kerana kedua-duanya memiliki peradaban tinggi dan tahap survival yang lasak.

Hubungan orang Melayu sebagai suku Austronesia dan Khmer sebagai suku Austro-asiatic sememangnya diketahui sejak zaman berzaman.Orang Khmer adalah 'mainlander' manakala Melayu adalah 'seafarers'.Orang Melayu membuka perdagangan maritim dan memerlukan barang dagangan dan pertanian untuk didagangkan.Transaksi ekonomi berlaku antara kedua-dua kaum ini.Orang Khmer juga meminati galian mahal ini;emas,yang dilombong oleh orang Melayu.Raja-raja Khmer selalu memesan sejumlah perhiasan dan jongkong emas yang banyak dari negeri-negeri Melayu untuk menghiasi kuil-kuil mereka.Tradisi emas dengan negeri-negeri Melayu memang berakar umbi dari sejarah yang panjang dan ini membuka rahsia yang lain mengapa Raja Siam tetap mahukan negeri-negeri Melayu naungannya menghantar bunga emas ke Bangkok pada masa dahulu.

Antara pengkhususan kajian sejarah saya ialah hubungan antara Malayu dan Khmer.Kedua-dua kaum ini memiliki hubungan misteri pada masa silam sejak ramai pengkaji mula sedar sebahagian raja-raja Angkor adalah berketurunan Melayu!

Saya juga mengkaji hubungan bangsa Melayu dengan kaum-kaum bukan serumpun (non-Austronesia) yang lain seperti Thai,Burma dan Dai Viet di Asia Tenggara.Dan yang paling penting sekali,hubungan Melayu dengan sukukaum-sukukaum Austronesia sendiri seperti Jawa,Sunda,Bugis dan sebagainya.

Sudah semestinya jika kita membuka buku teks sejarah Tingkatan 3,kita tidak akan menemui nama raja-raja Angkor yang berketurunan Melayu seperti Suryavarman I,Jayaviravarman,Udayadityavarman II,Harshavarman III,Jayavarman VII,Indravarman II atau Jayavarman VIII.Ini semua adalah nama Emperor-emperor Empayar Khmer atau kerajaan Angkor yang terkenal itu.Bagi kita,Angkor adalah Khmer dan semua raja-rajanya adalah Khmer.INI SALAH!Hubungan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa di sekelilingnya adalah SAMA DENGAN HUBUNGAN BANGSA JERMAN DENGAN BANGSA-BANGSA EROPAH DI SEKELILINGNYA sebagai contoh.Dahulu hubungan orang Melayu dengan Mon dan Khmer amat rapat sehingga terjadi perkahwinan sesama mereka.Tanah bangsa Melayu juga menjangkau tengah Thailand dan bersempadan dengan Kemboja,tanahair bangsa Khmer.Di Battambang,Kemboja buat pengetahuan anda merupakan bekas wilayah negeri Melayu pada masa silam.Ini semua ada tercatat dalam prasasti atau petitih-petitih kuno bangsa Khmer.




Kita kena belajar memahami dari sekarang bahawa hubungan orang Melayu dengan entiti di sekelilingnya bersifat antarabangsa.Bukti konkrit paling jelas menggambarkan maksud ini adalah Sulalatus Salatin,yang menceritakan hubungan kerajaan Kesultanan Melaka dengan kerajaan-kerajaan di sekelilingnya seperti Majapahit,Champa,Pasai,Pahang atau Ayutthaya.Inilah karya sejarah yang bijak,menceritakan betapa 'international' nya orang Melayu pada masa dahulu,belum dikira era Srivijaya lagi.Saya sudah tegaskan berkali-kali,hubungan kerajaan-kerajaan silam di Asia Tenggara adalah sama seperti hubungan kerajaan-kerajaan di Eropah.Sebagai contoh keturunan bangsawan Jerman,Saxe-Coburg dan Gotha mewarnai beberapa keluarga diraja Eropah seperti Sweden dan England.Puteri Sybilla dari Sweden (1908-1972),isteri kepada Putera Gustav Adolf,Duke of Västerbotten yang merupakan ibu kepada Raja Sweden, Carl XVI Gustaf adalah dari keturunan bangsawan Jerman tersebut.Contoh yang paling jelas adalah suami kepada Ratu Victoria dari England,Putera Albert adalah keturunan Jerman Saxe-Coburg dan Gotha.Jadi tidak hairanlah mengapa dalam Riwayat Chiang Mai yang ditulis di atas manuskrip dedaun pada tahun 1827 menyebutkan Suryavarman I (maharaja empayar Khmer) berketurunan dari Malayu.Suryavarman II pula (yang membina Angkor Wat) adalah sepupu Jayavarman VII,yang merupakan cicit Suryavarman I!

Kita sesungguhnya berhubung dengan bangsa Khmer melalui peperangan dan perkahwinan.

Raja Sujita dari negeri Melayu Sri Dharmaraja telah mengahwini seorang gadis Khmer dan melahirkan emperor ke-39 Angkor,Suryavarman I yang telah membina Preah Vihear yang kini menjadi perebutan antara Kemboja dan Thailand.Seorang emperor dari dinasti Melayu Sailendra telah menakluki Chenla (negeri asal bangsa Khmer) pada tahun 774 Masehi.Seorang kanak-kanak cerdas telah ditawan bersama-sama ekspedisi ketenteraan Sailendra itu,dan diasuh di dalam istana Sailendra,kemudiannya apabila dewasa menjadi pengasas Empayar Khmer.Dia adalah Jayavarman II,yang fasih berbahasa Melayu Kuno,bahasa tradisi dinasti Sailendra dan Sriwijaya,dua 'ruling house' yang amat berkuasa di Asia Tenggara ketika itu.

Saya pernah menghadiri satu teater Khmer berkenaan raja-raja Angkor.Ketika itu terdapat satu slot tentang adegan peperangan dengan Champa.Kemudian adegan seorang raja dan permaisurinya memberi restu kepada para perajurit.Yang menarik hati saya ialah pakaian raja itu yang bersampin dan memakai 'vest' sebagaimana gambaran raja-raja Melayu pada masa dahulu.Mahkotanya juga berbentuk tanjak.Saya berbisik kepada rakan sebelah saya (orang Kemboja),dan dia memberitahu saya bahawa raja itu adalah Jayavarman VII dan di masa pemerintahan beliau,memang ada peperangan dengan Champa.



Menariknya,apabila saya mengkaji lebih dalam ternyata Jayavarman VII adalah dari susur galur raja Melayu dan pernah tinggal di Champa beberapa lama.Saya kurang jelas adakah dari sebelah ibu atau ayah,namun saya yakin dari sebelah ibu kerana perkataan 'cudamani' pada nama ibunya,Sri Jayarajacudamani,adalah 'title' khas Maulimalaraja,garis keturunan raja-raja Melayu Indochina.Kemudian barulah saya tahu bahawa beliau adalah cicit Suryavarman I selepas membaca ulasan sebuah prasasti di Laos,iaitu Prasasti Say Fong!

Salasilah raja-raja Melayu Indochina tercatat dalam pelbagai prasasti dan manuskrip Khmer,Mon dan Thai!

Di dalam rekod Dinasti Sui (581-618 Masehi),merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."


Li-fo-shi adalah sebutan China kepada Srivijaya,seorang putera raja Melayu purba yang memulakan dinasti yang teragung itu.Dimanakah Chih Tu?Chih Tu diyakini berada di kawasan Kelantan sehingga ke Patani pada hari ini.Persekutuan dengan beberapa negarakota Mon menyebabkan nama Chih Tu juga dikesan sejauh Chiang Mai,kawasan yang dahulunya merupakan sebahagian Haripunjaya,sebuah negarakota (city-state) Mon.

Perhatikan nama keluarga pemerintah Chih Tu adalah 'Chudam'.Sebab itu sejarahwan Thailand mendakwa Jayavarman VII adalah berasal dari dinasti Melayu Indochina,sekurang-kurangnya punya kaitan dengan suku Cham.

Betapa asyiknya tenggelam dalam misteri raja-raja Melayu di tengah-tengah riwayat Khmer dan Mon.Saya benar-benar ingin kembali ke zaman silam dan ingin melihat sendiri bagaimana raja-raja keturunan Melayu ini memerintah Empayar Khmer di dalam istana secantik Preah Vihear.Mereka pasti berbahasa Mon,Khmer dan Sanskrit bila berurusan dengan rakyat Kemboja,dan apabila bertemu dengan saudara mara mereka sudah tentu berbahasa Melayu.Adakah bila saya datang mengadap emperor-emperor Angkor ini dan cuba berbahasa sendiri terhadap mereka,adakah mereka memahami saya,cucu cicit yang seketurunan dengan mereka,Malayu?

Adakah mereka memahami saya?

"Mera juga disebut sebagai Ye Ye dalam pelbagai rekod dinasti China,yang diterjemah oleh penterjemah Inggeris sebagai 'Coconut Leaf'," Nari bercerita tentang Mera,puteri Funan yang menurunkan bangsa Khmer.

"Mayang Mengurai..."

"Apa kamu kata?" Nari menyoal.

Saya menarik nafas panjang.Gadis Khmer itu merenung saya menanti jawapan.Pada zaman dahulu,ada seorang puteri dari Malayu yang memerintah pulau Kok Thlok,berjiran dengan raja-raja Cham purba.Ketika itu bangsa Khmer berada di utara,tepatnya di utara Laos sekarang.Namun begitu mereka belum lagi wujud sebagai 'Khmer'.Mereka digelar Chenla,atau Zhenla,lebih merupakan etnik-etnik selatan China.



Bersambung....







(Ikuti kisah Srikandi dengan rakan Khmernya,Nari berhadapan dengan seorang pemuda dari Thailand yang berdebat tentang sejarah Indochina,yang akan diupdate dalam ruangan yang sama)















~Malayu from Lords of The Sea Dragon