Selain dari teknik dan peralatan pertanian di Asia Tenggara yang lebih tua dan maju dari tamadun di China,kajian DNA juga mendapati bahawa variasi genetik di situ lebih banyak dari di China sendiri.Malah kajian mtDNA juga mengesan pergerakan terawal dari arah Pentas Sunda ke lain-lain tempat.
=====================================================
Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
======================================================
Pada tahun 2008 yang lalu,sekumpulan penyelidik antarabangsa yang terdiri dari Pedro Soares,Jean Alain Trejaut,Jun-Hun Loo,Catherine Hill,Maru Mormina,Chien-Liang Lee,Yao-Ming Chen,Georgi Hudjashov dan lain-lain telah mengemukakan hasil kajian mereka yang mendapati bahawa terdapat migrasi berlaku dari kawasan Kepulauan Asia Tenggara ke tempat-tempat lain,yang lebih tua dari mana-mana migrasi manusia di China mahupun Taiwan.Ini disokong oleh pemerhatian kepada perubahan dalam mitochondrial DNA,kajian perubahan iklim dan mitos Banjir Besar (flood myths) yang tersebar lebih banyak di kalangan bangsa-bangsa di Asia Tenggara berbanding wilayah lain di dunia.
Semua penyelidik ini datang dari pelbagai institusi tersohor dunia seperti,University of Leeds,University of Cambridge,University of Glasgow,The Australian National University dan University of Oxford.Kajian ini ditaja oleh The Bradshaw Foundation and Kesatuan Eropah.
Apa yang menariknya,dalam kajian yang 'real' ini,misteri kepada kewujudan orang Melayu di Asia Tenggara telah mampu dipetakan dengan kukuh dengan bukti DNA;bahawa mereka sebenarnya adalah pribumi tertua di Asia Tenggara.
Kajian mendapati bahawa pergerakan populasi orang China adalah lebih muda,yakni berlaku pada 2000 hingga ke 3000 tahun yang lalu manakala pergerakan manusia di kawasan Pentas Sunda berlaku lebih 10000 tahun yang lalu.
Adakah sebelum Banjir Besar,nenek moyang orang Melayu atau Proto-Austronesia telah sedia ada di Pentas Sunda?
Perlu diingat,kajian mtDNA ini bukan kajian universiti-universiti tempat yang beranking rendah dalam arena akademik dunia.Kajian yang mengungkai misteri kewujudan orang Melayu dengan premis bahawa Melayu adalah pribumi sebenar Asia Tenggara bersama-sama suku-suku serumpun yang lain adalah hasil kajian universiti-universiti terunggul dunia.
Bukan universiti kampung atau cap ayam.
Dalam pada itu,Martin Richards, Profesor Pertama fakulti Archaeogenetics di Leeds University, yang mengetuai pasukan penyelidikan dalam pelbagai disiplin dalam projek penyelidikan terbabit,berkata: "Saya rasa keputusan kajian akan menjadi satu kejutan besar bagi ramai ahli-ahli arkeologi dan ahli bahasa, di mana kajian teori migrasi konvensional berdasarkan dari kajian dua bidang ini. Pengembangan populasi ini sepertinya tiada mempunyai apa-apa kaitan dengan pertanian, tetapi kemungkinan besar telah didorong oleh perubahan iklim, pemanasan global khususnya dan aras laut yang dihasilkan meningkat pada akhir Zaman Ais antara 15,000 hingga 7,000 tahun lalu. "
Kajian Melayu berasal dari Nusantara telah saya sentuh dalam buku Melayu Pribumi Asia Tenggara hasil koloborasi saya dengan dua penulis yang lain.
Apa yang saya kaji tentang asal-usul Melayu bukan mitos,penglipurlara atau kata-kata menyedapkan hati ataupun nak membanggakan diri.IA ADALAH FAKTA DAN HUJAH AKADEMIK.Dibuktikan dengan bukti-bukti empirikal dan dibuktikan dengan keputusan makmal.
Allah swt menjadikan manusia berbangsa-bangsa dengan objektif saling mengenal di antara satu sama lain.Bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing,gunanya untuk saling bantu-membantu antara bangsa-bangsa ke arah hidup lebih baik dan dengan itu,masa dapat dimanfaat bagi mencari cahaya hidayah ketika di dunia yang fana ini.
Sebelum saya mengundur diri,anda boleh muat turun kertas kajian para penyelidik tersebut.Adakah saya mereka-reka cerita?Bertuahnya tidak.Memang ada kertas laporan dan data-datanya.
MUAT TURUN SINI>> https://goo.gl/aZs66R
~Srikandi
My History is Immortal