Sunday, October 12, 2014

Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara





di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan






ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan


biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan





Jika budayaku mati,bahasaku mati sekalipun,sejarahku tidak kan mati.Biar mati anak dan adat sekalipun,sejarahku tetap abadi.

Kepada para peminat sejarah Melayu,kepada anak-anak bangsa,anak watan marhaen yang hatinya putih suci yang hidupnya kais pagi makan pagi,kais petang malam bersyukur kepada Tuhan.

Kepada pewaris Bani Jawi dan nusantara ini,kepada pejuang-pejuang agama dan bangsa yang kuhormati,

Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja menceritakan asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita bercakap mengenai identiti,ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya.Selama mana sesuatu bangsa itu berpegang pada identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.

Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Merina.Mereka adalah bangsa yang berasal dari bangsa-bangsa pelaut dan kepulauan,yang membentuk kelompok bangsa dan bahasa yang dikenal sebagai Austronesia.

Orang Melayu dan raja-raja mereka adalah penguasa Selat Melaka sejak dari dahulu dan ini diakui oleh catatan-catatan Arab,Parsi,Imperial China dan conquistador-conquistador Eropah.

Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritim orang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.Saya bercakap tentang survival dan dayatahan untuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya tanahair dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara mengatasi Thailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!

Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisi kepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masih mengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga kekal,sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan China malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial China merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah 'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.

Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.

Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kita tahu,Singapura hari ini adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.Jika Segenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.



Daku Katakan Kepada Mereka


Sebab itu apabila orang bertanya dari mana asal-usul orang Melayu?Daku katakan kepada mereka,

"Kami orang Melayu berasal dari bangsa besar Nusantara,para pelaut dan pelayar yang gagah.Bangsa besar Austronesia yang menjangkau dari Pasifik hingga ke Madagaskar,dari Sulawesi hingga ke Taiwan"

Jika orang Melayu tidak wujud,maka bahasanya juga tidak wujud.Mana mungkin bahasanya wujud tetapi pemilik bahasanya tidak wujud?Malah bahasa Melayu itu adalah lingua franca pada masa silam dan bahasa pemersatu pada masakini!

Bukan calang-calang,wahai tuan-tuan dan puan-puan.

Jika Melayu itu khayalan,maka saudara-saudaranya dari
Jawa,Sunda,Tonga,Hawaii,Banjar,Dayak,Maori dan selainnya itu juga tidak wujud!

Ingat kawan,Austronesia itu adalah antara kelompok bahasa utama dunia.

Maka inilah jawapan kepada pacal yang hina lagi yang mendengki tidak habis-habis itu.

Tidaklah patut kita menjadi bodoh dan sanggup dihina kerana kebodohan kita tidak mahu belajar asal-usul kita.Orang yang tidak mahu merasa penatnya belajar maka kelak akan merasa perihnya kebodohan.

Maka dengan ini,daku hadiahkan kepada kamu semua,anak-anak Malayu,pewaris Bani Jawi yang kuharap nanti sempat berjuang bersama Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s di akhir zaman.

"Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara"

Biar daku kukuhkan asal-usulmu,biar kamu dan kamu merasa megah dan bersemangat.Biar kamu menongkah arus dunia dengan kuat dan yakin  diri.

Daku membantumu disebabkan kamu dan kamu lembut dan lunak kepada agama Allah.Kamu dan kamu mencintai Islam dan ajaran Muhammad s.a.w.

Siapa daku?Bukankah daku pernah memberitahumu berkali-kali?Ingat,

Namaku Srikandi.Bangsaku ialah Melayu.Asal bangsaku ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agamaku ialah Islam.Rumah kaum kerabatku ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Daku pribumi Asia Tenggara.Daku bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.

Asal-usul daku di sini,Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.


 ==============================================
 Kulit buku di atas adalah koloborasi saya dengan dua nama besar dalam penulisan blog sejarah Melayu,Al-Semantani dan Ibnu Rusydi.

Saya menulis 6 artikel yang meliputi:

-Sejarah Sri Dharmaraja dan Chandrabanu Dharmasokaraja
-Sejarah Malay city-states 
-Prasasti-prasasti Melayu
-"Viking of Orient"
-Aborigine Malay
- Gelaran 'perhangan' kepada Li Po.

Jika tiada halangan, Insya Allah buku ini akan berada di pasaran pada tahun ini. Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran atau terus memesan dengan penerbit di http://www.hijjaz.my/store/

Buku ini padat dengan hujah-hujah dan fakta berkaitan dengan sejarah Melayu dan orang Melayu yang seringkali disalahtafsir oleh mereka yang kurang pendidikan atau mempunyai niat jahat untuk memprovokasi.Jadi ini adalah sebahagian jawapannya untuk membantu mereka sembuh dari penyakit ketidakfahaman mereka dengan orang Melayu dan sejarahnya.

:)

 Nantikan di pasaran!