Wednesday, November 30, 2016

Buku Baru Tahun Depan!








 
Tahun depan insya Allah saya akan keluarkan buku baru.  Objektif untuk memasyarakatkan bidang sejarah tetap diteruskan. Bawa turun ilmu sejarah terutama sejarah Melayu kepada anak-anak muda.

Setakat ini ada dua projek. Satu projek buku memang rutin dengan penerbit saya sebelum ini (yang menerbitkan Emas Para Dapunta & Maharaja serta Baiduri Segala Permaisuri). Namun ada satu lagi projek buku bersama dua orang ahli akademik di mana seorang bertaraf profesor dan seorang lagi bergelar doktor.

Menariknya ahli akademik ini sudah nampak apa sebenarnya yang saya sedang buat :)

Memang sukar orang yang tidak memiliki latarbelakang sejarah dan disiplin ilmu untuk memahami metodologi yang saya cuba terapkan. Terutama sekali mereka yang memang buta sejarah atau hanya facebooker yang melihat sejarah dari pandangan sempit sempadan geografi yang dibuat oleh penjajah. 

Bertuahnya kini masyarakat dan anak-anak muda mula celik dan ingin tahu tentang sejarah mereka. Setiap hari berpuluh-puluh emel dan mesej di media sosial bertanyakan tentang sejarah kepada saya. Saya memohon maaf kepada penanya yang soalannya tidak sempat saya jawab, kadang-kadang bila saya scroll balik ke bawah, memang terdapat soalan-soalan yang saya tidak sempat baca.

Buku terbaru ini saya akan cakupkan dengan maklumat tentang dua tapak arkeologi kita yakni di Lembah Lenggong dan di Sungai Batu. Lembah Lenggong memang terkenal di dalam peta arkeologi dunia sebagai bukti kewujudan manusia yang tertua selepas penemuan di Afrika (rujuk UNESCO). Manakala Tamadun Sungai Batu adalah tamadun tertua di Asia Tenggara.

Kedua maklumat tentang kedua-dua tapak arkeologi ini memang terhad capaiannya di kalangan umum. Saya akan cuba mempopularnya sebaik mungkin mengikut kemampuan yang saya ada. I'm walk the talk. Sememangnya terdapat kelemahan-kelemahan dalam tadbir-urus berkenaan maklumat-maklumat begini untuk sampai ke masyarakat. Saya sudah mengkritik badan-badan terbabit dan pada masa yang sama, saya cuba membantu mana yang patut. Usaha ini sedikit sebanyak menghasilkan kejayaan yang bukanlah setinggi gunung namun dapat mencakar awan. Buku-buku saya yang laris di pasaran dan perkongsian yang memberangsangkan di media sosial, juga indeks ranking tertinggi di dalam enjin carian Google misalnya adalah antara tanda aras usaha-usaha menggunakan media baru dan lama mampu menjana minat dan sifat ingin tahu atau inkuiri di kalangan masyarakat.

Memang saya mempunyai objektif tersendiri dalam bidang sejarah. Memperjuangkan sejarah bukanlah satu retorika sebagaimana sebilangan orang menyembang sejarah, namun nowhere. Mesti ada matlamat, objektif atau sasaran. Pendirian kena kukuh dan mantap. Jika kita takut-takut menyuarakan pendapat dan stand kita, maka lebih baik jangan berumah di tepi pantai jika berjiwa penakut kepada air dan ombak.

Apapun nantikan buah tangan terbaru dari saya.

Majulah sejarah untuk peradaban manusia.


~Srikandi





Saturday, November 26, 2016

Power of Knowledge








Saya fikir ini adalah sesuatu yang menarik. Walaupun sebenarnya bagi saya ia agak klise sebab saya sudah berkali-kali menghadapinya. Pihak yang berbohong tidak mampu menjawab hujah-hujah yang menyangkal apa yang tidak benar yang dituduhkan itu kepada sejarah Melayu.

Ada orang yang tidak suka saya menyebarkan pengetahuan dan keberanian mempertahankan sejarah di Internet, dan mereka (bangsa Melayu sendiri) memperlekehkan usaha saya dengan kata-kata 'hanya blogger' sahaja. Orang-orang ini memang berfikiran ketinggalan zaman. Adakah mereka tidak sedar bahawa majoriti anak-anak muda menghabiskan masa di media-media sosial, dan jika pengetahuan sejarah hanya dikurung di seminar-seminar, talk, acara-acara kebudayaan dan seumpamanya, maka bagaimana ilmu sejarah itu mahu sampai ke pemikiran dan perhatian anak-anak muda ini?

Ini zaman viral. Para sejarahwan, peminat sejarah mahupun poser sahaja, nak tak nak kena mengaku ramai berfesbuk bagai kini. Internet dah jadi satu keperluan, bukan benda mewah.

Jika mereka hanya berego besar, mengurung sejarah dalam arkib, muzium, perpustakaan, ceramah dan sebagainya, maka tunggulah anak-anak muda ini bangkit untuk menjahanamkan peradaban. Bagaimana nak atasinya? Dekati mereka di media-media baru yang menarik perhatian mereka. That's all.

Boleh baca selanjutnya di sini :

Kajian Kes : Melawan Pembohongan Sejarah Dengan Kritis



~Srikandi


Thursday, November 24, 2016

Teguran Kepada Seorang 'Pejuang'

Foto hanya hiasan






Salah satu sifat orang Melayu yang paling saya tidak gemar ialah berdendam perkara yang remeh-temeh atau tidak penting dan berlarut-larutan. Berdendam ini termasuk sifat-sifat lain seperti iri hati dan cemburu.

Berbeza pendapat dalam sejarah Melayu adalah perkara biasa, dan sepanjang saya mendidik masyarakat kepada sejarah Melayu yang praktikal dan bukan tahyul, memang ada pertembungan pendapat. Polisi saya, saya hanya fokus kepada pendapat dan hujah, apa orang itu nak buat, latarbelakang dia, kaya atau miskin...itu bukan masalah saya. Bergantung kepada orang yang saya lawan hujah, sekiranya dia datang dengan hormat, maka saya layan dengan hormat. Jika dia kurang ajar, mendapatlah.

Sebab itu, saya tidak kisah untuk siapa sahaja membantah pendapat saya dalam sejarah. Hujah lawan hujah. It's simple like that. Ini biasa bila saya berlawan hujah dengan orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu (cth: Cina/India yang datang dengan premis yang menyeleweng/salah tentang orang Melayu dan sejarahnya) apabila saya jawab hujah mereka dengan fakta, mereka akan cuba sangkal dan apabila gagal, mereka akan diam. Namun, kebanyakan orang Melayu (yang tiada pengetahuan dalam sejarah atau hanya poser), apabila gagal berhujah dengan saya, mereka akan lepaskan kemarahan dengan memakihamun, mengadu pada orang lain dan menghasut. Ada di antara mereka boleh setup satu group atau fanpage untuk melepaskan sakit hatinya kepada saya, ada yang melaporkan saya kepada polis (haha ini kemarahan tahap dewa) dan ada yang menghasut orang lain untuk menyaman saya. It's funny.


 
Foto hanya hiasan



Saya berkenalan buat pertama kalinya dengan seorang penulis dan bekas wartawan ini ketika acaranya yang pertama, yang dianjurkannya sendiri bersama sejumlah orang. Salah seorang dari mereka yang saya panggil Kak Anne telah mempelawa saya menyumbang satu slide di dalam acara itu. Setelah beberapa lama acara itu selesai, berlaku semacam konflik antara bekas wartawan itu dengan kawan-kawannya yang turut sama menganjurkan acara itu. Macam-macam saya dengar dari kawan-kawannya itu kepada saya. Sebab saya kurang mengenali bekas wartawan tersebut ketika itu, saya hanya melayan sahaja luahan mereka.

Namun hari ke hari, bersilihganti orang-orang yang saya tidak kenal mengadu di mesej fanpage saya tentang beberapa perkara tentang dirinya, yang akan saya diamkan sahaja sebab saya malas mahu campur hal orang. Namun salah satu isunya telah jadi kes semasa Pesta Buku Kuala Lumpur yang lepas. Ini buat saya terfikir sesuatu tetapi seperti biasa saya malas nak tambahkan cili atau perisa kepada mesej orang-orang yang memberitahu itu supaya saya berhati-hati dengan bekas wartawan itu. Saya ada banyak kerja lain.

Sebenarnya, ramai orang bercakap tentang dirinya yang agak sombong ketika mengendalikan acara anjurannya itu, tetapi beliau tidak sedar. Beliau ada naikkan satu status mengecam orang-orang di acaranya yang kononnya sombong (pulak dah) dengannya dan beliau mula memutarkan kembali cerita-ceriti certificate Universiti of London-nya untuk menyedapkan hati bahawa dirinya bukan lekeh tetapi masih memegang ijazah matematik (yang tak berapa function dalam hidupnya). Walhal, dirinya sendiri ada kesilapan dan ego yang amat besar. Sekali lagi, saya hanya menjadi pendengar kepada orang-orang yang mengadu tentang sikapnya itu.

Memang buku-bukunya hanya travelog peribadi. Elemen-elemen sejarah di dalamnya bercampur-aduk dengan kenangan-kenangan masa kecil, dan lawatannya ke makam-makam dan tempat sejarah. Jujur kata, saya tidak mengesyorkan untuk belajar sejarah terutamanya sejarah Melayu dari buku-bukunya sebab bercampur-aduk dengan cerita-ceriti Syiah dan pendapat-pendapat kawan-kawannya yang aneh. Ya, Syiah...dan memang ia jadi kes yang saya kira agak memalukan.


Foto hanya hiasan


Saya pernah berbeza pendapat dengannya, apabila beliau mengatakan 'Raja Suran adalah Rajendra Chola' dan beberapa pendapat lain yang pada saya adalah salah dan menyeleweng. Namun saya tidak sangka beliau begitu terasa dengan saya yang mengkritik pendapatnya itu sehingga ke hari ini. Sejak itu beliau menuliskan ketidakpuashatiannya kepada saya, dalam komen di fanpage atau statusnya sendiri. Tidak ada satu pun melawan hujah saya, tetapi hanyalah bibit-bibit tidakpuashati kerana saya kononnya terlalu lantang, menidakkan ilmu orang-orang tua yang lebih makan garam atau seumpamanya. Masalahnya, kalau terlampau makan garam sampai darah tinggi, memanglah saya akan menghindarkan diri dari orang-orang seperti ini. Hujah lawan hujah, itu sahaja. Tua atau muda saya tak pandang. Saya akan kritik sekiranya tidak betul, tinggal lagi saya akan layan mengikut gaya orang yang dikritik. Kalau dasar bebal, mendapatlah.

Beliau juga membantah kononnya saya menulis seolah-olah ingin menunjukkan kecantikan saya di status saya sendiri. Nak buat macam mana dah memang saya begini. Itu belum lagi saya selfie buat duckface. Itu akaun saya so saya punya pasallah. Kalau sakit hati, menyingkirlah. Memang beliau patut marah kerana saya pernah diminta gambar (untuk tujuan dijadikan isterinya-ini kisah lain) tetapi saya beri gambar kabur saja. Haha sorila saya sebenarnya sudah berpunya. :D :D :D

Dari semasa ke semasa, beliau tetap menuliskan ketidakpuashatiannya kepada saya di dalam status media sosial atau blog, mungkin ikut mood atau mungkin dihasut oleh haters saya. Namun saya buat don't know sahaja. Beliau buat begitu pada masa yang sama tag saya dalam acaranya (untuk tujuan promosi) dan minta diulas bukunya! Saya hanya menyokong sahaja atas dasar sesama bangsa dan orang Islam tambahan pula saya tahu beliau memang tiada proper job. Malah saya pernah bantu promosi dan ulas buku (chapter by chapter lagi) seorang penulis yang menyeru orang ramai bantu dirinya kerana nak tampung belanja dia sambung belajar, walaupun penulis itu kerap memburuk-burukkan saya di belakang! Seperti yang saya katakan tadi, saya bantu semampunya atas dasar sesama Melayu dan Islam, it's nothing personal.



Foto hanya hiasan


Berbalik kepada kisah bekas wartawan tadi, kadang-kadang memang saya menasihatkan beliau supaya cari kerja tetap dan bantu isterinya yang merupakan staff biasa di sebuah syarikat utiliti. Namun beliau sering menyangkal nasihat saya dengan menunjukkan kelulusan Universiti of London-nya dan berkata kalau dia nak kekayaan bagai dia mampu sebab ada kelulusan dan berkawan dengan orang-orang besar malah saudara-maranya juga ada berjawatan tinggi. Tapi itu mereka bukan kamu, bisik hati saya setiap kali beliau memberi alasan begitu.

Jika ditanya kenapa tak guna sahaja semua kelebihan untuk mencari rezeki, beliau berdolak-dalik dengan alasan orang perjuanganlah, tak pandang harta, ikut gerak rasa bla..bla... yang buatkan saya sedikit menyampah. Rasa menyampah itu semakin kuat apabila beliau kemaruk mencari isteri baru beberapa bulan lepas!

Apabila akaunnya kena verify oleh Facebook baru-baru ini cuba teka siapa beliau tuduh dulu kononnya akaunnya kena hack? Haha...orang yang selama ini didendami kerana kritik pendapatnya!

Selepas saya meminta penjelasan mengapa mesti berbohong menuduh saya hack akaunnya, beliau mula gelabah, meminta maaf kepada saya dan menyalahkan orang yang memecatnya dari satu yayasan dan bersangkutan satu aset yang bernilai tinggi yang mana musuhnya tidak mahu beliau masuk campur. Ya... bekas wartawan ini banyak musuh malah musuhnya ditahap ahli politik dan sebagainya. Biarlah saya simpan rahsia ini. Kecuali jika beliau cuba mencabar saya, ye lah...orang minta menjual, kita pun lelonglah.

Tetapi yang menarik, bekas wartawan ini lebih mendendami saya melebihi musuh-musuhnya yang sebenar, yang membuatkan beliau hilang mata pencarian serta merampas kekasihnya.

Sebab itu saya katakan, salah satu sifat orang Melayu yang paling saya tidak gemar ialah berdendam perkara yang remeh-temeh atau tidak penting dan berlarut-larutan.





~Srikandi
"Cik Puteh Inang Dua Belas"


Tuesday, October 18, 2016

Emas Para Dapunta & Maharaja: Ulasan dari Nazmi Yaakub









Memang banyak ulasan atau review bagi buku ini. Kali ini saya paparkan ulasan dari Tuan Nazmi Yaakub yang saya kira menarik dari segi pandangan seorang jurnalis yang disegani. Ulasan ini diambil dari Goodreads.



                                                                           ***********






Saya jarang memberikan perhatian kepada buku yang menghimpunkan catatan daripada laman sosial tetapi untuk buku ini, saya memberikan pengecualian. 

Ini kerana ia adalah sejarah bangsa sendiri yang selama ini diletakkan pada penjuru paling hina oleh pelbagai kelompok bangsanya daripada politikus dan aktivis yang ada kepentingan politik sempit kepada Melayu kelas pertengahan yang sudah fasih berbahasa Inggeris dan berbudaya Anglo-Saxon tetapi gagap dalam pembacaan serta budaya ilmu kepada Islamis yang menganggap Melayu itu assabiyah dan assabiyah itu ke neraka (hasil pemahaman simplistik yang salah dalam makna agama) serta kalangan bukan Melayu yang membaca sejarah dengan cermin mata dan kerangka fikir yang diberikan oleh imperialis yang sebahagiannya memiliki kepentingan politik sempit juga.

Memang buku ini menampilkan penulisan yang memiliki unsur dramatik dan sedikit bumbu sedikit romance yang barangkali kerana ia diambil secara langsung daripada media sosial tetapi ia tidak menjejaskan semangat dan substance hakikat sejarah bangsa Melayu yang besar serta masih dalam bentuk puzzle seperti yang ditegaskan oleh pengarangnya sendiri. Ini menjadikan buku ini ibarat sebuah penerokaan ala Tomb Raider atau lebih awal, Indiana Jones. Elemen emosi yang disuntik, mengangkat buku ini lebih jauh daripada new journalisme yang masih terhad elemen peribadinya.

Disebabkan ia dipindahkan daripada laman sosial, ia turut membawa nada kemarahan pengarang terhadap sejarawan dan pengkaji khususnya pemimpin yang dianggap malas membuat kajian lapangan dan hanya mengambil output daripada orientalis serta sarjana berkepentingan serta golongan yang gagal memahami hakikat sejarah bangsa Melayu yg kaya.







Memang sukar untuk membawa satu naratif besar bangsa Melayu selepas bangsa ini melalui penjajahan ratusan tahun daripada Portugis, Belanda hingga Inggeris yang bukan hanya menggunakan kuasa imperialisme, bahkan turut menghunus pena orientalisme yang beracun sehingga mengelabui dan mengherot-berotkan pandangan serta jiwa bangsa yang dijajah mereka. Kemudian, kita diberikan peta yang sudah dipetak-petakkan, buku yang sudah disunting dan diubah serta pemikiran yang sudah lama diserkup dengan penjajahan minda.

Apa yang dilakukan oleh pengarang dan sejarawan lain yang sebelum ini memanfaatkan media sosial untuk mengembalikan naratif sebenar suatu bangsa yang besar, masuk ke tahap yang seterusnya, iaitu penulisan sejarah yang diharap dapat memperbetulkan salah tanggap dan salah faham bangsanya sendiri.

Kita berharap mereka dapat membukukan naratif sebenar ini yang masih lagi terpecah-pecah untuk dihubungkan kembali dan dihidangkan dengan cara yang lebih baik lagi.




Nazmi Yaakub
Editor Sastera Berita Harian.

Thursday, October 6, 2016

Buku-buku Srikandi di Pesta Buku Borneo 2016





Membaca adalah jambatan kepada pendidikan. Berapa ramai manusia yang berpusing-pusing di dalam kepompong kemiskinan dan kebuluran kerana tidak berjuang untuk pendidikan mereka? Membaca adalah senjata untuk pendidikan. Buku adalah peluru-pelurunya. Siapa yang ingin kamu bunuh?

Kebodohan. Membaca untuk melawan kebodohan.

Jadi bersempena dengan ini, Srikandi nak ajak warga pulau terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia ini supaya ramai-ramai ke Borneo Book Fair 2016 yang bertempat di 1Borneo Hypermall di Kota Kinabalu, Sabah.




Reruai kami yang siap sedia!



 Acara ini bermula dari 6 hingga 10 Oktober dan ia dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Jadi para pembaca dari Sabah dan Sarawak yang asyik mesej Srikandi dalam emel mahupun media sosial tentang buku-buku Srikandi bolehlah ke sana ya. Reruai kami ialah Booth 029 yang bernama 'Terfaktab Puteh'.

Jumpa kami di sana!


~Srikandi


Wednesday, September 28, 2016

Srikandi Mengulas: Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masehi (5 bab akhir)




Salam semua,


Srikandi akan menyambung ulasan 5 bab akhir pula untuk buku Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun ke-16 Masihi : Satu Tinjauan Sejarah & Arkeologi. 

Okay, kita mulakan dengan bab keenam.

Bab keenam: Perdagangan Dunia Melayu-China: Kajian Kes Kerajaan Awal di Kelantan membongkar kerajaan awal di Kelantan yang tidak ramai memberikan fokus kepadanya. Kita sedia maklum bahawa sejarah Malaysia terutamanya di semenanjung banyak tertumpu di sebelah pantai barat seperti Melaka dan Kedah namun di sebelah pantai timur agak kurang popular. Padahal, berdasarkan rekod-rekod imperial China, mereka juga mencatatkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan di sebelah pantai timur contohnya kerajaan Fo-lo-an, Pan-pan, Tan-tan dan yang paling diberi perhatian, Chih-tu.

Bab ini banyak menekankan kepada kerajaan Chih-tu.Kerajaan Chih-tu ini dalam sebutan China, ia juga sebenarnya bermaksud 'Tanah Merah' atau dalam bahasa Sanskritnya Raktamrttika. Menariknya, nama 'Raktamrttika' ini ditemui pula tercatat pada Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Pulau Pinang. Menurut bab ini, ia menunjukkan bukti kewujudan kerajaan Tanah Merah ini. Saya amat bersetuju dengan penemuan dan kajian para sarjana tempatan dalam hal ini, sebagaimana yang disebut di dalam bab keenam ini. Ada facebooker yang merepek mengatakan Raktamrttika adalah merujuk kepada biara di India namun ini adalah salah sama sekali kerana terjemahan pada Prasasti Buddhagupta itu menunjukkan ia bermaksud 'kerajaan' atau 'wilayah' berbanding sebuah biara atau pusat pengajian. Biara di barat Bengal itu dikenali sebagai Lo-to-mi-chih dalam rekod China, bukannya Chih-tu yang bermaksud yang sama dengan Raktamrttika pada Prasasti Buddhagupta. Tambahan pula usia Prasasti Buddhagupta dicatatkan selari dengan kebangkitan Chih-tu yakni abad ke-6 Masehi berbeza dengan biara di Bengal tersebut muncul pada abad ke-7 Masehi dan dilawati oleh Xuanzang, seorang sami China.




Chih-tu ini adalah kerajaan yang maju dan bertindak sebagai feederport kepada pelabuhan Oc-Eo di Delta Mekong, yang umum dikaitkan dengan Funan. Nama jawatan-jawatan dalam sistem pentadbirannya siap disebut dalam rekod China dengan terperinci seperti To-Na-Ta-Cha, Chia-Li-Mi-Chia dan sebagainya. Kajian tentang Chih-tu ini masih berjalan dan diharap lebih banyak penyelidikan dilakukan tentangnya memandangkan kerajaan ini amat penting kerana ia dapat mengungkap lebih banyak 'missing link' di antara Funan dan Srivijaya awal.

Bab ketujuh: Seramik Perdagangan di Sungai Batu Lembah Bujang, Kedah meliputi perbincangan tentang penemuan dan kajian seramik perdagangan di Sungai Batu. Kita sudah sedia maklum, Tamadun Sungai Batu telah diiktiraf sebagai tamadun tertua di Asia Tenggara dengan pantarikhan sejauh 535 Sebelum Masehi. Terdapat berbagai-bagai jenis seramik telah ditemui di Sungai Batu menunjukkan betapa pesatnya kegiatan ekonomi di situ pada masa silam. Penemuan seramik zaman Dinasti Sung menunjukkan perhubungan dua hala antara penduduk Sungai Batu dengan para pedagang yang mengunjungi mereka. Ada subtopik yang menyentuh tentang tapak arkeologi di Sungai Batu termasuk kegiatan peleburan besi. Ini saya sudah banyak mengulas di lain-lain tulisan dan rasanya tak perlu diulas lagi.

Topik seramik perdagangan ini juga sesuatu yang menarik kerana dengan wujudnya penemuan seramik ini, maka ciri-ciri ketamadunan di Sungai Batu itu makin terbukti. Jika hanya ditemui kesan-kesan peleburan besi sahaja tanpa ada bukti-bukti terdapat produk lain yang datang dari luar, maka amat susah hendak mengaitkan terdapatnya aktiviti import-eskport atau jual-beli di situ. Dengan adanya bukti seramik perdagangan ini maka terbukti Sungai Batu pernah menjadi pusat kegiatan ekonomi yang rancak pada masa silam.






Bab kelapan: Tembikar Perdagangan Awal China di Malaysia: Tipologi dan Kronologi mengungkapkan kajian penemuan tembikar di Malaysia yang umumnya adalah tembikar-tembikar dari China. Tembikar-tembikar itu datang dari era dinasti-dinasti seperti Tang, Sung, Yuan dan Ming. Apa yang menarik ialah dengan melihat jenis dan warna sahaja sebagai contoh, kita dapat mengetahui tembikar-tembikar itu datang dari zaman mana.

Tembikar-tembikar ini ditemui di merata tempat seperti di Lembah Bujang di Kedah, Jenderam Hilir di Selangor, Pulau Tioman, Kemaman di Terengganu hinggalah di Johor. Penemuan ini menunjukkan wujudnya perdagangan yang rancak pada masa silam di antara masyarakat sini dengan orang luar yakni dengan China. Ini menunjukkan juga wujudnya kerajaan yang mentadbir urusan perdagangan itu.

Bab kesembilan: Penemuan Seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah membincangkan tentang Sungai Mas di Kedah yang merupakan medium perdagangan yang pesat pada masa silam. Penemuan banyak artifak dan prasasti di sekitar Sungai Mas adalah bukti wujudnya kerajaan yang berdagang di situ. Di antaranya ialah Prasasti Sungai Mas I dan Prasasti Sungai Mas II.

Sama seperti penemuan seramik di Sungai Batu, produk yang sama ditemui di Kampung Sungai Mas. Sesuatu yang menarik adalah Sungai Mas ini adalah tapak tertua berbanding Pengkalan Bujang dan kawasan sekitarnya dengan penemuan artifak sejauh era Dinasti Tang (618-906 Masehi).

Bab kesepuluh dan terakhir: Jumpaan Seramik Beruas Bukti Hubungan Dagangan Dengan China meliputi perbincangan tentang penemuan seramik di Beruas, Perak. Sebenarnya Beruas juga adalah salah satu tapak arkeologi yang penting kerana kegiatan perkilangan bijih timah berjalan sejak awal Masehi lagi sehingga zaman Kesultanan Melaka. Ini memang jarang dari kita mengetahuinya. Sebab kegiatan perkilangan bijih timah inilah munculnya nama 'Perak' yakni warna produk dari bijih itu yang berwarna keperak-perakan. Saya lebih berpegang pada pendapat ini.

Saya tertarik dengan peta jalan perdagangan yang dipaparkan di dalam buku ini. Ia adalah sama dengan teori saya tentang jalan perdagangan awal yakni era awal Srivijaya sehingga ke puncak kegemilangannya.





Premis saya sangat mudah : Pelayar akan mengambil jalan paling singkat yang mungkin, dalam konteks ini, para pelayar sama ada dari arah Lautan Hindi mahupun Laut Champa akan berlayar mengelilingi semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah peta lakaran saya dalam bab: Misteri 末羅瑜國  Dalam  南海寄内法  dalam buku saya Baiduri Segala Permaisuri :




Saya masih ingat lagi ketika mengemukakan teori ini, ada pihak-pihak yang menyanggah saya dengan kemarahan yang amat sangat. Seperti biasa, orang yang tidak berpuashati dengan saya hanya tahu marah-marah namun tidak mampu memberikan apa-apa bukti yang konkrit. Salah satunya ialah dalam kes jalan pelayaran I-Tsing.

Berbalik kepada perbincangan dalam bab ini, saya cuma tidak bersetuju dengan pernyataan pelabuhan Gangga Negara dikuasai kerajaan Chola. Dalam Prasasti Tanjore sekalipun perkataan 'Gangga Negara' itu tidak disebut walaupun perkataan itu memang berasal dari Sanskrit. Yang menyebut tentang Gangga Negara hanyalah di dalam Sulalatus Salatin dan tercatat dalam peta Claudius Ptolemy. Jadi para pengkaji haruslah berhati-hati dengan perkara ini di masa akan datang.

Seterusnya dinyatakan kronologi pelabuhan Gangga Negara yang diganti oleh kerajaan Beruas dan ini terbukti dengan penemuan pelbagai artifak di sekitar Kampung Kota dan makam-makam raja Beruas. Ingin saya tandakan di sini tentang penemuan susunan granit berusia abad ke-2 Masehi di Terong dan ini bertepatan dengan catatan Ptolemy di petanya pada abad yang sama. Menarik bukan?




Rumusan 



 


Secara keseluruhannya persembahan buku ini adalah memuaskan. Ini adalah antara contoh bagaimana para sarjana tempatan membuat kajian sendiri tentang sejarah tempat tinggalnya, juga sejarah bangsanya sendiri.Sarjana tempatan mengambil juga data-data dari pengkaji sebelum mereka terutama para pengkaji luar namun mereka cuba menyesuaikan dengan dapatan dari segi arkeologi dan pandangan terbaru dalam kajian sejarah tempatan.

Saya pernah membaca buku-buku bernuansa sejarah yang dibikin oleh penulis tempatan namun amat obses dengan pandangan asing terhadap sejarah negaranya dan bukunya itu dipenuhi pandangan dari orang luar tanpa penulis itu sendiri mahu mengkritik atau mengemukakan pandangannya sendiri. Ini adalah sesuatu yang membenakkan fikiran dan hati sementelah kita bukanlah robot yang diprogram untuk menerima sahaja pandangan orang lain. Saya hanya tahu satu benda sahaja: orang seperti ini masih cetek pembacaan dan pengetahuannya tentang sejarah dan oleh kerana itu mereka tidak berkemampuan untuk mengkritik sekalipun. Ini dinamakan simptom kemandulan berfikir.

Akhir sekali, marilah kita menyokong bahan-bahan penulisan sejarah oleh sarjana tempatan kita yang terkini. Saya ulang sekali lagi, yang terkini. Kadang-kadang penulisan sejarah awal merdeka masih berbau orientalis dan berminda penjajah. Ini tidak pelik kerana perkembangan arkeologi masih kurang di waktu itu. Kini dengan majunya bidang arkeologi, sejarah dan genetik di negara kita, kita boleh menerangkan sendiri sejarah kita adalah begini dan begitu tanpa dicampurtangan oleh buah fikiran zaman penjajah yang lapuk dan ketinggalan zaman.







~Srikandi




















Tuesday, September 27, 2016

Srikandi Mengulas: Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun Ke-16 Masehi (5 bab awal)








Salam semua,



Hidup dan nasib
roller coaster
roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Bila-bila boleh naik dan turun



 

Srikandi agak perasan sibuk semenjak dua menjak ini. Maklumlah dapat APC tahun ni. Orang pun mulalah bagi tugasan itu dan ini. Padahal Srikandi junior lagi. Tapi itu tak mengapa sebab Srikandi memang suka bidang yang Srikandi ceburi ni. Bila kita suka dengan apa yang kita buat, ia seolah-olah bukan kerja bagi kita tetapi semacam hobi pulak. Hobi di masa lapang. Macam gitulah lebih kurang. :D

Apa yang Srikandi melalut ni. Okay, sini ada buku yang nak diulas. Tajuk dia ialah: Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kurun ke-16 Masihi : Satu Tinjauan Sejarah & Arkeologi. Ia adalah kumpulan artikel ilmiah dari pelbagai penulis. Editor bagi buku ini ialah Nazaruddin Zainun dan Nasha Rodziadi Khaw. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Ia mengandungi 10 bab atau 10 artikel yang disumbang oleh 14 orang penulis yang berlatarbelakangkan bidang masing-masing, umumnya menjurus kepada bidang sejarah dan arkeologi. Srikandi akan ulas secara ringkas tiap-tiap bab. Dalam posting ini Srikandi ulas 5 bab awal dulu.

Okay, kita mulakan bab pertama.

Bab pertama: Taburan Ruangan Kerajaan Melayu Awal di Semenanjung Tanah Melayu Sehingga Kurun ke-15, menyentuh tentang kaedah atau metodologi bagi mendapatkan data-data tentang kerajaan-kerajaan Melayu awal di semenanjung. Antara kaedah itu adalah:

1) GIS (Geographic Information System)

2) ANN (Average Nearest Neighbour)

3) Kernel Analysis

4) Central Feature Analysis







Saya tertarik dengan satu subtopik "Melayu" yang menekankan bahawa orang Melayu adalah pribumi semenanjung dan bukannya datang dari China atau sebagainya. Artikel menegaskan teori sarjana asing yang menyatakan kononnya orang Melayu datang dari arah China pada zaman Neolitik adalah disanggah oleh sarjana tempatan, sementelah sebenarnya orang Melayu telahpun ada sejak Zaman Batu lagi, mendiami sepanjang Segenting Kra dan utara Tanah Melayu.

Bertitik tolak dari itu, orang Melayu telah membuka beberapa kerajaan di semenanjung Tanah Melayu khususnya. Ini termasuklah Kedah Tua, Langkasuka, Pan-pan, Chih-tu dan sebagainya. Semua kerajaan-kerajaan ini berhubung melalui perdagangan sesama mereka di sepanjang pesisir pantai, di muara sungai hinggalah pedalaman.

Bab kedua: Hubungan China-Semenanjung Tanah Melayu Sehingga Abad ke-14 Masehi mengungkapkan tentang kronologi hubungan kerajaan-kerajaan Melayu dengan China. Di sana terdapat tiga sumber atau rekod dari China yang mengungkapkan hubungan ini. 

1) Cerita dinasti: dikompilasi oleh pegawai istana pada hujung sesebuah dinasti.

2) Ensiklopedia China: koleksi penulisan sejarah atau historiografi lebih awal.

3) Topografi: catatan topografi oleh pelayar China




Daripada semua sumber di atas, sejarahwan dapat membuat gambaran bagaimana keadaan sosio-politik dan ekonomi pada masa silam di perairan Nusantara khususnya sekitar semenanjung. Saya tertarik dengan satu kerajaan di semenanjung bernama 'Fu-Kan-Tu-Lu' dan 'Shen-Li' (dalam sebutan China) yang membuat hubungan dengan Maharaja Wu-Ti daripada Dinasti Han pada tahun 141 hingga 87 Sebelum Masehi berdasarkan rekod Chi'en Han Shu. Ini satu data yang boleh dikatakan baru kerana belum popular didengar dan dibaca oleh kita selama ini. Kajian lanjutan hendaklah dibuat untuk menghuraikan lebih mendalam kedua-dua kerajaan awal ini.




Bab ketiga: Perhubungan Perkapalan dan Perdagangan Nusantara-China Sejak Zaman Awal mengupas tentang jalan perdagangan, kegiatan perkapalan termasuk membawa barangan dan mengangkut penumpang serta hubungan ekonomi maritim antara kerajaan-kerajaan Nusantara dengan China pada zaman-zaman awal. Sesuatu yang agak menarik kerana secara faktanya, pelaut Melayu bergiat aktif sebagai perantara dalam kegiatan perkapalan di Nusantara dan ini terakam kemas dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang menyaksikan Merong sendiri sebagai pengendali Kunlun-po yakni jong atau perahu yang digunakan oleh pelaut Melayu untuk mengangkut penumpang dan barangan.

Kupasan tentang hubungan perdagangan ini banyak berkisar kepada para pedagang China yang datang berdagang ke Nusantara. Hakikatnya memang kurang pedagang dari Nusantara yang berdagang secara kekal di sebelah China berbanding pedagang China yang datang berdagang di Nusantara, tinggal di sini, dan beranak-pinak di sini. Kupasan merentasi zaman Kantoli, Moloyu, Srivijaya, Melaka, Aceh dan perdagangan era kolonial.

Bab keempat: Hubungan Ufti China-Dunia Melayu Sebelum Masihi Hingga Kurun ke-11 Masihi: Satu Analisis pula memaparkan hubungan berbentuk 'diplomasi ufti' yang mana budaya menghantar ufti dan hadiah bagi tujuan berkenalan dan berdagang dari kerajaan-kerajaan di Alam Melayu dengan China. 

Perlu ditekankan di sini, walaupun ada pihak yang menganggap bahawa memberi ufti ini umumnya sebagai tanda mengiktiraf supremacy entiti yang menerima ufti, ini bukanlah maksud sebenar atau keseluruhannya bagi tujuan kerajaan-kerajaan Melayu berbuat demikian. Hubungan ufti ini lebih kepada simbiosis menang-menang di antara mereka dengan China, dengan objektif mendapatkan keuntungan di antara kedua-dua belah pihak.

Apabila saya melihat sekali lagi nama kerajaan 'Fu-Kan-Tu-Lu' dan 'Shen-Li' muncul lagi yang mana tercatat keduanya memberi ufti ketika zaman Dinasti Han, maka saya mula terfikir, salah satu kesan hubungan ufti ini adalah semacam 'pengiktirafan' juga dari sebelah pihak China kepada kerajaan yang memberi ufti dan ini dicatatkan nama kerajaan itu di dalam rekod dinasti mereka. Jika kedua kerajaan ini tidak memberi ufti, kita tidak kan tahu ada kerajaan di semenanjung yang wujud ketika Dinasti Han. Malah saya rasa ramai tidak tahu nama dua kerajaan ini (walau dalam sebutan China).





Bab kelima: Kesan Kebangkitan & Kemerosotan Kedah Tua: Kesan Perkembangan Srivijaya & Dasar Dinasti Sung mengungkapkan kaitan naik dan turun kerajaan Kedah Tua berkait rapat dengan perkembangan Srivijaya yang bertindak sebagai 'konglomerat perdagangan' maritim pada masa itu dan juga polisi atau dasar Dinasti Sung, yang mana ia mempengaruhi pergerakan perdagangan Srivijaya dan ini secara tidak langsung mempengaruhi juga ekonomi Kedah Tua.

Kita seharusnya faham apakah peranan dan fungsi sebenar Srivijaya sebagai 'konglomerat perdagangan'. Srivijaya bertindak sebagai penguasa entrepot yang juga berfungsi sebagai feederport yakni tempat pengumpulan segala barangan dari seluruh negarakota atau pelabuhan yang bergabung di bawah kumpulan atau persekutuan atas nama Srivijaya. Srivijaya akan membawa semua barangan ini dan diperdagangkan ke China atau menjalankan kegiatan eksport-import di pelabuhan utamanya seperti di Kedah Tua. Inilah punca Kedah Tua dan pelabuhan-pelabuhan pesisir lain di Selat Melaka khasnya menjadi kaya-raya. Hubungan ufti juga menjadi faktor di mana kawalan perdagangan adalah berdasarkan hubungan ufti ini.

Saya melihat ada dua cara polisi ini dijalankan:

1) Perdagangan hanya diterima dari entiti yang diiktiraf. Tanpa entiti yang diiktiraf, ibarat tidak boleh 'open table'. Dalam kes ini, hanya kapal-kapal yang membawa nama Srivijaya sahaja yang boleh berdagang dengan Dinasti Sung sebagai contoh. Pedagang dari negeri lain tidak akan lepas atau tidak mendapat keistimewaan berdagang dengan baik berbanding Srivijaya.

2) Kapal-kapal milik kerajaan China yang akan berdagang hanya di pusat entrepot di pelabuhan-pelabuhan yang bersekutu dengan Srivijaya.

Namun apabila polisi berubah di penghujung era Dinasti Sung, di mana polisi monopoli dihapuskan dan konsep perdagangan bebas diamalkan, ini menjejaskan keistimewaan bagi pusat-pusat entrepot Srivijaya terutamanya Kedah Tua. Kapal-kapal kerajaan dari China bebas berdagang ke mana-mana pelabuhan di Nusantara. Negeri-negeri berasingan juga bebas berdagang dengan China. Ini menjadikan persaingan yang tidak menguntungkan kumpulan Srivijaya yang menghadapi perpecahan. Lama kelamaan pelabuhan Kedah Tua mula merosot dan akhirnya ditinggalkan selepas abad ke-13 Masehi.




RUMUSAN









Membaca buku ini (setakat 5 bab awal ini), saya merasakan tidak begitu klise dengan pandangan-pandangan yang biasa diutarakan sarjana luar yang bias. Inilah yang saya maksudkan dan mahukan. Ada orang yang sentap atau terasa tak bersebab dek kerana saya selalu mengingatkan bahawa jangan terlalu obses dengan pandangan pegawai kolonial kerana disamping pandangan yang bias, pandangan mereka ketinggalan zaman. Saya bukan berkata tentang data-data atau usaha-usaha penulisan sejarah yang mereka kumpulkan, tetapi PANDANGAN, KESIMPULAN dan GENERALISASI yang mereka simpulkan tentang kita dan sejarah kita. Pandangan itulah yang pertama sekali mesti ditapis, bukan diangguk mentah-mentah tanpa menggunakan akal. 

Tak tahulah pula pegawai penjajah itu masih dirasakan 'tuan' atau 'master' bagi dirinya seperti kebanyakan orang pada zaman kolonial. Bagi saya yang hidup di zaman pasca-merdeka ini, takperlulah obses sangat dengan historiografi yang dibuat mereka. Gerakkan akal untuk menapis pandangan dan maklumat dari mereka. Mereka bukannya nabi atau Tuhan. Mereka manusia biasa macam kita. :D 

Dengan membaca tulisan para sarjana tempatan begini, dengan kajian rapi dan terperinci, kita boleh lihat dakwaan-dakwaan pegawai kolonial itu boleh disanggah.

Kita akan sambung 5 bab terakhir selepas ini.



~Srikandi







Tuesday, August 9, 2016

Kajian Kes : Buku-buku Srikandi di Pasaran Terbuka

kredit: Taman Pustaka





Oleh kerana banyak aduan daripada pembaca seluruh negara yang mengadu buku-buku saya kehabisan stok di kedai-kedai buku terutama di rangkaian MPH, maka saya dan dua orang rakan telah 'turun padang' ke MPH Nu Sentral untuk menyaksikan sendiri apakah yang berlaku sebenarnya di luar sana.

Sebelum itu, apabila kita membicarakan tentang buku-buku bernuansa sejarah khasnya  yang membicarakan seputar sejarah Melayu, ia bukanlah senantiasa atau biasa menjadi 'budaya pop' di tangan pembeli. Buku-buku yang laku di pasaran kini adalah novel-novel cinta atau buku-buku pojok yang santai. Kecuali genre novel-novel sejarah Islam contohnya garapan Abdul Latip Talib yang sambutannya amat memberangsangkan.

Okay, mari kita tengok apa yang saya dan rakan-rakan ( Firdaus & Aina) saksikan di MPH Nu Sentral petang semalam.






Buku saya diletakkan di rak politik. Memang pada mulanya kami mencari-cari buku di rak penerbit indie, namun tiada. Akhirnya ia ditemui di rak ini. Cuba teka tinggal berapa?

Tinggal 1 sahaja! (Baiduri Segala Permaisuri) manakala Emas Para Dapunta & Maharaja langsung tiada. Menariknya pada rak yang sama terdapat buku Hang Tuah Catatan Okinawa yakni kajian bukti-bukti dari Kerajaan Ryukyu tentang kewujudan Hang Tuah oleh dua orang pensyarah UPM, Prof. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin. Terdapat 7 buah buku di situ. Saya telah memilikinya sebelum ini.





Kami juga menemui buku Prof. Ahmat Adam, Antara Sejarah & Mitos yang berkisar kritikan kepada kewujudan Hang Tuah dengan gaya orientalis seperti R.J Wikinson dan R.O Winstedt. Jumlah buku ini di rak juga berjumlah 7 buah. Buku ini diletakkan di rak 'Bacaan Umum'. Buku ini juga saya telah membelinya sebelum ini.

Tidak berpuashati, Firdaus cuba bertanyakan salah seorang staff di situ. Selepas menyemak, staff MPH memberitahu Baiduri Segala Permaisuri memang berbaki 1 sahaja dan Emas Para Dapunta & Maharaja sudah lama sold-out. 

 Saya dan Aina pula pergi ke komputer yang disediakan untuk menyemak baki buku. Apa keputusannya? Adakah benar apa yang saya lihat di rak atau apa yang dilaporkan oleh staff MPH?


klik untuk BESARKAN



Baiduri Segala Permaisuri hanya berbaki 1 dan Emas Para Dapunta & Maharaja sudah kehabisan stok. Benarlah apa yang saya lihat di rak dan laporan staff MPH tersebut.




Baiduri Segala Permaisuri yang laku keras di Kinokuniya dan kehabisan stok





KESIMPULAN

 










Apa yang dikatakan oleh profesor saya ketika memberikan 'final project' ini kepada saya:

"Kalau kamu ingin sejarah dibaca masyarakat, maka jadikan ilmu sejarah kamu turun ke tengah masyarakat."

...adalah terbukti benar. Dalam persaingan industri buku di open market macam di kedai-kedai buku begini, buku-buku 'final project' saya sebagai kajian kes menjadikan bacaan bernuansa sejarah 'turun ke tengah masyarakat' adalah berjaya malah lebih dari itu.

Memang ada benda tricky kat situ. Ada sesetengah orang yang turun ke tengah masyarakat, buat seminar, talk sana-sini, namun ilmu sejarahnya tidak pernah turun kepada masyarakat itu. You see?

Rahsianya ialah orang ramai akan membaca sejarah yang memberi nilai kepada diri mereka, atau faedah kepada diri mereka, sama ada memacu motivasi untuk mereka terus ke hadapan atau memberi mereka nasihat untuk menghindar bahaya dan kesilapan. Tanpa nilai dalam pengkisahan sejarah, masyarakat akan memandangnya sambil berlalu, tanpa ada apa-apa kepentingan bagi mereka.


"last piece..."










Justeru, kita boleh lihat, bagaimana masyarakat tidak mahu terus dibangsatkan. Mereka sebagai manusia, fitrahnya lebih cenderung kepada motivasi dan galakan. Dalam konteks ini, melalui pembacaan sejarah.

Melalui pembacaan sejarah, masyarakat akan belajar bagaimana membentuk peribadi dan jatidiri yang kental sama ada melalui faktor motivasi dari kisah-kisah positif dan kegemilangan dari sejarah, atau pelajaran serta  iktibar dari kesilapan, tragedi atau peperangan. Justeru di sini, kita boleh lihat, bagaimana datangpun pengkisahan sejarah itu, kita dapat mengesktrak kelebihan atau keuntungan darinya.


                                                      ---------------------<<<>>>---------------------




Nota: Buku-buku Cik Srikandi boleh didapati seluruh rangkaian MPH, Terfaktab, Fixi, Lejen dan sebagainya. Boleh menghubungi Srikandi di:

Emel: srikandisejarah@gmail.com
Fanpage: https://www.facebook.com/srikandisejarah
Senarai buku-buku Cik Srikandi:  http://goo.gl/CYZa4H




Monday, August 8, 2016

Proposal Buat Kementerian








Jika ingin meracun pokok racunlah akarnya, jika ingin meracun bangsa maka racunlah sejarahnya. Maka tuan-tuan dan puan-puan, itulah sebab orang luar menjaga sejarah masing-masing, membina muzium, membuat filem-filem sejarah, melakukan ekskavasi arkeologi, menterjemah manuskrip, memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan pelbagai lagi...dengan bersungguh-sungguh.

Banyak pengajaran dari sejarah yang dapat kita pelajari. Contohnya jika kita perhatikan, apabila orang dulu-dulu berpecahbelah, tamakkan takhta, khianat, tikam belakang bangsa sendiri, bersekongkol dengan pihak asing...maka keputusan dari semua itu adalah dijajah, dijarah dan diperah hasil buminya. Simple formula, you see? Para pegawai penjajah siap menuliskan sejarah untuk kita. Mengecop Hikayat Merong Mahawangsa sebagai 'dongeng' tetapi mengangkat 'hikayat' Beowulf sebagai "the most important works of Old English literature". Melabel Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Kedah sebagai 'mitos' atau 'sastera sejarah' dan menyanjung Magna Carta sebagai 'charter' dan "the greatest constitutional document of all times".

You see? Kita boleh putarbelit kenyataan sejarah untuk memperbodohkan sesetengah orang atau semua orang sekaligus. Itulah yang berlaku kepada sejarah kita sejak bertahun-tahun dan menyebabkan sesetengah dari kita begitu 'inferior' dengan sejarah sendiri, kecut segala keberaniannya. Adalah penting untuk kita memandaikan diri sendiri supaya tidak menjadi versi Pak Kaduk memang sorak kampung tergadai. Kita kadangkala hanyalah juara sorak untuk menjatuhkan sejarah sendiri. Sad but true.



Para pembaca juga berkongsi pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan subjek sejarah



Sebagai salah seorang yang terlibat dalam kertas cadangan untuk penambahbaikan subjek sejarah di Malaysia bagi rujukan kementerian, saya selalu mengingatkan kepada diri saya tentang baik dan buruk dalam sejarah, hitam dan putih hakikat sejarah itu sendiri. Warna yang ingin dicorakkan bergantung kepada diri sendiri, sama ada mengambil pelajaran dari kegelapan sejarah, atau bermuram durja, berpenglipurlara berkabung mengutuk diri sendiri berabad-abad lama, tidak bergerak-gerak.

Sebaliknya, kita boleh meraikan kegemilangan sejarah dengan memotivasikan lagi diri, atau membantutkan diri dengan pi mai pi mai tang tu mengecam dan merendah-rendahkan sejarah. It's up to you. Depend on your piece of brain.

Minda kita akan menjadi asbab untuk menentukan kita sama kita bebas atau dijajah, dihormati atau dikeji. You choose it.

Proposal ini, jika bukan hari ini, maka generasi akan datang akan melihat kesannya. Belajar sejarah untuk melawan buta sejarah. Walau apapun yang melanda, kerasnya perjuangan itu...there I keep chanting for your forgotten history.

Terimakasih kerana membaca tulisan-tulisan saya dan setia bersama saya.







Tuesday, August 2, 2016

Perihal Buku & Perkembangan Terbaru







Salam semua,

Okay tak Srikandi posing? Bolehla tu. Baju kurung yang saya pakai tu baju kurung raya. Saya posing dengan dua buku saya; Baiduri Segala Permaisuri dan Emas Para Dapunta & Maharaja.

Sini saya nak kongsikan sedikit pasal perkembangan terbaru saya dalam isu-isu sekitar sejarah dan juga perkembangan buku-buku saya. Menariknya, buku-buku saya laku keras di pasaran terbuka. Buat pengetahuan pembaca, buku-buku saya dipasarkan di rangkaian kedai buku MPH, Kinokuniya, Lejen, FIXI, Terfaktab dan insya Allah akan masuk Popular.






Ketika ini di Kinokuniya, Emas Para Dapunta & Maharaja telah kehabisan stok. 





 Baiduri Segala Permaisuri telah mencapai tahap bestseller di Kinokuniya.
Kinokuniya ini adalah rangkaian kedai buku antarabangsa yang berasal dari Jepun.


Bercerita tentang Emas Para Dapunta & Maharaja, ia sekarang masuk cetakan ketiga dan untuk itu ia telah dikeluarkan dalam bentuk edisi baru dengan grafik kulitmuka yang baru.







Baru kena dengan tajuk dia. Kalau anda pandai, anda pasti tahu siapa nama raja yang pegang pedang di dalam 'duit syiling emas' pada cover baru buku ni.








Buku saya di rangkaian buku MPH.






 Buku saya juga diedar oleh penerbit indie seperti FIXI.






Gerak Budaya juga mengedar buku saya.







Perbualan saya bersama rakan-rakan tentang buku-buku saya yang kehabisan stok. "Siapa yang habiskan buku2 saya?Pelik betul," sebenarnya usik-usik sahaja. Sebab saya fikir saya menulis tentang topik sejarah, sudah tentu bukan topik yang diminati malah membosankan bagi kebanyakan orang.

Mesti ada yang terkejutkan pasal benda-benda ni. Memang sesetengah orang menyangka saya ni hanya layak sebagai so-called "blogger" sahaja. Memang dulu saya blogger tapi sekarang saya published author.

Saya keluarkan buku-buku fizikal dan jual di pasaran terbuka, bukan jual dalam tenet je. Buku saya keluar dalam akhbar tempatan dan diulas dalam media-media liberal dan propembangkang. Rilek je.

Kunci dia ialah: kalau kita tegas dan tetap pendirian kita, orang lain akan hormat prinsip kita, kawan dan lawan akan respek kita. You see?

Kalau kita takut itu takut ini...takut diketawakan...takut dikritik...maka orang lain akan memandang rendah kepada kita. Akhirnya kita benar-benar dibuli dan ketakutan yang kita takuti itu benar-benar hinggap atas batang hidung kita.

Mark my word.

Terkini, saya terlibat dalam menyiapkan satu kertas cadangan yang akan dipanjangkan ke kementerian. Kertas cadangan ini bertujuan untuk penambahbaikan subjek sejarah di negara kita.




Ia diuruskan oleh bakal pemimpin dan generasi pelapis kepada kepimpinan negara kita. Juga pembaca tulisan-tulisan saya.

Kepentingan proposal ni, kalau tak mengubah senario sekarang, ia akan nampak kesan pada generasi akan datang. Bila dibentangkan depan kementerian nanti, sekurang2nya akan ada pegawai yang maklum akan benda2 ni.

Mesti sesetengah orang yang tak suka apa yang saya buat atau memang anti-Srikandi terkejut beruk macam mana "blogger" atau "pengguna media sosial" boleh diminta terlibat dalam proposal ke kementerian ni???Sebabnya...saya bukanlah apa yang mereka sangkakan.

:D


Jangan sangka tangan yang mengayun buaian itu tidak mampu menggoncang Sejarah Melayu huhu...tetapi saya masih perlukan hero-hero Melayu untuk gerakkan kekuatan, Sebab mereka yang jalankan semua jabatan, NGO, pertubuhan dan sebagainya. Lelaki memang kena meneraju.

Okayla, setakat ini Srikandi kongsikan perkembangan diri Srikandi pada anda semua.

Ingat, membaca untuk melawan kebodohan. Membaca sejarah untuk menentang buta sejarah.







~Srikandi












Friday, July 29, 2016

Ulasan Buku "Menelusuri Jejak Leluhur"







Pada bulan Ramadan yang lepas, saya telah menerima sebuah buku yang dari lukisan grafik pada kulit mukanya, saya agak 'familiar'. Tepat seperti sangkaan saya pada awalnya, ia adalah buku kedua dari siri Pengembaraan Merah Silu yang ditulis oleh saudara Radzi Sapiee. Saya pernah mengulas buku pertamanya di SINI.

Radzi Sapiee atau nama penanya, Merah Silu rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau lebih dikenali kerana siri buku Berpetualang ke Aceh dan aktiviti kebudayaan dan sejarah melalui penganjuran HIKMAH. Maklumat lanjut tentang HIKMAH boleh dibaca di SINI.




Buku ini diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing, syarikat yang sama yang menerbitkan buku saya bersama kawan-kawan, Tuan Ibnu Rusydi dan Tuan Semantani Jones iaitu Membongkar Rahsia Dunia Melayu : Pribumi Asia Tenggara.

Tanpa membuang masa, jom ikuti saya mengulas apa yang terkandung di dalam buku ini. Menelusuri Jejak Leluhur sebagaimana buku yang terdahulu Mencari Erti & Diri adalah berkonsepkan travelog peribadi dalam mencari susur-galur diri dan sejarah keturunan sehingga menelusuri juga sejarah bangsa Melayu yang bertebaran di seluruh Asia Tenggara. Apa yang saya faham, keseluruhan buku ini berasaskan kepada kisah dalam Hikayat Raja-raja Pasai (HRRP), yakni menceritakan sejarah penubuhan Kerajaan Samudera-Pasai, berdasarkan HRRP.

Saya akan ulas bab demi bab. Kita mulakan dengan bab pertama.

Bab pertama: Laluan dari Medan, mengungkap usaha Rashid dalam objektifnya untuk Aceh, bagi menyiasat sejarah dan persoalan yang selalu bermain di fikirannya. Perjalanan dengan menaiki feri dari Pulau Pinang ke Medan diceritakan pada awal bab.Di Medan, beliau dibantu oleh Kak Dewi, seorang wanita berasal dari Medan yang bermurah hati menumpangkannya bermalam malah sedia menunjukkan tempat-tempat bersejarah di Sumatera, terutama hajatnya ke Aceh. Walaupun suami Kak Dewi tidak menggalakkannya ke sana akibat konflik Aceh yang melanda wilayah itu menyaksikan ia di bawah pemerintahan tentera, namun Rashid tetap menyimpan hasratnya untuk ke Aceh.




Sementara di Medan, Rashid berkesempatan dibawa berjalan-jalan ke kota Medan dan melawat Masjid al-Mashun dan Istana Maimun. Ini membuka kisah Kesultanan Deli dan apa yang dilihat oleh Rashid ketika melawat istana itu. Terdapat kisah bangsal yang berisi 'Meriam Puntung' dan kisah Puteri Hijau. Selanjutnya bab pertama ini berkisar tentang sejarah Kesultanan Deli yang mana terkandung dalam perbualan antara Rashid dan rakannya yang bernama Nasri. Dari kisah Puteri Hijau dan Meriam Puntung sehingga ke cerita di dalam Hikayat Deli, seolah-olah ada dua garismasa, yakni era Deli Tua dan era Kesultanan Deli. Di sana mencadangkan nama 'Deli' berasal dari Delhi di India, yakni tempat asal raja yang mengasaskan kesultanan itu, yakni Muhammad Dalik yang bergelar Gocah Pahlawan kerana berjaya membantu raja Aceh menewaskan musuh-musuhnya.

Kemudian, penceritaan bersambung melalui perbualan antara Rashid dan Nur, watak yang telah dijelaskan pada buku pertama. Trivia, saya tahu siapakah wanita yang bernama 'Nur' ini. Jika anda membaca buku pertama, gadis ini begitu istimewa di hati Rashid, berjaya menawan hati pemuda itu sehingga terjadi peristiwa spontan di Trafalgar Square. Rashid meluahkan apa yang dilihatnya di Istana Maimun kepada Nur, betapa Kesultanan Deli telah menjadi kenangan sahaja di bawah pemerintahan Jakarta padahal Keraton dikekalkan dengan mendapat hak eksklusif. Ini memacu kepada sentimen anti-Jawa dalam luahan itu. Ini tidak menghairankan kerana sentimen seolah-olah 'anti-Jawa' di kalangan sukukaum di Indonesia masih wujud malah ada yang berakhir dengan pertumpahan darah seperti di Aceh, Timor Timur dan terkini di Papua. Malah di wilayah lain di Sumatera sendiri, banyak protes dan kritikan akibat pentadbiran Jakarta yang kelihatan memeras hasilbumi Sumatera tanpa membangunkannya dengan bersungguh-sungguh, tidak seperti di Jawa. Namun, Rashid menjelaskan, ia bukanlah sepenuh anti-Jawa, sementelah dalam susur-galurnya sendiri juga ada bersambung dengan keturunan Jawa. Rashid cuma geram dengan pemerintahan Jakarta yang Java-centric telah lakukan kepada Kesultanan Deli malah institusi pemerintahan beraja yang lain di Sumatera. Rashid juga geram dengan pemerintahan Jakarta yang terlalu 'menjawakan' wilayah-wilayah lain dengan pelbagai cara termasuk membubuh nama-nama jalan dengan nama para pemimpin berdarah Jawa dan sebagainya.

Kemudian masuk kepada definisi perkataan 'Jawa' itu sendiri, yang mana perkataan ini cognate pula kepada perkataan 'Jawi' yang umumnya merujuk kepada bangsa Melayu. Sebenarnya pada masa dulu, perkataan 'Jawa' bukanlah eksklusif kepada Pulau Jawa, malah digunakan pada lain-lain tempat. Ini termasuk nama kerajaan seperti Jawaka (Zabag) dan nama 'Jawa' itu sendiri dikesan digunakan di selatan Vietnam dan di Segenting Kra (termasuk Kelantan Tua) sepertimana yang tercacat dalam peta Marinus The Tyrian pada abad ke-2 Masehi. Malah dalam peta Claudius Ptolemy, Sumatera atau Borneo sendiri dilabelkan sebagai 'Jawadvipa'. Namun pada abad ke-5 Masehi, para pedagang China mula merekod nama 'Jawa' secara ekslusif ke atas Pulau Jawa apabila Yehpoti ('Jawadvipa' dalam sebutan China) di Borneo telah merosot perdagangannya dan diambilalih oleh Pulau Jawa. Etimologi 'Jawa' itu sendiri serumpun dengan perkataan Sawa(h) dan Hawa, yang bermaksud 'padang berlumpur' dalam daftar perkataan-perkataan Proto-Austronesia.

Kemudian cerita diteruskan dengan keinginan Rashid untuk pergi ke Aceh tetap diteruskan.

Bab kedua pula adalah permulaan kepada konsep keseluruhan buku ini, iaitu berdasarkan sejarah penubuhan Kerajaan Samudera-Pasai. Penceritaan diwakili oleh perbualan antara Rashid dan Samion, kawan lamanya yang kini menjadi ahli perniagaan berjaya. Bab ini bagi saya, memang enjoy sedikit sebab penceritaan dalam HRRP diselang-seli dengan keletah Samion yang asyik menyampuk dan mempertikaikan Rashid yang sedang bercerita. Kadangkala saya ketawa dengan sikap Samion yang memperlecehkan cerita Rashid dan akhirnya Rashid kadangkala mempermainkan Samion kembali yang bertidak melampaui batas; mengganggu Rashid bercerita dengan pelbagai provokasi.

Pada akhir bab ini, kita boleh melihat moral dari perbualan antara Rashid dan Samion, iaitu 'mengembalikan Kemelayuan yang hilang' yakni dituju pada diri Samion yang 7 tahun merantau ke UK menyambung pengajian dan terdedah dengan pelbagai budaya Barat. Saya menganggap Samion adalah stock pelajar yang mengalami kejutan budaya dan ingin 'jadi mat saleh lebih dari mat saleh'. Namun pada titik-titik tertentu, terluah dari dalam diri Samion, kerinduan pada dirinya yang lalu, anak kampung yang miskin dan pekat dengan suasana kampung Melayu yang nostalgik.




Bab ketiga menceritakan perjalanan Rashid ke Tanjungpura, Langkat dan melawat beberapa tempat seperti Masjid Azizi dengan tujuan untuk melawat Kampung Babussalam, pusat kerohanian Tariqat Naqsyabandiah terbesar di Sumatera. Bab ini kemudian memperkenalkan dengan Sheikh Abdul Wahab Rokan dan kisah-kisah seputar namanya.

Di dalam bab ini juga diceritakan luahan hati Rashid kepada Razak, seorang lagi rakannya dalam isu 'permainan wang' di Babussalam, sama seperti yang dilihatnya di Istana Maimun, dimana orang meminta-minta wang untuk masuk ke sesuatu tempat atau bertemu dengan seseorang. Dalam kisah Rashid ingin bertemu 'khalifah' tariqat, dia juga diminta memberikan wang. Namun wang 10,000 rupiah yang disediakan Rashid ditolak oleh 'khalifah' tersebut.

Bab keempat berasaskan kisah Kerajaan Samudera-Pasai dan pengaruh Islam yang menjadikannya 'Serambi Mekah'. Ia mengambil pengaruh yang kuat ke atas apa yang didakwa sebagai 'sabda Rasulullah s.a.w' yang terkandung di dalam HRRP. Kisah pengislaman Merah Silu sudah pasti dimasukkan ke dalam bab ini. Di dalam bab ini juga muncul watak Afiq, budak kecil yang lucu mempersoalkan Rashid yang menumpang rumah bapanya dan berpakaian selekeh. Juga watak Nasri, yang menjadi rakan berbincang tentang hal-hal berkaitan kedatangan Islam di Samudera-Pasai.




Untuk mendapatkan pandangan yang bernas tentang 'sabda nabi s.a.w' di dalam HRRP, maka Rashid telah bertemu dengan Badrul, bekas pelajar Kolej Islam Kelang dan merupakan kawan Rashid ketika di UK. Badrul digambarkan sebagai seorang yang memiliki profesion selesa dalam bidang agama dan pakar dalam bidang hadis terutamanya.

Perbincangan dengan Badrul saya kira paling hangat dalam buku ini. Ini disebabkan sikap Rashid yang bermatian ingin meyakinkan Badrul bahawa 'hadis nabi' di dalam HRRP itu adalah benar atau 'sahih'. Perbincangan bermula dengan bab Muawiyah, Saidina Ali  dan Ahli Bait, pertembungan antara Syiah dan Ahli Sunnah wal Jamaah. Menariknya, Badrul agak sangsi dengan Rashid pada awalnya, adakah Rashid cenderung ke arah Syiah. Namun Rashid menafikannya dan ini terbukti dengannya mengangkat kisah Muhammad Nafs Az-Zakiyah, yang merupakan keturunan Saidina Hassan, di mana Syiah hanya mengagungkan atau mengangkat seputar Saidina Hussein sahaja.

Bab kelima menyambung perbincangan antara Badrul dan Rashid. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, walaupun Rashid mencuba untuk mendapatkan pandangan yang menyelebelahinya namun Badrul tetap dengan pendiriannya bahawa sesuatu hadis mesti dinilai berdasarkan disiplin ilmu hadis yang betul. Walaupun Rashid mencuba pelbagai alasan termasuk merangka metafora yang sepatutnya 'menjerat' Badrul, namun kawannya itu tetap dengan pendiriannya.

Gagal mendapatkan pandangan positif dari Badrul, cerita diteruskan kembali antara Rashid dan Nasri. Saya kira tidak perlu diulas panjang tentang perbincangan seterusnya kerana ia menyentuh lebih dalam tentang raka-raja Pasai dan perkaitan dengan Perlak. Anda boleh membaca lebih lanjut di dalam buku ini.

Bab keenam dan terakhir,  lebih menceritakan tentang luahan hati Rashid. Ia berkisar tentang usahanya untuk menerbitkan buku yang akan menceritakan pengalamannya menelusuri sejarah diri dan bangsa. Kemudian ia terus melayang-layang kepada isu orang kaya, ahli politik dan golongan oportunis yang menipu dan mengamalkan faham matlamat menghalalkan cara.

Istilah 'home sweet home' muncul lagi. Sepanjang saya mengenali Merah Silu, beliau selalu mengomel tentang home sweet home yang pernah hilang dari hidupnya dulu. Tentang Nur dan orang-orang di sekelilingnya. Tentang kehidupan ala hippiesnya sewaktu muda. Tragedi seorang graduan Matematik dari Universiti of London yang kemudian bergelandangan tanpa harta-benda mencari pengertian diri. Bunyinya macam kisah-kisah ahli sufi, kan? Mungkin kurang untuk dipercayai namun itulah hakikat pengalaman seorang pengembara kehidupan yang bergelar Merah Silu.

Namun, saya gembira kerana Merah Silu akhirnya bertemu dengan 'home sweet home' di tangan seorang wanita berwajah lembut dan penuh keibuan.



Rumusan






Bertuahnya, anda boleh bertemu dengan penulis, Merah Silu @ Radzi Sapiee di Pesta Buku Selangor bertempat di SACC Shah Alam, 31 Julai ini pada Ahad pukul 1 hingga 2 petang.


 Apa yang menarik tentang buku ini adalah pengalaman penulis yang dicorakkan dengan bersahaja antara pengalaman merantau ke negara orang, perbincangan dengan beberapa rakan ketika ingin menceritakan sesuatu topik dan luahan hati.

Ini adalah satu-satunya travelog peribadi bernuansakan sejarah yang saya kira pernah ada di negara ini. Mungkin ada yang lain, namun ini lebih berjiwa dan 'deep'. Saya lebih merasa begitu kerana saya tahu kisah di sebalik cinta aneh antara Rashid dengan Nur yang tidak kesampaian sehingga ke hari ini dan kehidupannya yang tidak tentu arah selama 4 tahun bergelandangan ke sana ke mari dan menumpang di rumah Pak Syed di Janda Baik. Anda yang selalu membaca tulisan beliau sudah tentu dapat mengagak siapakah 'Pak Syed' ini. 

Amat menyentuh perasaan jika anda membaca buku-buku Merah Silu dengan pengetahuan yang mendalam tentang era 80-an ke era 90-an seperti yang selalu digambarkan. Ia bukan sekadar travelog biasa. Ada rahsia di dalam rahsia yang ditinggalkan oleh penulis. Bagi saya, kisah percintaan Rashid dengan Nur umpama lagu She's Gone.

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.