Selain dari teknik dan peralatan pertanian di Asia Tenggara yang lebih tua dan maju dari tamadun di China,kajian DNA juga mendapati bahawa variasi genetik di situ lebih banyak dari di China sendiri.Malah kajian mtDNA juga mengesan pergerakan terawal dari arah Pentas Sunda ke lain-lain tempat.
=====================================================
Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
======================================================
Pada tahun 2008 yang lalu,sekumpulan penyelidik antarabangsa yang terdiri dari Pedro Soares,Jean Alain Trejaut,Jun-Hun Loo,Catherine Hill,Maru Mormina,Chien-Liang Lee,Yao-Ming Chen,Georgi Hudjashov dan lain-lain telah mengemukakan hasil kajian mereka yang mendapati bahawa terdapat migrasi berlaku dari kawasan Kepulauan Asia Tenggara ke tempat-tempat lain,yang lebih tua dari mana-mana migrasi manusia di China mahupun Taiwan.Ini disokong oleh pemerhatian kepada perubahan dalam mitochondrial DNA,kajian perubahan iklim dan mitos Banjir Besar (flood myths) yang tersebar lebih banyak di kalangan bangsa-bangsa di Asia Tenggara berbanding wilayah lain di dunia.
Semua penyelidik ini datang dari pelbagai institusi tersohor dunia seperti,University of Leeds,University of Cambridge,University of Glasgow,The Australian National University dan University of Oxford.Kajian ini ditaja oleh The Bradshaw Foundation and Kesatuan Eropah.
Apa yang menariknya,dalam kajian yang 'real' ini,misteri kepada kewujudan orang Melayu di Asia Tenggara telah mampu dipetakan dengan kukuh dengan bukti DNA;bahawa mereka sebenarnya adalah pribumi tertua di Asia Tenggara.
Kajian mendapati bahawa pergerakan populasi orang China adalah lebih muda,yakni berlaku pada 2000 hingga ke 3000 tahun yang lalu manakala pergerakan manusia di kawasan Pentas Sunda berlaku lebih 10000 tahun yang lalu.
Adakah sebelum Banjir Besar,nenek moyang orang Melayu atau Proto-Austronesia telah sedia ada di Pentas Sunda?
Perlu diingat,kajian mtDNA ini bukan kajian universiti-universiti tempat yang beranking rendah dalam arena akademik dunia.Kajian yang mengungkai misteri kewujudan orang Melayu dengan premis bahawa Melayu adalah pribumi sebenar Asia Tenggara bersama-sama suku-suku serumpun yang lain adalah hasil kajian universiti-universiti terunggul dunia.
Bukan universiti kampung atau cap ayam.
Dalam pada itu,Martin Richards, Profesor Pertama fakulti Archaeogenetics di Leeds University, yang mengetuai pasukan penyelidikan dalam pelbagai disiplin dalam projek penyelidikan terbabit,berkata: "Saya rasa keputusan kajian akan menjadi satu kejutan besar bagi ramai ahli-ahli arkeologi dan ahli bahasa, di mana kajian teori migrasi konvensional berdasarkan dari kajian dua bidang ini. Pengembangan populasi ini sepertinya tiada mempunyai apa-apa kaitan dengan pertanian, tetapi kemungkinan besar telah didorong oleh perubahan iklim, pemanasan global khususnya dan aras laut yang dihasilkan meningkat pada akhir Zaman Ais antara 15,000 hingga 7,000 tahun lalu. "
Kajian Melayu berasal dari Nusantara telah saya sentuh dalam buku Melayu Pribumi Asia Tenggara hasil koloborasi saya dengan dua penulis yang lain.
Apa yang saya kaji tentang asal-usul Melayu bukan mitos,penglipurlara atau kata-kata menyedapkan hati ataupun nak membanggakan diri.IA ADALAH FAKTA DAN HUJAH AKADEMIK.Dibuktikan dengan bukti-bukti empirikal dan dibuktikan dengan keputusan makmal.
Allah swt menjadikan manusia berbangsa-bangsa dengan objektif saling mengenal di antara satu sama lain.Bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing,gunanya untuk saling bantu-membantu antara bangsa-bangsa ke arah hidup lebih baik dan dengan itu,masa dapat dimanfaat bagi mencari cahaya hidayah ketika di dunia yang fana ini.
Sebelum saya mengundur diri,anda boleh muat turun kertas kajian para penyelidik tersebut.Adakah saya mereka-reka cerita?Bertuahnya tidak.Memang ada kertas laporan dan data-datanya.
MUAT TURUN SINI>> https://goo.gl/aZs66R
~Srikandi
My History is Immortal
Bangga yer jadi orang melayu
ReplyDeleteBangga dengan bangsa sendiri dan menghormati bangsa lain.
Deleteya bangga...Alhamdulillah
Deleteknp??? tak puas hati ke
aku sakit hati sesangat.. bila si sepet kata kita adalah pendatang dr Indon.
ReplyDeleteSaya dari Indonesia. Saya akan lebih sedih jikalau Malaysia dan Indonesia menjadi saling membenci karena diadu domba, dipecah belah oleh musuh-musuh yang tak menginginkan kita bersatu. Karena adalah fakta kalau kita memang bersaudara. Saudara tersebar karena sejarah. Sungguh sangat senang mereka yang menginginkan kita berpecah belah. Melayu, jawa, sunda dll adalah saudara. Kita adalah saudara. Bahkan kita pun kebanyakan disatukan oleh agama yang sama yakni Islam. Tidak cukupkah itu untuk menjadikan kita saudara ?
DeleteSalam,benar kita smua adalah saudara.kami di sini,anda diseberang...punya budaya,bahasa dan agama yg sama.
DeleteDahulu tiada sempadan politik Malaysia Indonesia...nenek moyang kita bebas ke sana sini.
Cumanya musuh2 kita menggunakan pelbagai cara utk melaga2kan kita.
Saya Dari Malaysia .. bagi saya isu persaudaraan tu penting! Ya kan bila indonesia susah kita tolong dan bila Malaysia susah kalian juga tolong tetapi Saya tidak menyokong segelintir rakyat Indonesia yang ingin bermusuhan.. dan tidak mau ada talian persaudaraan..(hooligen) bukan apa .. kita semua ada agama kan.. cuma bangsa saja lain .. saya juga faham bagaimana keadaan Indonesia sekarang saya tidak mempertikaikan Rakyat Indonesia yang ingin mencari kerja di Malaysia ya..untuk menyara keluarga asalkan kerja yang halal insya allah..
DeleteDan saya harap kamu nasihat kepada rakan² yang lain dan saya nasihat kepada rakan saya supaya jangan bermusuhan .. kita semua saudara Indonesia&malaysia . Walaupon ada yang ingin bermusuhan .. kita hanya berdoa .. Tuhan menentukan.. SALAM DAMAI dari saya(Malaysia)
saya juga tidak menyokong segelintir orang malaysia yang ingin bermusuhan. meski ekonomi malaysia tengah mundur dan merudum di zaman najib ni, meski upah buruh/kuli di malaysia dan indonesia, hampir sama, tetapi masih banyak orang indonesia merantau ke malaysia,mungkin merantau bagi orang indonesia ke malaysia adalah tradisi,,,sudah sejak zaman sriwijaya, majapahit, prameswara,,,termasuklah leluhur najib,rosmah dan zahid,,,serta 60 % lainya..apatah lagi banyak perantauan indonesia dulu yg jadi warga malaysia,,dan menarik minat saudara mereka di indonesia....
DeleteAssalammualaikum. salam 1440h.. aku asal dari pantai barat johor. tepatnya di teluk kerang pontian. aku punya makcik telah meninggal diusia mgkin 70an . ketika hayatnya aku belajar satu pekara dari dia. Dia ketika ingin menyebut orang yang luar dari pesisir pantai kami akan menyebut "Orang Seberang".mengubat hati..
DeleteSekarang sudah zaman kerajaan baru. Bagaimana upah buruh?
DeleteAnyway, thanks pd srikandi krn byk sekali manfaat blog ini. Dan sy sudah menceritakan sejarah ini pada anak anak saya
buku ni boleh beli kat MPH atau mana-mana kedai buku x? ke online saja?
ReplyDeletesalam,MPH ada..Kedai Buku 1Malaysia pun ada...
Delete~Srikandi
Maaf nak tanya .. nak dipendekkan cerita Orang melayu ni asalnya memang ditempatkan di tanah melayu sebelum kedatangan Parameswara ke tanah melayu cuma berbeza keturunan dan British yang membawa masuk Orang cina dan india untuk menjadi buruh kerja.
DeleteAlhamdulilah...
ReplyDeletewalaupun penceritaan sejarah kita seolah2 dinafikan oleh pihak2 berjawib dan politikus
masih ada sumber lain untuk kita dapatkan sejarah kegemilangan dan keberadaan bangsa Melayu.
'Tak Kan Melayu Hilang di Dunia'
ya benar ... sudah lama kami Melayu/Jawi tapi sesetengah orang tidak mahu mengatakan kami Melayu atau Jawi Tulen malah menuduh kami orang Siam???? sedangkan orang siam itu ialah orang asli yang menumpang asalnya di kerajaan Melayu Selatan Thai(atau dulunya Kerajaan Melayu Champa-Angkor)... wahai orang melayu sendiri yang terpengaruh oleh dakyah penjajah hasil tulisan Tun Sri Lanang...kenapa menuduh kami lantas menjadi talibarut penjajah Brittish untuk menguasai Pantai Timur???? Orang Johor ramai yang terpengaruh oleh tulisan dakyah Tun Sri Lanang ini...
ReplyDeleteyang sedih,
Anak Kelantan.
Tun sewaktu dia tulis, dia ditahan di acheh, oleh sebab nak mengelirukan kerajaan acheh dia kata melayu asal dari jambi, tapi dia bagi hint yang melayu(dia sendiri) asal dari johor. Sewaktu sultan acheh menewaskan Johor bnyak orang melayu dibawa tinggal di acheh, boleh baca hint dia dari historianlodge tapi bahasa yang digunakan sangat teruk. Dan dia sangat taksub dengan negeri Johor. Tapi ada juga benda dia cakap betul dan logik
DeleteBangsa melayu adalah bangsa tertua yang memulakan tamadun awal diAsia Tenggara yang dkenali bangsa .....kuno kemudian merebak kesegenap pelusuk dunia
ReplyDelete
DeleteKalau cakap bangsa tertua saya tak setuju, tapi kalau bangsa yang tertua di Asia tenggara dan Asia Timur saya setuju
Asalamualaikum Sri,
ReplyDeleteBagaimana dengan Kumari Kandam..? adakah jika ianya wujud, kita juga berkongsi DNA dengan mereka. Kadang-kadang, saya merasa pelik apabila semua bangsa di dunia mempunyai Atlantis mereka sendiri. Maaf jika soalan tidak relevan.
Atlantis tu asal cerita orang greek dengar dari Mesir. Dan ianya dipopularkan sebab banyak tempat bawah laut ada jumpa monumen bangunan buatan manusia Contohnya yonaguni
Deletewa'salam..tak wujud
ReplyDelete~SK
assalammualaikum sri.. boleh jadi cerita kumari kandam ada persamaan dg atlantis di nusantara.. sy merasakan bhasa sanskreta bermula disini.. dan bercambah.. tu sebab jawa byk menggunakan sansakreta..flood myth dan penyebab kehilangan tamadun ni.. kita boleh lihat hutan pahang adalah hutan hujan tertua dunia.. dan monumen2 yg hebat di sluruh nusantara.. boleh juga kita andaikan bathera nur dari nusantara.. wallahualam..
DeleteSrikandi...ada sumber tertentu kononnya koto piliang minangkabau bersalasilah hingga ke alexander the great. Apa komen saudari
ReplyDeletepandanglah sekelilingmu dan lihatlah dari tempat engkau berdiri itu ke timur dan ke barat, ke utara dan ke selatan, sebab seluruh negeri yang kau lihat itu akan Ku berikan kepadamu dan kepada keturunanmu untuk selama-lamanya. Aku akan menjadikan keturunanmu sebanyak debu tanah sehingga jika ada yang dapat menghitung debu tanah, keturunannmu pun akan dapat dihitung.Bersiaplah, jalankan negeri itu menurut panjang dan lebarnya, sebab kepadamulah akan ku berikan negeri itu..
ReplyDeleteKat popular ada jual x sri??
ReplyDeleteSang Sapurba yang jadi raja Minang dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain dari Macedonia
ReplyDeleteCuba lihat genetik Y chromosome OM95
ReplyDeleteKoto Piliang ditadbir oleh Datuk Temenggung(Ketemenggunan) iaitu anak kepada Sang Sapurba.Mengikut Tambo Alam Naning nama Sang Sapurba ialah Sang Sapurba Sri Tribuana Mauliwarman dan anaknya bernama Datuk Ketemenggunan
ReplyDeleteRalat-Datuk Ketemenggunan mungkin anak kepada Sang Sapurba.Sumber buku itu iaitu mengenai Sang Sapurba masih belum boleh dikategorikan sebagai sejarah
DeleteMenarik genetik O-M119 ini https://en.wikipedia.org/wiki/Haplogroup_O-MSY2.2#O-M119
ReplyDeleteSejarah menyaksikan bahawa pribumi nusantara asia tenggara adalah Melayu/mo-lu-yu. Bila imperialist dan colonialist menguasai kerajaan2 melayu nusantara, maka berlakulah black-hole sejarah melayu nusantara. Kini 2015, kewujudan melayu nusantara sbg sebuah bangsa besar hanya diakui oleh penduduknya menggali sejarah yg tertanam dlm black-hole itu, yg masih mahu berbhs melayu (termasuk bhs rumpun), yg mengamalkan nilai2 melayu dan kebanyakannya yg mahu menerima Islam . Secara umumnya bangsa melayu di malaysia, indonesia, brunei dan singapura merupakan artifek dan prasasti hidup yg masih wujud di dunia ini.
ReplyDeleteapabila dunia dipetakkan kepada 4 bahagian, iaitu sebelah barat utara, barat selatan, timur utara dan timur selatan. saya dapati :
ReplyDeleteorang sebelah barat selatan warnanya hitam, sebelah barat utara menjadi merah, beralih ke timur utama menjadi puteh dan di timur selatan menjadi koko.
Sedangkan kita dikatakan berasal dari keturnan yang sama. Perpindahan manusia semenjak dahulu dan percampuran mengubah kita menjadi berbangsa-bangsa. Melalui warna kulit, saya dapati kita semua masih terbahagi kepada 4 warna seperti tona warna yang tesusun.
Melayu itu BAN KEE NANG, BEN KWA LEES, BAA SWE MAH, LEE YAU, CHAM PAR termasuk KAMBU JAWUH atau KAMBU JAWA, MINANGGA, KAW BAW dll di Selatan Yunan, Funan, Kambodia, Champa dll.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Malaysia terutamanya semenanjung di majmukkan oleh british dgn konsep ordo ab chao dgan bangsa india dan cina kerana kaum2 seperti melayu, minang,jawa, bugis, banjar, rawa,siam, batak dan lain2 bersatu di bawah raja2 dan mengakui agama Islam sebagai teras dan melayu sebagai simbol penyatuan manakala di Indonesia belanda memajmukkan dgn konsep ordo ab chao juga tetapi dengan cara memisahkan kaum-kaum yang sedia ada kepada wilayah dan kelompok masing2 dan ketuanan raja2nya dikongkong supaya raja2nya tidak bersatu atas nama ras tetapi mengikut kaum dan kemudian diperangi untuk dihapuskan dan meninggalkan negeri2 berdasarkan kaum tersebut sehingga gagasan Bangsa Indonesia terbit. Wallahuaklam
ReplyDeletePerkataan melayu berasal daripada perkataan bahasa tamil iaitu malaiyur yang bermaksud negara bergunung.
ReplyDeleteSama juga dengan nama kedah yang asalnye dipanggil sebagai kadaram.
Perkataan bahasa itu sendiri berasal daripada perkataan sanskrit.
Sama juga dengan perkataan raja, maharaja, mahligai, guru, syurga, neraka, dan banyak lagi berasal dari perkataan tamil.
Maaf,pernyataan anda salah sama sekali,perkataan melayu berasal dari perkataan 'malayaw' yakni terbang bebas iaitu perkataan root Austronesia secara linguistik.Ia tiada kena mengena dengan kata 'malaiyur' malah Tamil meminjam perkataan itu dari Sanskrit juga apabila dijajah orang Aryan.
Kadaram pula adalah pelat Tamil kepada perkataan 'Kedah',kena jelas itu.
Kebanyakan perkataan tersebut, bahasa Melayu menyadur dari Sansrit bukannya Tamil.Tamil sendiri meminjam perkataan2 Sanskrit.
Harap maklum.
~Srikandi
pembetulan.. bahasa melayu mempunyai pengaruh sanskrit bukan tamil. bahasa sanskrit itu sendiri bukan berasal dari india tapi dari parsi kuno yang di bawa oleh bangsa Aryan. Sanskrit are the successor of the ancient avestan. Orang2 tamil juga meminjam bahasa dr bahasa sanskrit ini atas sebab keagamaan sama seperti orang melayu. Tapi, sebelum kedatangan Hindu Buddha ke rantau ini, kerajaan2 Melayu kuno telahpun wujud dengan menpunyai sistem pentadbiran tersendiri yg dikenali sebagai KEDATUAN & sistem keagamaan yg tersendiri. Tuhan kuno ini digelar dengan nama HYANG @ SANG HYANG dan kebayakkan masyarakat di rantau kepulauan ini pada zaman itu menyembahnya. Nama ini masih dikekalkan sehingga hari ini seperti "SEMBAHYANG" yg maksudnya "sembah sang hyang". Orang melayu kuno juga percaya kepada Kahyangan, tempat tinggal sang Hyang. ***note that: Kahyangan is the ancient malay words 4 syurga or heaven.
Deletedia ni menyimpan sesuatu against ketuanan melayu. nampak sangat tidak faham dgn sejarah ketamilannya. mungkin pemikiran yg dikutip dan diperbincangkan sesama mereka dibelakang kita. bahasa sanskrit antara bahasa tua yg dari mana bahasa-bahasa dapat berkembang daripadanya, seperti bahasa inggeris kini. di india sendiri mempunyai ratusan bahasa dan dulunya seperti eropah atau afrika kini dgn berbilang negara bangsa. mengambil/meminjam dari sankrit tidak bermaksud mengambil dari india, apalagi dari bahasa tamil yg jauh lebih inferior dan turut perlu di topup dari bahasa sanskrit. yg menyatukan india atau sebahagiannya adalah pihak lain spt inggeris dan kerajaan islam. agama hindu dulu pun tidak dinamakan hindu..ia tidak bernama dan dibawa penakluk dari utara yg tentunya bukan tamil. ada pendapat yg mengatakan ia dibawa olen nabi-nabi dahulu dan menceritakan tentang kedatangan muhammad. tetapi lama kelamaan ia dikorupkan masa. saya ada kawan tamil yg mengaku dia tidak tahu menahu tentang upacara keagamaan yg diamalkan, hanya ikut-ikutan sahaja. dia menjelaskan rata-rata mereka serupa dengannya.
DeleteTerbaik
ReplyDeleteBerdasarkan penelitian DNA ke atas lebih 10 sub-etnik di Asia Tenggara iaitu Melayu Malaysia, Bugis, Banjar, Jawa, Acheh, Minang, Mendeleng, Rawa, Champa dan Pattani menunjukkan semua etnik itu berasal dari garis genetik yang sama dan berkongsi keturunan yang sama, malah mempunyai DNA mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun sebagai antara bangsa tertua iaitu kedua tertua, berasal dari kumpulan nenek moyang iaitu manusia moden atau homo sapiens yang sampai di utara Asia Tenggara lalu bermigrasi mendiami Malaysia dan nusantara ini.
ReplyDeleteSo seluruh wilayah nusantara ini iaitu Pattani Thailand, Malaysia, Indonesia, Brunei, Papua New Ginie adalah wilayah bangsa Melayu.
Wah dasyat lah. Melayu hebat rupanya tapi kenapa cerita ni banyak orang Tak tahu.
ReplyDeleteSehingga kini saya sering tertanya2 siapa kah orang melayu pertama. Dan siapa pasangan nya dan anak beranak yang seterusnya membiak hinnga kini. Siapakah yg memberi tahu dia adalah berbangsa melayu. Dan siapa ibu dan bapanya dan datuk nenek moyangnya dan bervangsa apa pula.
ReplyDelete