Tuesday, June 30, 2015

Petunjuk Dalam Prasasti Grahi

Salah satu prasasti di Thailand




Pada 23 Ogos 2014,saya telah menerbitkan satu artikel.Tak sangka,ia memberikan petunjuk seterusnya.Rahsia seterusnya akan didedahkan dalam siri The Secret Key of Mount Ophir di MistisFiles.Mari kita ulangkaji kembali.



Apa yang menarik pada Prasasti Grahi ialah ia ditemui di Chaiya,di Thailand sekarang tetapi ia bukan berkenaan raja Siam.Prasasti pula ditulis dalam bahasa Khmer tetapi ia bukan menceritakan tentang raja Kemboja.

Ia menceritakan tentang seorang raja Melayu yang memerintahkan seseorang membuat arca!
Terjemahan isi Prasasti Grahi:

"bahwa pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Budha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin"

Pada posting saya yang lepas,saya ada tunjukkan berkenaan 'Gelanai' di dalam Prasasti Grahi,Thailand.

Kali sini saya nak sentuh tentang gelaran 'Kamraten'.
Kita ulangkaji kembali prasasti yang ditemui di Chaiya,Thailand yang bertarikh 1183 Masehi.
Gelaran 'Kamraten' ini adalah gelaran tertinggi dalam ranking raja-raja dalam budaya Khmer. Di sana ada istilah seperti:

"Dhuli jen vrah kamraten an"

yang ditemui pada Prasasti Udayadityavarman II yang diukir pada tahun 1052.

Perkataan 'Dhuli' ini sama seperti yang kita gunakan pada terma 'Duli Yang Maha Mulia' iaitu "debu yang melekat pada kaki".

Kamraten di sini membawa konsep 'dewaraja'.Dalam konteks Prasasti Grahi,ia dipakai pada nama raja yang bernama Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa,iaitu nama raja yang mirip seperti nama raja yang tercatat pada Prasasti Padang Roco,di Sumatera Indonesia.

Nama raja itu,Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa muncul setelah lebih kurang 100 tahun selepas raja yang terukir namanya di Chaiya itu.

Berdasarkan pemerhatian saya,dinasti Mauli ini berasal dari Segenting Kra dan ada kaitan dengan keluarga Sriwijayamala dan Sailendra sementelah Chandrabhanu,raja Sri Dharmaraja mengaku keturunan kedua-dua dinasti Melayu paling berpengaruh Asia Tenggara itu.

Oleh kerana bahasa Melayu direkodkan oleh pengembara Perancis masih dituturkan dalam istana Kemboja pada abad ke-16,kita boleh menggagak bahawa warisan pemerintah-pemerintah Melayu di dalam istana Angkor amat kuat.Semua Malay city-states mengawal perdagangan laut dan secara tidak langsung bahasa Melayu menjadi lingua franca kepada Empayar Angkor yang bersifat agraria.
Ada beberapa rahsia lagi yang tersirat dalam baris-baris kata dalam Prasasti Grahi ini.Di lain masa saya akan kongsikan bersama anda.

~Srikandi
Puteri Madu Merah of Tambralinga & Angkor
Secret Heir of King Gama Maulibhusanawarmadewa of Grahi







 ==============================
Cara untuk akses ke MistisFiles:

KLIK>>   http://goo.gl/1QBIQK

==============================

Monday, June 29, 2015

Rahsia Onang Kiu & 'Srivijayan Capital'






"Bagi kami orang Thai,yang membina semua candi-candi Angkor termasok Bayon,Banteay Srei dan Angkor Wat adalah orang Khom,bukan Khmer,yang merupakan hamba kepada pemerintah Khom."




(Emas Para Dapunta & Maharaja,Bab
VII BHG II,mukasurat 125)





Saya telah menemui beberapa perkara menarik tentang Onang Kiu,dan saya syak,Tun Seri Lanang telah meninggalkan beberapa petunjuk tersembunyi di sana.Ini menguatkan pendapat saya bahawa 'capital of Srivijaya' bukan dibina berdekatan laut.Semua yang bergabung di bawah Srivijaya ialah 'seaport' (pelabuhan) dan maharaja memerintah dari salah satu pelabuhan utama secara tidak tetap.

Tetapi 'seaport' bukanlah 'capital'.

Saya telah menjelaskan bagaimana Lavo (Lawapuri) adalah pos kawalan tentera Angkor di barat dan dari konsep yang sama,ada empayar yang meletakkan pos kawalan di 'Gelanggi',di selatan.

Walaupun dalam simpanan saya ada 3 lokasi 'Srivijayan Capital' itu,salah satunya di Segenting Kra,namun jika saya dapat sedikit lagi pengesahan,saya boleh menggagak bahawa 'di situ'lah tempatnya,dan ini mengesahkan mengapa kawasan itu tiada dalam peta Malaysia.

Dalam Sulalatus Salatin,Onang Kiu adalah anak kepada Raja Chulan dan negerinya di gelar Langgiu/Gelanggi.Sumber Thai mengatakan 'Gelanggi' berasal dari perkataan 'Klang/Ghlang Keow' atau 'Kotak Permata'.

'Chulan' saya syak dari perkataan 'Chao Lan'.

'Onang Kiu' dari perkataan 'Nang Keo'.

Adakah Onang Kiu ada kaitan dengan orang Siam atau Thai?

Tidak.Saya berpendapat,semua ini ada kaitan dengan Angkor.Mengapa?





Kita tahu bahasa bahasa diraja Ayutthaya adalah dalam bahasa Khmer.Pengaruh bahasa istana (Old Khmer) dalam institusi diraja Thailand berlaku sampai sekarang.Gelaran 'Nang' adalah asli dari istana Angkor dan ia adalah gelaran yang berasal dari bahasa lama dinasti Ketomala atau kerabat Kedah Tua.

Di sana terdapat jawatan 'Brhat Gama Nang' yang memakai gelaran 'Anak Nang' dan ini khas untuk isteri-isteri raja yang bukan dari garis diraja atau dikenali sebagai 'gundik raja'.

Di sana juga terdapat gelaran 'Anak Raja' seperti gelaran 'Anak Raja Varman' dalam merujuk kepada cucu kepada putera raja.

Dalam sejarah,Nang Keo Ketkesy dikatakan adalah anak raja Jayavarman IX (Jayavarman Parameshwara) iaitu emperor Angkor yang mana anak emperor tersebut dikahwinkan dengan Fa Ngum,pengasas kerajaan Lanxang.

Di sana juga terdapat nama Nang Keo Yot Fa,iaitu isteri kepada raja Lanxang,Sam Sen Thai di mana Nang Keo Yot Fa itu berasal dari Ayutthaya.Menariknya nama perempuan dari Ayutthaya yang dijanjikan oleh raja Ramathibodi (U-Thong) untuk diberikan kepada Fa Ngum bernama Nang Keo Lot Fa.

Adakah Nang Keo Ketkesy dan Nang Keo Yotfa/Lotfa adalah individu yang sama?

Saya memerhatikan bahawa,di sana ada gambaran yang ingin disampaikan dalam manuskrip-manuskrip Melayu yang disusun oleh Tun Seri Lanang.

Ia adalah suasana politik sebelum dan semasa Kesultanan Melaka naik sebagai pelabuhan antarabangsa yang terkenal.

Semua ini bagaikan 'puzzle' dan jika anda faham setakat ini seperti yang saya faham,anda akan dapat mengaitkan watak 'Nang Keo' ini dengan watak seorang puteri dalam hikayat-hikayat Melayu lama.







Apapun,saya akan kupas dengan lebih lanjut dalam kempen The Secret Key to Mount Ophir iaitu siri terbaru Alter Terahsia Bangsa Melayu di MistisFiles nanti.

Masalahnya,bukan pengarang telah menyadur cerita dari luar ke dunia Melayu,TETAPI SUMBER MELAYU YANG DISADUR KE RIWAYAT KHMER DAN THAI KEMUDIAN DISADUR KEMBALI KE HIKAYAT MELAYU.

Ini yang terjadi kepada Hikayat Merong Mahawangsa.

Kajian mendapati budaya wayang kulit dalam masyarakat Thai dan Khmer berasal dari dunia Melayu-Jawa.Ini sama seperti cerita-cerita Panji yang disadur ke dalam Ramakien.

~Srikandi


==============================
Cara untuk akses ke MistisFiles:

KLIK>>   http://goo.gl/1QBIQK

==============================






Sunday, June 28, 2015

Misteri Onang Kiu dalam Sulalatus Salatin





Jika kita lihat di dalam Sulalatus Salatin,kita akan membaca tentang Gelanggi dan rajanya iaitu Raja Chulan dan puterinya Onang Kiu.

Tetapi siapakah sebenarnya Onang Kiu,dan apakah Gelanggi itu benar-benar berada di Hulu Sungai Johor?

"Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu (Gelanggi/Ganggayu); dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya per¬bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya..."

Bila kita perhatikan secara mendalam,ada 'glitch' dalam tulisan Tun Seri Lanang dalam meletakkan lokasi dan nama-nama.Saya faham,Sulalatus Salatin adalah hasil susunan dari manuskrip-manuskrip lain dan ini sudah tentu kerja yang agak sulit bagi beliau untuk membuat semakan,adakah kronologi dan nama-nama tempat serta budaya di sana benar-benar sah.Tapi itu tidak mengapa.Kita boleh READ BETWEEN THE LINES kemudian.

Apa yang saya ingin 'highlight'kan ialah perkataan 'Chulan' yakni raja Gelanggi dan puterinya 'Onang Kiu'.

Kedua-dua nama ini mengandungi rahsia besar dan ia sebenarnya satu 'puzzle' yang ditinggalkan di dalam salah satu manuskrip itu!





Pertamanya 'Chu-lan'.Ketika saya mengkaji negeri Lan-Chang (Lanxang) yang disebut dalam HMM sebagai Siam Lancang,saya menyedari di sana terdapat raja Chao Lan Kham Deng dan ketika eranya,terdapat seorang yang bergelar 'Mahadevi' namun di sana ada beberapa nama iaitu:

1) Nang Keo Phimpa
2) Nang Keo Ketkesy
3) Nang Keo Yotfa/Lotfa
4) Nang Keo Sida

Semua ini seperti memberi petunjuk kepada ayat-ayat ini:

"Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perempuan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri. Setelah itu maka Raja Suran berjalanlah, maka baginda pun teruslah ke Temasik.."

Yang mana satukah 'Nang Keo' yang dirujuk oleh 'Onang Kiu'?

Adakah 'Chu-lan' adalah 'Chao Lan'?

Kemudian,dalam riwayat Laos,pada permulaan penubuhan negeri-negeri Lao,pasti akan menyebutkan tentang kewujudan Melayu dan mereka menganggap orang Melayu ini bercakap bahasa 'pre-Khmer'!Ini sesuatu yang menarik kerana dalam The History of Laos karya Maha Sila Viravong,beliau memasukkan bahasa Melayu sebagai bahasa purba Indochina.

Adakah ini merupakan petunjuk seterusnya?Kita akan mencarinya di dalam satu lagi mahakarya:Hikayat Merong Mahawangsa yang misteri itu.

~Srikandi
The Secretkeeper of Maha Perita Deria of Kedah Tua



==================================================
Notis: Kuliah saya dah masuk isu ke-3.Isu keempat saya akan buat lecture pasal sejarah negeri Perak,pasal Tok Temong dan Raja-raja Beruas.Daftar sini siapa belum daftar>> http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282

==================================================


Saturday, June 27, 2015

Siapakah Gergasi Dalam Hikayat Merong Mahawangsa?

 


Di dalam posting yang lepas,saya telah membuat pandangan bahawa 'gergasi' adalah bentuk fizikal.Namun setelah meneliti beberapa sumber tentang siapakah 'kaum gergasi' ini dalam riwayat Burma dan Mon,saya telah menemui jawapannya.

Teliti kembali ayat-ayat misteri dalam Hikayat Merong Mahawangsa:

"Setelah didengarnya oleh Raja Merong Mahapudisat sembah menteri itu,"Jikalau demikian hendaklah saudara kerahkan segala kaum gergasi himpun sekaliannya dan panggil penghulu Pra Chisim dan penghulu Nang Sutaman itu ke mari,kita beri ia pergi bersama-sama anak kita dan orang kita Melayu,setengah kita suroh pergi bersama anak kita yang tua ini kita hantarkan ka hulu di sebelah utara barat laut.Maka tanah bumi itu lanjut jauh jua perjalanannya"

Oleh kerana Merong Mahawangsa telah singgah di Kuala Tawai,maka kita tahu,Tawai adalah sebuah tempat di persisiran laut di Segenting Kra di Burma sekarang.

Kawasan menghadap ke arah Laut Andaman atau Teluk Bengal adalah dikuasai oleh satu puak maritim yang amat terkenal dalam masyarakat Melayu dan kini diiktiraf di Thailand dan Burma.

Siapakah mereka?Ini adalah misteri yang jika kita faham,kita akan tahu sejarah orang Melayu di pesisir pantai seluruh Asia Tenggara.






Kewujudan kaum ini telah disebut dalam Mahâbhârata (saya ambil terus dari terjemahan Inggeris) :

"they soon came to the island which was encompassed by
the waters of the ocean ... strew showers of blossoms on
the Nâgas that dwelt there..."

((Mahâbhârata, Book I. Adiparva ‘The Beginning’)

Juga telah seorang pemuisi terkenal India,Ksemendra telah mencatatkan:

Lanun-lanun "Naga" telah menyerah kepada Asoka sejurus selepas raja itu masuk agama Buddha (kira-kira 260 SM).

Di dalam riwayat Burma telah mencatatkan puak ini memakan daging manusia dan memiliki kuasa penglihatan yang luarbiasa dari kemampuan manusia biasa.Mereka digelar sebagai Bilu.

Sifat atau gelaran paling terbaik adalah dari sumber Orang Mon yang menggelar mereka ini sebagai "Raksasa" yang bermaksud 'hantu yang memakan daging manusia'.

Siapakah mereka ini sebenarnya?

Mereka adalah Orang Laut.Kaum Proto-Melayu yang berbahasa dalam kelompok bahasa Austronesia,yakni serumpun dengan Orang Melayu.

Taburan Orang Laut di Asia Tenggara


Mereka kini digelar Moken di Burma dan Urak Lawoi di Thailand.Kaum inilah merupakan para pengikut setia raja dan emperor Melayu di dalam sejarah.Mereka ibarat askar Gurkha dalam perkhidmatan British bagi raja-raja Melayu.

Jadi kesimpulannya,Merong Mahawangsa adalah Melayu Deutro iaitu Orang Melayu yang terdedah kepada perhubungan antarabangsa dan telah membangunkan sistem pentadbiran dan cara hidup yang lebih maju manakala Orang Laut adalah dari rumpun yang sama cuma mereka agak terkebelakang dalam teknologi dan cara hidup.Sebab itu Merong Mahawangsa menjadi raja dan layak mentadbir Orang Laut yang sedia menjadi pengikut setia beliau.

Orang Laut adalah sama dengan Orang Asli yang lain seperti Orang Jakun,Semelai atau Kanaq.Kewujudan mereka dalam sejarah membuktikan bahawa Orang Melayu masih mengekalkan bentuk proto mereka sejak zaman-berzaman,sesuatu yang jarang atau sudah tiada dalam struktur masyarakat mana-mana bangsa di dunia.Hanya Orang Melayu yang memiliki struktur proto dan deutro sehingga ke hari ini dalam keturunan mereka.

 


Banyak misteri di dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang menyingkap sejarah orang-orang Melayu pada masa dahulu.Hikayat ini juga telah disadur oleh orang-orang Tai yang bermigrasi dari selatan China ke Indochina dimulai oleh Orang Lao dan Orang Thai.Hikayat ini disadur dan menjadi versi Khun Borom.Saya akan kupas dalam keluaran akan datang.

~Srikandi
Lohor Pusakaku!




==================================================
Notis: Kuliah saya dah masuk isu ke-3.Isu keempat saya akan buat lecture pasal sejarah negeri Perak,pasal Tok Temong dan Raja-raja Beruas.Daftar sini siapa belum daftar>> http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282

==================================================

Thursday, June 18, 2015

Perang Melaka-Dai Viet 1483







Mao Qiling adalah seorang sarjana ketika awal pemerintahan dinasti Qing.Mao Qiling terlibat dalam kerja-kerja kompilasi 'Sejarah Dinasti Ming' (Ming Shi).Kompilasi karyanya selepas kematian beliau disusun sebagai 'Xihe Heji/wenji' (Koleksi Karya Xihe).

Di dalam rekodnya 'Mansi Hezhi' iaitu 'rekod-rekod ketua kaum pribumi' beliau mencatatkan satu senario menarik;askar Melaka telah memusnahkan 90,000 balatentera Dai-Viet ketika kempen peperangan di Lanxang (Laos pada hari ini).

Dalam kempen perluasan kuasa Dai-Viet ketika itu,emperor Le
Thanh-tong telah mengerahkan sebanyak 1 juta tentera untuk mara ke arah timur Annam,menuju ke arah Sipsongpanna dengan tujuan menjarah Lanna dan Chiang Mai sekaligus.

Kelengkapan dan persenjataan Dai-Viet amat menggerunkan;mereka memiliki pakej artileri dan senjata api seperti terakol yang dibuat sendiri menggunakan teknologi China dan mendapat bekalan bahan mentah dari Yunnan.Wilayah-wilayah kecil di sekitarnya seperti wilayah Ai-Lao segera memberikan ufti kepada Dai-Viet tanda penyerahan sejurus sahaja berita balatentera Dai-Viet mara untuk berperang.

Untuk mencapai Chiang Mai,mereka harus melalui Lanxang.






Namun tidak semudah itu untuk terus berkonflik dengan Lanxang yang juga adalah kuasa tentera yang kuat ketika itu,terutama penggunaan gajah-gajah perang yang terlatih.

Peluang untuk mencipta alasan bagi berperang dengan Lanxang muncul dalam kes Gajah Putih,di mana permintaan Le Thanh-tong untuk meminta helaian rambut gajah putih (gajah putih adalah simbol keagungan raja menurut kepercayaan masyarakat Indochina) milik Raja Chakrapat dari Lanxang dibalas dengan kotak yang di dalamnya diisi kotoran gajah tersebut.Bagi Lanxang,permintaan Dai-Viet itu seperti menganggu dan menyibuk urusan mereka sementelah sebelum itu Dai-Viet meminta gajah itu sendiri dibawa ke Annam untuk tontonan rakyat Dai-Viet.

Akibatnya,emperor itu tersangat marah dan terhina dengan perlakuan biadap dari Lanxang lalu mengarahkan balatentera yang besar mara menuju ke arah Lanxang.


Sebelum itu,balatentera terawal telah mengalahkan Champa kira-kira 1471 Masehi,dan seterusnya mereka mara ke wilayah-wilayah orang Lao dan Tai.1479,seramai 180,000 askar Dai-Viet telah mara ke Muang Phuan dan ini menyebabkan Raja Chakrapat melarikan diri ke Vientiane (Muang Xien-khan).Tentera Dai-Viet menakluk Xiang-thong.Kemudian mereka mara ke barat lagi,menundukkan negeri Nan dan mengancam Sipsongpanna serta Lanna.Sebahagian tentera mara sehingga dekat ke kerajaan Ava di Burma.Ini menyebabkan Ava menghantar laporan kepada istana Ming,melaporkan kemaraan Dai-Viet.

Sekitar kejadian itu,terdapat laporan mengatakan bahawa Raja Ayutthaya,Borommatrailokkanat telah menghantar utusan ke Melaka.Ini dicatat dalam catatan para pengembara Portugis.

1480,Dai-Viet berjaya menundukkan Lanxang dan membunuh 20,000 penduduknya.Pada Jun 1482,Lanna melaporkan kepada kerajaan Ming di China bahawa mereka bersetuju membantu Lanxang mengusir Dai-Viet.

Mengapa tiba-tiba Lanna berkeyakinan untuk menentang Dai-Viet?Rahsianya ialah,mereka telah mendapat bantuan dari arah selatan.




Ini menyebabkan Dai-Viet mempersiapkan balatentera yang amat besar,kira-kira 1 juta askar dengan lebih 4000 pegawai tentera dan jeneral.Balatentera dikerah dalam 5 ketumbukan yang mara dari pelbagai arah.Askar-askar mereka dilengkapi 'arquebus' dengan teknologi yang ditiru dari China.

Dalam gegak gempita di tengah Indochina dengan balatentera Dai-Viet yang menakutkan itu,rupa-rupanya terdapat ketumbukan khas dari Melaka yang kemungkinan besar dibawa oleh Lanna bagi membantu menewaskan Dai-Viet.Askar-askar Melaka ini melalui jalan darat merentasi Ayuthaya.Sebenarnya,bukan semua adalah dari Melaka.Tentera Melaka dan jeneral-jeneral mereka menjadi ketua kempen,dengan memimpin ketumbukan askar dari Ayuthaya,Sukhotai dan wilayah-wilayah lain.Melaka bertugas sebagai perancang strategi dengan balatentera disokong oleh wilayah-wilayah Ayutthaya,Lanna dan Lanxang.

Dipendekkan cerita,laporan Mao Qiling mencatatkan sebanyak 90,000 tentera Dai-Viet (salah satu dari 5 ketumbukan tentera) telah bertemu dengan pasukan Melaka di Lanxang.Peperangan yang dasyat itu akhirnya menewaskan 30,000 askar di sebelah pihak Dai-Viet dan hanya 600 pegawai tentera yang hidup dari sejumlah 4000 orang dari kalangan mereka.






Salah satu sebab yang kuat mengapa Melaka menyertai peperangan ini,adalah untuk membalas dendam ke atas insiden penculikan kapal utusan mereka dalam perjalanan ke China.Mereka telah membunuh anak-anak kapal dan yang muda dijadikan sida-sida.Kemudian,ketika pertembungan kedua utusan Melaka dan Dai-Viet di depan maharaja Ming,utusan Dai-Viet dengan angkuhnya menyatakan bahawa "mereka telah menakluk kota-kota Champa dan kini ingin menjajah Melaka,dan Melaka sudah pasti tidak berani berperang dengan Dai-Viet".

Selepas peperangan,Raja Lanna,Trilokarat mendakwa Lanxang harus berterimakasih kepada Lanna dan perlu memberi setinggi penghargaan.Lanxang yang tidak berpuashati membalas bahawa kemenangan mereka adalah kerana anak raja Chakrapat yang mengusir askar Dai-Viet dari Muang Phuan.Perbalahan ini menenggelamkan kisah Melaka menewaskan 90,000 tentera Dai-Viet.Ini kerana selain ketumbukan Dai-Viet yang bertemu dengan Melaka,terdapat ketumbukan lain yang berperang dengan Lanna dan Lanxang.


Di dalam Sulalatus Salatin ada mencatatkan:




Maka Tun Telanai pun mesyuarat dengan Menteri Jana Putera; maka kata Tun Telanai, "Apa bicara kita disuruhnya melanggar pada tempat yang keras, orang kita hanya sedikit. " Maka sahut Menteri Jana Putera, "Marilah kita mengadap Paduka Bubunnya, bicara itu betalah berdatang sembah pada Paduka Bubunnya." Maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun pergilah mengadap Paduka Bubunnya. Maka sem­bah Menteri Jana Putera, "Tuanku, akan adat kami, segala Islam, apabila sembahyang, mengadap ke matahari mati; jikalau ada kumia duli Pra Cau, biarlah patik-patik kepada ketumbukan yang lain. Perang mengadap ke matahari mati pemali. "



Maka titah Paduka Bubunnya, "Jika kamu tidak boleh perang mengadap matahari mati, ke matahari hiduplah pin­dah."


Adapun tempat itu adalah nipis sedikit, lagi kurang alat­nya; maka dilanggarlah oleh orang Melaka. Dengan takdir Allah Taala, negeri itupun alahlah; orang Melakalah yang pertama menempuh dahulu. Setelah negeri itu sudah alah, maka Paduka Bubunnya pun memberi anugerah akan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera dengan segala orang Melaka.


Kota di sebelah barat itu diyakini adalah negarakota Mon yang berada di bawah pengaruh Burma.

~Srikandi.
"Mauli of Mala People"




Sila daftar di sini kepada sesiapa yang belum mendatar: PELAJAR "SPECIAL HISTORY"



Tuesday, June 16, 2015

Misteri Bhavavarman I BHG II





Bhavavarman I adalah cucu kepada Rudravarman,emperor terakhir Funan.Menurut susurgalur atau genealogi,mereka adalah dari kerabat atau dinasti 'Pa-mo' atau 'Varman' dengan pengasasnya ialah Kaundinya II.Sumber China memanggilnya dengan nama Chiao Chen-ju.

Ini adalah dinasti terakhir Funan sebelum kejatuhannya.

Menariknya,dinasti ini juga adalah dinasti kedua dari negeri Pan-pan (ini dari sumber China),iaitu di kawasan Kelantan-Terengganu sekarang ini.

Daripada susurgalur sahaja kita tahu bahawa MENGAPA BHAVAVARMAN I MENGGELARKAN DIRINYA "RAJA-RAJA MALA DARI MALAYU" satu gelaran atau invocation ke atasnya.

Jika anda melihat senibina rumah kediaman (rumah kayu,dengan bumbung genting) Terengganu,Khmer dan Thailand,anda akan dapat melihat perkaitannya.

Funan yang diperintah kerabat dari Pan-pan mewariskan teknologi dan senibina mereka,dengan pengetahuan ini diwariskan kepada Angkor dan kemudian diambil oleh Ayutthaya ketika penjarahan mereka ke atas tamadun Khmer tersebut.

Baru-baru ini,saya telah menyertai satu perbincangan di media sosial tentang Prasasti Hanchey.Seorang peserta yang saya syak adalah orang Cham telah cuba menafsirkan perkataan terakhir dari segmen pertama (puji-pujian) prasasti tersebut.

Beliau menfasirkan perkataan 'malu-m-iva-malayam' (terjemahan langsung dari aksara yang masih boleh dibaca) sebagai 'dirty,defiled,defect..' menurut bahasa Sanskrit.

Perhatikan gambar:



Saya tidak bersetuju dengan beliau kerana perenggan pertama itu adalah kata-kata sanjungan atau puji-pujian kepada Bhavavarman I.Takkanlah tiba-tiba sahaja ada perkataan yang menunjukkan 'kekotoran' atau 'kecacatan'.

Saya membantah walaupun sebelum itu beliau cuba 'u-turn' dan menyederhanakan pandangannya:



Kemudian saya meneruskan,jika Majumdar tahu tentang kata-kata tersebut bermaksud 'kotor,cacat' atau sebagainya dalam bahasa Sanskrit,sudah tentu beliau akan menafsirkan begitu.

TETAPI MAJUMDAR BERFIKIR BEBERAPA KALI UNTUK MENAFSIRKAN BEGITU.

Malah akhirnya beliau mengambil keputusan,ia tidak memiliki apa-apa makna yang signifikan atau "tiada fungsi" menurut ulasan Honda,seorang pengkaji.

Sebab apa?

Sebabnya,seperti yang saya nyatakan tadi,perenggan pertama adalah khas berisi sanjungan atau laudation kepada sang raja.Tidak mungkin di penghujungnya tiba-tiba terdapat kata-kata merendahkan atau negatif (downgrade).

Jadi saya menanyakan,siapa Majumdar itu?Lihat gambar:




Dari sini kita tahu apa masalah yang menyelubungi Ramesh Chandra Majumdar,pakar sejarah India dan pakar dalam Sanskrit dalam kerja-kerja lapangan beliau ketika menafsirkan prasasti yang penuh misteri ini.

I rest my case.

~Srikandi

The True Caretaker of Samaragrawira from Srivijaya & Rakai Warak of Medang.

Thursday, June 11, 2015

Misteri Bhavavarman I dari Chenla


Prasasti Han-Chey yang misteri.Selain perkataan 'malum-iva' yang ditinggalkan Majumdar kerana baginya "tidak berfungsi" penggunaan huruf juga adalah sama dengan prasasti-prasasti Sailendra dan Medang



Bhavavarman I adalah keturunan dari Funan,walaupun terdapat 2 pemerintah Chenla sebelumnya namun keduanya itu masih berstatus 'semi-sejarah'.

Saya telah memerhatikan watak ini sekian lama.Mengapa?

SEBAB DIRINYA MENYIMPAN RAHSIA RAJA-RAJA MELAYU DI TANAH SARI (Indochina).


Setelah rekod Kang Tai dan Zhu Ying mengesahkan bahawa bahasa Funan adalah "berbeza SEDIKIT" dari bahasa kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera seperti Kampar,Jambi dan Samudera-Pasai,ini adalah bukti seterusnya,menerangkan rahsia Funan.

Setelah memerhatikan dan membuat penelitian lanjut,saya perasan bahawa yang pahat perkataan "raja mala dari Malayu" di Prasasti Han-Chey bukan Bhavavarman II tetapi Bhavavarman I.

Saya syak sebab sejarah Bhavavarman I ni adalah perampas takhta (usurper).Tapi bukan melalui peperangan,tapi dengan mengahwini kerabat Khmer dari negeri Chenla.

Honda dan Jacques yang kaji balik.Coedes telah tersilap di situ.

Selain itu,Bhavavarman I ni bukan dari kerabat Chenla,tapi dari keturunan Funan sebab datuk dia adalah Rudravarman,emperor terakhir Funan.

Jadinya,Prasasti Han-Chey ini menceritakan kejayaan Bhavarvarman I menaiki takhta Chenla,bukannya lebih kepada penaklukan Funan.

Jika beliau mengaku dari "raja-raja Mala dari Malayu" maka benarlah ruling class Funan adalah kerabat diraja Melayu.

Sebab itu dia pahat satu gelaran yang Majumdar pun tak dapat nak dekod.Majumdar ni adalah sarjana India teragung dan digelar "dekan sejarah India",takat Sanskrit,Pali tu saya rasa tiada masalah baginya.

Timeline dia begini:

1) tidak puashati dengan datuknya Rudravarman
2) melarikan diri ke negeri Chenla
3) kahwin dengan sepupu perempuan raja Chenla
4) ambilalih takhta Chenla,mudah sebab dari kerabat "raja-raja Mala" dari Funan
5) memberontak ke atas Funan;jadikan Chenla sebagai base
6) Funan melemah,serap semua wilayah Funan yang berpecah ke dalam Chenla

Tapi empayar ni tidak bertahan lama sebab Chenla pecah dua;Chenla Darat dan Chenla Laut.

Selepas tu kita tahu,mereka disatukan bawah seorang gabenor Sailendra yang memberontak dari Srivijaya.

~Srikandi

Wednesday, June 10, 2015

Aki Nabalu





Di dalam masyarakat Malayo-Polinesia,pangkat 'aki' adalah pangkat yang dihormati.Tok Aki dalam budaya Melayu adalah orang tua yang dihormati dan disegani.

Dalam tradisi Maori,ia adalah seseorang yang memiliki senioriti dan pangkat tertinggi.

Dalam budaya Hawaii,ia adalah pangkat bangsawan dan jawatan ketua yang diwarisi turun-temurun.

'Aki' (serta pelbagai variasinya) juga adalah "anak sulung kepada anak sulung" dan beliau dipilih dengan kepercayaan,kedudukannya memberi kelebihan dari segi senioriti dan kematangan.

Sesetengahnya melihat sebagai 'nenek-moyang' atau para leluhur yang hidup lebih tua dari generasi hari ini.

Sebagai ulangkaji,ini adalah contoh variasi konsep 'aki' dalam bangsa-bangsa serumpun Austronesia:

Ari'i-Tahiti
Ali'i-Samoa,Hawaii
Aliki-Tuvalu,Tokelau
Ariki-Rapa Nui
Ariki-Maori,Cook Islands
Eiki-Tonga
Aki-Melayu
Aki-Kadazandusun








Adalah menarik bahawa Gunung Kinabalu berasal dari perkataan 'Aki Nabalu' di mana perkataan 'Aki' di sini umumnya merujuk kepada nenek moyang.

'Nabalu' tidak kurang menariknya.Sepertimana status saya yang lepas tentang Dwayne "The Rock" Johnson yang bangga tentang 'mana' yakni semangat dalam kepercayaan Polynesia,'na' berasal dari 'mana' ini dan 'balu' atau variasi linguistiknya 'aulu' atau 'ulu' dan 'hulu' bermaksud 'kepala' dalam bahasa Fiji dan Polynesia yang lain.

Berdasarkan ini,jelas 'Kinabalu' adalah konsep kepada 'semangat nenek moyang' yang dirakam sebagai memori seolah-olah diwakili oleh Gunung Kinabalu.

Oleh sebab itu,mengapa gunung ini memiliki nilai bersifat sentimental dan perlu dipelihara dan dihormati.Tidak hairanlah isu pendaki Barat yang berbogel itu dilihat seolah-olah tidak menghormati sentimental penduduk Sabah itu.

~Srikandi
'do mogiginipi...'


p/s: Sebahagian kisah-kisah trivia masyarakat serumpun dalam Austronesia saya nukilkan di dalam Kitab Tamadun Melayu

Sila layari: https://www.facebook.com/thepatriots2020 untuk keterangan lanjut.

Tuesday, June 9, 2015

Kitab Tamadun Melayu (termasuk prakata dari Srikandi)






Apakah yang menghukum sesuatu bangsa untuk saling berpecah dan musnah?

Tidak membaca sejarah.

Sebab itu di dalam Al-Quran yang mulia,terdapat kisah-kisah orang terdahulu sebagai peringatan buat mereka yang mahu disedarkan.

Kisah Nabi Hud dan kaum Aad,kisah Nabi Saleh dan kaum Tsamud,kisah Nabi Musa dan Firaun dan seterusnya.

Sesuatu bangsa akan dibantu untuk cepat pupus dan lenyap jika acapkali alpa untuk terjun ke dalam lubang tandas yang sama berkali-kali.Bagaimana untuk menyembuhkan penyakit ini?

Membaca sejarah.

Membaca bukan sekadar membaca laksana novel cinta poyo di pasaran kini tetapi bertindak dan mempersiapkan diri dengan pertahanan yang mampan,supaya nanti kita tidak perlu menyerang,cukup pertahanan tadi akan menyeksa langau-langau yang menyibukkan diri untuk menjadi bangkai yang tersipu-sipu malu.

'Kitab' ini adalah inisiatif dari mereka yang ajaib di The Patriot.Menampilkan bahan-bahan berkualiti yang jangan harap anda hendak dapat dari buku-buku teks sekolah kontemporari yang banyak lari dari sejarah kendiri.

Saya,Srikandi telah diberi penghormatan yang memotivasikan sebagai salah seorang pemberi kata alu-aluan di dalam kitab ini.

Sebagai sejarah yang abadi,saya persembahkan kepada anda,5 artikel saya di dalamnya,di antara lebih 50 artikel dengan 9 artikel ekslusif yang dibikin khas untuk kitab premium ini.

1) Rahsia Cura Si Manjakini (remastered)
2) Rahsia kata-kata 'Mala Malayu iva Malayamraja'  dalam Prasasti Hanchey,Kemboja (remastered + extended)
3) Rahsia angka 0 di dalam prasasti berbahasa Melayu (remastered)

dan dua artikel lagi di mana saya telah 'remastered'-kan semua kandungannya supaya lebih padat dan padu.

Ilmu saya akan tercetak ke dalamnya,dan akan disedut segala hikmat dan sakti,supaya anak cucu akan tetap jaya dan gemilang tanpa rasa rendah diri dan tiada estim diri sebelum maut menanti.

Anda boleh menempah kitab ini sebagaimana butiran di dalam foto di bawah:



Sebagaimana Hikayat Merong Mahawangsa yang dibakar oleh pemerintah dinasti Chakri,semasa mereka menduduki Kedah dahulu dan usaha mereka gagal secara total...dek kerana anak bangsa telah menyalinnya banyak-banyak dan disebarkan sehingga pihak British pun menyimpannya dengan penuh penjagaan rapi,kitab ini bakal diseludup,disimpan dan dijaga dengan kasih sayang oleh pihak asing yang cintakan sejarah,maka kitab akan tersalin berkali-kali,dan tersebar ke merata semata-mata untuk melengkapkan kata-kata hikmat dari saya,Srikandi:

MY HISTORY IS IMMORTAL.



Salam seribu bahasa,seribu syahmura santun nan susila.


~Srikandi




Monday, June 8, 2015

Perihal 'Malim' dan 'Aki'





Di Perak,terdapat satu tempat dinamakan Malim Nawar.Ia terletak di antara Kampar dan Ipoh.

Terdapat juga dua buah hikayat Melayu yang terkenal iaitu Hikayat Malim Deman dan juga Hikayat Malim Dewa.

Dalam tragedi gempa bumi di Sabah baru-baru ini,nama 'malim gunung' menjadi popular kerana keberanian,ketabahan dan kegagahan mereka dalam tugas-tugas tertentu di Gunung Kinabalu.

Malim adalah perkataan lama dalam kosakata bahasa Melayu.Menariknya,ia masih digunakan di Sabah.

Apakah maksud 'malim' itu?

Malim bermaksud guru,pengajar,pemberi panduan atau pembimbing.

Sebelum perkataan 'guru' iaitu kosakata serapan dari bahasa Sanskrit dipakai,'malim' adalah perkataan Melayu lama  untuk profesion yang sama.

Malim adalah pekerjaan mulia,ia profesion yang tinggi dan dihormati.

Malim bahtera bertugas sebagai penunjuk arah dan jurupandu kepada orang-orang di kapal.

Malim Gunung pula ialah jurupandu kepada pendaki-pendaki di gunung.






Nama 'Malim Gunung' baru-baru ini keluar di akhbar dan media internet sejak tragedi gempabumi di Sabah.

Sesetengah kaum pribumi Sabah percaya,gempabumi ini adalah di sebabkan kemarahan 'Aki' akibat insiden para pendaki Eropah yang berbogel di puncak Kinabalu.

Siapakah 'Aki'?


Tok Aki

Sebelum demokrasi wujud di dunia,budaya Melayu-Polinesia telah mengamalkan ciri-ciri demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka.

Ini kerana,sebelum wujud konsep 'dewaraja' dari era Hindu-Buddha atau sistem monarki berasaskan warisan,budaya Melayu-Polinesia telah memilih ketua mereka berdasarkan senioriti dan pengalaman hidup.

Sebelum istilah seperti 'raja' (dari Indo-Eropah) atau 'sultan' (dari Arab) atau 'syah' (dipakai pada akhir nama,berasal dari Parsi),budaya Melayu memanggil ketua mereka sebagai 'Atuk Tua'(mengikut pelbagai variasi dialek).

Semua istilah luar tadi rata-rata menunjukkan 'kuasa','darjat' atau 'kemegahan'.

Ini berbeza dengan konsep kepemimpinan (leadership) dalam budaya Melayu purba.

'Tua' atau 'Toa' adalah bermaksud senioriti,adalah elemen penting dalam pemilihan raja atau ketua dalam budaya Melayu-Polinesia.

Variasinya seperti berikut:

Malietoa-Samoa
Kaumātua-Maori
Hotu Matua-Rapa Nui
Tūwharetoa-Maori

Dalam budaya Melayu-Polinesia juga,kepemimpinan juga dipilih dari golongan anak sulung dari anak sulung atau 'Aki' (atau 'Aiki' serta menurut variasi dialek).Sulung dari yang sulung (supersenior) akan menjadi 'Tok Aki'.

Variasinya seperti berikut:

Eiki-Tonga
Ari'i-Tahiti
Ali'i-Samoa,Hawaii
Aliki-Tuvalu,Tokelau
Ariki-Rapa Nui
Ariki-Maori,Cook Islands








Dalam budaya rumpun Melayu di Austronesia Barat,gelaran-gelaran seperti Tok Batin,Penghulu,Tok Sidang,Tok Ketua atau Demang adalah penggelaran asli sebelum istilah 'raja' digunakan.Semua gelaran ini khas menunjukkan senioriti dan penghormatan.

Kesimpulannya,konsep pemilihan pemimpin dalam budaya Melayu purba mencerminkan kata-kata hikmah,

"Respect is earned, not given..."


~Srikandi
Kak Yong Seri