Tuesday, June 16, 2015
Misteri Bhavavarman I BHG II
Bhavavarman I adalah cucu kepada Rudravarman,emperor terakhir Funan.Menurut susurgalur atau genealogi,mereka adalah dari kerabat atau dinasti 'Pa-mo' atau 'Varman' dengan pengasasnya ialah Kaundinya II.Sumber China memanggilnya dengan nama Chiao Chen-ju.
Ini adalah dinasti terakhir Funan sebelum kejatuhannya.
Menariknya,dinasti ini juga adalah dinasti kedua dari negeri Pan-pan (ini dari sumber China),iaitu di kawasan Kelantan-Terengganu sekarang ini.
Daripada susurgalur sahaja kita tahu bahawa MENGAPA BHAVAVARMAN I MENGGELARKAN DIRINYA "RAJA-RAJA MALA DARI MALAYU" satu gelaran atau invocation ke atasnya.
Jika anda melihat senibina rumah kediaman (rumah kayu,dengan bumbung genting) Terengganu,Khmer dan Thailand,anda akan dapat melihat perkaitannya.
Funan yang diperintah kerabat dari Pan-pan mewariskan teknologi dan senibina mereka,dengan pengetahuan ini diwariskan kepada Angkor dan kemudian diambil oleh Ayutthaya ketika penjarahan mereka ke atas tamadun Khmer tersebut.
Baru-baru ini,saya telah menyertai satu perbincangan di media sosial tentang Prasasti Hanchey.Seorang peserta yang saya syak adalah orang Cham telah cuba menafsirkan perkataan terakhir dari segmen pertama (puji-pujian) prasasti tersebut.
Beliau menfasirkan perkataan 'malu-m-iva-malayam' (terjemahan langsung dari aksara yang masih boleh dibaca) sebagai 'dirty,defiled,defect..' menurut bahasa Sanskrit.
Perhatikan gambar:
Saya tidak bersetuju dengan beliau kerana perenggan pertama itu adalah kata-kata sanjungan atau puji-pujian kepada Bhavavarman I.Takkanlah tiba-tiba sahaja ada perkataan yang menunjukkan 'kekotoran' atau 'kecacatan'.
Saya membantah walaupun sebelum itu beliau cuba 'u-turn' dan menyederhanakan pandangannya:
Kemudian saya meneruskan,jika Majumdar tahu tentang kata-kata tersebut bermaksud 'kotor,cacat' atau sebagainya dalam bahasa Sanskrit,sudah tentu beliau akan menafsirkan begitu.
TETAPI MAJUMDAR BERFIKIR BEBERAPA KALI UNTUK MENAFSIRKAN BEGITU.
Malah akhirnya beliau mengambil keputusan,ia tidak memiliki apa-apa makna yang signifikan atau "tiada fungsi" menurut ulasan Honda,seorang pengkaji.
Sebab apa?
Sebabnya,seperti yang saya nyatakan tadi,perenggan pertama adalah khas berisi sanjungan atau laudation kepada sang raja.Tidak mungkin di penghujungnya tiba-tiba terdapat kata-kata merendahkan atau negatif (downgrade).
Jadi saya menanyakan,siapa Majumdar itu?Lihat gambar:
Dari sini kita tahu apa masalah yang menyelubungi Ramesh Chandra Majumdar,pakar sejarah India dan pakar dalam Sanskrit dalam kerja-kerja lapangan beliau ketika menafsirkan prasasti yang penuh misteri ini.
I rest my case.
~Srikandi
The True Caretaker of Samaragrawira from Srivijaya & Rakai Warak of Medang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya, saya ada di Facebook Group tersebut... tapi saya rasa, lebih baik kita bersangka baik kepada dia. Nama pun perbincangan, perbincangan ini dilakukan secara baik, tiada kata-kata buruk, atau tuduhan ke atas kelemahan peribadi sebaliknya fokus kepada isi ilmiah. Oleh itu, saya harap Cik Srikandi kaburkan nama pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan tersebut supaya orang ramai tidak menyerang individu tersebut ke atas kelemahan peribadinya sebaliknya fokus kepada pendapat ilmiahnya yang pada pendapat Cik Srikandi adalah tidak benar.
ReplyDeleteSaya secara peribadinya tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bab sejarah jadi saya tidak menyokong mana-mana pihak. Cumanya, saya harap sebarang perbincangan ilmiah kekal sebagai perbincangan ilmiah. Tolonglah elakkan serangan peribadi. Saya bersangka baik niat Cik Srikandi bukanlah untuk memalukan sesiapa TETAPI saya tahu dan saya pasti akan ada individu yang akan berbuat demikian, menghantar komen menghina di sini, semata-mata kerana kurang akal apabila marah.
Salam...Pan-Pan ada yang menafsir iaitu kerajaan Langkasuka yg terletak antara utara Kelantan dan Songkla.
ReplyDeleteBetul ke? Kalau Kelantan Terengganubitu kerajaan apa yang dikatakan Pan-Pan itu?
Kemudian, kita masih tak tau siapa kerajaan dan raja yang mengasaskan Kedah Tua yang dikatakan membina tamadun Sungai Batu sebagai kota perdagangan hingga terkenal oleh para pedagang India, China dan Arab.
Tak salah saya, pernah netizen tulis di satu kolum komentar fb, dia menyebut nama raja yang mentadbir Kedah Tua di Sungai Batu, saya pun sudah lupa apa nama raja itu dan dia dapat sumber itu dari mana.
Boleh cik Srikandi double cek?
Betul ke Langkasuka utara timur Malaysia/Songkla dan Kedah Tua di Sungai Batu pernah dijajah oleh kerajaan Melayu Funan yang mengumpul semula kekuatan dan kekuasaan di bagian selatan setelah kota pemerintahan nya di Funan diserang?
Terima kasih.