Tuesday, June 9, 2015

Kitab Tamadun Melayu (termasuk prakata dari Srikandi)






Apakah yang menghukum sesuatu bangsa untuk saling berpecah dan musnah?

Tidak membaca sejarah.

Sebab itu di dalam Al-Quran yang mulia,terdapat kisah-kisah orang terdahulu sebagai peringatan buat mereka yang mahu disedarkan.

Kisah Nabi Hud dan kaum Aad,kisah Nabi Saleh dan kaum Tsamud,kisah Nabi Musa dan Firaun dan seterusnya.

Sesuatu bangsa akan dibantu untuk cepat pupus dan lenyap jika acapkali alpa untuk terjun ke dalam lubang tandas yang sama berkali-kali.Bagaimana untuk menyembuhkan penyakit ini?

Membaca sejarah.

Membaca bukan sekadar membaca laksana novel cinta poyo di pasaran kini tetapi bertindak dan mempersiapkan diri dengan pertahanan yang mampan,supaya nanti kita tidak perlu menyerang,cukup pertahanan tadi akan menyeksa langau-langau yang menyibukkan diri untuk menjadi bangkai yang tersipu-sipu malu.

'Kitab' ini adalah inisiatif dari mereka yang ajaib di The Patriot.Menampilkan bahan-bahan berkualiti yang jangan harap anda hendak dapat dari buku-buku teks sekolah kontemporari yang banyak lari dari sejarah kendiri.

Saya,Srikandi telah diberi penghormatan yang memotivasikan sebagai salah seorang pemberi kata alu-aluan di dalam kitab ini.

Sebagai sejarah yang abadi,saya persembahkan kepada anda,5 artikel saya di dalamnya,di antara lebih 50 artikel dengan 9 artikel ekslusif yang dibikin khas untuk kitab premium ini.

1) Rahsia Cura Si Manjakini (remastered)
2) Rahsia kata-kata 'Mala Malayu iva Malayamraja'  dalam Prasasti Hanchey,Kemboja (remastered + extended)
3) Rahsia angka 0 di dalam prasasti berbahasa Melayu (remastered)

dan dua artikel lagi di mana saya telah 'remastered'-kan semua kandungannya supaya lebih padat dan padu.

Ilmu saya akan tercetak ke dalamnya,dan akan disedut segala hikmat dan sakti,supaya anak cucu akan tetap jaya dan gemilang tanpa rasa rendah diri dan tiada estim diri sebelum maut menanti.

Anda boleh menempah kitab ini sebagaimana butiran di dalam foto di bawah:



Sebagaimana Hikayat Merong Mahawangsa yang dibakar oleh pemerintah dinasti Chakri,semasa mereka menduduki Kedah dahulu dan usaha mereka gagal secara total...dek kerana anak bangsa telah menyalinnya banyak-banyak dan disebarkan sehingga pihak British pun menyimpannya dengan penuh penjagaan rapi,kitab ini bakal diseludup,disimpan dan dijaga dengan kasih sayang oleh pihak asing yang cintakan sejarah,maka kitab akan tersalin berkali-kali,dan tersebar ke merata semata-mata untuk melengkapkan kata-kata hikmat dari saya,Srikandi:

MY HISTORY IS IMMORTAL.



Salam seribu bahasa,seribu syahmura santun nan susila.


~Srikandi




No comments:

Post a Comment