Salah satu prasasti di Thailand |
Pada 23 Ogos 2014,saya telah menerbitkan satu artikel.Tak sangka,ia memberikan petunjuk seterusnya.Rahsia seterusnya akan didedahkan dalam siri The Secret Key of Mount Ophir di MistisFiles.Mari kita ulangkaji kembali.
Apa yang menarik pada Prasasti Grahi ialah ia ditemui di Chaiya,di Thailand sekarang tetapi ia bukan berkenaan raja Siam.Prasasti pula ditulis dalam bahasa Khmer tetapi ia bukan menceritakan tentang raja Kemboja.
Ia menceritakan tentang seorang raja Melayu yang memerintahkan seseorang membuat arca!
Terjemahan isi Prasasti Grahi:
"bahwa pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Budha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin"
Pada posting saya yang lepas,saya ada tunjukkan berkenaan 'Gelanai' di dalam Prasasti Grahi,Thailand.
Kali sini saya nak sentuh tentang gelaran 'Kamraten'.
Kita ulangkaji kembali prasasti yang ditemui di Chaiya,Thailand yang bertarikh 1183 Masehi.
Gelaran 'Kamraten' ini adalah gelaran tertinggi dalam ranking raja-raja dalam budaya Khmer. Di sana ada istilah seperti:
"Dhuli jen vrah kamraten an"
yang ditemui pada Prasasti Udayadityavarman II yang diukir pada tahun 1052.
Perkataan 'Dhuli' ini sama seperti yang kita gunakan pada terma 'Duli Yang Maha Mulia' iaitu "debu yang melekat pada kaki".
Kamraten di sini membawa konsep 'dewaraja'.Dalam konteks Prasasti Grahi,ia dipakai pada nama raja yang bernama Srimat Trailokyaraja Maulibhusanawarmadewa,iaitu nama raja yang mirip seperti nama raja yang tercatat pada Prasasti Padang Roco,di Sumatera Indonesia.
Nama raja itu,Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa muncul setelah lebih kurang 100 tahun selepas raja yang terukir namanya di Chaiya itu.
Berdasarkan pemerhatian saya,dinasti Mauli ini berasal dari Segenting Kra dan ada kaitan dengan keluarga Sriwijayamala dan Sailendra sementelah Chandrabhanu,raja Sri Dharmaraja mengaku keturunan kedua-dua dinasti Melayu paling berpengaruh Asia Tenggara itu.
Oleh kerana bahasa Melayu direkodkan oleh pengembara Perancis masih dituturkan dalam istana Kemboja pada abad ke-16,kita boleh menggagak bahawa warisan pemerintah-pemerintah Melayu di dalam istana Angkor amat kuat.Semua Malay city-states mengawal perdagangan laut dan secara tidak langsung bahasa Melayu menjadi lingua franca kepada Empayar Angkor yang bersifat agraria.
Ada beberapa rahsia lagi yang tersirat dalam baris-baris kata dalam Prasasti Grahi ini.Di lain masa saya akan kongsikan bersama anda.
~Srikandi
Puteri Madu Merah of Tambralinga & Angkor
Secret Heir of King Gama Maulibhusanawarmadewa of Grahi
==============================
Cara untuk akses ke MistisFiles:
KLIK>> http://goo.gl/1QBIQK
==============================
srikandi pedoman terbaik saya utk.sejarah
ReplyDeleteterima kasih puan.
http://www.siamese-heritage.org/jsspdf/1971/JSS_064_1l_ChandChirayuRajani_ReviewArticleBackgroundToSriVijayaIV.pdf
ReplyDeleteRaja Sridharmaraja dan/ Sriwijaya sebelum Trailokyaraja mungkin bernama Kamraten Chakata Senapati Trailokyawijaya.Beliau mungkin raja Sanfotsi yang menghantar utusan ke China pada tahun 1156M.Pada tahun 1178M utusan dari Sanfotsi menyatakan raja baru mereka dilantik pada tahun 1169M.Raja pada tahun 1169M ini mungkin Trailokyaraja
ReplyDeleteUtusan tarikh 1178M itu yang beritahu raja Sanfotsi dilantik pada tahun 1169M ialah dari sumber Chand Chirayu Rajani
Deletesalam....serikandi?
ReplyDeletesaya musykil benar pasal tahun 1105/1183 yang ditulis di artikel ini...adakah ia tahun Masehi? atau tahun yang khas untuk tamadun melayu itu?kerna tamadun angkor atau tamadun champa sudah jatuh sebelum itu bukan?
bukankah islam diterima di sana dalam tahun 1000 masehi(lebih kurang) di kawasan Pattani dan champa? ia lebih awal di Acheh (lebih kurang 900 masehi gitu)...
wallahualam. TQ
https://books.google.com.my/books?id=X_wNaey3d7EC&pg=PA114&lpg=PA114&dq=suryanarayana+malayapura&source=bl&ots=T067rA9u8e&sig=5-Rq3v7s4QQFORr99v1tnsFhE5Y&hl=ms&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=suryanarayana%20malayapura&f=false
ReplyDeleteSila taip Suryanarayana Malayapura pada google.Berkenaan tulisan di dalam buku Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu
ReplyDelete