Catatan Srikandi XVI: "The Day You See All Twilight"
Nota: Emel Srikandi dihujani dengan pertanyaan peminat tentang ketiadaan akaun Facebook yang biasa miliknya. Menurut kenyataan beliau di dalam salah sebuah grup rahsia kelolaan beliau, akaun profail tersebut tidak dibuka kepada audien sehingga beliau selesai dengan tugasannya di Kelantan. Namun beliau masih aktif di fanpage, blog peribadinya dan beberapa grup rahsia beliau.
Srikandi kini berada di sempadan Kelantan-Thailand sekitar Ayer Lanas (24oct) di bawah program pemetaan arkeologi antara pihak berautoriti dan sebuah badan sukarela.
~riwayatmelayu
Saya selesai membaca Al-Fatihah buat Allahyarham Ku Nai Mazlan. Sejadah saya lipat kemas. Mata saya bergenang seketika. Sejak beberapa kebelakangan sebelum pemergiannya ke hadrat Ilahi, beliau selalu juga berhubungan dengan saya melalui media sosial dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah tanahair.
Apa yang masih memberatkan fikiran saya ialah pesanan-pesanan beliau (selepas pemergiannya saya memikirkan adakah ia sejenis 'wasiat'?) yang memberitahu banyak perkara tentang sejarah kaum kerabatnya yang saya tidak pernah baca dalam blognya dahulu serta di mana-mana penulisannya. Ada komennya yang saya tidak balas kerana saya masih keliru mengapa beliau memberitahu semua itu pada saya.
Namun, kini...saya terfikir tentang kata-katanya. Tetapi mengapa saya? Mengapa saya yang dahulu selalu mengkritik penulisan dan pandangannya? Beliau pernah marah kepada saya kerana mempertikaikan tulisan-tulisannya, namun sejak 2 tahun lepas sebelum kepulangannya ke pangkuan Ilahi, beliau mula menyalurkan beberapa 'maklumat' yang sampai sekarang saya masih mengkajinya sehingga ke sumber-sumber tertentu di Prince Of Songkla University.
"Saudari,itulah yang diwasiatkan oleh almarhum Tuanku Nai Long Kassim kepada saya."
Saya berbaring di atas katil sambil menitiskan airmata. "Tetapi mengapa saya,abang Ku?" saya berbisik halus. "Why me?"
Why me
Why me
Why me
"Srikandi,akan ada di sana...yang akan membenci kamu...namun sebenarnya mereka masih obses dan mengikuti setiap tulisan kamu. Seperti dirasuk sesuatu atau dendam yang mengikat mereka kepada kamu menjadikan mereka adalah pengikut setia kamu yang aneh," tulis salah seorang fans di dalam emel.
"Di antara mereka...mungkin ada melihat sesuatu dalam tulisan kamu dan sedar akan kebenaran,namun selalu tidak memiliki masa yang sesuai untuk membincangkan dengan kamu,"
"Saya selalu mengikuti kamu sejak 2010 namun apabila kamu menyerang Arkib dan Perpustakaan Negara, saya agak tawar hati dengan kamu, kamu tahu...masa tu banyak orang di pejabat memperkatakan tentang tulisan-tulisan kamu yang viral di media sosial mereka. Srikandi,please..."
Bibir saya bergerak mengukir senyuman kecil mengenangkan emel pegawai kerajaan itu. Beliau antara yang kerap bertanya tentang hal-hal sejarah di dalam emel dan chat di fanpage saya.Teringatkan kata-katanya pegawai kerajaan itu, saya memikirkan mungkin di sana ada jawapan tentang apa yang diberitahu oleh arwah kepada saya. Seolah-olah arwah tahu masa kepulangannya sudah tiba dan 'seseorang' perlu di'temui' untuk memberitahu 'rahsia' itu.
But... why me?
why me
why me
why me
"Raja Charles IX dari Perancis telah memerintahkan pembunuhan pemimpin Huguenot Protestan di Paris, mencetuskan suatu pesta pembunuhan yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai golongan Huguenot di Perancis," ujar Encik Kamarul, pensyarah semasa semester dua dahulu.
"Bukan kehendak dia kan, Cek Kamarul?" saya mencelah. Mentang-mentanglah saya selalu duduk di barisan hadapan di dewan kuliah, saya selalu mencelah syarahan pensyarah.
"Ish, si Eyka Farhana ni...diam boleh tak...nak menyampuk je kerjenye time lecture," terdengar kata-kata dari belakang. Saya menjeling, nak melihat siapa yang berkata.
Encik Kamarul tersenyum,"Takpe...takpe, soalan tu bagus. Masa tu memang Raja Charles di bawah pengaruh seseorang. Siapa tahu?"
Seluruh dewan senyap. Kemudian terdengar bisik-bisikan di sana sini. Encik Kamarul mengangkat keningnya sambil memandang ke kiri dan kanan.
Saya mengangkat tangan.
"Ya...Siti...siapa?" tanya Encik Kamarul.
"Catherine de Medici."
Kenangan-kenangan silam ketika di kuliah mula menerpa dalam fikiran. Saya merenung siling. Kemudian saya mencapai buku 'Membongkar Rahsia Dunia Melayu' lantas membuka buku bab 6. Saya menyelak sehelai demi sehelai sehingga sampai ke bahagian terakhir bab tersebut. Saya menitiskan air mata.
"Abang Ku...saya sudah tunaikan sebahagian hasrat Abang Ku..."
Saya merenung catatan tentang Syariff Abu Bakar. Memang, apa yang berlaku di dalam Kota Mengkuang adalah rahsia yang tidak boleh diceritakan kepada umum. Kebanyakan penulis sejarah Yamtuan Abu Bakar dan Ligor mengambil keputusan untuk 'skip' bahagian itu. Saya juga merasa aneh mengapa ia cuba ditutup namun kini saya merasa some secrets should never be known.
Terlalu berat rasanya untuk menanggung rahsia itu dan saya masih bertanya...why me?
Catatan itu antara sebilangan kecil catatan yang ada tentang misteri kerabat Raja Ligor terakhir di dunia ini. Sempat dirakamkan oleh 'seorang' yang dahulunya tidak digemari oleh peminat dan penyokong blogsejarahnagarakedah. Namun saya menulis apa yang saya sedar adalah kebenaran dan bersih dari sumber lisan yang dicampur-aduk. Jika hanya berpandukan sumber lisan sahaja, maka ramai yang memiliki sumber lisan dari generasi ke generasi malah bercampur aduk dengan cerita-ceriti penglipurlara dan sang penokok-tambah. Siapa yang kita harus percaya? Namun saya memiliki senjata ampuh yang selalu saya gunakan apabila menghakimi sesuatu sumber lisan; cross-reference.
Jika generasi terkemudian bertanya tentang sejarah sebuah kerajaan besar Melayu di Segenting Kra, sekurang-kurangnya mereka sempat menemuinya di situ. Dari era Tambralinga, Sri Dharmaraja hingga Ligor dan sekarang menjadi Nakhon Si Tammarat di dalam Thailand, sejarah kerajaan Melayu ini amat kurang kecuali sempat dirakamkan oleh para sami dalam Riwayat Sri Dharmaraja (D.K Wyatt). Di saat-saat akhir kewujudannya, raja-rajanya telah memeluk Islam dan memiliki hubungan dengan Kedah dan Patani.
Mata saya masih bergenang. Seperti dejavu,bisik hati saya. Mata saya terbuka sedikit. Tiba-tiba saya tersedar sesuatu. Seperti situasi saya pada masa lalu seperti yang diceritakan pada mukasurat 217 dalam Emas Para Dapunta & Maharaja dalam bab "The Black Diary" (Catatan Srikandi XIII) ketika saya mensedekahkan bacaan al-Fatihah kepada almarhum Tuanku Nai Long Kassim.
Saya menutup buku dan meletakkannya di sisi. Beberapa minggu lagi saya akan ke Kelantan. Pasti ada sesuatu di sana menunggu ketibaan saya. Sweet dream...Srikandi...
..
...
..
..
"...saya berterima kasih atas tulisan saudari berkenaan Syariff Abu Bakar. Saya mendoakan saudari diberi kekuatan oleh Allah swt dalam perjuangan saudari..."
~Srikandi
die another history
Al-Fatihah Ku Nai... Moga ruhnya ditempatkan dalam kalangan org yg beriman
ReplyDeleteaminnn...
Delete~Srikandi
Catherine de Medici ialah ibu kepada Raja Charles IX... selitan ini sememangnya petunjuk kias kepada Wasiat Allahyarham Ku Nai Mazlan kepada Srikandi mengenai Rahsia Sejarah Kerajaan Ligor dan Kota Mengkuang?
ReplyDeleteM_M
tak...dia takde kaitan dengan 'wasiat' tu tapi benda lain.
Deletewasiat tu takboleh diceritakan umum dan saya masih kaji rujuksilangnya dengan sumber kedah dan thailand.
~Srikandi
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.
DeleteSila rujuk sini: http://themalaypress.blogspot.my/2015/08/anai-anai-nai-mazlan-abdul-majid.html
This comment has been removed by the author.
DeleteMohon pencerahan ttg sejarah Raja Legeh. Adakah ia sezaman dgn sejarah Ligor?
ReplyDeletedia sezaman dgn Patani
DeleteHanya pada akhir ini saya ada bersempatan mendengar cerita2 mistri di tmpat saya brhubung kisah raja pertama N9 yg bergelar Seri Maharani dan aneh nya dia berkata bagaimana Seri Maharani boleh ke Johor pula..dan bnyak cerita2 yg kita tidak akan ketemui dlm catitan buku..jadi saya igin lah menyusur blogger2 utk trace cerita2 yg sulit lagi nerahsia ini.
Deletealhamdulillah srikandi...puan atau cik? baiklah...semoga Allah sahajalah yang akan membalas segala gigih perih saudari itu...amin....
ReplyDeleteterimakasih :)
Delete