Sunday, October 18, 2015
Catatan Srikandi XIV Part II
Ketika anda membaca tulisan ini,Srikandi telah berada di Kelantan untuk satu tugasan di sana.
-riwayatmelayu
"Srikandi,follow the hymns"
Rintik-rintik sudah mula reda. Bunyi guruh sudah tidak kedengaran lagi. Saya masih duduk di depan cermin lama di rumah nenek saudara. Sikat bulat tergeletak di atas meja solek. Saya menyentuh pipi mulus saya yang kemerah-merahan.
Cuti raya haji yang panjang. Di luar,bunyi air titisan hujan yang masih bersisa di hujung bumbung rumah masih menemani dinihari yang sunyi. Jari-jemari saya menari-nari di permukaan pipi saya. Saya melayan perasaan,mengenang masa-masa yang berlalu dalam hidup yang penuh misteri ini.
"Cik Seri,boleh cik berikan salasilah Tok Perang?Saya salah seorang keturunannya,saya mahu tahu asal-usul saya.."
"Srikandi,tolong kaji salasilah Megat Seri Rama,saya perlukan untuk tesis saya.."
"Cuba Srikandi lihat ini,berikan ulasan tentangnya.."
"Cik Seri,buku cik ada lagi tak?Saya nak beli...kat tempat saya takde la..."
"Umur Srikandi berapa?"
Tangan saya pantas scroll mesej-mesej peribadi di dalam Facebook. Ada lebih 30 mesej yang berbeza-beza topik. Setiap hari inbox saya dihujani pelbagai pertanyaan. Para pelajar,guru,pengkaji sejarah dan para kasanova.
Ketika itu saya masih di kuarters universiti. Bukan semua mesej sempat saya jawab dan banyak yang saya abaikan. Bila melihat ke senarai group,tiba-tiba sahaja ia mencecah lebih 100 jumlahnya!
Saya bergerak ke katil dan menghempaskan tubuh saya ke tilam lembut. Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya teringatkan penemuan rangka manusia di dalam sebuah tapak purba di Surathani,Thailand. Bersamanya,mereka menemui beberapa bilah keris. Namun ini disenyapkan. Sama seperti penemuan kitab-kitab tua berbahasa Melayu era klasik dalam tulisan Jawi berisi rumus-rumus perubatan dan teknologi yang ditemui di sebuah madrasah lama di Patani yang mana Bangkok mengarahkan ia dipantau sebelum kerajaan Turki mencelah.
"Cik Mawar Amarawangsa...pedagang kain di Reman dan Hulu Perak..." suara itu seakan-akan bergema di dalam kepala saya.
Saya membuka buku Cempakasari. Saya mencari-cari sejarah negeri Reman. Aneh,di sana ada sebuah negeri kecil lagi yang bernama Bernam.
"Cik Seri,bagaimana dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan kota Melaka dengan megah,dengan tembok batu dan sebagainya,bukankah itu sesuatu yang berlebihan,dengan tujuan pihak Portugis kononnya seolah-olah mengalahkan suatu kota yang hebat," komen seorang pembaca fanpage saya.
Saya menaipkan,"Cuba lihat catatan Tom Pires,Barbossa atau rekod-rekod Ming tentang Melaka. Cuba kaji mengapa peta-peta sekitar abad ke-16 dan 17 masih melabel semenanjung sebagai Malacca?"
Saya memejamkan mata. Suasana dinihari di Kampung Luat amat mempesonakan. Saya buka mata. Pandang ke dalam cermin. Saya renung wajah saya lama-lama.
"Srikandi...apa yang kau cari?Siapa puteri?Siapa empunya makam di Grahi?Kau takkan mampu menggalas semua beban ini..."
Saya bangun perlahan-lahan. Meninggalkan meja solek. Saya bergerak ke pintu bilik. Pintu bilik terbuka sendiri. Saya berjalan merentasi ruang tamu. Saya dengar dengkuran Dek Na di dalam bilik berhampiran dapur.
Hampir tanpa bunyi,pintu rumah nenek saudara saya itu terbuka. Tubuh saya bergerak ke luar,diterpa dingin dinihari. Saya memandang ke langit; cahaya rembulan bagaikan wajah ibu yang sejahtera.
Saya mendongak. Terus mendongak. Anak mata saya bersatu dengan cahaya rembulan.
"Kamu tahu kenapa Uda bawa kamu ke sini?" kata Uda Jiman,dua pupu saya,namun usianya telah pertengahan 30-an.
Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ketika itu saya memakai blaus warna ungu bercorak bunga dengan baju lengan panjang yang diperbuat dari kemeja kain keras. Saya dibawa ke hujung kampung di Changkat Bendang. Sempadan dengan hutan rimba di kaki gunung.
Terdapat sungai kecil dan air terjun di sebelah kanan. Saya memandang wajah Uda Jiman,minta kepastian.
"Ini tanah Iti. Dari pokok-pokok gaharu tu,sampai ke pokok merbau di hujung sana," Uda Jiman menunjuk ke arah pokok besar itu,yang sayup-sayup di bayang senja.
"Tanah Iti?Tak paham," saya mengerut-ngerutkan dahi. Saya menoleh ke arah air terjun.
"Tanah moyang kamu. Cik Mawar Cantik. Ini bahagian kamu...rezeki," ujar Uda Jiman tersenyum.
Sungai Perak yang indah disinari cahaya rembulan. Saya berdiri keseorangan di atas jambatan sebelum pekan Kampung Luat. Saya memandang jauh ke depan. Sebelah kiri ada bukit-bukau. Sebelah kanan kampung orang.
Kegelapan yang samar-samar di bawah rembulan,air sungai yang misteri. Saya rapat ke tembok jambatan. Jalanraya sunyi sepi tanpa kenderaan. Mata saya masih terbeliak. Rambut saya beralun-alun lembut dibelai angin dingin pagi.
Orang dilepas jangan dikenang...
Sudah menjadi,lain si orang lain...
Irama lagu itu terngiang-ngiang di dalam kepala saya. Saya merasa dingin namun anehnya,saya membiarkan tubuh saya di tepi Sungai Perak itu. Saya mendongak ke arah rembulan. Saya melihat rembulan itu seolah-olah semakin besar.
"Ada lebih 88 tapak arkeologi di Kelantan. Kawasan sekitar pedalaman Kelantan di sempadan Perak ada 5 buah. Semua dikawal pihak tentera," Profesor Din bersandar di kerusi spring sambil tersengih memandang siling.
"Sejarah itu,jika kamu tau apa di sebaliknya...kamu akan merebutnya walau terbunuh terburai perut kamu dirodok keris sekalipun. Kamu bertikam sampai menemui ajal. Sampai darah tumpah ke bumi. Jika tidak,kamu akan jadi pengecut. Kamu akan mengomel seperti bacul. Mengomel-ngomel tentang kedunguan kamu tentang asal-usul. Merendah-rendahkan sejarah. Menyalahkan sejarah. Menghalang orang lain dari dekat kepada sejarah. Pesimis. Buta dan bisu. Kamu tidak memiliki idea,kamu hanya memiliki sikap hasad dengki. Kamu tidak ada semangat tapi kamu keras merungut-rungut tentang sejarah dan orang-orang yang memperjuangkannya," sambung Profesor Din.
Saya membetulkan baju kurung merah saya. Beg kain denim kelabu saya letakkan elok-elok di riba saya. Kasut Vincci hitam berjalur biru saya rapatkan ke tengah kerusi,menanti kata-kata seterusnya dari Profesor Din.
"Menambah nilai diri dan orang lain...itu gunanya pelajaran dari sejarah. Bukan membuatkan orang lain hilang salasilah,hilang keturunan,hilang hak dan maruah bangsa," Profesor Din memandang ke arah saya.
"Jika kamu keluar nanti di tengah masyarakat,ingat...beri mereka semangat dan kekuatan melalui sejarah mereka sendiri. Menambah nilai hidup kepada mereka. You will be blessed."
You will be blessed...
You will be blessed...
Rembulan di langit semakin membesar. Anak mata saya bersatu dengan cahaya rembulan dan dingin pagi. Sungai Perak mengalir lesu...meninggalkan bunyi air yang pelik. Tiba-tiba saya seolah-olah melihat rembulan jatuh perlahan-lahan ke dalam Sungai Perak. Cahayanya seakan-akan menerangi dasar sungai. Alam menjadi terang benderang.
bersambung...
~Srikandi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sungguh indah sajaknya....
ReplyDeleteas salam srikandi.. the name cik mawar amarawangsa, pedagang kain di Reman dan Hulu Perak really push me deep onto my office chair... Perkataan dari Reman merupakan kata kunci yang menarik minat saya.. kerajaan yang telah hilang!!
ReplyDeleteAnak Raja Reman.
salam,ya..kerajaan yang hilang.asalnya salah satu wilayah dalam Patani Besar.Ada raja sendiri.Lepas Patani jatuh1780-an,Reman ni dah jadi wilayah asing dan ada gabenor sendiri.yg terakhir Tuan Jagong taksilap saya
Delete~Srikandi
as salam srikandi.. thanks for replying, yes you are absolutely right, the last king of Reman was Tuan Jagung also known as DYMM Tengku Abdul Qadis. Anaknda tuanku merupakan Raja Muda Reman pada masa itu, iaitu Tuan Lebeh ataupun YTM Luang Rhaya Prakdi dikatakan ghaib setelah dibawa oleh kerajaan Siam ke Bangkok dengan menaiki kapal bernama Chamroen. I strongly belief that a thorough research should be carried out regarding Kerajaan Reman, bagi mengelakkan ianya hilang dalam lipatan sejarah.. Saya percaya, Srikandi mampu untuk melaksanakan kajian tersebut dengan baik. As for me, the seventh generation of the the ruler of Reman, I'm honour to give you all information needed. Wallahu a'lam...
DeleteAs salam srikandi.. thank you for your reply, you are right, raja bagi Kerajaan Reman yang terkahir adalah Tuan Jagung ataupun dikenali dengan nama DYMM Tengku Abdul Qandis. Anaknda kepada Tuanku adalah Raja Muda Reman iaitu Tuan Lebeh dengan gelaran YTM Luang Rhaya Prakdi dikatakan ghaib setelah pihak Siam membawa baginda ke Bangkok menaiki kapal yang dinamakan Chamroen. Sehingga sekarang waris keturunan Raja Reman masih ada di Hulu Perak yang mana terdapat tinggalan istana serta Makan Raja Perempuan. I belief, thorough research should be carried out regarding Kerajaan Reman sebelum ianya hilang dalam lipatan sejarah. As for me, the seventh generation of the ruler of Reman will be very happy to provide you with all the information needed. saya yakin Srikandi mampu untuk menjalankan kajian lebih terperinci berkenaan Kerajaan Reman. Wallahu a'lam...
Deleteas salam srikandi.. terima kasih atas balasan yg diterima.. sebanarnya saya telah lama ingin menghubungi srikandi. Benar seperti kata Srikandi, Tuan Jagung atau DYMM Tengku Abdul Qandis merupakan raja pemerintah Kerajaan Reman yg terakhir, Anaknda baginda iaitu Tuan Lebeh ataupun YTM Luang Rhaya Prakdi merupakan Raja Muda dan baginda dikatakan telah ghaib sewaktu dijemput oleh Kerajaan Siam ke Bangkok dengan menaiki kapal yang bernama 'Chamreon.. terdapat cerita yang mengatakan baginda telah dibunuh oleh Kerajaan Siam kerana didakwa cuba untuk memberontak bagi memerdekaan kerajaan Patani dan juga Reman. Saya percaya masih terlalu banyak sejarah berkenaan dengan kerajaan Reman yang masih menjadi misteri. Sekira Srikandi berkelapangan bagi menjalankan kajian, saya amat berbesar hati begi membantu apa yang boleh agar sejarah Kerajaan Reman tidak terkubur dalam lipatan sejarah..
Delete... as for me, the seventh generation of the ruler of Reman, I'll be honoured to assist in any ways..
terima kasih.
~Anak Raja Reman
okay...kalau macam tu emelkan saja ke srikandisejarah@gmail.com
Deletesaya akan susun dan publish di website historiansecret supaya sejarah reman akan kekal ditatapi anak cucu
~Srikandi
Apeni? Banyaknye background..tak rock langsung.. ��
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletePuteri...harap dapat cover juga kwsn hala-bala di sempadan. Mungkin ada bersangkutan dgn tugas puteri di sana
,no1
wa'salam..okay :)
Delete~Srikandi
Sambung lg..
ReplyDeleteCik srikandi saya mencari juga salasilah keturunan saya mcmn boleh cik tolong.
ReplyDelete