Monday, May 11, 2015

Rahsia Tok Temong







Sejarah Tok Temong mesti difahami dengan mengetahui kedudukan negeri Perak sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Syah I yang mengasaskan Kesultanan Perak kini.

Pada asasnya,geografi dan identiti negeri Perak ditentukan oleh suku-suku Melayu Proto yang mendiami di sana,terutama di bahagian tengah,sepanjang sungai Perak.Geografi negeri Perak dibentuk oleh 3 kerajaan yang diketahui sejarah moden setakat ini iaitu:

1) Gangga Negara
2) Beruas
3) Manjung

Kerajaan-kerajaan ini lebih bersifat city-states (negarakota) dan dipercayai kerajaan Manjung pernah berdiri seiring dengan kerajaan Beruas.

Selepas tamat era 'Three Kingdoms' ini,politik negeri Perak dikuasai oleh para pembesar,penghulu dan para panglima.Asasnya terdapat 3 wilayah dalam negeri Perak selepas era 'Three Kingdoms':

1) Hulu Perak
2) Perak Tengah
3) Hilir Perak

Setiap wilayah terdapat seorang yang amat berpengaruh dari semua penghulu dan mengkong.Perak Tengah misalnya diperintah oleh seorang bergelar Maharaja Lambor.Hilir Perak pula diperintah oleh Panglima Sakai dan kemudian bergelar Raja Di-Hilir dan ini diiktiraf dalam sistem penggiliran.

Bagaimana dengan Hulu Perak?

Hulu Perak inilah yang dikuasai oleh Tok Temong,yang memiliki hubungan dengan Tun Saban yang juga menguasai wilayah Hulu Perak.

Mengikut kajian saya,Tok Temong bukan dari Aceh mahupun Bugis atau mana-mana tempat.Tok Temong adalah anak jati negeri Perak dan ia keturunan suku asli Melayu Perak.

Apabila membaca salah satu sumber popular tentang Tok Temong di internet,saya mengesan kecelaruan dan kekeliruan penulisnya.Sekejap dikatakan Tok Temong adalah adik perempuan Tun Saban.Kemudian muncul pula Tun Perabu kononnya nama asal Tok Temong.Kemudian muncul watak Tok Masuka.

Ini menunjukkan si penulis juga tidak faham dan celaru dengan pelbagai sumber yang diterima sehingga memasukkan semua sekali dalam teksnya.

Belum lagi tiba-tiba dikatakan Tok Temong adalah puteri dari Aceh atau datang bersama Daeng Sedili.

Sultan Nazrin Syah di makam Tok Temong yang baru direnovasi






Sumber tempatan (lisan penduduk kampung) juga bercelaru.Terdapat dua sumber lisan yang mengatakan:

1) Bayi yang dijumpai Sultan Muzaffar Syah I di dalam hutan dan dipelihara sebagai anak baginda.
2) Perempuan tempatan yang diperisterika baginda.

Jadi yang mana satu?Saya mengesyaki no.2 ada kaitan dengan Tun Merah,iaitu kononnya anak Tun Saban yang cuba dijadikan gundik Sultan dan menjadi sebab peperangan antara Sultan dan Tun Saban.

Selepas terbunuhnya Tun Saban ditangan Megat Terawis,kemungkinan Tun Merah dijadikan isteri sultan dan diberikan wilayah Hulu Perak sebagai mewarisi kawasan ayahnya dahulu.

Jadi,di sini terdapat beberapa 'puzzle' atau petunjuk:

1) Hulu Perak,Temong
2) Tun Saban
3) Isteri Sultan,Tun Merah,dijadikan gundik/isteri
4) Pay homage kepada makam



Almarhum Sultan Idris Shah II, Raja Perempuan Muzwin dan kerabat diraja yang lain ketika 'pay homage' ke makam Tok Temong di Kati.Ihsan sembangkuala.


Okay,saya syak ada 'something' tentang protokol 'pay homage' itu,sebab semasa sultan memerintah ada pemerintah tempatan macam Maharaja Lambor yang tidak diusik baginda dan raja di kawasan Hilir Perak.

Ada pendapat kononnya terdapat perjanjian penyerahan kuasa Hulu Perak kepada sultan jadi Tok Temong ini dihormati sebagai pemilik asal Hulu Perak.Saya rasa sebab ini tidak kuat.

Kenapa tidak 'pay homage' makam Tun Saban padahal beliau inilah yang membawa sultan dari Kampar untuk dirajakan di Perak dan Tun Saban memang diiktiraf sebagai pembesar di Hulu Perak sebelum Kesultanan Perak tertegak.

Kenapa tidak 'pay homage' ke makam Maharaja Lambor atau raja-raja Beruas yang batu nisan mereka begitu megah dengan berukiran Aceh menunjukkan mereka berasal dari kerajaan Kedah Tua-Langkasuka yang penuh legenda?

Atau pemerintah di Hilir Perak di mana jawatan Raja Di-Hilir amat penting sehingga dijadikan gelaran khas dalam sistem penggiliran?Adakah di sana gelaran Raja Di-Hulu?Memang tiada.

Ada sebab lain yang membuatkan sultan merasa amat bersalah dan sedih sepanjang hayatnya dan 'pay homage' ke makam Tok Temong selepas kematian pemilik Hulu Perak itu.Amalan ini diteruskan oleh generasi pemerintah sultan Perak selepas itu.

Kisah yang persis Taj Mahal dan Coral Castle.

Rahsia mengapa setiap sultan kena 'pay homage' ke makam Tok Temong akan saya ceritakan dalam siri 'The Possessor of Black Mengkong' di MistisFiles sebagai artikel pembukaan siri kelima Alter Terahsia Bangsa Melayu "The Secret Key to Mount Ophir" yang akan terbit tahun ini.

~Srikandi

"The Possessor of Black Mengkong"


================
Mohon ke MistisFiles

KLIK>> Application





================





Mengkong

Sultan Abdullah bersama para pengikut Mengkong beliau.Sultan Abdullah dikatakan bukan keturunan raja tetapi mengahwini puteri raja Perak.Baginda naik kerana memiliki pengaruh di kalangan mengkong baginda.





Di kalangan Orang Asli,terdapat pangkat-pangkat tertentu yang diketahui umum dalam masyarakat Melayu dan Orang Asli.

Di antaranya Raja Sakai,Panglima Sakai,Pangku dan Mengkong.
Saya rasa saya pernah mendengar tentang 'Mengkong'.

Saya meneliti kajian dari Annandale,Robinson,Waterstradt dan lain-lain tentang kewujudan 'Mengkong' ini.

Juga kajian Miklucho-Maclay pada tahun 1875 tentang satu jawatan istimewa yang dipegang oleh seorang dari kalangan Orang Asli sebagai perantara dengan dunia luar atau sebagai penghubung antara raja-raja Melayu dan pengikutnya dengan masyarakat Orang Asli.

Noone,seorang pengkaji melaporkan pada tahun 1936,masih ada dua orang Mengkong di Kampung Temenggor di Perak dan Kuala Betis di Kelantan.

Mengkong adalah jawatan istimewa,dan gelaran ini diketahui datang dari negeri-negeri sebelah utara.Dipercayai berasal dari 'cognate' bahasa Siam kepada perkataan Melayu 'Mangku' (pangku,memangku) atau 'Mengku' yang bermaksud sebagai 'pelindung' (protector) atau 'pemilik' (possessor).

Namun di negeri Reman,Mengkong ini juga digelar sebagai 'Panglima'.
Legenda mengatakan bahawa Mengkong sebenarnya adalah dari kalangan orang Melayu yang mengahwini perempuan Orang Asli dan mempelajari segala ilmu kebatinan Orang Asli dan diangkat menjadi raja.


Mengkong Kings and Emperors


Hulubalang Melayu era Jayavarman II dengan identiti senjata keris mereka.Keturunan hulubalang ini mewujudkan jawatan 'bodyguard' kepada Empayar Angkor sehingga ke jawatan Obraja (jeneral tentera).



Dalam sejarah,sememangnya banyak raja-raja Melayu yang pada masa yang sama adalah bergelar 'Mengkong'.

Contohnya,Raja Sujita dari Ligor adalah Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku bukit Nyah Kur dan Kensiu dan baginda diangkat sebagai raja mereka.

Anaknya,Suryavarman I yang menjadi emperor Angkor juga Mengkong kerana mengahwini gadis dari suku Chenla Darat.

Raja Reman yang mengahwini suku Semang dan menjadi Mengkong atau 'Panglima' dan menjadi raja kepada 'tribe hills' di Segenting Kra.

Raja-raja Melayu di Perak dan Pahang juga ada mengambil anak dara suku-suku Jakun dan Temiar sebagai gundik dan mereka juga menjadi Mengkong sebagai tanda persahabatan antara Tok Batin dan raja tersebut.

Raja-raja Kedah yang mengahwini gadis-gadis Urak Lawoi (Orang Laut) juga adalah Mengkong dan begitu juga dengan emperor-emperor Srivijaya dan ini menjadikan The Orang Lauts sebagai 'Varangian Guard' bagi Kedatuan Srivijaya.

Namun bukan semua mereka yang mengambil gadis-gadis Orang Asli sebagai Mengkong.Ada ciri-cirinya dan ritualnya.

Biarlah rahsia itu saya simpan sebagai perjanjian.Cukup setakat ini saya beritahu sejarah Mengkong.



~Srikandi

The Caretaker of Mengkong Chronicles
The Possessor of Black Mengkong

p/s: kepada yang belum mendaftar ke The Historian Secret Society,boleh daftar di sebelah atas kanan laman blog ini.Terima Kasih.

Sunday, May 10, 2015

Bagaimana Pedang Cura Si Manjakini Jatuh ke Tangan Raja-raja Melayu?



Saya ingin bawa para pembaca bagaimana nak analisis satu benda sejarah dari segi akademik.Kita boleh kaji secara linguistik dan geografi.

Sejarah ada beberapa disiplin teknikal dia macam rujuk-silang (cross-reference),deduksi dari manuskrip sastera atau READ BETWEEN THE LINES dan analisis konsep.

Sekarang saya bawakan satu kes; kes Pedang Cura Si Manjakini iaitu salah satu alatan kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan.Pedang ini ada disebut dalam Sulalatus Salatin adalah warisan Kesultanan Melaka kepada Kesultanan Perak dan berasal dari Kerajaan Temasek yang diwariskan pula dari dinasti terakhir Srivijaya,Dinasti Mauli.

Pedang Cura Si Manjakini ni ada teori klasik pasal nama dia berasal dari frasa Sanskrit 'churiga si mandakini' yang kononnya bermaksud 'pedang/pisau dari Mandakini'.

Saya trace sword/blade dalam Sanskrit.Saya pilih perkataan yang boleh dirujuk kepada 'Cura' tu.

blade: kshurapatram
sword: churikaabandha

Perkataan 'Si' itu takde maksud dalam Sanskrit.Perkataan 'dari' atau 'from' yg kononnya membentuk 'dari Mandakini' itu jika dalam Sanskrit,bukan 'Si'.Ia jadi suffix dalam grammar Sanskrit macam 'dari Amerika'=Amerikadezat atau 'dari India'=Bharatadezat (Bharata adalah istilah dari Purana).
Jadi 'Si' adalah asli perkataan Melayu.

Jadi,ia akan jadi maksud macam ni=Pedang Si Mandakini.

Macam nak bagitau contohnya pedang dari negeri Kelantan maka "Pedang Si Kelantan" sebagai contoh.

Peta Uttarakhand


Okay,jadi kalau begitu katakan istilah penuh dia ialah 'Kshurapatram Si Mandakini'.Pedang ada banyak jenis jadi pedang India tu diberitahu sebagai 'Kshurapatram'.Macam biasa,perkataan kompleks selalu dipendekkan macam perkataan 'podcast' (dari 'ipod broadcast') atau blog (dari 'Web Log')

Jadi Kshurapatram berubah menjadi kepada 'Shura' atau 'Cura'.

Ok,Mandakini itu apa pula?

Mandakini tu adalah sungai yang hulunya di Uttarakhand,sebuah negeri di India berdekatan Uttar Pradesh dan hilirnya bergabung dengan Sungai Bhagirathi yang akhirnya masuk ke Sungai Ganges.
Ok,sekarang kita tahu lokasi pedang tu berasal.Tapi macam mana pedang ni jatuh ke tangan raja-raja Melayu?

 
Sungai Mandakini



Ada 3 faktor kemungkinan:

1) Peperangan: pedang jadi rampasan perang.

2) Hadiah diplomatik: Persembahan dari raja kepada raja sebagai pertalian hubungan diplomatik atau
saudagar pedagang kepada raja Melayu untuk mengambil hati.

3) Perkahwinan: Hadiah hantaran atau bila raja luarnegara kahwin dengan puteri tempatan,maka si raja akan bawa semua gajet-gajet dia dan diwariskan kepada keturunannya.

Faktor pertama,agak mustahil,sebab pedang ini deal dengan kawasan Uttarakhand jadi kat sana adalah kerajaan-kerajaan klasik India yang berdiri sezaman dengan wilayah-wilayah straps Alexander The Great dan kerajaan-kerajaan macam Maurya dan Gupta.




Adalah membuang masa dan tenaga jika raja-raja Pra-Srivijaya atau Srivijaya sendiri nak berperang kat utara India atau kerajaan Maurya atau Kushan contohnya hantar tentera ke Asia Tenggara berperang dan kalah pastu pedang ni dirampas.Ini tak pernah dengar atau dicatatkan.

Faktor kedua mungkin,sebab perdagangan dengan Kerajaan Gupta dan Pala itu memang ada malah hubungan dengan Nalanda (yang dinaungi seawal kerajaan Gupta) juga tercatat dalam Prasasti Nalanda.Jadi katakan pedang ini adalah hadiah diplomasi dari pemerintah kerajaan dari timur laut India kepada raja-raja Melayu atau hadiah/barang dagangan yang dipersembahkan atau didapati oleh raja-raja Melayu dari para pedagang.

Prasasti Nalanda



Kita tahu Emperor Srivijaya seperti Balaputradewa mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pala dengan geran tembaga dipahat oleh kerajaan Pala bagi pihak Srivijaya.Semasa hubungan baik ini berlangsung,hadiah-hadiah pertukaran sebagai tanda hubungan diplomatik adalah logik.

Faktor ketiga juga kemungkinan,sebab raja-raja zaman dahulu dan sekarang memang mengamalkan kahwin campur untuk menghasilkan baka yang baik-baik dan unik.Macam permaisuri Perak yang baru tu bapa beliau adalah 'mat saleh' bernama William Stanley Walker Davidson.Jadi segala barang pusaka mereka tentunya diwariskan turun-temurun.


 




Katakan raja Srivijaya mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang putera raja/kerabat bangsawan dari kerajaan Pala.Ini tidak mustahil.Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dah terang-terang bagitau salasilah raja-raja Melayu yang berkahwin campur.Tengok dengan siapa Wan Empuk dan Wan Malini berkahwin sehingga menurunkan salasilah emperor-emperor Srivijaya.

Jadi,apa yang saya ingin nyatakan bahawa analisis ini lebih logik dan berpelajaran dari sebab satu pedang yang maka tetibe asal-usul satu bangsa adalah dari bangsa lain.Ini tidak akademik atau kurang berpelajaran.

I rest my case.

~Srikandi

P/S: Sila daftar anda untuk kemasukan baru ke The Historian Secret Society dengan memasukkan nama dan emel ke kotak daftar atas sebelah kanan laman ini.Terima kasih.

Wednesday, May 6, 2015

Pertabalan Sultan Perak XXXV




Saya masih berada di Kuala Kangsar untuk menyaksikan pertabalan Sultan Perak XXXV,Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah,Bukit Chandan.

Mungkin ini sekali seumur hidup saya menyaksikan sendiri majlis pertabalan ini.Semasa pertabalan yang lepas,saya masih di alam roh.

Jadi,di hadapan mata saya,saya menyaksikan bagaimana raja-raja Perak ditabalkan,umumnya adat dan protokol raja-raja Melayu ditabalkan.Meskipun zaman berganti zaman,namun institusi beraja Melayu masih bertahan,bukan sekadar simbol atau pelestarian budaya tetapi terpateri dalam perlembagaan dan undang-undang.

Dalam sejarah Asia Tenggara,institusi raja-raja Melayu adalah paling tertua,dengan diikuti institusi beraja Kemboja dan akhirnya Thailand.

Kesultanan Kedah misalnya memiliki riwayat bersambung-sambung sejak abad ke-12 sehingga ke hari ini dan antara kesultanan tertua di dunia.

Kesultanan Perak jika diperhalusi memiliki riwayat lebih lama,mewarisi institusi beraja dari Kesultanan Melaka yang juga mewarisi kuasa dan motivasi politik dari empayar Melayu Srivijaya sejak Sang Nila Utama,kerabat diraja Srivijaya dari dinasti Mauli menubuhkan kerajaan Temasek sehingga pewaris terakhirnya,Permaisura menubuhkan Kesultanan Melaka yang pengaruhnya menjangkau sebahagian Sumatera dan semenanjung Tanah Melayu.



Pewaris terakhir Kesultanan Melaka,Sultan Muzaffar Shah I pula mengasaskan Kesultanan Perak selepas dijemput oleh beberapa pembesar Perak yang juga mewarisi sistem beraja tersendiri sejak era 'Three Kingdoms' antara kerajaan Gangga Negara,Beruas dan Manjung berakhir pada abad ke-16.
Menurut sejarah,ketika Sultan Muzaffar Shah I menyelusuri Sungai Perak untuk mencari tapak yang sesuai bagi menubuhkan 'city-states' negeri Perak yang baru,alangkah terkejutnya beliau apabila di sana terdapat sistem pembesar dan bangsawan sudah sedia ada termasuk seorang yang digelar 'maharaja' iaitu Maharaja Lambor.

Walaupun di sana terdapat garis salasilah yang berbeza dan ada raja yang naik melalui persetujuan atau perjanjian tertentu,namun yang penting ialah institusi beraja Perak bersambung dari waris diraja dari satu generasi ke satu generasi.

Setiap negeri ada keunikan adatnya tersendiri,bagi saya,negeri Perak adalah negeri yang misteri dan penuh sensasi.Anda boleh menyelami sejarah dan kehidupan orang-orang di negeri Perak khasnya ketika tahun-tahun 60-an ke 80-an apabila membaca novel-novel thriller SBDJ karangan Tamar Jalis.

~Srikandi
'untuk kome-kome jee'

Sunday, October 12, 2014

Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara





di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan






ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan


biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan





Jika budayaku mati,bahasaku mati sekalipun,sejarahku tidak kan mati.Biar mati anak dan adat sekalipun,sejarahku tetap abadi.

Kepada para peminat sejarah Melayu,kepada anak-anak bangsa,anak watan marhaen yang hatinya putih suci yang hidupnya kais pagi makan pagi,kais petang malam bersyukur kepada Tuhan.

Kepada pewaris Bani Jawi dan nusantara ini,kepada pejuang-pejuang agama dan bangsa yang kuhormati,

Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja menceritakan asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita bercakap mengenai identiti,ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya.Selama mana sesuatu bangsa itu berpegang pada identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.

Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Merina.Mereka adalah bangsa yang berasal dari bangsa-bangsa pelaut dan kepulauan,yang membentuk kelompok bangsa dan bahasa yang dikenal sebagai Austronesia.

Orang Melayu dan raja-raja mereka adalah penguasa Selat Melaka sejak dari dahulu dan ini diakui oleh catatan-catatan Arab,Parsi,Imperial China dan conquistador-conquistador Eropah.

Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritim orang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.Saya bercakap tentang survival dan dayatahan untuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya tanahair dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara mengatasi Thailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!

Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisi kepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masih mengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga kekal,sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan China malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial China merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah 'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.

Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.

Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kita tahu,Singapura hari ini adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.Jika Segenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.



Daku Katakan Kepada Mereka


Sebab itu apabila orang bertanya dari mana asal-usul orang Melayu?Daku katakan kepada mereka,

"Kami orang Melayu berasal dari bangsa besar Nusantara,para pelaut dan pelayar yang gagah.Bangsa besar Austronesia yang menjangkau dari Pasifik hingga ke Madagaskar,dari Sulawesi hingga ke Taiwan"

Jika orang Melayu tidak wujud,maka bahasanya juga tidak wujud.Mana mungkin bahasanya wujud tetapi pemilik bahasanya tidak wujud?Malah bahasa Melayu itu adalah lingua franca pada masa silam dan bahasa pemersatu pada masakini!

Bukan calang-calang,wahai tuan-tuan dan puan-puan.

Jika Melayu itu khayalan,maka saudara-saudaranya dari
Jawa,Sunda,Tonga,Hawaii,Banjar,Dayak,Maori dan selainnya itu juga tidak wujud!

Ingat kawan,Austronesia itu adalah antara kelompok bahasa utama dunia.

Maka inilah jawapan kepada pacal yang hina lagi yang mendengki tidak habis-habis itu.

Tidaklah patut kita menjadi bodoh dan sanggup dihina kerana kebodohan kita tidak mahu belajar asal-usul kita.Orang yang tidak mahu merasa penatnya belajar maka kelak akan merasa perihnya kebodohan.

Maka dengan ini,daku hadiahkan kepada kamu semua,anak-anak Malayu,pewaris Bani Jawi yang kuharap nanti sempat berjuang bersama Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s di akhir zaman.

"Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara"

Biar daku kukuhkan asal-usulmu,biar kamu dan kamu merasa megah dan bersemangat.Biar kamu menongkah arus dunia dengan kuat dan yakin  diri.

Daku membantumu disebabkan kamu dan kamu lembut dan lunak kepada agama Allah.Kamu dan kamu mencintai Islam dan ajaran Muhammad s.a.w.

Siapa daku?Bukankah daku pernah memberitahumu berkali-kali?Ingat,

Namaku Srikandi.Bangsaku ialah Melayu.Asal bangsaku ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agamaku ialah Islam.Rumah kaum kerabatku ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Daku pribumi Asia Tenggara.Daku bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.

Asal-usul daku di sini,Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.


 ==============================================
 Kulit buku di atas adalah koloborasi saya dengan dua nama besar dalam penulisan blog sejarah Melayu,Al-Semantani dan Ibnu Rusydi.

Saya menulis 6 artikel yang meliputi:

-Sejarah Sri Dharmaraja dan Chandrabanu Dharmasokaraja
-Sejarah Malay city-states 
-Prasasti-prasasti Melayu
-"Viking of Orient"
-Aborigine Malay
- Gelaran 'perhangan' kepada Li Po.

Jika tiada halangan, Insya Allah buku ini akan berada di pasaran pada tahun ini. Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran atau terus memesan dengan penerbit di http://www.hijjaz.my/store/

Buku ini padat dengan hujah-hujah dan fakta berkaitan dengan sejarah Melayu dan orang Melayu yang seringkali disalahtafsir oleh mereka yang kurang pendidikan atau mempunyai niat jahat untuk memprovokasi.Jadi ini adalah sebahagian jawapannya untuk membantu mereka sembuh dari penyakit ketidakfahaman mereka dengan orang Melayu dan sejarahnya.

:)

 Nantikan di pasaran!
 

Wednesday, October 9, 2013

Siri Jalan-jalan Sejarah Bersama Srikandi



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat sejarah dan pembaca.Saya Srikandi,rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi akan memperkenalkan anda semua kepada siri baru di MistisFiles sementara menanti siri-siri artikel dari para penyumbang di MistisFiles.

Sementara ini MistisFiles masih dalam musim siri The Matrix namun kelewatan penulisnya (M.O) untuk menghubungi saya membuatkan saya sebagai moderator MF bercadang untuk memulakan program kelolaan saya sendiri memandangkan siri 'killer' saya iaitu Alter Terahsia Bangsa Melayu telah pun menamatkan musimnya yang lalu.

Tidak lupa juga ucapan pembukaan ini saya tujukan kepada pembaca istimewa,iaitu para InnerCircle yang mendapat tempat istimewa dalam MistisFiles.

Jadi,sementara kita menunggu artikel Matrix,anda bolehlah 'mengikut' saya pusing satu dunia jalan-jalan ke tempat-tempat bersejarah sambil mendengar celoteh saya mengenai sejarah tempat tersebut dan kepentingan mempelajari sejarah.

Selanjutnya di Mistisfiles....