Monday, May 11, 2015

Rahsia Tok Temong







Sejarah Tok Temong mesti difahami dengan mengetahui kedudukan negeri Perak sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Syah I yang mengasaskan Kesultanan Perak kini.

Pada asasnya,geografi dan identiti negeri Perak ditentukan oleh suku-suku Melayu Proto yang mendiami di sana,terutama di bahagian tengah,sepanjang sungai Perak.Geografi negeri Perak dibentuk oleh 3 kerajaan yang diketahui sejarah moden setakat ini iaitu:

1) Gangga Negara
2) Beruas
3) Manjung

Kerajaan-kerajaan ini lebih bersifat city-states (negarakota) dan dipercayai kerajaan Manjung pernah berdiri seiring dengan kerajaan Beruas.

Selepas tamat era 'Three Kingdoms' ini,politik negeri Perak dikuasai oleh para pembesar,penghulu dan para panglima.Asasnya terdapat 3 wilayah dalam negeri Perak selepas era 'Three Kingdoms':

1) Hulu Perak
2) Perak Tengah
3) Hilir Perak

Setiap wilayah terdapat seorang yang amat berpengaruh dari semua penghulu dan mengkong.Perak Tengah misalnya diperintah oleh seorang bergelar Maharaja Lambor.Hilir Perak pula diperintah oleh Panglima Sakai dan kemudian bergelar Raja Di-Hilir dan ini diiktiraf dalam sistem penggiliran.

Bagaimana dengan Hulu Perak?

Hulu Perak inilah yang dikuasai oleh Tok Temong,yang memiliki hubungan dengan Tun Saban yang juga menguasai wilayah Hulu Perak.

Mengikut kajian saya,Tok Temong bukan dari Aceh mahupun Bugis atau mana-mana tempat.Tok Temong adalah anak jati negeri Perak dan ia keturunan suku asli Melayu Perak.

Apabila membaca salah satu sumber popular tentang Tok Temong di internet,saya mengesan kecelaruan dan kekeliruan penulisnya.Sekejap dikatakan Tok Temong adalah adik perempuan Tun Saban.Kemudian muncul pula Tun Perabu kononnya nama asal Tok Temong.Kemudian muncul watak Tok Masuka.

Ini menunjukkan si penulis juga tidak faham dan celaru dengan pelbagai sumber yang diterima sehingga memasukkan semua sekali dalam teksnya.

Belum lagi tiba-tiba dikatakan Tok Temong adalah puteri dari Aceh atau datang bersama Daeng Sedili.

Sultan Nazrin Syah di makam Tok Temong yang baru direnovasi






Sumber tempatan (lisan penduduk kampung) juga bercelaru.Terdapat dua sumber lisan yang mengatakan:

1) Bayi yang dijumpai Sultan Muzaffar Syah I di dalam hutan dan dipelihara sebagai anak baginda.
2) Perempuan tempatan yang diperisterika baginda.

Jadi yang mana satu?Saya mengesyaki no.2 ada kaitan dengan Tun Merah,iaitu kononnya anak Tun Saban yang cuba dijadikan gundik Sultan dan menjadi sebab peperangan antara Sultan dan Tun Saban.

Selepas terbunuhnya Tun Saban ditangan Megat Terawis,kemungkinan Tun Merah dijadikan isteri sultan dan diberikan wilayah Hulu Perak sebagai mewarisi kawasan ayahnya dahulu.

Jadi,di sini terdapat beberapa 'puzzle' atau petunjuk:

1) Hulu Perak,Temong
2) Tun Saban
3) Isteri Sultan,Tun Merah,dijadikan gundik/isteri
4) Pay homage kepada makam



Almarhum Sultan Idris Shah II, Raja Perempuan Muzwin dan kerabat diraja yang lain ketika 'pay homage' ke makam Tok Temong di Kati.Ihsan sembangkuala.


Okay,saya syak ada 'something' tentang protokol 'pay homage' itu,sebab semasa sultan memerintah ada pemerintah tempatan macam Maharaja Lambor yang tidak diusik baginda dan raja di kawasan Hilir Perak.

Ada pendapat kononnya terdapat perjanjian penyerahan kuasa Hulu Perak kepada sultan jadi Tok Temong ini dihormati sebagai pemilik asal Hulu Perak.Saya rasa sebab ini tidak kuat.

Kenapa tidak 'pay homage' makam Tun Saban padahal beliau inilah yang membawa sultan dari Kampar untuk dirajakan di Perak dan Tun Saban memang diiktiraf sebagai pembesar di Hulu Perak sebelum Kesultanan Perak tertegak.

Kenapa tidak 'pay homage' ke makam Maharaja Lambor atau raja-raja Beruas yang batu nisan mereka begitu megah dengan berukiran Aceh menunjukkan mereka berasal dari kerajaan Kedah Tua-Langkasuka yang penuh legenda?

Atau pemerintah di Hilir Perak di mana jawatan Raja Di-Hilir amat penting sehingga dijadikan gelaran khas dalam sistem penggiliran?Adakah di sana gelaran Raja Di-Hulu?Memang tiada.

Ada sebab lain yang membuatkan sultan merasa amat bersalah dan sedih sepanjang hayatnya dan 'pay homage' ke makam Tok Temong selepas kematian pemilik Hulu Perak itu.Amalan ini diteruskan oleh generasi pemerintah sultan Perak selepas itu.

Kisah yang persis Taj Mahal dan Coral Castle.

Rahsia mengapa setiap sultan kena 'pay homage' ke makam Tok Temong akan saya ceritakan dalam siri 'The Possessor of Black Mengkong' di MistisFiles sebagai artikel pembukaan siri kelima Alter Terahsia Bangsa Melayu "The Secret Key to Mount Ophir" yang akan terbit tahun ini.

~Srikandi

"The Possessor of Black Mengkong"


================
Mohon ke MistisFiles

KLIK>> Application





================





19 comments:

  1. Adakah Tok Temong ni bersusur-galur dengan Raja Reman/Kelantan/Patani? Kaitan dengan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Perak pertama pula adalah melalui bondanya Onang Kening?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onang kiu
      Saya pun mencari susur galur tok temong. Adakah dr kerajaan champa

      Delete
  2. Penulis sendiri celaru mana hulu perak zaman purbakala

    ReplyDelete
  3. apa yg celarunya?

    ReplyDelete
  4. Jalan ceritanya mudah je
    Siapa Tok mahsuka
    Siapa Tok temong
    Siapa nakhoda kassim
    Siapa tun saban

    Baru blh tahu sejarah tersembunyi kesultanan perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...saudara yusoff nor apa yg saudara katakan itu adalah benar dan berfakta...itulah kunci rahsia siapa "tok temong" itu...oklah disebabkan saudara ini faham tentang fakta cerita ini...saya dedahkan sedikit siapa "Tok Mahsuka" itu nama nya adalah Sultan Mahmud Syah Akhirul Zaman@ Melaka & Kota Lukut & Selangor,makamnya berada di Makam DiRaja Beruas@Gangga Negara Perak...manakala "Tok Temong" ini pula adalah Permaisuri@Isteri Sultan Mahmud Syah ini bernama Puteri Saadong@ Nang Kemuning@ Tengku Siti Nur Aisyah@ Ratu Kuning...menjadi Raja@Ratu Pattani selepas kemangkatan baginda suaminya itu...manakala "Tun Saban@Saaban" itu pula merupakan adinda kepada Sultan Mahmud Syah adinda ipar kepada Tok Temong berjawatan Raja Bendahara ketika itu...Ayahnda Sultan Mahmud Syah dan Tun Saban@Saaban ini adalah Raja Kota Beruas@Gangga Negara Perak@Syed Hisbullah Muadzam Syah@Tun Perak di Melaka...manakala Tok Temong ini pula anaknda kepada Raja Pattani dan Ratu Pattani Permaisuri Nang Che Yam Ibni Sultan Jalil Yaacob Syah@Khun Wara Wangsa@Raja Langkasuka Ibni Sultan Rijaluddin@Raja Parameswara Melaka...ok setakat ini fakta yg saya berikan supaya ramai yg tidak celaru fakta yg sebenar sejarah nya yg telah digelapkan oleh penjajah dan talibarutnya.

      Delete
    2. Meaning Tok Temong cucu Raja Parameswara

      Saya nak cari kaitan antara Tok Temong dgn kerajaan Champa...ada info ke

      Delete
    3. Siapa pula Maharaja Lambor? Terlalu sedikit dan terhad maklumat berkenaan pemerintah asal daerah Perak Tengah ini. Sedangkan jika diteliti, kawasan pemerintahan Maharaja Lambor inilah yg telah diambil alih atau dgn kata yg lebih tepat telah dirampas oleh Sultan yg mendatang itu..yg telah kehilangan kerajaan dek serangan penjajah Eropah demi memenuhi matlamat 3G mereka. Hrp cikpuan blogger dapat merungkai misteri Maharaja Lambor yg telah dilenyapkn oleh sejarah moden.

      Delete
  5. Hulu Perak zaman dulu x sama dgn hulu Perak zaman skrg..

    ReplyDelete
  6. Al fatihah untuk diri sendiri dan seluruh pelusuk keturunan di nusantara ini

    ReplyDelete
  7. Bagaimana dan sejak bila jawatan Raja Di-Hilir diujudkan? Apakah rahsia yg tersirat disebalik keujudannya? Itu antara kunci terahsia yg yg dapat merungkai pelbagai persoalan..silakan

    ReplyDelete
  8. Mengapa tiada terdapat cerita mengenai Tun Merah (Puteri Nilam Utama Dihilir) dan Baginda Sultan Mudzaffar Shah 1 dan keturunannya. Banyak rahsia yg tersembunyi yg tidak pernah disingkap oleh sejarah. Mereka mempunyai 2 cahayamata Putera dan Puteri dan susurgalurnya hingga kehari ini.

    ReplyDelete
  9. Dimana sebenarnya makam Toh (bukan Tok) Temong?

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Semoga melayu tau sejarah bangsa.
    Keruntuhan empayar melaka jadikan pengajaran...bagi yg tau sedikit sejarah bangsa ..tlg berhati-hati bila menulisnya....kerana setiap penulisan akan dijawab diakhirat kelak...
    Semoga moyang2ku berada ditempat yang aman sentosa.
    Aamiin.




    ReplyDelete
  11. Tok Temong adik beradik Tok Saban juga punya talian terus ke Sriwijaya. Atas dasar itu Tok Temong (perempuan) menyuruh abangnya menjemput Muzaffar Shah 1 ke Perak, tetapi bersyarat.

    ReplyDelete
  12. Tok temong dan Bunda Rubiah adalah orang yang sama. Boleh dilihat pada cop mohor baginda

    ReplyDelete
  13. Mcm2 mitos cerita kisah tok temong ...ada yg over pandai menterjemahkan kisah tok temong ..Cuba Kita perhatikan kenapa keturunan susur jalur cucu cicit tok temong Tak bersuara tentang kisah tok temong ...kerana ianya biar la menjadi rahsia antara mereka, Dan ada keturunan nya yg Tak mengaku yg dia nya dari keturunan tok temong ...tkasih

    ReplyDelete