Thursday, May 21, 2015

Selat Kedah & The Seven Seas





"...kemudian kami meneruskan perjalanan kami dan belayar dari pulau ke pulau dan laut ke laut, sehingga kami tiba di Pulau Loceng, yang mengandungi bandar yang memerlukan dua hari perjalanan untuk menjelajah ke dalamnya, yang mana selepas enam hari dari situ kami mencapai Pulau Kalah,tempat ini ditadbir oleh raja yang kuat,dan ia mengeluarkan kapur barus yang sangat baik dan sejumlah besar dari rotan dan di sini juga terdapat lombong timah..."

(Pelayaran Ke-4 Sinbad)

Pulau Loceng (terjemahan dari Arab: Naqus) adalah nama sempena loceng atau gong yang seakan sama dipakai oleh masyarakat Kristian Nestorian.

Para pengkaji menafsirkan ia terletak di dalam Sumatera.Kemudian,selepas 6 hari,mereka mencapai Kalah.






Di dalam kitab tanpa diketahui pengarangnya bertajuk Akhbar Al-Sind Wal-Hind yang ditulis kira-kira pada 851 Masehi menunjukkan tempoh pelayaran dari India ke Kedah,dari Kedah ke Champa dan dari Champa ke China.

Masqat ke Kulam Mali : 1 bulan
Kulam ke Kalah : 1 bulan
Kalah ke Sanf Fulaw : 1 bulan
Sanf Fulaw ke Khanfu : 1 bulan

Dari kisah pelayaran Sinbad ini,pengkaji mendapati nama-nama tempat yang disinggahi Sinbad adalah berdasarkan fakta-fakta geografi,berdasarkan catatan-catatan para pelayar Arab dan Parsi.
Sinbad yang terkena berlayar di tujuh lautan (Voyage of Seven Seas) kemungkinan berdasarkan catatan seorang pelayar bernama Ya'kubi yang meninggal dunia pada tahun 897 Masehi:

 Siapa saja yang ingin pergi ke Cina harus melintasi tujuh lautan, masing-masing memiliki warna, angin, ikannya sendiri, tidak seperti sepenuhnya laut yang terletak di sebelahnya. Yang pertama dari mereka adalah Laut Fars, dimana pelaut keluar dari wilayah Siraf. Ia berakhir di Ra's al-Jumha; itu adalah selat di mana disana banyak terdapat mutiara. Laut kedua dimulai di laut Ra's al-Jumha dan disebut Larwi. Ini merupakan laut besar, dan di dalamnya adalah pulau Waqwaq dan lain-lain yang berada di posisi Zanj. Pulau-pulau ini memiliki raja-raja. Seseorang hanya mampu berlayar di laut ini dengan panduan bintang-bintang. Terdapat ikan besar disana dan di dalamnya terdapat banyak keajaiban dan hal-hal yang tidak bisa dijelaskan. Laut ketiga disebut Harkand dan itu terletak di pulau Sarandib, di sana terdapat batu yang berharga dan permata-permata. Ini adalah pulau dengan raja-raja, tetapi ada satu raja atas mereka. Di kepulauan yang berada di laut ini tumbuh buluh dan rotan. Laut keempat laut disebut Kalah-bar yang banyak sekali ular-ular laut yang besar. Kadang-kadang mereka muncul ke permukaan dan merempuh kapal. Berikut ini adalah pulau-pulau di mana tumbuh pohon kapur. Laut kelima disebut Salahit, sangat besar dan penuh dengan keajaiban. Laut keenam disebut Kardanj; hujan sering turun disini. Laut ketujuh disebut Laut Sanji atau dikenal sebagai Kanjli. Ini adalah laut China; yang didorong oleh angin selatan hingga mencapai sebuah teluk air tawar, di sepanjangnya terdapat tempat yang dibentengi dan kota-kota, hingga mencapai Khanfu (Canton).




'Laut Kalah-Bar' dikesan sebagai Selat Melaka pada hari ini.Kalah.merujuk kepada Kedah,dan masa itu (sekitar abad ke-9) pelabuhan Kedah memang terkenal dan ia adalah salah satu pelabuhan Srivijaya yang kaya.Kerajaan Kedah Tua pula adalah kerajaan legenda dalam riwayat Melayu,Khmer dan para pengembara China.

~Srikandi

Monday, May 18, 2015

Petunjuk Dalam Prasasti Sambor & Kedukan Bukit




Ensiklopedia Britannica mengatakan, "kesusasteraan Hindu memberikan bukti bahwa angka kosong mungkin telah dikenal sebelum kelahiran Jesus,tetapi tiada prasasti telah ditemui dengan simbol seperti itu sebelum abad ke-9."


 Benarkah demikian??

Saya meneliti laporan dari Hagben tahun 1949,Majumdar tahun 1953 dan Zakov tahun 1974 mengatakan simbol kosong yang berperanan dalam perpuluhan nombor yang sempat direkodkan tertua bukan dari India tetapi dari Asia Tenggara.

Di Malaysia,perkara ini mungkin pertama kali ditimbulkan oleh pensyarah-penyarah di ASASI UKM,namun bila saya baca laporan mereka,seolah-olah khabar-khabar angin sahaja,tiada bukti konkrit.

Jika ada,mana laporan sebenar dari sarjana luarnegara itu,pergilah minta salinannya,fotonya atau tesis mereka.

Simbol '0' memang ada yang lebih tua direkodkan seperti Tamadun Mesir Purba,Maya atau Sumeria namun semuanya tidak mewakili sistem perpuluhan dan digunakan sebagai fungsi lain malah ada yang hanya digunakan sebagai tanda baca sahaja.Sebahagiannya diwakili grafik seperti kulit siput dan banyak contoh hanya meletakkan titik dan ini kadangkala mengelirukan kerana titik yang sama juga digunakan sebagai tanda baca (punctuation).

Saya benci gayakerja orang separuh jalan.Mengapa pensyarah-pensyarah di ASASI itu tidak mengambil inisiatif melawat Kemboja atau Indonesia untuk melihat sendiri angka kosong itu?Sebab saya telah membaca beberapa sarjana telah menemui bukti kukuh perlambangan '0' bukan berasal dari India tetapi dari sebelah Asia Tenggara.

Ia benar-benar menakjubkan!

Prasasti-prasasti itu berusia abad ke-7 manakala bukti dari Gwalior itu abad ke-8,lebih 100 tahun orang-orang Melayu dan Kemboja memakai angka kosong ini lebih dahulu dari orang India,Arab dan Eropah.






Mengapa angka dan konsep '0' begitu penting dalam arithmatik?Ia penting kerana dengannya ia memudahkan manusia mengira dengan mengurangkan penggunaan simbol sekaligus menjimatkan ruang.

Sistem Roman, sebagai contoh telah mendahului sistem nombor pada hari ini namun amat menghairankan kekal digunakan di Eropah sehingga selewat abad ketiga belas, ia berfungsi dengan menggunakan huruf- huruf Latin untuk kuantiti (I untuk 1, X untuk 10, L untuk 50, C untuk 100, M untuk 1000 dsb).

 


 Hurug-huruf ini terpaksa berulang, contohnya menulis MMMCCCLXXIII untuk jumlah 3373. Kita boleh melihat  bahawa dalam sistem nombor yang kita gunakan hari ini angka 3 yang sama digunakan di tiga tempat yang berbeza, menjadikan ia amat cekap dan memudahkan konsep perangkaan.Tiada huruf Latin boleh berulang dalam peranan yang berbeza.Apa yang membuatkan ia begitu efisien?

KERANA PENGGUNAAN KONSEP '0' 

Dalam sistem nombor kita, ia adalah sifar yang membolehkan sistem untuk bekerja: Oleh itu, 5 di lokasi unit adalah 5; tetapi simbol yang sama di lokasi puluhan menjadikannya 50 - dan kita boleh menggunakan '0' berkali-kali untuk menggambarkan bukan sahaja puluh,malah ratus,ribu dan seterusnya.

Sistem nombor yang berusia beribu tahun di Babilon, sebagai contoh, yang mendahului sistem nombor berdasarkan Greco-Roman,telah menggunakan asas-60 tanpa tempat pegangan sifar. Oleh itu, perbezaan di antara 62 dan 3602 (di mana 3600 adalah kuasa dua 60) memerlukan kita meneka dari konteks angka dan ini merumitkan. Sistem nombor yang kita gunakan hari ini, dengan menggunakan asas yang lebih kecil, dan menggunakan simbol khas bagi sifar, mendapat kuasa yang besar dan kegunaannya membolehkan kerumitan ini diselesaikan dengan penggunaan asas 10 yang mudah difahami manusia. Apabila kita juga mempertimbangkan fakta bahawa segala yang kita lakukan dengan komputer (atau telefon bimbit, GPS, atau apa-apa elektronik) dikawal oleh ngka 1 dan 0,maka penemuan ini adalah amat besar sebenarnya dalam peradaban manusia.



 

Anda boleh membaca hasil penemuan baru ini (tidaklah baru,sejak 1920-an mereka sudah menemuinya cuma trend ketika itu adalah tamadun keIndiaan kerana lobi dari British Raj) di dalam MistisFiles.

Di dalam artikel itu saya jelaskan bahawa seorang sarjana yang mengkaji tentang nombor,Michael Closs mendedahkan bahawa nombor 0 BUKAN DITEMUI TERAWAL DI INDIA,TETAPI DI ASIA TENGGARA.Kisahnya bermula apabila seorang sarjana India mendakwa beliau memiliki bukti terdapat dua prasasti yang bertarikh 683 Masehi yang memakai konsep 0 lebih awal dari di Gwalior itu.

Namun Closs agak sangsi dengan dakwaan sarjana tersebut.

Setelah dikaji,rupa-rupanya kedua prasasti itu bukan dari India tetapi dari Asia Tenggara.Malah,ia bukan berbahasa dari kelompok bahasa-bahasa India,tetapi berbahasa Kemboja dan Melayu.

Menarik bukan?

Bangsa yang mencipta konsep 0 adalah bangsa yang bijak.Bangsa yang memahami konsep 0 adalah bangsa yang memiliki peradaban tinggi.Tanpa angka 0,kita hari ini mungkin tidak kenal apa itu laptop,apa itu telefon pintar,apa itu android.

Sedar tidak sedar,bangsa Melayu merintis kepada peradaban moden manusia,hanya dengan menjalinkan konsep 'nothingness' atau ruang kosong atau 'tiada apa-apa' ke dalam sistem pernomboran,dan ini memandu manusia ke dalam dunia virtual reality pada abad-abad seterusnya.

~Srikandi

p/s: Siapa belum daftar kursus di THSS,sila ke sini>>  Degree in Special History Course

Saturday, May 16, 2015

Siapakah Funan sebenarnya?




Isu ini sudah lama diperdebatkan oleh Vickery (saya tidak gemar polisi Khmerization beliau),Pelliot,Dupont,Wheatley mahupun Coedes sendiri.

Namun ada satu laporan dari pengembara China,Kang Tai dan Zhu Ying dari kerajaan Wu kira-kira pertengahan abad ketiga Masehi yang menyimpan 'clue' YANG AMAT PENTING.

Ia amat penting sehingga Vickery sendiri terpaksa mengubahsuai laporan pengembara China itu,untuk mengukuhkan bahawa bahasa Funan adalah dari kelompok Mon-Khmer.

Ia amat penting sehingga mampu men-checkmate-kan teori Funan adalah kerajaan Khmer.

Petikan dari rekod Kang Tai dan Zhu Ying melaporkan tentang negeri bernama Tun-Sun:

"..The kingdom of Tun-sun depends on Funan; the king name is Kun Lun (Kamara). There were many Brahmans from India..."

(Petikan saya ambil terus dari teks bahasa Inggeris yang diterjemah dari bahasa China)

Kemudian disambung tentang keterangan mengenai adat pengebumian Tun-Sun yang aneh,seakan-akan budaya orang Majusi iaitu membiarkan mayat dimakan burung.Ini ada disentuh dalam buku-buku teks sejarah kita.

Tun-Sun terletak di Segenting Kra atau utara semenanjung Malaysia.Rujuk Micheal Vickery " Funan Reviewed : Deconstructing the Ancients " juga Paul Wheatley dalam The Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland.

 

Okay,dari Tun-Sun,kedua pengembara itu berlayar ke satu pulau yang besar:

"...out of Tun-Sun, on a big island of the sea, there is the country of Pi Kien, located at 8,000 li from Funan. People say that the body of the king is big, twelve feet and his head of three feet. From long time ago, he did not die and nobody know his age. This king is supernatural and pious. Bad or good
actions done by people of the kingdom, thing of the future, there is nothing that the king does not know. Also none dare to impose to him.Furthermore,in the south country people calls him the king with big neck.


The habit of the country is to have houses for habitation, to wear cloths, to eat regular rice and not sweet rice. The language of the habitants differs a little from the Funan. There is a mountain that
produces gold; gold appears on top of stone, in immense quantity..."


Perhatikan,meninggalkan Tun-Sun mereka ke satu pulau besar dan bertemu dengan satu kerajaan bernama Pi-Kien.Ini jelas adalah sama dengan Kien-pi,iaitu panggilan China kepada Jambi atau Kampar di Sumatera.Namun dalam Kampai di Langkat juga kemungkinan kerana perjalanan ke Jambi/Kampar mungkin mengambil masa kerana lebih jauh.Jadi saya cenderung bahawa mereka sampai ke Pulau Kampai di Langkat.

Kemudian di sini ia checkmate:

"...the language of the habitants differs a little from the Funan.."

Rekod pengembara China mengesahkan bahawa bahasa Pi-Kien/Kien-Pi adalah 'berbeza sedikit' dari Funan menunjukkan bahasa kerajaan di Sumatera itu adalah serumpun dengan bahasa Funan.

Jika bahasa Funan adalah Khmer,sudah tentu ia dicatatkan 'berbeza banyak' atau 'amat berbeza'.
Apabila mengetahui Sumatera tidak mungkin terdapat bukti kewujudan orang Mon atau Khmer,Vickery dengan licik mengubah kepada baris ayat itu kepada keterangan tentang Tun-Sun.Apabila Tun-Sun memang di utara semenanjung,ia lebih logik apabila ingin dikaitkan dengan 'kerajaan Mon',walaupun orang Mon hanya buka kerajaan di Thaton,Hamsawati,Haripunjaya dan Dvaravati.

I rest my case.
~Srikandi

(foto adalah petikan dari Liang-shu;Book Of Liang yang dikompilasi pada abad ke-7 Masehi)

p/s: Siapa belum daftar kursus di THSS,sila ke sini>> http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282

Friday, May 15, 2015

Menjejak Mahendraparvata Melalui Prasasti Prasat Trapan Sno




Jayaviravarman adalah salah seorang emperor Angkor yang memerintah antara tahun 1002 hingga 1006 Masehi.Beliau adalah dari kerabat Langkasuka dari cabang keluarga Dharmaraja yang memerintah Ligor,sebuah Malay city-states yang terkenal dalam sejarah Angkor.

Bukti bahawa beliau adalah sekerabat dengan keluarga dari Ligor apabila tercatat dalam Prasasti Prasat Ampil (924 saka),bahawa beliau turut juga menaiki takhta Ligor (Sri Dharmaraja):

vraḥ pāda kaṃmrateṅ 'añ ta paramapavitra ta svey
 vraḥ dharmmarājya xxx nau 'nak xxx paripālana dharmma xxx


Petikan ini bermaksud raja bergelar 'paramapavitra' telah naik takhta Ligor.

Paramapavitra adalah gelaran yang dipakai olehnya yang dibuktikan dengan apabila gelaran ini tampil di belakang namanya pada Prasasti Prasat Tuol:


  dhūlī vraḥ pāda dhūlī jeṅ vraḥ
  kaṃmrateṅ 'añ śrījayavīravarmmadeva
  roḥh pūrvvāpara neḥ
  mān vraḥ karuṇā ta paramapavitra
  pandval pre jā roḥh noḥh




Ini bermakna,beliau adalah keturunan Melayu Ligor atau Tambralinga,bersama-sama Udayadityavarman I dan Suryavarman I.

Apa yang saya ingin fokus pada artikel ini ialah kaitan Jayaviravarman dengan 'kota yang hilang' yang telah ditemui pada tahun 2013 yang lalu.Kota itu adalah Mahendraparvata yang merupakan kota yang pernah dijadikan pusat pentadbiran oleh Jayavarman II.Ini tercatat dalam Prasasti Sdok Kak Thom.



Di bawah ini adalah teks penuh Prasasti Prasat Trapan Sno,yang mengaitkan raja Melayu Ligor ini dengan 'the lost city' yang pernah menimbulkan sensasi 2 tahun lepas:


   ṅ25 śaka xxxmī ket jyeṣṭha vudhavāra viśākha xxxxx vraḥ xxxx   sthāpanā vraḥ kamrateṅ 'añ śrībhadreśvara sre kanvi mān vraḥ śāsana dhūli   vraḥ pāda dhūli jeṅ vraḥ kamrateṅ 'añ śrījayavīravarmmadeva pandval   xxxxx cāṃ xxxxx   nau gi xxxx bhūmi sre vraḥ xxxxx ti 'nak tok pi   kāc xxx caṅvāt saṃ gol cār praśasta ta śilāstambha vraḥ kamrateṅ 'añ   śrībhadreśvara jā vraḥ karunā prasāda vvaṃ 'āc ti 'āyatt ta kandvāra ta khloñ vnaṃ   nu kaṃloñ gi vnaṃ mahendraparvvata xxxxx caṅvātt bhūmi toy  pūrvva prasap xxx chdiṅ xxxxx vrai lhaṅ toy paścima  prasap xxxxxnle neḥ caṅvātt roḥh   neḥh syaṅ nā maxxxxx santāna steñ varmmaśiva teṃ kh'yal   pramān śreṣṭhapura xxxxx jā vraḥ guru gi nā oy  santāna noḥ gi xxxxx 





Adakah maklumat ini berguna dalam misteri makam raja-raja Beruas?Ya,memang ada kaitan dan salah satu jigsaw puzzle yang saya akan gunakan untuk memecahkan kod-kod rahsia yang ditinggalkan oleh pengukir batu nisan Prasasti Minye Tujuh.

Semua hasil penyiasatan ini akan saya tampilkan dalam siri "The Possessor of Black Mengkong di MistisFiles.

Yang belum akses ke MistisFiles KLIK SINI>> AKSES KOD NISAN BERUAS


~Srikandi
The Secretkeeper of Raja Iman of Bharubasa & Jayaviravarman of Angkor

P/S: Jangan lupa DAFTAR "Special History Course" di SINI>> PERCUMA




Thursday, May 14, 2015

Petunjuk Di dalam Prasasti Minye Tujuh



Kira-kira tahun 1350,tentera Majapahit telah menghapuskan pengaruh Sukhotai di Segenting Kra,wilayah itu kemudiannya dinamakan Tiktawilwa dimana ia adalah sebenarnya bermaksud Wilwatikta iaitu nama Jawa Kuno kepada Majapahit.Wilwa=buah Maja dan Tikta=pahit.

Tiktawilwa asalnya adalah wilayah Langkasuka dan diperintah oleh raja Melayu.

Selepas Sumpah Palapa,kerajaan Majapahit bertekad untuk menyatukan Nusantara di bawah pengaruhnya.

Seorang keturunan raja-raja Langkasuka,Raja Barubhasa telah menakluk kembali wilayah Tiktawilwa dan menukar namanya kepada Singa Negara.Orang menyebutnya sebagai Singgora.Orang Thai/Siam menyebutnya sebagai Songkla.

Semua ini memang jarang kita baca dalam buku-buku sejarah negara kita.Sebab itu pengetahuan sejarah kita sesempit dari Perlis hingga ke Sabah.

Ini penting sebab keturunan raja-raja Langkasuka inilah yang menurunkan raja-raja Kelantan hari ini walaupun dari pelbagai dinasti berlainan.Hanya disebabkan sejarah Melayu terpisah oleh sempadan Thailand dan Malaysia,maka adakah kita generasi kini terus melupakan kenangan-kenangan di Segenting Kra?

Siapakah yang harus menjawab jika di Aceh ditemukan sebuah prasasti yang indah,yang merakamkan keluarga Barubhasa,raja Melayu yang memerintah Langkasuka suatu ketika dahulu.

Bahasa Melayu Klasik abad ke-12:

hijrat nabi mungstapa yang prasaddha
tujuh ratus asta puluh savarssa
hajji catur dan dasa vara sukra
raja iman varda rahmatallah
gutra barubasa mpu hak kedak pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam svargga tuhan tatuha

Bahasa Melayu Moden:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat
Tujuh ratus delapan puluh satu tahun
Bulan Dzulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
Raja Iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
Dari keluarga Barubhasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai
Menaruh di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi Tuhanku semesta
Masukkanlah Baginda ke dalam syurga Tuhan

~Srikandi

Wednesday, May 13, 2015

The Ancient Rites of Black Mengkong





Dalam
dewan pertabalan tempoh hari,saya lihat ada dua tetamu 'mat saleh' memakai pakaian seperti kostum Albert Pike,tokoh Perang Saudara Amerika dari sebelah Konfederasi.

Mengapa orang-orang seperti itu menghormati 'ancient rites'?

Manly P. Hall telah menuliskan jawapannya untuk persoalan itu,mewakili pihak mereka.

Raja-raja Melayu pada masa dahulu disokong oleh puak-puak sungai,suku-suku bukit dan orang sakai.

Untuk mendapatkan pengaruh begini,seseorang itu mesti tinggal dengan puak tersebut dan mempelajari aspek ilmu kebatinan mereka.Setelah tamat segala ujian,dia akan menjadi Mengkong.

Mengkong yang menjadi perantara dengan dunia Aborigine Melayu dengan ras Melayu maritim dan pedagang.

Saya telah meneliti kajian Miklucho-Maclay pada tahun 1875 tentang Mengkong yang menjadi wakil antara Orang Asli dan raja-raja Melayu.Di sana ada beberapa nama dan salasilah.Saya meneliti beberapa foto lama;Mengkong dan para pegawai British bergambar.

Apa yang saya perasan,adalah ritual Mengkong itu,yang menarik minat golongan Wicca dan Neo-Pagan Eropah sekitar abad ke-19.Para pegawai British,selain penjawat awam,adalah obses dengan hobi-hobi mereka tersendiri,sesetengahnya begitu pelik;seperti Gerard Gardner dengan mistik kerisnya.

Adakah anda fikir siapa Swettenham,Hugh Low atau Clifford?Biar saya rahsiakan dahulu siapa mereka.

Emperor-emperor Srivijaya melakukan ritual khas untuk mendapatkan pengaruh mengkongnya...yang didapati dari Orang Laut.Mereka inilah orang kepercayaan raja dan sangat setia,tidak pernah memberontak atau mengambilalih kerajaan.Tidak seperti sultan-sultan Johor sebelum era Temenggung yang dikhianati orang-orang Bugis.

Tetapi Bugis bukanlah sumber Mengkong.Bugis adalah deutro bukan proto.Mengkong hanya boleh didapati dari dunia aneh suku-suku Sakai dan Jakun.




Kononnya,siapa yang ingin menjadi raja Perak,mesti menaiki gambang Jawa ke 99 teluk atau gua di sepanjang pesisir pantai untuk 'pay homage'.

Berhenti di Beting Beras Basah dan menyeru mantera.

Ambil air dari tujuh muara.Apa yang ada di muara ke-tujuh?

Adakah anda tahu ritual penuh apa yang digelar sebagai 'Tabal Jin'?

Saya tidak melihatnya dari sudut hukum agama,lagipun ritual sekarang sudah diubahsuai supaya hanya bersifat protokol.

Setiap ritual itu ada cerita dan sejarah,dan setiap raja melaluinya setiap langkah demi langkah;seolah-olah sebagai memori,untuk menyimpan SATU RAHSIA.

Rahsia ini...yang masih dipercaya oleh Gabenor Negeri-negeri Selat sebagai clue kepada G yang pertama dalam Gold,Gospel & Glory.

Setiap ritual ada maksudnya,petunjuk dan kunci untuk menyelesaikan tempat menyimpan sesuatu.

Setiap pertabalan,pasti ada wakil mereka.Sejak lebih 200 tahun yang silam,mereka datang untuk memahami di mana 'kolam raja-raja Srivijaya'.

Memerhatikan sesuatu...dengan penuh teliti.Dan mencatatkan.

Sebab itu anda lihat ketika datin-datin,pemuka-pemuka Melayu dan juak-juak mereka kelihatan bosan dan mengantuk,'tetamu-tetamu' tadi tidak berkelip mata dan terus memerhati meskipun ketika Sultan Nazrin berucap.

Apabila Raja Abdullah digulingkan dan dibuang ke Pulau Seychelles,mereka terpaksa menyuruh bangsawan Perak melantik raja baru.Why?

Ketika British berkuasa,hal-ehwal istiadat Orang Melayu tidak diganggu.




Apabila British hendak mengambilahlih Tanah Melayu sepenuhnya mengikut term sebagaimana 'British India',mereka memaksa raja-raja Melayu menandatangani satu perjanjian;mereka inginkan sultan-sultan tetap berkuasa.Why?

TO STUDY THE RITUAL

~Srikandi
Caretaker of Srivijayamala House of Hyang Amrita

==================================================================
Dafter Ke The Historian Secret Society

Ini untuk pendaftaran para pelajar ke THSS.Setiap bulan,saya akan terbitkan minitesis atau subjurnal.Kadang-kadang video,grafik dan sebagainya.

Anda boleh kumpulkan semua koleksi ini dalam satu folder khas di komputer anda.Jika anda ingin rujuk kembali semua pelajaran,anda boleh buka kembali folder tersebut.Semua video,tesis dan booklet ada di sana.


    

                     
                   



====================================================================

Tuesday, May 12, 2015

Rahsia Seri Baniyan


kredit: dkosonglapan.blogspot



Saya telah ke Beruas,Perak Darul Ridzuan dan menyiasat beberapa petunjuk di sana.Beberapa pembaca telah menghubungi saya dan memberitahu beberapa rahsia yang mereka simpan sejak sekian lama.Anehnya,mereka mendakwa saya layak menyimpan rahsia ini.

Siapa Seri Baniyan?Ini adalah persoalannya.

Apa yang saya kaji dan ketahui,merentasi zaman Srivijaya,Kedah Tua dan Langkasuka.Okay,jika kita hendak mengkaji apa yang hendak dinamakan 'Kerajaan Beruas' kita akan dapati terlalu sedikit mengenai kerajaan itu.

Tanyalah anak-anak Perak malah anak-anak raja sendiri pun pasti terkebil-kebil nak cerita pasal kerajaan ini.Kerajaan ini seolah-olah kerajaan bunian sahaja.

Saya bermula dengan premis:

1) Seri Banian seorang perempuan
2) Pernah memerintah wilayah sekitar Beruas dan Manjung
3) Berasal dari utara

Selepas meneliti beberapa artifak dan nisan-nisan tua di sekitar Beruas,saya telah menyimpulkan satu kronologi sejarah yang menakjubkan.Betapa mereka;raja-raja itu telah menyembunyikan sejarah dengan cara yang aneh sekali.Tapi untuk apa?

Sejarah Beruas memang gelap,tapi kita akan dapat menyuluh sejarahnya jika kita mengkaji sejarah PASAI.Ingat ini.

Ingat bahawa Pasai adalah sebuah kerajaan Melayu tulen.Saya kata tulen sebab ia bukan menggunakan bahasa Aceh,Jawa atau pakai slang Minang sekalipun.
Hikayat Raja-raja Pasai adalah menggunakan bahasa Melayu Klasik.

Sejarah Beruas berlaku beratus tahun sebelum naik Kesultanan Aceh yang dimulakan oleh sekumpulan kerabat raja dan pengikut kerajaan Champa yang disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai Syah Pau Ling.Ingat,bahasa Aceh memiliki persamaan dengan bahasa Cham.Ayam disebut 'manuk' oleh orang Cham dan sama juga oleh orang Aceh.

Petunjuk ini membawa saya kepada kisah rakyat tentang Antah Berantah dan peperangan Raja Shamsul Baharin yang bagi saya sungguh mistikal dengan raja Champa.
Antah Berantah ini ialah sebuah padang dan ia mencapai tahap legenda dan mistik sebagaimana Tasik Pauh Janggi.

Prasasti Minye Tujuh


Dari sini saya tahu bahawa orang-orang Champa itu ada yang turun ke Segenting Kra dan merentasi semenanjung.Mereka bertemu dengan 'sebuah kerajaan' dan berperang dengannya namun dikalahkan.Kemudian,dari Perak,mereka merentasi Selat Melaka dan mendarat di utara Sumatera.
Sejarah Pasai ada kaitan dengan Beruas.Itu yang boleh saya catat di sini.Meneliti nisan-nisan besar yang dikatakan milik raja-raja purbakala di Beruas membuatkan saya merenung jauh peristiwa kejatuhan Panduranga dan Vijaya ke tangan Dai-Viet dan ini mengubah banyak lanskap sejarah dan budaya Nusantara.Kisah ini sebahagiannya tersimpan sebagai cakap-cakap mulut,legenda dan wasiat.

Kemudian,setelah meneliti kod-kod tersembunyi dalam Prasasti Minye Tujuh di Aceh,saya mendapati ada beberapa perkara lain yang tersembunyi dan mengapa kerajaan Beruas itu tiba-tiba hilang.

"gutra barubasa mpu hak kedak pasema"

Sebaris ayat di atas adalah sebenarnya satu petunjuk yang menyembunyikan banyak misteri dan tragedi,saya syak ia diarahkan diukir ketika raja terakhir dari keturunan Beruas itu menghembuskan nafas terakhir.

Ia berkaitan dengan kerabat raja Selendang Delima,dan sebahagian petunjuk ada dalam syair,saya cantumkan dan ia 'unlock' satu kronologi dan tempat menyimpan rahsia itu.

Cerita tentang makam raja-raja Beruas ini akan saya cantumkan dalam siri "The Possessor of Black Mengkong" sebagai pembuka tirai ATBM v5 saya nanti iaitu "The Secret Key to Mount Ophir".


Yang belum menjadi pembaca MistisFiles sila KLIK>> Application




Boleh daftar sebagai pelajar THSS di bahagian atas sebelah kanan.Key-in nama dan emel.
Harap membantu.








~Srikandi
Cindai Merah of Muara Beranang