Friday, August 13, 2010

Alter Terahsia Bangsa Melayu BHG 1


Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca.



-M.O


ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU





"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."

(Genesis 25:6 New International Version)



Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".

"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,

"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.

dalam Alquran ada disebut:

"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)


Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.


Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.



Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.



Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.


*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.


Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.



----------------------------------------------------------



akan datang dalam siri Alter Terahsia Bangsa Melayu...

-Siapakah Keturah?
-Melayu dikalangan anak-anak Keturah
-Melayu dikalangan cucu cicit Nuh bangsa penakluk dan raja-raja agung
-Menjejak asal-usul raja-raja Melayu sehingga Cyrus The Great
-Cura si Manjakini bukti warisan Darius Emperor Parsi
-Negarakota Melayu di era Ur,Kish dan Uruk
-Hubungan Melayu dan Yahudi di era peperangan bangsa Sumeria
-'Bangsa Gunung'
-Pengembaraan ke Timur Jauh
-Perjalanan melalui jalan darat
-Jalan Sutera dan Kapak dari Asia Tengah
-Epik pengembaraan di padang pasir dan salju dingin
-Kenangan kehidupan silam di pergunungan Himalaya dan perkampungan Tibet yang damai
-Perjalanan melalui jalan laut
-Bahtera dan ilmu pelayaran bangsa misteri
-Astronomi dan rahsia bintang-bintang
-Bodhidharma,Dharmakirti,Sakyakirti dan pendeta-pendeta Melayu lainnya
-1000 rahib,sami dan arahat di Bukit Suci
-Misteri bangsa terahsia
-Siapakah dia Malai?
-Bumi Mala
-The Promised Land
-Tempat menyimpan rahsia
-Kunci-kunci rahsia
-Cucu-cicit Nabi







Pintu Rahsia akan terbuka di MistisFiles....

95 comments:

  1. INTERESTING!! saya da baca da sblum ni kt mistisfiles..tp saya ttp xjemu2 baca artikel nih =))suke2 sgt~~ (^_^)

    ReplyDelete
  2. salam srikandi my idol...;))))

    srikandi pejuang nasib bangsaku,

    dalam atbm bahagian 1 ni mcm mne srikandi tahu keturah ni puteri firaun...konpius lar...;((

    >>>antaranusa

    ReplyDelete
  3. antaranusa said...

    salam srikandi my idol...;))))

    pembetulan,

    dalam atbm bahagian 1 ni mcm mne srikandi tahu hamba yg firaun hadiahkan tu puteri firaun...sumber dia srikandi ambik dekat mana??konpius lar...;((

    >>>antaranusa

    ReplyDelete
  4. Betol..!!! saya powm lame da tertanya2 pasal perkara ni.. cume lupe nk tanya.. macam mana srikandi tahu hamba kurniaan firaun 2 adalah seorang puteri, gune channeling ker..?? kena jawab betul2 srikandi, ni berkaitan darah keturunan kaum Arab Quraisy..

    .staff

    ReplyDelete
  5. maaf.. mungkin bukan srikandi yg tulis ATBM 1, tapi pepon kami perlukan jawapan.. spya tak keliru nnti.. TQ.

    .staff

    ReplyDelete
  6. teruja plak kisah di bawa oleh Sri Kandi...
    boleh x bg info dari sumber mana Sri Kandi dapat??

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Bolehkah kalau saya nak sumbangkan cerita saya dalam blog ini

    ReplyDelete
  8. Salam Srikandi,

    1. Kenapa yang direkodkan di dalam Al-Quran hanya Sarah dan Hajar TANPA Keturah?

    2. Ditulis di dalam Lore of Lights, God's Creation Before Mankind oleh Hajja Amina Hatun yang Nabi Nuh dibantu oleh kaum Ad yang besar dan gagah.

    I love your work. Engineers build things, people like you build esteem. You inspire. We need more Malays like you. You do not only think outside the box, you create the box.

    ReplyDelete
  9. salam..kenapa saya xbole nk msk mistisfiles tu ke..kne ade jmputn dari admin kate nye..bole benar kan..=)

    ReplyDelete
  10. invite la saye kt mistisfiles..aritu lum sempat habes bace ag,,,,

    saye nk tnye tntg atbm bhgian I ni,,kalo benar la zamn nabi nuh maju, ade pesawat terbang and ufo,temtu mereke leh gunakn alat terbang ni uk selamtkn diri,,bnjir kt darat jer,,kt udara x,,mereke leh g benua lain @ g planet2 ker,,

    ReplyDelete
  11. Keturah memang ada dalam kitab perjanjian lama.Ianya nyata ditulis.Sila luaskan pembacaan anda semua.

    ReplyDelete
  12. kepada sepul,boleh jadi jugak..tgk cerita 2012,mcm mana cnggih pown khidupan kiter time 2,tp diorg stil bina kapal utk slmtkan diri..kenapa???

    ReplyDelete
  13. sy sgt suke bace artikal macam nie... tetibe rase bangge jadi orang melayu.. heeeee.. but sy tetap sangsi dgn kesahihan pasal susur galur keturah 2.. kite boleh ke percye ngn teks yahudi kuno?? takut ade penyelewengan jer...

    ReplyDelete
  14. looking forward for ur writing..tqz for sharing this

    ReplyDelete
  15. Salam.boleh invite saya sekali..saya pun nak baca dlm mistisfile ni..dan ni email saya sudirmanomar@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  16. Ntah betul, ntah idak... buat aper nk berbangga dgn keturunan... pandai atau maju nyer sesuatu bangsa tu bukan pada keturunannyer... tp pada usahanyer... "Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yg berusaha mengubahnya"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurangnya kita celik sejarah banyak meneroka bertambah ilmu yang berfakta

      Delete
  17. Org Yahudi masa mengandungkn anak dengar muzik & buat latihan matematik byk2... bukan duduk diam dan berharap keturunan dia jd pandai dgn sendiri... sejarah dah byk menunjukkan yg seorang yg pandai/genius, anak2nyer tak ikut mcm dia pun... fikir2kn... jd apa penting nyer nk keturunan tu... Islam tak guna "Surename"... cukup sekadar nama bapak... usaha dan semangat tak mengalah yg penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari suami@isteri kita mesti lihat latar belakang keturunan nye..so keturunan amat penting..cikgu agama sy yg bg tau

      Delete
  18. 'Maka tujuan-tujuan Syariah Islam adalah lima perkara. Tujuan pertama adalah untuk menjaga ugama kita. Tujuan kedua adalah untuk melindungi jiwa. Tujuan ketiga adalah untuk menjaga akal fikiran. Tujuan keempat adalah untuk menjaga harta manusia. Dan tujuan kelima adalah untuk menjaga KETURUNAN'-Majlis Ugama Islam Singapura,Khutbah Jumaat
    26 Ogos 2005 / 21 Rejab 1426
    www.muis.gov.sg/websites/rservices/oom_files/K1459.doc
    *0*..memang aku copy paste..tak puas hati balik belaja fiqh.sama-sama

    ReplyDelete
  19. jgn ambik hati org diatas tu...tapi memang didalam tujuan syariah islam ialah untuk menjaga keturunan...ataupun nasab.kepentingan nasab dan keturunan boleh juga dilihat apabila islam memberikan garis panduan yg jelas siapa yang boleh dikahwini dan tidak, akad nikah, perceraian dan sebagainya...wallahualam

    ReplyDelete
  20. sapa yg cakap keturunan tu tak penting? aku suh korang kawin ngan keturunan yg rosak..ko nak..?waktu tu jagan korang kata keturunan yg korang bakal kahwin tu macam tulah.,inilah..!!
    korang kata keturunan tak penting eh..?hahahha
    tengok aja skunk berapa banyak penyakit dari keturunan..??

    ReplyDelete
  21. Saya pelik juga dgn insan yg kata keturunan tak penting tu. Dlm Islam pun dah di ajar tentang nasab. Saya percaya suatu hari nanti Allah akan menurunkan sesuatu yang akhirnya dia akan mengaku bahawa keturunan tu penting, tapi mungkin ketika itu air matanya bagaikan sungai apabila menghadapi petunjuk dari Allah.

    ReplyDelete
  22. Pls, put references in this article.
    Meta data are more important.
    thank you
    Best regard

    ReplyDelete
  23. Saya suka gambar yang terpampang dekat atas, yang bersilang itu. Ada sesiapa yang tahu mengenai benda itu, supaya saya dan orang lain dapat tahu mengenainya.

    ReplyDelete
  24. Keturah memang ada dalam kitab perjanjian lama.Ianya nyata ditulis.Sila luaskan pembacaan anda semua..
    boleh saudara sebutkan nama kitab perjanjian lama itu?

    ReplyDelete
  25. Chariots of the Gods - Eric Von Daniken.

    ReplyDelete
  26. Bagus, teruskan penulisan dan kajian anda dalam blog ini, supaya ramai penkaji2 spt saya, dpt informasi yg berguna dan berilmiah menghayati dan mengetahui asal-usul bangsa sendiri. Saya menanti dan mengikuti kajian anda.Terima kasih

    ReplyDelete
  27. Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.
    Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

    http://www.najwanhalimi.com/2009/01/qaturah-ibu-melayu.html

    ReplyDelete
  28. kisah dongeng utk membuat melayu rasa megah diri dan bangga pada kisah2 silam. inilah salah satu israeliyat. kitab perjanjian lama tu bukan injil yg asli kenapa nak dipegang kitab sedemikian. tak payah nak bangga dgn bangsa yahudi atau bangsa melayu. bila mati bukan bangsa yg disoalkan. masih ada yg hidup dlm dongeng. citer tidak bersandarkan fakta tetapi lebih kepada hikayat. teruskan berangan wahai penulis dan pembaca2 sekelian.

    ReplyDelete
  29. tidak perlu anda mengkritik usaha orang lain,anda juga belum tentu dapat mengkaji seperti mana dia mengkaji,sekurang-kurangnya dia ada usaha untuk mengkaji asal usul bangsa sendiri,sedangkan kamu adalah si polan yang hanya tahu menjurangkan lagi usaha tersebut,bukan dongeng dipersoalkan,bukan megah diri di persoalkan,lebih rela lihat melayu bermegah dari melihat melayu menunduk,jika kamu bukan melayu abaikan perkataan diatas,hanya melayu kenal melayu.

    'menegak bukan,menyangkal bukan.cuma hargai usaha si polan itu'

    ReplyDelete
  30. Tahniah atas usaha ihklas anda.

    Cadangan saya. sila letak reference di setiap artikal, seperti akademik format.

    Ramai yang ingin mengkaji serta menambah ilmu.

    ReplyDelete
  31. saya respek...rupanya btul la selama ini d perkatakan oleh ayah saya..saya ingt ayah sy ni 'mengarut' bila blog ni membongkar baru saya tau ia adalah benar...sb selama ni sy tertnye2 saya ni keturunan dri mana..ayh sy ckp keturanan keturah ni..sy mmg x percaya..seolah2 mengarut.tp ckp pn x guna tumba atau keturann salahsilah dri nabi ibrahim telah d bakar..sb to sy x bleh nk tnjukan ape2 bukti...namun pembongkaran ini...hampir2 caye dgn x percaye je..

    ReplyDelete
  32. Saya peminat tegar laman sesawang Srikandi..Teruskan usaha dan jgn berputus asa..

    ReplyDelete
  33. Saya bangga jadi melayu.Terima kasih kerana banyak memberi info susur galur tentang bangsa melayu.Inilah kalipertama saya jumpa satu kajian yang terperinci tentang bangsa kita.TAHNIAH....

    ReplyDelete
  34. teruskan usaha..nanti boleh buat documentari dalam bentuk filem pula..sbb ia sangat menarik

    ReplyDelete
  35. allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar

    ReplyDelete
  36. sy sngt minat ttg sejarah..n sy amat terkejut ada org cuba uat penyelidikan bangsa melayu dengan teliti dan meluas...tolong beri pelepasan utk sy baca kt mistifiles

    ReplyDelete
  37. usaha yang sgt membangakan..boleh tak bagi sy pelepasan tuk bce mistid file sbb sy sgt berminat dgan ape yg diutarakan.

    ReplyDelete
  38. salam...semoga Allah beri lebih kecerahan....saya sangat teruja....nk join mistifile...jazakAllah!

    ReplyDelete
  39. salam>> kepada Cik Srikandi...maklumat2 yg anda utarakan sgt menarik, keep going :) cume asenye cam kene ad kbenaran utk bku sstgh part..

    ReplyDelete
  40. nak dedahkan sejarah 2 biar ihklas.barulah berkat..

    ReplyDelete
  41. Salam Srikandi. Dapatku rasakan, kelambu di kamar yang berlapis tujuh puluh ribu, selembar demi selembar terbuka, di pukul bayumu. Teruskan perjuangan. Syukur...

    ReplyDelete
  42. Al-kisah yang sebenarnya ialah bangsa Melayu dah sampai dihujung zaman. Lepas PRU13 nanti kita akan dapat PM Cha-Ya-Nun-Alif. Lepas tu mereka laksanakan strategi pecah-pecah-pecah bangsa Melayu sampai LAYU dan saki-bakinya jadi kuli kang makan gaji.Lepas tu baru la bangsa Melayu jadi BANGSAT MELAYU. Hari ni pun dah nampak terang-terang bangsa Melayu dah rosak jahanam. Majoriti penagih dadah di Malaysia adalah bangsa Melayu (99.9%)anggaran penagih dadah Melayu lebih kurang 650 000 orang dan semakin bertambah tiap-tiap tahun. Semuanya mengaku beragama ISLAM. Pihak polis pun dah pening kepala tak tau nak buat macam mana lagi.Buang anak dan gugur kandungan 95% perempuan Melayu. Yang merosakkan gadis-gadis Melayu di kilang-kilang,di IPTA,di IPTS, disekolah-sekolah menengah dibandar-bandar kecil dan besar dan dikampung-kampung majoritinya awang dogol haramjadah anak muda Melayu yang tak dak langsung rasa tanggungjawab.Kira nak sedap makan apom je.Bangsa binatang celaka laknat.Statistik buang anak dan gugur kandungan dikalangan bangsa Melayu dari sejak 20 tahun dulu tidak pernah disiarkan.Kenapa? Kisah-kisah bolot harta pusaka,tipu dan makan harta anak yatim cukup banyak dalam sejarah Melayu.Beratus-ratus ribu kes kecil dan besar. Dari pak aji pak lebai yang banyak ilmu agama dan tahu hukum sampai ke yang jahil tak mengaji ugama.Semuanya bangsa Melayu beragama Islam.Bila berkait dengan harta pusaka semua nak sapu sorang tak kira anak yatim tak anak yatim.Yang jadi pemimpin sibuk menimbun khazanah peribadi takut nanti bila dah tak dak kuasa tinggal pencen je ler.Inilah beberapa penyakit yang menghinggapi bangsa Melayu sejak lepas merdeka.Termasuk juga penyakit hasad donkey.JAHANAM...JAHANAM...

    ReplyDelete
  43. love u baby from the white dragon.

    ReplyDelete
  44. Setul=mambang segara.Arti mambang=jin,arti segara=laut.Segara@senggoro itu adalah laut babe.Jin laut/penjaga laut/dragon/the mystical creatures form from the magic/from the old religion/who is MERLIN the last DragonLord.

    ReplyDelete
  45. aku lah yang rosak itu.kerna saat perjalanan kita terlalu panjang antara kita ada yang terpisah. aku janji aku akan baiki diriku demi kebenaran iLahi........aku janji aku telan semua sakit ku,aku tanggung sakit mu ...berpesan pesan lah antara kalian jangan pernah menyerah kalah berserah lah kepada ALLAH AZZAWAJALLAH dan berDOA dgn jalan SABAR dan TAWAKAL..
    ~ KATAKAN PADA SANG BULAN
    KATAKAN PADA SANG MATAHARI
    KATAKAN KAMI SUDAH DATANG
    -~~~{~ W A R I S A N ~}~~~-

    ReplyDelete
  46. Salam Cik Serikandi, Saya nak minta izin untuk masuk Mistifiles boleh tak? Please..! ni email saya dan cik seri boleh check fb saya effandy7782@gmail.com thx..

    ReplyDelete
  47. salam, saya nak mohon untuk di invite dalam blg mistifiles coz tak boleh masuk dulu ok jer harap boleh tolong add rumuldo989@gmail.com (yang mencari asal usul)

    ReplyDelete
  48. Salam, saya nak mohon untuk di invite dlm mistifiles add nurijb@gmail.com

    ReplyDelete
  49. salam saya nak masuk dalam mistifiles...sila add solehin_hashim@yahoo.com

    ReplyDelete
  50. mohon invite sy ke mistifiles sukahatiaqua@hotmail.com tkasih

    ReplyDelete
  51. Very nice post. I just stumbled upon your weblog
    and wanted to say that I have truly enjoyed browsing your blog posts.
    In any case I will be subscribing to your rss feed and
    I hope you write again very soon!

    My homepage - raspberry ketone diet

    ReplyDelete
  52. Salam srikandi..saya peminat sejarah juga perkara2 mistik..sejarah melayu banyak yg hilang..saya sangat kagum dgn kajian dan usaha saudari mencunkil semula sejarah2 kerajaan melayu lama..teruskan usaha anda...saya juga nak mohon di invite dalam mistifiles, sila add....mohamad_khamal@yahoo.com

    ReplyDelete
  53. Salam,

    mohon dijemput masuk ke mistifiles untuk meluaskan bacaan saya, email : redegnine@yahoo.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  54. SALAM PD TERMINATOR,
    BANYAK PUAN MEMBACA, PERLU JUGA PADA BUKTINYA? SAYA TAHU ADA SESUATU TERSIMPAN DLM LEMARI, TUNJUKKANLAH AGAR DPT KM MELIHAT TANDA.

    MEMBONGKAR MANUSIA MUDAHNYA DARI ADAM. MAKA DIPELAJARI DARI KONSEPNYA SERTA TUJUANNYA. PERLAHAN2 KITA PELAJARI DR MANA ASALNYA IBRAHIM DAN NOH.

    NAMUN SAYA SGT BERSHUKUR ATAS PENULISAN PUAN, AGAR TERUS MEMBONGKAR TAPI BARANG DIINGAT , GOLONGAN BANYAK BENCI KEBENARAN.

    ReplyDelete
  55. This site was... how do you say it? Relevant!! Finally I've found something that helped me. Many thanks!

    My website :: design website

    ReplyDelete
  56. When someone writes an piece of writing he/she retains the
    idea of a user in his/her mind that how a user can understand it.
    Therefore that's why this piece of writing is perfect. Thanks!

    Also visit my web blog: place to buy twitter

    ReplyDelete
  57. It is the best time to make a few plans for the future and it is time to be happy.
    I have read this publish and if I may just I desire to recommend you few attention-grabbing issues or suggestions.
    Perhaps you could write next articles referring to this article.
    I wish to learn more issues about it!

    Feel free to surf to my web-site: twitter followers free

    ReplyDelete
  58. When I initially commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now each time a comment is added I get three e-mails
    with the same comment. Is there any way you can remove people from that service?

    Thanks!

    My webpage place to buy twitter

    ReplyDelete
  59. Hey! This is my first visit to your blog! We are a group of volunteers and starting a new initiative in
    a community in the same niche. Your blog
    provided us valuable information to work on.
    You have done a marvellous job!

    My homepage; twitter followers free

    ReplyDelete
  60. What i don't realize is if truth be told how you're now not really much more smartly-appreciated than you might
    be right now. You are very intelligent. You understand
    thus significantly when it comes to this matter, produced me personally believe it from
    numerous numerous angles. Its like women and men aren't interested unless it's one thing to
    accomplish with Woman gaga! Your individual stuffs excellent.
    Always handle it up!

    Here is my webpage; buy twitter

    ReplyDelete
  61. Tolong invite sy utk masuk 'Vampire of Grahi'... adilaalzahra@gmail.com

    ReplyDelete
  62. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  63. sebuah cerita lagenda yg menarik tapi syg terlalu byk tanda soal dan persoalan yg tersurat dan tersirat diselimuti akan kebenarannya······idzin kn hamba pacar yg hina ini melayari bahtera mu mengenai asalmuasalnya Melayu di dlm Hikayat Missingfile yg penuh sarat sejarah yg tak terungkap······`_`

    ReplyDelete
  64. Sudikanlah jemput saya sebagai pembaca/peminat di mistisfile & vampireofgrahi..mim.ezra1@gmail.com

    ReplyDelete
  65. pohon jemput saya untuk membaca di mistisfile pitamp78@gmail.com

    ReplyDelete
  66. salam...tolong invite saya ke mistisfiles... chain1310@gmail.com ...tq

    ReplyDelete
  67. Assalam..
    mohon jemput says ke mistisfiles dan vampire of grahi..
    irdinafatiha2013@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  68. Assalam..
    mohon jemput says ke mistisfiles dan vampire of grahi..
    yaumilhikmahfaisal@gmail.com

    ReplyDelete
  69. Assalam..
    mohon jemput says ke mistisfiles dan vampire of grahi..
    mohdruzaini46@gmail.com

    ReplyDelete
  70. mohon patik menyusur masuk ke mistisfiles dan vampire of grahi wallitfx@gmail.com

    ReplyDelete
  71. mohon jemput saye ke mistisfiles aminnur_liverpool92@yahoo.com

    ReplyDelete
  72. mohon perkenankan hamba ke mistisfiles dan vampire of grahi : jeonasir@yahoo.com

    ReplyDelete
  73. Mohon jemput sy..firdausizam18@yahoo.com

    ReplyDelete
  74. Mohon jemput sy juga....Trrima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email sy
      sunitajaafar@yahoo.com
      Sgt berminat dgn penulisan dan idea cik srikandi..Tq

      Delete
  75. Kihkihkih....tahniahlah srikandi.

    ReplyDelete
  76. salam..mohon izin access mistisfiles.trimass

    ReplyDelete
  77. Please put me in...your mistisfiles access..thanks

    ReplyDelete
  78. Selain dari bible, adakah terdapat sumber lain yang kita boleh rujuk mengenai Keturah.

    ReplyDelete
  79. Tahniah atas usaha anda mengkaji. Sekurang2nya anda tak jadi macam ketuhar yang kerjanya bikin panas, bukak tutup bukak tutup tak pergi ke mana. Itulah realiti sebahagian melayu skrg yang bila cerita pasal keturunan org lain mcm cinpeng dia bela habis2san.bila nak cerita pasal keturunan dia, mulalah ckp x pnting. Mungkin ada sesetengah melayu ni alami kerosakan genetik dlm keturunan. Sebab tu ckp keturunan x penting.

    ReplyDelete
  80. sudah lama sy mengkaji dan mendalami ilmu dan sejarah peradaban melayu..kaitannya dengan yahudi..yang mana dapat sy rangkumkan ianya sebagai ilmu akhir zaman yg perlu kita pelajarai, fahami dgn tidak mudah diperlekehkan atau disambil lewakan. jenuh mencari sehingga minda menjadi tepu dan letih mencari dan mendalami atas dasar kebenaran. Kebenaran yg kita telah fahami bahawa byk yg telah diselewengkan oleh dajjal dan pengikutnya. perlu difahami, fitnah dajjal adalah fitnah terbesar kita di akhir zaman dan amaran itu telah dismapaikan oleh sekalian nabi dan rasul yang dilantik oleh yg Maha Pencipta dan Maha agung. terkadang hati ini berbolak balik dgn cerita keturah ini kerana tiada nya sumber yg dpt disokong oleh alQuran, hadis dan ijmak ulamak. apakah aku akan membelakangi alQuran yg dijamin lengkap dgn petunjuk..tidak pernah berubah..atau adakah aku perlu menerime bahawa cerita keturah ini juga sebagai salah satu hikayat dari ceritera fitnahnya dajjal. kitab yg diturunkan alQuran byk telah diubah puak ini utk merencana dunia dr dulu hingga kini. lebih mudah utk kita berhati2 dgn fitnah dajjal jika digantikan dgn perkataan pembohongan/penipuan. byk yg masih terbenak dihati..byk kebenaran yg masih belum terungkai..selagi tidak mengenali diri..selagi itu tidak mengenal diri..apa yg dicari..siapa yg dicari..trlalu byk musuh utk diperangi..

    ReplyDelete
  81. ASALAMUALAIKUM SRIKANDI...

    saya hanyalah peminat baharu saudari. (tbh, I just bumped into your blog, yesterday) namun begitu saya amat tertarik dengan lampiran fakta saudari, meskipun juga terselit unsur-unsur mistik mahupun mitos, tak dapat di nafikan unsur-unsur ini bukanlah suatu perkara yang pelik ataupun baharu.

    meskipun begitu, sekiranya terdapat pembaca-pembaca saudari yang mengutarakan pendapat/luahan perasaan/lontaran kata hati mahupun fikiran yang mungkin tidak berfikir dua kali, inginlah saya disini mengharapkan agar saudari tidak membuang/mengalihkan "remove" ulasan-ulasan mereka di bahagian "comments" ini. kerana saya beranggapan biarlah kita bersikap neutral sama ada ulasan-ulasan itu mungkin bakal mengganggu pemahaman pembaca lain ataupun menguris hati pihak pengngarang sendiri ataupun memborak-perandakan usaha saudari dalam usaha menulis blog ini. sekurang-kurangnya perbezaan pendapat ini dapat kita jadikan sebagai tapisan akal matang kita dalam mencari kebenaran hakiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam...terima kasih krn mmbaca.
      saya tidak membuang komen,cuma saya akan tapis jika ada scammer
      harap maklum

      ~Srikandi

      Delete
  82. http://smderis.blogspot.in/2013/01/the-jewish-and-malay-question-promised.html

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum srikandi..
    Saya mmg peminat mistisfiles dan amat kagum dgn kajian2 yg dipaparkan. Teruskan usaha dan tahniah.
    Tolong invite saya ke mistisfiles:zurtietemelong@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      MF kini sudah private: Cara untuk akses MistisFiles
      >> http://goo.gl/1QBIQK

      Delete
  84. melayu di kalangan keturah.. saya rasa tertarik dengan tajuk tu. ada dalam blog ni ke artikel tu cik srikandi??

    ReplyDelete