Friday, August 13, 2010

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah





Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?







'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu





Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:




Pemuras


Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.




Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.





Terakol







Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.



*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.





Istinggar




Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.





Lela Rentaka


Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.





Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.




Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).


*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.


Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.





Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?








Bibliografi:

Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.





---------------------------------------



Coming Soon....




Alter Terahsia Bangsa Melayu IX















-Rahsia Laut
-Laut dan Melayu
-Hubungan mistik antara Melayu dan lautan
-Kapal-kapal Melayu
-Pengembaraan sehingga ke Jepun dan Taiwan
-Dari Tanah Kanaan sehingga ke Sungai Musi
-Misteri ukiran bahtera pada Borobudur
-Misteri ukiran kapal Melayu pada Angkor Wat
-Utusan Firaun di Nusantara
-Flor De La Mar dan Mendam Berahi
-Pengembara Melayu di Afrika
-Dinasti Melayu Merina di Madagaskar
-Pelaut-pelaut Melayu yang gigih
-Tun Abbas dan legenda 'The Malay Pirates'
-Kerajaan Maritim dan Empayar Melayu Purba
-Ke manakah menghilangnya armada tentera Laut Melaka pada subuh serangan Portugis?








nantikan pengembaraan mendebarkan,meredah ombak dan tujuh lautan!Sehingga ke hujung dunia!

Hanya di MistisFiles!

66 comments:

  1. knp d gelapkan....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjajah ingin generasi baru menganggap bangsa penjajah lebih baik dari nenek moyang kita sendiri.

      Delete
  2. syabas srikandi krn membuka mata dan hati org2 melayu bertapa hebatnya org melayu di zaman silam dlm teknologi persenjataan.cuma dlm buku sejarah kita yg dikarang oleh mereka yg pemalas dan hanya menerima bulat2 shj yg org2 melayu amat ketinggalan zaman.mereka seterusnya secara tak langsung menanamkan sifat rendah diri kpd anak2 bangsa melayu.syabas srikandi.saudari mmg srikandi hati ku.hehehe selamat berjuang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka nama awak "idung kembang".

      Delete
  3. syabas, dan terima kasih kerana share....teruskan semuga melayu lebih mengenali sejarah kita...

    ReplyDelete
  4. teruskn usaha mu srikandi..hati dan minda sy sudah makin terbuka skrg ini....a-d salleh

    ReplyDelete
  5. mereka gelapkan kekuatan kita dengan harapan kita akan lemah... mereka pandai bermain muslihat dan dokumentasi... hakikatnya siapa yang menang perang dia yang kawal sejarah jelas bukan?

    ReplyDelete
  6. Saya xmau komen pasal komen2 anda sekalian..

    Ada sesiapa diantara kita ni ada cadangan mcm mana nak satukan melayu kita ni tak? tak dpt semua,kita mula dgn yg kecil dulu. cadangan bole share dgn aku kat hadihilmi893@gmail.com.terima kasih n as salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Holy Quran 8:63
      ------------------
      وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

      dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

      Delete
  7. fuhh lega akhirnya jumpa jugak..wut happened to mistisfiles?? lepas godeh2 akhirnya jumpa..maklumla hari2 mentelaah mistisfiles tetiba ilang...ape pon keep up mistisfiles crew!!

    ReplyDelete
  8. nak satu kan melayu..bermula dari kita yg punya kesedaran dan memahami Melayu itu sendiri.kalau Melayu yg kita kenali sejak sekian lama ini terkenal dengan sifat dengki,iri hati,mudah terarah kpd benda2 tahyul,cantas mencantas,tega dsbg maka adalah terpulang pada diri kita sendiri agar tidak berada dalam kelemahan tersebut. Jadilah melayu yang bertolak ansur,sabar,menjauhi prasangka hasad dengki,murah dgn senyum,ikhlas,mementingkan bangsa sendiri dari menjadi pemukah bangsa yg menjajah, pendek kata jadilah melayu yang tulen kemelayuanya. Hindari dari sifat melayu yg tipikal dan terjajah. Jadikan sunnah Muhammad sebagai device penyatuan ummah. Usah segan menegur,murah dengan nasihat,berpandulah pada Al Quran. Bukan kan melayu itu tinggi nilai kesabarannya,santun dlam tingkah lakunya,tegas dalam amanahnya.Kita sendiri adalah kunci kepada penyatuan bangsa keramat ini. Didik lah diri dngn sifat mahmudah.Jadikan Rasulullah contoh.Galaslah tanggunggjawab kita sebagai umat Muhammad,penutup segala Rasul.Ayuh wahai bangsa ku,bersatulah.Ayuh saudara serumpun dimana jua,kembalikan rumpun persaudaraan kita. Demi Agama Bangsa dan Tanahair. Insyallah

    ReplyDelete
  9. Syukur pada Allah kerana dapat bertemu blog ini yg juga penulis mistisfiles! Saya juga terkejut dengan kehilangan blog tersebut.

    6 bulan lalu web ibnuyaacob.com hilang secara tiba2 setelah mengeluarkan Buku Rahsia Simbol Yahudi pada tahun lepas. Kita hilang rujukan ilmiah.

    Syukur Allah masih pelihara web seperti ini. Jika akaun google penulis tiba2 ditamatkan google, kami mohon supaya jgn berhenti menulis. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  10. saya harap pada satu hari nanti pihak mistisfile dan srikandi dpt bekerjasama dengan KRU production menerbitkan filem sejarah melayu bermula dengan hujung eraw kerajaan sriwijaya dan kebangkitan melaka hingga kepada kejatuhannya...biarlah filem ini durasinya macam lord of the ring...tapi asalkan ianya boleh dijadikan rujukan rasmi kepada pencinta2 peradaban melayu....
    SYABAS SRIKANDI....

    ReplyDelete
  11. Kalau saya ada budget dan ada peluang mengarah,saya nak mengarah filem pasal Sriwijaya.Konsep cerita pasal percintaan (biasalah nak lariskan filem) tapi latarbelakangnya pasal kegemilangan Sriwijaya.Adegan banyak kat laut,mungkin 60% dan melibatkan banyak kapal-kapal.

    Mungkin juga pasal tokoh Dapunta Hyang Jayanasa yang berjuang menakluk semua pelabuhan di pesisir selat Melaka dan mentadbir kesemuanya sebagai satu empayar maritim,sekaligus mengawal perdagangan antara India dan China.


    ~Srikandi

    ReplyDelete
  12. Cerite pasal Meriam Sri Pattani ngan Sri Nagara same cam cerite Queen Langkasuka.Name org cina Lim Toh Keam ade dlm citer tu

    ReplyDelete
  13. bagaimana pula dengan kepulauan sulu bukankah dulu satu kemegahan melayu muncul disana, tiada kerajaan kesultanan filipina dan brunei. Dan sila buat kajian siapakah kesultanan brunei.

    ReplyDelete
  14. tajuk cerita tu "SUMPAH DI BUMI MERKAH"

    ReplyDelete
  15. ***SUMPAH DI BUMI MEREKAH"... tapi x payah cari/tengok kat youtube sbb memang x ada :)
    Rahim Razali hero dan si Tompang berlakon jadi pengkhianat tu.

    ReplyDelete
  16. makin di selidiki makin aku kagum dengan Bangsa Mala ini ... http://www.mormonlocations.com/index.php

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah lagi...jazakAllah khair...

    ReplyDelete
  18. Aku bangga aku adalah seorang Islam dan Melayu!!! :)

    ReplyDelete
  19. Tak faham...fakta sejarah yang tidak tepat..jika benar orang melayu sudah ada pistol...takkan masa portugis datang pun kalah...300 portugis lwn 3000 askar melayu pistol pun kalah?

    ReplyDelete
  20. Mengapa mengajak berpistol pistolan
    Jika jika moyang punyai kehebatan
    Bukankah sembilu kasih LEBIH tajam
    Terluka jauh lebih terdalam...

    Kenapa MENCARI kasih abadi
    BINTANG disisi LEBIH berisi
    KASIH abadi suka bersembunyi
    Rahsia tersembunyi MILIK peribadi

    ReplyDelete
  21. sebab melayu dulu banyak pengkhianat kota melaka kalah sebab pintu dibuka dari dalam

    ReplyDelete
  22. ungsankarable kita org melayu di manupilasi akan sejarah kegemilangan bangsa kita sendiri oleh penjajah, alangkah bodohnya kita semua di perbodoh bodohkan sebegitu aje oleh sejarah kita semua tak ubah seperti tahu memandu kereta saja tapi tak tahu mcm mane nak operate jereta bila rosak, paling2 kita kebengkel kedai kena ketuk rabak2 padahal rosaknya tak seberapa cent········hehehehe

    ReplyDelete
  23. Cik Seri Kandi,

    Maaf sebab dh link artikel nie masuk FB.

    Untuk pencerahan bersama.

    ReplyDelete
  24. info menarik...baru ku tahu....

    ReplyDelete
  25. Terima kasih penulis, saya rasa saya dah tak buta sejarah melayu yang sebenar. Tq for the perkongsian cerita.

    ReplyDelete
  26. Sebab sultan Melaka zalim, suka suka nak hukum orang tanpa usul periksa. Bagi aku hang jebat hero sejati , bukan hang tuah
    Yang ikut je cakap sultan zalim tu.

    ReplyDelete
  27. Apa yg hebatnya. The fact that kita kena jajah selama lebih dr 400 thn. Lps tuh masa WW2, Jepun masuk jajah Malaya nih naik basikal aje woi. Tak melawan langsung. Sebulan aje satu semenanjung dh kena takluk. Tak payah la nk bangga dgn cerita senjata api melayu nih yg ntah betul ke idak. Fokus dgn masa sekarang dan masa depan. Mcm liverpool la korang nih dok kenang kisah lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg hebat nya kita masih bertahan dibumi 'melayu' kalau melayu dulu xhebat,mustahil generasi skrg masih mekar ditanah sendiri ,jgn hina org lain utk mengaji sejarah sendiri tapi malu dgn diri sendiri yg malas ambil tahu tentang tu,bangsa yg xtahu sejarah sndiri(yakni sejarah yg digelapkan oleh kafir)dgn mudah dimanipulasi ,dan tu dh terjadi skrg semoga kita bangkit lagi

      Delete
  28. orang melayu bodoh adalah orang melayu yang malu dengan sejarah bangsa sendiri.. mereka inilah yang satu hari nanti bakal menjadi pengkhianat.. negara kita di jajah oleh portugis dan british.. sifat keberanian orang melayu telah di hapuskan dalam sanubari mereka oleh penjajah.. ketika jepun serang tanah melayu ketika itu tanah melayu di pimpin oleh british.. yang kalah adalah british. sapa kata jepun dtg naik basikal je?? basikal tu dorg bawa melalui jalan laut. dan perlu kira spy2 jepun yg ada kt tanah melayu yg dah duduk kt situ bertahun2 utk mengesan kelemahan dalam sistem pertahanan british.. berbasikal ketika berperang juga adalah salah satu strategi.. cepat dan senyap.. kepada anonymous march 23, 2014 at 4:51 pm.. anda sebenarnya bodoh. dan anda adalah bakal pengkhianat bangsa. ko tak pernah google apa yg ditulis kt sini.. berkaitan dengan lantakas aku google dan jumpa artikel dari org putih sendiri.. melaka jatuh setelah berkali2 menang terhadap portugis... melaka jatuh kerana ada pengkhianat macam kamu.. wahai melayu pengkhianat yang bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap..! itulah yg sebenarnya berlaku suatu ketika dahulu.. pengkhianat dalaman. skrg pn ade dh,x pyah tgk muka.. tgk ayat pn dh tau..

      Delete
  29. http://www.acant.org.au/Articles/MalayCannons.html

    ReplyDelete
  30. Replies
    1. Mana nak jumpa web ibnu yaakob?

      Delete
  31. Mana-mana bangsa yang maju dan canggih sekalipun kalau asyik leka, terlalu selesa dan pengecut , orang luar serang pakai buluh pun boleh kalah...............Ingat lagi kisah Kota Baghdad boleh jatuh ke tangan porang Gasar dari Monggolia?? Padahal sistem ketenteraan Islam lebih canggih dari orang-orang Gasar, tapi bila dah leka dibuai dengan fahaman sufisme yg berpegang hanya berserah pada Allah bulat2 tanpa sebarang usaha dan ikhtiar...hasilnya KALAH..KALAH jugakkk walaupun dah terwujud satu sistem yg rapi dan tersusun...Ingat tu!!! Begitu la jugak kemungkinan yg berlaku ke atas orang Melayu dulu kala... PENGKHIANAT BANGSA RAMAI SANGAT!!!!

    ReplyDelete
  32. Syabas Sri Kandi, diharap ada lagi bangsa kita berani dan tegas dalam membetulkan sejarah nenek moyang kita dalam sukatan mata pelajaran sejarah disekolah dan juda di mata dunia.

    ReplyDelete
  33. Salam Srikandi.mnta link untuk sejarah melayu seterusnya.sy jd minat untuk mengetahui sejarah melayu kita.terima ksih.

    ReplyDelete
  34. Ada pulak yang kata sejarah kurang tepat. Dah tu ko baca buku teks sejarah time sekolah je memang kena belit la jawabnya. Kaji sendiri asal bangsa kita, jangan terus nk hadap apa yang diajar/dibrainwash/disuap oleh media2 barat dan talibarut penjajah kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  35. en.wikipedia.org/wiki/Lantaka

    ReplyDelete
  36. tq krn membuka mata sya tntng sejarah melayu yg sebenar

    ReplyDelete
  37. hi nak tau kenapa sejarah melayu digelapkan kan sebab bende tu tak wujud smua tu tipu orang melayu dok suke hisap ganja sepuluh utir je aku dah muak baca blog kata melayu hebat lah tapi kene jajah 500 tahun boh nak kate medeka.....tu lagi hampeh merdeka memintak dr bristish malu sial gile babi...indon merdeka lagi power...bristish bagi merdeka sb diorang dah bosan dgn tanah melayu sebab semua hasil diorang dah paut yg tinggal hanye banse yg bodoh tahap cipan...dah ade mahathir yg naik kan malaysia lagi kutok mahathir berat menanang lah melayu ni dasr bansa tak tu bersyukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. wei sedara ..wah klau x tahu sejarah jngan pandai ye cakap ..melayu tu memang hebat dulu nak tahu berapa kali belanda serang tanah melayu x lepas sebab apa sebab teknologi melayu yang kuat masa tu lepas serangan kli kedu baru menang pasal ada pengkhianat dari dalam dan lepas kena jajah semua teknologi manuskrip2 melayu dibawa ke sana dan disimpan dan sesetengahnya dibakar kerana x mahu geberasi sekarang menganggap melayu tu hebat..lepas dari insiden itu minda masyarakat melayu mula dijajah pelan2..dijadikan hamba abdi..jadi kuli ingeris..nak serang x boleh pasal dah x mahir buat senjata ..x ada modal
      .sebab negara kena jajah..jadi orang melayu tu hanya mampu mengikut je la..dan dijajah selepas kejatuhan melaka ye..bukan sebelum itu..kaji balik apa yg masyarakat melayu tu hebat ke tidak masa tu..nk tahu siapa orang pertama yg buat kapal laut masa itu..dan pelabuhan paling sibuk masa tu kat mana...sebelum bahasa inggeris menjadi bahasa pengantar antarabangsa sebelum itu bahasa melayu dah jadi bahasa pengantar antara bangsa ketika itu...jangan cakap tipula apa la..klau x mengaku bangsa sendiri tu hebat x payahla nak menjatuhkan nya pula...

      Delete
  38. Kemerdekaan bukan diminta. Tetapi terpaksa diberi oleh kuasa Emperialis (penjajah) kerana gerakan Komunis di seluruh dunia. Takut Tanah Melayu jatuh ke tangan komunis kerana ideologinya yang memperjuangkan hak. Maka, ditubuhkan UMO sebagai proksi penjajah untuk terus menjajah dan mengaut keuntungan... Sebab tu, lebih baik sejarah disembunyikan... supaya dapat melahirkan lebih ramai orang bodoh

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum dan slam sejahtera.Saya sendiri juga berasa pelik sewaktu saya menuntut di tingkatan dua pernah juga saya terbaca dalam buku sejarah yang menceritakan bangsa melayu kita dahulu menggunakan keris,pedang,tombak dan sebagainya sewaktu berlawan menentang penjajah.yang menjadi persoalan kepada saya pada ketika itu ialah kenapa semasa portugis menyerang melaka mereka menyerang sebanyak dua kali tetapi serangan itu menemui kegagalan hanya kali ketiga empayar melaka di kalahkan oleh portugis,kalaulah orang-orang melayu hanya menggunakan kris,tombak dan lain2 mengapa serangan portugis gagal ketika mereka melancarkan serangan pertama.kalau di katakan melaka hanya menggunakan peralatan perang yang di sebutkan mungkin mudah portugis menggalahkan melaka jika mereka melancarkan serangan pertama pun agak pelik jika ini yang di katakan ternyata mereka hanya nak meruntuhkan moral orang melay..

    ReplyDelete
  40. kenapa nk digelapkn? amek cth mudah, aku anak raja 2nd, abang aku yg memerintah, die pemerintah yg bgs, aku dengki, dtg pedagang omputih ckp bole tlg aku jd raja cpt, janji sign ape2 agreement yg dieorg bg, aku sign, dieorg tlg kalahkn abang aku, aku jd raja, agreement ckp kene ikot bnyk rules dieorg, aku kisah ape lg, aku da jd raja, janji aku ley memerintah...yg gelapkn sejarah bkn omputih je, omputih gelapkn sejarah untuk orang zaman dulu untuk kita jd lemah x de semangat juang, yg ntuk orang zaman sekarang plak sejarah kita orang melayu kita yg gelapkan sendiri, untuk jd pemerintah kepada rakyat cani la...kita ni bodo, kite negetif, lembik, kuat mkn belacan jd bangang...tngk jepon seni/adat die smpai skang negara lain ikot sbb sejarah die di agung2 kn di media mcm dlm katun filem atau drama, kite ni plak sume sebok nk blaja jiujitsu ngan kickboxing, ape silat x power ke? bkn sbb tu, tp sebab ko malu ngan negara kita,di perintah oleh pemerintah penipu penyokong penjajah berzaman2 gunakan brainwash yg penjajah ajar ke rakyat sendiri, supaya kita jadi negetif, x ssh pemerintah kita nk memerintah rakyat yg lemah

    ReplyDelete
  41. Syabas !! Pendedahan yg terbaik ..Hidup melayu !!

    ReplyDelete
  42. Assalam... kisah yg menarik, ada yg terlupa mana kita dpt senjata2 tu,bkn kah melaka terdahulu menjalankan hubungan diplomatik dgn china semasa zaman kesultanan melaka jd tak hairanlah senjata2 tersebut kemungkinan besar telah dibawa masuk ke melaka.. maka saya beranggapan china dr sejarah adalah bangsa yg memajukan alat peledak,bom,bungapi jd sudah tentu ketika hubungan diplomatik sedikit sbyk membantu kemasukan senjata api dn yg seumpamanya wallahualam..

    ReplyDelete
  43. kembali lah melayu semua ke jalan agama nabi muhammad saw .. hanya kembali ke agama Allah swt ini saja dapat mengembalikan kehebatan bangsa melayu.... melayu bukan lemah melayu bukan bodoh melayu bukan bangsa bangsat..Melayu itu bani jawi bangsa mim insha allah kita akan bangikt bersama barisan hadapan al-mahdi ..hanya jauhari mengenal manikam...wslm..

    ReplyDelete
  44. as salam, terima kasih kepada penulis kerana berkongsi ilmu. Kisah ini adalah sebahagian dari kisah panjang yang kita tidak ketahui, Allah suruh kita membaca dan mengkaji. Dari penubuhan gerakan iluminati, kejayaan dan kejatuhan kerajaan turki, kerajaan islam melayu melaka dan ayyuthia, penjajahan portugis, belanda dan inggeris sehingga penjajahan global yang berlaku sekarang semuanya ada kaitan. Insyallah, bila kita menggali sejarah kita akan temui jawapannya...yang penting kita bersatu, bersandarkan sejarah lepas, kerana sejarah membangkitkan keyakinan dan kecintaan kepada bangsa dan negara

    ReplyDelete
  45. baru terbuka mata hati saya bila dapat tahu tentang sejarah Melayu yang sebenar

    ReplyDelete
  46. mungkinkah filem yg sri kandi maksudkan tu filem "Sumpah Di Bumi Merkah"? https://youtu.be/YWMJ6iPC-kw

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum..Terima kasih Srikandi atas perkongsian yang amat berguna..

    ReplyDelete
  48. Gambar "Malay Musketeers" itu salah. Itu bukan Melayu tapi suku Nias dr Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dna membuktikan tamadun paling awal di Malaysia adalah pada tahun 500 sebelum masehi mereka yang ada di Jawa seberang .. Indonesia tu semua asal dari tanah melayu jugak sebab dulu org melayu mengalami peperangan terlampau banyak..dari perang dengan Siam sampailah British..rujukan catatan sumber catatan dari jeneral Jepun dan Sheikh dari Pattani ..semua catatan di tanah Melayu semua dah di hapuskan oleh British untuk menyembunyikan tamadun melayu

      Delete
  49. Menarik cik...tapi dengan Senjata dan kebudayaan yang tinggi pun tidak bisa menghantarkan manusia kepada kejayaan dan kebahagiaan tertinggi...hanya iman dan amal saja yang isa memuat manusia menjadi bahagia dan selamat di dunia dan akhirat...(ian Abdurrohman)

    ReplyDelete
  50. Info yg berguna, patut buku sejarah kene tukar, ade yg komen x yah bangga sangat la ape la sbb masa zaman jepun kene jajah pakai basikal je, cube buka sejarah china kene jajah ngan jepun kenapa, negara sebesar tidak tu boleh kene jajah...sendiri pikir ye..

    ReplyDelete
  51. tetapi yang pastinya menuntut ilmu kemudiaan memanfaatkannya untuk kesejahteraan juga adalah tuntutan agama. seperti ilmuan islam masa silam punya ilmu dunia dan ilmu akhirat maka hasilnya mereka telah banyak menyumbangkan kemakmuran kepada manusia seluruhnya bahkan ianya bukan sahaja dapat dirasai dalam zaman mereka tetapi juga dapat dirasai sehingga zaman kini.

    ReplyDelete
  52. Post ini pada tahun 2010. Tp aku membacanya pada 24 Mac 2020,jam 6.24ptg.

    Saat ni dunia tengah mengalami virus dasyat iaitu Covid-19.

    Tahun 2020 juga, bangsa melayu sangat²lah lemah hanyalah hebat menjadi keyboard warrior sahaja. Sgt berbeza dengan bangsa dahulu kala yang hebat mempertahankan negara tercinta.

    Saat tahun 2020 ini sahaja aset² negara Malaysia dah tergadai kpd kerajaan luar. Kuasa² besar semuanya claim kecanggihan teknologi masing².

    Untuk bangsa melayu, tiada yang dibanggakan kerana semuanya dimonopoli oleh bangsa China.

    ReplyDelete