Friday, August 13, 2010

Catatan Srikandi dari Guadalajara




Jangan dipendam 
hati yang duka
kelak bersarang
bermuramdurja

Biar dibuka
rahsia di dada
Tiada pekung tiada dhoraka

Tiada curiga semua muditta
Biar dibuka
tiada rahsia





Menyusuri perjalanan jauh dari Calakmul ke Mexico City menimbulkan nostalgia kepada saya ketika masih di belajar di tanah air.Ketika itu saya mengikuti rombongan konvoi 'The Golden Chersonese' yang bermula dari Johor Bahru,merentasi Tanah Semenanjung yang bertuah dan kemudiannya melepasi sempadan Thailand di pintu masuk Padang Besar.Seterusnya kami menuju ke Hatyai,Phattalung seterusnya sampai di Ranong (Segenting Kra).Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bangkok.Seterusnya kami ke Aranyaprathet dan memasuki Kemboja.

Sepanjang perjalanan itu (khususnya di Indochina),saya mengkhayalkan kisah-kisah dan hikayat Melayu dahulukala seperti puteri kayangan,nenek kebayan,putera raja atau pun pengembara-pengembara dan pelaut (diidentifikasikan sebagai 'Malim' seperti Hikayat Malim Deman) pernah terjadi di sini.Saya perhatikan Banjaran Tenasserim (Tenang Siram atau Tanah Sari) yang indah,menimbulkan misteri betapa di sini pernah berdiri beberapa negarakota Melayu Purba pada masa silam.Dan disini juga terjadinya sebahagian hikayat-hikayat purba Melayu yang diceritakan turun-temurun sehingga ke hari ini.Sebenarnya di sini bertaburan orang-orang Melayu di celah-celah nama-nama Thai mereka bersama-sama kaum-kaum lain (Thai khususnya).Di Segenting Kra sebelah Myanmar pula,terdapat perkampungan-perkampungan Melayu di mana orang Burma memanggil mereka sebagai 'Pashu'.Zon semenanjung yang dihuni oleh 'Pashu' ini dikenali sebagai semenanjung Myeik.Pada zaman purba,kawasan ini diperintah bersilih ganti oleh kerajaan-kerajaan Mon dan etnik-etnik Malayan.Seperti yang diterangkan dahulu,orang Mon adalah etnik Indochina antara yang terawal berinteraksi dengan orang Melayu pada masa silam.Namun hubungan orang Mon dan Mela (antara nama purba puak-puak Malayan di Indochina) amatlah misteri sehingga kini.Terdapat hipotesis di kalangan ahli bahasa mendakwa istilah 'Mon' adalah kesalahan sebutan bahasa Kradai (bahasa-bahasa seperti Tai dan Lao) terhadap huruf 'L' pada akhir perkataan 'Mel' atau 'Mal'.Ini samalah seperti perkataan 'Setul' (nama sejenis buah dalam bahasa Melayu) iaitu nama sebuah tempat di selatan Thai disebut sebagai 'Satun' oleh lidah orang Thai.          

Tanintharyi adalah nama kawasan yang diduduki oleh orang-orang Melayu Myanmar,merupakan versi sebutan Burma bagi Tanah Sari,satu wilayah purba orang-orang Melayu dahulukala.Begitu dengan nama 'Tenasserim' yang dijadikan nama banjaran gunung di sini sebelum ditukarkan menjadi Tanintharyi adalah istilah Melayu iaitu 'Tenang Siram'.Betapa misterinya kewujudan orang-orang Melayu di Indochina dan betapa anehnya mengenangkan pesona warisan keMelayuan yang hilang di Indochina.

Sebelum mengkaji Diari Lodgekeeper dahulu,saya benar-benar tidak menyangka bahawa rahsia yang tersimpan di dalam diari ini berkenaan rahsia kerajaan-kerajaan Melayu purba di Indochina adalah amat mengejutkan!Saya ketika itu hanya tahu sedikit sebanyak tentang Champa,satu kerajaan Austronesia yang berbahasa rumpun Melayu di pantai-pantai Vietnam.Saya masih ingat buku rujukan Sejarah Tingkatan Lima terbitan Sasbadi yang saya tatap sebelum menghadapi peperiksaan.Di dalam terdapat tajuk kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.Tercatat di sana nama Funan dan Champa,dan Champa dinyatakan sebagai 'kerajaan Melayu terawal' di Asia Tenggara.Ketika itu saya berbisik di dalam hati,bagaimana terdapat orang Melayu di Vietnam pada masa dahulu!

Pada muka surat ke 37,perenggan ke 5 di bawah tajuk 'The Realm of Mystic Flower' ada mencatatkan:

"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan,Teratai di kiri,Kembuja di tengah dan Champaka di kanan..."

Ayat-ayat ini benar-benar menimbulkan perasaan aneh kepada saya.Sejak dari itu saya bertekad untuk mencari warisan Kemelayuan yang hilang di Indochina.Semakin saya membaca ayat-ayat seterusnya di dalam diari itu,saya semakin menjadi tidak keruan.Betapa di dalamnya terungkap rahsia-rahsia yang begitu lama terpendam selama beribu-ribu tahun!

Selama seminggu saya tiba-tiba mendapat demam panas ketika mengkaji tajuk 'The Tabernacle of Melati and Mala'.Anehnya,beberapa kali saya mendapat mimpi-mimpi aneh.Saya bermimpi tentang raja-raja purba dan daerah pemerintahannya yang digambarkan aman makmur dan indah permai.Saya bermimpi didatangi seorang puteri raja yang memakai mahkota berkerawang yang mirip sekali dengan perhiasan kepala yang selalu dipakai oleh penari Menora di Kelantan.

Selepas mengalami mimpi aneh itu,saya terus mengatur rancangan untuk melawat negeri pantai timur yang penuh misteri ini,Kelantan Darul Naim,semata-mata mahu melihat dengan lebih dekat 'headgear' penari Menora.Sehinggalah ada satu malam saya berpeluang menonton satu pertunjukan kebudayaan yang tertutup (saya dimaklumkan dengan polisi kerajaan negeri ketika itu) menampilkan penari Menora.Namun 'headgear' mereka tidak sama dengan apa yang dipakai oleh puteri raja dalam mimpi saya itu.Kostum para penari itu seolah-olah penari tarian Thai yang memakai 'headgear' yang bermuncung tajam.Saya pun menemui guru Menora yang melatih para penari tersebut dan bertanyakan perkara tersebut.Beliau meminta saya melukiskan bentuk perhiasan kepala puteri raja tersebut.Guru tua itu begitu lama merenung lukisan saya.Tidak berkedip matanya merenung lukisan saya itu.

Beliau memandang saya dan mengatakan bahawa perhiasan tersebut pernah dilihatnya ketika kecil dalam satu persembahan Menora di kampungnya di Songkhla (Singgora).Ia adalah perhiasan satu aliran Menora kuno yang jarang dilihat kini.Namun begitu beliau pun kurang pasti jika tarian itu adalah dari Menora atau tarian lain,namun beliau mengatakan kini Menora jarang memakai 'headgear' sebegitu walaupun sesetengah tempat beliau pernah melihatnya mirip seperti itu.Di kesempatan yang amat berharga itu,beliau telah menceritakan sejarah Menora yang begitu menarik bagi saya;penuh misteri untuk mencantum rahsia Kemelayuan yang hilang di Indochina.

Beliau menceritakan asal-usul Menora adalah dari Singgora dan pada masa dahulu Singgora adalah sebuah kerajaan Melayu purba yang diperintah oleh Raja saifafat dan Permaisuri Sri Mala.Tarian Menora ini kononnya diasaskan oleh cucu baginda sendiri.Dari kerabat istana,tarian ini diajarkan kepada orang kampung termasuk orang Thai yang menyerap tarian ini menjadi budaya mereka (orang Tai gemar kepada tarian-tarian,raja Tai pernah mengangkut beratus-ratus penari Khmer ke ibukota kerajaan mereka setelah menakluk Angkor dahulu).Kisah yang diceritakan oleh guru Menora itu amat panjang dan sukar saya mengingatnya namun saya tertarik dengan nama permaisuri Singgora itu yang bernama Sri Mala.Nama tersebut begitu terkesan di dalam diri saya.

Malam itu,saya tidak dapat tidur.Dahi saya berpeluh.Malam itu saya terasa amat panas.Tiba-tiba saya terasa seseorang berada dihujung kaki saya.Saya cuba memanggil rakan saya yang tidur di sudut sebelah bilik,namun suara saya seakan tidak keluar.Saya cuba menjeling ke arah kaki saya.Alangkah terkejutnya saya apabila terpandang seorang wanita yang aneh,dengan memakai perhiasan kepala!

Saya menjerit tidak keruan.Rakan saya terkejut dari tidur dan menenangkan saya.Malam itu saya dapat tidur hanya setelah lampu bilik dibiarkan terpasang dan rakan saya tidur di hujung kaki saya.

Paginya saya terus bergegas ke Kuala Lumpur.Saya terus ke Perpustakaan Negara dan mencari maklumat tentang sejarah Indochina dan kerajaan-kerajaan purba di Asia Tenggara.Sejam saya mencari namun saya masih tidak tahu apa yang saya cari.Ketika asyik membaca,tiba-tiba mata saya tertarik dengan satu perenggan tentang sejarah Hamsavati,sebuah kerajaan purba Mon.Perenggan ini menceritakan raja-raja dari dinasti Mala yang berasal dari 'Sri Dharmaraja' dan dari garis keturunan dinasti ini telah  menurunkan Samala dan Vimala,dua orang putera yang menubuhkan Hamsavati,kerajaan purba orang Mon.Ini amat-amat menarik dan menyimpan satu rahsia yang begitu penting.Tiba-tiba saya teringatkan 'SriMala',nama seorang wanita yang menjadi permaisuri sebuah kerajaan purba di Singgora.

Apa kaitan Sri Mala dengan Samala dan Vimala?

Apakah dia dinasti diraja Mala dan apa kaitan dengan Malayu?

Ketika itu saya merasakan saya hampir melengkapkan 'puzzle' ini,namun saya masih ragu-ragu tentang perhiasan kepala puteri raja yang saya lihat dalam mimpi dahulu.Apa kaitannya dengan kerajaan Mon,dua orang putera berdarah dinasti Mala,permaisuri Sri Mala dan orang Kelantan?

Saya kembali ke perpustakaan pada keesokkan harinya.Saya cuba berjalan dari satu rak ke satu rak.Hampir dua jam saya menelaah,namun saya kembali menemui jalan buntu.Saya meletakkan kepala ke meja perpustakaan.Saya mengeluarkan 'walkman' dan memasang 'earphone' ke telinga.Ketika itu saya masih ingat,lagu Siti Nurhaliza,'Joget Berhibur' sedang ke udara.Saya asyik melayan lagu ini sehinggalah ke lirik ini:

"Pohon berembang di atas gunung
Tumbuh dibawah pohon meranti
Janganlah hidup berulam jantung
Menunggu dia bersama mati"

Tiba-tiba saya tersentak.'Deja vu' mimpi saya tentang satu kerajaan purba yang aman permai tiba-tiba menyentak di dalam kepala.Saya 'reverse' kan lirik itu kembali dan cuba menarik seberapa banyak 'channeling' tentang petunjuk dalam lirik tersebut.Apa maksud 'pohon berembang di atas gunung'?

Saya mesti cari rahsia Funan,bisik hati saya.Funan adalah bermaksud 'gunung'.Kemudian saya bergegas mencari maklumat tentang Funan,sebuah kerajaan terawal di IndoChina,sekurang-kurangnya bermula 1 Masehi lagi.

Sekli lagi saya bergegas mencari dan mencari tentang Funan.Funan,seperti yang diketahui umum masih kabur identiti mereka dan menjadi perdebatan antara sarjana untuk menetapkan bahawa adakah ia kerajaan orang Khmer atau dari rumpun Austronesia.Saya telah menemui beberapa buku yang saling berbeza pendapat antara yang mengatakan ia kerajaan Khmer,kerajaan rumpun Melayu (seperti Champa) dan ada yang mengatakan ia diperintah oleh raja Hindu dari India.Saya tidak tahu mengapa,setiap kali saya mencari tentang Funan,saya pasti akan terhenti kepada bahagian Champa,sejak diketahui Funan dan Champa pernah sezaman.

Pada satu ketika,sedang saya mencari-cari,tiba-tiba saya terpandang lukisan-lukisan lakaran 'headgear' yang dipakai oleh bangsawan dan kerabat diraja Champa.Alangkah terkejutnya saya apabila salah satu 'headgear' itu benar-benar sama dengan perhiasan kepala yang dipakai oleh puteri misteri dalam mimpi saya!





Cerita selepas itu adalah menakjubkan.

Selepas penjajahan,warisan Kemelayuan benar-benar hampir lenyap di Indochina.Penjajah telah memberikan tampuk politik kepada kaum yang dominan dalam wilayah-wilayah jajahan,dan bermula sejak itu,nasionalis masing-masing mula menuliskan sejarah.Nasionalis terutamanya Khmer dan Tai,telah berlumba-lumba menuliskan sejarah bangsa masing-masing.Kecuali Vietnam kerana istana,candi,bangunan dan tempat suci Champa masih terpelihara (Dai-Viet diketahui amat kurang warisan binaannya kerana kerajaannya sama seperti Monggol;berdiri di atas peperangan),nasionalis-nasionalis ini cuba untuk menafikan pengaruh politik Kemelayuan di dalam sejarah negara masing-masing.Raja-raja Tai cuba men'Tai'kan seberapa banyak nama-nama tempat yang berbau Melayu dan menamakan semula raja-raja purba Melayu dalam lenggok Tai.Nama-nama raja Melayu yang pernah memerintah Kambuja terselindung secara misteri dalam nama-nama Hindu mereka dan nasionalis Khmer mendakwa mereka adalah dari keturunan Khmer asli.

Kini pengkaji sejarah dari luar malah dari dalam Thailand dan Kemboja sendiri mengakui pengaruh Empayar Melayu ini yang menurunkan darah keturunan mereka untuk memerintah Suvarnabumi;Srivijaya.


Pada abad-abad terawal di Indochina,segala kisah dan hikayat di sana adalah cerita tentang raja-raja Melayu dan Jawa bersaing sesama sendiri mempertahankan jajahan.Perlu diingat istilah 'Jawa' di sini bukanlah orang Jawa di Tanah Jawa,namun satu suku Melayu yang menguasai Indochina pada zaman purba.Pada inskripsi dan manuskrip purba Tamil,Sanskrit dan Sri Lanka menyebutkan mereka adalah 'Javaka' manakala prasasti-prasasti Khmer menyebutkan mereka sebagai 'Chaeva'.Melayu di sini merujuk kepada Srivijaya yang terkenal dalam catatan-catatan purba Indochina sebagai 'Chakravartin' (pemerintahan universal atau empayar).Saya telah mengetahui satu rahsia penting ketika raja Haripunjaya menyerang Lavo (Lopburi sekarang-'Lavopuri') kira-kira abad ke 9.Dari peperangan misteri ini saya mengetahui asal-usul orang Kelantan yang mewakili dialek Pantai Timur dan perbezaan mereka dengan orang Kedah yang berdialek utara.

Terdapat satu suku Melayu terawal yang pernah bersempadan dengan wilayah-wilayah Cina pada zaman purba.Mereka pernah berperang dengan Maharaja Cina dan berjaya menubuhkan kerajaan.Dan saya tahu dari mana asal-usul orang Mon dan kaitan mereka dengan masyarakat Siam Kedah dan Melayu Kedah.

Di Kelantan,terdapat satu kawasan yang dinamakan 'Jawakoti' atau Titik Jawa.Ini adalah kawasan yang paling terpenting dalam sejarah Kemelayuan,untuk menghubung era-era purba mereka dengan era Srivijaya menjadi empayar perdagangan maritim.Dari sini saya mengetahui dari mana asal-usul orang Jawa di Tanah Jawa yang tiba-tiba bangkit membina kerajaan,kerana saya tahu orang Sunda terlebih dahulu telah pun lama mempunyai kerajaan mereka sebelum kewujudan Majapahit.Siapakah yang membantu orang-orang Jawa di Tanah Jawa membina peradaban?


Kebanyakan empayar di dunia akan meninggalkan binaan yang agung tanda kemuncak peradaban mereka.Sekadar menyebutkan beberapa contoh,Mesir Purba meninggalkan Piramid Agung Giza,Rom meninggalkan Colosseum,Greek meninggalkan kompleks Athens,China meninggalkan Tembok Besar China,Moghul meninggalkan Taj Mahal dan seteruskan sebagai tanda kemuncak kekayaan material dan hegemoni politik mereka.Namun ketika orang di Tanah Jawa masih belum mempunyai kerajaan,telah terbina kuil Buddha paling terbesar di dunia,Borobudur.Ketika ini,kuil-kuil Buddha di China amatlah kecil dan sami-sami di sana hanya mampu mengukir patung Buddha di gunung-gunung,yang paling terkenal ialah seperti di Lesyan.Namun satu tamadun yang agung telah berjaya membina satu binaan yang kreatif dan menakjubkan.Sebab itu raja-raja Srivijaya menghantar para pengukir dan tukang batu mereka kepada Maharaja Cina untuk membaiki kuil dan membina candi-candi sebagai menjalinkan hubungan diplomatik.Seorang raja Srivijaya yang bernama Cudamanivarman telah menghadiahkan sebuah loceng yang dinamakan oleh Maharaja China sebagai “Kehidupan Seribu Tahun Yang di Anugerah dari Syurga”.Orang-orang Melayu Srivijaya juga telah dipanggil oleh Maharaja Cina bagi membaiki candi-candi di sana misalnya pada tahun 1079 tercatat di kuil Taois di Kanton nama seorang  pembesar dari Srivijaya yang bernama Ci-lo-lo (Chi-lo-lo) yang dihantar oleh Maharaja Srivijaya yang bernama Divakara untuk membaiki kuil tersebut.Maharaja Cina itu memberi gelaran kepada Maharaja Srivijaya itu sebagai “Jeneral Agung”.Betapa manisnya hubungan antara Maharaja Cina dan Maharaja Melayu Srivijaya pada masa silam.

Dari sini saya mengkaji dinasti Sailendra yang sebenarnya berasal dari Melayu Sumatera sebelum menakluk Tanah Jawa dan hubungan mereka dengan kerajaan-kerajaan Melayu terawal di Indochina termasuk hubungan mereka dengan orang Khmer dan Angkor.Kemudian saya mengesan bahawa sebenarnya mereka berasal dari Indochina yang pernah memerintah Kemboja (Funan?) kemudian berpindah ke Sumatera.Nama dinasti ini ada tercatat dalam sebuah kuil purba Khmer.

Saya juga mengetahui rahsia raja-raja Kambujadesa dan Empayar Angkor.Titik kunci bagi semua rahsia ini adalah di Ligor,ketika berdirinya satu kerajaan Melayu dari dinasti Mala Purba bergelar Sri Dharmaraja.Saya menyelusuri sejarah Ketomala dan Sri Melati dari 'The Ancient Court of Mala'.Dan saya mempelajari bagaimana Ketolamala menubuhkan istana Angkor dan misteri siapakah Sri Kambu.

Pada muka surat 47 di bawah tajuk 'The Bloodline of The Kings of Sacred Mountain ':

"Mereka berasal dari satu bangsa misteri yang pernah menerima utusan Mesir Purba pada masa dahulu.Mereka inilah asal-usul gelaran 'Pharaoh' yang merupakan sebutan versi Mesir Purba kepada 'Perahu' yang tercatat nama Raja Mala ini pada ukiran di Kuil Hatshepsut di Luxor.Samala dan Vimala adalah satu garis keturunan dari Ketolamala berasal dari kelas pemerintahan Mala-YU purba di Ligor,Negara Sri Darmaraja yang maju dan berjaya"

Dari petunjuk dalam Diari Lodgekeeper ini saya mula mengkaji sejarah Kemboja dan Thailand dan menghubungi rakan-rakan Khmer saya untuk mendapatkan senarai manuskrip,inskripsi dan batu-batu bersurat dari era pra-Angkor sehingga saat-saat kemuncak peradaban Angkor.




Saya belajar tentang Suryavarman II yang membina Angkor Wat.Saya juga belajar tentang moyangnya Suryavarman I dan Jayaviravarman yang dipengaruhi aura Srivijaya.Semua ini membawa saya ke satu dinasti yang samar-samar dalam sejarah Kemboja,Viravamsa.


Inskripsi Phimanakas mencatatkan:

  
Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka


Inskripsi ini menunjukkan hubungan Suryavarman dengan kerajaan Sri Darmaraja (Ligor) atau Tambralingga.Saya telah terangkan sebahagian rahsia Tambralingga di mana seorang raja Melayunya bernama Chandrabhanu pernah berusaha menakluk Sri Lanka.

Kemudian saya menyedari keanehan pada Suryavarman I yang asal-usulnya dinyatakan sebagai 'came from Malaysia' pada satu artikel kajian penyelidik Khmer.Kemudian rupa-rupanya keanehan itu semakin membesar apabila saya mendapat tahu dari prasasti demi prasasti,manuskrip demi manuskrip seperti Khmer Chronicle (Botomvaravamsa),inskripsi Prasat Khna as Sri Narapativiravarman,inskripsi Ta Praya,Inscription Prasat Trapan Run sekadar menamakan beberapa contoh menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan dinasti Melayu Srivijaya!

Tidak hairanlah raja-raja Angkor terawal selalu berulang alik ke Jawa kerana di sana terdapat saudara mara mereka dari dinasti Sailendra yang merupakan 'ruling class' Empayar Melayu Srivijaya.

Contohnya dalam inskripsi Prasat Trapan Run memperkenalkan seorang raja Angkor bernama Jayavivarman sebagai 'raja Mala' (Maulimalaraja), menghubungkan beliau kepada raja Srivijaya bernama Sujita dalam rekod-rekod orang Mon.

Dalam Batu Bersurat Talang Tua yang ditemui di Bukit Seguntang,Sumatera tercatat perkataan 'Śrīksetra':

"Pada 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Śrīksetra dibina di bawah pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang... (terjemahan Goerge Coedes)

Śrīksetra adalah sebuah tempat di Burma sekarang dan dikenali sebagai negarakota orang Pyu pada masa silam.Menariknya di antara wilayah Indochina yang tercatat pernah di bawah taklukan Jayanasa,Maharaja Srivijaya yang agung itu ialah Segenting Kera,Dwarawati (Thailand Tengah dan Utara),Khemra Hilir (Kemboja),Khemra Ulu (Laos),Arimadana (Myanmar) dan Sumatera Selatan.

Dahulu kita pernah tinggal di Indochina!

Semua keanehan ini membawa saya ke Angkor Wat sejak saya mengetahui siapa Suryavarman II dan kaitan beliau dengan Sri Kambu,raja-raja Mala dan kerajaan Melayu Ligor.Saya merenung ukiran-ukiran di tembok-tembok Angkor Wat tanpa sebarang tujuan.Bisikan hati saya menuju kepada watak-watak perempuan pada ukiran bas-relief kuil itu.Sebenarnya saya ingin mencari puteri misteri dalam mimpi saya.Malangnya semua watak-watak wanita di Angkor Wat kerap digambarkan tidak menutup bahagian dada.Ini tidak menggambarkan ciri-ciri puteri raja di dalam mimpi saya yang berpakaian seolah-olah kebaya lama.Entah mengapa intuisi saya kuat mengatakan 'dia' ada di sini!

Saya mengelilingi tembok-tembok yang menceritakan peperangan dalam Ramayana dan Mahabbrata dan juga sejarah Cham dan Khmer (Khemra).Kemudian setelah letih menjelajah saya berhenti rehat di satu sudut kuil.Kemudian secara tidak sengaja saya terpandang ukiran dua gadis yang seolah-olah berkebaya diukir di satu galeri!

Pakaian dua orang gadis itu amat ganjil dan berbeza dengan pakaian gadis Khmer di ukiran-ukiran tembok lain dan anehnya ukiran dua gadis 'berkebaya' ini diukir dalam galeri yang terasing dan nampak istimewa.Saya benar-benar teruja.Siapa mereka berdua?Mengapa mereka memakai kebaya?

"Siapakah kamu sebenarnya?",

berkali-kali saya menyoal ke arah dua ukiran tersebut sehingga tiga orang pelancong Korea menjeling-jeling ke arah saya sambil tersenyum.

Kemudian selepas beberapa lama,barulah saya tahu siapakah sebenarnya Suryavarman II.

Begitu agung dan syahdunya sejarah Kemelayuan pada masa silam.

Satu catatan yang menarik ialah Suryavarman I telah membina Preah Vihear merupakan seorang Raja dari dinasti Malayu yang terakam dalam 'Riwayat Chiang Mai' (Chronicles of Chieng Mai).Kemudian Preah Hear direbutkan oleh orang Khmer Kemboja dan Thailand pada hari ini.Sejarah kita telah direbutkan oleh orang lain.

Insya Allah,saya akan jelaskan semua rahsia ini dengan lebih mendalam dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu V3.5 akan datang.

Rahsia Kemelayuan bagaikan 'puzzles' yang terpisah-pisah di sana-sini.Berada di Indochina membuat kajian tentang Melayu,memaksa saya mengumpulkan rekod-rekod Mon,Khmer,Tai dan Viet.Sejarah Melayu MESTI dibaca bersama-sama dalam semua rekod berbeza ini.Ini kerana setiap rekod kaum-kaum ini mengandungi 'puzzle' masing-masing yang perlu digabungkan dengan 'puzzle' yang dipegang oleh kaum lain.Jika tidak,ia menjadi 'The Lost Civilization' yang tergelap dalam sejarah Indochina.

Perlu diingat sekali lagi,sejarah ditulis oleh mereka yang menang.






sembah salam Srikandi dari Guadalajara
15 April 2010






21 comments:

  1. saya suka baca entry awk

    ReplyDelete
  2. Sejarah Bangsa2 Indo-Melayu/Austronesia ada kemiripan dengan Sejarah Bangsa Keltik yang pernah merajai Eropa. Pendapat Cik Srikandi benar adanya karena Prof.Stephen Oppenheimmer dari Oxford University,berpendapat begitu pula.

    ReplyDelete
  3. Sayangnya Nasionalisme Sempit telah menguasai semua Negeri Melayu sehingga mereka mengabaikan atau melupakan Akar mereka yaitu"Bangsa Melayu Mahawangsa". Pada saat Bangsa Cina Han/Negara RRC sedang mengalami Kebangkitan dan menjadi Negara Adi Kuasa baru,sebaiknya kita merapatkan Barisan kita.

    ReplyDelete
  4. Situs ini tentang Sejarah dan Peradaban di Kepulauan Melayu www.lenteratimur.com Pengasuh Situs ini bisa diikuti di Twitter pula,yaitu Saudara Tengku Dhani Iqbal @dhaniiqbal dan Saudari Ken Miryam Vivekananda Fadlil @kenmiryam serta ikuti pula @lenteratimurcom di Twitter.

    ReplyDelete
  5. Pada dasarnya Penduduk Asli Thailand adalah Penutur Bahasa Austro-Asia/Mon-Khmer dan Austronesia/rumpun Melayu. Karena itulah bentuk Rumah mereka mirip bentuk Rumah Melayu atau Minangkabau serta masakan Thai mirip masakan Melayu. Ibuku pernah mengatakan padaku"Pakaian Orang Thailand mirip Pakaian Orang Padang/Minang":) Di Daerah Pegunungan Thailand Utara terdapat Suku Bangsa Karen yang memiliki kemiripan dengan Suku Bangsa Batak dari Tapanuli/Sumatera(rumpun Melayu Tua).

    ReplyDelete
  6. Hola sricandi..
    que hiciste en guadalajara?

    ReplyDelete
  7. Makan dengan tangan kanan jgn lupa baca bismillah. jazak ALlah khair

    ReplyDelete
  8. Salam saudara..saya ingin bertanya berkenaan peshu..melayu di burma di tenang sari atau tenang seri...semua orang tau saudara melayu di sana masih mgunakan bahasa melayu kedah dan tulisan jawi...di sini saya ada persoalan.. Diceritakan oleh ayah dan datuk saya..tok johan dengan tok wahab adalah keturunan kesultanan kedah...dalam kajian saya menunjukanan tok johan adik kepada long putra..iaitu paduka sultan anjang johan...dlm peninggal surat -surat yang diwarisi..menunjukkan tok wahab juga digelar dengan panggilan 'ku wahab'.. Tok wahab mangkat dan disemadikan di kg cheden dekat kg pasir di burma ...di situ juga disemadikan anak tok johan...manakala tok johan di percayai mangkat dan disemadikan di pulau balai di burma..di sini saya nk mendapat kepastian berkenaan tok wahab...dimana tok wahab mewariskan al quran tulisan tangan kepada genarasi sehingga sekarang...

    ReplyDelete
  9. Menarik....saya harap saudara dapat ceritakan lagi pasal keturunan raja Kedah di Burma,sebab memang wilayah Kedah Tua dulu sampai di Tenang Sari atau Thanintharyi di Burma nun

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  10. Nenek Moyang kita bukan dari Cina!
    http://www.bradshawfoundation.com/journey/

    ReplyDelete
  11. Kisah taratai jumpa kamboja champaka saroja

    ReplyDelete
  12. cik Srikandi...semoga rahasia sejarah yg anda punya,bisa menjadi kajian khalayak,khusus nya bagi suku2 ras Mahlayu,dan jangan sampai rahasia itu,hanya ada dalam dada,dibawa mati.
    Oh.ya kajian yg sangat menarik.karena selama ini,orang hanya berpandu pd cerita2 dari China.
    Trus ,mengenai Sriwija,,bagaimana pandangan atau pendapat ncik,tentang kisah perjalanan pendeta Itsing ?? Mohon diterangkan....trims

    ReplyDelete
  13. Jika tak jd kesalahan. Perempuan yg srikandi mimpi tu berbaju kebaya warna apa_

    ReplyDelete
  14. Raditya Nugraha.... sila ke fanpage saya https://ms-my.facebook.com/srikandisejarah
    nanti saya masukkan artikel I-Tsing di blog ini

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  15. Siti norwazanah...saya tidak ingat

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  16. Cerita anda menarik tp cerita berulang ulang dan material yg sama..lg satu cerita nya sering tergantung dan melompat lompat..sepertinya anda mahu membawa pembaca lebih jauh tp nyatanya hanya material yg sama ditampilkan dan tidak membawa pembaca lebih jauh..poin amat penting dlm sebuah pengatahuan tp kadang2 poin anda tidak sampai dan tergantung

    ReplyDelete
  17. Assalam mualaikum Srikandi,

    Sebenarnya keturunan Raja Melayu Kemboja masih ujud dan berada di Negeri Kedah dalam daerah Pendang. Kemunculan waris termuda pada usia 18 tahun dan menceritakan salasilah keluarganya menerusi pengembaraan maya kealam leluhurnya.

    Headgear yang dipakai itu adalah kebudayaan Khmer Tua yang dinamakan tarian Apasara..tarian rasmu istana Raja Kemboja.

    Emas dan berlian disembunyi bumi
    mata yang kasar tidak menjangkau
    kelihatan yang abadi
    kupohon xxxxxxxxxxxxxx
    membuka kebenaran dicelah anak mataku
    yang abadi menjadi maya
    yang maya menjadi nyata
    agar penglihatanku menjadi berguna
    moga diri ini tiada megah diri
    membantu rakyat biasa
    ......................
    .................... .
    ......................

    ReplyDelete
  18. tiga kerajaan bangsa bunga....bunga teratai adalah lambang kerajaan srivijaya.....bunga kembuja...di kemboja....dan bunga cempaka...adalah champa

    ReplyDelete