Wednesday, December 30, 2020

Beruratkan Dawai Berdarahkan Raksa


 
 
 
 
Masa mula-mula saya mengambil aliran sejarah semenjak sekolah menengah, saya berminat menumpukan dalam ruanglingkup sejarah Melayu sejak 'Proto-Austronesia' sampai zaman empayar dan negarakota (Langkasuka, Srivijaya, Gangganegara dll). 

Kemudian setelah tamat ijazah, bertugas sebagai pembantu penyelidik, tutor dan pensyarah sambilan (sekitar 2014-2017), saya mula perlahan-lahan meminati topik kelangsungan bangsa Melayu.

Kelangsungan atau survival orang Melayu melibatkan bagaimana mereka bertahan sebagai satu etnik, kaum atau bangsa, juga bertahan dari segi bahasa dan budaya, cara hidup, cara pandangan kehidupan atau manusia yang memiliki tanahair (homeland).
 
Saya memang sudah lama berimpian untuk menulis buku yang menjurus kepada topik ini, dengan cara yang mudah difahami orang Melayu dari kampung hinggalah ke bandar. Satu penjelasan yang dipermudahkan dan straight to the point, tanpa berbasa-basi dengan bahasa akademik dan jargon, atau bahasa novel penuh plot twist yang menekankan hukum show, don't tell yang sengaja menjela-jelakan ayat bagi menambah halaman.
 
 Tidak, bahkan saya akan memberitahu semahu-mahunya, nothing to hide.
 
 
 
Kitab Raksa
 

 


 Buku saya yang ke-6 ini keluar pada pertengahan Mac 2020. Saya mula mengumpul bahan-bahan manuskrip seperti nota-nota saya dan catatan-catatan kuliah sama ada yang bertulis atau dalam talian pada hujung 2019. Sebenarnya jika nak dinyatakan berapa lama menghasilkan buku ini, saya boleh jawab sekitar 4-5 tahun. 

Buku ini adalah buku pertama saya yang memiliki tema tersendiri sepenuhnya. Buku sebelumnya seperti Rentaka Sekalian Bijasura (2017) dan Kursani Segenap Bimasakti (2018) ada temanya namun saya selitkan juga artikel-artikel pendek berkisar sejarah Melayu. Emas Para Dapunta & Maharaja (2015) dan Baiduri Segala Permaisuri (2016) pula berkonsepkan kompilasi artikel-artikel sejarah manakala Semberani Sang Bidasari (2019) pula masih kompilasi artikel-artikel sejarah namun saya ubah gaya persembahan, menjadikannya seolah-olah menyelami ke sebuah diorama sejarah Melayu yang penuh misteri.



 

Buku ini bertemakan anti penjajahan dengan tagline "Ilmu-ilmu ghaib anti penjajahan". Saya mengumpulkan 30 taktik penjajah dalam kerja-kerja penjajahannya yang saya gelarkan sebagai 'ilmu hitam'. Setiap taktik saya dedahkan modus operandi-nya dan bersekali dengan cadangan cara mengatasinya.

Saya tulis dalam bentuk point by point bagi memudahkan pembacaan, supaya cara penulisan berperenggan yang biasa tidak 'menyihir' para pembaca supaya menjadi keliru, cepat mengantuk atau tertinggal perkara-perkara penting dalam buku ini.

Saya juga memasukkan satu bab yang penting juga, "Si Kitol" dalam buku ini. Dalam pembuka bicara, saya ada menyatakan bahawa di sepanjang sejarah Melayu, jika bukan disebabkan perpecahan sesama Melayu, wajiblah Melayu musnah jahanam sebab Kitol ini.

 

Buku ini kira semacam 'buku teks' untuk bangsa Melayu belajar memahami selok-belok ilmu penjajahan yang berlaku di zaman imperialisme dahulu. Ia bukan sahaja merangkumi faktor-faktor jelas menyumbang kepada dijajah seperti pertahanan kerajaan atau negara yang lemah, teknologi dan sistem pentadbiran, malah ia juga meliputi topik propaganda penjajah, tipu muslihat penjajah dan dasar-dasar penjajah yang menekan orang Melayu dan pribumi lainnya untuk berada dalam zon penjajahan.

Alhamdulillah, buku ini mendapat sambutan hangat ketika dilancarkan seca kombo bersama-sama buku Dunia Tanpa Tembok III dengan mencatatkan rekod jualan tertinggi ketika itu dalam sejarah penubuhan Patriots Publishing.

 



 

Cabaran & Haters Yang Berniat Menumpahkan Darah

 

 


 

 

Sudah  tentulah ada cabaran-cabarannya ketika saya menyusun manuskrip dan mengeluarkan buku ini. Ketika itu para haters saya telah menubuhkan banyak 'pertubuhan' untuk menjatuhkan saya. Federasilah, Laksamanalah, Apsaralah, Gerodalah...macam-macam dan hari ini semua pertubuhan yang saya namakan 'angkatan Ahzab' (inspirasi dari pakatan kafir ketika Perang Ahzab) sudah berantakan dan berpecah belah. Kini kepala-kepalanya sudah mufarakah antara satu sama lain, baik yang kepala libtard-nya, yang kepala scammer-nya, yang kepala Joker-nya semua buat hal masing-masing 😁

Betapa sakit hati mereka sebab saya tidak ditangkap polis kerana mengkritik pertubuhan pendidikan Cina dan DAP atas isu buku teks sejarah. Pelbagai maki hamun dan kutukan dihamburkan. Namun saya tak ambik kesah pun, yang penting saya mengumpul pahala percuma yang banyak hasil kutukan mereka itu (mereka sebaliknya dapat dosa percuma) yang tak faham bagaimana prosedur buku teks sejarah sekolah dihasilkan. Mereka naif dan seolah-olah orang Melayu yang hidup di zaman penjajahan.

Tapi apabila dah tahap nak membunuh saya, wow...saya pun kagum jugalah sebab sembahyang sujud rukuk bagai bertahun-tahun, ada yang suka ziarah kubur-kubur panglima, raja bagai tapi anehnya  berniat terang-terangan nak menumpahkan darah sesama muslim. Ini menghilangkan sifat warak dan soleh dari wajah dan peribadinya. Mau berganti dengan aura orang yang fasik jika tidak bertaubat dengan terlebih dahulu meminta maaf. Rohnya menanggung dendam kesumat kepada sesama muslim yang kini satu dunia sudah tahu niatnya.

 


 

Apa yang sakit hati sangat kepada saya pun saya tak tahu. Sampai nak upah orang bunuh saya...wow. Saya tak kacau keluarga haters ni semua 😄 Jika ada tulisan saya yang tidak puas hati, kritik jer lah. Hujah lawan hujah, nothing personal.  

Bawakan hujah kamu, senang saya nak menjawabnya. Niat nak membunuh tanpa diluahkan terang-terangan dan tidak dilaksanakan masih tidak dicatat dosanya, tapi jika diisytiharkan malah diabadikan dalam media sosial yang disaksikan dalam internet begini lain ceritanya pula. Maka ini sudah tahap mengisytiharkan perang kepada nyawa seorang muslim. 




 "Bunuh ja" katanya 😄 Para peminat sejarah Melayu menyarankan saya untuk membuat laporan polis namun ketika itu saya sibuk menyusun manuskrip saya disamping tugas mengajar yang mana saya baru dapat jawatan tetap dalam perkhidmatan kerajaan. Takde masa saya nak layan, cuma saya ada cara yang lebih syok dari sekadar laporan polis.

“Bila dua orang Muslim bertemu dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka. Aku (Abu Bakrah) pun bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh (memang patut dimasukkan ke dalam neraka), bagaimana pula dengan orang yang dibunuh? Nabi s.a.w. menjawab: ‘Sesungguhnya dia mahu membunuh temannya”.

(Riwayat al-Bukhari, no. 14)

Di sini dapat difahami bahawa niat seseorang untuk melakukan kejahatan juga dikira mendatangkan dosa sekiranya niat itu disertai dengan keazaman, kesungguhan dan kemahuan yang tinggi, tinggal sahaja terhalang untuk melakukannya.

Jika haters ini berniat nak bunuh saya diam-diam dalam hatinya, orang tak tau pun dan tidak dilaksanakannya, maka tidaklah berdosa apa-apa atas sifat kasih sayang Tuhan. Tapi bila dah dikomennya dalam media sosial, ramai yang tahu sehingga ada mengadukan ugutan bunuh ini kepada saya maka ini sudah satu bentuk keazaman dan kesungguhan yang ketara.

Niat mereka nak membunuh saya terabadi buat selama-lamanya di internet kecuali mereka meminta ampun maaf kepada saya. Amalan seribu tahun, sembahyang seribu tahun, ziarah seribu makam sekalipun apalah gunanya jika amalan tergantung terawang-awang tak tercapai ke langit dek kerana bersungguh-sungguh mahu membunuh saudara seIslam. Saya akan ingat kemahuan membunuh yang meluap-luap ini kecuali mereka merendahkan diri meminta ampun maaf. Jika tak sanggup, maka hiduplah dengan niat menjadi pembunuh saya sampai di Alam Barzakh. Yang menyokong pun tak terkecuali, yang mendiamkan diri bersetuju, taknak nasihatkan dia pun dapat saham sekali sebab membantu membiarkan kawan mereka meluap-luapkan kemarahan sampai isytihar nak bunuh saya.

Melawan penjajah itu mudah berbanding melawan bangsa sendiri yang menjadi Kitol, tapi melawan saya yang menewaskan pakatan Dong Jiao Zong-DAP dalam rancangan nak merombak panel pakar rujuk buku teks dan silibus buku teks sejarah adalah sesuatu yang bebal dan tidak akan berjaya.

Sebabnya saya bertanggungjawab ke atas kelangsungan bangsa Melayu ketika ini di tanahair ini ketika nyawa dan kudrat saya masih ada. Namun kelak siapa tahu? Saya juga manusia biasa yang memiliki sifat lemah, akan tua dan mati. Namun saya mewariskan buku-buku saya bagi bangsa saya berpeluang menyerap kekuatan daripada sejarah dan bangkit tidak terkalahkan; bagaikan patah sayap bertongkatkan paruh.

Insya Allah akan ada anak-anak bangsa yang menjadi pemangkin kepada kelangsungan bangsa ini, mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.

 

 







 *Sebahagian foto-foto pembaca Kitab Raksa

 

 *Kitab Raksa boleh beli di sini: https://bit.ly/2Aqv5bU atau di sini: https://bit.ly/2OmsJyR

 

 

 

Terima Kasih Tuhan & Kehidupan Ini

 



 
 

Setakat catatan ini ditulis, Malaysia dan seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. Ini juga memberi kesan kepada saya sedikit sebanyak. Saya sebenarnya sudah bertunang hujung 2018 yang lalu dengan jejaka pilihan hati.

Ikatan pertunangan setahun dan sepatutnya pernikahan diadakan pada satu tarikh tahun 2020 ini (saya tulis ni masih 31 Disember 2020) namun apakan daya Covid-19 melanda.

Tapi alhamdulillah, sekitar bulan Jun sampai awal September, wabak ini di Malaysia sudah berkurangan. Maka syukurlah kami akhirnya disatukan. Majlis agak meriah juga walaupun SOP ketika pandemik masih dijaga dengan teliti. Alhamdulillah tiada apa-apa kluster muncul dari majlis kami. 

Saya memang merancang nak jemput sebahagian kawan-kawan di media sosial yang benar-benar saya percayai namun kekangan zaman wabak ini membuatkan saya berfikir 2-3 kali, ditambah keadaan diri saya yang agak 'most wanted' dan kontroversi. Saya tidak mahu menjejaskan kehidupan buah hati saya semata-mata disebabkan saya. 

Apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan amat menghargai para pembaca blog ini yang mungkin 'membesar' bersama-sama tulisan saya lebih 10 tahun ini. Mungkin ramai dah berkahwin dan beranak-pinak (saya baru aje nak mengharunginya, doakan saya). Saya menulis sejak di bangku sekolah tau :)

Dalam majlis tu saya hadiahkan koleksi sebahagian buku-buku saya kepada yang tersayang sebagai hadiah perkahwinan, tanpa dia tahu sayalah penulisnya. Kadang-kadang mahu berbisik ke telinganya. Mungkin suatu hari nanti.

..atau mungkin lebih baik, biarkan ia rahsia.  Tersembunyi, penuh misteri. Selama-lamanya.




~Srikandi

 



 







36 comments:

  1. Tahniah Cik Seri!

    secret admirer

    ReplyDelete
  2. Buku ini sudah dimiliki. Terbaik. Setiap anak Melayu wajib ada.

    ReplyDelete
  3. Dah beli jugak. Tunggu buku baru tahun depan pulak hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah Srikandi! Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu

    -peminat sejak 2009

    ReplyDelete
  5. MOGA KASIH BONDA SAMPAI KA SYORGA ...😘

    ReplyDelete
  6. Tahniah Cik Sri! Dah lebih kurang 5 tahun follow tulisan awak. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  7. Semoga berbahagia penulis kesayangan. Saya mula baca kat blog ni alter terahsia entah musim berapa. Pasal King Matahari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kipas-susah-mati ni hehe. Terima kasih baca tulisan2 saya :)

      ~Srikandi

      Delete
  8. Raksa terbaik! Bab si Kitol paling mantul haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih beli Raksa. Bab Kitol tu paling penting tau sebab nak kalahkan penjajah ni senang kalau takde pengkhianat ni semua.

      ~Srikandi

      Delete
  9. Dari bibir dan tubuh, nampak gayanya cik seri ni seorang yang rupawan.

    ReplyDelete
  10. Selamat tahun baru Srikandi. Buku baru bila nak keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru. Insya Allah kalau takde aral melintang, tahun depanlah 2021.

      ~Srikandi

      Delete
  11. cun cik seri ni. wanita melayu terakhir

    ReplyDelete
  12. Tak sangka dia boleh komen macam tu. Aku ingat lagi status tu kat fesbuk MHR. Si MHR bukak table fitnah Srikandi macam-macam. Macai2 dia apa lagi terlompat-lompat macam beruk. Sekor ni pulak punya naik syeikh sampai komen nak bunuh Srikandi. Adoyai

    ReplyDelete
  13. Tahniah srikandi cintaku. Membesar bersama tulisannya. Sebelum ni anak dara rupanya. Kalau tahu dah lama saya masuk meminang hehe... gurau je cik seri jangan marah

    ReplyDelete
  14. Tahniah Cik Seri, senyap2 kawen ye. Dulu lepas balik sekolah blog ni dan page srikandi memang rutin harian. Sekarang saya dah ada perniagaan sendiri. Terima kasih atas tulisan-tulisan yang menginspirasikan.

    ReplyDelete
  15. Pangeran Muda al-Furqan ni memang benci Cik Srikandi. Tak tau pasai apa. Cemburu kot sebab populariti Cik Srikandi di kalangan peminat sejarah Melayu. Bagi aku berlapang dadalah. Ni sampai pasang niat nak bunuh Cik Srikandi bagi aku tak sesuailah sebagai orang Islam. Minta berdamailah.

    ReplyDelete
  16. Tak sangka no... pangeran alfurqan ni aku tengok selalu tengok kubur lama, takkan ada niat dendam dan benci pada cik seri kesayangan semua ni. apa benda pelajaran yang dia dapat dari kubur2 lama tuh. hairan..hairan...

    ReplyDelete
  17. lama gila tak baca mistifile.. siri alter terahsia bangsa melayu. siri lejen ni x nak dibukukan ?

    ReplyDelete
  18. Pembentukan Kerajaan Perlak sebagai daulah Islam telah bermula sejak awal 800M. Akibat krisis politik di Asia Barat kerana gerakan kaum Alawiyah dan Abbasiyah untuk menjatuhkan Daulah Umayyah, satu rombongan pendakwah berbangsa Parsi diketuai oleh Nakhoda Khalifah bergerak dari Teluk Kambey, Gujerat untuk menyebarkan Islam di Alam Melayu. Salah seorang pendakwah yang menyertai rombongan ini ialah Sayyid Ali bin Mohammad bin Jaafar as-Sadiq bin Muhammad bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib. Pada peringkat awal, mereka telah berdakwah kepada Raja Perlak, Meurah Shahrun Nuwi. Setelah Shahrun Nuwi memeluk Islam, bagi mengukuhkan lagi dakwah, Sayyid Ali bin Muhammad telah mengahwini Puteri Makhdum Tansyuri, iaitu puteri kepada adik Meurah Sharun Nuwi, Pengeran Salman yang juga merupakan Raja Juempa.

    Perkahwinan ini telah menyebabkan Raja Perlak dan Raja Juempa yang berketurunan Parsi memeluk Islam. Selepas kematian Muerah Shahrun Nuwi pada 840M, putera Sayyid Ali bin Muhammad, iaitu Sayyid Abdul Aziz telah diangkat menjadi raja yang baru. Baginda memakai gelaran Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz dan mengisytiharkan kerajaannya sebagai kerajaan Islam pada 1 Muharram 225H (12 November 839M). Bandar Perlak pula diberikan nama baru, Bandar Khalifah. Dengan pertabalan Sultan Sayyid Abdul Aziz ini, maka bermulalah pemerintahan Dinasti Sayyid sebagai daulah Islam pertama di Nusantara. Kerajaan yang berusia 452 tahun ini diperintah oleh 18 orang sultan.

    ReplyDelete
  19. Cik seri, saya terlepas peluang nk beli kursani dan semberani. Di mana saya nak dapatkan 2 buku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua buku ni dah habis di pasaran. Tahun ni insya Allah keluar buku baru.

      ~Srikandi

      Delete
  20. Tahniah Puan Srikandi.
    .
    Mula follow dari Alter Terahsia Bangsa Melayu.
    .
    Penulisan yang sangat menaikkan semangat Bangsa.

    ReplyDelete
  21. Salam Cik, Ilmu besi kursani ni bagus utk menegakkan tulang belakang. Kita boleh duduk berjam2 atas tikar sejadah untuk beramal. Lagi mudah kalau qorin kita telah diislamkan. Maha suci Allah yang mempunyai segala rahsia.Wallahu taala a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak bertentangan dengan agama bolehlah diamalkan.

      ~Srikandi

      Delete