Saya masih berada di Kuala Kangsar untuk menyaksikan pertabalan Sultan Perak XXXV,Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah,Bukit Chandan.
Mungkin ini sekali seumur hidup saya menyaksikan sendiri majlis pertabalan ini.Semasa pertabalan yang lepas,saya masih di alam roh.
Jadi,di hadapan mata saya,saya menyaksikan bagaimana raja-raja Perak
ditabalkan,umumnya adat dan protokol raja-raja Melayu
ditabalkan.Meskipun zaman berganti zaman,namun institusi beraja Melayu
masih bertahan,bukan sekadar simbol atau pelestarian budaya tetapi
terpateri dalam perlembagaan dan undang-undang.
Dalam sejarah Asia Tenggara,institusi raja-raja Melayu adalah paling tertua,dengan diikuti institusi beraja Kemboja dan akhirnya Thailand.
Kesultanan Kedah misalnya memiliki riwayat bersambung-sambung sejak abad ke-12 sehingga ke hari ini dan antara kesultanan tertua di dunia.
Kesultanan Perak jika diperhalusi memiliki riwayat lebih lama,mewarisi institusi beraja dari Kesultanan Melaka yang juga mewarisi kuasa dan motivasi politik dari empayar Melayu Srivijaya sejak Sang Nila Utama,kerabat diraja Srivijaya dari dinasti Mauli menubuhkan kerajaan Temasek sehingga pewaris terakhirnya,Permaisura menubuhkan Kesultanan Melaka yang pengaruhnya menjangkau sebahagian Sumatera dan semenanjung Tanah Melayu.
Pewaris terakhir Kesultanan Melaka,Sultan Muzaffar Shah I pula mengasaskan Kesultanan Perak selepas dijemput oleh beberapa pembesar Perak yang juga mewarisi sistem beraja tersendiri sejak era 'Three Kingdoms' antara kerajaan Gangga Negara,Beruas dan Manjung berakhir pada abad ke-16.
Menurut sejarah,ketika Sultan Muzaffar Shah I menyelusuri Sungai Perak untuk mencari tapak yang sesuai bagi menubuhkan 'city-states' negeri Perak yang baru,alangkah terkejutnya beliau apabila di sana terdapat sistem pembesar dan bangsawan sudah sedia ada termasuk seorang yang digelar 'maharaja' iaitu Maharaja Lambor.
Walaupun di sana terdapat garis salasilah yang berbeza dan ada raja yang naik melalui persetujuan atau perjanjian tertentu,namun yang penting ialah institusi beraja Perak bersambung dari waris diraja dari satu generasi ke satu generasi.
Setiap negeri ada keunikan adatnya tersendiri,bagi saya,negeri Perak adalah negeri yang misteri dan penuh sensasi.Anda boleh menyelami sejarah dan kehidupan orang-orang di negeri Perak khasnya ketika tahun-tahun 60-an ke 80-an apabila membaca novel-novel thriller SBDJ karangan Tamar Jalis.
~Srikandi
'untuk kome-kome jee'

mis u
ReplyDeletesaya suka tengok sultan dan permaisuri perak memakai potoh naga di lengan masing2
ReplyDeleteunik bukan....
Salam. Terima kasih di atas coretan yang menarik. Mike oghang Lambor ke? :)
ReplyDeleteSalam Tn Tanah. Amma Ba'du
ReplyDeleteKalau mengikut cerita orang2 tua di tanah melayu sudah wujud kerajaan purba iaitu Kota Gelangi. Ia wujud dari zaman Nabi Noh lagi. Ini adalah kerana salah sorang dari anak Nabi Noh tinggal disitu dan mati di suatu tempat di malaysia (maaf terpaksa dirahsiakan tempat tersebut).
Dikatakan bahwa anak nabi Noh ini terlalu tinggi dan dikatakan telah selamat dari banjir besar. Dia hidup sampai ke zaman rasullah dan mati dibunuh oleh salah seorang sahabat nabi yang disayangi oleh rasulllah sendiri.
Tujuan saya bercerita ini diharapkan ada pihak terutama pihak arab saudi sudi mengetuai pencarian bahan sejarah ini. Sebenarnya bangsa arab ini telah mencipta sejarah yang banyak bermula dari Saidina Amir Hamzah dan pengaruh bangsa Arab itu sampai di Tanah Melayu yang bertuah ini.
Jika ada ahli sejarah indonesia sekarang sudah mengkaji dan mengatakan bahwa candi borobodur itu dibuat oleh Nabi Allah Sulaiman sudah tentu ia ada asasnya. Begitu juga tentang anak nabi noh yang bergelar Samseng Alam.
Rangka tulang Samseng Alam ini masih ada disalah satu buah negeri didalam Malaysia ini. Asasnya cerita dari orang dahulu pernah sampai di kawsan terebut bersama rombongan orang yang alim dan warak menziarahi kawasan tersbut . Kawasan tersebut adalah padang yang luas dan dipenuhi telur itik ketika dahulu. Tetapi pada waktu 80 an dahulu ada usaha mencari kawasan tersebut tetapi buntu kerana kawasan tersebut sudah tidak dihuni oleh orang dan penduduk dahulu sudah berpindah ke kawasan baru. Kawsan tersebut sudah menjadi hutan belantara dan keras.
Saya kira ada bagusnya jika ada pihak yang sanggup menaja unutk mencari tulang temulang Samseng Alam yang dibunuh oleh salah seorang sahabat nabi yang disayangi. Saya tidak kisah jika mengata ia satu cerita dongeng atau karut oleh orang lain. Ini kerana moyang saya pernah sampai disitu ketika menuntut ilmu bersama dengan orang alilm dinegeri tersebut. Dia mengikut rombongan tersebut setiap tahun menziarahi kawasana Samseng Alam iaitu anak nabi Noh yang dibunuh itu.
Cerita disebabkan mengapa ia dibunuh dan siapa yang membunuhnya itu biarlah jadi rahsia dulu melainkan ada usaha dari pihak tertentu mencarinya baru saya sanggup berkongsi dan berkerjasama dalam mencari dan menjejak sejarah lampau. Saya juga sekarang mencari dalam internet nama2 anak nabi noh ini dan pernah terjumpa nama dia sama seperti kami ketahui. Samseng Alam itu panggilan dia kerana anak nabi noh ini terlalu tinggi orangnya. Ada juga kisah mengatakn bahwa samseng Alam ini telah menyesatkan nabi Allah Musa beserta kaumnya setelah lari dari firaun. Bala ini diturunkan disebabkan oleh keceluparan kaum Nabi Allah Musa. Samseng Alam ini telah mengangkat bukit sekitar supaya Nabi Allah Musa serta kaumnya sesat di padang pasir.
Begitu juga pasal kisah juk dan makjuj dikatakan keturunan dari Samseng Alam dengan puteri raja. Samseng Alam mengancam akan meneggelamkan negeri tersebut dengan mengempangkan air laut. Oleh sebab takutnya raja tersebut maka ia menyerahkan puterinya ke[ada Samseng Alam.Maka lahirlah keturunan Juz dan makjuj yang dikurung oleh Iskandar Zulkarnain sampai sekarang.
Begitulah sedikit info yang saya sedia kongsi untuk tatapan bersama sekiranya ada kesilapan saya mohon maaf kerana kekhilafan saya yang jahil ini. Wassalam.
HK
Raja kena kurung ke? Ahaksss...
DeleteMerepek betul La..Al Quran sendiri menceritakan yang semua anak Nabi Noh selamat kecuali seorang yang tenggelam kerana ia anak yang derhaka..Janganlah sebar kisah tahyul seperti Kitab Hindu yang penuh cerita kesaktian Dewa Dan Dew I..
DeleteTn anonymous July 29, 2015 at 11.55 PM.
DeleteTn, sy terima kritikan tn dgn rela hati. Sekiranya Al quran mau menceritakan semua kisah kejadian yang berlaku dari awal hinggga akhir tidak cukup lautan dan pokok kayu unutk dijadiakan dakwat dan pena..Harap tuan faham semua itu...
Banyak kisah -kisah yg tidak perlu berada didalam al-quran kerana alquran itu mukjizat yang agung.
Saya suka pendekatan pengkaji barat yang ambil risiko dengan mempunyai pemberi dana. Mereka berfikiran pada luar konteks..dan kebanyakkan sejarah dunia dijumpai oleh mereka.
Kepada tn july 29, 2015 at 11.55 pm berfikirla pada luar konteks..Allah mencipta setengah makluk melebihi sesetengah makluk..Sampai sekarang pembuat piramid mesir dan bagaimana dibuat masih misteri dan hingga kini tiada manusia zaman moden boleh buat piramid mesir. Mgkn tn july 29, 2015 at 11.55 boleh menghuraikan pasal piramid mesir..
Tq
Wsalm
Assalam... Berkenaan samseng alam ... Di dikurung secara ghaib.....
Deletehikayat amir hamzah, hikayat ali zulfaqar. kalu zaman 70an/80an, sapa yg khatam baca kitab ni siap buat pulut kuning agi.
Deletemenarik cerita tuan bab samseng alam...pertama kali mendengar..teruskan..
ReplyDeletesetahu aku samseng alam tu bkn hidup lg dan umur panjang ke??? dan sampai skrg dia bekerkasama dgn kaum iblis utk menyesatkan umat manusia dari berpegang teguh dengan agama tuhan yg maha esa tuhan yang satu iaitu allah s.w.t / yahweh / ya rabbi. Macam mana pula boleh datang kisah yang bertentangan dari al-quran dan hadith pulak ni????
ReplyDeletesalam tn arriffin mohammad.
DeleteTerima kasih komen yg tn beri. Saya hanya mendapat sumber cerita dari ayah sy dan orang tu..moyang sy pernah ke sana bersama gurunya ( tidak perlu lah saya mendedahkan nama orang laim tersebut dan tempatnya).
Terpulang atas tn yang berimagine terlalu advance iaitu berkerjasama dgn iblis..Fikir baik siapa iblis dan siapa anak nabi noh.. Kajilah kitab al quran dan hadis. Jangan terlalu berimagine sampai bekerjsama dgn iblis pulak..
Tak perlulah saya mengulas dgn panjang komen tn yang saya tak tau hujung pangkal. Tiada niat saya untuk menyesatkan orang lain kerana nama samseng alam. Nama samseng itu gelaran kepada anak nabi noh yang mempunyai nama lain..tak perlu sy dedahkan semua..
Jangan menjadi jumud sahaja hanya berpandukan al quran dan hadis..ada hadis juga mengatakan tuntutlah ilmu sampai negeri china..
Saya minta tn kaji lah hadis itu supaya tidak kesurupan dan telengkup dengan berfikiran ala sempurna.
TQ
HK
Salam... Sri Kandi.... Jika tidak keberatan untuk Sri Kandi memberi penjelasan dan penelitian terhadap kisah Maharaja Lambor.... Terutama asal usul Maharaja Lambor Tun Khamis dan Tun Malim...
ReplyDeletesalam, menarik tu...ada rezeki nanti saya kupas ya
DeleteSalam..Lama sudah tidak lawat blog ini..
ReplyDeleteKepada para pengkritik tu saya hanya mohon tuan supaya berfikir secara waras bahwa pengkaji barat menemui menemui pelbagai ciptaan Allah dan akhirnya telah disebut didalam alquran ..tetapi pengkaji mendapat ilmu yang banyak dari hasil mengkaji sesuatu penemuam seperti letupan Big Bang dan sebagainya.
Jangan kita berfikiran sempit dan sikit2 tahyul mahyul..suatu dulu jika sesorang berkebolehan mendengar syarahan alim ulama beribu batu dengan memanjat tempat tinggi mungkin kita dengar itu semua kufarat dan tahyul.. Tetapi sekarang sesiapa pun boleh mendengar mesyuarat , belajar dengan jarak beribu2 kilometer dengan teknologi terkini ..tiada kurafat dan tahyul..kajilah dan terus mengkaji..
Tq wassalam
HK
Assaalam
ReplyDeleteSamseng Alam? Tau kat mana ? Di kurung di dalam istana di pulau di utara Malaysia... Ahaks...
Wallahualam