Sunday, October 12, 2014

Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara





di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan






ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan


biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan





Jika budayaku mati,bahasaku mati sekalipun,sejarahku tidak kan mati.Biar mati anak dan adat sekalipun,sejarahku tetap abadi.

Kepada para peminat sejarah Melayu,kepada anak-anak bangsa,anak watan marhaen yang hatinya putih suci yang hidupnya kais pagi makan pagi,kais petang malam bersyukur kepada Tuhan.

Kepada pewaris Bani Jawi dan nusantara ini,kepada pejuang-pejuang agama dan bangsa yang kuhormati,

Saya,Srikandi.. membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Warisan sejarah bangsa adalah entiti yang amat bernilai.Ia bukan sahaja menceritakan asal-usul kita,ia juga adalah identiti kita dan jika kita bercakap mengenai identiti,ia adalah petunjuk kepada tabiat bangsanya dan jatidirinya.Selama mana sesuatu bangsa itu berpegang pada identitinya,selama itulah ia dihargai dan diingati.Tiada siapa yang mahu mengkagumi sesuatu bangsa yang terhegeh-hegeh meniru warisan budaya bangsa lain...tiada nilai jatidiri dan tidak punya rasa bangga dengan apa yang ada.

Bangsa Melayu adalah pelayar yang gigih,dan inilah identiti yang dikenal oleh tamadun-tamadun purba pada masa dahulu.Sampan kecil mereka teroleng-oleng sehingga ke Madagaskar sehingga menubuhkan dinasti beraja Merina,memerintah seluruh kepulauan Madagaskar,menyatukan bangsa-bangsa Afrika di pulau itu di bawah raja-raja Merina.Mereka adalah bangsa yang berasal dari bangsa-bangsa pelaut dan kepulauan,yang membentuk kelompok bangsa dan bahasa yang dikenal sebagai Austronesia.

Orang Melayu dan raja-raja mereka adalah penguasa Selat Melaka sejak dari dahulu dan ini diakui oleh catatan-catatan Arab,Parsi,Imperial China dan conquistador-conquistador Eropah.

Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritim orang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.Saya bercakap tentang survival dan dayatahan untuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya tanahair dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara mengatasi Thailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!

Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisi kepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masih mengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga kekal,sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan China malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial China merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah 'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.

Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.

Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kita tahu,Singapura hari ini adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.Jika Segenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.



Daku Katakan Kepada Mereka


Sebab itu apabila orang bertanya dari mana asal-usul orang Melayu?Daku katakan kepada mereka,

"Kami orang Melayu berasal dari bangsa besar Nusantara,para pelaut dan pelayar yang gagah.Bangsa besar Austronesia yang menjangkau dari Pasifik hingga ke Madagaskar,dari Sulawesi hingga ke Taiwan"

Jika orang Melayu tidak wujud,maka bahasanya juga tidak wujud.Mana mungkin bahasanya wujud tetapi pemilik bahasanya tidak wujud?Malah bahasa Melayu itu adalah lingua franca pada masa silam dan bahasa pemersatu pada masakini!

Bukan calang-calang,wahai tuan-tuan dan puan-puan.

Jika Melayu itu khayalan,maka saudara-saudaranya dari
Jawa,Sunda,Tonga,Hawaii,Banjar,Dayak,Maori dan selainnya itu juga tidak wujud!

Ingat kawan,Austronesia itu adalah antara kelompok bahasa utama dunia.

Maka inilah jawapan kepada pacal yang hina lagi yang mendengki tidak habis-habis itu.

Tidaklah patut kita menjadi bodoh dan sanggup dihina kerana kebodohan kita tidak mahu belajar asal-usul kita.Orang yang tidak mahu merasa penatnya belajar maka kelak akan merasa perihnya kebodohan.

Maka dengan ini,daku hadiahkan kepada kamu semua,anak-anak Malayu,pewaris Bani Jawi yang kuharap nanti sempat berjuang bersama Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s di akhir zaman.

"Melayu Itu Pribumi Asia Tenggara"

Biar daku kukuhkan asal-usulmu,biar kamu dan kamu merasa megah dan bersemangat.Biar kamu menongkah arus dunia dengan kuat dan yakin  diri.

Daku membantumu disebabkan kamu dan kamu lembut dan lunak kepada agama Allah.Kamu dan kamu mencintai Islam dan ajaran Muhammad s.a.w.

Siapa daku?Bukankah daku pernah memberitahumu berkali-kali?Ingat,

Namaku Srikandi.Bangsaku ialah Melayu.Asal bangsaku ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agamaku ialah Islam.Rumah kaum kerabatku ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Daku pribumi Asia Tenggara.Daku bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.

Asal-usul daku di sini,Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.


 ==============================================
 Kulit buku di atas adalah koloborasi saya dengan dua nama besar dalam penulisan blog sejarah Melayu,Al-Semantani dan Ibnu Rusydi.

Saya menulis 6 artikel yang meliputi:

-Sejarah Sri Dharmaraja dan Chandrabanu Dharmasokaraja
-Sejarah Malay city-states 
-Prasasti-prasasti Melayu
-"Viking of Orient"
-Aborigine Malay
- Gelaran 'perhangan' kepada Li Po.

Jika tiada halangan, Insya Allah buku ini akan berada di pasaran pada tahun ini. Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran atau terus memesan dengan penerbit di http://www.hijjaz.my/store/

Buku ini padat dengan hujah-hujah dan fakta berkaitan dengan sejarah Melayu dan orang Melayu yang seringkali disalahtafsir oleh mereka yang kurang pendidikan atau mempunyai niat jahat untuk memprovokasi.Jadi ini adalah sebahagian jawapannya untuk membantu mereka sembuh dari penyakit ketidakfahaman mereka dengan orang Melayu dan sejarahnya.

:)

 Nantikan di pasaran!
 

43 comments:

  1. bestnye ade buku baru dari cikgu srikandi

    ReplyDelete
  2. lamanya tunnggu.. akahirnya

    ReplyDelete
  3. Perhhh terbaek..sila bukukan semua yg ada dlm mistisfiles.

    ReplyDelete
  4. Teruskan menggali dan sedarkan bangsa Melayu yang kini semakin lupa siapa diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. (((Jika Melayu itu khayalan,maka saudara-saudaranya dari
    Jawa,Sunda,Tonga,Hawaii,Banjar,Dayak,Maori dan selainnya itu juga tidak wujud!))))...................saudara???? Apakah maksud saudara bahawasanya orang Melayu atau Jawi ini adalah sama dengan bangsa orang asli di Asia Tenggara ini????? Adakah maksud saudara yang orang-orang asli tersebut berasal pecahan dari orang Melayu/Jawi ini??? Mungkin saya gaknya kurang bersetuju sejauh itu dengan pendapat saudara....maafkan saya... boleh saudara selesaikan persoalan ini. Sekian terima kasih!!

    ReplyDelete
  6. kalau kereta ada prototype, ini org asli ialah prototype utk melayu. DNA kita sama.

    ReplyDelete
  7. serius x sabar nie...

    anyway... TAHNIAH utk anda bertiga!

    ReplyDelete
  8. A. R Bar... Srikandi tak kata pun orang asli adalah pecahan dari orang Melayu/Jawi. Cumanya orang asli dan orang Melayu ni berasal dari moyang atau keturunan yang sama. Kalau tak setuju dengan maklumat ini, teknologi dan sains dah membuktikannya melalui DNA. DNA Orang Melayu, Dayak, Jawa dan lain-lain adalah sangat dekat, macam adik-beradik atau sepupu. :)

    P/S: Kalau salah, tolong betulkan...

    ReplyDelete
  9. Betul sekali! aslian (semang/senoi) dan melayu asli/proto adalah induk kpd bangsa melayu pada hari ini termasuk kesmua kategori melayu deutro spt Bugis, Jawa, Minang, Kedah, Sunda, Acheh dan sebagainya dan melayu Kelantan adalah sangat tua mungkin seusia atau lebih tua dari suku Negrito atau Semang.

    Yang menjadi anehnya suku jawa di Indonesia pada hari ini lebih yakin mereka adalah berketurunan dari sejenis keluarga mawas yg diberi nama javaman atau homo erectus yg telah hadir di dunia pada jutaan tahun dahulu. Mereka sangat yakin bahawa javaman lah leluhur mereka yg sebenar benarnya tetapi bukan melayu asli/proto walaupun penelitian y-chromosome dan mtDNA menunjukkan suku jawa yg ada pada hari ini adalah masih muda usianya serta mempunyai frequency dan variansi hablogroup yang tinggi sama spt kategori melayu deutro yg lain.

    Mungkin satu kesedaran yg serius harus diberikan kpd suku jawa spy mereka tidak lagi mengagung2kan keturunan mawas yg hadir di dunia pada jutaan tahun dahulu.

    ReplyDelete
  10. Salam buat yang empunya blog. Ku panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerna setelah ratusan tahun malayu itu dijajah dan hingga ke hari ini talibarutnya maseh lagi menghayalkan dan mengula-gulakan malayu itu dengan segala macam dongengan, maka dengan bakal terbitnya naskah 'membongkar rahsia dunia malayu' diharap dapat menjadi rujukan buat saudara-saudaraku yang maseh lagi teraba-raba didalam kegelapan. Buat pengkaji dan penulis naskah, hanya Allah jua la yang dapat membalas segala keringat yang telah saudara/saudari curahkan. Amin.

    ReplyDelete
  11. Membaca ulasan sejarah melayu versi Malaysia memang menggelikan .... selalu mengagungkan kerajaan Srvijaya dan Melaka ... seolah-olah hanya itu kerjaan melayu yang ada ....

    Chauvinism is OKE ... tetapi bernalarlah secara "balance" ... nalar ilmuwan sejati ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya seringkali membaca tulisan-tulisan peneliti sejarah indonesia dan kesemua yang mereka tulis "diindonesiakan"...tiada bedanya malah lebih extreme!

      Delete
  12. (20:114:3) l-maliku the King فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ
    (23:116:3) l-maliku the King فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
    (27:34:3) l-mulūka the kings قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا
    (114:2:1) maliki (The) King مَلِكِ النَّاسِ
    (2) Adjective
    (59:23:8) l-maliku the Sovereign هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ
    (62:1:9) l-maliki the Sovereign يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

    Sang MALIK .... Sang BATU ....
    Sang TUNGGUULLL KAAYUUU ......

    HARRR HARRRRR HARRRRRRR .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa figure pujaan/pujian jadi idola?

      Delete
  13. The much awaited and timely MASTERPIECE of Malays,by Malays for Malays- to put to rest once and for all the issues pertaining to their origin which had been hidden by you know who -ALLAHU AKBAR!!!

    ReplyDelete
  14. x sabar nak tunggu buku srikandi ni release.

    agak2 bila leh release cik srikandi?

    ReplyDelete
  15. ish..tak payah nak kaji kaji lagi aih..
    cer pegi ke library di oxford or rajin rajin la google [ buat generasi click ],
    1. cer tgk, gambo pahlawan bangsa tanah melayu mana yg kena bunuh, gantung terbalik dgn dilabel terrorist oleh british zaman koloni dulu? baca nota kaki depa, tgk nama nama pahlawan tu semua. ada bunyi melayu ke idak nama nama mereka pejuang tu semua?
    2. cer kita pi masuk dlm hutan, jumpa puak puak asli kuno, bwk 2 sampel, satu mamat melayu, sorang lagi mamat cina - bagi pop kuiz kat puak asli ni, agak2 depa ingat mamat yg mana yg depa kata ada bau bau bacang gnome dna nyer dgn puak asli tersebut?

    so. kalau kita semua migrants, kita move on to the next stage of arguement : asimilasi.

    kita kaji la pulak bangsa mana yang asimilasi paling byk dgn influence archipelego rantau melayu dekat sini?

    1. asimilasi duit dan harta benda dlm institusi perbankan private negara Malaysia, maseh belum boleh dikira sebagai patriotik ye tuan.

    2. second last, bila hang menyumpah seranah, bahasa apa yang keluar? bahasa melayu atau bahasa lain lain? itu tanda ukur asimilasi paling mudah.

    3. last one, kalau korang tidur dan bermimpi. mimpi itu pulak dlm bahasa lain, selain bahasa melayu, itu bermakna BM is still not your native language. sad but true..

    biar nipis tapi bertapis,
    dari tebal tapi bebal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Are u an intelectual or nutt.....Rasul s.a.w ...dah berpesan......belajar....hingga capai makrifahnya. Awal agama itu mengenal Allah. Awal bangsa itu mengenal salahsilah........

      Delete
  16. "Tak akan Melayu hilang di dunia". Itu kata-kat Hang Tuah (yang tak pernah wujud). Jika Melayu dari rumpun Astronesia maka agama asal Melayu adalah Buddha (tertua di Asia Tenggara). Menulis buku biar ikut realiti jangan mengikut emosi atau sentimen bangsa atau agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda yang di atas sangat naif.!!!
      Meneliti sejarah bukan atas satu garisan tetapi telitilah sejarah atas garisan-garisan yang selari.

      Delete
    2. Ha3..monkey shooter buat lawak ,tembak tak tepat ,tesasar dari target

      Delete
  17. Monkey Shooter: org melayu mmg asal islam sejak azali, kita org tahu asal usul kitorang dari Nabi Adam (manusia pertama) yg mmg islam. korang yg bkn melayu @ bkn islam, tahu ke asal usul korang? jgn kacau melayu, kalau korang pun tak tahu asal usul korang ok.

    ReplyDelete
  18. sesuatu yg amat ditakuti oleh puak2 pendatang yg x sedar diri.. truskan srikandi dan geng.. bongkarkan rahsia bangsa melayu dan pegangan tauhid melayu selama ni..

    ReplyDelete
  19. Sejrh yg kata melayu agama hindu tu mcm mana yek?? Tipu ke? Atau mmg ada..aku bcni sejarah sekolah..

    ReplyDelete
  20. don't provoke, you both are different! Papua, Bugis, Jawi, Sunda, Dayak are not the same as Melayu! Respect your State, you are in Malaka so it means that you are Malaya people (or ; Malaysian). Believe that and be gratefull for what you are! Respect your neighbour, cause you don't have those kind of relation ship with Indonesian (except ; the urban people (mostly Melayu people), even if you are, having a blood line with some of Indonesian ethnic, it doesn't mean that you are Indonesian, it's something called as Naturalization (live is a choice, and there is your choice.. to be Malaysian) and respect that! Now they called themself as Nusantara people, means Unity of every ethnics in the Archipelago (Jawi, Sunda, Melayu, Bugis, Papuanese, Dayak and others) and that is not including you (Malaysian or Malaya) Malaya and Melayu is different, accept that! No wonder if you, both countries always have some issues, everytime you claim yourself as brother to Indonesia (only based on Melayu ethnic which is just an urban to you (Malaya people), do you even think, feel or care for the people of different ethnics in Indonesia? For you it's a nationality but for thom it's just another ethnic in their state nation, which is Indonesian or Nusantara! So start to respect yourself and stop bullying and provoke them, cause you have no right to claim them, you are Malaya not Melayu, be glad of what you are, respect it, live with it, and start to appreciate and respect their (Indonesian) dignity and self-esteem. ! once again.. stop your provocation..!!
    So how do you want us foreigners to judging and deciding this issue...!!! I've warned you, your statement shows who you are? So who is right and who is guilty would be easy for a determined, i hope you don't represent your nation by doing so! Let's make peace and stop the provocation, cause if the war happens, you both will regret it!

    ReplyDelete
  21. di atas ini melayu mengaku org putih, tak malu betul dia.

    ReplyDelete
  22. Anon Dec 9:

    Kenyataan dia salah sama sekali.Melayu adalah sekelompok dalam bangsa2 Austronesia.Sah yang dia ni tak tahu menahu pasal linguistik dan antropologi.Orang Melayu memang mempengaruhi dunia Nusantara kerana bahasa dia adalah lingua franca sehingga menjadi bahasa pemersatu dan bahasa rasmi beberapa negara Asean.

    Terima je kenyataan.Tak payah le nak dengki.Nak dengki pergi duduk planet Zargus.Tak menyusahkan orang.

    ReplyDelete
  23. Sabar je lah cik srikandi... beragrumen dengan mereka spesis dungu memang payah.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Assalam...Sejarah nie mcm cerita adik-beradik je, tak tau apa cerita, sesat dgn Sejarah bangsa sndiri, Al-Quran dn Sunnah kn ada.

    ReplyDelete
  26. Maaf Cikgu Srikandi, join bleh sy minat juga Sejarah nie, Subhaballah Semoga diberkati Allah di atas Usaha Cikgu Srikandi.

    ReplyDelete
  27. Bahasa Melayu dimiliki oleh kelompok bahasa2 Austronesia.Kata2 pinjaman atau serapan dari Sanskrit adalah perkara biasa ketika era Hindu-Buddha malah bahasa Khmer,Thai,Burma dan lain2 di Asia Tenggara juga memiliki sejumlah besar perkataan serapan dari Sanskrit.Itu hanya istilah bukan efek pada tatabahasa (grammar).

    Saya lihat komen2 itu menunjukkan mereka kurang membaca dan cetek pengetahuan ttg kelompok bahasa dan topik kata2 serapan.Bahasa Tamil dan Mandarin juga menyerap sejumlah perkataan Sanskrit sebab faktor agama Hindu-Buddha.It doesn't make sense.

    ReplyDelete
  28. Terima kasih sk
    Sk jangan marah tau bila saya tanya ni.
    apa asal usul Bahasa Melayu sebab saya ni keliru sedikit. Harap sk dpt tolong leraikan.

    ReplyDelete
  29. Cikgu Srikandi...ade satu kemusykilan ingin saya bertanya...nama SRIVIJAYA sangat gah..hingga di thai pon disebut sebagai "Sriwichai" kalo x silap...dalam catatan cina pon ade disebut sebagai "Sanfotsi".Lihat awalan "S" itu.sinonim.. tapi kenapa SEJARAH MELAYU tulisan Tun Sri Lanang tidak merekod nama empayar besar ini..seolah-olah tiada pengetahuan tentang empayar ini..Jika Melaka adalah penyambung warisan SRIVIJAYA..kenapa nama ini tidak disebut... Mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  30. Sebab tu kita perlu jambatan bengkok ke singapork, hmmm..

    ReplyDelete
  31. Melayu kaya dengan adat resam yang lemah lembut :)

    ReplyDelete
  32. kpd yg cuba menafikan melayu bkn termasuk dlm austronesia sila cari knp pengkaji2 luar mengaitkan bahasa melayu bersangkut dgn rumpun austronesia atau malayo-polinesia...persamaan sebutan bahasa rumpun penduduk nusantara adalah sama dgn bhsa rumpun austronesia/malayo-polinesia kerana mereka berasimilasi meneyebabkan terjadinya banyak bahasa dikalangan penduduk rumpun austronesia dan malayo-polinesia....macam mana lah puak2 stereotaip(kurg memahami berfikran buruk) boleh menafikan atas pengetahuan sekadar sejarah ringkasan dan bukan sejarah hasil kajian betol2 kelakar la diorang ni....mmg dlm al-quran pn da kata ujian terbesar bt umat yg dipeliharanya (islam) adalah dari musuh2 agama allah s.w.t (islam) itu sendiri kerana syaitan tidak akan duduk diam dan senang selagi umat yg dipelihara oleh allah s.w.t (umat islam) iaitu keturunan anak cucu adam selagi itu syaitan akan menghasut dan menguji dari pelbagai cara termasuk melalui menghasut manusia utk saling memutuskan silaturahim sesama manusia walaupun berbeza agama.

    ReplyDelete
  33. Biar bermandi darah!!!!!
    Tetap berkibar panji keramat!!!

    Sumpah luluhur jadi azimat
    Alif Tikaman Hati sampai kiamat!

    Sampai Allahswt berkata pada malaikat!!
    Tiba masa nya bawa ia pulang

    HII.FISABILILAHH
    AMIN

    ReplyDelete
  34. Bineka tungal ika

    Berlainan bangsa tapi satu tujuan
    Yg sama
    (Ini prinsip indonesia
    Dan aku dari malaysia

    Tuhan yg sama
    Kiblat yg sama

    Kita bersaudara bernaung di bawah 1panji berdarah 1masa nanti

    ReplyDelete