Monday, June 29, 2015

Rahsia Onang Kiu & 'Srivijayan Capital'






"Bagi kami orang Thai,yang membina semua candi-candi Angkor termasok Bayon,Banteay Srei dan Angkor Wat adalah orang Khom,bukan Khmer,yang merupakan hamba kepada pemerintah Khom."




(Emas Para Dapunta & Maharaja,Bab
VII BHG II,mukasurat 125)





Saya telah menemui beberapa perkara menarik tentang Onang Kiu,dan saya syak,Tun Seri Lanang telah meninggalkan beberapa petunjuk tersembunyi di sana.Ini menguatkan pendapat saya bahawa 'capital of Srivijaya' bukan dibina berdekatan laut.Semua yang bergabung di bawah Srivijaya ialah 'seaport' (pelabuhan) dan maharaja memerintah dari salah satu pelabuhan utama secara tidak tetap.

Tetapi 'seaport' bukanlah 'capital'.

Saya telah menjelaskan bagaimana Lavo (Lawapuri) adalah pos kawalan tentera Angkor di barat dan dari konsep yang sama,ada empayar yang meletakkan pos kawalan di 'Gelanggi',di selatan.

Walaupun dalam simpanan saya ada 3 lokasi 'Srivijayan Capital' itu,salah satunya di Segenting Kra,namun jika saya dapat sedikit lagi pengesahan,saya boleh menggagak bahawa 'di situ'lah tempatnya,dan ini mengesahkan mengapa kawasan itu tiada dalam peta Malaysia.

Dalam Sulalatus Salatin,Onang Kiu adalah anak kepada Raja Chulan dan negerinya di gelar Langgiu/Gelanggi.Sumber Thai mengatakan 'Gelanggi' berasal dari perkataan 'Klang/Ghlang Keow' atau 'Kotak Permata'.

'Chulan' saya syak dari perkataan 'Chao Lan'.

'Onang Kiu' dari perkataan 'Nang Keo'.

Adakah Onang Kiu ada kaitan dengan orang Siam atau Thai?

Tidak.Saya berpendapat,semua ini ada kaitan dengan Angkor.Mengapa?





Kita tahu bahasa bahasa diraja Ayutthaya adalah dalam bahasa Khmer.Pengaruh bahasa istana (Old Khmer) dalam institusi diraja Thailand berlaku sampai sekarang.Gelaran 'Nang' adalah asli dari istana Angkor dan ia adalah gelaran yang berasal dari bahasa lama dinasti Ketomala atau kerabat Kedah Tua.

Di sana terdapat jawatan 'Brhat Gama Nang' yang memakai gelaran 'Anak Nang' dan ini khas untuk isteri-isteri raja yang bukan dari garis diraja atau dikenali sebagai 'gundik raja'.

Di sana juga terdapat gelaran 'Anak Raja' seperti gelaran 'Anak Raja Varman' dalam merujuk kepada cucu kepada putera raja.

Dalam sejarah,Nang Keo Ketkesy dikatakan adalah anak raja Jayavarman IX (Jayavarman Parameshwara) iaitu emperor Angkor yang mana anak emperor tersebut dikahwinkan dengan Fa Ngum,pengasas kerajaan Lanxang.

Di sana juga terdapat nama Nang Keo Yot Fa,iaitu isteri kepada raja Lanxang,Sam Sen Thai di mana Nang Keo Yot Fa itu berasal dari Ayutthaya.Menariknya nama perempuan dari Ayutthaya yang dijanjikan oleh raja Ramathibodi (U-Thong) untuk diberikan kepada Fa Ngum bernama Nang Keo Lot Fa.

Adakah Nang Keo Ketkesy dan Nang Keo Yotfa/Lotfa adalah individu yang sama?

Saya memerhatikan bahawa,di sana ada gambaran yang ingin disampaikan dalam manuskrip-manuskrip Melayu yang disusun oleh Tun Seri Lanang.

Ia adalah suasana politik sebelum dan semasa Kesultanan Melaka naik sebagai pelabuhan antarabangsa yang terkenal.

Semua ini bagaikan 'puzzle' dan jika anda faham setakat ini seperti yang saya faham,anda akan dapat mengaitkan watak 'Nang Keo' ini dengan watak seorang puteri dalam hikayat-hikayat Melayu lama.







Apapun,saya akan kupas dengan lebih lanjut dalam kempen The Secret Key to Mount Ophir iaitu siri terbaru Alter Terahsia Bangsa Melayu di MistisFiles nanti.

Masalahnya,bukan pengarang telah menyadur cerita dari luar ke dunia Melayu,TETAPI SUMBER MELAYU YANG DISADUR KE RIWAYAT KHMER DAN THAI KEMUDIAN DISADUR KEMBALI KE HIKAYAT MELAYU.

Ini yang terjadi kepada Hikayat Merong Mahawangsa.

Kajian mendapati budaya wayang kulit dalam masyarakat Thai dan Khmer berasal dari dunia Melayu-Jawa.Ini sama seperti cerita-cerita Panji yang disadur ke dalam Ramakien.

~Srikandi


==============================
Cara untuk akses ke MistisFiles:

KLIK>>   http://goo.gl/1QBIQK

==============================






6 comments:

  1. Best la Cik Sri..

    ReplyDelete
  2. Hmm, cer tanya apa waris Neo loffa.. org pasir mas pernah kelih ker rupa asli dia..

    ReplyDelete
  3. orang Johor selalu menuduh bahawa orang Kelantan bukan orang Melayu tetapi orang Siam... bagi orang Kelantan makna orang Siam ialah orang asli yang berasal dari Sian/Siam(chieng mai) mereka adalah suku orang asli dari china atau suku Hong.. Orang Johor MENGAMBIL fakta ini dari PENYELEWENGAN fakta yang ditulis oleh Tun Seri Lanang untuk menjatuhkan Kelantan ke tangan Siam, beliau disyaki telah bersekongkol dengan penjajah Brittish untuk menjatuhkan Kelantan(tapi tak berjaya kerana Brittish tak dapat menempatkan Residennya di Kelantan lalu meminta Siam menyerang Kelantan...). Akhirnya Siam(yang berpusat di Bangkok) pun kalah juga. Tun Seri Lanang dan Putera Mahkota Johor ditangkap oleh Raja Muda Acheh lalu mereka disabitkan sebagai talibarut dan bersekongkol dengan penjajah. Keduanya dihukum penjara seumur hidup. Tapi jika mereka bertaubat dan membakar semua tulisan2 mereka yang MENYELEWENG ITU barulah mereka dibebaskan.

    Namun kini masih lagi digunakan...

    selepas bertaubat Tun Seri Lanang dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda Acheh dan Putera Mahkota Johor dijadikan menantunya. Wallahualam....

    ReplyDelete
  4. Saya amat bersetuju..TSL berketurunan Tamil yg banyak menfitnah Kesultanan Melayu Melaka juga. Merekalah pihak yg berkonspirasi menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka hingga dgn terlalu mudah jatuh ke tangan Portugis. Aku Melayu dan kenal jatidiri ku justru itu aku turut mengenali musuh bangsaku dan bangsaku yg keliru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun penulis tun sri lanang alter sejarah. salah satunya dia menulis yang melaka dijatuhkan dalam tempoh dua hari. tapi yang sebebnarnya mengikut catatan portugis, melaka dijatuhkan pada dalam 15 hari.

      satu perkara lagi, Tun sri Lanang adalah orang yang mengedit sulatus salatin. bukan yang mengarangnya. dan dia bukan keturunan tamil. orang tersilap sebab ada dua tun fatimah. satu ada orang tamil satu lagi anak melayu raja pahang. Tun sri lanang dikatakan sebagai saudara tun fatimah. bukan tun fatimah keturunan tamil. tapi tun fatimah anak melayu raja pahang.

      Delete
    2. wikipedia banyak salah faham. sebab orang yang menyunting nya tak faham sejarah. seperti Sejarah orang british, sejarah kita banyak yang mempunyai nama yang sama. jadi banyak yang tersilap.

      Delete