Sunday, June 28, 2015

Misteri Onang Kiu dalam Sulalatus Salatin





Jika kita lihat di dalam Sulalatus Salatin,kita akan membaca tentang Gelanggi dan rajanya iaitu Raja Chulan dan puterinya Onang Kiu.

Tetapi siapakah sebenarnya Onang Kiu,dan apakah Gelanggi itu benar-benar berada di Hulu Sungai Johor?

"Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu (Gelanggi/Ganggayu); dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya per¬bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya..."

Bila kita perhatikan secara mendalam,ada 'glitch' dalam tulisan Tun Seri Lanang dalam meletakkan lokasi dan nama-nama.Saya faham,Sulalatus Salatin adalah hasil susunan dari manuskrip-manuskrip lain dan ini sudah tentu kerja yang agak sulit bagi beliau untuk membuat semakan,adakah kronologi dan nama-nama tempat serta budaya di sana benar-benar sah.Tapi itu tidak mengapa.Kita boleh READ BETWEEN THE LINES kemudian.

Apa yang saya ingin 'highlight'kan ialah perkataan 'Chulan' yakni raja Gelanggi dan puterinya 'Onang Kiu'.

Kedua-dua nama ini mengandungi rahsia besar dan ia sebenarnya satu 'puzzle' yang ditinggalkan di dalam salah satu manuskrip itu!





Pertamanya 'Chu-lan'.Ketika saya mengkaji negeri Lan-Chang (Lanxang) yang disebut dalam HMM sebagai Siam Lancang,saya menyedari di sana terdapat raja Chao Lan Kham Deng dan ketika eranya,terdapat seorang yang bergelar 'Mahadevi' namun di sana ada beberapa nama iaitu:

1) Nang Keo Phimpa
2) Nang Keo Ketkesy
3) Nang Keo Yotfa/Lotfa
4) Nang Keo Sida

Semua ini seperti memberi petunjuk kepada ayat-ayat ini:

"Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perempuan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri. Setelah itu maka Raja Suran berjalanlah, maka baginda pun teruslah ke Temasik.."

Yang mana satukah 'Nang Keo' yang dirujuk oleh 'Onang Kiu'?

Adakah 'Chu-lan' adalah 'Chao Lan'?

Kemudian,dalam riwayat Laos,pada permulaan penubuhan negeri-negeri Lao,pasti akan menyebutkan tentang kewujudan Melayu dan mereka menganggap orang Melayu ini bercakap bahasa 'pre-Khmer'!Ini sesuatu yang menarik kerana dalam The History of Laos karya Maha Sila Viravong,beliau memasukkan bahasa Melayu sebagai bahasa purba Indochina.

Adakah ini merupakan petunjuk seterusnya?Kita akan mencarinya di dalam satu lagi mahakarya:Hikayat Merong Mahawangsa yang misteri itu.

~Srikandi
The Secretkeeper of Maha Perita Deria of Kedah Tua



==================================================
Notis: Kuliah saya dah masuk isu ke-3.Isu keempat saya akan buat lecture pasal sejarah negeri Perak,pasal Tok Temong dan Raja-raja Beruas.Daftar sini siapa belum daftar>> http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282

==================================================


3 comments:

  1. Di Pahang ada kampung bernama Lancang. Mungkinkah pengasas kampung ini ada kaitan dengan Kerajaan Lancang di atas?

    ReplyDelete
  2. Sila buka pusaka bangsa akan piramid 7 berkembar yg dikatakan "the cursed pyramid of the chini's lake", akan menara nya penjuru 8? Yang berkembar juga . Seperti mana yang disentuh di MF , boleh tidak teruskan usaha untuk hidupkan kembali zaman itu kepada zaman sekarang , sebagai anak Pahang yang mana sekarang ini di bawah kawasan daerah Pekan akan Chini itu , mohon agar dapat diyakinkan yang berkenaan agar tidak dirahsiakan lagi akan berlaku sesuatu ketika akan sebuah daulat kerajaan Melayu terdahulu di situ. Jikalau kena pada keadaannya , sesuatu yang 'grand' bagi zaman ini. Jika kena pada caranya, sebelum tirai silam tertutup binasa begitu sahaja oleh sebab tangan - tangan manusia, sia-sia terpelihara hingga akhir zaman ini. Jikalau boleh, adinda lakukannya. mulakan dengan bismillah langkah yang pertama , insya ' Allah Ta'ala dimudahkan jalan seterusnya. kekanda mohon dibukakan seterusnya dibuktikan kewujudan zamannya. 7 berkembar , ibarat sama ia akan telaga 7 di Langkawi , tanahnya sama. Jaga peribadi diri molek - molek , adinda Srikandi. Wassalam

    ReplyDelete
  3. Felda Linggiu di Kota Tinggi Johor diberi nama sempena nama sebuah sungai dari cabang bahagian hulu Sungai Johor. Terdapat Empangan Linggiu di hujungnya. Emmm..

    ReplyDelete