Thursday, May 21, 2015

Selat Kedah & The Seven Seas





"...kemudian kami meneruskan perjalanan kami dan belayar dari pulau ke pulau dan laut ke laut, sehingga kami tiba di Pulau Loceng, yang mengandungi bandar yang memerlukan dua hari perjalanan untuk menjelajah ke dalamnya, yang mana selepas enam hari dari situ kami mencapai Pulau Kalah,tempat ini ditadbir oleh raja yang kuat,dan ia mengeluarkan kapur barus yang sangat baik dan sejumlah besar dari rotan dan di sini juga terdapat lombong timah..."

(Pelayaran Ke-4 Sinbad)

Pulau Loceng (terjemahan dari Arab: Naqus) adalah nama sempena loceng atau gong yang seakan sama dipakai oleh masyarakat Kristian Nestorian.

Para pengkaji menafsirkan ia terletak di dalam Sumatera.Kemudian,selepas 6 hari,mereka mencapai Kalah.






Di dalam kitab tanpa diketahui pengarangnya bertajuk Akhbar Al-Sind Wal-Hind yang ditulis kira-kira pada 851 Masehi menunjukkan tempoh pelayaran dari India ke Kedah,dari Kedah ke Champa dan dari Champa ke China.

Masqat ke Kulam Mali : 1 bulan
Kulam ke Kalah : 1 bulan
Kalah ke Sanf Fulaw : 1 bulan
Sanf Fulaw ke Khanfu : 1 bulan

Dari kisah pelayaran Sinbad ini,pengkaji mendapati nama-nama tempat yang disinggahi Sinbad adalah berdasarkan fakta-fakta geografi,berdasarkan catatan-catatan para pelayar Arab dan Parsi.
Sinbad yang terkena berlayar di tujuh lautan (Voyage of Seven Seas) kemungkinan berdasarkan catatan seorang pelayar bernama Ya'kubi yang meninggal dunia pada tahun 897 Masehi:

 Siapa saja yang ingin pergi ke Cina harus melintasi tujuh lautan, masing-masing memiliki warna, angin, ikannya sendiri, tidak seperti sepenuhnya laut yang terletak di sebelahnya. Yang pertama dari mereka adalah Laut Fars, dimana pelaut keluar dari wilayah Siraf. Ia berakhir di Ra's al-Jumha; itu adalah selat di mana disana banyak terdapat mutiara. Laut kedua dimulai di laut Ra's al-Jumha dan disebut Larwi. Ini merupakan laut besar, dan di dalamnya adalah pulau Waqwaq dan lain-lain yang berada di posisi Zanj. Pulau-pulau ini memiliki raja-raja. Seseorang hanya mampu berlayar di laut ini dengan panduan bintang-bintang. Terdapat ikan besar disana dan di dalamnya terdapat banyak keajaiban dan hal-hal yang tidak bisa dijelaskan. Laut ketiga disebut Harkand dan itu terletak di pulau Sarandib, di sana terdapat batu yang berharga dan permata-permata. Ini adalah pulau dengan raja-raja, tetapi ada satu raja atas mereka. Di kepulauan yang berada di laut ini tumbuh buluh dan rotan. Laut keempat laut disebut Kalah-bar yang banyak sekali ular-ular laut yang besar. Kadang-kadang mereka muncul ke permukaan dan merempuh kapal. Berikut ini adalah pulau-pulau di mana tumbuh pohon kapur. Laut kelima disebut Salahit, sangat besar dan penuh dengan keajaiban. Laut keenam disebut Kardanj; hujan sering turun disini. Laut ketujuh disebut Laut Sanji atau dikenal sebagai Kanjli. Ini adalah laut China; yang didorong oleh angin selatan hingga mencapai sebuah teluk air tawar, di sepanjangnya terdapat tempat yang dibentengi dan kota-kota, hingga mencapai Khanfu (Canton).




'Laut Kalah-Bar' dikesan sebagai Selat Melaka pada hari ini.Kalah.merujuk kepada Kedah,dan masa itu (sekitar abad ke-9) pelabuhan Kedah memang terkenal dan ia adalah salah satu pelabuhan Srivijaya yang kaya.Kerajaan Kedah Tua pula adalah kerajaan legenda dalam riwayat Melayu,Khmer dan para pengembara China.

~Srikandi

2 comments:

  1. kalah bar juga boleh bermaksud laut ladam kuda (tapak kaki kuda).."falmuriyaati qadha" aladiyaa 100:2

    ReplyDelete
  2. Pedagang Arab dari zaman dulu guna Kalah, Kalah bar merujuk Kedah. Mereka tak merujuk lain.
    Kerana mereka berurus dagang sama Kedah sekian lama, maka mereka tau.
    Selain besi, timah dan komoditi, Kedah juga pembekal kapur barus terkenal, pedagang Arab mendapatkan kapur barus di Kedah.
    Tak boleh ubah apa yang telah dicatat oleh pedagang Arab, kerana itu adalah pengetahuan mereka waktu itu.
    Pelabuhan Sungai Batu di Kedah adalah pelabuhan termaju, nombor satu sebagai entreport terpenting rantau ini.
    Lihat rekod saja lah..
    sumber pedagang India, Parsi, China, Arab...semua mencatat hubung dagang di pelabuhan Kedah.
    Pelabuhan lain tak maju dan tak ada rekod hubungan dagang sebanyak dan setanding Kedah.

    ReplyDelete