Tuesday, May 12, 2015

Rahsia Seri Baniyan


kredit: dkosonglapan.blogspot



Saya telah ke Beruas,Perak Darul Ridzuan dan menyiasat beberapa petunjuk di sana.Beberapa pembaca telah menghubungi saya dan memberitahu beberapa rahsia yang mereka simpan sejak sekian lama.Anehnya,mereka mendakwa saya layak menyimpan rahsia ini.

Siapa Seri Baniyan?Ini adalah persoalannya.

Apa yang saya kaji dan ketahui,merentasi zaman Srivijaya,Kedah Tua dan Langkasuka.Okay,jika kita hendak mengkaji apa yang hendak dinamakan 'Kerajaan Beruas' kita akan dapati terlalu sedikit mengenai kerajaan itu.

Tanyalah anak-anak Perak malah anak-anak raja sendiri pun pasti terkebil-kebil nak cerita pasal kerajaan ini.Kerajaan ini seolah-olah kerajaan bunian sahaja.

Saya bermula dengan premis:

1) Seri Banian seorang perempuan
2) Pernah memerintah wilayah sekitar Beruas dan Manjung
3) Berasal dari utara

Selepas meneliti beberapa artifak dan nisan-nisan tua di sekitar Beruas,saya telah menyimpulkan satu kronologi sejarah yang menakjubkan.Betapa mereka;raja-raja itu telah menyembunyikan sejarah dengan cara yang aneh sekali.Tapi untuk apa?

Sejarah Beruas memang gelap,tapi kita akan dapat menyuluh sejarahnya jika kita mengkaji sejarah PASAI.Ingat ini.

Ingat bahawa Pasai adalah sebuah kerajaan Melayu tulen.Saya kata tulen sebab ia bukan menggunakan bahasa Aceh,Jawa atau pakai slang Minang sekalipun.
Hikayat Raja-raja Pasai adalah menggunakan bahasa Melayu Klasik.

Sejarah Beruas berlaku beratus tahun sebelum naik Kesultanan Aceh yang dimulakan oleh sekumpulan kerabat raja dan pengikut kerajaan Champa yang disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai Syah Pau Ling.Ingat,bahasa Aceh memiliki persamaan dengan bahasa Cham.Ayam disebut 'manuk' oleh orang Cham dan sama juga oleh orang Aceh.

Petunjuk ini membawa saya kepada kisah rakyat tentang Antah Berantah dan peperangan Raja Shamsul Baharin yang bagi saya sungguh mistikal dengan raja Champa.
Antah Berantah ini ialah sebuah padang dan ia mencapai tahap legenda dan mistik sebagaimana Tasik Pauh Janggi.

Prasasti Minye Tujuh


Dari sini saya tahu bahawa orang-orang Champa itu ada yang turun ke Segenting Kra dan merentasi semenanjung.Mereka bertemu dengan 'sebuah kerajaan' dan berperang dengannya namun dikalahkan.Kemudian,dari Perak,mereka merentasi Selat Melaka dan mendarat di utara Sumatera.
Sejarah Pasai ada kaitan dengan Beruas.Itu yang boleh saya catat di sini.Meneliti nisan-nisan besar yang dikatakan milik raja-raja purbakala di Beruas membuatkan saya merenung jauh peristiwa kejatuhan Panduranga dan Vijaya ke tangan Dai-Viet dan ini mengubah banyak lanskap sejarah dan budaya Nusantara.Kisah ini sebahagiannya tersimpan sebagai cakap-cakap mulut,legenda dan wasiat.

Kemudian,setelah meneliti kod-kod tersembunyi dalam Prasasti Minye Tujuh di Aceh,saya mendapati ada beberapa perkara lain yang tersembunyi dan mengapa kerajaan Beruas itu tiba-tiba hilang.

"gutra barubasa mpu hak kedak pasema"

Sebaris ayat di atas adalah sebenarnya satu petunjuk yang menyembunyikan banyak misteri dan tragedi,saya syak ia diarahkan diukir ketika raja terakhir dari keturunan Beruas itu menghembuskan nafas terakhir.

Ia berkaitan dengan kerabat raja Selendang Delima,dan sebahagian petunjuk ada dalam syair,saya cantumkan dan ia 'unlock' satu kronologi dan tempat menyimpan rahsia itu.

Cerita tentang makam raja-raja Beruas ini akan saya cantumkan dalam siri "The Possessor of Black Mengkong" sebagai pembuka tirai ATBM v5 saya nanti iaitu "The Secret Key to Mount Ophir".


Yang belum menjadi pembaca MistisFiles sila KLIK>> Application




Boleh daftar sebagai pelajar THSS di bahagian atas sebelah kanan.Key-in nama dan emel.
Harap membantu.








~Srikandi
Cindai Merah of Muara Beranang

5 comments:

  1. Salaam. Cik Sri. Bagaimana hamba utk menghubungi pihak Cik Sri? Ini email hamba:
    malaiumaju@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik Sri...

    Adakah ayat ni "gutra barubasa mpu hak kedak pasema" bermaksud "gutra barubasa empunya hak kedah pasaima"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam wbt.

      Dalam terjemahan yang popular ia bermaksud: Dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai.

      ~Srikandi

      Delete