Tuesday, July 31, 2012

"The Black Diary"









Catatan Srikandi XIII












"The Black Diary"










ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan








"Hahahaha!Apa yang Siti merepek ni sayang...saya tidak ada apa-apa...,"Pong ketawa mengejek di dalam telefon.Saya benar-benar merasa jengkel dengan panggilan 'sayang'."Betul,kamu tidak ada apa-apa?"saya meminta kepastian.

"Wah...alangkah bertuahnya saya,tuan puteri raja sombong yang dahulunya jual mahal dengan saya,kini begitu mengambil berat terhadap saya yang hina ini...hahaha...!"Pong semakin galak mengetawakan saya.

"Sudahlah!"saya memutuskan talian telefon bimbit.Kalau saya sedang memegang gagang telefon,sudah tentu saya menghempaskannya sekuat hati biar pecah gegendang telinga Pong.Seperti yang dijangka,tak sampai beberapa saat,Pong membuat panggilan.Saya duduk dengan perasaan bengang.Sambil menjeling ke arah telefon bimbit,saya mengawal desahan nafas kemarahan saya perlahan-lahan.

Telefon bimbit semakin galak berbunyi tidak berhenti-henti.Saya semakin rimas.Saya menekan butang 'call'.Sayup...sayup kedengaran suara Pong meminta 'ampun'.

"Please...i'm so sorry...don't treat me like this...Siti...please give me one chance...."

Ekor mata saya memandang ke sana sini.Kepala saya mula memikirkan apa hukuman yang harus saya kenakan kepada si jahat itu.Sambil tersenyum,saya mendekatkan bibir saya ke telefon."Give me a favor..."

"Okay...okay....ingat tak kain suci yang terentang di atas palang kuil di Ranong?"

"So..?"

"Saya akan beritahu siapa lukisan lelaki dalam rajah suci itu..."

Ah...dia pandai memancing saya!Memang saya begitu ingin tahu siapa lelaki misteri yang memegang senjata seakan keris dalam rajah kuno bertulisan skrip Khmer purba di atas kain lusuh yang tergantung terbuai-buai di palang kuil lama di Ranong tersebut.

"Cakaplah lagi pasal lelaki tu..."saya memancing kembali.

"Siti maafkan saya?"

"Cakap dulu!!"saya mula hilang sabar dengan pemuda Thailand itu.

"Okay...okay...menurut sumber dari sami tua di kuil berdekatan,memberitahu saya bahawa lelaki dalam rajah itu adalah salah seorang dari dua putera raja Sri Dharmaraja ketika era Siwichai.Namanya Indera Sairen.."

Mata saya bersinar.Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata lembaga yang menyerupai Pong di Gunung Jerai.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara raja kamu.Dia yang hasut Raja Siam..."

Apa yang berlaku antara Sri Dharmaraja dan Sukhotai beratus tahun dahulu selepas perpecahan wilayah-wilayah Segenting Kra milik Empayar Srivijaya dahulu?Apa yang dibisikkan oleh Sri Raja,raja terakhir Sri Dharmaraja kepada Chakrapat,raja Ayutthaya semasa raja Melayu itu hampir menghembuskan nyawa terakhirnya?Apa yang berlaku antara Ligor dan Kedah ketika raja Ligor (Sri Dharmaraja baru),Syariff Abu Bakar Syah mahu membebaskan diri dari pengaruh Thai?Mengapa negeri-negeri Melayu tidak membantu Ligor?


Saya semakin pening.Kisah-kisah sedih beratus-ratus tahun yang lampau itu bagaikan batu-bata di Baphuon,Kemboja 'The biggest puzzle in the world'.

Malam itu,selepas solat maghrib,saya mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Nai Long Kassim dan umat Islam.Saya rasa ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh arwah.Walaupun anak cucu dan orang yang tidak ada kena mengena dengan waris raja Ligor itu kerap merepek-repek dan 'over-acting' sehingga mengaburkan sejarah sebenar,saya dapat merasakan beliau benar dalam beberapa hal.Tentang itu biar saya rahsiakan dahulu.Saya benar-benar terkilan kerana tidak dapat bersemuka dengan beliau.Saya rasa jika saya dapat bersemuka dan berbual-bual dengan beliau secara peribadi tanpa kehadiran 'pembodek-pembodeknya' yang merepek-repek itu,pasti saya dapat mencungkil rahsia besar hubungan Ligor dengan Kedah,Ayutthaya dan Chakri pada masa silam.Pasti saya dapat mencantum beberapa 'puzzle' yang hilang ditelan zaman.

Selepas solat,saya membuka laptop saya di atas katil.Saya masih memakai kain telekung saya,menggodek-godek laptop saya,membuka emel dan membalas yahoo messenger.Nampaknya ada emel baru.Ada seseorang hantar lagu pada saya.Saya mengklik 'play'.

Lagu dari Tai Oratai - Wun Tee Bau Mee Ai.

Di dalam emel itu ada 'caption':Bila saya melihat Kanyaphak Suwankut,saya teringatkan kamu.Dia adalah artis kegemaran saya.Kamu faham maksud saya kan?

Saya pun terbaring di sisi laptop sambil melayan alunan lagu siam itu.Nadanya mendayu-dayu.Tiba-tiba telefon saya berbunyi.Si jahat itu lagi.Saya mengangkat panggilan.

"Seperti yang saya janjikan,saya akan beritahu kamu satu rahsia tentang kuil lama itu.Juga sejarah raja-raja Thai pada masa dahulu dengan negeri-negeri selatan (negeri-negeri Melayu),tentang 'Krung Siwichai' dan dinasti teratai Sri Thammasok..."

"Beritahu saya Pong,saya maafkan kamu..."perlahan suara saya.Air mata saya seperti mahu menitis.Tidak tahu mengapa.Adakah kerana alunan sayu lagu siam itu atau kerana saya begitu sensitif.

"Baiklah...owh sebelum itu saya ketika ini berada di dalam bilik di mana Goerge Coedes pernah bertugas...macam biasa,saya ni suka merayau-rayau...hahahaha,"Pong cuba membuat saya ketawa.

"......"

"Okay..okay...begini.Kira-kira 800 tahun yang lalu,beberapa kerajaan Thai telah terbentuk di atas tanah bekas wilayah-wilayah Empayar Khmer.Raja-raja Lanna dan Sukhotai sebenarnya ialah gabenor-gabenor di bawah empayar Khmer yang memberontak.Raja Mangrai telah menawan Haripunjaya,negarakota Mon di utara Siam.Secara automatik,Chiang Mai yang bersejarah jatuh ke tangan Lanna..."

Saya berbisik di dalam hati,Chiang Mai pernah di bawah raja-raja Chih Tu (Sriwijaya purba sebelum era Dapunta Sri Jayanasa).Suku Lawa yang merupakan pribumi Lawasangharata (nama lama Chiang Mai) berasal dari Kemboja sebelum bermigrasi ke utara.Nenek moyang suku ini adalah Austronesia (Melayu purba) sebelum berasimilasi dengan etnik Mon-Khmer.Dari nama 'Lawa' ini,suku Tai terawal tiba di Indochina,Lao,mendapat namanya.

"Sukhotai telah menjadikan Hamsavati sebagai negeri bawahannya,tindakan pertamanya menakluk kerajaan-kerajaan Mon di sekitar.Raja Wareru telah menduduki Martaban dari perpecahan empayar Pagan hasil pertolongan Sukhotai.Selepas itu mereka meluaskan pengaruh ke selatan.Kerajaan Suvarnabhumi dan Tambralingga,dua kerajaan legenda Indochina jatuh ke bawah pengaruh Sukhotai.Tambralingga pada mulanya adalah sekutu Sukhotai menentang sisa pengaruh Srivijaya,kemudian selepas bebas dari pengaruh Srivijaya,raja-rajanya mula tamakkan kuasa dan menguasai sehingga ke Temasik(Singapura lama).Sukhotai sudah lama mengintai peluang memiliki Tambralingga yang kini bergelar Nagara Sri Dharmaraja kerana pengaruh besarnya ke atas negeri-negeri Melayu.Siti telah maklumkan,Sri Dharmaraja punya pengaruh misteri ke atas kerusi emperor-emperor Angkor.Siapa yang duduk di atas Sri Dharmaraja,dia yang menentukan corak politik istana empayar Khmer.Ini tercatit dalam Prasasti Phimanakas di Kemboja.Dalam batu bersurat itu mengatakan bahawa Suryavarman I telah naik takhta Sri Dharmaraja pada tahun saka 924.Kita tahu Suryavarman I adalah emperor Angkor selepas itu.Siti tahu rahsia sebenar konflik antara Sukhotai dan Sri Dharmaraja?Sukhotai mahu menewaskan Khmer melalui Sri Dharmaraja.Apabila raja Chandrabhabu mangkat di Sri Lanka,Sukhotai melanggar Sri Dharmaraja tidak lama selepas itu.Sri Dharmaraja adalah 'key point' dalam konflik antara Thai-Khmer.Pengaruh Melayu Sri Dharmaraja amat kuat dalam istana Angkor,sejak raja pertamanya,Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu dan pernah berlayar ke istana Srivijaya,ketika dinasti Sailendra memerintah.Ini adalah beberapa lama selepas catatan Mas'udi dalam "Meadows of Gold and Mines of Gems" yang terkenal itu diambil dari catatan seorang pengembara bernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi."

"Jadi apa kaitannya dengan lelaki dalam rajah itu?"saya menyoal.

"Itu adalah Putera Indera Sairen.Anak kepada raja dinasti teratai,Chandrabhanu.Dialah raja yang berhati mulia,mengajarkan ajaran Theravada kepada orang-orang Sukhotai.Indera Sairen ada seorang saudara bernama Indera Khao Kheo.Mereka berdua,mengikut legenda kami adalah jelmaan Buddha yang sejahtera.Mereka adalah dewa-dewa tempatan yang kini masih ada kultus di wilayah Nakhon Si Thammarat yang memuja mereka."

Tiba-tiba saya dapat mengagak bahawa pada suatu masa,Sri Dharmaraja menguasai seluruh semenanjung Tanah Melayu dan juga mengawal empayar Khmer yang semakin melemah.Pengaruh wilayahnya amat luas ketika itu.Ini sebenarnya yang dimaksudkan 'benua Siam' oleh waris Raja Ligor itu.Sri Dharmaraja secara spesifiknya mengawal 12 negeri-negeri Melayu yang dilambangkan dalam takwim 12 haiwan mengikut kalendar penuaian padi Kedah Tua.Oh,sejarah Melayu begitu misteri dan mengasyikkan.

"Siti,ketika peperangan Burma-Siam (1568–1569),Ayutthaya telah kalah dalam Pengepungan Ketiga Ayutthaya.Siam menjadi negeri bawahan Burma.Raja Siam telah meminta bantuan dari negeri-negeri Melayu selatan Thai ketika itu.Sebenarnya hubungan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dengan Ayutthaya baik ketika itu kerana ramai kerabat Ayutthaya awal adalah dari keturunan Nai dan Nang dari Sri Dharmaraja.Dalam Riwayat Sri Dharmaraja ada disebutkan tentang anak-anak angkat raja Ayutthaya sehingga mereka dibenarkan mengutip cukai dari 12 negeri Melayu bawahan Sri Dharmaraja bagi pihak Ayutthaya dari satu satu perjanjian sulit."

"Perjanjian oleh siapa?"

"Pra Sodhanaraja,anak Sri Raja kepada raja Siam Ayutthaya."

Saya hairan.Kini Ligor telah sah sebagai 'supervizor' baru bagi negeri-negeri Melayu utara.Dalam Sejarah Melayu,Sultan Melaka disebutkan bahawa berkata,'raja Benua Siam itu bukanlah orang lain kepada kita'.Ini bermakna 'raja Benua Siam' itu punya pertalian dengan Sultan Melaka dan orang Melayu.Sehingga tentera Melaka pernah berperang di bawah arahan 'raja Benua Siam' itu dalam kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Apa semua ini?

Saya membuka kitab Undang-undang Kedah.Kitab ini punya rahsia besar hubungan negeri-negeri Melayu utara dengan Ligor dan negeri-negeri Melayu Segenting Kra.Kitab ini bagaikan perakam masa antara kita dengan negeri-negeri Melayu seperti Setul,Reman,Patani,Ligor,Singgora dan lain-lain yang telah lenyap dimakan zaman.Negeri Setul Mambang Segara terutamanya macam kerajaan di alam mimpi padahal pintu istananya masih tertayang di Muzium Negara.Jika anda lihat lambang Satun (Setul) di Thailand anda akan lihat gambar dewa laut.Itu adalah 'Mambang Segara' iaitu nama lama bagi kerajaan purba Setul.Sebahagian sejarah purba kita dipegang oleh orang Thai.

“Sebermula banyak emas ditempa Bunga Emas, dihantar ke Benua Siam Dua Puluh Emas masa Raja dahulu-dahulu, pada masa Sultan Muhammad Jiwa tambah sepuluh emas sebab sukar ia ditempahnya itu”

Apa semua ini?Mengapa mesti hantar bunga emas?



Saya membuka Hikayat Merong Mahawangsa,yang kronologinya melampui beratus-ratus tahun sebelum era Ligor dan Ayutthaya.(Tambralingga bermula 1 Masehi begitu juga Langkasuka,mengikut pendapat sarjana Barat)

"Tidak berapa lama setelah lengkap segala kelengkapan dan bingkisan serta beberapa pakaian yang akan dibalasnya kepada saudaranya negeri Kedah itu.Setelah diperbuat surat itu lalu diserahkan kepada utusan itu serta berpesan kepada saudaranya,"Barangkali kita beroleh putera maka hendaklah saudara kita perbuat beri seperti bunga emas dan bunga perak itu hantarkan mari kepada kita kerana pekerjaan itu amat kesukaan bermain akan dia."

Mengapa tradisi menghantar bunga emas dan perak disebut dalam dua manuskrip ini?Apa rahsianya?Saya termanggu kebingungan.Satu adalah dokumen perundangan.Satu lagi bertaraf epik dan legenda.Tetapi tradisi menghantar bunga emas dan perak disebutkan.Ini adalah misteri.Jika saya memahami rahsia dan perlambangan di sebalik bunga emas dan perak,saya akan dapat mengorek rahsia suku Lawa,Langkasuka,raja-raja Chih-Tu dan Tambralingga.



Setelah membuat sedikit kajian,saya memahami beberapa perkara.Tradisi menghantar bunga emas dan perak memang tradisi Kedah Tua/Langkasuka dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra,ya seperti yang kita baca dalam Hikayat Merong Mahawangsa,dengan tujuan mengekalkan hubungan saudara.Raja Patani,Sri Dharmaraja punya kaitan dengan Kedah Tua.Dahulu raja Langkasuka menghantar bunga emas tanda hadiah menyambut kelahiran cucu anak-anaknya yang menjadi raja-raja Malay city-states di 'benua Siam'.Dalam sejarah Indochina terdapat dua induk keturunan raja-raja yang memerintah sekitar utara semenanjung,Segenting Kra hingga ke Chiang Mai.Pertamanya Kedah Tua yang di dalam riwayat-riwayat Kemboja menyebutnya sebagai dinasti Ketomala.Keduanya ialah Chih-Tu (kerajaan Tanah Merah) di kawasan Kelantan-Patani sekarang yang menurunkan raja-raja Champa dan Funan (sejak dinasti Pan seperti Fan Shih Man,dikesan dalam pelbagai cross-reference riwayat berasal dari Chih-Tu atau Pan-pan di Kelantan).

Apabila Sri Dharmaraja menjadi besar sehingga menakluk seluruh semenanjung,Kedah tunduk dibawah pengaruhnya,pada masa yang sama tradisi menghantar bunga emas dan perak diteruskan.Kemudian setelah Sri Dharmaraja tunduk dibawah Ayutthaya,penghantaran bunga emas bukan lagi sebagai ikatan kekeluargaan namun sebagai simbol politik,tanda penyerahan atau cukai.Inilah yang tertulis dalam riwayat Sri Dharmaraja sebagai 'menyimpan emas dan perak dalam simpanan kerajaan'.

"Awak baca diari itu.Buka mukasurat 422,"lelaki yang dipanggil Lonecryer itu berkata.

Ketika itu saya di Universiti Teknologi Mara Perlis di Arau.Di depan saya terdapat satu diari tebal yang usang.Saya berdebar-debar.Saya menyentuh diari itu.Nampaknya ia terdiri dari cantuman beberapa buku atau helaian-helaian kertas tambahan kepada satu diari induk,menjadikan ia semakin tebal.Tertulis di depannya:


by Lodgekeeper


Diari Lodgekeeper,bisik hati saya.Ini Diari Lodgekeeper.Oh,benarkan saya membaca bab 'The Tabernacle of Melati and Mala'.Saya mahu lebih lagi pasal Soma,Ye ye dan Keturah.

Tetapi saya membuka mukasurat 422.

Ada sebuah peta di situ.Peta lama yang menggambarkan seluruh Indochina dan semenanjung Tanah Melayu.Tulisan di kiri kanan adalah dalam bahasa Sepanyol atau Portugis.Peta itu cukup tua,tetapi di belakangnya ada satu peta lain.Oh,salinan kepada peta Ptolemy,'Geographike Hyphegesis'.Saya melihat perkataan seperti Pulo Condo,Hujong Salang dan Kampong.

"Kenapa dengan peta ini?"Saya bertanya.

"Ini peta Ptolemy,ahli geografi Yunani,telah melukis peta ini seawal abad pertama Masehi berdasarkan beberapa peta lama yang lain dan catatan pengembara.Awak boleh lihat nama-nama tempat sekitar Asia Tenggara khasnya di semenanjung,Segenting Kra hingga ketengah Indochina berbau Melayu.Awak lihat nama-nama tempat seperti 'Pulo' ialah bermaksud Pulau dan 'Jung' bermaksud tanjung.Ini menunjukkan bahasa rakyat adalah bahasa Melayu tulen,cuma bahasa persuratan istana bercampur dengan Sanskrit atas faktor agama anutan."

"Ada orang Melayu tinggal di sini masa tu?"Saya menunjukkan ke wilayah Tenasserim sekarang di Burma.

"Ya,si bertuah..."saya tersenyum dengan usikan Lonecryer.

"Ini semua ada Malay city-states yang bertaburan sepanjang Segenting Kra.Mereka macam Greece punya city-states atau Trojan atau Phoenicia.Ada city-states yang berperang sesama sendiri.Ada yang buat allied dan serang kelompok lain.It's all about politics babe..."Lonecryer tersenyum kepada saya.

"Jadi apa tugasan saya kali ini?"tanya saya.

Lonecryer menunjukkan wilayah Hamsavati,Arakan,Ava dan Martaban juga Mandalay kemudian menunjukkan Chiang Mai,Luang Phrabang sehingga ke tengah Thailand.Kemudian menunjukkan kawasan Angkor di Kemboja.Jarinya terus menunjukkan wilayah Champa dan akhirnya berhenti ke tengah Segenting Kra.Dia bersuara:


"Ada rahsia beberapa kurun sebelum Masehi di tempat-tempat ini.Usia Langkasuka dan Tambralingga yang kita ketahui selama ini sebenarnya jauh ke belakang dan ini ada kaitan dengan pra-Sriwijaya.Jika kita tahu apa konflik yang berlaku antara Malay city-states di Indochina dan semenanjung pada masa lampau,kita akan tahu dengan siapa ketua-ketua puak Lao berurusan sehingga mereka menabalkan raja-raja mereka dengan gelaran 'Mahkota orang-orang Mala'.Di sini ada salinan manuskrip dalam bahasa Pali kuno yang menceritakan catatan para sami pengembara dari Bihar.Mereka kononnya bertemu dengan beberapa raja di sekitar sempadan Burama-Thailand sekarang pada abad ketiga Sebelum Masehi.Buat rumusan darinya,"Lonecryer memberikan satu bungkusan bersaiz A4.

Saya mengambil bungkusan itu."Baiklah,saya beransurlah kalau tidak ada apa-apa,"saya meminta diri.

Lonecryer mengangkat kening."Hai,nak buat harta pulak."

Saya buat-buat tak faham."Apa dia?"

Lonecryer tersenyum panjang.Saya tak dapat menahan perasaan lalu menyerahkan Diari Lodgekeeper kepadanya."Bukan diari ni diberi pada saya untuk kajian juga?"

"Oh no...ini rahsia sulit.Saya bawa untuk tunjuk saja pada awak,Siti...."Lonecryer tersengih memandang saya.

Ketika Lonecryer berlalu menuju ke arah dewan makan asrama perempuan,saya hanya merenung sedih melihat diari yang berada di tangan lelaki itu.Saya mengertap bibir,sambil memandang couple-couple yang bersidai di Mushroom UiTM Arau.

Kisah-kisah sedih yang terjadi di Segenting Kra pada masa lalu menghantui saya.Saya hanya merenung salinan manuskrip aneh di depan saya.Sejarah Melayu benar-benar memabukkan saya dan hampir-hampir membuat saya kelemasan dan putus asa.








biar hanyirnya membau perjuangan
biar badinya mengasap kebangkitan












~The Naga King's Daughter
The Ketomala & Tanamera Dynasty

51 comments:

  1. Terbaik daripada Sri Kandi!

    Sudah lama saya menunggu bab 'novel' terbaru ini =)

    ReplyDelete
  2. Yah, terbaik cik seri, teruskan usaha.... selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  3. ala.. kopi pes je dr MF.. wat aa cite baru cikgu

    ReplyDelete
  4. Askum cik srikandi.
    dari penulisan cik adakah sejarah negara kedah benua siam oleh anai-anai itu satu sejarah yang benar..?
    tq.

    ReplyDelete
  5. Mahkota Orang-orang Mala = adakah kemungkinan maksudnya tengkorak / kepala orang Mala yang telah ditawan?

    ReplyDelete
  6. Mungkinkah gelaran " Mahkota orang-orang Mala " sebagai satu penghinaan terhadap orang Mala kerana telah berjaya mengalahkan orang Mala?

    ReplyDelete
  7. sblm saya nak tanya pasal Putera Ligor ni hehehe, saya nak tanya beberapa soalan berdasarkan maklumat ini :

    1. Sejarah Khmer pernah dibuktikan diwarnai oleh Melayu Segenting Kra (siam) sejak Suryavarman I (1010ad). di sebalik anutan Hindu di sekeliling, mereka sebaliknya menegakkan Mahayana Buddhism di sana.

    2. Jayavarman VI (1090ad) dikatakan pemutus keturunan direct dari Ligor yg dilantik sebagai raja Khmer, & Jayavarman VI ni tiada darah di raja sebaliknya mengaku keturunan Sri Kambu & Mera. Raja J.VI ni tak pasti agamanya tapi raja seterusnya (abg & anaknya?? Mungkin, Suryavarman II) confirm Hindu. Suryavarman II(1113ad) ni memang terkenal sebagai penganut Hindu tegar & pembina Angkor Wat.

    3. raja selepas Surya II ialah Dharanindravarman II(1150ad), sepupu dari sebelah mak Surya II. Dharanindra II ni pulak yang bawak balik Buddha ke Khmer court. Buktinya, dlm buku Sirisena sejarah Sri Lanka, dikatakan Dhananindra II telah memohon raja Sri Lanka waktu tu perkenan menjodohkan puterinya (Sri Jayachudamani) dengan anaknya Jayavarman VII. Sri Lanka waktu tu sedang famous sebagai Kota Suci Buddha, tempat simpanan relik Gigi Buddha & juga lagenda kononya Buddha pernah datang mengajar di sini. Jadi utk kahwin @ ada sebarang kaitan dengan Sri Lanka waktu tu adalah satu kebanggaan besar bagi mana2 raja buddha di dunia!!!

    4. Jayavarnam VII(1181ad) walaupun anak Dharanindra II, tapi sejarah awalnya tak pasti. Dlm masa yang sama, 1196ad, di zaman waktu pemerintahan Jayavarman VII nie la berlaku sesuatu yg pelik, Tambralingga menhantar utusan ke China sebagai negeri yg merdeka (bukan di bwh pengaruh Srivijaya)..sedangkan hanya pada 1183ad, raja Grahi (dengan andaian Grahi adalah ibukota Tambralingga sblm era Chandrabanu) Mahasenapati Genalai terbukti masih lagi di bawah Srivijaya (prasasti grahi). Adakah Jayavarman II campur tangan dlm memerdekakan Tambralingga?? Siapa ibunya yang sebenar??? Keturunan tambralingga kah??? Adakah Mahasenapati Gelanai adalah kaum kerabat Jayavarman VII @ mereka berdua adalah individu yg sama???

    5. sebagaimana juga legasi Suryavarman I, Udayaditya II & Harsha III, sebelum menjadi raja.. Jaya VII adalah seorg Jeneral Tentera (1170an) & sahabat baiknya Putera Raja Cham, Sri Vidyananda..(Cham sebelum ni zaman Jaya VI hingga Surya II adalah musuh ketat Khmer!!!). Jayavarman VII dengan pengaruh isterinya dari sri lanka inilah yg menbawa Buddist Theravada ke Asia Tenggara & sekaligus menjadi agama rasmi di Indochina hingga kini.

    6. Pengaruh dari Sri Lanka ni diperluaskan lagi, apabila Jayavarman VII..menurut Coedes, Jaya VII yg punya hubungan rapat dengan Sami theravada di Burma / Sangharaja (gelaran bukan nama, mungkinkah sami ini adalah suku Lawa dari Ching Mai yg Cik Cakap juga berasal dari Kemboja tu??) waktu tu, telah menhantar anaknya belajar sekali ke Sri Lanka selama 10 tahun bersama Sangharaja (start 1170). Beliau hantar anaknya, Tamalinda ke Sri Lanka mungkin utk mengelakkan anaknya terheret sama dalam perangnya bersama Sri Vidyananda (bekas putera Cham) utk merampas kembali Cham. Dan paling menarik nama anaknya ialah Tamalinda!!!! Dekat dengan Tambralinga, hehe mungkin takda kaitan kot.

    ----------------------------------

    ReplyDelete
  8. -----------------------------------------

    7. Tamalinda dikatakan anak kepada Jayavarman VII & dia hanya belajar di Sri Lanka sehingga 10 tahun 1180/81 je. Kenapa lepas Jaya VII meninggal dia tak merajai Khmer. Saya berpendapat, mungkin Tamalinda adalah individu yg memerdekakan Tambralinga pada sekitar 1196 & hantar utusan ke China serta beliau jadi raja Tambralinga selepas Mahasenapati Genalai(1196-1230). anaknya Chandrabanu pula diangkat sebagai raja Tambralinga selepas itu. Kerana semasa Jayavarman VII meninggal pada 1243, Chandrabanu sedang giat memerdekakan negeri2 bekasan Srivijaya di semenanjung. Maka belum sempat dia nak ambil alih Khmer orang lain ambil alih dahulu.

    8. dikatakan tiada waris Jayavarman VII yg berhak merajai Khmer, sebaliknya keturunan Cham pula mengambil alih, Indravarman dikatakan keturunan Cham (mungkin waris Sri Vidyananda atau sesiapa tak pasti).

    9. maksud saya di sini, mungkin kah, Chandrabanu (mungkin cucu/anak saudara/anak sepupu kepada Jayavarman VII) yang pada tahun 1230 telah nampak hint dari keturunan Cham untuk mengambil alih Khmer. Maka dia mahu membuktikan, selaku raja Tambralinga dia juga layak untuk memerintah Khmer – kota utama buddha di asia tenggara waktu tu, maka dia mesti memperkuatkan Tambralingga dahulu. Sedang dia perkuatkan kampungnya, kota diidam pula diambil oleh Cham.

    10. jadi untuk buktikan dia lebik layak merajai Khmer, kota Buddha SEA ni, dia mahu memiliki relik paling penting dlm Buddha Theravada, yaitu gigi Buddha & mangkuk Buddha dengan merampasnya dari Sri Lanka. Sebab itu dia serang Sri Lanka.

    11. mungkin tak benda2 ni berlaku Cik Seri????


    Penduga Arus

    ReplyDelete
  9. penduga arus ni menduga ker aper ni. logik tu ada, tp macam tak munasabah pulak. tapi, cik seri kita juga yg cakap sejarah Melayu ni bersimpang siur di seluruh asia tenggarakn..

    hmm, mungkin , mungkin :-)

    ReplyDelete
  10. cik siti buat apa di uitm arau? mushroom? student dan warga kampus sana je yang tau. :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...cik srikandi..
    saya tertunggu tunggi 'catatan srikandi' seterusnya..katanya bulan 5?...

    saya adalah seorang pemerhati sejarah melayu..
    dan juga mengkagumi sejarah cina...
    apabila melihat sejarah cina yang tersimpan kemas seperti hikayat tiga negara..saya tertanya..MELAYU kita bagaimana?..saya juga membayangkan ORANG MELAYU adalah seperti bangsa bangsa lain yang ada peradaban yang tinggi. sejak saya berumur 12 tahun..cuma apabila kita dijarah..penjajah kutuk membawa macam macam manuskrip dan juga alat kebesaran Bangsa Melayu..adakah cik srikandi ada pergi ke Muzium Eropah melihat artifak / manuskrip MELAYU di sana? harap cik siti dapat menceritakan hala sejarah Melayu yang berada di negara eropah spt England...Belanda..Portugis....

    Akhir kata..saya Phateh Leqiu mengkagumi Cik Srikandi..dan di alam khayalan saya....Cik Srikandi adalah 'CINTA' saya.Setiap ruang penceritaan saya dapat bayangkan keadaan dan situasi..alangkah gembira saya jika saya ada di tempat cik srikandi..Bangsa kita akan lebih maju..dan kuat jika kita kenal Bangsa kita ini...kita boleh bermegah kerana kita adalah Bangsa Melayu yang hidup dari abad 2.....saya dari dahulu percaya kita adalah bangsa yang hebat..cuma sifat genetik kita 'hasad dengki' membuat bangsa kita Terjatuh......

    bangsa melayu itu satu,
    mengalir 'naga' dalam setiap penjuru darahku,
    ku junjung..ku tahu,
    kita dulu BERSATU...BANGSA MELAYU

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Selamat menyambut Hari Lebaran buat warga ATBM terutama Cik Sri, Pak Seman Jones, Penduga Arus, Zack, Wangsa, Din, DiRaja, Ampuzzler dan sume yg peminat ATBM. Mohon maaf utk segala salah silap dan kekasaran bahasa yg mgkn pernah sy lakukan.

    :))

    ReplyDelete
  13. Assalalaamualaikum warahmatullaah

    Selamat hari Raya kepada Cik Seri dan keluarga.
    Selamat hari Raya kepada sekelian pembaca dan peminat sejarah Melayu

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya semua,huhu lambat seminggu,sorry arr...

    Best tak raya?Best kannn...

    :D


    ~Srikandi

    ReplyDelete
  15. Selamat hari merdeka!!!!

    Raya! Mestilah best.

    "aku bukanlah seorang perwira"
    "gagah menjunjung senjata"
    "namun hati rela berjuang"
    "walau dengan cara sendiri"
    "demi cinta ini"

    Halus betul lirik dari sudirman ni....

    ReplyDelete
  16. syabas tahniah utk anda

    saya pasti dpt rasakan ada sesuatu yg tersorok dgn cerita bangsa melayu dan islam haha.. bila inggeris yg buat sejarah kita dsokong pembelot bangsa. waaa byk habuan tuuu

    kita belum merdeka yg benarnyer...

    tp janjiNya pasti, merdeka yg benar
    truskan usaha kajian anda pasti akan jumpa dan makin dekat. zionis terus merubah sejarah kita tp segala ada had,klimaks,final

    megat shahbudin

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Menonton trailer filem Hanyut yg mengisahkan tntg seorang peniaga Belanda yg mencari emas di Tanah Melayu menyebabkan sy tertanya mengapa cari emas di Tanah Melayu dan akhirnya sy sampai di blog ini...hampir seminggu membaca baru khatam...terasa seperti membaca surat2 dr sahabat yg telah lama dicari...terima kasih Cik Sri atas segala usaha dan info yg dikongsikan bersama..

    ReplyDelete
  19. Salam srikandi,saya adalah peminat setia srikandi sejak 2009.saya tak minat sejarah pada mulanya tetapi jadi minat sejak baca tulisan srikandi.teruskan usaha.jgn terlampau lama diam,kurang2 2 minggu sekali postingla apa-apa,ok?

    ReplyDelete
  20. hi cik srikandi,seronok baca celoteh raya kat mistifile.mana atbm baru,janji nak kuar tahun ni?

    ReplyDelete
  21. Salam Cik Seri,

    Saya tertunggu2 feedback cik Seri terhadap komen Penduga Arus kat atas nu..tak sabar rasanya nak tahu rungkaian/ulasan selanjutnya.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. assalamalaykum.....................
    la illaha illAllah muhammadarOhsulullah

    "The Origin of The Sea Dragon"

    Alter Terahsia Bangsa Melayu ver4.0 Deluxe

    ~ni stori ada full versi??? maaf
    ~ dulu masa saya budak2 saya pernah lihat naga bawah katil sya..maaf
    ~smpai dewasa ini sy bingung!!!sangat,maaf..
    ~dan lagi......... apa kaitan saya dgn semua ini..tidak mungkin kan
    ~dari tadi saya mnulis panjang lebar... ni last2 sy bagi short ja la kannn...
    ~mungkin saya berhalusinasi..ah.sekian terima kasih... to Tuan Putri Srikandi...semoga bahgia dan jaga diri...umur kita ni macam baya2 jaaa..hhehe x mgkin kn.. ah sudahlah saya

    ReplyDelete
  24. senopati kesuma dewi tu ?

    ReplyDelete
  25. hmm.. subuh sudah.dekat.. gara2 mau tulis isi hati ni punya main pjg lebar lagi last2 semua ceritera jd pendek. aha ..mengantukk la ni... Tuan Putri Srikandi tolong reply laaa pa2 sj2 yg patutt...sy pun x pa'am sy sndiri dah.jgn risau lah.InsyAllah oke a nnt ni.. bye.. Assalamalykum..

    ReplyDelete
  26. salam cik seri. masih ingatkah kepada saya? harap dapat dihubungi.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. AS SALAMuALAYkUM ....
    Tumpang Lalu hamba tak malu
    kumbang rayu bunga tak layu
    hamba tak tahu tak patut bernahu
    perahu berlagu di pulau lapu
    bukan hamba berniat tahu
    mahu ketemu bagai diri seteru
    hamba terkaku di pohon sembilu
    tersedu pilu sayu merapu
    bagai terseru meremang bulu
    terkakai langkah sumbang terpaku
    hamba dunggu tak layak dipatuh
    yg teguh bersih kan menempuh debu berjerebu
    yg utuh teguh tepu kan walk to sampai satu
    kapan waktu sejahterah akan bersatu
    tak kan melayu hilang di alam waktu

    ~hormat dn tabikkk to Tuan Tanah Tuan Putri Srikandi Putri Sriwijaya
    ~feel free tu delete All mine up in here#k plz lah,smpah sj ni hmba
    ~yg ats ats lg ...hmba rasa dah sengal sndiri hahaha ..pembetulan # isi hati tu tentang artikel neh la TOOTSD ver4.o deluxe...ayya..tinguk mcm bunyi2 mau mengurat suda pdhal x padan.hahaha .. jgn marah ah..sj maw bkenalan..aiseh!haha naga bwh katil kununnn..hm mengarut lah!

    ReplyDelete
  29. ................ As~salam~........................


    terimah kasih,.... jadi x lama lagi T'O'O'T SEA DRAGON akan keluarr kan... :-) . T.KASIH Tuan Putri,...........................................

    Hidup NUSAJAYA!..........................

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Yup.Nang/Onang adalah gelaran keturunan Raja Ligor/Sri Dharmaraja/Tambralingga.

    Baguslah Lekir.

    ~SK

    ReplyDelete
  41. Nang untuk perempuan.Nai untuk lelaki.

    ~SK

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. cik seri, saya minat sejarah tp memandangkan saya x pandai sgt sejarah, sudikah kiranya cik siti buat jadual kronologi kerajaan terawal di asia tenggara hingga ke zaman kesultanan johor.. dgn ini dpt meningkatkan kefahaman kami dgn sejarah melayu utk berdepan golongan yg memperkecilkan peradaban bangsa melayu.. al fateh..

    ReplyDelete
  44. ASSALAMUALAIKUM WARAHMAHTULLAHI WABARAHKATUHU#SAYA INGIN NYATAKAN SESUATU TENTANG NAGA ITU.......... KITA MELAYU DIWARISKAN DGN AGAMA MNJAGA AGAMA ADAT DAN ADAB SERTA NASAB LELUHUR...KERIS IALAH SENJATA WARISAN,KERIS ADALAH SIMBOLIK KALIMAT TAUHID ALLAH HU RAB AL ALAM,DGN ALIF, DGN KALIMAH AL HAQQ,AWALUN KALAMULAH .. ALIF TERTEGAK NYA HAK DAN KEBENARAN KALIMAT ALLAH YG TA AKAN BINASA DGN KEJAHATAN DAN KEBAIKAN.MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA SESUATU,SESUNGGUH NYA YANG MENJAGA MAKHLUK NYA IALAH DIA ALLAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN ,DIA LAH ALLAH AZZAWAJALAH RAB AL AMIN YANG MENTADBIR DAN MENGUWASAI SEGALA URUSAN DAN SELURUH ALAM INI,MILIKNYALAH APA YANG ADA DILANGIT DAN DIBUMI DAN APA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA.. SESUNGGUHNYA KALIMAT TAUHID ALLAH LAH YANG MEMBINASAKAN SEGALA GERAK MMUSUH NYA,DGN KALIMAT TAUHID ALLAH LAH MAHKLUK KUFUR INI DITUNDUK,SUNGGUH KALIMAH ALLAH ITU ADALAH AGONG SA AGONG NYA... DEMIKIAN NAGA ITU ADALAH HANYALAH GAMBARAN JELMAAN SI IBLIS LAKNATULLAH, ALLAH LAH YANG AGONG YANG MENUNDUKKAN SEGALA JENIS MAHKLUK NYA ..WALAHU ALAM

    ReplyDelete
  45. i love u....

    bila ?....

    titik.tak ku temui ari ni.

    ReplyDelete
  46. I love u.titik.

    Melt when heard ur poem night.

    Titik.

    ReplyDelete
  47. Salam,

    Saya sanggat gembira dengan kajian dati pihak ATBM, saya sememangnya meminati sejarah dari kecil, tak kira lah apa jua sejarah. Cuma kebelakangan ini, saya fokus pada sejarah melayu. Saya hanya mengkaji melalui internet dan buku-buku di pasaran sahaja hanya untuk pengetahuan peribadi. Terdetik di hati "saya ni salah ambil course, jika dari dulu saya ambil subject Archeology saya pasti gembira hari ini". Tapi setiap yang berlaku itu adalah ketentuan. Alhamdullilah, walaupun berlainan career saya tetap mengkaji tuk peribadi.

    Selama kajian peribadi, saya membaca dan meneliti kajian peribadi saya selari dengan ATBM dan sanggat gembira bahawa mata hati saya ada benar. Di harap dengan mengikuti ATBM kajian saya lebih mudah diterjemahkan dan lebih memahami secara menyeluruh. Di harap ATBM akan terus menerus memperjuangkan identiti bangsa tercinta.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  48. Salam,

    Boleh saya tahu kenapa Banjaran Himalaya bernama "Himalaya"?.
    Saya percaya namanya berkaitan dengan satu bangsa. kerana orang Melayu terkenal dengan nama yang diberikan melalui situasi keturunan. Sudah adakah kajian mengenainya?. saya berharap mendapat jawapan berserta huraian.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  49. Biar berkurun ku katakan
    Sesuatu yang terindah itu hanyalah untuk dakapan ku
    Mengenali mu adalah sesuatu yang perlu bermula dari akarnya
    Dimana kamu, caramu, hidupmu hingga kemana susur galurmu.
    Tidakkan mati begitu saja, akan terus mekar walau ditelan zaman.
    Namamu membuatkan mereka gelisah
    Jiwamu meresap keseluruh dunia walau bertalu dilanyak
    Identitimu tidak kan berubah walau kemana pun kau menyingah
    Kembalinya kau kepangkuan tanah ibunda tetap akan tersemat
    Pergilah kemana wahai bangsa, namun disini hati tetap jua pulangnya
    Umpama bangau pergi dan pulang selesai musimnya
    Di padam sebersihnya, kesannya tetap menyinar
    Jangan kau berputus harapan,
    kerana engkau bangsa yang telah diciptakan untuk terus dihadapan
    bangunlah dari mimpi ngeri, jadikan ia realiti
    buangkan rasa rendah diri, sesungguhnya engkau lebih bererti
    buat dunia seluruhnya.
    Berjanjilah wahai bangsa,
    tidak akan sekali-kali menyimpan racun buat sesama warna
    buangkan belati dari daging saudara,
    kembali dengan iman kerana tuhan akan memelihara bumi tercinta
    selagi kita memegang tangan dan berpeluk mesra bersama.
    Buat bangsa ku
    Jangan lah lupa kata ini buat selamanya
    Takkan melayu hilang didunia
    Selagi kita tetap utuh bergandingan.
    Salam dunia…..

    ReplyDelete