Tuesday, July 10, 2012

"Moonlight on The Epitaph"





Catatan Srikandi XII



Disclaimer: Penulis tidak mempunyai akaun Facebook atas nama penulisan Catatan Srikandi dan ATBM.Fans boleh menyebarkan pengetahuan dari tulisan penulis,namun tidak boleh menyamar atas nama Srikandi,yakni penulis Catatan Srikandi dan ATBM.Amat mendukacitakan terdapat pihak yang menyamar menjadi penulis dalam akaun Facebooknya.Peminat Srikandi hanya boleh berhubung dengan penulis di blog ATBM,Celoteh Srikandi dan MistisFiles sahaja.Harap maklum.







"Moonlight on The Epitaph"










di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan









Suara ayam berkokok bersahut-sahutan di luar.Saya berbaring di atas tilam toto selepas menunaikan solat subuh.Bayu dingin dalam suasana perkampungan yang damai.Di kaki gunung Jerai itu tiba-tiba saya terkenangkan suasana kampung saudara sepupu di Kuala Kangsar.Kabus pagi saling mengintai di balik bukit.Gelap dinihari masih lagi kelihatan di luar.Dari tingkap saya memandang langit .Kemudian saya mendengar seakan rintik-rintik kecil.Saya menarik selimut tebal ke dada saya.

"Arghhhhh...sedapnya tidurrrr....."

Saya menggeliat penuh nikmat.Selimut saya tarik lagi sampai menutup muka.Kalau di universiti saya jarang dapat tidur dengan selesa macam ni.Setiap kali dapat bilik asrama,mesti saya dapat katil atas 'double-decker'.Tak tahu apa malangnya nasib saya.Dapat katil atas susah saya mahu tidur lesak,kata orang Perak.Tapi di sini saya dapat mengiring ke sana ke sini,buat pusingan 180 darjah pun boleh.Tidur ni memang salah satu nikmat Tuhan yang sangat besar.Alhamdulillahhh....bisik hati kecil saya,sambil memejam mata penuh nikmat.Ada orang yang punya wang berjuta-juta,tetapi tidak dapat tidur nyenyak.Sungguh,tidur adalah salah satu nikmat Tuhan yang selalu kita lupakan.

"Dek Ti....oooo....Dek Ti....mana dia ni....tidoqqq ka..."

Alamak,Tok Midah mai dah...bisik hati saya.Malas betullah nak tolong masak sarapan.Buat-buat pura-pura tidurlah.Saya menyelimuti seluruh tubuh saya dengan selimut.Dalam kegelapan di bawah selimut,saya teringatkan kata-kata Pak Habiburrahman,pegawai universiti dari Indonesia yang berketurunan Bugis.

"Orang Bugis adalah suku Melayu Tua...mereka suka berlayar dan merantau.Mereka ada hikayat epik yang lebih tua dari Ramayana dan Mahabbrata yang dibanggakan orang India..."

"Maksud bapak...La Galigo...?" soal saya acuh tak acuh.

"Iya...bijak kamu...", Pak Habiburrahman tersenyum manis.

Epik La Galigo adalah antara karya terbesar dalam sejarah dunia,mengandungi lebih 6000 halaman dengan 300,000 baris.Manuskripnya diduga ditulis pada abad ke-18 atau 19,dari tradisi lisan yang bersambung-sambung.Tradisi lisan inilah yang dikatakan oleh sarjana lebih tua dari epik Ramayana dan Mahabbrata dan juga lebih panjang mengalahkan kedua epik India itu.

Epik ini berkisarkan pelayaran Sawerigading.Menariknya,epik ini dimulai dengan babak mesyuarat Raja Di Langit,La Patiganna dengan beberapa kerajaan seperti Senrijawa yang disifatkan sebagai 'pertemuan keluarga',untuk melantik Raja Di Bumi.Pengkaji La Galigo sepakat mengatakan bahawa Senrijawa adalah empayar maritim legenda Asia Tenggara,Srivijaya!

"...Dek Ti..."

Tok Midah membuka pintu.Saya mendiamkan diri."Tidoq pulak budak ni...Dek Ti...bangkit aih...tak mau sarapan ka...",saya terasa Tok Midah duduk di sisi saya.Saya perlahan-lahan mengalihkan badan.Saya berkeadaan telentang namun kain selimut masih menutupi wajah saya."Bangkit aih...main-main pulak dengan tok ya...!"

Tok Midah menarik selimut yang menutup wajah saya.Saya tersenyum namun dengan mata terpejam.Tok Midah memukul-mukul perlahan bahu saya."Main-main dengan tok ya...tak pueh tidoq ka lagi Dek Ti ni...." saya membuka mata saya.

"Tok masak apa?"

"Mai la bangkit...nak tau kena la pi dapuq..." Tok Midah mencubit pipi gebu saya.

Saya tersenyum memandang nenek angkat saya itu.Tok Midah menjadi nenek angkat saya ketika saya menyertai program pelajar angkat usahasama universiti dan penduduk kampung berdekatan Gunung Jerai itu.Tok Midah pernah datang ke rumah saya di Perak.Kami sudah macam keluarga sendiri.

Saya pula berada Kedah seminggu untuk menunaikan hajat Abang Hamid yang memberitahu saya,kawannya ada menjumpai seketul batu nisan purba di atas Gunung Jerai.Tulisan di atas batu nisan itu tidak dapat dibaca kerana mengandungi karakter-karakter kuno menurut Abang Hamid.Ketika saya berjalan menaiki Tangga 1000 bersama rombongan seramai 7 orang termasuk saya,Abang Hamid ada menceritakan sedikit tentang sejarah Kedah yang bagi saya punya kaitan dengan riwayat-riwayat Khmer purba dan Hikayat Merong Mahawangsa.

"Kedah ini asalnya kerajaan besar.Kerajaannya mencapai nun Burma sana hingga ke Kemboja.Kalau nak kira orang Kedah inilah Melayu asli dan paling tua antara sekian banyak suku Melayu di alam Melayu ni.Kerajaan-kerajaan purba macam Patani dan Ligor memang ada kaitan kerabat dengan raja-raja Kedah.Nama pun Kedah Tua,memang Kedah ni banyak warisan sejarahnya...",Abang Hamid berhenti sambil menghisap rokok daun.Pelik saya melihat Abang Hamid ni,kelihatan steady sahaja walaupun sedang menaiki anak-anak tangga curam,sedangkan diri saya sudah tercungap-cungap.Sudah beberapa kali perjalanan rombongan tergendala sebab saya minta berhenti rehat.

Suku Melayu paling tua,bisik hati kecil saya.Siapa suku Melayu paling tua?Orang Bugis mengatakan mereka adalah Suku Melayu Tua.Orang Kedah juga tidak kurang hebatnya dengan riwayat raja-rajanya yang bersimpang-siur dengan sejarah Kemboja,Thailand dan Burma.Orang Kelantan dikatakan Melayu paling asli.Bagaimana dengan suku Melayu di Sumatera?Tulisan purba Rencong,manuskrip dan prasasti-prasasti yan mendokumentasikan sejarah Melayu Nusantara banyak di sana.Siapa Melayu paling tua?

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.Saya sudah memberitahu anda semua,pembaca saya yang sangat saya sayangi.Saya berani berkata sebab saya ahli sejarah yang terlibat dalam kajian cross-reference.Dalam disiplin sejarah,penyelidikan secara cross-reference atau rujuk silang dengan pelbagai sumber adalah satu jurus yang amat berbisa,secara saintifiknya,ia adalah satu teknik penyiasatan yang banyak membantu ahli sejarah mencari jawapan kepada segala teka-teki atau untuk mencantum kronologi.Pernah tengok CSI?Jika pakar forensik ada unit IT yang mempunyai perkakasan yang canggih untuk menganalisa dengan teknik perbandingan cap jari atau wajah suspek,maka rujuk-silang adalah teknik yang ampuh dalam disiplin penyiasatan sejarah.

Raja-raja Kedah dalam riwayat Khmer digelar Ketomala dengan Prithivindravarman,salah seorang raja Angkor sebagai 'came from Malayu' dalam jurnal-jurnal Kemboja,sama seperti Suryavarman I yang juga '...from Malayu' dalam riwayat Siam 'The Chronicles of Chiang Mai'.Prithivindravarman,dikatakan dari garis keturunan Ketomala,dimana disyaki oleh pengkaji Kemboja ada kaitan dengan kerabat Kedah dan Malayu.Nama Kedah terakam dalam riwayat bangsa-bangsa lain.China purba menyebutnya sebagai 'Kiteh',Tamil purba sebagai 'Kadaram' atau 'Kataha',Parsi dan Arab sebagai 'Kalah,Qalah' dan Khmer purba sebagai Keta,Ketah atau Keto.Nama tempat yang tercatat dalam sejarah bangsa-bangsa lain adalah bukti jelas ia adalah pusat perdagangan yang terkenal yang dikunjungi oleh ramai orang dari serata dunia.

Orang yang langsung tidak mengetahui semua ini akan mengatakan orang Melayu pendatang dari Indonesia.Adakah sebelum datang segala makhluk yang kelaparan untuk mencari rezeki di bumi kita ini,tanah semenanjung ini kosong begitu sahaja?'Orang Melayu dari Indonesia' itu tak berani sentuhkah?Jejak bumi pun tidakkah?Para sarjana bersepakat mengatakan kaum Merina di Madagaskar adalah berasal dari ekspedisi empayar Melayu Srivijaya,jadi tanah sejauh Madagaskar boleh jejak,Tanah Melayu tak boleh 'orang Melayu dari Indonesia' nak jejak?Nak tunggu segala makhluk kelaparan mencari rezeki di sini jejak rasmi bumi semenanjung,baru 'orang Melayu dari Indonesia' yang duduk hanya seberang Selat Melaka ikut jejak.What a stupid retarded!

Mereka itu sebenarnya mahukan bumi kita.Itu sahaja ceritanya.Makhluk-makhluk Tuhan yang kelaparan itu tidak tahu mencari rezeki di tanah asal mereka lalu mencarinya di bumi bertuah kita.Kemudian menyalak macam anjing yang kekenyangan.Ingat!Orang lain sanggup mati berebutkan tanah kita ini,kerana kita duduk di persinggahan antara Barat dan Timur,laluan transit antara India dan China.Kita ada selat tersibuk di dunia,di mana selat ini adalah 'checkmate' untuk kapal-kapal mencari laluan paling singkat yang lain antara India dan China.Lain kata,kita duduk di atas timbunan emas permata.Siapa yang tak mahu harta benda?

'Orang Melayu dari Indonesia' tidak bina Langkasuka.Mereka tak bina Kedah Tua dan loji pemproses besi tertua Asia Tenggara.Orang Melayu bukan datang dari Indonesia.Bukan pula Malaysia.Orang Melayu datang dari SELURUH ASIA TENGGARA!Apa yang dinamakan Malaysia,Indonesia,Brunei dan sebagainya pada hari ini di Asia Tenggara,pernah dijejak tanahnya oleh orang Melayu dan kawasan 'permainan' mereka zaman-berzaman;rumah orang-orang Melayu khasnya dan wilayah Austronesia amnya.Southeast Asia is the home of Malays.Mana tidaknya,kita adalah bangsa pedagang dan pelayar paling disegani dunia setaraf dengan bangsa Phoenicia dan Norsemen.'Viking of The Orient' tidak duduk senyap dalam hutan atau gua.

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.


Sejarah Melayu akan dijumpai dalam riwayat raja-raja Angkor,Champa dan Siam.Misalnya pengasas Empayar Angkor iaitu Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu sebelum dibantu oleh pihak dari Malay city-states itu untuk menentang overlords seluruh Kemboja bagi persaingan menyatukan Kemboja dan menjadi raja empayar Khmer.Para pendekar Melayu juga dijadikan bodyguard istana oleh raja Angkor dan ini disebutkan dalam manuskrip Khmer abad ke-16.Bagaimana orang Melayu boleh dipercayai oleh kerabat diraja Khmer sehingga dilantik menjadi pengawal istana jika tidak bermastautin di Kemboja dan dikenal begitu lama oleh raja-raja Angkor.


Saya menceritakan dan menekankan tentang sejarah bangsa sebab saya sayangkan bangsa saya atas satu sifat ini;memeluk Islam secara beramai-ramai tanpa bertangguh dan tanpa menumpahkan darah.Dalam sebanyak mana keburukan dan perspektif negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu,mereka menjadi mulia sebab masih sayangkan agama.Bangsa Monggol dan Tartar sebelum memeluk Islam banyak menjarah kota-kota Islam dan membunuh berjuta umat Islam sebelum menjadi pengikut Islam yang taat dan membentuk wilayah-wilayah Kazakhstan,Kygyztan dan sebagainya.Bangsa Arab sekalipun pernah menjadi musuh Islam,maksud saya kalau kita membaca kisah-kisah para Sahabat nabi s.a.w,kita akan membaca pelbagai kisah kaum kafir Quraisy menyeksa orang Islam di kalangan mereka.Tetapi dalam sejarah Melayu dan Nusantara,perkara-perkara begini tidak kita dengar dan terbaca.Apabila raja Melayu masuk Islam,maka secara automatik rakyatnya beramai-ramai membuang sembahan-sembahan patung dan animisme kepada mentauhidkan Allah s.w.t.Tanpa peperangan,tanpa sengketa.Islam masuk ke Nusantara melalui cara perdagangan dan hubungan muamalah,bukan paksarela atas nama peperangan.Bangsa Cina masih banyak yang kafir dari Islam begitu juga dengan India.Negara paling banyak penduduk Islam ialah Indonesia yang merupakan campuran kaum-kaum Nusantara/Austronesia termasuk Melayu.

Nikmat yang paling bernilai ialah nikmat Islam dan iman.Allah s.w.t telah letakkan bangsa Melayu di tengah-tengah transit perdagangan.Cukuplah Allah s.w.t anugerahkan kita Selat Melaka,darinya banyak rezeki melimpah ruah atas keizinan-Nya.Dunia Allah Taala sudah bagi,Allah s.w.t pilih lagi kita orang-orang Melayu dalam agama Islam,apalagi nikmat Allah yang mahu kita dustakan lagi?Bumi subur,laluan perdagangan,ada minyak pula.Sebab itu orang luar sanggup bermati-matian berebutkan homeland kita ini sehingga sanggup menipu mengatakan kita pendatang.Saya namakan ini sindrom 'pendatangness' sebab hanya mereka berjiwa pendatang sahaja tiba-tiba melatah tak tentu pasal menuduh orang lain pendatang.

Kalau tidak mengapa I-Ching (Yi Jing) seorang sami dan pengembara China dari era dinasti Tang singgah di negeri-negeri Melayu dan menceritakan di hadapan Maharani Wu bahawa dia bertemu dengan 'the nation of Mo-lo-yu' serta belajar bahasa Melayu untuk menimba ilmu kependetaan Buddha dari mahaguru-mahaguru terkenal di sana?Ketika era keemasan Srivijaya,orang Melayu adalah rujukan kedua kependetaan agama Buddha selepas India dan jika tidak mampu ke India untuk belajar agama Buddha,para pelajar seluruh dunia ketika itu akan singgah di negarakota-negarakota Melayu purba untuk belajar agama Buddha.Terdapat universiti di kota Srivijaya,sama seperti Universiti Islam Antarabangsa atau Pesantren Temboro,di mana seluruh dunia bertumpu untuk belajar agama.I Ching menyebutkan bahawa beliau telah melihat kitab-kitab asli Buddha seperti Tripitaka yang sebanyak 500 gatha ditulis dalam 'bahasa Sriwijaya' (bahasa Melayu Kuno) dan jika diterjemahkan dalam bahasa Cina akan memakan ribuan jilid.

Segala makhluk kiasu yang takut miskin dan kebuluran itu wajib membaca catatan I-Ching;Account of Buddhism sent from the South Seas dan Buddhist Monk's Pilgrimage of the Tang Dynasty untuk mengetahui pengiktirafan orang Cina purba tentang 'the nation of Mo-lo-yu',satu bangsa purba yang sejak zaman berzaman menduduki Asia Tenggara yang digelar 'Southern Sea' oleh dinasti-dinasti purba Cina seperti Shu dan Chen.


Ketika darjat kerohanian Buddha orang-orang Melayu mencapai tahap 'dewa' sehingga sami Cina selesa belajar dengan orang Melayu (I Ching pernah dirompak dan ditinggalkan berbogel oleh perompak jalanan ketika di India,manakala ketika di wilayah Srivijaya,beliau diberi perlindungan oleh Maharaja Srivijaya),ketika salah seorang maharaja Melayu Srivijaya,Indravarman mengutus surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal warak untuk belajar tentang Islam,ketika itu pintu hidayat tidak boleh ditahan-tahan lagi.Satu persatu raja-raja di Alam Melayu memeluk Islam termasuk raja Champa dan Patani.Mereka rela mencampak segala ilmu kerohanian Buddha aliran Tantra (orang Melayu purbakala antara pengasas aliran 'sufism' Buddha ini) yang dibangunkan mereka,meninggalkan kemasyhuran mereka ketika era Hindu-Buddha,memeluk Islam dan menghadapi kemaraan Imperialis Eropah.

Kami sampai di kem perkhemahan sekitar pukul 3 petang.Suasana di puncak gunung amat misteri.Saya begitu kepenatan,masih di dalam situasi tidak percaya saya boleh sampai ke puncak.Abang Hamid akan menunjukkan saya kawasan batu nisan aneh itu selepas asar.

Saya berehat di dalam khemah dan sempat berfikir-fikir tentang seorang pelajar saya yang asyik 'menganggu' sesi kuliah saya.Namanya Nik Azri.Ketika saya memberikan syarahan,dia akan mengangkat tangan dan mula bertanya soalan-soalan yang kadang-kadang menguji kesabaran saya.Matanya asyik merenung wajah saya ketika saya bercakap dan mula menunjukkan muka pesimis;tersengih-sengih dan mencebikkan bibir seolah-olah memperlekehkan saya.Kemudian dia akan mengangkat tangan.

"Err...Cikgu Siti,apa buktinya bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan di sekitar Sulawesi?Berikan saya bukti-bukti yang jelas.Cikgu mengatakan bahawa raja-raja Bugis dan Kepulauan Rempah menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi,siapa yang kata?Saya mahu bukti jelas bukan cakap-cakap orang...",beberapa pelajar menjeling ke arah Nik Azri yang tersenyum mengejek.Hanya si nakal itu saja berani membahasakan diri saya 'cikgu' manakala para pelajar lain seperti biasa memanggil saya dengan nama Cik Siti.Saya sedar ramai pelajar tidak berpuashati dengan Nik Azri,namun kerana dia memegang jawatan penting MPP dan berpengaruh maka mereka mendiamkan diri sahaja,tambahan lagi pelajar junior yang mengharapkan kupon asrama.

Saya merenung wajah Nik Azri.Pemuda itu mengangkat keningnya,sambil tersengih.Saya merenung lantai seketika sambil cuba tersenyum."Bahasa Melayu sememangnya adalah bahasa perdagangan sejak zaman-berzaman di kawasan Asia Tenggara.Ini disebabkan faktor aktiviti para pedagang dan pelayar Melayu yang aktif di Selat Melaka dan sekitarnya.Thomas Bowrey* yang telah berlayar dan berdagang di sekitar Teluk Bengal dan Asia Tenggara selama 19 tahun pada abad ke-17 mencatatkan bahawa,'...whereas in all the islands...the Malay Language is received and generally used in all trading ports of those islands,as a Trading Language...' menunjukkan pengaruh bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan". Saya menarik nafas.

"Dalam catatan yang lain,Bowrey menulis,'...there is several different nations and languages...but I must tell you,that the Malayo Language spoken in the Islands,is somewhat different from the true Malayo spoken in the Malayo country, although not so much,but to be easily understood by each other. The Malayo spoken in the Islands is called Basadagang (bahasa dagang), that is to say, the Merchants or Trading Language,and is not so well esteemed as the true Malayo...',jadi dalam konteks ini jelas pemerhati Eropah yang berpengalaman selama 19 tahun ini membuat kesimpulan yang tepat tentang situasi bahasa Melayu ketika itu".Saya meletakkan fail saya di atas meja.Saya mengangkat kening ke arah pemuda nakal itu."Adakah ini membantu anda,Nik Azri?" Saya pula tersenyum mengejek ke arahnya.

Nik Azri nampaknya tidak mahu mengalah.Mungkin dia keturunan Bugis yang tidak percaya bahasa Melayu digunakan secara meluas oleh raja-raja Bugis dan para Daeng yang berlayar dan berdagang hingga ke Johor."Itu cakap-cakap orang Cikgu,saya sudah katakan tadi,bukti-bukti yang jelas...saya mahu bukti konkrit,dokumen atau manuskrip.Cikgu ada?",pemuda itu menjuihkan bibir dan seperti biasa beberapa kerat juak-juaknya mula membuat kecoh dalam dewan kuliah.

"Bawa bertenang.Soalan awak Nik Azri...tak mencabar langsung,dalam dua pucuk surat Sultan Abu Hayat dari kerajaan Ternate kepada King John III (Portugis) masing-masing ditulis dalam tahun 1521 dan 1522,sepenuhnya ditulis dalam bahasa Melayu",saya tersenyum ke arah pelajar perempuan yang mula memprovok Nik Azri.

"Saya mahu tengok contohnya",budak nakal itu tidak berpuashati.

"Bila-bila masa awak boleh datang ke bilik saya,saya akan tunjukkan contoh manuskripnya",saya membalas.

Nik Azri kadangkala bertindak di luar kesabaran saya.Ada kertas jawapan ujian atau peperiksaan semesternya yang mempunyai 'mesej-mesej rahsia' yang ditujukan kepada saya;sebagai penyemak kertas jawapan.'Love u so much...' atau 'My dream girl' acapkali ditulis dalam font kecil dihujung kertas jawapan.Saya sedar perbezaan umur saya tidak jauh beza dengan beberapa pelajar.Saya antara tenaga pengajar termuda di sini.

Sultan Abu Hayat ialah antara pemerintah Kesultanan terkuat di wilayah yang dikenali di Barat sebagai 'Spices Island'.Pemerintahan Kesultanan ini pernah mencakup timur Sulawesi,Ambon dan Seram.Ketika berurusan dengan kuasa asing,sultan-sultannya berkomunikasi dalam bahasa Melayu.Contohnya dalam sepucuk surat tahun 1522 kepada raja Portugis:

Ini surat kaseh Sultan Abu Hayat surat datang ke-pada ayahanda Sultan Portukal dunia 'alam ialah yang maha besar...


"Siti,nak tengok batu nisan tu tak?"Abang Hamid bertanya petang itu.

Kami pun meredah satu denai yang sederhana panjang.Kemudian kadangkala berhenti.Lama juga kami berpusing-pusing mencari batu nisan itu.Adakalanya Abang Hamid berpatah balik.Saya lihat dahi Abang Hamid berpeluh.Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati.

"Kenapa Abang Hamid?",saya berbisik perlahan sambil memandang lelaki berusia 40-an itu.

"Semua tanda ke batu tu dah hilang,"keluhnya.Suasana mula bertukar senja.

Saya menenangkan diri saya.Mulut saya terkumat-kamit membaca surah Alam Nasyrah.Lebih kurang sejam kami mencari.Saya bergerak mengikut Abang Hamid ke satu belukar terletak berdekatan pokok besar yang ditumbuhi 'pokok langsuir' di dahannya."Abang rasa di sini tempatnya,syukur...itu dia di sana,"Abang Hamid bergerak cepat dan menyelak satu rimbunan belukar tebal.

Saya melihat satu batu yang sederhana besar,berbentuk hampir segiempat sama membujur.Di atasnya ada sebarisan tulisan aneh seakan-akan tulisan Kawi atau sub-Pallava.Benar-benar diri saya diselubungi misteri apabila bertekuk mendekati nisan tua yang terbaring itu.Saya cuba membaca tulisan itu,namun gagal."Apa katanya?"suara Abang Hamid kedengaran di belakang saya tetapi garau sedikit.

"Siti tak dapat nak terjemah,tapi ada tulisan yang macam melambangkan angka-angka,"saya membalas tanpa memandang Abang Hamid.

Di sini bersemadi
tujuh keluarga
yang mati dibunuh
oleh pengkhianat dari Ligor
pada 13 haribulan tahun Saka 1376


Suara garau itu membaca tulisan pada batu nisan.Saya spontan menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya saya apabila Pong tiba-tiba berdiri di situ,bukannya Abang Hamid.Wajahnya sungguh ngeri,darah pekat keluar dari mulutnya.Bajunya koyak rabak.Tangan kanannya terkulai seakan-akan patah.Saya seperti mahu menangis.

"...kau buat apa di sini Pong?"saya bersuara tiba-tiba tanpa kesedaran.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara raja kamu.Dia yang hasut Raja Siam..."Pong ketawa menyeringai.Sungguh menyeramkan.

"Bohong...!"

Tiba-tiba suasana menjadi gelap.Saya merasa pening.Mata saya melilau ke sana sini mencari cahaya.Gelap amat.Tiba-tiba ada sesuatu di pangkuan saya.Benda yang keras dan bersalut tanah lembab.Saya dengar bunyi tangisan dari benda itu.Tak semena-mena suasana bertukar cerah sedikit.Saya memandang ke atas,ke punca cahaya itu.Cantiknya rembulan itu.Saya masih memangku benda keras seakan batu pejal itu.Kemudian saya memandangnya.

Batu nisan.Cahaya rembulan melimpahi permukaannya.Saya lihat tulisan di atasnya diukir dengan warna merah.Seperti darah segar yang keluar dari luka yang baru.

Saya mendongak.Rembulan itu bergerak-gerak.Kemudian saya lihat rembulan tadi bertukar menjadi cahaya lampu suluh.Saya sempat mengecam wajah Abang Hamid sebelum segala-galanya kabur.












ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan













 






*Thomas Bowrey's bilingual dictionary,published by Sam London in 1701












~The Naga King's Daughter

60 comments:

Anonymous said...

menarik.

Anaknda Bertuah said...

7 keluarga di bunuh??? Pengkianat dari Ligor @ narkon sitamarat???

13 Mei 1376???? Aku hampir ingat.... ada lagi klu cik Seri?

Anonymous said...

cerita yang sama dari MO....copy&paste jerr...papehal,terima kasih.cerita yang menarik.harap ada citer yg baru.

wildchild said...

dari perak asal kita

Anonymous said...

Love u so much...My dream girl

Raja Raga said...

Bangsa yang tercampur banyak sangat jenis benihnya. Tidak ade penjelasan secara DNA yang Satu akan kid genetiknya kalau tak Austronesia. Melayu adalah bahasa bangsa campuran yang akhirnya beragama Islam,

Anonymous said...

hai cik.sri rindunye saya ngan mistifile dan celoteh cik.sri, bila nak bukukan sejarah-sejarah yg terpadam ni...catatan cik.sri telah banyak saya sebarkan sebagai info ramai insan-insan diluar sana yg buta sejarah melayu terpinga-pinga dan ternganga-ganga terutama baik yg muda-mudi & tua senjakala hehehe... tahniah cik.sri moga usaha-usaha cik yg manis diberkati amin..... cam blog hmm (hikayat merongmahawangsa) jua.

Anonymous said...

selamat pulang Seri,

1376 saka??? jadi 1298 masihi.

1. waktu ni, Pamalayu baru lepas kan?? Srivijaya dah takde, yg ada dlm bentuk kecil Dharmasraya di Sumatera.

2. Majapahit, baru berkuasa sebahagian besar sumatera. tapi tak masuk lagi tanah semenanjung.

3. jauh di utara, tahun ni tahun zaman Dinasti Yuan, waktu ni nama Srivijaya takda kedengaran pun, yg ada pun Kerajaan Malayu (Jambi..mungkin Dharmasraya kot. nak kuat lagi, Zaman Ming, diorg silap hantar cop @ alat kebesaran kpd mereka yg diorg anggap sebagai penerus waris Srivijaya (tempat mana tak tau)..yg isinya, Mjapahit dapat tau, urutusan tu langsung dibunuh. Jd, kesimpulan di sini, waktu tu Kedah dah takda kaitan dengan Srivijaya sebab kawasan terkenal dgn nama srivijaya pun (sumatera) dah dikuasai oleh Majapahit. mana nak handle kota di utara semenanjung lagi.

4. waktu ni di thailand, Sukodaya @ Sukhotai baru nak terbentuk, belum pun mampu serang Ligor. berpuluh tahun sblm tu Chandrabanu pernah serang Sri Lanka nak dapatkan relik Buddha di sri lanka. matinya dia, terus Ligor @ Tambralingga sesak nafas, waktu nie mereka mungkin dah takda kaitan dgn Srivijaya sebab di Srivijaya, diorg amal Ramayana, tp di Ligor diorg amal Theravada.

5. Di ujung bawah, Marco Polo cakap waktu ni Kerajaan Pasai Islam dah ada kat sekitar Aceh sekarang. Jadi dengan ambil kira sejarah Kedah Tua, munasabah la jika dikatakan Kedah @ sekitar Lembah Bujang juga dah Islam. Jd secara automatiknya kerajaan Buddha di Ligor walaupun sebangsa, tapi sebab jd Ally Sukhotai tetap jadi musuh Kedah.

6. jadi, siapa putera raja Ligor waktu tu??? waktu ni..Ligor yg Merdeka dah tak da. melayu masih di sana, tapi 100% dah dikuasai oleh org atas (tai), agama mainkan peranan kot. mungkin nie lah yg disebut Raja Daerah keturunan Nai Nai semua tu. sebenarnya mungkin Nai2 ni la dulunya keturunan Chandrabanu yg dulunya ada 12 negeri taklukan termasuklah Kedah. lepad zaman Chandrabanu, anak dia lak sibuk perang je di Sri lanka, negeri2 nie semua merdeka. akhirnya, ligor sendiri yg dulunya Ally dijajah.

7. agama diorg masih Buddha walau Melayu, apakah maksud seri "orang kamu yg bunuh bangsa kamu"..tu keturunan Nai Melayu yang bunuh keluarga atas gunung tu..bukan org tai Sukhotoi???

Anonymous said...

terima kasih sayang

Anonymous said...

salam...bila lg nak antar post baru.makin menarik

Anonymous said...

hati hati dalam menulis. anda dipantau.

Mistis Organization said...

Terima kasih.Pantaulah,anda dan saya juga sedang dipantau oleh 'the above'...

:D


~Srikandi

Mistis Organization said...

Anon July 12, 2012 10:21 PM,

Terima kasih,ulasan anda bagus.Saya tidak nafikan sepenuhnya.

Siapa raja Ligor waktu itu?Saya rasa jawapannya elok bertanya pada warisnya yang ada di Kedah sekarang.

Beberapa orang tua Siam di belah Perlis pun tahu sejarah kerajaan Ligor ni.



~Srikandi

hafiz said...

kak sri..
teruskan menulis agar semangat melayu yang ada ini makin membara untuk membawa melayu ketahap yang sepatutnya...

Anonymous said...

siapa warisnya ye??? sy bukan orang utara, malahan jauh di beribu km dr sana. macam mana nak tanya. ala cakap jer la Seri!!!!!

apakata seri ulas sikit dlm entuk ilmiah??

p/s : bila fikir2 balik kadang tertanya juga kenapa ada manusia Melayu (orang asli beza sebab memang hutan adalah cara hidup mereka) yg nak bermukim di atas gunung. padahal bukannya mudah mendaki & mencari makan, air etc. apakah mereka lari dari sesuatu & akhirnya tersekat di puncak sana, lalu dibunuh..dan dikubur kemudian oleh org lain???

Anonymous said...

meramput..

Acoustic_Garage said...

lama tnggu artikel 2012..baru2 ni dlm berita ade perbincangan pembahagian di selat melaka, AS juga turut serta yg kononnya sbg pemerhati.. isu utama mungkin galian minyak. adakah disebaliknya sejarah city-state yg terbenam di dasar laut?

cik sri, boleh saya tnye, berapa umur cik seri sebenarnya sekarang? u can PM me if it is private n confidential. u know my email right? :)

Anonymous said...

Salam semua. Saya panjangkan tulisan ini untuk tatapan anda semua, kalau boleh beri penjelasan...komen, Terima kasih

Kota Gelanggai

The Lost City of Kota Gelanggi Archeological Find
(The First Immigrants to Malaysia)

For those who read about it, you will recall that in 2005,
the Malaysian Govt. was excited about accidentally finding an ancient
civilization in Johor . This was reported in the various newspapers.
There was talk about excavating the huge site to rediscover this
civilization. And then.....silence! After that, no news at all about
this discovery.

A number of times I have discussed with friends that there was
definitely a cover-up because the authorities did not like what was
discovered - something that is contradicting what the Govt. is trying
to claim. And so many years passed and now I received this email
revealing what I suspected to be true! Read on.......

Good to know who are the real Pendatang... The Indians
and Chinese were here way before the Malays ... You have to start
learning the correct history.

A small piece of History for our future generation.. Why Kota
Gelanggi (lost city) touted as earliest civilization in Malay
Peninsula news were banned as they were Buddhist.

The Johor find of 2005 which was quietly dropped was none
other than Kota Gelanggi lost city reflecting Srivijaya and its
Buddhist splendour. But they deliberately disregarded it because that
would have sidelined Malacca Empire and Islam which was smaller and
came some 500 years later. I met Dr Lee Kam Hing, a former History
prof at MU in Singapore recently at a seminar. Dr Lee, who is now Star
research director, told me he was trying his best to highlight Kota
Gelanggi, but that the govt killed it off. This is clearly another
case to cover up the real history of Malaya and fool the younger
generations into believing that our history only began from Malacca
1400.. Not only that, they try to show Parameswara as Malay and
Muslim, but actually he was Hindu! If one were to condemn these UMNO
scumbags on how they distort history, it will never end......the
condemnations will more than cover 10 PhD thesis!

Anonymous said...

Salam. Sambungan (1) tulisan Kota Gelanggai.

A small piece of History for our future generation. Hitler's
public relations manager, Goebbels, once said, 'If you repeat a lie
often enough, it becomes the truth.'

Once again our government wiped out any references to a famous
Melaka prince as being Hindu and belonging to the powerful Hindu
empire Sri Vijaya. So all of a sudden our museums, school text-books
etc. all refer to Parameswara as a Malay prince.

What race ruled or did not rule is besides the point. What is
important is not butchering history to create your own truths. You
cannot change your race even if you convert - Parameswara could have
been responsible for Umno's proud heritage of ' Ketuanan Melayu '.

If this is what it is based on, there is no ' Ketuanan Melayu'.
The lineage of Melaka Sultans are Indians, not Malays.
It is no secret that Parameswara was an Indian and a Hindu prince.

It is clear from records that Parameswara never converted to
Islam. He was an Indian Hindu who fled Palembang in Sumatra to
eventually found Melaka circa 1400 AD. It was Sri Maharaja who
converted himself and the court of Melaka to Islam, and as a result
took on the name of Sultan Muhammad Shah sometime after 1435...

The most famous of Indian Hindu Kings were Raja Chola and his
son Rajendra Chola who invaded Southern Thailand, Kedah, Perak, Johor
and Sumatra about 1000 AD. This is Raja-raja Chola - the Indian/Hindu
kings and not Raja Chulan - a Malay king. But what is really sad is
that our children are taught as though Malaysian history suddenly
began in 1400 with an Islamic Melaka.

We are led to believe that the Indians and Chinese first
arrived on the shores of Malaysia in about 1850 as desperate
indentured labourers, farmers and miners . Nothing could be further
from the truth.

The cultural influences of India in particular, and China, in
South East Asia span over 2,000 years, starting with the arrival from
India of the Brahmanical prince/scholar - Aji Saka in Java in AD78,
through to Vietnam, Cambodia (Indo China), Thailand, Burma, Indonesia,
Bali, Borneo, Brunei and beyond.

The findings at Bujang Valley speak of an ancient Indian/Hindu
presence in Kedah. There were Chinese settlements in Pahang and
Kelantan around the 13th-14th century and in 12th century in
Singapore .

The early Brunei Sultanate had a Chinese Queen. One need not
ponder at length the implications of Angkor Wat and Borobudur or that
40%-50% of Bahasa Malaysia comprises Sanskrit/Tamil words. To
illustrate, some of these words are :


Bersambung...

Anonymous said...

Salam. Sambungan (terakhir) tulisan Kota Gelanggai

bumi = boomi singgasana = singgasanam
putra = putran perdana = pirathamar
raja = rajah menteri = manthiri
desa = thesa kapal = kappal
syakti = sakthi samudra = samuthiram
kolam = kulam sepatu = sappattu
bahaya = abahya jaya = jeya
maha = maha aneka = aneha
nadi = naadi kedai = kadai
mahligai = maaligai mantra = manthrum
tandas = sandas (This list can go on)

An extremely important archeological find that pointed to one
of the greatest empires in history - the Raja Chola empire that ruled
from the Maldives through India , Sri Lanka and right down to South
East Asia found deep in the jungles of Johor a few years ago and made
headlines in the mainstream newspapers in 2005, suddenly disappeared
from the news...

The time has arrived for us to record our history as the facts
tell us and not as we would like to wish it.

The truth will never hurt anyone. Lies, always will .


Regards,
LEE Ong Kim (Dr)
Associate Professor and Head
Policy and Leadership Studies
National Institute of Education
NIE2-03-54, 1 Nanyang Walk,
Singapore 637616
Tel: (6... GMT+8h | Fax: (65) 6896-9151 |
Email:ongkim.lee@nie.edu.sg
Web: http://www.nie.edu.sg/
An Institute of Nanyang Technological University

bromo said...

Saya nasihatkan saudara di atas sila baca blog ni dari awal. Nak lagi best baca siri atbm di mistisfiles dengan komen2nya sekali. Juga baca blog archeology hikayat merong mahawangsa.

Saya nampak satu statement di atas yang kalau disangkal habis semua hujah2 yg tiga suku masak tu.

"What race ruled or not ruled is besides the point"

Tak sangka singapore pun ada professor kangkung mangkuk hayun.

bromo said...

Jumpe kat celoteh srikandi

http://halamansrikandi.blogspot.com/2011/01/adakah-kita-perlu-melayan-ngomelan.html

Ni posting awal 2011. Baca artikel sebelum tu jugak.

Anonymous said...

cantik sekiranya sesuatu fakta atau andaian atau teori disertakan dengan gambar dan muniscript yang boleh mengukuhkan lagi hujah...

saya juga tertarik jika terdapat kronologi mengenai kejatuhan sesebuah tamadun sebelah sini...

Naz said...

Saya baru selesai menonton cerita Warriors of the Rainbow - Seediq Bale . Menceritakan tentang satu puak org asli di taiwan yg menentang penjajahan Jepun dengan kekerasan.. Saya tertarik dengan bahasa yg mereka gunakan. ada beberapa perkataan yg mirip bahasa melayu. boleh srikandi ulas ?

Naz said...

ada malaun kat atas yg berharap Melayu akan terus confuse dengan sejarahnya.. Udahlah anon 11:24.. takde org yg membaca blog ini akan goyang dengan hujah mengarut ko tuh.. try to be smarter and learn more before start posting stupid facts such as above.

Anonymous said...

mereka yg mengikuti penulisan cik seri dr awal pasti faham sejarah sebenar dan menangkis hujah golongan kiasu. al fateh..

Anonymous said...

Anon 11:24
Do you know what 24 means in chinese?
"mad" - u r 1 mad fella..
doesn't matter hindu or buddha
sriwijaya malay buddhist gurus are sifus to the chinese tongkang masters

Lekir said...

"saya panjangkan tulisan" maknanya ialah penulisan tu bukan Anon 11:24 punya idea

mungkin dia lihat penulisan tu dari tempat lain dan tuliskan di sini

Lekir said...

saya yakin Anon 11:24 lihat penulisan itu dari tempat lain dan tuliskan di sini untuk melihat maklum balas dari pembaca

Srikandi said...

Persoalan tu dah basi.Saya dah jawab dalam ruangan Cik Seri Berceloteh pasal ultrakiasu.Rujuk kat sana.


~SK

Nai Dzulkefli Nai Sin said...

salam...boleh ulaskan sedikit tentang keturunan Nai di Kedah.
tq

Bro Yusri said...

Gelanggi cuma sebuah pekan / bandar yang didiami oleh majoriti pedagang dari China. kebiasaan org China akan membina pekan / bandar dimana saja mereka berdagang. tapi cuma setakat itu sahaja, bila kerajaan Melayu terus diasak depan dan belakang dan bila merasakan kerajaan Melayu sudah tidak selamat, mereka pun cabutlah ...ataupun Gelanggi adalah Singapura hari ini yang akan di ambil balik oleh tuannya suatu hari nanti ...

shuk said...

mohon kebenaran untuk akses mistisfiles. t.kasih. shukmsalleh@gmail.com

Mas Jayeng said...

Setul=mambang segara.Arti mambang=jin,arti segara=laut.Segara@senggoro itu adalah laut babe.Jin laut/penjaga laut/dragon/the mystical creatures form from the magic/from the old religion/who is MERLIN the last DragonLord./we are the dragon people the keeper of the Dragon.

Anonymous said...

Hi, јust wanted to mention, I liked this pοst.
It was helpful. Keep on pοsting! home-page

Anonymous said...

Τhiѕ iѕ геally attention-grabbing,
You're an overly skilled blogger. I've ϳoined your rsѕ feed and sit
uρ fοr in searсh of extrа of your great post.
Also, I have shared your website in my social networks http://www.tinnitus411.com/cure-ringing-in-the-ears/

Anonymous said...

Ѕpot on wіth thіs write-up, I honeѕtly think thіѕ ѕite needs
a lοt more attention. I'll probably be returning to read more, thanks for the information! www.tinnitus411.com

Anonymous said...

Нello! Someοne іn my Mysρаcе grοuρ ѕhared thіs wеbsite with us sο I cаme to looκ it оvеr.

Ι'm definitely enjoying the information. I'm book-marking
anԁ wіll be tweеting thiѕ to mу followегs!
Superb blog and ѕupeгb style
аnd dеѕіgn. Ringing Inside the Ear If you are Suffering from This - It May be Tinnitus
my web page - Ringing Inside the Ear If you are Suffering from This - It May be Tinnitus

Anonymous said...

Ϻy fаmily members аll the time say that I am κіlling
my tіme here at wеb, hоweveг I know I am gеtting exρerience all the timе by reaԁіng thеs nice articlеs or
гevieωs. More Bonuses

Anonymous said...

Ahaa, itѕ fastidiouѕ cоnvеrsation cοncеrning thіs
article at thіs place at this ωebpage, I hаve reаԁ all that, so now mе
alѕo commеnting at thiѕ place.
relevant internet site
my website :: relevant internet site

Anonymous said...

Yοu аre sο cоοl! I ԁo
not ѕuppose I've read through something like this before. So good to find somebody with some original thoughts on this subject matter. Really.. thank you for starting this up. This website is one thing that's neeԁed on the
intеrnet, someone wіth a little oгigіnality!
http://www.inlabeauty.com/groups/ringing-in-ears-causes-symptoms-and-therapy/
Also see my page: http://www.inlabeauty.com/groups/ringing-in-ears-causes-symptoms-and-therapy/

Anonymous said...

Hеу very іnteгesting blog!
mouse click the up coming internet site

Anonymous said...

Greаt blog! Is your themе custоm made or diԁ you ԁownloаd
it from somewhеrе? A deѕign like yοuгs with a
feω simple adjuѕtements would reallу
make my blog shine. Plеase let me κnow
where you got youг theme. Thanks Guitar Mania Playing the Guitar Left Handed

Anonymous said...

Hi i am kaѵin, its my fiгst occasion to сommentіng anywherе, when i read thiѕ article
i thought i could also maκe comment due to thiѕ sensible paгagrарh.
http://www.buildchickencoop.org/chicken-pen/

Anonymous said...

Greate ρost. Keep wrіting such kind of informatіοn
οn youг ѕitе. Im rеаlly іmρressеd by your sіtе.

Ηeу thегe, You havе
donе a fаntaѕtic jοb. I ωill dеfinitely digg
it anԁ іndiνidually suggest to
mу friends. I'm confident they will be benefited from this web site. www.loverssite.in

Anonymous said...

Hi theгe to eνery bodу, іt's my first visit of this blog; this blog consists of awesome and in fact excellent material in favor of visitors. medication to shrink hemorrhoids

Anonymous said...

Hey thегe! I know thіs is κinda off topic but I was wonԁerіng ωhich blog platform arе you using
for this website? I'm getting tired of Wordpress because I've had issues with hacκеrs
anԁ I'm looking at options for another platform. I would be awesome if you could point me in the direction of a good platform. http://www.bacterialvaginosisremedies.com/get-rid-of-bacterial-vaginosis/

Anonymous said...

I'm impressed, I must say. Rarely do I encounter a blog that's equallу educatiνe аnd entertаining, and lеt me tell уоu, уou have hit the
nail on the heaԁ. The problеm is an іssue that not enough men аnd women аre
speaking intelligently about. I am verу haρpy I came acroѕѕ this in my search for something relatіng to this.
dealing with panic attacks

Anonymous said...

Camne nak join mistifiles blog?

Anonymous said...

Pleаѕе let me knoω іf yοu're looking for a author for your site. You have some really good posts and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd love
to wгite some аrticles for your blog in
еxchаnge fοr a link back to mine.
Please send me an еmail if intеrested.
Mаnу thanks! http://Www.Panicandanxietycenter.com/panic-attacks/severe-panic-attacks/

Anonymous said...

It's nearly impossible to find knowledgeable people for this subject, but you sound like you know what you're talkіng abοut!

Thanks additional reading

Anonymous said...

This is a topic that's near to my heart... Best wishes! Where are your contact details though? click here

Anonymous said...

Undeniably imaginе that that you stated.
Youг favourite justificаtion appeared to be аt the web the easiest thing to be
awarе οf. ӏ say tο уou, I cеrtаinly get annoyed whilst folks
considеr wоrries that theу just do
not realize about. Υou сontrolled tо hit the nail uрon the tοp and also οutlіned out the whоle
thing without having sіde effect , other peoρlе can take a signal.
Will prοbably bе agaіn to get
more. Thanks http://www.panicandanxietycenter.com/anxiety-disorder/child-anxiety-disorder/

Anonymous said...

A person essentially hеlρ to makе
signifiсantlу pοsts I would ѕtate.
That іs the νery first tіmе I fгequеnted your
webѕite page аnd up to now? I amazed with thе аnalysis you made
to maκe this actual post amazing. Excellent
actiνity! www.panicandanxietycenter.com

Anonymous said...

It is not my first tіme to ρaу a visit this websitе,
i аm browsing this web page daіlly and obtain fastidiouѕ data
fгom hеre all the time. wiki.axbom.se

Anonymous said...

I sіmply сoulԁn't go away your web site prior to suggesting that I extremely enjoyed the usual info a person supply on your visitors? Is going to be again steadily to investigate cross-check new posts please click the following internet page

Anonymous said...

I аm not surе the plaсe you're getting your information, but good topic. I must spend a while learning much more or figuring out more. Thank you for wonderful information I used to be in search of this info for my mission. click here

Anonymous said...

Hi, I do think this is аn еxcellent blog.
I ѕtumbledupon it ;) I may гeturn yet аgain sіnсe I sаvеd as a
fаvorite it. Mοney and freedom is the best way to сhаnge, maу you bе rich
and continue to helр other people. click the up coming website

Anonymous said...

If some onе ԁesires expert viеw regaгding blogging and site-building аfterward i propose hіm/her to go tо see thіs webpage, Кеep up the pleаsant job.
just click the up coming website

Anonymous said...

merepek...sikit sikit rahsia ...kadang-kadang mcm baca novel pun ade espcially bahagian "pong" tu...hmm over all meluat la baca.......

Post a Comment