Tuesday, July 31, 2012

"The Black Diary"









Catatan Srikandi XIII












"The Black Diary"










ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan








"Hahahaha!Apa yang Siti merepek ni sayang...saya tidak ada apa-apa...,"Pong ketawa mengejek di dalam telefon.Saya benar-benar merasa jengkel dengan panggilan 'sayang'."Betul,kamu tidak ada apa-apa?"saya meminta kepastian.

"Wah...alangkah bertuahnya saya,tuan puteri raja sombong yang dahulunya jual mahal dengan saya,kini begitu mengambil berat terhadap saya yang hina ini...hahaha...!"Pong semakin galak mengetawakan saya.

"Sudahlah!"saya memutuskan talian telefon bimbit.Kalau saya sedang memegang gagang telefon,sudah tentu saya menghempaskannya sekuat hati biar pecah gegendang telinga Pong.Seperti yang dijangka,tak sampai beberapa saat,Pong membuat panggilan.Saya duduk dengan perasaan bengang.Sambil menjeling ke arah telefon bimbit,saya mengawal desahan nafas kemarahan saya perlahan-lahan.

Telefon bimbit semakin galak berbunyi tidak berhenti-henti.Saya semakin rimas.Saya menekan butang 'call'.Sayup...sayup kedengaran suara Pong meminta 'ampun'.

"Please...i'm so sorry...don't treat me like this...Siti...please give me one chance...."

Ekor mata saya memandang ke sana sini.Kepala saya mula memikirkan apa hukuman yang harus saya kenakan kepada si jahat itu.Sambil tersenyum,saya mendekatkan bibir saya ke telefon."Give me a favor..."

"Okay...okay....ingat tak kain suci yang terentang di atas palang kuil di Ranong?"

"So..?"

"Saya akan beritahu siapa lukisan lelaki dalam rajah suci itu..."

Ah...dia pandai memancing saya!Memang saya begitu ingin tahu siapa lelaki misteri yang memegang senjata seakan keris dalam rajah kuno bertulisan skrip Khmer purba di atas kain lusuh yang tergantung terbuai-buai di palang kuil lama di Ranong tersebut.

"Cakaplah lagi pasal lelaki tu..."saya memancing kembali.

"Siti maafkan saya?"

"Cakap dulu!!"saya mula hilang sabar dengan pemuda Thailand itu.

"Okay...okay...menurut sumber dari sami tua di kuil berdekatan,memberitahu saya bahawa lelaki dalam rajah itu adalah salah seorang dari dua putera raja Sri Dharmaraja ketika era Siwichai.Namanya Indera Sairen.."

Mata saya bersinar.Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata lembaga yang menyerupai Pong di Gunung Jerai.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara raja kamu.Dia yang hasut Raja Siam..."

Apa yang berlaku antara Sri Dharmaraja dan Sukhotai beratus tahun dahulu selepas perpecahan wilayah-wilayah Segenting Kra milik Empayar Srivijaya dahulu?Apa yang dibisikkan oleh Sri Raja,raja terakhir Sri Dharmaraja kepada Chakrapat,raja Ayutthaya semasa raja Melayu itu hampir menghembuskan nyawa terakhirnya?Apa yang berlaku antara Ligor dan Kedah ketika raja Ligor (Sri Dharmaraja baru),Syariff Abu Bakar Syah mahu membebaskan diri dari pengaruh Thai?Mengapa negeri-negeri Melayu tidak membantu Ligor?


Saya semakin pening.Kisah-kisah sedih beratus-ratus tahun yang lampau itu bagaikan batu-bata di Baphuon,Kemboja 'The biggest puzzle in the world'.

Malam itu,selepas solat maghrib,saya mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Nai Long Kassim dan umat Islam.Saya rasa ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh arwah.Walaupun anak cucu dan orang yang tidak ada kena mengena dengan waris raja Ligor itu kerap merepek-repek dan 'over-acting' sehingga mengaburkan sejarah sebenar,saya dapat merasakan beliau benar dalam beberapa hal.Tentang itu biar saya rahsiakan dahulu.Saya benar-benar terkilan kerana tidak dapat bersemuka dengan beliau.Saya rasa jika saya dapat bersemuka dan berbual-bual dengan beliau secara peribadi tanpa kehadiran 'pembodek-pembodeknya' yang merepek-repek itu,pasti saya dapat mencungkil rahsia besar hubungan Ligor dengan Kedah,Ayutthaya dan Chakri pada masa silam.Pasti saya dapat mencantum beberapa 'puzzle' yang hilang ditelan zaman.

Selepas solat,saya membuka laptop saya di atas katil.Saya masih memakai kain telekung saya,menggodek-godek laptop saya,membuka emel dan membalas yahoo messenger.Nampaknya ada emel baru.Ada seseorang hantar lagu pada saya.Saya mengklik 'play'.

Lagu dari Tai Oratai - Wun Tee Bau Mee Ai.

Di dalam emel itu ada 'caption':Bila saya melihat Kanyaphak Suwankut,saya teringatkan kamu.Dia adalah artis kegemaran saya.Kamu faham maksud saya kan?

Saya pun terbaring di sisi laptop sambil melayan alunan lagu siam itu.Nadanya mendayu-dayu.Tiba-tiba telefon saya berbunyi.Si jahat itu lagi.Saya mengangkat panggilan.

"Seperti yang saya janjikan,saya akan beritahu kamu satu rahsia tentang kuil lama itu.Juga sejarah raja-raja Thai pada masa dahulu dengan negeri-negeri selatan (negeri-negeri Melayu),tentang 'Krung Siwichai' dan dinasti teratai Sri Thammasok..."

"Beritahu saya Pong,saya maafkan kamu..."perlahan suara saya.Air mata saya seperti mahu menitis.Tidak tahu mengapa.Adakah kerana alunan sayu lagu siam itu atau kerana saya begitu sensitif.

"Baiklah...owh sebelum itu saya ketika ini berada di dalam bilik di mana Goerge Coedes pernah bertugas...macam biasa,saya ni suka merayau-rayau...hahahaha,"Pong cuba membuat saya ketawa.

"......"

"Okay..okay...begini.Kira-kira 800 tahun yang lalu,beberapa kerajaan Thai telah terbentuk di atas tanah bekas wilayah-wilayah Empayar Khmer.Raja-raja Lanna dan Sukhotai sebenarnya ialah gabenor-gabenor di bawah empayar Khmer yang memberontak.Raja Mangrai telah menawan Haripunjaya,negarakota Mon di utara Siam.Secara automatik,Chiang Mai yang bersejarah jatuh ke tangan Lanna..."

Saya berbisik di dalam hati,Chiang Mai pernah di bawah raja-raja Chih Tu (Sriwijaya purba sebelum era Dapunta Sri Jayanasa).Suku Lawa yang merupakan pribumi Lawasangharata (nama lama Chiang Mai) berasal dari Kemboja sebelum bermigrasi ke utara.Nenek moyang suku ini adalah Austronesia (Melayu purba) sebelum berasimilasi dengan etnik Mon-Khmer.Dari nama 'Lawa' ini,suku Tai terawal tiba di Indochina,Lao,mendapat namanya.

"Sukhotai telah menjadikan Hamsavati sebagai negeri bawahannya,tindakan pertamanya menakluk kerajaan-kerajaan Mon di sekitar.Raja Wareru telah menduduki Martaban dari perpecahan empayar Pagan hasil pertolongan Sukhotai.Selepas itu mereka meluaskan pengaruh ke selatan.Kerajaan Suvarnabhumi dan Tambralingga,dua kerajaan legenda Indochina jatuh ke bawah pengaruh Sukhotai.Tambralingga pada mulanya adalah sekutu Sukhotai menentang sisa pengaruh Srivijaya,kemudian selepas bebas dari pengaruh Srivijaya,raja-rajanya mula tamakkan kuasa dan menguasai sehingga ke Temasik(Singapura lama).Sukhotai sudah lama mengintai peluang memiliki Tambralingga yang kini bergelar Nagara Sri Dharmaraja kerana pengaruh besarnya ke atas negeri-negeri Melayu.Siti telah maklumkan,Sri Dharmaraja punya pengaruh misteri ke atas kerusi emperor-emperor Angkor.Siapa yang duduk di atas Sri Dharmaraja,dia yang menentukan corak politik istana empayar Khmer.Ini tercatit dalam Prasasti Phimanakas di Kemboja.Dalam batu bersurat itu mengatakan bahawa Suryavarman I telah naik takhta Sri Dharmaraja pada tahun saka 924.Kita tahu Suryavarman I adalah emperor Angkor selepas itu.Siti tahu rahsia sebenar konflik antara Sukhotai dan Sri Dharmaraja?Sukhotai mahu menewaskan Khmer melalui Sri Dharmaraja.Apabila raja Chandrabhabu mangkat di Sri Lanka,Sukhotai melanggar Sri Dharmaraja tidak lama selepas itu.Sri Dharmaraja adalah 'key point' dalam konflik antara Thai-Khmer.Pengaruh Melayu Sri Dharmaraja amat kuat dalam istana Angkor,sejak raja pertamanya,Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu dan pernah berlayar ke istana Srivijaya,ketika dinasti Sailendra memerintah.Ini adalah beberapa lama selepas catatan Mas'udi dalam "Meadows of Gold and Mines of Gems" yang terkenal itu diambil dari catatan seorang pengembara bernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi."

"Jadi apa kaitannya dengan lelaki dalam rajah itu?"saya menyoal.

"Itu adalah Putera Indera Sairen.Anak kepada raja dinasti teratai,Chandrabhanu.Dialah raja yang berhati mulia,mengajarkan ajaran Theravada kepada orang-orang Sukhotai.Indera Sairen ada seorang saudara bernama Indera Khao Kheo.Mereka berdua,mengikut legenda kami adalah jelmaan Buddha yang sejahtera.Mereka adalah dewa-dewa tempatan yang kini masih ada kultus di wilayah Nakhon Si Thammarat yang memuja mereka."

Tiba-tiba saya dapat mengagak bahawa pada suatu masa,Sri Dharmaraja menguasai seluruh semenanjung Tanah Melayu dan juga mengawal empayar Khmer yang semakin melemah.Pengaruh wilayahnya amat luas ketika itu.Ini sebenarnya yang dimaksudkan 'benua Siam' oleh waris Raja Ligor itu.Sri Dharmaraja secara spesifiknya mengawal 12 negeri-negeri Melayu yang dilambangkan dalam takwim 12 haiwan mengikut kalendar penuaian padi Kedah Tua.Oh,sejarah Melayu begitu misteri dan mengasyikkan.

"Siti,ketika peperangan Burma-Siam (1568–1569),Ayutthaya telah kalah dalam Pengepungan Ketiga Ayutthaya.Siam menjadi negeri bawahan Burma.Raja Siam telah meminta bantuan dari negeri-negeri Melayu selatan Thai ketika itu.Sebenarnya hubungan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dengan Ayutthaya baik ketika itu kerana ramai kerabat Ayutthaya awal adalah dari keturunan Nai dan Nang dari Sri Dharmaraja.Dalam Riwayat Sri Dharmaraja ada disebutkan tentang anak-anak angkat raja Ayutthaya sehingga mereka dibenarkan mengutip cukai dari 12 negeri Melayu bawahan Sri Dharmaraja bagi pihak Ayutthaya dari satu satu perjanjian sulit."

"Perjanjian oleh siapa?"

"Pra Sodhanaraja,anak Sri Raja kepada raja Siam Ayutthaya."

Saya hairan.Kini Ligor telah sah sebagai 'supervizor' baru bagi negeri-negeri Melayu utara.Dalam Sejarah Melayu,Sultan Melaka disebutkan bahawa berkata,'raja Benua Siam itu bukanlah orang lain kepada kita'.Ini bermakna 'raja Benua Siam' itu punya pertalian dengan Sultan Melaka dan orang Melayu.Sehingga tentera Melaka pernah berperang di bawah arahan 'raja Benua Siam' itu dalam kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Apa semua ini?

Saya membuka kitab Undang-undang Kedah.Kitab ini punya rahsia besar hubungan negeri-negeri Melayu utara dengan Ligor dan negeri-negeri Melayu Segenting Kra.Kitab ini bagaikan perakam masa antara kita dengan negeri-negeri Melayu seperti Setul,Reman,Patani,Ligor,Singgora dan lain-lain yang telah lenyap dimakan zaman.Negeri Setul Mambang Segara terutamanya macam kerajaan di alam mimpi padahal pintu istananya masih tertayang di Muzium Negara.Jika anda lihat lambang Satun (Setul) di Thailand anda akan lihat gambar dewa laut.Itu adalah 'Mambang Segara' iaitu nama lama bagi kerajaan purba Setul.Sebahagian sejarah purba kita dipegang oleh orang Thai.

“Sebermula banyak emas ditempa Bunga Emas, dihantar ke Benua Siam Dua Puluh Emas masa Raja dahulu-dahulu, pada masa Sultan Muhammad Jiwa tambah sepuluh emas sebab sukar ia ditempahnya itu”

Apa semua ini?Mengapa mesti hantar bunga emas?



Saya membuka Hikayat Merong Mahawangsa,yang kronologinya melampui beratus-ratus tahun sebelum era Ligor dan Ayutthaya.(Tambralingga bermula 1 Masehi begitu juga Langkasuka,mengikut pendapat sarjana Barat)

"Tidak berapa lama setelah lengkap segala kelengkapan dan bingkisan serta beberapa pakaian yang akan dibalasnya kepada saudaranya negeri Kedah itu.Setelah diperbuat surat itu lalu diserahkan kepada utusan itu serta berpesan kepada saudaranya,"Barangkali kita beroleh putera maka hendaklah saudara kita perbuat beri seperti bunga emas dan bunga perak itu hantarkan mari kepada kita kerana pekerjaan itu amat kesukaan bermain akan dia."

Mengapa tradisi menghantar bunga emas dan perak disebut dalam dua manuskrip ini?Apa rahsianya?Saya termanggu kebingungan.Satu adalah dokumen perundangan.Satu lagi bertaraf epik dan legenda.Tetapi tradisi menghantar bunga emas dan perak disebutkan.Ini adalah misteri.Jika saya memahami rahsia dan perlambangan di sebalik bunga emas dan perak,saya akan dapat mengorek rahsia suku Lawa,Langkasuka,raja-raja Chih-Tu dan Tambralingga.



Setelah membuat sedikit kajian,saya memahami beberapa perkara.Tradisi menghantar bunga emas dan perak memang tradisi Kedah Tua/Langkasuka dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra,ya seperti yang kita baca dalam Hikayat Merong Mahawangsa,dengan tujuan mengekalkan hubungan saudara.Raja Patani,Sri Dharmaraja punya kaitan dengan Kedah Tua.Dahulu raja Langkasuka menghantar bunga emas tanda hadiah menyambut kelahiran cucu anak-anaknya yang menjadi raja-raja Malay city-states di 'benua Siam'.Dalam sejarah Indochina terdapat dua induk keturunan raja-raja yang memerintah sekitar utara semenanjung,Segenting Kra hingga ke Chiang Mai.Pertamanya Kedah Tua yang di dalam riwayat-riwayat Kemboja menyebutnya sebagai dinasti Ketomala.Keduanya ialah Chih-Tu (kerajaan Tanah Merah) di kawasan Kelantan-Patani sekarang yang menurunkan raja-raja Champa dan Funan (sejak dinasti Pan seperti Fan Shih Man,dikesan dalam pelbagai cross-reference riwayat berasal dari Chih-Tu atau Pan-pan di Kelantan).

Apabila Sri Dharmaraja menjadi besar sehingga menakluk seluruh semenanjung,Kedah tunduk dibawah pengaruhnya,pada masa yang sama tradisi menghantar bunga emas dan perak diteruskan.Kemudian setelah Sri Dharmaraja tunduk dibawah Ayutthaya,penghantaran bunga emas bukan lagi sebagai ikatan kekeluargaan namun sebagai simbol politik,tanda penyerahan atau cukai.Inilah yang tertulis dalam riwayat Sri Dharmaraja sebagai 'menyimpan emas dan perak dalam simpanan kerajaan'.

"Awak baca diari itu.Buka mukasurat 422,"lelaki yang dipanggil Lonecryer itu berkata.

Ketika itu saya di Universiti Teknologi Mara Perlis di Arau.Di depan saya terdapat satu diari tebal yang usang.Saya berdebar-debar.Saya menyentuh diari itu.Nampaknya ia terdiri dari cantuman beberapa buku atau helaian-helaian kertas tambahan kepada satu diari induk,menjadikan ia semakin tebal.Tertulis di depannya:


by Lodgekeeper


Diari Lodgekeeper,bisik hati saya.Ini Diari Lodgekeeper.Oh,benarkan saya membaca bab 'The Tabernacle of Melati and Mala'.Saya mahu lebih lagi pasal Soma,Ye ye dan Keturah.

Tetapi saya membuka mukasurat 422.

Ada sebuah peta di situ.Peta lama yang menggambarkan seluruh Indochina dan semenanjung Tanah Melayu.Tulisan di kiri kanan adalah dalam bahasa Sepanyol atau Portugis.Peta itu cukup tua,tetapi di belakangnya ada satu peta lain.Oh,salinan kepada peta Ptolemy,'Geographike Hyphegesis'.Saya melihat perkataan seperti Pulo Condo,Hujong Salang dan Kampong.

"Kenapa dengan peta ini?"Saya bertanya.

"Ini peta Ptolemy,ahli geografi Yunani,telah melukis peta ini seawal abad pertama Masehi berdasarkan beberapa peta lama yang lain dan catatan pengembara.Awak boleh lihat nama-nama tempat sekitar Asia Tenggara khasnya di semenanjung,Segenting Kra hingga ketengah Indochina berbau Melayu.Awak lihat nama-nama tempat seperti 'Pulo' ialah bermaksud Pulau dan 'Jung' bermaksud tanjung.Ini menunjukkan bahasa rakyat adalah bahasa Melayu tulen,cuma bahasa persuratan istana bercampur dengan Sanskrit atas faktor agama anutan."

"Ada orang Melayu tinggal di sini masa tu?"Saya menunjukkan ke wilayah Tenasserim sekarang di Burma.

"Ya,si bertuah..."saya tersenyum dengan usikan Lonecryer.

"Ini semua ada Malay city-states yang bertaburan sepanjang Segenting Kra.Mereka macam Greece punya city-states atau Trojan atau Phoenicia.Ada city-states yang berperang sesama sendiri.Ada yang buat allied dan serang kelompok lain.It's all about politics babe..."Lonecryer tersenyum kepada saya.

"Jadi apa tugasan saya kali ini?"tanya saya.

Lonecryer menunjukkan wilayah Hamsavati,Arakan,Ava dan Martaban juga Mandalay kemudian menunjukkan Chiang Mai,Luang Phrabang sehingga ke tengah Thailand.Kemudian menunjukkan kawasan Angkor di Kemboja.Jarinya terus menunjukkan wilayah Champa dan akhirnya berhenti ke tengah Segenting Kra.Dia bersuara:


"Ada rahsia beberapa kurun sebelum Masehi di tempat-tempat ini.Usia Langkasuka dan Tambralingga yang kita ketahui selama ini sebenarnya jauh ke belakang dan ini ada kaitan dengan pra-Sriwijaya.Jika kita tahu apa konflik yang berlaku antara Malay city-states di Indochina dan semenanjung pada masa lampau,kita akan tahu dengan siapa ketua-ketua puak Lao berurusan sehingga mereka menabalkan raja-raja mereka dengan gelaran 'Mahkota orang-orang Mala'.Di sini ada salinan manuskrip dalam bahasa Pali kuno yang menceritakan catatan para sami pengembara dari Bihar.Mereka kononnya bertemu dengan beberapa raja di sekitar sempadan Burama-Thailand sekarang pada abad ketiga Sebelum Masehi.Buat rumusan darinya,"Lonecryer memberikan satu bungkusan bersaiz A4.

Saya mengambil bungkusan itu."Baiklah,saya beransurlah kalau tidak ada apa-apa,"saya meminta diri.

Lonecryer mengangkat kening."Hai,nak buat harta pulak."

Saya buat-buat tak faham."Apa dia?"

Lonecryer tersenyum panjang.Saya tak dapat menahan perasaan lalu menyerahkan Diari Lodgekeeper kepadanya."Bukan diari ni diberi pada saya untuk kajian juga?"

"Oh no...ini rahsia sulit.Saya bawa untuk tunjuk saja pada awak,Siti...."Lonecryer tersengih memandang saya.

Ketika Lonecryer berlalu menuju ke arah dewan makan asrama perempuan,saya hanya merenung sedih melihat diari yang berada di tangan lelaki itu.Saya mengertap bibir,sambil memandang couple-couple yang bersidai di Mushroom UiTM Arau.

Kisah-kisah sedih yang terjadi di Segenting Kra pada masa lalu menghantui saya.Saya hanya merenung salinan manuskrip aneh di depan saya.Sejarah Melayu benar-benar memabukkan saya dan hampir-hampir membuat saya kelemasan dan putus asa.








biar hanyirnya membau perjuangan
biar badinya mengasap kebangkitan












~The Naga King's Daughter
The Ketomala & Tanamera Dynasty

46 comments:

R.T.W said...

Terbaik daripada Sri Kandi!

Sudah lama saya menunggu bab 'novel' terbaru ini =)

Anaknda Bertuah said...

Yah, terbaik cik seri, teruskan usaha.... selamat berpuasa...

rdmatteo said...

ala.. kopi pes je dr MF.. wat aa cite baru cikgu

Anonymous said...

Askum cik srikandi.
dari penulisan cik adakah sejarah negara kedah benua siam oleh anai-anai itu satu sejarah yang benar..?
tq.

Anonymous said...

Mahkota Orang-orang Mala = adakah kemungkinan maksudnya tengkorak / kepala orang Mala yang telah ditawan?

Anonymous said...

Mungkinkah gelaran " Mahkota orang-orang Mala " sebagai satu penghinaan terhadap orang Mala kerana telah berjaya mengalahkan orang Mala?

Anonymous said...

sblm saya nak tanya pasal Putera Ligor ni hehehe, saya nak tanya beberapa soalan berdasarkan maklumat ini :

1. Sejarah Khmer pernah dibuktikan diwarnai oleh Melayu Segenting Kra (siam) sejak Suryavarman I (1010ad). di sebalik anutan Hindu di sekeliling, mereka sebaliknya menegakkan Mahayana Buddhism di sana.

2. Jayavarman VI (1090ad) dikatakan pemutus keturunan direct dari Ligor yg dilantik sebagai raja Khmer, & Jayavarman VI ni tiada darah di raja sebaliknya mengaku keturunan Sri Kambu & Mera. Raja J.VI ni tak pasti agamanya tapi raja seterusnya (abg & anaknya?? Mungkin, Suryavarman II) confirm Hindu. Suryavarman II(1113ad) ni memang terkenal sebagai penganut Hindu tegar & pembina Angkor Wat.

3. raja selepas Surya II ialah Dharanindravarman II(1150ad), sepupu dari sebelah mak Surya II. Dharanindra II ni pulak yang bawak balik Buddha ke Khmer court. Buktinya, dlm buku Sirisena sejarah Sri Lanka, dikatakan Dhananindra II telah memohon raja Sri Lanka waktu tu perkenan menjodohkan puterinya (Sri Jayachudamani) dengan anaknya Jayavarman VII. Sri Lanka waktu tu sedang famous sebagai Kota Suci Buddha, tempat simpanan relik Gigi Buddha & juga lagenda kononya Buddha pernah datang mengajar di sini. Jadi utk kahwin @ ada sebarang kaitan dengan Sri Lanka waktu tu adalah satu kebanggaan besar bagi mana2 raja buddha di dunia!!!

4. Jayavarnam VII(1181ad) walaupun anak Dharanindra II, tapi sejarah awalnya tak pasti. Dlm masa yang sama, 1196ad, di zaman waktu pemerintahan Jayavarman VII nie la berlaku sesuatu yg pelik, Tambralingga menhantar utusan ke China sebagai negeri yg merdeka (bukan di bwh pengaruh Srivijaya)..sedangkan hanya pada 1183ad, raja Grahi (dengan andaian Grahi adalah ibukota Tambralingga sblm era Chandrabanu) Mahasenapati Genalai terbukti masih lagi di bawah Srivijaya (prasasti grahi). Adakah Jayavarman II campur tangan dlm memerdekakan Tambralingga?? Siapa ibunya yang sebenar??? Keturunan tambralingga kah??? Adakah Mahasenapati Gelanai adalah kaum kerabat Jayavarman VII @ mereka berdua adalah individu yg sama???

5. sebagaimana juga legasi Suryavarman I, Udayaditya II & Harsha III, sebelum menjadi raja.. Jaya VII adalah seorg Jeneral Tentera (1170an) & sahabat baiknya Putera Raja Cham, Sri Vidyananda..(Cham sebelum ni zaman Jaya VI hingga Surya II adalah musuh ketat Khmer!!!). Jayavarman VII dengan pengaruh isterinya dari sri lanka inilah yg menbawa Buddist Theravada ke Asia Tenggara & sekaligus menjadi agama rasmi di Indochina hingga kini.

6. Pengaruh dari Sri Lanka ni diperluaskan lagi, apabila Jayavarman VII..menurut Coedes, Jaya VII yg punya hubungan rapat dengan Sami theravada di Burma / Sangharaja (gelaran bukan nama, mungkinkah sami ini adalah suku Lawa dari Ching Mai yg Cik Cakap juga berasal dari Kemboja tu??) waktu tu, telah menhantar anaknya belajar sekali ke Sri Lanka selama 10 tahun bersama Sangharaja (start 1170). Beliau hantar anaknya, Tamalinda ke Sri Lanka mungkin utk mengelakkan anaknya terheret sama dalam perangnya bersama Sri Vidyananda (bekas putera Cham) utk merampas kembali Cham. Dan paling menarik nama anaknya ialah Tamalinda!!!! Dekat dengan Tambralinga, hehe mungkin takda kaitan kot.

----------------------------------

Anonymous said...

-----------------------------------------

7. Tamalinda dikatakan anak kepada Jayavarman VII & dia hanya belajar di Sri Lanka sehingga 10 tahun 1180/81 je. Kenapa lepas Jaya VII meninggal dia tak merajai Khmer. Saya berpendapat, mungkin Tamalinda adalah individu yg memerdekakan Tambralinga pada sekitar 1196 & hantar utusan ke China serta beliau jadi raja Tambralinga selepas Mahasenapati Genalai(1196-1230). anaknya Chandrabanu pula diangkat sebagai raja Tambralinga selepas itu. Kerana semasa Jayavarman VII meninggal pada 1243, Chandrabanu sedang giat memerdekakan negeri2 bekasan Srivijaya di semenanjung. Maka belum sempat dia nak ambil alih Khmer orang lain ambil alih dahulu.

8. dikatakan tiada waris Jayavarman VII yg berhak merajai Khmer, sebaliknya keturunan Cham pula mengambil alih, Indravarman dikatakan keturunan Cham (mungkin waris Sri Vidyananda atau sesiapa tak pasti).

9. maksud saya di sini, mungkin kah, Chandrabanu (mungkin cucu/anak saudara/anak sepupu kepada Jayavarman VII) yang pada tahun 1230 telah nampak hint dari keturunan Cham untuk mengambil alih Khmer. Maka dia mahu membuktikan, selaku raja Tambralinga dia juga layak untuk memerintah Khmer – kota utama buddha di asia tenggara waktu tu, maka dia mesti memperkuatkan Tambralingga dahulu. Sedang dia perkuatkan kampungnya, kota diidam pula diambil oleh Cham.

10. jadi untuk buktikan dia lebik layak merajai Khmer, kota Buddha SEA ni, dia mahu memiliki relik paling penting dlm Buddha Theravada, yaitu gigi Buddha & mangkuk Buddha dengan merampasnya dari Sri Lanka. Sebab itu dia serang Sri Lanka.

11. mungkin tak benda2 ni berlaku Cik Seri????


Penduga Arus

Anonymous said...

penduga arus ni menduga ker aper ni. logik tu ada, tp macam tak munasabah pulak. tapi, cik seri kita juga yg cakap sejarah Melayu ni bersimpang siur di seluruh asia tenggarakn..

hmm, mungkin , mungkin :-)

Anonymous said...

cik siti buat apa di uitm arau? mushroom? student dan warga kampus sana je yang tau. :)

freystz said...

saya student arau!

-patih leqiu- said...

assalamualaikum...cik srikandi..
saya tertunggu tunggi 'catatan srikandi' seterusnya..katanya bulan 5?...

saya adalah seorang pemerhati sejarah melayu..
dan juga mengkagumi sejarah cina...
apabila melihat sejarah cina yang tersimpan kemas seperti hikayat tiga negara..saya tertanya..MELAYU kita bagaimana?..saya juga membayangkan ORANG MELAYU adalah seperti bangsa bangsa lain yang ada peradaban yang tinggi. sejak saya berumur 12 tahun..cuma apabila kita dijarah..penjajah kutuk membawa macam macam manuskrip dan juga alat kebesaran Bangsa Melayu..adakah cik srikandi ada pergi ke Muzium Eropah melihat artifak / manuskrip MELAYU di sana? harap cik siti dapat menceritakan hala sejarah Melayu yang berada di negara eropah spt England...Belanda..Portugis....

Akhir kata..saya Phateh Leqiu mengkagumi Cik Srikandi..dan di alam khayalan saya....Cik Srikandi adalah 'CINTA' saya.Setiap ruang penceritaan saya dapat bayangkan keadaan dan situasi..alangkah gembira saya jika saya ada di tempat cik srikandi..Bangsa kita akan lebih maju..dan kuat jika kita kenal Bangsa kita ini...kita boleh bermegah kerana kita adalah Bangsa Melayu yang hidup dari abad 2.....saya dari dahulu percaya kita adalah bangsa yang hebat..cuma sifat genetik kita 'hasad dengki' membuat bangsa kita Terjatuh......

bangsa melayu itu satu,
mengalir 'naga' dalam setiap penjuru darahku,
ku junjung..ku tahu,
kita dulu BERSATU...BANGSA MELAYU

Engkuhs said...

Salam.

Selamat menyambut Hari Lebaran buat warga ATBM terutama Cik Sri, Pak Seman Jones, Penduga Arus, Zack, Wangsa, Din, DiRaja, Ampuzzler dan sume yg peminat ATBM. Mohon maaf utk segala salah silap dan kekasaran bahasa yg mgkn pernah sy lakukan.

:))

Kowloon said...

Assalalaamualaikum warahmatullaah

Selamat hari Raya kepada Cik Seri dan keluarga.
Selamat hari Raya kepada sekelian pembaca dan peminat sejarah Melayu

Srikandi said...

Selamat Hari Raya semua,huhu lambat seminggu,sorry arr...

Best tak raya?Best kannn...

:D


~Srikandi

Engkuhs said...

Selamat hari merdeka!!!!

Raya! Mestilah best.

"aku bukanlah seorang perwira"
"gagah menjunjung senjata"
"namun hati rela berjuang"
"walau dengan cara sendiri"
"demi cinta ini"

Halus betul lirik dari sudirman ni....

Anonymous said...

syabas tahniah utk anda

saya pasti dpt rasakan ada sesuatu yg tersorok dgn cerita bangsa melayu dan islam haha.. bila inggeris yg buat sejarah kita dsokong pembelot bangsa. waaa byk habuan tuuu

kita belum merdeka yg benarnyer...

tp janjiNya pasti, merdeka yg benar
truskan usaha kajian anda pasti akan jumpa dan makin dekat. zionis terus merubah sejarah kita tp segala ada had,klimaks,final

megat shahbudin

Lekir said...

Jemput lawat fb saya,Mohd Yazman Mohd Yusof : )

Anonymous said...

Menonton trailer filem Hanyut yg mengisahkan tntg seorang peniaga Belanda yg mencari emas di Tanah Melayu menyebabkan sy tertanya mengapa cari emas di Tanah Melayu dan akhirnya sy sampai di blog ini...hampir seminggu membaca baru khatam...terasa seperti membaca surat2 dr sahabat yg telah lama dicari...terima kasih Cik Sri atas segala usaha dan info yg dikongsikan bersama..

Iz Zulkarnain said...

Salam srikandi,saya adalah peminat setia srikandi sejak 2009.saya tak minat sejarah pada mulanya tetapi jadi minat sejak baca tulisan srikandi.teruskan usaha.jgn terlampau lama diam,kurang2 2 minggu sekali postingla apa-apa,ok?

Anonymous said...

hi cik srikandi,seronok baca celoteh raya kat mistifile.mana atbm baru,janji nak kuar tahun ni?

Anonymous said...

Salam Cik Seri,

Saya tertunggu2 feedback cik Seri terhadap komen Penduga Arus kat atas nu..tak sabar rasanya nak tahu rungkaian/ulasan selanjutnya.

Lekir said...

Cik Seri,

Berkenaan kerajaan Gelanggi,rasanya ia terletak di Pahang(saya ada terbaca dlm. majalah macam Variasari)

Yang di Johor,Kota Tinggi ialah kerajaan Linggiu/Genggayu yg. dlm. buku Sejarah Melayu(Tun Sri Lanang) mengatakan ia mempunyai kota batu berwarna hitam.Ikut cerita penduduk tempatan,kota itu telah tenggelam dlm. empangan Linggiu(yg. dibuat zaman skrg).

saya rasa ada terbaca dari catatan dari Jepun yg. mengatakan ada kerajaan di Kota Tinggi yg. bernama Moloyu.Dalam catatan itu tertulis bahawa anak raja Jepun mati dibaham harimau di sana(Kota Tinggi).

ada tercatat dlm majalah(macam variasari) yg. ada seorang pemerintah Linggiu yg.bernama Bolaputra yg. berketurunan Sailendra yg. berkahwin dgn. puteri dari Gangga Negara

Anonymous said...

assalamalaykum.....................
la illaha illAllah muhammadarOhsulullah

"The Origin of The Sea Dragon"

Alter Terahsia Bangsa Melayu ver4.0 Deluxe

~ni stori ada full versi??? maaf
~ dulu masa saya budak2 saya pernah lihat naga bawah katil sya..maaf
~smpai dewasa ini sy bingung!!!sangat,maaf..
~dan lagi......... apa kaitan saya dgn semua ini..tidak mungkin kan
~dari tadi saya mnulis panjang lebar... ni last2 sy bagi short ja la kannn...
~mungkin saya berhalusinasi..ah.sekian terima kasih... to Tuan Putri Srikandi...semoga bahgia dan jaga diri...umur kita ni macam baya2 jaaa..hhehe x mgkin kn.. ah sudahlah saya

Anonymous said...

senopati kesuma dewi tu ?

Anonymous said...

hmm.. subuh sudah.dekat.. gara2 mau tulis isi hati ni punya main pjg lebar lagi last2 semua ceritera jd pendek. aha ..mengantukk la ni... Tuan Putri Srikandi tolong reply laaa pa2 sj2 yg patutt...sy pun x pa'am sy sndiri dah.jgn risau lah.InsyAllah oke a nnt ni.. bye.. Assalamalykum..

Haziq Ismail said...

salam cik seri. masih ingatkah kepada saya? harap dapat dihubungi.

Lekir said...

Cik Seri ramai peminat lelaki.

Best man win.

Siapa cepat dia dapat

Anonymous said...

AS SALAMuALAYkUM ....
Tumpang Lalu hamba tak malu
kumbang rayu bunga tak layu
hamba tak tahu tak patut bernahu
perahu berlagu di pulau lapu
bukan hamba berniat tahu
mahu ketemu bagai diri seteru
hamba terkaku di pohon sembilu
tersedu pilu sayu merapu
bagai terseru meremang bulu
terkakai langkah sumbang terpaku
hamba dunggu tak layak dipatuh
yg teguh bersih kan menempuh debu berjerebu
yg utuh teguh tepu kan walk to sampai satu
kapan waktu sejahterah akan bersatu
tak kan melayu hilang di alam waktu

~hormat dn tabikkk to Tuan Tanah Tuan Putri Srikandi Putri Sriwijaya
~feel free tu delete All mine up in here#k plz lah,smpah sj ni hmba
~yg ats ats lg ...hmba rasa dah sengal sndiri hahaha ..pembetulan # isi hati tu tentang artikel neh la TOOTSD ver4.o deluxe...ayya..tinguk mcm bunyi2 mau mengurat suda pdhal x padan.hahaha .. jgn marah ah..sj maw bkenalan..aiseh!haha naga bwh katil kununnn..hm mengarut lah!

Anonymous said...

................ As~salam~........................


terimah kasih,.... jadi x lama lagi T'O'O'T SEA DRAGON akan keluarr kan... :-) . T.KASIH Tuan Putri,...........................................

Hidup NUSAJAYA!..........................

Lekir said...

Tambralingga membebaskan negara mereka dari naungan Dharmasraya(kerajaan yg. mewarisi empayar Sriwijaya)

Tambralingga adalah Sriwijaya yg, sebenar krn. ada nama gelaran itu pada rajanya Candrabanu dan panggilan Sriwicai(Sriwijaya) kpd. Kerajaan Tambralingga.

Kalau masih ingat Prasati Kedukan Bukit,Sriwijaya telah menakluk Jambi secara aman.

Dikatakan kerabat diraja Jambi ini ada yg. berpindah ke Dharmasraya dan menubuhkan kerajaan di sana.mungkin Dharmasraya dapat menguasai Sriwijaya Sailendra di Jambi yg, pada masa itu mungkin lemah akibat serangan Chola.Dan dikatakan Pengiran Suryanarayana dari Dharmasraya membebaskan Nusantara dari pengaruh Chola.

Trailokyaraja dari Dharmasraya pernah menaungi raja Tambralingga,kemudian mungkin Chandrabanu yg. melepaskan Tambralingga dari naungan ini.

Ada kemungkinan ada peralihan kuasa krn. Tawalsingha tercatat sebagai raja Tambralinnga pada tahun 1292 masihi.Dikatakan Tawal ini ialah keturunan Tralokyaraja dan keturunannya lari ke Kelantan kerana serangan Sukhotai.

Tahun 1300M ikut catatan raja Dharmasraya Srimat Mauliwarmadewa masih menaungi Terengganu




Lekir said...

Saya rasa mungkin sudah jumpa Raja Suran,ayah kpd. raja-raja Bukit Siguntang.Sila lihat fb saya Mohd Yazman Mohd Yusof.

Sepertimana yg. kita ketahui,raja Dharmasraya mempunyai kekuasaan sampai Grahi(Tambralingga)seperti yg. tercatat dlm. prasasti Grahi(artikel Cik Seri Berceloteh,thanks Cik Seri)

Candrabanu telah membebaskan Tambralingga dari naungan Dharmasraya dan menjadi raja Tambralingga).Kemudian Tambralingga telah menguasai sampai ke Genggayu,Johor(mungkin buktinya nama puteri raja Genggayu bernama Onang/Nang(kerabat Sri Dhamasraja,Tambralingga).

Candrabanu telah menyerang Sri Lanka dan kalah dlm. peperangan.Mungkin kerana ini Tambralingga jadi lemah dan raja Suran iaitu keturunan raja Trailokyaraja dapat mengambil balik takhta Raja Tambralingga(dan menakluk sampai ke Genggayu).Antara buktinya ialah sebelum 1292 tercatat bahawa Raja Tawalsingha/Tawal(turunan Maharaja Suran) ialah Raja Tambralingga) begitu juga tercatat dlm sekitar tahun 1300,Terengganu ialah di bawah naungan raja Dhamasraya,Srimat)

Lekir said...

Ditulis dalam buku Sejarah Melayu,peperangan antara tentera Keling dan Tentera Siam(Genggayu).

Tentera Keling ini samada dipinjam dari tentera Chola atau dari tentera Sri Lanka(Dinasti.....?).Sebagaimana Candrabanu dikatakan meminjam tentera Chola utk. menyerang Sri Lanka.

Sriwijaya juga dikatakan pernah menyerang Chola dan menguasainya(Dhamasraya ialah pewaris Sriwijaya Sailendra,Jambi(Balaputra).

Dikatakan juga semasa Dharmasraya berkuasa,Palembang masih lagi ditadbir oleh keluarga Rajendra dan masih menghantar duta ke China.

Jadi raja Suran mungkin meminjam tentera Keling dan tentera Siam merujuk kpd tentera Tambralingga turunan/turutan Candrabanu.

Lekir said...

Dalam buku Sejarah Melayu juga tertulis Maharaja Suran ialah raja di Bijaya Negara.

Ada yg. mengatakan Bijaya Negara ialah empayar di Selatan India.

Pendapat saya Bijaya Negara dlm. buku Sejarah Melayu merujuk kpd. kerajaan Tambralingga kerana orang Siam memanggil Tambralingga sebagai Sriwicai(Sri Wijaya) dan nama Candrabanu sendiri ada perkataan Sriwicai(seperti tertulis dlm. artikel blog Local Genius,thanks Lokal Genius).

Penubuhan Kerajaan Bijaya Negara di India Selatan juga agak lewat iaitu tahun 1350an hingga 1360an(masa keemasan Kerajaan Majapahit yg. empayarnya sampai ke Segenting Kra dan Semenanjung sekitar masa ini) dan perkiraannya tidak serasi dgn masa raja Suran(yg. diperkirakan setelah raja Candrabanu),yg. menurunkan raja Sang Nila Utama.

Ada kemungkinan juga kerajaan Bijaya Negara di India rajanya keturunan raja Sriwijaya yg. dikatakan pernah menakluk Chola ???...

Lekir said...

Saya baru baca kembali buku Sejarah Melayu(A. Samad) hujung minggu baru-baru ini.

Dinyatakan raja Sulan iaitu datok kepada raja Suran memerintah di Negara yg. bernama Amdan Negara.

Raja Sulan juga dinyatakan menguasai negeri-negeri di bawah angin.Bila lihat di muka surat sebelah belakang buku tersebut makna di bawah angin ialah kepulauan Melayu.

Ada kemungkinan raja Sulan ini ialah raja Suryanarayana(pendahulu Trailokyaraja)dari kerajaan Dharmasraya kerana Dharmasraya menguasai empayar Sriwijaya di bawah 3 rajanya iaitu Suryanarayana(prasasti Sri Lanka?..).Trailokyaraja(prasasti Grahi) dan Tribuanaraja.

Jadi kemungkinannya ialah raja Sulan telah mengahwinkan anak perempuanya kepada anak raja Hindustan(Tersi Berderas?...)dan melahirkan Raja Suran.

Candrabanu sebagaimana diketahui telah membebaskan Tambralinnga dari naungan Dharmasraya,kemudian kemungkinannya telah dapat memerintah Linggiu,Johor.

Jadi mungkin raja Suran ingin mengambil kembali wilayah di bawah naungan datuknya kembali

gila manusia said...

Kelahiran semula?

Lekir said...

Ini satu teori baru berkenaan Raja Sulan,Raja Suran,empayar Melayur,Langkasuka dan empayar Cermin):

Saya periksa buku Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara,Candrabanu mulai melebarkan kekuasaannya semenjak tahun 1230.Pada tahun 1270 beliau menyerang Sri Lanka utk. selamatkan anaknya tetapi mengalami kekalahan.Jadi tahun Candrabanu lebih kurang tahun raja Suran(ikut riwayat Kelantan).Jadi raja Sulan mungkin Trailokyaraja dan bukan Suryanarayana.

Sila lihat FB saya Mohd Yazman Mohd Yusof utk. lihat turutan raja-raja(tahun-tahun semasa hidup mereka)

Lekir said...

1183-Grahi di bawah naungan Dharmasraya(raja Trailokyaraja).Kemungkinan besar termasuk Tambralingga sekali

1196-Tambralingga merdeka(hantar utusan ke China)

1225-Catatan Zhao Rugua,diyakini merujuk kepada Dharmasraya menaungi 15 negara termasuk Tambralingga

1230-Candrabanu mulai melepaskan Tambralingga dari naungan Dharmasraya dan meluaskan kuasa

1270-Candrabanu menyerang Sri Lanka utk. menyelamatkan anaknya tetapi mengalami kekalahan

Sebelum 1292-Tavalsingha/Tawal tercatat sebagai raja Tambralingga.Pada tahun 1292 kerajaan Shukotai menyerang Tambralingga.Raja Tawal lari ke Kelantan

Lekir said...

Raja Candrabanu dari dinasti teratai keturunan raja-raja Sriwijaya.Panggilan Sriwicai(Sriwijaya) oleh org. Siam kpd. Tambralingga dan terdapat gelaran Sriwicai(Sriwijaya)pada nama Candrabanu

Raja Tawal mungkin keturunan Tersi Berderas(anak raja Hindustan yg. dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain) dan Trailokyaraja(mungkin mertua Tersi Berderas)

Rasanya ada persaingan kuasa di sini dalam merebut Takhta Tambralingga antara 2 keturunan ini.

Kemungkinan Trailokyaraja membuat hubungan dengan kerajaan India kerana untuk menghadapi serangan kerajaan Jawa yg. kerap berperang dengan Sriwijaya pada masa itu.Ada tercatat dalam buku Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara,Sriwijaya membuat hubungan dgn. kerajaan India dan China sebagai persediaan menghadapi kerajaan Jawa.

Lekir said...

Ini saya baca dari teori yg. dikemukakan dlm. website di internet:

Srimat Tribuanaraja(iaitu raja Dharmasraya dlm. prasasti Padang Roco)adalah individu yang sama dengan raja Sri Tribuana(Nila Utama)dalam Sejarah Melayu(A. Samad Ahmad).

Tribuanaraja(1284-1303),raja Surendra 1233-1253(sumber tahun Surendra-buku Wali Songo,Haji Abdul Halim Bashah dan salasilah raja-raja Kelantan dari fb Kelab Pencinta Sejarah Kelantan)

Lekir said...

Ralat-kerajaan Bijaya Negara di India Selatan dimulakan kira-kira pada tahun 1336 bukan 1350an.

Candrabanu mulai lepaskan Tambralingga dari naungan Dharmasraya,Jambi(pewaris Sriwijaya)pada tahun 1230.
Pada masa 1230an sampai 1270 mungkin Candrabanu telah menakluk Gangga negara sampai ke Genggayu,Johor.

1270,Candrabanu menyerang Sri Lanka utk. menyelamatkan anaknya tetapi mengalami kekalahan.

Sebelum 1292,raja Tawal(Tavalsingha) tercatat sebagai raja Tambralingga.Ikut salasilah raja Kelantan(dalam fb Kelab Pencinta Sejarah Kelantan) raja tawal ini keturunan raja Dharmasraya iaitu Trailokyaraja dan juga keturunan raja Suran.Mungkin selepas 1270,ketika Tambralingga mulai lemah,raja Suran yg. dikatakan keturunan trailokyaraja(Dharmasraya)dapat merebut kembali Gangga Negara dan Genggayu dari Candrabanu atau keturunannya.Buktinya Puteri Genggayu yg. ditawan dan dikahwini oleh Raja Suran mempunyai nama Onang(nama Siam/Tambralingga)di depan namanya

Srikandi said...

Yup.Nang/Onang adalah gelaran keturunan Raja Ligor/Sri Dharmaraja/Tambralingga.

Baguslah Lekir.

~SK

Srikandi said...

Nang untuk perempuan.Nai untuk lelaki.

~SK

Lekir said...

Terima kasih Cikgu Seri.saya belajar dari Cikgu Seri tentang Tambralingga dan Dharmasraya

Anonymous said...

cik seri, saya minat sejarah tp memandangkan saya x pandai sgt sejarah, sudikah kiranya cik siti buat jadual kronologi kerajaan terawal di asia tenggara hingga ke zaman kesultanan johor.. dgn ini dpt meningkatkan kefahaman kami dgn sejarah melayu utk berdepan golongan yg memperkecilkan peradaban bangsa melayu.. al fateh..

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMAHTULLAHI WABARAHKATUHU#SAYA INGIN NYATAKAN SESUATU TENTANG NAGA ITU.......... KITA MELAYU DIWARISKAN DGN AGAMA MNJAGA AGAMA ADAT DAN ADAB SERTA NASAB LELUHUR...KERIS IALAH SENJATA WARISAN,KERIS ADALAH SIMBOLIK KALIMAT TAUHID ALLAH HU RAB AL ALAM,DGN ALIF, DGN KALIMAH AL HAQQ,AWALUN KALAMULAH .. ALIF TERTEGAK NYA HAK DAN KEBENARAN KALIMAT ALLAH YG TA AKAN BINASA DGN KEJAHATAN DAN KEBAIKAN.MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA SESUATU,SESUNGGUH NYA YANG MENJAGA MAKHLUK NYA IALAH DIA ALLAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN ,DIA LAH ALLAH AZZAWAJALAH RAB AL AMIN YANG MENTADBIR DAN MENGUWASAI SEGALA URUSAN DAN SELURUH ALAM INI,MILIKNYALAH APA YANG ADA DILANGIT DAN DIBUMI DAN APA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA.. SESUNGGUHNYA KALIMAT TAUHID ALLAH LAH YANG MEMBINASAKAN SEGALA GERAK MMUSUH NYA,DGN KALIMAT TAUHID ALLAH LAH MAHKLUK KUFUR INI DITUNDUK,SUNGGUH KALIMAH ALLAH ITU ADALAH AGONG SA AGONG NYA... DEMIKIAN NAGA ITU ADALAH HANYALAH GAMBARAN JELMAAN SI IBLIS LAKNATULLAH, ALLAH LAH YANG AGONG YANG MENUNDUKKAN SEGALA JENIS MAHKLUK NYA ..WALAHU ALAM

Post a Comment