Monday, April 11, 2011

Ucapan Alu-aluan Dari Hermit






Para jiggers dan alters sekalian,

Pada tahun 1980-an dahulu,beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun.Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional.Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar.Namun anehnya,para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain.Perkataan itu adalah:mata,batu dan air.

Di laut sekitar Okinawa,berdekatan Pulau Yonaguni,telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut!Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang,tangga dan jalan berturap batu.Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi,dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri.Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu!Siapakah yang membina piramid ini?Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah:tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid,yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.







Jim Mower,seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus.Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara".Perhatikan,beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.




Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa.Ya...Okinawa lagi.

Sebab itulah,tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia.Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini;Adiputra,Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular.Di Singapura,telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University,dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Kami di Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak usia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil,mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa.Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi,ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar!Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977.Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda,tentang Sufiah Yusuf?

Biar kami beritahu anda satu rahsia,sebagai pembukaan dari saya,merangkap 3rd Order dalam organisasi.Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia!Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan.Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu.Mengapa gadis Melayu?Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan,ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian.Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan?Ya,dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu,lari ke negaranya'.Saya boleh terima alasan ini;kasih sayang seorang ibu.Namun biar saya simpan rahsia lain.

Dan gen yang terhasil dari kacukan ini akan dimanipulasikan untuk tujuan-tujuan tertentu.Jika saya bercakap tentang 'Universal Soldier' pada masa depan,saya akan bercakap tentang 'tentera-tentera prodigy' ini.Saya ingin bertanya,adakah filem Hollywood yang telah membikin satu filem tentang kanak-kanak prodigi yang diculik dan dilatih untuk misi-misi rahsia?

Sebab itu apabila gadis ini dapat membaca kod-kod rahsia di dalam Diari Lodgekeeper pada suatu hari dan menterjemahkannya kepada kami...ya...kami pasti dialah orangnya.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead,The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh.Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi,terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri,saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba,Phoenicia,Assyria,Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri.JIka anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain!Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni,maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.




Sebab itu apabila gadis ini meminta kami menghantarnya ke Kemboja dan Vietnam untuk membaca riwayat Melayu yang tersembunyi di sana,kami sudah tahu tentang kenyataan bahawa...moyang kita dahulu telah menyembunyikan banyak kod-kod rahsia di merata tempat di dunia...untuk kita mencarinya adalah ternyata benar!

Induk-induk Melayu pada masa purba telah menuliskan riwayat mereka pada pelbagai bahasa selain bahasa ibunda dalam pelbagai tulisan.Selepas mereka mengukirkan huruf terakhir,dengan penuh harapan...bahawa...suatu hari nanti ada anak Melayu yang dapat membaca riwayat terahsia ini.

...dan gadis ini,dengan aura penuh misteri dan bakat prodiginya dalam bidang yang dianugerahkan Tuhan kepadanya...akan membawa kami dan anda semua ke alam epik riwayat terahsia,jauh ke dasar laut Okinawa.... sehangat padang pasir Sahara.




-Hermit
3rd Order

22 comments:

  1. gadis itu adalah pensyarah di salah sebuah universiti di malaysia...
    cuba teka...sekrg sdg belajar agama kat utara tanah air....katenyer..

    sedang MENCARI RAHSIA DI DALAM PETI TABUT SAKINAH..

    MENCARI KEBENARAN..

    BETUL X..

    salam..

    ReplyDelete
  2. selamat sejahtera srikandi

    ReplyDelete
  3. masyaallah, semoga usaha kalian diberkati, sememangnya saya sangat bangga lahir dalam bangsa melayu. Carilah kebenaran itu...hanya doa yg mampu ku berikan...

    ReplyDelete
  4. M.O sedang menyalin artikel ATBM (berkenaan ATBM ke RiwayatMelayu.blogspot nampaknya....

    :)

    bagus2... kurang cacamerba...

    all the best untuk team paling misteri ini.

    -abuhakeem-

    ReplyDelete
  5. salam kasih cik srikandi..
    tetap lurus dalam benar..nyata dalam terang..
    sejahtera akhirnya.

    ReplyDelete
  6. good evening, i would like to know your point of view regards to the pyramid-claim that was recently found in Java???

    10q.

    ReplyDelete
  7. saya harap penerbit filem epik melayu akan jumpa srikandi dulu utk dpt maklumat yg tepat..

    ReplyDelete
  8. Salam Hermit, SriKandi, warga M.O & semua pembaca...

    Bila saya membaca hasil kajian M.O + karya Malenka Sri Elang (Kepustakaan Melayu) + penulisan-penulisan jiggers + terjemahan Al-Quran + hadis-hadis + kitab-kitab sufi/tasawuf + sulalatus salatin, baru saya mengerti mengapa Hang Tuah berani bersumpah 'Tidak Hilang Melayu Di Dunia'...

    Semuanya ada pada Kalimatul Haq...

    12+12=24

    ReplyDelete
  9. hebahkan kajian anda kepada semua warga melayu

    ReplyDelete
  10. Jebat KhalifahAngkuhApril 21, 2011 at 9:07 AM

    Bangga kami dgn anda teruskan...anda berjuang dgn sejarah...kami berjuang dgn melatih agar ramai panglima melayu yg akn lahir..yg akan berdiri dibarisan depan memegang panji2..

    ReplyDelete
  11. Mungkin terima kasih itu tak cukup, tapi hanya TERIMA KASIH yang mampu diucapkan kepada MO and Srikandi. Semoga bangsa kita kembali bangkit satu hari nanti.

    Terkadang menangis dalam hati melihat anak muda yang hanyut, rambut bertukar perang, si pemuda bangga menayangkan rantai di leher dan si gadis bangga menayang peha dan dada. Ya Allah, dekat kan kembali anak bangsa ku kepada Islam. Kembalikan jati diri kami Ya Allah...

    ReplyDelete
  12. Narai Sri Nagara MadapahitDecember 30, 2011 at 8:14 AM

    Sri Kandi , kenape Jigsclue x boleh bukak ?

    ReplyDelete
  13. saya nk join jigsclue... tlong bg masuk buleh...

    ReplyDelete
  14. tak pa saya tengok dari luar saja.yang benar tetap akan muncul jua dan pasti.

    ReplyDelete
  15. saya antara berjuta individu berbangsa melayu yang tertidur tanpa pernah mempedulikan asal usul sendiri. Dengan takdir Allah SWT saya dipertemukan dengan blog ini yang betul2 memberi semangat untuk bangun & turut memperjuang sejarah melayu bagi menyedarkan generasi2 pada masa kini yang telah lama hanyut. Mungkin sumbangan saya tidak sebesar srikandi & team tapi saya percaya dengan niat yang baik akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya bukan sesiapa tetapi jika diberi peluang untuk menyertai Srikandi, tiada kata yang mampu diucapkan. Terima kasih..& saya berdoa usaha Srikandi & team akan berjaya...

    ReplyDelete
  16. Terima kasuh Cik Berry dan semua !

    ~SK

    ReplyDelete
  17. Tahniah cik Srikandi anda adalah salah satu pewaris yg terpilih untuk melusuri asal muasal bangsa melayu yg kian pupus hanyut dek kemodernan arus perubahan masa.
    Teruskan lah langkah dan usaha anda bersama Team anda berserta Bismillahirohmamnirrohim tiada yang maujod selain dia Allah s.w.t ······teruskan usaha murni kalian kami di sini akan selalu bersama ada di belakang tabir neyokong usaha oerjuangan anda, semoga iyang berkuasa akan selalu memilihara anda sebelum terbitnya Marahari di ufuk barat.

    Salam rahayu dari saya Melayu Sejati Tak kn Hilang Melayu di Dunia~

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,salam sejahtera. Dari pengamatan kata2 dari Hermit,gadis yang mempunyai prodigi yg luar biasa dalam bab sejarah itu kemungkinan adalah cik Srikandi.Maaf andai tersilap.dan teruskanlah usaha dalam memarakkan api jatidiri Melayu yang kian terpadam.

    ReplyDelete
  19. Bani yang hilang

    ReplyDelete