Monday, April 11, 2011

Pelajaran II:Kedudukan geografi Orang Melayu

Bulatan-bulatan merah menunjukkan pola kepadatan orang Melayu pada masa silam

Pelajaran kedua:Kedudukan geografi orang Melayu

Subtopik:Kedudukan geografi Tai-Kadai dan Mon-Khmer




(Ini adalah artikel pengiring bagi siri Alter Terahsia Bangsa Melayu V3.5)




Sekarang saya ingin terangkan kedudukan geografi kelompok-kelompok bangsa mengikut linguistik mereka,terutamanya bangsa Melayu.Ini penting supaya nanti tidak ada yang merewang-rewang sampai mengatakan kaum sendiri pernah menakluk Albania dan Australia atau jadi raja Funan dan Sriwijaya.Kita mesti tahu di manakah pergerakan bangsa Melayu,dan di manakah taburan pendudukan mereka di Asia Tenggara untuk memahami hegemoni mereka dalam sejarah Asia Tenggara.Mesti banyak mengkaji pelbagai aspek logikal,bukannya hanya bersumber satu pihak apatah lagi bersumberkan cakap-cakap mulut sahaja.

Sebab itu ketika membicarakan siapakah di sebalik empayar maritim Sriwijaya contohnya,kita mesti kaji,apakah bahasa yang digunakan atau apakah panggilan luar terhadap mereka?Dua soalan ini adalah penentu kepada pemilik empayar purba ini di kala pelbagai bangsa dan sub-bangsa (etnik/sukukaum) berebut-rebutkan empayar ini.Anda dapat jawab soalan tentang Sriwijaya,anda akan dapat mengetahui kunci rahsia Kerajaan Raja Parahu dan Hati.Ingat,ini amat penting untuk tahu kedudukan kita pada masa silam.Hanya bangsa yang betul-betul kuat sahaja mampu bertahan sehingga ke hari ini.Bangsa yang lemah akan ditindas sehingga tiada kerajaan dan negara.Jika kita hanya sukukaum di antara orang Jawa,Bugis,Banjar,Sunda,Sulu,Aceh dan sebagainya...bayangkan bagaimana orang Melayu mampu memiliki negara sendiri dan menamakannya sebagai Malay-sia ('sia' bermaksud 'kawasan').Satu sukukaum di nusantara mampu memiliki negara sendiri.Malah bukan satu,ada dua negara Melayu.Kekuatan bukan soal ketenteraan dan keganasan semata-mata.Kekuatan bertahan (survival) lain cerita dengan kekuatan yang dapat ditunjukkan segera.Di tengah-tengah permainan politik kuasa Eropah juga kuasa Siam,orang Melayu masih mampu bertahan dan berdegil untuk memiliki tanahair sendiri.Kita ambil contoh apa yang berlaku di Sulu.Kaum Sulu terkenal amat handal bertempur dan berani serta mahir dalam selok-belok laut.Mereka pernah mempunyai kesultanan sendiri yang dinamakan Kesultanan Sulu.Tetapi di mana mereka sekarang?Di mana Kesultanan Sulu pada hari ini?Apa yang terjadi ialah ramai individu mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu dan keadaan semakin serabut.Sepanyol,Amerika dan bangsa khayalan bernama Filipina bersilih-ganti membuli kaum Sulu ini.Sebab itu strategi bangsa Melayu ialah:apabila Sriwijaya tumbang,rajanya cepat-cepat membuka kerajaan di tempat lain...yess di Melaka.Kemudian apabila Melaka tumbang diserang Portugis,rajanya menghantar anak-anaknya untuk dirajakan di tempat lain,iaitu di Perak dan Johor.Pahang dan Terengganu pula dihantar para bangsawan Melayu untuk memerintah di sana.INILAH DIA KUASA SURVIVAL...

Sepanjang hegemoni kuasa-kuasa Eropah,bangsa Melayu terpaksa bermain tarik tali dengan kuasa Eropah.Sebab apa?Sebab jika tersilap bermain...padah jawabnya.Pengajaran pertama?Ya,di Melaka.Kesilapan Sultan Melaka melayan kasar dan memenjarakan wakil Portugis menyebabkan orang Melayu mendapat peluang belajar satu pengalaman yang amat-amat pahit.Mengapa orang Melayu gagal memanfaatkan orang Portugis ini di kala orang Burma dan Siam menggunakan askar upahan Portugis ketika peperangan?BELAJAR DARI SEJARAH DAN ANDA AKAN MAMPU MEMIMPIN MASA DEPAN.Kuncinya diplomasi.Pandai dalam ilmu ini,kuasa tentera manapun yang datang,pasti dapat ditangani.

Warisan Kesultanan Melayu tetap bertahan walaupun di tengah-tengah kuasa Eropah ini.Bagaimana Kesultanan Brunei boleh wujud namun Kesultanan Sulu di sebelahnya ghaib dari peta politik pada hari ini??Kaji bagaimana Sultan Sulu gagal dalam diplomasinya terhadap kuasa Sepanyol dan Amerika.Sultan Sulu boleh mengarahkan kaum Sulu yang gagah berani berperang dan berperang tetapi sampai bila?Sepanyol pasti menghantar lebih banyak tentera dengan strategi moden dan senjata moden.Kaji bagaimana kebijakan Sultan Brunei dalam menghadapi Sepanyol.Kaji kemenangan orang Melayu Brunei dalam Perang Kastil 1578 antara Brunei dan Sepanyol.Kaji dan kaji...

HANYA BANGSA YANG PANDAI BERKERAJAAN DAN PUNYA PENGALAMAN MENUBUHKAN KERAJAAN SAHAJA LAYAK UNTUK 'SURVIVE' PADA HARI INI.

Jadi ini menjawab siapakah dia empunya sebenar empayar maritim Sriwijaya.Katakunci ialah:Pengalaman.

Ini rahsianya sebelum dua rahsia lagi iaitu:

1. Apakah bahasa yang digunakan oleh Empayar Sriwijaya?
2. Apakah panggilan orang luar terhadap empayar ini?

Jawapan:

1. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno (Old Malay)
2. Pelbagai variasi panggilan mengikut lidah penutur namun tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Malayu'.

Sebab itu saya katakan,malangnya empayar ini tidak menggunakan bahasa Siam,Dayak,Sulu,Bugis,Hindi mahupun bahasa Belanda dan Inggeris.Prasasti kemegahan empayar ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Tanyalah warisan Sriwijaya yang terdekat...Kesultanan Melaka.Kesultanan ini pakai bahasa apa?Bahasa Eskimo?

Sebab itu sejarah Melayu bukan sejarah hikayat ataupun cakap-cakap mulut sahaja.SEJARAH MELAYU DAPAT DIBUKTIKAN!Siap dengan segala manuskrip dan prasasti.

Jika lidah orang Cina dan Arab tergeliat untuk menyebut nama 'Sriwijaya' tanyalah pada orang Khmer,kerana ketika Sriwijaya masih berkuasa,orang Khmer telah membina empayar mereka sendiri di Indochina.Hubungan Sriwijaya-Khmer terakam kemas dalam banyak petitih-petitih kuno atau riwayat-riwayat mereka.Apa orang Khmer yang dikatakan membina peradaban Angkor itu memanggil 'Sriwijaya'?Ingat perkataan ini:

MA-LA-YU.

Orang Eropah memanggil 'Kepulauan Melayu' (Malay Archipelago) bukan Kepulauan Sulu atau Jawa kerana apabila bertandang ke Nusantara,yang menguasai pulau-pulau adalah mereka yang mengaku Melayu.Empayar Sriwijaya yang menguasai kepulauan adalah dari orang-orang Melayu sebab itu Kerajaan Angkor memanggilnya Melayu.Jika British sempat sampai ketika Sriwijaya memerintah...of course British akan panggil Malayu juga!Apabila Sriwijaya jatuh,naik empayar Melaka yang menguasai Selat Melaka (walaupun selalu menghadapi perang dingin dengan Majapahit) pun MALAYU JUGA!Jatuh Melaka,naik Empayar Johor-Riau yang menguasai Selat Melaka dan perdagangan maritim...dan teka siapa?Orang Eskimo?SALAH.

MALAYU juga!

Sebab itu jangan salahkan orang Melayu jika orang Eropah berminat (dan gemar) menamakan apa saja di Asia Tenggara dengan istilah 'Melayu'.Malay Archipelago,Malay Peninsula,Malay Race...Malayo-Polynesia...Malayan tribes....dan lagi...dan lagi.Sebab apa para pelajar sekalian?SEBAB BANGSA YANG PUNYA AUTORITI KEPADA WILAYAHNYA AKAN CEPAT DIKENAL ORANG LUAR.Anda menyorok dalam kampung dan kekampungan anda,orang tidak akan berminat mengenali anda.Sebab itu institusi raja-raja AMAT PENTING dalam kamus hidup orang Melayu dahulu.Orang Eropah terutamanya British jika mahu berurusan,mereka akan cuba berjumpa dengan raja atau ketua kerajaan dahulu.Berdiplomasi.Mahu berniaga kononnya.Mahu tanah untuk duduk.Bincang...bincang atas kapal.Buat perjanjian.

Siapakah orang pertama yang dijumpai oleh orang Eropah di Nusantara?Sultan Melaka dan empayarnya yang terkenal.Orang Eskimokah?BUKAN.

MALAYU.

Kenapa tidak jumpa Majapahit dahulu?Atau jumpa orang Siam?Tidak boleh saudara!Sebab orang Melayu amat popular ketika itu.Kena jumpa Sultan Melaka dahulu sebab orang ini PUNYA AUTORITI BESAR DALAM PERDAGANGAN REMPAH.Rempah adalah antara komoditi paling utama bangsa Eropah ketika itu.Sebelum Coca-Cola wujud,minuman ringan kegemaran orang Eropah ialah perahan buah atau arak atau air herba yang dicampur rempah!

Jadi kena terima hakikat.Orang yang popular senang dapat nama.Kenapa popular?Sebab ada di mana-mana.Kenapa ada di mana-mana?

SEBAB MEREKA PERNAH BINA EMPAYAR YANG BESAR.



                                    XXXXXXXXX

Sekarang kita masuk tajuk:Kedudukan Geografi Orang Melayu Pada Masa Silam.

Buka buku rampaian.Salin apa cikgu nak kata.Anak-anak Melayu jangan malas dengar riwayat sendiri ya,nanti dibuli orang lain.



Pesisir Pantai


Inilah pola kependudukan orang Melayu pada masa silam,terutamanya ketika era Sriwijaya.Ada yang hina orang Melayu ini lanun atau 'orang laut'.Tidak mengapa,saya tidak marah malah gelaran itu mengukuhkan lagi kepopularan orang Melayu sebagai pemilik mutlak Sriwijaya.Kata kerajaan maritim,kerajaan lautan.Sebab itu orang Melayu rapat dengan Orang Laut.Sebab mereka perlu untuk jaga selat manakala orang Melayu mentadbir dari negarakota-negarakota di pesisir pantai.Macam Athens dan Greek (negarakota-negarakota Yunani) perlukan orang Phoenicia untuk jaga laut dan perdagangan.Perlu belajar ilmu geografi dan struktur pentadbiran baru dapat jawab rahsia Melayu.Bukan tengok hikayat merapu dan cakap-cakap mulut sahaja.Jika orang tua anda kata,"bangsa kita dahulu takluk dunia sampai ke Albania nun"...BUKTIKAN!

Jika anda kaji taburan orang Melayu,mereka ada di pesisir pantai Sumatera,semenanjung dan pesisir Borneo serta pulau-pulau di antaranya.Orang Melayu juga ada di pesisir timur Pulau Jawa.Sebab itu orang Sunda budayanya bercampur antara Melayu dan Jawa.Kerajaan Brunei duduk di tengah-tengah pedalaman Sarawakkah?Bukan.Brunei terletak di pesisir Borneo.

Kenapa pesisir pantai?Nak saya bagitahu?

SEBAB SENANG AKSES KE LAUT.

Dahulu,jalan pengangkutan paling cepat adalah melalui jalan laut.Orang Melayu boleh berdagang dengan Maharaja China merentasi semenanjung,tembus ke Thailand dan Laos atau menyusuri Vietnam kemudian masuk ke Forbidden City mengadap Maharaja China.TETAPI INI KERJA GILA.

Dahulu tiada pesawat Boeing 747.Jadi SIAPA YANG MENGUASAI LAUT MAKA DIA YANG MENGUASAI PERDAGANGAN ANTARABANGSA.

Siapa yang menguasai perdagangan antarabangsa maka bahasanya...tolong sambung cik abang cik akak...nak saya sambung juga?

SIAPA YANG MENGUASAI PERDAGANGAN ANTARABANGSA MAKA BAHASANYA AKAN MENJADI LINGUA FRANCA.

Senang ceritakan?Tidak payah mengaku ini dan itu tetapi satu habuk pun tarak.Bahasa apa yang punya ranking ke-6 dunia?Hai,lupa pula ya (Seorang menteri Kata ranking ke-4 dunia,tapi tak apalah saya merendah diri).Baru semalam rasanya saya 'lecture' abang-abang...kakak-kakak semua.Bahasa apakah yang dikatakan oleh penulis Eropah abad ke 17-18,Jean-Baptiste Tavernier dan Louis Thomassin sebagai,"language of the learned in all the Indies, like Latin in Europe"???

Ok,sebab itu bahasa Melayu jadi meluas sampai ke hari ini.Dalam kes ini saya tabik spring pada Indonesia kerana MENDAULATKAN bahasa Melayu (bahasa Indonesia) sehingga jadi begitu elit dan dihormati di Indonesia.Bahasa ini begitu diangkat di sana sehingga Cina,India dan lain-lain akan belajar betul-betul bahasa ini sampai ke pelat-pelatnya.

Ok,oleh kerana orang Melayu ada di semenanjung (termasuk Indochina),ada di Borneo dan Sumatera (Filipina juga sebenarnya tetapi ini ada kes lain) maka TANYA DENGAN JUJUR,APA SEBABNYA??

Ingat baik-baik:

1-Perdagangan
2-Empayar

Ada orang buat hipotesis,orang Melayu sebenarnya bangsa tinggal di laut sahaja dengan sampan-sampannya tidak jejak darat.Hairan juga sebab Maharaja Sriwijaya dan Sultan Melaka tidak buat istana atas sampan.Siapa nak belajar bahasa orang yang duduk atas sampan sahaja 24jam.Ini hipotesis yang tidak logik.Tidak munasarawak.Bangsa yang 24jam duduk atas sampan tidak akan dapat 'survive' sehingga ke hari ini.Viking dan Phoenicia pun sudah pupus.

Jika orang Melayu tidak tinggal di pesisir pantai,mereka tidak akan mampu menguasai lautan.SEBAB ITU DI TENGAH-TENGAH SEMENANJUNG ADA ORANG ASLI yang berbahasa mirip Mon-Khmer.Orang Asli duduk di mana cik abang,cik akak?Tepi laut?

Orang Mon adalah pembina negarakota (city-states) berasaskan pertanian (agraria).Kerajaan kuno mereka yang dapat dikesan ialah Dvaravati di tengah Thailand.Negarakota Melayu macam Gangga Negara atau Kedah Tua bina pelabuhan tepi pantai.Pada masa dahulu orang Melayu berhubung dengan orang Mon kerana perdagangan hasil hutan.Hasil pertanian dari negarakota-negarakota Mon dihantar ke pelabuhan-pelabuhan Melayu Purba seperti Langkasuka atau Kedah Tua.Di sini mereka saling bertukar barangan.Orang Melayu beri orang Mon hasil laut.Macam hari ini,Orang Asli turun pekan jual petai pada orang Melayu.

Kedudukan orang Tai pula masih berkeliaran di sekitar Nanchao,Yunnan,Guangxi iaitu selatan China,utara Burma hingga utara Vietnam.

Jadi populasi bangsa Melayu dahulu kepadatannya bermula dari pesisir pantai sehingga ke dalam.Di mana-mana di Asia Tenggara.Ok,sekarang dengar baik-baik cikgu nak bagitahu ini.Jangan tidur anak Melayu.

Ada tidak orang Siam di Borneo?Di Sumatera?

Orang Jawa datang dari mana?Sumatera?

Orang Sulu ada atau tidak di Indochina?Ada prasasti?Ada bukti?

Soalan di atas contoh sahaja.Bukan nak 'downgrade' mana-mana sukukaum.

Ok,saya jawab.Orang Siam tentulah tiada di Borneo dan Sumatera.Secara tradisinya.Orang Jawa umum tahu datang dari Pulau Jawa.Orang Sulu hanya berkisar di Kepulauan Sulu dan Laut Sulu di selatan Filipina dan utara Sabah.

Orang Melayu bagaimana?

Di Borneo dan Sumatera memang ada orang Melayu.Orang Melayu datang dari...seluruh Asia Tenggara.Tiada pulau atau laut khas untuk orang Melayu.Jika Bugis dari Makasar/Sulawesi,Madura dari Pulau Madura,Aceh dari utara Sumatera,Sulu dari selatan Filipina...orang Melayu bertaburan merata-rata di pesisir pantai Asia Tenggara.JIka semenanjung dikatakan asal-usul Melayu,di Sumatera dan Riau,orang Melayu telah ada sejak zaman-berzaman.Jika Sumatera dikatakan asal-usul Melayu,dari Johor sampai ke Segenting Kra,orang Melayu buat kerajaan-kerajaan 'city-states'.

Prasasti Kedukan Bukit abad ke-7 Masehi,ok.Lihat apa Ptolemy,pelukis peta Greek labelkan Pulau Phuket di Thailand dalam petanya tahun 157 Masehi.Bukan 1511 ya...ini 157 Masehi,junjungan besar kita pun belum lahir lagi dan di sekitar Mekah mungkin ada suku-suku Jurhum (sukukaum asli Tanah Arab sebelum kedatangan Arab Quraisy) tinggal tidak jauh dari situ.1 abad 57 tahun selepas kelahiran Nabi Isa mengikut kalendar Gregorian.

Claudius Ptolemy pada petanya tahun 157 Masehi melabel Pulau Phuket sebagai Jung Si Lang.Kemudian orang Eropah zaman kolonial menafsirkannya sebagai 'Junk Ceylon'.Sudah jadi maksud lain pula menjadi "Jong Sri Lanka".SEBENARNYA...MARI DEKAT SIKIT ANAK MURID CIKGU NAK BAGITAHU.

Nama sebenar pulau itu adalah HUJUNG SALANG.Ini nama paling kuno setakat ini.Kemudian dipanggil 'Bukit'.Kemudian datang orang Siam panggil ia jadi 'Phuket'.Claudius Ptolemy memang jujur dalam hal ini dan benarlah tanah semenanjung ini adalah "Aurea Chersonese" (Semenanjung Emas) seperti yang dilabelnya.Jadi sebelum timbul kerajaan Melayu di Sumatera,telah ada orang Melayu di Phuket,Thailand tahun 157 Masehi!

Bahasa Melayu telah ada pada abad ke-2 Masehi!Benarlah prasasti tertua di Indochina iaitu pada abad ke-2 Masehi berbahasa Melayu suku Cham.Sebab itu saya amat obses dengan Melayu Segenting Kra.Benar-benar misteri yang tidak tertanggungkan.Terutamanya Grahi dan Nagara Sri Dharmaraja.Persamaan budaya orang Kelantan dan Jawa.Orang Kelantan kuat kenegerian mereka.Orang Jawa pun kuat 'kejawen' mereka.Saya benar-benar tenggelam dengan sejarah Melayu Segenting Kra (Itsmian Malay Kingdoms).Benar-benar hilang lesap macam hikayat raja-raja kayangan.

Ingat cikgu bagitahu dahulu,JIKA ORANG MELAYU HARI INI TIDAK TAHU KEWUJUDAN MEREKA PADA MASA LALU,ORANG-ORANG LUAR TETAP ADA BUKTI KEWUJUDAN KITA PADA MASA SILAM.

Jadi ingat katakunci pelajaran kita hari ini:

ORANG MELAYU PADA MASA DAHULU KEBANYAKANNYA TINGGAL DI PESISIR PANTAI.










The History of Thy Beloved,
~Srikandi

8 comments:

  1. salam cik srikandi...
    saya ingin bertanya asal usul parameswara yang memerintah di melaka pd tahun 1400 yang asalnya dari palembang..menyampaikan dakwah dari ajaran Nabi Muhammad SAW (islam)..,dan mengembara di semenanjung malaysia termasuk negeri perak,yang dikatakan lahirnya dari keturunan ini di bandar diraja(kini)Kuala kangsar perak, dengan Panggilan "Megat"

    Soalan sya apakah hubungkait diantara asal usul Megat dengan raja melaka Parameswara?

    ReplyDelete
  2. Salam Cik SriKandi. Boleh tolong sokong website kawan saya yang bernama Syuain bin Soleh di http://syuaibbinsaleh.blogspot.com/ Tk

    ReplyDelete
  3. Saya orang Kelantan, sendiri tertanya-tanya, kenapa ada Bukit Jawa di Kelantan?

    ReplyDelete
  4. betul ke pengkalan chepa ada kaitan dgn champa?

    ReplyDelete
  5. Org batu bara duduk tang mane eek?

    ReplyDelete
  6. Terima la hakikat melayu bukan kepulauan tak ya menafikan bodoh sombong.. kau kena pelajari lagi bahasa sulu lebih banyak kosa kata dari bahasa melayu.. bahasa sulu jika kau pelajari betul betul bahasa mereka sangat yunik pergi la lepal dengan orang sulu.. jangan asik nak membangga melayu.. kita dijajah britis sebab tu mereka lebih suku melayu moden..

    ReplyDelete