Friday, August 13, 2010
Ucapan Pembukaan oleh Hermit
Ucapan Pembukaan oleh Hermit
Ini adalah kata-kata pembukaan oleh Hermit,3rd Order dalam Mistis Organization bagi mengalu-alukan siri Alter Terahsia Bangsa Melayu V2.0 yang akan keluar di MistisFiles selewat-lewatnya pertengahan Julai ini.Siri ATBM v2.0 ini akan diselenggarakan oleh Srikandi,editor siri ATBM yang baru.
Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu akan dibahagikan kepada 4 hingga 5 bahagian.Setiap bahagian akan menceritakan petunjuk-petunjuk berbeza disamping pada masa yang sama,mempunyai kaitan antara satu sama lain.Setiap bahagian terdiri daripada susunan tema-tema tertentu yang setiap satunya memerlukan petunjuk-petunjuk tadi untuk memimpin pembaca ke arah 'gua rahsia'.Setiap petunjuk seakan-akan 'puzzles' yang amat sukar untuk difahami atau diselesaikan,sejak sejarah bangsa Melayu cuba untuk digelapkan dan dikelirukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Perlu juga dinyatakan di sini,apa yang dipaparkan bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Semua misteri yang terjadi ibarat satu 'jigsaw puzzle' yang berselerakan. Apa yang dilakukan kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' ini. Kami sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.
Pemikiran yang positif dan menghormati sesama manusia adalah amat-amat digalakkan di dalam menghayati siri Alter Terahsia Bangsa Melayu ini.Namun tidak dinafikan,kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan.Kebenaran akan tiba jika fikiran dapat membaca segala situasi yang berlaku,sama ada bersifat konspirasi atau realiti.Pemikiran yang rasis akan menidakkan kebenaran dan pencapaian bangsa yang lain.Pemikiran yang 'inferior' adalah hasil dari sejarah bangsa yang berjaya digelapkan oleh tangan-tangan tersembunyi.Pemikiran yang pesimis hanya membuatkan pemikirnya kaku dan beku,juga boleh membekukan yang lain.Pemikir yang malas berfikir,hanya menerima sejarah yang ada,tidak kira sejarah realiti mahupun sejarah yang telah digelapkan,hasilnya sejarah baginya adalah susunan kronologi yang cacamarba dan tidak ketahuan punca;memimpin pemikirnya kepada perasaan 'inferior' yang kronik dan pesimis yang sadis.
Selagi kebenaran tidak mampu difahami,MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA.
-M.O
Salam sejahtera,
Syukur kepada Tuhan Yang Esa,kerana sekali lagi siri Alter Terahsia Bangsa Melayu dapat menemui para pembaca MistisFiles.Suatu ketika,hubungan dengan Lodgekeeper terputus begitu sahaja dan maklumat berharga darinya tidak dapat diakses.Namun,kesabaran dan keyakinan yang kuat adalah kunci sebenar kepada pengetahuan yang berharga.Jika bukan Lodgekeeper,pasti ada anak bangsa yang lain,yang mampu membaca segala konspirasi dan pengkhianatan ke atas sejarah agung bangsa Melayu.Telah terlampau lama kita didodoikan dengan kisah persejarahan yang memenatkan dan menyedihkan sehingga kini masih ada,malah memang ada dan terlampau ramai pula,dari kalangan Melayu sendiri yang teramat 'merendah diri' dengan sejarah bangsanya,menganggap bangsanya pemalas,bodoh,tidak kreatif dan kurang daya tahan,seolah-olah itulah kesimpulan akhir dari pemerhatian dirinya sebagai orang Melayu terhadap bangsanya sendiri,juga terikut-ikut rentak gendang yang dimainkan oleh orang lain yang dengki dan tidak berpuashati dengan bangsanya.Jika benar apa yang disangkakan oleh sesetengah orang Melayu ini,bagaimana bangsanya yang pemalas,bodoh,lemah dan kurang berfikir ini boleh wujud di muka bumi yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu mengaku Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?
Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu.Jika kita membuka buku sejarah tempatan,atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat membayangkan pada topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini.Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit,seolah-olah tidak penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang gua;Paleolitik,Neolitik,Mesolitik dan litik-litik yang lain,seolah-olah orang-orang gua di Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara,Temenggung,Laksamana dan Syahbandar Empayar Melayu Melaka!!Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah-randah,mengamalkan cara hidup sara diri,hanya mampu membuat alat-alat membajak tanah,memburu binatang dan zasss!!!Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka,mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah,mampu membina kapal-kapal sama ada untuk perdagangan atau peperangan,mampu menghantar utusan diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri China,Rom dan Parsi.
Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??
Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan dengan mereka?Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Damn!Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu.
Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-projek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung-hayang dan gayat dengan bangsa asing.Contohnya kes Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing. ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?Lihat,bangsa asing sanggup mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH.Ini adalah trend penjajahan masa kini.
Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula.Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi.Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!!
Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...
Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai biasanya sains,kejuruteraan,guaman,IT,perubatan,bidang kemahiran dan teknikal dan lain-lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)?Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula!Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu?MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.
Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land of The East ini.
Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja.Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi.SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.
Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan lain-lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik.Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu,malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain.Mereka menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman mereka.Jika hendak mengatakan orang Melayu pendatang sekali pun,ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan secara automatik tidaklah dikatakan pendatang kerana sememangnya majoriti bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan kehidupan secara nomad hatta orang-orang 'gila' ini juga mungkin berketurunan Monggol atau Xiong Nu yang berpindah randah.Sejarah bangsa Melayu di The Land of The East ini melangkaui beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi Nuh a.s,Banjir Besar dan penaklukan Nineveh oleh Babilon,Media dan Parsi.Bukan setakat sejarah penubuhan negeri-negeri Selat,sejarah perlombongan bijih timah atau pembukaan Singapura.
Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama.Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!
Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua?
Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular?THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.
Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago?Mengapa? INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.
Jika mereka melukis peta yang menamakan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak akan diiktiraf oleh pakar-pakar peta Eropah yang lain dan pelukis peta tadi akan diragui kelayakan dan pengetahuan sejarahnya.Mungkin pelukis peta itu tadi diminta belajar kembali di akademi pemetaan atau diarahkan bertanya para pengembara,pedagang dan pelayar Eropah yang berpengalaman.JIka mereka berdegil juga mengeluarkan peta yang menafikan nama Melayu ini,maka sudah pasti peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan dunia kelak akan keluar satu persatu menafikan pembohongan ini.Mereka boleh mencari dan menyembunyikan segala khazanah kesusasteraan,kitab-kitab,peta-peta dan surat-surat bangsa Melayu ketika menjajah Tanah Melayu juga pulau-pulau Indonesia (rujuk dalam kisah Munsyi Abdullah yang mencatatkan di zamannya masih rancak para wakil Inggeris membeli dan mencari manuskrip dan kitab-kitab purba dari orang-orang kampung),tetapi bagaimana bukti dari tempat-tempat lain?Jenuhlah mereka mahu berkeliling seluruh dunia mencari peta-peta yang bertuliskan nama Melayu untuk disembunyikan atau dihapuskan.INI MENUNJUKKAN BANGSA MELAYU MEMANG TELAH LAMA MEMBINA EMPAYAR-EMPAYAR YANG MAMPU MENGHANTAR DELEGASI-DELEGASI KE LUAR NEGARA.
Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of The East ini berserta pulau-pulaunya adalah 'homeland' bangsa Melayu yang di dalamnya bertebaran etnik-etnik seperti Jawa,Banjar,Minangkabau,Batak,Sunda,Bugis,suku-suku kaum di semenanjung termasuk pribumi Asli seperti Jakun dan Temiar,juga The Lost Tribe of Malay yang dilupakan iaitu bangsa Siam (bukan Thai;ada beza di situ).
Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini karut dan dongengan.Mereka masih berdegil mahu memikirkan orang-orang Melayu dari dahulu tinggal di ceruk-ceruk hutan membina pondok kayu beratap nipah sahaja.Orang yang berfikir akan mengkaji dan mengkaji.
Seperti yang telah disentuh d dalam siri Li Bloodline yang lalu,kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu membawa misi teramat penting,kekayaan dan tanah adalah sebab kedua dan ketiga tetapi agama dan bangsa adalah sebab utama.Namun sebab-sebab agamalah yang menjadi tujuan utama kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau Kristian,Inggeris tidak akan tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk menjajah umat Melayu (di bahagian kepulauan,diserahkan kepada Belanda).Inggeris adalah pangkalan terbesar The Hidden Hand dan 'Coat of Arms' diraja Inggeris juga melambangkan ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala kepercayaan karut mereka.Bermula dengan pendaratan Francis Light di Pulau Pinang,Perjanjian Pangkor hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu,hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan sekutu-sekutunya memusnahkan kota-kota purba,tembok-tembok,masjid-masjid,istana-istana dan kesan-kesan sejarah yang lain,juga cukup untuk wakil-wakil Inggeris sama ada dari kalangan mereka mahupun anjing-anjing dari kalangan Melayu sendiri untuk mengumpulkan segala khazanah kesusasteraan yang tidak ternilai;kitab-kitab ilmu,peta-peta,surat-surat,manuskrip undang-undang,inskripsi,bahan sastera (puisi dan hikayat) serta watikah-watikah diraja,semuanya dimuatkan di dalam kapal-kapal besar untuk dibawa ke Eropah sepanjang tempoh penjajahan Inggeris itu dari pendaratan Francis Light 1786 hinggalah kemerdekaan 1957.
Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.Soalannya,
Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?
Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?),memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam,kota-kota dan bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.
Berapa besar istana kota Melaka?Berapa lama Portugis membedil Kota Melaka?Apa maksud kota?Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan daun-daun pisang sahaja?Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang dan pancang-pancang kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan askar upahan Melaka?Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan pada hari serangan Portugis??Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah kering,mengapa Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean?Mengapa selepas mendapat Melaka,Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah memusnahkan kota Melaka?Walhal mereka senang-senang mendapat satu kota yang hebat dan kukuh.Apa motif mereka? SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS,SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS DARI PAPAN DAN KAYU.Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang sedia ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil mereka ketika mahu menakluk Melaka.Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.
Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini?Biar...biar orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan.Biar...biar orang Melayu kelak merasa lebih 'inferior' dan hilang jati diri.Biar..biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya...hilang segala maruahnya...dan hilang segala warisannya.MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI INGGERIS??
Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai khazanah pengetahuan intelek.Bangsa Eropah adalah bangsa yang menghargai sejarah,walaupun sejarah orang lain.MEREKA TIDAK SAMPAI HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN.Lebih baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan dan perniagaan dari membakarnya.LIHAT BETAPA BERNILAINYA SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN MEREKA SENDIRI,termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk menyokong mereka berperang sesama sendiri.
Cagarannya...manuskrip purba Melayu.Segala persuratan Melayu ini teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh Eropah.Mereka meneliti,mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang Melayu ini dengan penuh kasih sayang.Mereka sanggup belajar segala tulisan Melayu purba termasuk tulisan Rencong,Kawi dan Jawi sendiri semata-mata mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka.YANG MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN ILMU,KESENIAN DAN SEJARAH.Jika anda mengkaji dan mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini,anda pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu di universiti tertuanya di Leiden,yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun 1575,malah di Perancis,Itali dan sudah pasti di England sendiri,sehingga menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh Rusia.
Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya kesusasteraan mereka.Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka.Adakah universiti di Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank misalnya?Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka?Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan pengajian Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah beberapa kali menerbitkan buku-buku,jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian Alam Melayu!!Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?
Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya.Ini penting. DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH,JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU.Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru dan cacat jati dirinya.Contoh yang paling jelas adalah BAHASA.Para pemimpin Jepun dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah haram' pun perkataan Inggeris.Dua bangsa ini adalah peneraju industri dunia.Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu menyambut tetamu,tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka,bahasa Iran diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami ucapan penceramah.Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa perlu berlutut pada Barat.Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang menjadikan bahasa Inggeris,sebagai idola mereka?Pembelajaran Bahasa Inggeris mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi apakah yang terjadi kepada Filipina?Filipina cuma mampu mengeksport para pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal.Sebab itulah para pejuang bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya).Tetapi malangnya,perjuangan mereka tenggelam oleh isu politik;sama ada pihak yang mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan mereka.Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri.Padahal kaum-kaum lain sanggup mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan
Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.
Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.
Hermit
3rd Order
Mistis Organization
Area 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hebat! hujah yg mantap!
ReplyDeletebagaimana pula dengan cerita ttg Parameswara yg membuka melaka...adakah ianya sebuah fakta sejarah yg boleh di ambil kira...atau sekadar dongengan yg di selewengkan?
Sayu hati mbaca semua ini.
ReplyDeleteMasih mimpikah mahu melihat kita2 bangkit kembali. Bila entah akan sedarnya.
Syukur, BM ku tidak dibiar terpinggir kala zaman sekolah kelmarin.
Teruskan kalian ya.
Salam,
ReplyDeleteKita sebuk dengan segala disiplin kejuruteraan yang ada kecuali kejuruteraan kemasyarakatan, dibaca social engineering. Silibus Sejarah kita harus dirombak berdasarkan fakta baru dan terkumpul melalui proses kejuruteraan-semula kajian sejarawan kita. Tahniah kepada Srikandi dan sahabat2 yang mengambil tanggungjawab ini sesuai dengan roh Fardhu Kifayah tuntutan Syarak.
mendalam sungguh ucapan ni.Cukup untuk meniupkan semangat.Terkesan dengan kata-kata "Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya"..
ReplyDeleteAlangkah bersyukurnya menjadi bangsa Melayu.
Salam,
ReplyDeleteZaman dulu2 saya adalah pelajar aliran sains di sebuah sekolah sains berasrama penuh.Kiranya memang tulenlah diselaputi sains.Dan saya pun memang minat sains.
Tapi anehnya,walaupun masa kelas Matematik Tambahan atau Kimia saya boleh tertido selambanya,saya TIDAK pernah dan TIDAK sekali2 mahu tido semasa kelas 3 subjek asas utk lulus SPM ni : BAHASA MELAYU, SEJARAH & PENDIDIKAN ISLAM.
Tak kira lah cikgu atau ustaz ustazah yg mengajar tu dikategorikan "boring bangat"oleh anak2 muridnya,tapi saya hormat pd mereka dan sokong subjek2 ini :)
Oh saya memang selalu pastikan saya score kaw2 punya masa exam dlm 3 subjek ni.Add Math C3 takpe,yg 3 ni kena A1 dulu.
Alhamdulillah,penumpuan saya masa tu tidak sia2.Memang amat penting dan berharga rupanya ketiga2 pengetahuan ini.Terima kasih Allah sebab pada masa rakan2 yg lain tengah ramai yg lalai,diri ini diberi hidayah,kini jua dan harapanku semoga selamanya..
~Chempa-ka Sari
rahsia bangsa melayu kian terungkai...terima kasih saudari srikandi...biarpun anda menggunakan nama samaran..topik yang dikongsi bukan perkara kecil/remeh/mitos tapi satu kajian yang membuka minda....
ReplyDeletep/s : dalam google translate pun ada 'to malay'...dunia pun mengakui bahasa dan bangsa melayu..
ASSALAMUALAIKUM...
ReplyDeleteAda siapa2 boleh terangkan, kenapa hujah diatas buat hati ni jadi berombak2, telinga ini mnjadi suam,
Aku rasa macam dimandulkan sekian abad, bodoh lagi dungu menyanjung pencapaian teknologi hebat,kononnya mengejar hebat bergaya barat,
Seperti ada air yg bertakung di kelopak mata ini,dh lama aku mencari2,kalau2 ada kebanggaan dulu2 utk pendinding diri,takdir allah menemukannya disini..
terus2kan perjuanganmu srikandi,kalau ada sibodoh cuba2 menikam,kepingan2 besi kubuat penghadang..
Putra sulongku masih dalam kandungan,nnti lhir doakan dia sedia berjuang, biarku pasak otaknya nanti dengan pengetahuan yang baru ini, sebagaimanaku diasuh dari kecil bangsaku dahulu nak buat jarum pun xreti..
Skrg ni bangsa kte sudah menjadi terlalu lemah dek suapan fikiran2 negatif yg lebih menghala kpd 'inferiority complex'.. Jadikn sejarah sbg pedoman agar kte x mengulangi kesilapan lalu.. Skrg ni yg lebih penting ialah mengorak langkah yg yakin & teratur, membina semula Kota Melaka yg telah diruntuhkn 500 tahun lalu.. Zaman skrg kte berperang bkn menggunakn kuasa tentera semata-mata tp lebih kpd kuasa ekonomi & diplomasi.. Pulau Batu Putih yg terlepas kte jadikn sbg pengajaran.. Kepulauan Spratley yg kaya dgn hasil bumi adalah sasaran utama!
ReplyDeletePersoalan yg utama skrg ialah apa yg dilakukn oleh kte skrg? Mengkaji & mengeluh kelemahan kte? Atau mengorak langkah & strategi bru utk mengembalikn kegemilangan Kota Melaka?
seperti berlaku Hukum Tarikan..sblm ini Sejarah bkn lah bidang yg diminati...di alam persekolahan, belajar sekadar utk lulus periksa dgn cemerlang..tp langsung tidak terpikir sejarah yg dipelajari itu (terutama ttg zaman2 awal) membangsatkan kegemilangan sbnr nenek moyang dahulu kala. baru2 ni..apabila Mat sabu mencetuskan perihal Mat Indera..dtg semula minat utk mengetahui sejarah negara..pencarian fakta itu belum padam, kemudian ditemukan pula dgn riwayat melayu ini.itulah sy rasa Hukum Tarikan telah berlaku dlm diri sy dlm soal mengetahui sejarah ini.moga2 sy memperolehi pencerahan berikutnya yg lebih berganda!
ReplyDeleteMajoriti pemimpin Umno memang kurang pengetahuan agamanya sendiri. Ini menyebabkan mereka mudah dibeli oleh bangsa lain bila sudah berkuasa. Situasi inilah yang terjadi sekarng di mana umno yang diharapkan menjaga kepentingan melayu tapi telah menjual kepentingan melayu. Mengapa ini bisa terjadi? Kerana mereka terlalu rakus dengan dunia yang sementara ini......
ReplyDeletesalam srikandi,
ReplyDeleteApa tugasan yg boleh saya buat utk melawan arus yg senagaja mahu meneggelamkan masa depan anak bangsa saya?
-keluarga sebaik-baik cahaya yang terpuji-
Salam sejahtera,
ReplyDeleteHamba rasa terpanggil setelah membaca artikle di atas utk membantu ttg masalah Pulau Bt Putih.
Ayahanda angkat hamba adalah pewaris kpd kesultanan Johor Riau dan Lingga. Sebagai bukti ayahanda hamba .masih menyimpan mohor di raja pemberian queen victoria pd tahun 1885 mengiktiraf kedaulatan ini.
Hamba bebesar hati kiranya tuan dpt membalas komentar ini supaya dpt kami berkongsi menjelaskan duduk perkara yg sebenar.
Sekian dari hamba anak orang singapura.
Wassalam
Harun Aminurasyid
harunaminurasyid@gmail.com