Ini adalah salah satu artikel pengiring dari tiga artikel pengiring sebelum artikel utama Alter Terahsia Bangsa Melayu yang akan diterbitkan seawal-awalnya minggu hadapan.Srikandi akan mengulas tentang maksud di sebalik nama 'Melayu' dan misteri di sebalik nama itu.Apakah sebenarnya nama Melayu ini?Adakah ia bermaksud bangsa atau bahasa?
Pada hari ini penyakit buta kepada warisan dan jatidiri bangsa sendiri menyebabkan ada di antara anak-anak Melayu 'goyang' apabila ditanya oleh kaum lain tentang maksud Melayu,sehingga mereka pula seolah-olah mengajar dan memberitahu anak-anak Melayu ini sejarah bangsa mereka.Ada yang meneka-neka dan memandai-mandai membuat kenyataan sendiri sehingga terkeliru sendiri.Srikandi akan cuba mengupas masalah ini dari pelbagai sudut.
Namun,tidak dinafikan manusia menjadi musuh kepada apa yang masih belum difahaminya.
-M.O
hiaskan kendiri berani bak saktimuni
hiduplah jalinan susastera dan mahakarya
Srikandi menyusun berapat jari-jemari
membuka pencak ilmu dan warha bicara
Terlebih dahulu saya ingin jelaskan tentang pengertian Bani Jawi dan Melayu itu sendiri.Ini kerana ramai di antara kita masih keliru sehingga ada juga yang menganggap perkataan Melayu ini merujuk kepada bahasa,sehingga tiada langsung apa yang dikatakan bangsa Melayu.Ini pandangan yang ekstrim,kerana kerana setidak-tidaknya bahasa Latin yang menjadi bahasa perdagangan dan kesusasteraan Eropah akibat penguasaan Empayar Rom itu sendiri dapat ditelusuri asal-usulnya,iaitu dari Semenanjung Itali,bagaimana dikatakan Melayu itu hanya bahasa dan bukan mewakili satu bangsa atau setidak-tidaknya satu suku kaum?Bahasa Perancis adalah dari orang-orang Franks,bahasa Inggeris berasal dari sukukaum Angles;datang ke Briton (nama lama kepulauan Inggeris) dari Tanah Jerman bersama sukukaum Jerman yang lain seperti Jutes dan Saxons.Bahasa Sepanyol dari 'Spaniards' dan bahasa Rusia dari keturunan Caucasian,Viking dan Norseman yang bergaul dengan bangsa-bangsa nomad di padang rumput Steppe di dataran-dataran luas Siberia sehingga melepasi banjaran Caucasus dan sungai Volga,jadi adakah bahasa Melayu berasal dari bangsa 'alien' yang datang dari planet Zargus??Fikirkan.
Ada juga yang berfikiran singkat mengatakan perkataan 'Melayu' itu diberi oleh orang Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu.Ini adalah pendapat yang kurang berpendidikan kerana orang-orang Melayu masih menjaga warisan sejarah sehingga kesultanan mereka dan adalah tidak logik sehingga nama bangsa sendiri pun boleh terlupa sampai terpaksa bangsa lain membubuhkan nama bangsa mereka.Lainlah orang-orang Melayu menjadi seperti orang-orang di Kepulauan Filipina yang dicabut akar budaya mereka sehabis-habisnya,warisan mereka dimusnahkan,raja-raja mereka dibunuh dan mereka dipaksa menganut agama Kristian sehingga semua ini menjadi satu tragedi yang amat malang bagi mereka yang asalnya adalah bersaudara dengan orang-orang Melayu.Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.
Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?
Beliau mengaku sebagai anak Melayu!
Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.
Wahai saudara saudariku Bani Jawi,
Bila saya menuliskan tentang 'Bani Jawi',ini termasuklah semua kaum-kaum yang menggunakan bahasa yang mempunyai tatabahasa dan kemiripan di antara satu sama lain.Pakar-pakar linguistik menamakan bahasa-bahasa ini sebagai Malayo-Polynesia.Kaum-kaum ini berasal dari induk mereka yang misteri.Bani Jawi adalah satu kumpulan kaum-kaum yang menggunakan bahasa Malayo-Polynesia ini.Kaum-kaum ini yang dikesan menggunakan lingkungan bahasa ini terdapat di kawasan tasik di pedalaman Jepun,Taiwan,Asia Tenggara ('Homeland' Bani Jawi) ke timur mencapai pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii,ke bawah mencapai pulau-pulau Papua,Solomon,New Zealand dan Fiji mendekati Australia (sebelum penjajah Inggeris tiba di sini,Australia diduduki oleh kaum aborigine Austronesian).Ke barat sehingga menjangkau Madagaskar berdekatan Benua Afrika.Selain dari Bani Jawi di sekitar Indonesia dan Malaysia,kebanyakan kaum-kaum Bani Jawi yang diluar lingkungan ini telah terasimilasi dengan teruk ketika penjajahan dan terputus dari warisan induk mereka.Di sini kita faham bahawa Bani Jawi yang menduduki Kepulauan Indonesia dan yang terdapat Malaysia adalah Bani Jawi yang berbeza;mereka adalah dari kelompok yang berjaya menjaga warisan moyang mereka,lebih bijak dan berfikiran luas.Bani Jawi di sini juga berjaya memegang tampuk pemerintahan politik dan berkuasa atas tanah-tanah mereka,tidak seperti yang terjadi kepada Bani Jawi yang lain terutama di Pasifik.Di sini kita tahu satu rahsia.
Bani Jawi yang kini mewarisi apa yang dinamakan 'Indonesia','Malaysia' dan 'Brunei' adalah mereka yang dekat dengan 'induk' Bani Jawi.Mereka juga masih mempertahankan budaya,bahasa dan raja-raja mereka.Fikirkan,jika mampu,adakah penjajah Inggeris dan Belanda bersimpati untuk mengekalkan budaya,bahasa dan politik penduduk tanah-tanah jajahan mereka?Jika kita katakan Sepanyol lebih kejam kerana 'mensepanyolkan' orang Filipina,bagaimana dengan Australia?Penduduk aborigine dinafikan hak mereka sebagai pribumi Australia yang asalnya adalah tanah mereka,fikirkan dari manakah manusia aborigine ini boleh wujud di Australia jika tidak ada moyang mereka yang bijak dalam ilmu pelayaran?
Australia telah menjadi negara orang-orang Inggeris.Ini adalah fakta pada hari ini.
SEBENARNYA JIKA BOLEH,ORANG-ORANG BANI JAWI DI INDONESIA,MALAYSIA DAN BRUNEI MAHU DIHAPUSKAN TERUS IDENTITI KEMELAYUAN MEREKA ,tidak kira di'Inggeriskan' atau di 'belandakan'.Namun ini tidak terjadi semudah itu dan hakikatnya telah gagal.Para penjajah ini tidak mampu melakukan begitu kerana masih ada warisan Bani Jawi yang gagah perkasa berdegil mempertahankan warisan mereka.Kita boleh faham mengapa bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh 'kemelayuannya' terutama orang-orang Tausug yang masih diluar pengaruh 'kristianisasi dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk di selatan atau lebih tepat di pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang 'saudara' mereka yang telah hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.
Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal' itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria Fernando Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri menimbulkan misteri yang tidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.
Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum penjajah Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman yang membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud "di bawah keamanan Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada zaman dahulu.
Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu memberi pengajaran yang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan Melayu di kepulauan Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah Melayu yang digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.
Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk dalam bahasa Tagalog.
Mengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman conquistador Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauh ke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan keris Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.
Adakah Inggeris lebih bermurah hati dan 'kasihan' dengan Bani Jawi di Tanah Melayu?Adakah Belanda bersimpati dengan Bani Jawi di Sumatera dan Jawa?TIDAK SAMA SEKALI.Cuba baca kisah kaum Red Indian Cherokee yang dihalau dari tanah tumpah darah mereka di benua Amerika.Mereka dihalau beramai-ramai oleh penjajah Inggeris yang mahu menubuhkan Dunia Baru mereka.Beribu-ribu orang mati dalam pelarian termasuk kanak-kanak dan wanita.Apa sudah jadi pada identiti kaum Red Indian pada hari ini?Hanya logo 'Apache' sahaja masih tertinggal pada helmet budak-budak rempit Melayu yang leka menyabung nyawa di jalan raya.Mereka sudah hilang tanah dan identiti.Mereka semakin terhimpit di bumi nenek moyang mereka.Pelajarilah semua ini.
Namun,pelajaran paling hampir ialah di Filipina.Tersangat hampir.Jika pemimpin Umno masih berkeras berpolitik sehingga beribu-ribu warga India dan China boleh 'lesap' tanpa dikesan di negara mereka ditambah pula PKR yang makin liberal dan PAS yang lupa perjuangan sebenar (sebagai contoh),50 tahun lagi orang-orang Melayu yang dungu ini akan hilang kuasa politik mereka secara terhina dan memalukan.
Moralnya ialah,semangat mahu mempertahankan agama,bangsa dan tanahair telah memotivasikan Bani Jawi di 'Indonesia' dan 'Malaysia' supaya kekal mendaulatkan budaya dan bahasa mereka.Jika mereka lemah,mungkin anda dan saya tidak lagi bergelar Melayu.Dan tidak lagi berbahasa Melayu.HANYA BANGSA YANG BENAR-BENAR SABAR DAN KUAT SAHAJA MAMPU MENGEKALKAN KEWUJUDANNYA SETELAH DIJAJAH DAN DIJARAH OLEH PELBAGAI PENJAJAH BERATUS TAHUN.
Polinesia adalah istilah dari Greek yang bermaksud 'banyak pulau'.Ini menerangkan Kepulauan Melayu sehingga ke pulau-pulau Pasifik.Dari segi terminologinya ia bermaksud Kepulauan Pasifik,menjangkau Pasifik Tengah dan Pasifik Selatan.Ia adalah satu daripada tiga bahagian;yang lainnya ialah Melanesia dan Micronesia.Austronesian ialah kelompok keluarga bahasa paling terbesar di dunia,dahulunya dikenali sebagai Malayo-Polynesian.Setelah pakar bahasa memasukkan bahasa Formosan (juga berasal dari bahasa para pelayar Melayu yang tiba di Taiwan beratus-ratus tahun yang lampau) ke dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian,kini ia digelar keluarga bahasa Austronesian.Ini adalah salah satu daripada keluarga bahasa terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahasa melebihi 700 bahasa dan keluasan geografinya.Bahasa Cham di Vietnam dan Kemboja,bahasa Malagasy di Madagascar dan bahasa Tagalog di Filipina adalah dari keluarga Malayo-Polynesian.Perhatikan terminologi para pakar bahasa ini yang mengesan rahsia bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu dan Pasifik ini.'Malayo' adalah ciri-ciri bahasa 'Western Malayo-Polynesian' seperti bahasa Melayu,Sunda dan Jawa.Ini bahasa Bani Jawi yang standard,maju dan dinamik.'Polynesian' pula adalah lebih kepada bahasa-bahasa kaum aborigine Pasifik.Anehnya,terdapat persamaan dari segi struktur bahasa dan peraturan tatabahasa antara bahasa Melayu/Indonesia dengan bahasa-bahasa Pasifik ini,walaupun kosa kata mereka berbeza.Dan pasti ada kata-kata yang sama seperti perkataan 'mata','batu' dan sebutan angka-angka.'Lima' adalah perkataan yang dominan.Orang Samoa juga menyebut angka 'Sepuluh' sama seperti kita di sini.Sebutan angka dalam Tagalog mirip sebutan dalam bahasa Jawa.Ringkasnya 'Malayo' adalah ciri-ciri Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perpaduan Indonesia,Brunei dan Malaysia dan 'Polynesia' merujuk kepada bahasa-bahasa sukukaum aborigine Pasifik.
Sesungguhnya terdapat misteri di sini.Apa kaitan orang-orang aborigine di Malaysia seperti Orang Asli,Dayak,Jakun dan sebagainya dengan aborigine Pasifik seperti Hawaii,Samoa,Fiji dan lain-lain?Dan APA KAITAN SEMUA ABORIGINE INI DENGAN ORANG JAWA,SUNDA DAN MELAYU?Anda akan mendapat kunci rahsia ini dalam artikel utama ATBM "Austronesian dan Polinesia".
Sesetengah saudara Bani Jawi kita di Indonesia menganggap Melayu itu adalah satu sukukaum padahal cuba kita tanya,sukukaum Melayu itu adalah yang bagaimana?Pakaian orang Melayu tidak jauh beza dari pakaian etnik-etnik di Indonesia terutamanya di Pulau Sumatera.Orang Melayu juga berkeris seperti orang Sunda dan Jawa.Bahasa?Padahal loghat (slang) bahasa Melayu di negeri-negeri Malaysia juga berbeza.Cuba kita paksa orang Jawa bercakap dengan orang Kelantan,bagaimana rasanya (mungkin ini antara sebab Manohara tidak serasi dengan orang Kelantan,pendapat saya sahaja).Cuba teliti dialek pekat Kedah,Perak dan Terengganu.Orang luar mungkin merasakan orang Perak,Kelantan dan Kedah yang bercakap dialek pekat masing-masing dari tiga kaum berbeza.Samalah jika kita paksa orang Sunda bercakap dengan orang Aceh.Perbezaan loghat/dialek adalah sama,tidak kira di Indonesia atau di Malaysia.Jadi,di manakah 'sukukaum' Melayu itu secara jelas?Apa yang Melayunya pemuda yang bernama Fahrin Ahmad jika dibandingkan dengan Ahmad Dhani?Apa Melayunya Siti Nurhaliza jika Kris Dayanti malu menjadi 'Melayu' dan suka disebut 'bangsa Indonesia'?
Susilo Bambang Yudhoyono juga bersongkok sepertimana Sultan Mizan Zainal Abidin ketika kunjungan hormat mereka berdua.Jadi adakah Sultan Mizan lebih 'Melayu' dari Sosilo Bambang?Jadi dimanakah 'Melayu' itu?Adakah Sultan Mizan memerlukan penterjemah untuk memahami bahasa Presiden Indonesia itu?Jadi dimanakah 'Melayu'nya Sultan Mizan?Adakah Siti Nurhaliza terpaksa belajar bahasa yang dituturkan oleh Kris Dayanti sebelum bekerjasama dengan beliau?Mengapa lagu-lagu dari seberang cepat popular di kalangan anak-anak remaja 'Melayu' Malaysia berbanding lagu-lagu pop HongKong?Jadi dimana 'Melayu'nya itu?
SEBENARNYA TIADA APA YANG DINAMAKAN SUKUKAUM MELAYU.MELAYU ADALAH NAMA LAIN BAGI BANI JAWI.
Bani Jawi adalah nama yang diberikan bermula dari era Nabi Ibrahim menyunting seorang gadis misteri dari Timur Jauh.'Melayu' adalah perubahan pada nama kaum di mana gadis misteri itu berasal.Dalam manuskrip purba,ada tercatat perkataan dasar 'Mala'.Nama Mala inilah yang dibawa oleh kaum misteri dari Timur jauh itu.Ketika khabar tentang Mala sampai ke Tanah Kanaan,Madyan dan Parsi Kuno,nama 'Mala' ini berubah-rubah mengikut bangsa yang memanggil mereka.Orang-orang Assyria dan Media memanggil mereka sebagai 'Mala-Yu'.'Yu' adalah suffix dalam bahasa Avesta Purba (bahasa Avesta adalah asal-usul bahasa Sanskrit dan bahasa Jerman Kuno yang menjadi asas bahasa Inggeris/English itu berasal dari saduran yang 'agak teruk' dari Sanskrit sebab itu dari segi linguistiknya bahasa Inggeris terkelompok dalam keluarga bahasa Indo-European atau Indo-Iranian)
Telah diterangkan sebelum ini dalam siri ATBM yang lepas bahawa bangsa Madyan (Media) yang mengasaskan bangsa Parsi (Iran pada hari ini) adalah berasal dari kaum Mada.Dalam istilah Assyrian dan Avesta,kaum ini dipanggil 'Mada-YU'.Dalam Sanskrit (ingat,bahawa Sanskrit dan Avesta ibarat bahasa/dialek Kedah dengan bahasa/dialek Kelantan),'Malayu' ini dipanggil 'Malaiyu' atau 'Malai'.'Malai' bermaksud 'gunung'.Manuskrip purba China menyebutnya sebagai 'Malai' atau Mo-lo-yue'.
Dan orang Inggeris menyebutnya sebagai 'Malay'.Ini lidah mat saleh.
Orang Perancis menyebut Malaysia sebagai 'Malaise',jadi jika hilang 's' itu atau hanya 'Malay' sahaja,mungkin pendekatan yang logik ialah 'Malai',sama seperti sebutan dalam Sanskrit.
'Mala' adalah nama asal kaum gadis misteri ini.Ia adalah nama kuno yang terahsia.
Keturunan Nabi Ibrahim a.s dengan gadis misteri tersebut ketika baginda berdakwah di Timur Jauh inilah digelar sebagai Bani Jawi.Baru-baru ini saya mendapat petunjuk dari 'channeling' saya,seolah-olah mengatakan bahawa dari enam anak hasil perkahwinan baginda dengan Siti Keturah,tiga orang telah dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s ke Tanah Kanaan,manakala tiga yang lain ditinggalkan di 'Promised Land' bersama ibu mereka.Perlu dingat,ketika itu tiada kapal terbang,jadi apabila Nabi Ibrahim berdakwah ke Timur Jauh,sudah tentu memakan masa bertahun-tahun,dan perkahwinan dengan orang tempatan adalah perkara biasa bagi lelaki yang merantau;tidak kira apa tujuan mereka,tambahan lagi nabi Ibrahim adalah lelaki terhormat,bijaksana dan punya pekerti mulia.
Inilah asal-usul perkataan 'Melayu' dari segi saintifik,sejarah dan akademik.Bukan 'melayu' seperti bunga layu,atau 'lari'.Malah 'Mala' itu adalah sekuntum bunga yang mekar harum dari gambaran 'channeling' saya pada Khamis malam Jumaat Kliwon (siapa saya dan asal-usul saya ada di dalam temuramah selepas raya puasa yang lalu,cuba periksa...jadi adakah saya ini lebih 'Melayu' dari saudara saya di Yogyakarta?).
Tiada siapa yang lebih Melayunya.Semua kekeliruan adalah berpunca dari kebingungan para penjajah gelojoh berebut-rebut mahu melabel sesukahati tanah jajahan mereka.Apakah itu 'Indonesia'?Suku kata 'Indo' itu sendiri menunjukkan kebingungan penjajah Belanda yang menganggap pulau-pulau Indonesia adalah orang-orang Keindiaan.Sama seperti kebingungan penjajah Eropah yang memanggil kaum-kaum aborigine Amerika sebagai 'Red Indian' kerana kekeliruan Columbus yang menganggap telah sampai ke India dan kekeliruan melihat warna kulit mereka disangkakan orang-orang India.Cuba kaji mengapa nama 'Nusantara' yang dicadangkan oleh seorang cendekiawan Indonesia ketika mahu menamakan nama negara itu hampir berjaya namun tertolak saat-saat akhir.Alangkah beruntungnya jika jiran kita itu adalah sebuah negara bernama 'Nusantara'.Mungkin mereka lebih mesra dengan saudara mereka di sini dan tidak terlalu bermegah dengan nama yang diberikan oleh Belanda itu sehingga ada yang mahu menikam saudara mereka sendiri dengan buluh runcing.
Dalam hal ini seolah-olah Inggeris lebih berpengetahuan luas dengan nama orang-orang Melayu.Mengapa Belanda tidak mengenal kaum-kaum di tanah jajahannya sebagai 'Melayu'?Padahal sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda yang menyaksikan pembahagian wilayah 'Indonesia' dan 'Malaysia',orang-orang dari pulau-pulau Sumatera,Jawa dan lain-lain bebas keluar masuk ke Tanah Melayu dan Benua Siam,begitu juga orang dari Tanah Melayu bebas membina keturunan di pulau-pulau Indonesia pada hari ini.Dari mana asal orang Aceh,Bugis dan Brunei?Ini rahsianya.
Bani Jawi di Indonesia menamakan bahasa mereka 'Bahasa Indonesia'.Ini cuma istilah politik sahaja dimana pernah negara kita menamakan bahasa ini sebagai Bahasa Malaysia.Selepas itu kementerian menamakan semuala sebagai Bahasa Melayu.Di Indonesia,jika ingin membicarakan asal-usul bahasa Indonesia,mereka akan merujuk kepada istilah 'Bahasa Melayu' akhirnya.
Jadi,jika Melayu ini sukukaum,bagaimana satu sukukaum boleh menakluk seluruh Malaysia dan Indonesia dengan bahasa mereka?Bukan sahaja itu,seluruh Kepulauan Melayu dan Pasifik mematuhi 'pattern' bahasa mereka?Mengapa bukan bahasa Aceh atau Jawa menjadi lingua franca seluruh Nusantara?Ada yang mengatakan asal-usul Melayu adalah satu kerajaan bernama Kerajaan Malayu di Sumatera,namun kerajaan yang dilabel 'Melayu' itu hanya satu pemerintahan kecil sahaja.Bagaimana kerajaan kecil seperti itu boleh memaksa seluruh Nusantara supaya berbahasa dengan bahasa mereka?Fikirkan misteri ini,sebab itu saya katakan Melayu itu adalah nama lain bagi Bani Jawi,tercatat di dalam manuskrip purba Avesta dan Sanskrit...juga tulisan pepaku (cuneiform) Sumeria.Ini adalah warisan dari satu bangsa kuno yang tenggelam ketika Banjir Besar atau bencana lain.
SEbenarnya kita diperkotak-katikkan oleh kebodohan dan kebingungan penjajah sendiri disamping kebodohan kita sendiri yang ikut sahaja macam lembu dicucuk hidung segala kekeliruan penjajah.Kemudian bergaduh sama sendiri semata-mata pakaian,bahasa dan budaya yang sah-sah memang sama!Ini ibarat dua orang bodoh yang bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing menuduh sesama sendiri meniru jumlah tangan,mata dan telinga yang ada dua pasang.Padahal mereka berdua ialah MANUSIA!
A berkata:Namaku Indonesia,Belanda yang bagi nama...aku ada dua tangan,kenapa kamu tiru aku?
B berkata pula:Aku Malaysia,Inggeris bagi nama...orang Malaysia memang ada dua tangan,kamu yang tiru aku.
A membalas:Ah!Sudah!Goblok!Aku mahu patahkan tangan kamu,biar jadi satu...baru terlihat beda.
B mempertahankan diri:Aku sejak lahir memang sudah ada dua tangan,kenapa mahu dipatahkan...?
A menjawab:Aku juga lahir dengan dua tangan...Ah!Kecapetan aku dengan masalah ruwet begini dong...sialan kamu!
Akhirnya A dan B berebutkan songkok,keris dan bahasa Melayu sesama sendiri.Ini adalah senario yang menyedihkan.Amat bingung dan tolol.Jadi sudah nampak kepentingan mempelajari asal-usul kita?YA!AMAT PENTING,SAMPAI SATU TAHAP,JADI KRITIKAL SEPENTING NYAWA DIHUJUNG TANDUK!
Masalah ini jelas jika negeri Kelantan berpisah dari Malaysia dan menubuhkan negara sendiri yang pekat dengan gagasan 'Bangsa Kelantan' (baca:bangsa Indonesia).Bila bergaduh di Internet,tidak mustahil orang-orang Kelantan yang dungu (contoh sahaja) akan memanggil Malaysia sebagai Malingsial dan memijak bendera Malaysia.Orang Kedah pula memijak bendera Kelantan dan mencerca orang Kelantan.Bila terlihat di Youtube,video orang Terengganu memakai keris dan bertanjak,maka orang Kelantan mengancam mahu menyerang Terengganu kerana 'mencuri' budaya mereka.Nasi Dagang juga didakwa berasal-usul dari Kelantan.Akhirnya orang Kelantan dan Terengganu berebut-rebutkan Nasi Dagang dan Budu sesama sendiri,dan pada masa yang sama orang Selangor dan Kuala Lumpur menyedut minyak dari bumi mereka sambil ketawa berdekah-dekah (ini tambahan dari saya,jangan marah saya ye!).
Fikirkan,kita selesa memanggil orang Brunei sebagai Melayu Brunei,namun jika melihat orang-orang dari Indonesia,kita cenderung melabel mereka sebagai 'Indon' seolah-olah makhluk dari planet lain padahal Wak Seman yang berniaga tempe dibelakang rumah kita boleh kita labelkan sebagai Melayu Jawa.Begitu juga orang Indonesia yang keliru.Saya teringat satu rancangan muzikal artis-artis Malaysia dan Indonesia terbitan RTM dan RCTI sekitar tahun 90-an dahulu.SElepas habis persembahan M.Nasir dengan lagu bernuansa Nusantara 'Mentera Semerah Padi',pengacara bersama dari Indonesia melahirkan rasa kagum dengan lagu tersebut dan menyebut-nyebut rasa bangga beliau dengan rumpun yang sama antara Malaysia dan Indonesia.Saya begitu terkesan dengan kata-kata 'satu rumpun' dan 'nusantara' yang disebut-sebut beberapa kali oleh pengacara wanita Indonesia itu kepada temannya dari Malaysia (saya lupa siapa pengacara Malaysia itu,maklumlah baru dibangku sekolah rendah,sudah lama berlalu)
Pandangan kedua yang mengatakan Melayu itu bahasa bukan bangsa juga adalah satu kekeliruan yang pelik.Padahal kebiasaan satu bahasa dinamakan bersempena bangsa yang menggunakannya.Adakah orang Amerika atau Americans menggunakan American Language?No!It's absolutely not!You know,man...
Orang Amerika tetap memanggil bahasa mereka sebagai English,setidaknya American English.Apa itu English?Englishman,dude...you know what I mean?Who the hell of this Englishman?
Orang-orang Inggeris.
Jadi siapa yang memandai buat teori mengatakan Melayu itu nama bahasa?Jadi siapa yang menggunakan bahasa Melayu?Orang Jawa?Orang Kedah?Orang Perak?Orang Minang?
Mengapa maharaja-maharaja Srivijaya dan betara-betara Majapahit menuliskan prasasti-prasasti yang melambangkan kewujudan empayar mereka dalam bahasa Melayu?Adakah kerana takut dengan Melaka yang kecil itu?TIDAK SAMA SEKALI.
Bahasa Melayu adalah bahasa nenek moyang Sultan Mansur Syah,Hayam Wuruk dan Samaratungga.Ia adalah bahasa leluhur Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Ia adalah bahasa kebanggaan Raja-raja Funan "King of The Mountain" dan raja-raja Champa.
Orang-orang Eropah yang akhirnya menjadi 'bangsa Amerika' tidak menamakan semula bahasa mereka menjadi 'Uncle Sam Language' sebagai contoh.English tetap English,walaupun imigran Ukraine,Perancis,Jerman dan Itali mahupun Yahudi Ashkenazi yang berhijrah ke Amerika.
JIka mahu berhujah dengan bahasa Sanskrit,perlu diingat Sanskrit bukanlah bahasa percakapan sehari-hari terutama Dravidian (Tamil,Telegu dll).Ia bahasa sastera,agama dan istana.Malah penggunaannya terhad mengikut kasta tertentu pada zaman dahulu.Ia bahasa 'suci' yang dipandang tinggi (sebab itu tidak keterlaluan ada pengkaji bahasa menyifatkan asas bahasa Inggeris adalah Sanskrit).Jadi tiadalah kaum Sanskrit atau bangsa Sanskrit.Masalahnya dalam kes bahasa Melayu,kita berurusan DENGAN BAHASA YANG MENJADI BAHASA PERSATUAN SELURUH BANI JAWI/NUSANTARA/MALA.Bahasa Melayu tidak dikasta-kastakan.Ia bahasa persuratan dan bahasa perdagangan.Ia ADALAH BAHASA KUNO YANG DIGUNAKAN SEAWAL URUSAN MEREKA DENGAN PARA UTUSAN KING SOLOMON DAN FIRAUN-FIRAUN DI THE LAND OF THE GODS.'The Mala Ancient Language in The Land of Promise'.Dari manakah asal 'Mala' ini?
Selebihnya biar saya simpan dalam siri ATBM akan datang.
Bagi mengakhiri artikel ini,saya petik Sumpah Pemuda yang dibacakan pada 28 Oktober 1928 di Indonesia dan hayati betapa mereka sedar akan kepentingan 'bahasa persatuan' ini,bahasa yang saya,anda dan saudara-saudara kita di Indonesia,Selatan Thailand,Singapura,Brunei dan seluruh Bani Jawi...gunakan dan punya semangat untuk menggunakannya.
"Pertama
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air Indonesia.
Kedua
Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.
Ketiga
Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan, bahasa Indonesia"
Srikandi
"sirna bherahi samar gentahi sukksasentosa seri"
-lohor jeavi-
terus terang aku cakap , selama ini aku terbuntu ..terprasangka, terbuat andaian sendiri, memandai seolah bijak , terbodoh dengan pendapat sendiri mengenai asal usul bangsa melayu , bahasa melayu , bahasa dan bangsa2 lain nusantara , mungkin kerana aku lebih banyak membaca dan mendengar cerita pihak lain ,
ReplyDeletetapi semenjak adanya ATBM ini , tak pernah ada satu pun yang aku terlepas , semuanya aku baca , wajib baca ! tahniah setinggi2 tahniah pada Srikandi ..!
aku seolah budak kecil baru mengenal huruf !!
Pencarian di atas talian mengenai asal usul bangsaku menemukan aku kepada ATBM! Terima kasih yang tidak terhingga...
ReplyDelete9 sept 2011..prof dato dr zainal kling(melayu bodoh)kata tanah melayu xpernah dijajah..x pyah la sambut merdeka la mcm 2 kn,
ReplyDeletexpyah gak join sukan komenwel lagi..
save duit negara..
ahli politik mna dia ni
sekalung tahniah diatas sejambak budi yang mengharum..semoga segar harumnya mampu meninggikan jati diri bangsa..bangsa jawi..mudah2an menjadi satu jariah buat generasi mendatang. Alangkah indahnya..andai apa yang tertulis pada teks sekolah ..menyebut apa yg telah tertulis dan terpahat dalam cacatan perjalanan waktu yang telah lama hilang selama ini.
ReplyDeletekalu buku sejarah ditulis balik kan bagus
ReplyDeletelagu Mentera Semerah Padi dicipta pada tahun 1994..puan di bangku sekolah ketika itu? maka umur puan mungkin sekitar umur saya juga..30an.namun pemikiran puan dan kegigihan puan menelurusi dan mengkaji sejarah bangsa amat menakjubkan.
ReplyDeleteseperkara lagi, barulah saya faham kini maksud 'Peranakan Jawi'.
Apa komen seri tentang orang melayu sekarang yg berlumba2 letak nama anak dengan nama2 arab? Adakah ia akan merubah Identiti bangsa kita kelak atau tidak?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteRasulullah diturunkan di Tanah Arab. Bahasa Arab sinonim dengan Islam. Sebab itu bahasa Arab digunakan untuk nama juga. Nama orang Melayu dalam bahasa Arab tidak menjejaskan identiti Melayu. Telah terbukti sehingga kini sejak dunia Melayu memeluk Islam identiti Melayu masih kekal.
Pertahanankan sistem melayu dan bangsa dan ketenteraan kita jajah semula kawasan rumpun melayu dan jadikan kita semua ke dalam 1 negara.....(Malaysia,Indonesia,Brunei,Singapore,FIlipina,Thailand=Mala Nation)
ReplyDeleteImpian kau boleh terlaksana jika wujudnya Hitler Melayu...
ReplyDeletehehehe hitler melayu. hahahah kenapa x guna hitler jawi je?
DeleteAdakah tunku abdul rahman dulu silap kerana tak mengenakan syarat pada british sebelum menerima orang2 cina dan india sebagai penduduk tetap malaysia. Iaitu, selain tidak boleh membincangkan hak keistimewaan orang2 melayu, mereka juga sepatutnya diberikan syaratkan untuk tidak terlibat dengan berpolitik. cukuplah sekadar ekonomi sahaja dikuasai oleh mereka, tapi dengan keadaan politik sekarang yang hampir mereka kuasai. tak mustahil Malaysia akan jadi seperti singapura apabila ekonomi dan politik di kuasai mereka. adakah silapnya tunku tak memberi syarat begitu sebelum menerima?
ReplyDeleteBani Jawi.... telah diberi chaneling sebelum ini dgn nama itu... Iskandar Thani...
ReplyDeletesejarah bukan sesuatu yang harus diajar atau dipelajari..sebaliknya sesuatu yang harus dikaji dan diambil pengajaran darinya..bila berbicara soal sejarah tiada yang mengajar atau diajar semuanya mengkaji... sebaliknya berlaku di skolah2...
ReplyDeleteHANCCCUUUUUUUUS
ReplyDeleteBANGSA MELAYU INI PALING LAMA SANGAT DAN PALING WUJUD DI MUKA BUMI INI.
ReplyDelete