Thursday, August 10, 2017
Rentaka di Pulau Mutiara
Srikandi dah siapkan rentaka-rentaka untuk bekalan ke Pulau Mutiara. Kepada orang-orang Pulau Mutiara dan sekitarnya boleh mendapatkannya sabtu dan ahad ni. Butiran ada di poster yang dilampirkan ni.
Kesedaran sejarah ni, kalau tak hari ni, esok lusa orang kita akan faham. Kalau tak generasi hari ini, ia untuk generasi akan datang...untuk anak cucu kita. Sekurang-kurangnya mereka melawan, jika kelak sejarah bangsa dan keturunan mereka dipalsukan, dibohongi dan dihapuskan.
Jika internet mati, disekat atau dihapuskan... buku ini ada. Buku ada untuk menjadikan mereka keluar dari pemikiran sejarah para arwah penjajah. Keluar dari skema sejarah yang didoktrinkan oleh penulis kerani dan pegawai penjajah. Buku yang akan beritahu kepada anak-anak Melayu bahawa kamu bukan pokok, bukan robot bukan angguk-angguk geleng-geleng. Kamu ada sejarah kamu sendiri dan kamu boleh fight for your rights.
"Orang Jerman jatidiri dia kental macam Panzer. Lepas 'down' teruk, diorang bangkit buat wirtschaftswunder."
(Cik Srikandi 2017)
~Srikandi
Rentaka Sekalian Bijasura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tidak pasti jika ini berkaitan atau sahih. Namun jika dilihat motif corak pada cover buku purba ini di hujung video, terlihat motif floral yang terasa hampir dengan ketamadunan kita. Mungkin cik/puan/tuan berminat melihat lanjut? Sila, link:
ReplyDeletehttps://youtu.be/0q7pv1NnNMQ
Bagus saya sokong memang sejarah kita d sekolah ditulis oleh mereka yg menang fakta sebentar disembunyikan demi kepentingan mereka
ReplyDelete