Thursday, December 1, 2011

The Origin of The Sea Dragon






Kira-kira abad ke-6 Masehi,seorang raja dari negeri Chenla telah berjaya menakluk seluruh jajahan Funan,sebuah empayar lagenda Indochina dan Asia Tenggara.

Raja itu kemudiannya memerintahkan tukang ukirnya memahatkan kejayaan itu dalam sebuah batu bersurat yang akan diletakkan di dalam sebuah kuil suci.Dalam batu bersurat itu,raja tersebut,Bhavavarman II...telah menggelarkan dirinya sebagai,

"Mala Malayu iva Malayam raja"

yang bermaksud:Raja Mala dari Malayu...

Nun jauh di pedalaman,mitos tentang naga-naga laut yang bernama Seri Gumum,Seri Pahang dan Seri Kemboja berlegar-legar di kalangan masyarakat orang Jakun yang tinggal di sekitar Tasik Chini.Cerita tentang naga-naga laut itu diwarisi dari zaman-berzaman,mengungkapkan rahsia antara orang Melayu dan suku-suku Mon-Khmer pada zaman purba.

Lagenda Khmer mengatakan bahawa seorang lelaki yang bijaksana telah berjaya menawan hati seorang puteri dari keturunan 'Naga'.Catatan China dari pelbagai dinasti termasuk Dinasti Qi menyebutkan nama puteri ini;Ye-ye yang diterjemahkan oleh pengkaji Eropah sebagai:Coconut Leaf...

Anehnya,sejarahwan Champa yang berkongsi budaya dengan dunia Melayu menuliskan nama puteri itu sebagai:Mayang Mengurai...

Dalam catatan yang lain ada menyebutkan tentang 'Mala Dynasty' iaitu nama sebuah dinasti purba yang dikenali sebagai pemerintah 'Malayang' yang muncul dalam banyak manuskrip purba Khmer sebagai 'negeri-negeri Malayu'.Bangsa Malayu dicatat dalam lagenda Khmer sebagai keturunan yang berasal dari Naga Laut Mohodhara yang menyukai bunga-bungaan...

Menariknya,raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja 'Sisattanakanahok' yang berasal dari kata 'Sri Si Antan Naga Nahud' iaitu gelaran raja-raja Melayu purba terutamanya oleh Raja Champa,Simha Jayavarman.

Terdapat beberapa rahsia lagi yang tertulis dalam kitab-kitab kuno dalam tulisan Pali di sebuah kuil purba di Thailand...

Dan di dalam 'circle' para penulis kerohanian Eropah,ada mengungkapkan tentang sebuah peradaban silam yang tenggelam di lautan Pasifik...




...........


.....

...


...


...



...


..



...



..




.





.




....dari kitab-kitab purba Mon seperti Chamadevivamsa dan Jinakalamali...

dari rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam Chiang Mai Chronicles...

dari epik La Galigo yang penuh misteri...

bait-bait dalam kitab Pararaton...

kain suci yang tergantung dalam sebuah wat purba di Ranong,Thailand...

petunjuk-petunjuk dalam Hikayat Merong Mahawangsa...

makna-makna yang sulit di dalam prasasti-prasasti Angkor

rahsia yang terlakar pada tembok runtuhan di My Son,Vietnam...

laluan sepi ke kota Gelanggi...

kotak misteri di dalam runtuhan pagoda di Bagan,Burma

pintu rahsia ke bawah tanah Borobudur,Indonesia

ukiran-ukiran di Angkor Wat...

manuskrip-manuskrip purba kaum Batak Simalungun di Danau Toba...

lembar-lembar lusuh di sebuah kuil tua di Luang Phrabang,Laos..

makam purba di belantara,Brunei Darussalam...

tulisan-tulisan pada batu besar di Papua dan Maluku...

mitos puak-puak aborigine di Hawaii...

dari rekod-rekod imperial China seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui

dan catatan-catatan para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.....



di sana...


ada sesuatu...




























AKAN DATANG


































Mei 2012







































"The Origin of The Sea Dragon"

Alter Terahsia Bangsa Melayu ver4.0 Deluxe











































antara kajian menarik:
Rahsia dari Prasasti
Petunjuk Tersembunyi dalam Jinakalamali
Mitos di kalangan penduduk Polynesia
Legenda naga dalam masyarakat Jakun
Lagenda naga dalam kesusasteraan Khmer
Naga Soma,Mayang Mengurai dan Ye ye

dan banyak lagi...







disusun oleh
~Srikandi










101 comments:

  1. Saya nak buat penafian sikit.

    Saya Srikandi/Cik Seri tidak ada akaun Facebook seperti fb Princess Anis,Bunga Sriwijaya atau sebagainya.

    Saya tak menghalang para peminat membuka medium penyebaran artikel-artikel saya tetapi admin yang menguruskan akaun-akaun mereka itu yang mengeksploitasikan nama dan kajian saya diminta jangan mengambil kesempatan ke atas para pembaca dan fans saya.

    Harap maklum.


    ~Srikandi

    ReplyDelete
  2. tak sabar menunggu post yg akan datang. cik srikandi sibukkah? sebab post jarang2 skali keluar.

    ReplyDelete
  3. Ya,saya semakin sibuk sekarang.Tetapi faktor utama ialah status MistisFiles yang sedang 'hiatus'.

    Harap bersabar ya.



    ~Srikandi

    ReplyDelete
  4. salamz...

    alhamdulillah...ingtkn terkubur blog ni..

    jgn la ghaib terus yer..x keruan dibuatnya..

    mana ilang citer prasasti2 tu..?

    halamansrikandi bila plak nk aktif ..?

    teruskn menulis..terima kasih sgt2

    .
    .

    Yg Benar

    ReplyDelete
  5. salam srikandi cik seri...yg fb Princess Anis (cik seri)tu pon bukan cik seri admin ka? nway good luck.. :P

    ReplyDelete
  6. salam ziarah wahai cik Srikandi...

    -peminat jauh-

    ReplyDelete
  7. faham akan kesibukan cik sri cume kami kekurangan sabar huhu. tp saye tetap tggu artikel tuh

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..
    tumpang tanya yang gambar Crest pada awal artikel tuh milik kerajaan melayu mana satu yer??..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah,

    dpt lagi baca artikel Dr. Seri. x sabar nak tunggu artikel seterusnya. saya dah lama tdengar yg misteri Atlantis sebenarnya berada di Asia Tenggara. x sabar nunggu tapi kena tunggu Mei 2012 ke?

    dzoelhakim

    ReplyDelete
  10. cik seri buka la akaun fb...lg mudah tuk kita berinteraksi dan berkongsi mklumat

    ReplyDelete
  11. salam buat srikandi yg diingati selalu,

    alhamdulillah, ada juga post walaupun hanya intro sahaja.

    tidak sabar untuk bertukar pendapat secara ilmiah dgn srikandi dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  12. Saya berharap kepada semua pembaca untuk menyebarkan maklumat dan informasi tentang blog ini kepada pembaca lain...

    Penting untuk perkembangan pendapat dan jurai keturunan kita orang melayu islam...

    Kebangkitan islam akhir zaman itu di dorong oleh bangsa yang di dalamnya terdapat semua bangsa...

    Semoga institusi Beraja kita bersinar kembali di bawah naungan ISLAM...bukanya demokrasi barat...

    ReplyDelete
  13. As Salam,

    menarik.menarik dan menarik =)

    eiyhh...fb princess anis tu..bukan cik seri punya ke? la...mati2 ingat cik seri yg punya...huhu~

    abis tu?siapa dia..dia juga admin kat Dinar Emas tu,kn? jgn bikin pusing maa~

    ReplyDelete
  14. This blog is open to invited readers only

    http://halamansrikandi.blogspot.com/
    It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation. <------------ahakz...tak bleh masuk ada jemputan khas ke?

    ReplyDelete
  15. wah menarik..mei 2012..lambatnya.

    tapi, good thing is srikandi dah bagi hint dari sumber mana dia akan olah cerita nanti, so dlm waktu tersebut, carik la sendiri dulu hehe

    yg Jata kat atas tu saya pun terfikir, rupanya ada jugak kerajaan2 melayu pakai naga kt Jatanya..cari2 tak jumpa, jata apa tu?? yg ada naga Palalawan, Langkat adalah..

    p/s : yg gambar bwh tu rasanya pernah baca dlm buku..disebut kapal kura2 kalau tak silap.. abad 16 kn..

    ReplyDelete
  16. Hihi... welkam bek atbm series. Intro mcm iklan filem panggung wayang dlm tv plak. Dah lama kita cuti sejak penutup previous atbm akhir tahun lepas. Sampai ada student lain yg sempat tambah anak sbb cuti yg panjang ni. Papepun silibus mesti disempurnakan. Good luck all.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum Srikandi.. saya amat berharap untuk Srikandi add kan e-mel saya sebagai 'follower user" semasa blog ini ditutup sementara.. mrazudin@yahoo.co.uk. terima kasih. semoga Srikandi berjaya membongkar berbagai lagi sejarah Asia Tenggara yang terlalu banyak digelapkan berbanding sejarah bahagian dunia yang lain.. syabas... saya mengikutinya...

    ReplyDelete
  18. Wan Azri_87
    Nampaknya sejarah sebenar negeri Pahang akan dirungkai...sy juga tertanya adakah Pahang satu ketika dahulu merupakan kerajaan kuat di alam melayu memandangkan negeri pahang merupakan negeri terbesar di tanah melayu

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...Srikandi telah kembali.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum sri kandi..bleh bgi other link or comunity psl sejarah melayu ni x..ni email sye..apai.power@gmail.com

    ReplyDelete
  21. Salam Cik Sri, saya sangat berharap supaya blog Cik Sri di asingkan dari mistifile. Saya nampak macam seolah-olah hilang kebebasan untuk berkarya dan menulis dari lubuk hati Cik Sri dan terikat dengan gaya bahasa admin mistisfile.

    ReplyDelete
  22. cik srikandi jom k apel..u seksi la..hahahaha..just kidding

    ReplyDelete
  23. Salam Cik Srikandi,
    Mohon di buat link dari blog saya ke laman ini
    http://sakan.tripod.com
    http://tualangkedah.tripod.com
    Terima kasih.
    Ahmad Zubir Mansor

    ReplyDelete
  24. alhamdllah..semoga artikel yg trbaru ini menaikkan lg semangat alter terahsia melayu di tahun hadapan..2012..tahun yg dinanti-nantikan..

    ReplyDelete
  25. Lumeria? just tembak... tak sabar..... kenapa mesti mei 2012

    ReplyDelete
  26. Salam senusantara sealam semesta...

    Mei 2012?

    Jamadilakhir 1433?

    ...

    ReplyDelete
  27. mohon bantuan Srikandi. Sy ni dah register sebagai member tuk jigsclue selepas MO ditutup pasal takut tak dapat info2 terkini. Sayangnya sy xdapat nak masuk jigsclue kerana hanya untuk pembaca yg dijemput saja.

    Sy juga dah jadi member kat blog Srikandi ni pasal yg sama.

    Mohon bantuan Srikandi agar saya jadi pembaca jemputan kepada jogsclue. Lagi cantik dah kalo boleh kepada Blog MO terus.

    Saya guna email musamk@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. nak tunggu 2012....time tu dah tgh bercelaru dunia menjelang peristiwa2 besar

    ReplyDelete
  29. Salam Cik Srikandi, terima kasih untuk entri terbaru,terubat rindu rasanya. Saya rasa gambar di permulaan artikel ialah jata kerajaan Siak di Riau,Sumatera,betul tak Cik Sri?

    ReplyDelete
  30. salam buat srikandi,

    moga2 diberi izin menjadi jemputan ke halamansrikandi dan jigsclue..supaya tidak keciciran ilmu.

    sepulturated@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Salam,

    Mcm mana nak membolehkan masuk senarai pembaca jemputan tu? apa kriteria? syarat kelayakan?

    Kenapa satu medan ilmu dihadkan sebarannya jika benar? minta maaf saya mcm typical pulak, sebenarnya saya terjebak bidang ni secara x sengaja dan terjumpa pula beberapa penemuan yg senada..

    ReplyDelete
  33. Baru perasan yang naga-naga tu mengapit MUHAMMAD yang bertimbal-balik (Muhammad zahir & Muhammad batin).

    Naga-naga yang mengapit tu pulak seolah-olah membentuk huruf Ha & Wau (Huu).

    Di bawahnya pula ada tulisan "Al-Mus_ _ _ Billah"

    Pada pemerhatian saya, selalunya nama-nama Sultan Malayu akan disertai nama gelaran seperti Al-_ _ _ _ Billah, seperti:

    Al-Sultan AL-MU'TASIMU BILLAHI Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman,

    Sultan Haji Ahmad Shah AL-MUSTAIN BILLAH ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, Sultan Pahang Darul Makmur, dan

    AL-WATHIQU BILLAH Al-Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud AL-MUKTAFI BILLAH Shah, Sultan Terengganu Darul Iman.

    Sekadar menyampaikan...

    ReplyDelete
  34. Tolong jangan hantar emel lagi.MF tetap ditutup untuk umum.Kesian awak semua hantar emel dengan harapan menggunung.

    :(

    Pasal individu yang menyamar jadi saya tu,saya cuma tak gemar anda menjawab pertanyaan para peminat saya,seolah-olah awak wakil saya pula.Perkara yang tak benar pasal saya,awak mereka-reka cerita pula.Kan tak baik tu.

    Tapi saya maklum,dari peminat untuk peminat.Maknanya dia ni peminat saya juga.Tapi menyamar jadi saya tu,macam ambil kesempatanlah pulak.

    Tapi nak sebarkan artikel saya,teruskan.Saya tak marah.

    Ok,harap sabar menunggu ya.Tak lama lagi laman ni pun akan dishutdown.


    ~Srikandi

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum Kak Sri..

    Saya dah ikuti Kak Sri sejak sekian lama dah.Kak Sri telah menyegarkan lagi semangat saya yang memang meminati bidang sejarah,terutamanya sejarah Melayu.Saya berusia 17 tahun,dan sekarang saya mengambil SPM di sebuah sekolah agama di KL.Dan saya memang bercita-cita mengambil subjek sejarah dalam pengajian di IPT kelak.

    Di sini saya sertakan email saya,bukan untuk dapat keahlian nak masuk mistisfiles,tapi sudi kiranya Kak Sri beri nasihat bagi saya yang sangat-sangat ingin mengikuti jejak langkah Kak Sri kelak,sebagai seorang pengkaji sejarah yang JUJUR dan BERANI demi agama dan bangsa kita.Saya bukan main-main,saya serius. Tak ramai saya rasa anak muda yang benar-benar ingin mengambil bidang sejarah betul2,bukan setakat nak jadi guru sejarah sekolah saja.

    Saya mohon jasa baik Kak Srikandi selaku Guru Sejarah saya untuk meminta permata2 tersusun yang boleh saya buat panduan dalam mengharungi lautan sejarah bangsa Melayu.

    ni email saya:timur_syah@yahoo.com

    Saya tahu Kak Sri tetap akan siarkan komen saya.Tapi sebolehnya Kak Sri jangan siarkanlah.

    Terima kasih Cikgu Srikandi.Saya janji akan ikut jejak langkah Cikgu.

    -pemudatimur-

    ReplyDelete
  36. Setelah diberikan sedikit hint oleh Sri, saya cuba2 mencari apa yang ada dibawah candi borobudur melalui pintu rahsia tersebut.

    Saya cuba kongsikan bersama link yang saya berikan ini:

    http://klik-andrey.blogspot.com/2011/04/candi-borobudur-peninggalan-nabi.html

    ReplyDelete
  37. bagaimana kalau lagenda perkahwinan dgn puteri naga itu sebenarnya adalah cerita Nabi Ibrahim yg berkahwin dgn Siti Qaturah/ puteri dr negeri jauh... dan menurunkan asal raja2 melayu. Kaum naga yg tinggal di sini ialah penduduk asal hingga dinamakan Lembah Bhujanga ( Naga ) Juga Gangga Nagara/ Nagara Air/laut.. tempat Naga hidup sentiasa dikatakan didalam air..... Dalam sejarah melayu juga dikatakan raja suran masuk ke dalam negara laut dan menurunkan keturunan raja2 melayu.. sedangkan Gangga Nagara sendiri digelar nagara laut

    Jouhar

    ReplyDelete
  38. Salam.
    Ulasan utk komen jouhar..."bagaimana kalau lagenda perkahwinan dgn puteri naga itu sebenarnya adalah cerita Nabi Ibrahim yg berkahwin dgn Siti Qaturah/ puteri dr negeri jauh... dan menurunkan asal raja2 melayu"

    Sokong!
    Utk srikandi....
    Ngah Jabor; Tips =>TUFAT ALNAFIS=> Daeng Kemboja

    MD

    ReplyDelete
  39. apa pun cek seri, gud luck, walaupun byk soklan x tjwb..

    sang mata hari2 mau..

    ReplyDelete
  40. ahazeman said...

    Saya selaku salah seorang dari jutaan peminat kepada penulisan cik Srikandi.. Kami semua Terasa rindu yang melanda terubat.
    terima kasih kerana masih sudi menulis mengisi kerinduan keresahan mengharap buah tangan saudari yang mengasyikkan...

    ReplyDelete
  41. salam...
    cik sri saya amat berminat dengan penulisan kajian cik sri... tetapi sekarang antara laman berkenaan tak dapat di access... cik sri juga bagitau laman ini pun akan tutup.
    Jadi akan tamatlah satu lagi saluran sumber yang amat bernilai buat saya dan ramai orang...
    Akan masih adakah peluang untuk saya dan kami berdamping dengan penulisanmu cik sri... mantera penang

    ReplyDelete
  42. Salam...
    Satu lagi link yang saya boleh kongsikan bersama:

    http://abjadmalaysia.blogspot.com/

    Dalam blog ni lebih menceritakan mengenai sejarah kedah. Harap Sri boleh ulas sedikit mengenai apa yang terkandung dalam blog tersebut.

    ReplyDelete
  43. selamat berpijak, selamat berjalan.
    jalan diperjalan dengan segala kebaikkan, beroleh perjalanan yang ada bermuktamad oleh yang maha memperjalankan hamba-hambaNya.

    semoga sentiasa dilindungi yang maha kuasa dan akan baik-baik senantiasa hendakNya.

    jaga diri kamu baik-baik wahai permata bangsa.

    dan buat kalian semua, jaga diri kalian semua.


    wassalam.

    mb.aa

    ReplyDelete
  44. Srikandi, baru-baru ni saya membaca di forum dan blog tentang mukjizat AlQuran Al-Qasas ayat 38. Rujuk http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/2011/09/misteri-binaan-piramid-dijawab-oleh-al.html

    Dalam ayat tu firaun menyuruh haman memanaskan tanah liat untuk membina bangunan yang tinggi supaya firaun boleh melihat tuhan nabi Musa. Dan kajian terbaru mendapati bahawa sememangnya piramid dibina dengan cara memanaskan tanah. Tapi saya masih lagi tertanya-tanya adakah bangunan tinggi yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah piramid ataupun bangunan lain yang belum ditemui. Piramid ada banyak dan dibina bukanlah sebagai bangunan tinggi tetapi sebagai makam firaun. Ada juga teori lain tentang tujuan piramid dibina yang mungkin ada kebenarannya. Soalan saya ialah

    1. Adakah puncak piramid ada pintu supaya firaun boleh berada dipuncaknya untuk melihat tuhan?

    2. Srikandi mendakwa nenek moyang firaun adalah dari nusantara (mala), maka adakah bangunan-bangunan seprti angkor watt, candi borubodur dan piramid malaysia yg didakwa oleh guy frm kementerian juga dibina dengan memanaskan tanah liat?

    3. Adakah ada ahli arkeologi atau pakar sejarah yang meiliki sebarang teori ttg dimana bangunan tinggi yang dibina oleh haman dalam ayat tersebut?

    ReplyDelete
  45. Salam pembaca yang dimuliakan,

    Memang banyak peninggalan bangunan seakan piramid berada di nusantara. Saya amat kagum dengan kedudukan bangunan2 tersebut kerana setiap unit terdapat 3 piramid yang mana kedudukan setiap penjuru adalah berada pada 60 darjah. Salah satu penjuru akan berada pada garisan 90 darjah dan menghadap ke kiblat. Saya telah berada di tiga penjuru tersebut sambil membawa bersam peta pada grid 1:50,0000. Tempat adalah di timur semenanjung, next trip saya akan ke sebelah pantai barat. Beza piramid di sini dengan di Mesir, Amerika Latin dan lain2 tempat adalah faktor geography yang mana piramid di sini dilitupi oleh hutan, memrlukan kaedah yang lebih teknikal untuk dijejaki.

    ReplyDelete
  46. Salam pembaca yang dimuliakan dan dirahamati,

    Selain dari piramid, ada lagi khazanah yang amat berharga yang dikejar oleh musuh Islam. Rantau Nusantara diasak oleh Spain, Portugal, BHolland, British dan Siam. Mereka menjangkakan khazanah itu berada di salah satu tempat di Tanah Melayu. Melaka, Pulau Pinang dan Singapore. Akhirnya mereka tak pasti namun telah merizab kawasan tersebut sbg World Heritage under Unesco. Melaka adalah tempat yang mereka jangka akan memperolehi khazanah yang mereka percaya akan memberikan kemenangan dalam apa jua... dan sedaya upaya tidak merelakan ianya jatuh ke tangan orang Islam.. Di Singapura mereka telah menanda sbg Bukit Larangan... Gunung Ledang telah diselidik, namun mrk jangkakan bukan lokasi sebenar...tapi penting untuk mereka kerana banyak khazanah seperti harta, emas dan saksi2 akhir zaman tinggal di sana termasuk mrk percaya ibu kepada segal ibu juga berda di sana. Kalau kita perhatikan tumpuan pendudukana dan serangan mereka lebih tertumpu di Melaka.. Saya sedang menjejaki satu tempat yang mereka ciptakan melalui filem fiksyen berjudul Raiders of the lost ark...

    ..the3rdeye

    ReplyDelete
  47. Salam Srikandi dan pembaca semua..

    Benda yg elok tak manis disembunyikan. Apa kata Srikandi cuba membukukan blog ini. Saya akan menjadi orang pertama yang membeli buku itu :)

    ReplyDelete
  48. Tak dinafikan tanah liat yang dibakar pada variasi suhu yang tinggi akan kelihatan seperti batu, saya pernah melihat ujikaji yg dibuat di SIRIM satu ketika dulu...

    ReplyDelete
  49. Cik Sri,
    Boleh terangkan sedikit tentang jata tersebut?

    Satu persoalan yang sentiasa bermain dlm fikiran: selama ini, naga sering dikaitkan dgn China. Adakah bangsa Melayu sebenarnya mempunyai perkaitan dgn naga, bukan bangsa Cina?

    AM

    ReplyDelete
  50. kisah yg mengagumkan...
    -apa kah mim yg sebenarnya yg terdapat d selendang?
    -ke mana ilmu nya hilang?
    -beragama apa kah pd ketika masa di waktu purba dahulu?
    -bgaimana permulaan rencong dan jawi kpd bangsa MELAYU?
    -apakah itu bahasa sankrit? bahasa agama atau bahasa bicara di nusantara? maka nya bagaimana pula terjadinya bahasa melayu mehjadi bahasa NUSANTARA?
    -bagaimana mula nya bahasa melayu?
    -

    ReplyDelete
  51. Minta maaf sebab banyak pertanyaan anda semua saya tak sempat nak layan.

    Ok,kebanyakan kerajaan Melayu di Sumatera,seperti Langkat,Siak dan Kampar mempunyai simbol naga.Kajian saya memberi petunjuk bahawa simbol asal Srivijaya ialah 'Sea Dragon'.

    Ini sama seperti yang tercatat dalam manuskrip purba Khmer tentang 'Naga Laut Mohodhara' yang dikaitkan dengan keturunan para pemerintah city-states Melayu di Indochina,Segenting Kra dan Sememnanjung.

    AM,

    Naga bukan ekslusif kepada bangsa Cina.Bangsa-bangsa Eropah juga punya legenda tentang naga.Terutama era Viking dan suku-suku Jerman Kuno,mereka memiliki mitos 'dragon' yang menjadi 'cult' sehingga muncul dalam pelbagai simbol,tugu dan cerita kanak-kanak.

    Dalam bangsa-bangsa di India juga memiliki legenda naga.Istilah 'naga' itu sendiri dari Sanskrit.Istilah kuno Melayu ialah Merong (ular besar).


    ~Srikandi

    ReplyDelete
  52. -ramai yg mengatakan ttg kaum manasseh dengan melayu, adakah ianya kerana bermula dengan huruf m? (m juga dikata kn mewakili huruf mim dlm tulisan jawi)
    -bagaimna pula kaum ephraim, mmg tiada kaitan kah?
    -ada ke kaitan m dgn ophir juga nusantara?

    ReplyDelete
  53. cuba sahabat sekalian baca blog ni...mngaku rakyat malaysia,tapi ceduk sejarah dari Thailand..pahtu mahu mnipu lg..harap2 cik seri dpt buat sesuatu...

    http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/

    ReplyDelete
  54. Ahaa.. Ok,harap sabar menunggu ya.Tak lama lagi laman ni pun akan dishutdown.

    RM pun nak tutup juga? kenapa?

    ReplyDelete
  55. Sy setuju dgn midorikirin supaya srikandi membukukan blog ini. Biar dia yg jadi pembeli pertama dan sy hanya jadi pembeli ke 85463 (Cetakkan ke 4) Versi Jimat sebab skrg poket tgh diet.. :)

    ReplyDelete
  56. apa kata yang rajin mencadang ni pergi hantar mana2 syarikat percetakan dan cetak buku... adakah srikandi kesayangan kami akan izinkan.

    ReplyDelete
  57. Bahan-bahan kajian saya bukan untuk tujuan komersil,ia untuk pendidikan.

    Sudah tentulah saya tidak izinkan sayang...



    ~Srikandi

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum

    BANI TAMIM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai persinggahan untuk mendapatkan pautan-pautan terkini tentang
    SEJARAH l KONSPIRASI l BERITA l DAKWAH.

    Tujuan blog ini dibina adalah untuk mengumpul seberapa banyak mungkin pautan blog-blog yang selari dengan penulisan tentang pendedahan sejarah yang sebenar, konspirasi kebatilan, berita semasa serta berinterprestasikan dakwah.

    Alamat : http://banitamim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  59. mim itu kalam ruh kalam, menguatkan muhammad asalnya diberitakan ahmad, bersifat terperi bagi peri zahir, penguat bagi peri kandung ruh, menguatkan kalam bagi bani jawi. mim dalam melayu peneguh kalam bagi ruh. semangat diri yang terperi zahir dan batin dari kalangan anak cucu bani jawi berasal usul dari bani adam. kalam kata wujud bagi mengujudkan, jadi janganlah kalian semua khuatir akan mim, kerana masih lagi ada alif dan seterusnya bagi kalam kata wujud bagi mengujudkan. carilah. dan semi melayu, bersatu dan bangkitlah kalian semua kerana Ilahi.

    ReplyDelete
  60. -selain drpd keris apakah tinggalan sejarah yg boleh membuat kan org melayu berbangga pada masa kini yg terdapat di MALAYSIA...

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. Cik Seri, ini kali pertama saya meninggalkan komen setelah membaca tulisan Cik Seri sejak tahun lepas. Mohon diinvite saya,ya! Terima kasih. -cikguyangmurni@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum Cik Seri,
    Saya mahu Cik Seri siasat kerajaan MELAYU DI KALIMANTAN PULA, Sbb DI KAWASAN KAMI JUGA ADA KERAJAAN MELAYU TERUNGGUL. JIKA DI SEMENANJUNG YANG TERKENAL ADALAH MELAKA. Tetapi disini Kesultanan BRUnei DarusSalam. Harap Cik Seri tolong cari sejarah Kerajaan Melayu Bersekatan Sarawak. Sebab Sarawak pun ADA ORG MELAYU. MALAH Byk org hanya menyangka ORG MELAYU tiada si Serawak.

    INI Adalah NAMA2 Kerajaan Di Kalimantan.
    Harap MemBANTU CIK SERI


    Kalimantan Barat
    - Kesultanan Sambas
    - Kesultanan Kadriah Pontianak
    - Kesultanan Mempawah
    - Kerajaan Sintang
    - Kerajaan Ismahayana Landak
    - Kerajaan Matan - Tanjungpura
    - Kerajaan Sanggau
    - Kesultanan Kubu
    - Kerajaan Sekadau

    Kalimantan Selatan
    - Kesultanan Banjar
    - Kerajaan Nan Sarunai
    - Kerajaan Negara Dipa
    - Kerajaan Negara Daha

    Kalimantan Timur
    - Kerajaan Kutai
    - Kerajaan Berau
    - Kesultanan Gunung Tabur
    - Kesultanan Sambaliung
    - Kesultanan Kutai Kartanegara Ing Martadipura
    - Kerajaan Kutai Martapura
    - Kesultanan Pasir (Sadurangas)
    - Kerajaan Tidung (Kerajaan Tarakan)

    Kalimantan Tengah
    - Kesultanan Kotawaringin

    ReplyDelete
  64. INI ADALAH SUMBER2 DARI ORG2 MELAYU KALIMANTAN


    http://melayuonline.com/ind/history/dig/60/kerajaan-melayu-di-kalimantan-barat
    http://melayuonline.com/ind/history/dig/62/kerajaan-melayu-di-kalimantan-selatan
    http://melayuonline.com/ind/history/dig/61/kerajaan-melayu-di-kalimantan-timur
    http://melayuonline.com/ind/history/dig/500/kerajaan-melayu-di-kalimantan-tengah

    ReplyDelete
  65. Nanti saya sertakan dalam kajian saya,terima kasih.


    ~Srikandi

    ReplyDelete
  66. anonymous diatas merujuk kepada salasilah Sultan Melayu Kalimantan, sila rujuk kepada salasilah Kesultanan Brunei dan mungkin anda akan menemui jawapannya disitu bagi Kalimantan dan juga Sarawak. Juga boleh merujuk kepada Kerajaan Majapahit khusus bagi Kalimantan. selebihnya CikSeri lebih mengetahui. Sememangnya pada hematku, adalah Raja-Raja Melayu itu dari tunggak yang satu. dari tunggak itulah bercampur-campur dengan keturunan Raja yang tunggak juga dan dari anak-cucunya berpindah-pindah membina negarakota-negarakota mereka sendiri. Sepertimana yang diketahui Bani Jawi berasal usul dari Nabi Allah Ibrahim dengan Keturah dan Nabi Ibrahim adalah keturunan bangsawan Bani Israil (keturunan Raja-Raja) dan dibawa pula kepada keturunan Nabi Allah Daud dan Nabi Sulaiman a.s. Disini ada pertunjuknya bagi yang mahu mengkajinya serta mengambil iktibar untuk penyatuan ummah, dan ada intipati keturunan Raja-Raja Melayu.

    Semoga bersatu ummat Melayu demi menegakkan kebenaran Ilahi dan yang demikian akan bertitik-tolak bersatunya sekalian ummah dengan syafaat Muhammad saw dan Ahlil Bait demi kerana Allah swt dan sekalian ummah hanyasanya.

    wassalam.

    ReplyDelete
  67. Salam...
    Terus mengkaji cikgu...byk ilmu yang dapat di pelajari...akhirat itu di hadapan dunia itu di belakang, ajal itu dekat...perjalanan itu jauh...

    ReplyDelete
  68. Allah, demi sesungguhnya daku telah terlepas pandang dan terlepas kata. adalah tiada dalam pengetahuanku yang benar bahawa dari keturunan bangsa apakah Nabi Ibrahim a.s. dalam pada daku berkata-kata yang diatas akalku berfikirkan akan tentang Nabi Zakaria yang sebenarnya, yang sememangnya beliau adalah keturunan bangsawan Bani Israil. Yang diketahui adalah susur galur Nabi Ibrahim adalah Ibrahim putera Aazar(Terah) bin Nahor bin Serug bin Rehu bin Falikh bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin NUH a.s. yang mana terpelihara akan nasab keturunannya yakni keturunan dari 'tunggak yang satu' jualah akan dia.

    Maafkan lah akan kekhilafan diriku kerana Allah swt. bukanlah disengajakan olehku.

    wassalam.

    ReplyDelete
  69. Kenapa srikandi tak bukukan blog ini dan blog mistisfiles? Beberapa kemungkinan

    1. Kajian srikandi masih belum sempurna. Masih banyak lompong dan misteri yang perlu diisi. Lagipun apa yang srikandi sampaikan dalam blog ini berbeza dengan pegangan mainstream sejarawan kita yang ada nama besar dan dah lama bertapak dalam 'politik'. Sebagai pensyarah muda yang belum punya kuasa, mungkin apabila srikandi bukukan artikel dia, ada tangan-tangan 'ghaib' yang cuba sabaotaj.

    2. Kajian srikandi berdasarkan buku dan pengembaraan srikandi di Thailand, Kemboja dll. Sebahagian sumbernya adalah rahsia negara (Thaland terutamanya), hanya boleh dilihat dan dianalisis tapi penjaganya memberi amaran supaya jangan ambik gambar atau jangan itu dan ini. Jika bukti-bukti tersebut dimasukkan dalam buku. Sudah tentu srikandi terpaksa langgar janji. Mungkin dimasa mendatang srikandi dah susah untuk kembali mencungkil maklumat.

    3. Srikandi mungkin berhasrat untuk membukukan kajiannya, tapi bukan sekarang tapi masa akan datang. Skrg ni dia cuma berjuang menerusi blog dulu. Dengan method sekarang, dia ada komen dr pembangkang, boleh check n balance. Sebarang kelemahan boleh diperbaiki atau hujah boleh diperkuatkan dengan sokongan maklumat pembaca.

    4. Jika srikandi membukukan blog dia, maka identiti dia terdedah. Masa tu mungkin kita dah tak berpeluang melihat dia kuarkan cakar harimau dia lawan blogger lain. tak best la. Lagipun dlm byk balasan komen, dia selalu sebut 'sayang'. kang tak pasal2 ramai org hantar rombongan meminang.

    5. Mungkin terdapat pihak yang memberi amaran supaya jangan mendedahkan maklumat2 sejarah penting dengan alasan tertentu samada diada-adakan atau benar. Mungkin menerusi blog, masih boleh diterima. Lagipun blog kurang memberi impak berbanding buku.

    6. Alasan yang srikandi dan mistisfiles jer yang tahu

    Tapi aku harap tiba masa nanti, dia bukukan jugak. Tak kisahlah 2, 3 atau 5 tahun lagi. tapi jgn sampai lebih 10 thn.

    ReplyDelete
  70. Harap boleh jemput saya zarconbank(at)gmail.com untuk ke halamansrikandi dan jigsclue. Saya menagih ilmu.

    ReplyDelete
  71. salam cik seri...

    sy telah lama mengikuti pengajian sejarah sebenar bersama dgn cik seri,sejak sy bersua dgn Mistifiles dan sgt berterima kasih dgn usaha cik seri dlm mendedahkan hal-hal kebenaran.semoga Allah terus menerus memberikan kekuatan utk cik seri terus menggali semua kebenaran ini utk dikongsi oleh kami semua..

    p/s : harap cik seri dpt terima sy utk ke halamansrikandi & jigsclue utk sy terus mengikuti penulisan cik seri..email sy, pojywany@gmail.com

    sekian, wassalam

    ReplyDelete
  72. pls jgn shutdown blog ni....kongsi la dengan semua orang....apa nak dirahsiakan??? kalau semua shutdown, nanti kami ketandusan penngetahuan!

    ReplyDelete
  73. Eh dah tak shutdown?

    Bagus jugak ATBM shutdown. Shutdownnya ATBM adalah bagi memberi tekanan terhadap psikologi Bangsa Melayu menjelang PRU13... secara halus... seperti Organisasi Freemason n Illuminati. Hehehe...

    M_M

    ReplyDelete
  74. Salam.
    saya adalah pengikut setia ATBM dan banyak yg telah saya share di dalam twitter. harap dapat permission utk join halamansrikandi & jigsclues. Hidup MELAYU!

    ReplyDelete
  75. hmmm bosan pulak dah takde berita2 sejarah local nie..so saper tau aper cerita terbaru Lembah Bujang. last time ada jumpa relong besi..any famous artifact related, yang ada kat thailand ke, india ker, burma ker...

    mistifiles dah tak ada, ibnu rusydi tak update, same gak dgn lokalgenius, sangtawal sakranta pun sama..catatan si merah silu ok, tapi blg dia cam banyak sangat bahan kiri kanan, serabut mata nengok...tup2 jadi malas nak baca..Malay press, hmmm ok jugak walau byk yg kawan tak setuju mane..

    hmm siapa tau address blog2 sejarah yang original cam kat atas tu lagi, tak nak yg copy paste semua tu, tu banyak jumpa, kongsi2 la sini yer..

    ReplyDelete
  76. Betul kata DiRaja tu.. apa yan perlu kita buat sekarang adalah kumpulkan segala macam pertubuhan melayu kat malaysia ini. buat organisasi , tak payah nak kecoh2. buat TINDAKAN.

    perlu sedar bahawa parti politik atau kerajaan tak boleh buat apa2 sebab kita diperhatikan dari jauh oleh musuh, macam helang memerhatikan mangsanya. jadi kerajaan cuba main tarik tali dengan mereka.jika kerajaan buat juga maka jadi macam libya,iraq dan lain negara islam yan kene langgar. jadi perlu berjaga2.

    ReplyDelete
  77. harap cik sri dpt mohonkan kepada mo untuk invite kihfan@gmail.com...
    bosan xde bahan bacaan ni..
    ---terkandas dimesir

    ReplyDelete
  78. Now,all of you can access both of my blogs.

    Thanx.


    ~Srikandi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...mohon invite saya dlm kumpulan...saufiehadijailani5005@yahoo.com
      bertahun2 saya mencari setelah lost contact...please...

      Delete
  79. cik seri, awak maybe sedang sibuk susun nota2 dan buat kajian menjelang bulan 5/2012 nie kot. kami ni hilang punca sebenarnya.

    apa sudi kiranya cik seri cadangkan pada kami apa blog2 yang bagus di kunjungi serta buku2 (tajuk & penulis) yg bagus untuk kami buat rujukan. bukan apa, sejarah nie ilmunya misteri. banyak yang auta di ceritakan se akan fakta.

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum...
    1. Saya nak tanya jata apakah di atas sekali [pada awal artikel ini]?
    2. cuba perhatikan kalimah mim ha mim dal di apit dua ekor naga... jelaskan? sudah pasti mereka Islam....

    ReplyDelete
  81. Kerajaan Langkat.

    Yup,sudah pasti.

    :D


    ~Srikandi

    ReplyDelete
  82. assalamualaikum....

    saya ni bru nk tahu sejarah melayu... saya penah terdengar org kate tentang qatura? genghis khan? dan iskandar zulkarnain? adakah meraka ni org2 melayu?

    ReplyDelete
  83. assalamualaikum kak sri..

    saya minta kebenaran utk menyimpan tulisan kak sri dlm bentuk hard copy.. emm sekarang dah bulan june.. masih menunggu latest post tentang naga tu.. bila ye...

    harimau lintau..

    ReplyDelete
  84. BULAN MEI DAH LEPAS,DAH MASUK BULAN JUN...XLAMA LG JULAI PLAK....APA YANG AKAN DATANG?MANA ATBM 4.0 DELUXE?

    ReplyDelete
  85. Alhamdulillah banyak info kat sini..
    Thanks...

    ReplyDelete
  86. Salam Cik Sri Kandi,

    Saya masih menunggu artikel The Origin Of The Sea Dragon.
    When is it coming?

    Keep up the excellent job done here!

    Regrds. Nor Mawar

    ReplyDelete
  87. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  88. Assalamualaikum,

    Diharap dapat mengulas tentang keujudan Dika dan Puteri Mahtabul Bahri, ibu kepada Sang Utama, Sang Maniaka dan Sang Sapurba, tiga putera naik ke Bukit Seguntang.

    I hope I have the opportunity to meet you one day. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  89. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  90. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  91. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  92. ASSALAMUALAIKUM WARAHMAHTULLAHI WABARAHKATUHU#SAYA INGIN NYATAKAN SESUATU TENTANG NAGA ITU.......... KITA MELAYU DIWARISKAN DGN AGAMA MNJAGA AGAMA ADAT DAN ADAB SERTA NASAB LELUHUR...KERIS IALAH SENJATA WARISAN,KERIS ADALAH SIMBOLIK KALIMAT TAUHID ALLAH HU RAB AL ALAM,DGN ALIF, DGN KALIMAH AL HAQQ,AWALUN KALAMULAH .. ALIF TERTEGAK NYA HAK DAN KEBENARAN KALIMAT ALLAH YG TA AKAN BINASA DGN KEJAHATAN DAN KEBAIKAN.MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA SESUATU,SESUNGGUH NYA YANG MENJAGA MAKHLUK NYA IALAH DIA ALLAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN ,DIA LAH ALLAH AZZAWAJALAH RAB AL AMIN YANG MENTADBIR DAN MENGUWASAI SEGALA URUSAN DAN SELURUH ALAM INI,MILIKNYALAH APA YANG ADA DILANGIT DAN DIBUMI DAN APA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA.. SESUNGGUHNYA KALIMAT TAUHID ALLAH LAH YANG MEMBINASAKAN SEGALA GERAK MMUSUH NYA,DGN KALIMAT TAUHID ALLAH LAH MAHKLUK KUFUR INI DITUNDUK,SUNGGUH KALIMAH ALLAH ITU ADALAH AGONG SA AGONG NYA... DEMIKIAN NAGA ITU ADALAH HANYALAH GAMBARAN JELMAAN SI IBLIS LAKNATULLAH, ALLAH LAH YANG AGONG YANG MENUNDUKKAN SEGALA JENIS MAHKLUK NYA ..WALAHU ALAM

    ReplyDelete
  93. nape..
    bulu pada kulit dah ada feel..
    pulang..
    marilah pulang..
    marilah pulang..
    bersama2...

    atau..

    perlu diseret untuk pulang...

    hint tipudaya IBLIS lemah..

    ReplyDelete
  94. udah baca lagenda khemer ni.....kenapa lebih kurang sama macam merong maha wangsa.....pelik....ada satu babak dalam lagenda khemer ni bapa puteri naga ni menyedut air sehingga kering menjadi pulau atau daratan........kalau ikutkan sains dan teknologi...kaedah ini disebutkan dengan nama empangan dan tali air boleh membenamkan kawasan tanah dengan air atau mengeringkan tanah dengan empangan menutup tali air sehingga menjadi daratan.....contoh sawah padi...di kemboja ada tali air purba

    ReplyDelete
  95. Slalu follow cik srikandik..suka sangat cara penyampaian

    ReplyDelete