Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XVI






Sebelum orang-orang Thai muncul sebagai kekuatan yang dominan pada abad ke-13,Thailand didominasi oleh orang-orang Mon dan Khmer.Mon adalah satu kaum dan tamadun yang berpusat di tepi barat dataran tengah.Mereka mendirikan kerajaan Dvaravati yang misteri.

Dari sejumlah kecil koleksi inskripsi dan patung-patung yang diketahui para sarjana,bagaimanapun,mengetahui bahawa kerajaan itu melangkau ke timur menuju Kemboja,ke utara menuju ke Chiang Mai dan ke barat menghampiri Burma.Di Kemboja,adalah orang-orang Khmer,dengan menumpu di negara Kemboja pada hari ini dengan ibukota mereka di Angkor,"The City of Angels".Mereka mengawal sebahagian besar Thailand,terutamanya timur laut Thailand dan selatan Laos,selain Kemboja sendiri.

Di selatan Dvaravati...adalah bayang-bayang Srivijaya,sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di Asia Tenggara.Melayu,adalah dalang di sebalik nama Srivijaya,adalah orang-orang yang punya sejarah misteri di Indochina,suka membina negarakota-negarakota di merata tempat.Mereka juga menyebar di seluruh Thailand dan budaya mereka dikongsi oleh misterinya Dvaravati.Srivijaya,walaupun kita memiliki sedikit maklumat tentangnya,tidak dapat diragukan adalah salah satu yang paling terkuat-jika tidak pun,adalah merupakan empayar maritim yang benar-benar berkuasa.

Salah satu negarakota mirip Dvaravati adalah Chih-Tu (Tanah Merah),yang terletak di Kelantan pada hari ini.Mengikut rekod Dinasti Sui (581-618),kerajaan ini merupakan satu kerajaan yang berperadaban tinggi.Di dalam 'Meridionaux',Matounlin telah menyebut dalam tahun 638 Masehi,Seng-Kao (Chiang Mai) telah menghantar duta pertamanya ke kerajaan China.

Di dalam rekod Dinasti Sui,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Tan Chu (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."

Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau "Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sriwijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.

Chiang Mai bermaksud 'kota para sami' dan terjemahan dari istilah bahasa Pali untuk makna yang sama:Lawasangharatha.

Legenda China mengatakan seorang raja telah meninggalkan takhtanya untuk mengabdikan diri sebagai sami.Dan kerajaannya diserahkan kepada anaknya yang bernama,Srivijaya...
















PETUNJUK

TERSEMBUNYI

DI DALAM

CHIANG MAI CHRONICLES











Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka

{...mewarisi gelaran 'Kamvan' dan berasal dari darah keturunan Dinasti Matahari...dia...(Suryavarman I) memerintah seluruh negeri Dharmaraja pada tahun Saka 924...}



(Inscription of Phimanakas,Cambodia)







Untuk melihat kebudayaan Melayu purba sebelum cahaya hidayat Islam tiba di Nusantara,kita boleh melihat 'bayang-bayang' nya di Indochina.Segenting Kra hingga ke tengah Thailand dan menuju ke Kemboja mewarisi kebudayaan Melayu Kuno zaman Buddha (abaikan dahulu Sumatera).Ke barat terletak satu lagi kerajaan purba suku Melayu yang amat popular dalam riwayat Indochina,Champa.Tetapi ini kerajaan Hindu.Segenting Kra,tidak dinafikan adalah tempat lahirnya beberapa dinasti diraja Melayu yang mencapai tahap legenda dan kultus dalam hikayat-hikayat Indochina.Di dalam artikel ringkas ini,kita akan membincangkan sejauh mana bayang-bayang 'ruling class' raja-raja Melayu di seluruh Indochina pada masa silam.



Petunjuk Pertama:Sulalatus Salatin


Di dalam Sulalatus Salatin terdapat beberapa bahagian yang menceritakan tentang benua Siam.Apa yang menarik,gelaran 'Cau' dalam Sulalatus Salatin:

"Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka baginda sendiri hendak berangkat menye­rang Melaka. Maka ada seorang anak Bubunnya lelaki, ber­nama Cau Panden; maka ia bercakap ke bawah duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka. Sembahnya: "Duli Pra Cau, lengkapi patik; patiklah mengalahkan Melaka itu". Maka Paduka Bubunnya pun terlalu sukacita mendengar sembah anaknya, Cau Panden itu.."

Juga disebutkan dalam perenggan yang lain tentang raja Patani,Cau Seri Bangsa (Sriwangsa) yang memeluk agama Islam lalu memohon nobat dari Kesultanan Melaka.Dalam Sulalatus Salatin,kesimpulan umum yang boleh dibuat ialah,gelaran 'Cau' ini ialah gelaran untuk kerabat raja Siam.Untuk mengetahui kerajaan apakah yang sezaman dengan Kesultanan Melaka,umumnya merujuk kepada Kerajaan Ayutthaya (1351-1767).Namun jika diteliti,gelaran 'Cau' (Chao) tidak popular digunakan oleh raja-raja Ayutthaya.

Satu lagi misteri ialah raja Patani juga disebut dengan gelaran Cau ini.Ini bermakna,Ayutthaya bukanlah saingan Melaka ketika itu.Hujah ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan bukti terbaru bahawa Empayar Melaka bermula pada abad ke-11 bukan abad ke-13!Semua ini memimpin kepada misteri siapakah kerajaan Benua Siam ketika peristiwa dalam Sulalatus Salatin dan siapakah Paduka Bubunnya sebagai pemerintah Siam dan asal-usul gelaran Cau yang dikongsi oleh Patani dan Siam.Umum mengetahui bahawa Patani adalah kerajaan Melayu bukan Thai.Di sini,kita mestilah membezakan makna 'Siam' dan 'Thai'.Siam bukan Thai,namun Thai kemungkinan terserap ke dalam Siam.Siam adalah gelaran purba dari bahasa Mon-Khmer:Syam,merujuk kepada satu kelompok kaum di Indochina pada masa silam.

Sebenarnya kerajaan di Benua Siam yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin itu ialah Nagara Sri Dharmaraja (Tambralingga). 

Satu lagi 'puzzle' ialah,mengapa raja Patani memohon nobat dari Melaka?Patani adalah satu kerajaan legenda,berasal dari empayar Segenting Kra yang terkenal,Langkasuka.Jawapan kepada semua misteri ini adalah:KETURUNAN RAJA-RAJA SRIWIJAYA.




"Srivijayan Bloodline"



Pertama sekali perlulah difahami rahsia ini:bahawa dinasti Sriwijaya bermula di semenanjung,TEPATNYA DI SEGENTING KRA.Dinasti Melayu kuno ini dipercayai berasal dari Istana Sri Dharmaraja (Sri Dharmaraja Court),iaitu Nakhorn Si Thammarat di Thailand pada hari ini.Dari sini,beberapa dinasti muncul,salah satunya ialah Pathomwangsa (bermaksud:bunga seroja) di mana Chandrabanu Sri Dharmaraja,raja Melayu yang menyerang Sri Lanka pada abad ke-11,berasal dari garis keturunan ini.Satu lagi ialah Sriwijayawangsa,yang pada era awalnya banyak mempengaruhi sejarah Kemboja dan Dvaravati hingga ke Chiang Mai.Bagaimana sampai ke Chiang Mai?

Catatan era Dinasti Sui mengatakan bahawa Seng-Kao (sebutan Cina untuk Chiang Mai) mempunyai ibukotanya bernama Chih-Tu.Menariknya.Chih-tu juga disebut dalam catatan pada era yang sama merujuk kepada satu kerajaan yang hilang di sekitar Kelantan sekarang.Chih-tu bermaksud 'Red Earth' dan di Kelantan ada tempat bernama 'Tanah Merah'.

Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Tan Chu (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."

Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau "Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sri wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri Dharmaraja,di mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran raja-raja Sri Dharmaraja sesuai dengan sejarah Sriwijaya.

Jika kita cantumkan dengan bukti dari Sulalatus Salatin,misteri ini semakin rumit.'Chao' adalah gelaran khas untuk raja-raja Chiang Mai.Namun dalam sejarah Melayu,'Cau' digunakan untuk gelaran di Benua Siam dan raja Patani.Dimanakah letaknya Chiang Mai?Chiang Mai terletak nun di utara Thailand.



Mengapa Raja Patani meminta nobat dari Melaka?Jika berpandukan kepada bukti-bukti dari Chiang Mai dan Sri Dharmaraja,kita boleh menyimpulkan bahawa raja Patani adalah dari GARIS KETURUNAN YANG SAMA DENGAN SULTAN MELAKA.Ini juga menunjukkan bahawa nobat,sebagai lambang kebesaran kerajaan Melayu,pada masa itu diwarisi oleh Melaka dan autoritinya dipegang oleh Melaka.Mengapa raja Patani tidak mencipta nobat sendiri,dan terpaksa memohon nobat dari Melaka?Semua ini akan membawa kita kepada garis keturunan Sriwijaya.

Dari sini,jika raja Patani bukan dari garis keturunan Sriwijaya (Kesultanan Melaka adalah warisan Sriwijaya yang tidak boleh disangkal lagi),PRESTIJ YANG ADA PADA NAMA SRIWIJAYA,memungkinkan raja Patani memerlukan PENGIKTIRAFAN.Sebagaimana Raja Lumu (berasal dari Sulawesi) yang memohon perlantikannya sebagai Sultan Selangor melalui perkenan Sultan Perak (dari garis keturunan Sriwijaya;dari cabang Kesultanan Melaka),begitu jugalah yang dilakukan oleh raja Patani.Ini menunjukkan bahawa seluruh Dunia Melayu dan suku-suku Austronesia meyakini,DARAH KETURUNAN SRIWIJAYA MEMPUNYAI DAULAT SEBAGAI 'RULING CLASS' YANG SEBENAR.

Lama sebelum kedatangan Raja Mengrai dari selatan China,kawasan sekitar utara Thailand di Chiang Mai termasuk dalam kerajaan Haripunjaya.Ini adalah kerajaan orang Mon.Namun raja-raja Chiang Mai sebelum era Lanna Thai memiliki darah Sriwijaya.Dipercayai bahawa suku kaum yang tinggal di sini pada zaman purba adalah kaum Lawa.

Dalam Chamadevivamsa,yang ditulis pada permulaan abad ke 15 dan di dalam Jinakalamali,yang siap ditulis pada tahun 1516,mengandungi bukti berikut:

"Seorang raja Haripunjaya bernama Atrasataka pergi untuk menyerang Lavo dimana Ucchittachakravatti sedang memerintah.Pada saat ketika dua penguasa itu disiapkan untuk berperang, seorang raja Sri-dhammanagara bernama Sujita tiba di Lavo dengan tentera yang cukup besar dan armada kapal perang. Dihadapkan oleh serangan mendadak, dua raja yang berperang ini (raja Haripunjaya dan Lavo) melarikan diri ke arah Haripunjaya.Ucchita tiba lebih dulu, berkahwin dengan ratu dan menyatakan dirinya sebagai raja.Kemudian Sujita, raja Ligor, membuktikan dirinya sebagai pemilik Lavo. Pada tiga tahun terakhir,penggantinya,atau mungkin anaknya,Kambojaraja,pergi untuk menyerang Ucchita lagi di Haripunjaya,namun dikalahkan."

Konflik antara Lavo dan Haripunjaya mencerminkan permusuhan antara dua dinasti terulung Melayu sebagai 'ruling-class' Indochina,Sailendra dan Sriwijaya yang tumbuh dalam skala yang lebih besar untuk menjadi krisis.Sarjana menyimpulkan serangan ini sebagai penaklukan empayar Kemboja ke atas negara-negara jiran yang lebih lemah,Lavo dan Haripunjaya.Namun pada masa yang sama,Kerajaan Kemboja juga diserang kerana riwayat ini menceritakan dengan jelas,menunjukkan bahawa penakluk itu dari Sri Dhammmaraja atau Ligor. Penguasa Lavo,Ucchittachakravatti disebut sebagai 'Chakravati',merujuk kepada pengaruh Angkor.Dia samaada Jayavarman IV atau penggantinya.Sebagaimana Lavo bertindak sebagai pos kawalan tentera Empayar Kemboja,kawalan ke atas Lavo mengakibatkan penaklukan takhta Angkor (oleh raja Melayu Sujita).Di sisi lain, kita akan melihat bahawa penguasa Angkor berikutnya,berasal dari keluarga Sri Dhammaraja atau Kerajaan Ligor.Dalam serangan oleh dinasti Sailendra yang kini berpusat di Jawa,Sriwijaya sedang mencari jalan keluar,dan istana Kemboja menjadi sasaran mereka.



Dinasti Viravamsa



Setelah pemerintahan Jayavarman V,telah muncul satu inskripsi yang menunjukkan tiga raja, Udayadityavarman, Jayaviravarman dan Suryavarman yang berkuasa secara bersamaan di lokasi kerajaan Angkor.Sarjana membuat spekulasi bahawa mereka bersaing di atas takhta Angkor sementara pada hakikatnya,ketiga-tiganya berdarah Melayu Sri Dharmaraja dan bergabung dalam perjuangan mereka untuk mengambil kawalan dari arah darat (kerabat Sriwijaya umumnya lebih sukakan perdagangan maritim).Sebuah petikan dari riwayat Khmer,Botomvaravamsa,menjelaskan titik misteri ini:

"Di sana ada anak saudara Maharaja yang diaturkan oleh Dhammavidhi Prah Rsiphatta,untuk menikahi ratu pada waktu itu dan naik takhta dengan nama Botomvaravamsa.Dia ditugaskan Virauraja sebagai Obyauraja dan Udayaraja sebagai Obraja-nya.Setelah kematian Botomvaravamsa,Prah Virauraja yang menjadi Obyauraja,naik takhta.Setelah pemerintahan Virauraja,Prah Udayaraja yang ditugaskan sebagai Mahaobjraja,naik takhta."

Menurut petikan ini,satu tatacara telah dilaksanakan oleh pendeta Angkor bagi mewujudkan kepimpinan baru.Suryavarman (Preah Botomvaravamsa) merupakan anak saudara dari Raja Angkor pada waktu itu dan ditetapkan untuk naik takhta Angkor sementara Jayaviravarman (raja Virauraja) menjadi Obyauraja (raja kedua) dan Udayadityavarman (Udayaraja) menjadi Obraja (jeneral tentera).Kita akan melihat bahawa Jayaviravarman dan Udayadityavarman adalah saudara dan berkaitan dengan kerajaan Chrestapura (Lavo) dan mensamarkan asal sebenar mereka dari Ligor dan mereka seolah-olah tidak asing dengan kerajaan Angkor. Mereka adalah penyumbang kepada Suryavarman I yang lebih muda yang kemudiannya akan menjadi penguasa utama dari takhta Angkor.

Semua ini menunjukkan bahawa terdapat satu era di istana Angkor dimana kerabat diraja Melayu Sri Dharmaraja menjadi 'ruling-class' bagi seluruh empayar Khmer.Seorang raja Melayu bernama Sujita juga telah menakluk Lavo (Lawapuri/Lavapuri/Lopburi) yang merupakan warisan kerajaan legenda Mon,Dvaravati.Kerajaan Dvaravati adalah benar-benar kerajaan SIAM ASLI kerana populasinya bercampur dengan budaya Melayu Segenting Kra dan Mon.Istilah 'Melayu Segenting Kra' adalah panduan,di mana budaya mereka zaman Buddha dahulu diwarisi oleh Kemboja dan Thailand,termasuk senibina dan kostum,setelah mereka beramai-ramai memeluk Islam dan memasuki era budaya baru.Senibina dan budaya Melayu Segenting Kra akhirnya telah dimajukan oleh orang Thai dan Khmer sehingga apa yang kita lihat pada hari ini.

Salah satu binaan Melayu Segenting Kra ketika kerabat Sri Dharmaraja atau Grahi membayangi istana Angkor,ialah Preah Vihear.

Ia dibina oleh Suryavarman I,setelah raja ini menewaskan saudara-saudaranya,menaiki takhta Angkor dan menerajui Empayar Khmer.



Siapakah Suryavarman I?





Beliau berdarah Melayu Sri Dharmaraja dari sebelah bapa.Bapanya,raja Nagara Sri Dharmaraja (Ligor) telah mengahwini seorang gadis Khmer.Bukti-bukti dari beberapa riwayat cenderung menunjukkan bahawa bapanya itulah Sujita,yang menyerang Lavo.Banyak inskripsi membuktikan pemerintahan Suryavarman berlaku pada seawal 1002 Masehi (924 Saka).Jika tarikh ini adalah tepat,Suryavarman dinobatkan pada masa yang sama sebagai raja Jayaviravarman mengarah ke spekulasi bahawa mereka bersaing takhta Angkor.Pandangan yang lain adalah bahawa Suryavarman I dan Jayaviravarman adalah dua gelaran yang berbeza yang diberikan kepada raja yang sama.Kita akan melihat bahawa tiada satu pun dari dua spekulasi ini adalah benar.Untuk memulakan,inskripsi Phimanakas membuatkan ia jelas bahawa bagi kenaikannya pada 1002 Masehi (Caka 924),Suryavarman I sebenarnya menaiki takhta Sri Dharmaraja.

"Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka"

Bahagian pertama dari petikan itu menyebutkan bahawa beliau berasal dari garis dinasti Suryavamsa (dinasti Matahari) dan mewarisi gelaran "Kamtvan", penghormatan untuk seorang raja Kemboja.Bahagian terakhir,"dharmarajya nu svey vrah 924 Caka" harus diertikan bahawa "ia (Suryavarman I) memerintah atas Prah Dharmaraja pada 924 Caka". Kedua-duanya menunjukkan Suryavamsa punya hubungan yang kuat dengan kerajaan Kemboja dari Tambralinga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja).Beberapa sumber menyebutkan bahawa ia sebenarnya putera raja Sochita (Sujita) atau Jayaviravarman sendiri.Sementara ayat seterusnya memberitahu beliau telah naik takhta Angkor pada 1002 Masehi, Suryavarman I dilantik pada masa yang sama,untuk memerintah Sri Dharmamaraja,hanya selepas Jayaviravarman berakhir (turun takhta) pemerintahannya pada tahun 1006 Masehi yang mana Suryavarman I seharusnya naik takhta Angkor.Beliau adalah jelas adalah Kambojaraja yang tertulis dalam riwayat Chamadevivamsa dan Jinakalamali,yang keluar untuk menyerang kerajaan Lavo dan memaksa mereka untuk menetap di Haripunjaya. Prasasti yang tertulis namanya lebih banyak terdapat bahagian barat laut negara itu,menunjukkan keterlibatannya dalam pembukaan dan pembentukan kembali Lavo.

Terdapat bukti lain yang menceritakan asal-usul Suryavarman I ini.

Prasasti yang terletak di tiang sebelah barat Prah Vihear mempunyai bahagian yang berkaitan dengan asal-usul Suryavarman I,bahkan,walaupun tidak secara jelas,Suryavarman I adalah dari garis keturunan raja Kemboja pertama, Sri Kambu.

"Ada sebuah keluarga yang membuat tulisan-tulisan tentang keluarga Kambu dan pelbagai jabatan perkhidmatan kerajaan,penulisan tentang perbuatan mulia yang berdaulat dari S.M Crutavarman kepada Yang Mulia Cri Suryavarman,keluarga dari S.M Indravarman yang pergi ke Isvaraloka dan ratu KA Cri Viralaksmi dari Vrah Srok, kerabat wanita dari Cri Icanavarmadeva yang pergi ke Rudraloka, dan SM Cri Isanavarmadeva yang pergi ke Paramarudra."

Hunbungan ini menjelaskan mengapa Suryavarman I disebut sebagai Kambojaraja dalam tradisi Mon.Ini juga menjelaskan tentang asal usul raja Ketomala (satu keturunan raja-raja Melayu dinasti Ketomala),raja Angkor yang terdahulu mulai dari raja Indravarman I menjadi punya garis keturunan yang juga dari Sri Kambu. Melanjutkan warisan ini,Suryavarman dan keturunannya yang dikenali sebagai pembina besar batu candi yang merangkumi kemudiannya,kuil terkenal Angkor Wat. Keluarga yang disebutkan dalam petikan di atas di mana bertindak menyimpan semua catatan sejarah tentang keturunan Sri Kambu adalah keluarga Sri Sukarman (ini mempunyai nama yang punya kaitan dengan dinasti Sailendra di Jawa) dan prasasti ini juga memberitahu lokasi semua tulisan ini ditanam.

Koleksi tulisan-tulisan suci dirakam pada dedaun (diyakini pada daun lontar,'kertas' orang-orang Melayu pada zaman silam) dan disimpan di K.J Cri Cikharicvara di K.J. Cri Vrdhesvara mahupun di Kamlon,iaitu candi-candi purba di Kemboja.Apabila semua catatan dijumpai,kita akan tahu lebih banyak tentang masa lalu raja-raja Melayu yang memerintah Kemboja.Namun,seperti disebutkan dalam prasasti,mereka tertulis pada daun-daun,yang sudah pasti tidak mampu bertahan lama.




Siapa pula Sri Kambu?


Sri Kambu adalah dipercayai raja pertama Kemboja,lebih merupakan legenda dari mulut ke mulut dalam tradisi Khmer.Namun terdapat beberapa prasasti membayangi nama legenda ini.

Di dalam prasasti Khmer,ditemui di lokasi Ayutthaya.

"Dalam dunia (Naga) bhuja, raja pertama Guchanagapura ialah Sri bhuja Bhagadatta"

Ini dikenalpasti bahawa penguasa Guchanagapura sebagai raja Bhagadatta Naga,dan melalui dia,warisan 'Naga' ditanamkan di Lembah Menam.Penting untuk dicatat bahawa Bhagadatta itu bukan nama tapi gelaran Raja ParamaKamboja. Tradisi Syam (Siam) bagaimanapun merujukkan gelaran itu dengan Dinasti Ming, bersama kedua-dua garis keturunan Mon dan kerajaan Khmer purba.Identiti Ming yang sama dijumpai kemudian menjadi simbol dari kepimpinan awal suku Mongolia itu.Dalam teks China dirakam selama kerajaan Tang dari China, Paramesvara juga ditemukan dalam hubungan dekat dengan Bhagadatta,atas nama Kola.

"Kolo juga disebut Kolo-fu-sha-lo.Nama raja adalah Shih-li-po-lo,nama peribadinya Mi-Shih-po-lo.Dinding kota yang dibina dari batu dan rumah-rumah ditutupi dengan daun kelapa. Ada 24 chou."

Kata "Kolo-fu-sha-lo" adalah transkripsi kata Sanskrit 'Kolagujala',yang bererti bangsa Gajah.Teks ini menyebutkan bahawa nama raja adalah "Shih-li-po-lo" dan nama peribadinya adalah "Mi-Shih-po-lo".Sarjana bersepakat bahawa dua nama ini harus digabungkan menjadi "Shih-li-po-lo-Mi-Shih-po-lo" yang merupakan transkripsi China "Sri Paramesvara".Tradisi Siam dari Khun Borom bersama-sama dengan kerajaannya menyebarkan tamadun diantara mangsa banjir (Great Flood,merupakan legenda Khmer dan Thai yang merujuk satu Banjir Besar pada masa silam,menyerupai kisah Nabi Nuh), menunjukkan lebih lanjut bahawa warisan Khun Borom atau Paramesvara kembali lebih awal selepas banjir besar.Jika dakwaan itu benar,pendirian negara ParamaKamboja oleh Naga Raja Bhagadatta, haruslah dapat mendahului dasar Kerajaan Kambuja Barat,Daya Desa atau Parthia (bangsa Kambuja berasal dari Asia Tengah,tiba di Nusantara dan bercampur dengan suku-suku Asia Tenggara).Bahkan,penemuan terbaru para sarjana Khmer menunjukkan bahawa watak mistik Sri Kambu yang menghasilkan bangsa Kemboja (Khmer), adalah seorang tokoh misteri dari keturunan Malayo-Polinesian (Melayu).Para sarjana Khmer menyatakan hubungan Sri Kambu dengan Mesir Purba (Ingat Raja Parahu?) mungkin merupakan pemangkin kepada Empayar Kambuja Barat.Selama munculnya kerajaan Simha dari Seth,bukti menunjukkan bahawa warisan Simha tersebar ke kebudayaan Kemboja.Selalu dibandingkan dengan singa,Raja Simha ini yang terkenal kekuatan fizikal mereka dan sering digambarkan sebagai gergasi,suatu sifat khas kasta Ksatria Kambojan barat.

Di sini dipercayai dengan kuat,bahawa Sri Kambu berasal pula dari garis keturunan raja-raja Gangga Negara yang berpusat di Perak pada hari ini.

Dalam prasasti di atas juga ditemui perkataan 'Sri Bhuja'.Ini adalah kenyataan paling jelas yang merungkaikan dari mana pedagang Hindu dan Arab kadangkala memanggil Sriwijaya sebagai Sribhoja.

Dari semua keterangan di atas,tidak hairanlah mengapa di dalam The Chiang Mai Chronicles,mendakwa bahawa Suryavarman I,seorang emperor Khmer yang agung berasal dari Malayu.Suryavarman I adalah seorang arkitek dan pembina yang agung,membina banyak candi dan yang paling terkenal ialah Preah Vihear,yang menjadi pertikaian antara Thailand dan Kemboja suatu ketika dahulu.

Sebagai pengetahuan,Chiang Mai kini terbahagi kepada 4 bahagian: Nakhon Ping, Srivijaya, Mengrai,dan Kawila.Mengrai adalah nama raja Lannathai yang menakluk Chiang Mai dari kuasa Mon Haripunjaya.Kawila adalah salah seorang raja Chiang Mai,Chao Kavila.Nakhon Ping bermaksud Negara Ping.Dan Srivijaya...adalah misteri yang hampir mustahil untuk terjawabkan.

Semua misteri ini,jika mampu difahami,akan memimpin anda kepada rahsia tersembunyi yang lebih rumit lagi.Anda akan memahami apakah Dinasti Ketolamala dan nama sakti ini...Maulimalaraja,yang dipakai oleh kerajaan Melayu Sri Dharmaraja seterusnya membuka rahsia mengapa beribu-ribu tahun dahulu,raja-raja Lao (berkaitan dengan negara Laos kini) memakai gelaran 'Maulimalaraja' yang bermaksud,

"Raja-raja dari keturunan Mala"






-----------------------***********---------------------------



Coming soon...



Alter Terahsia Bangsa Melayu XVII







Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja








-Kisah Istana Sri Dharmaraja
-Cinta gadis Khmer
-Misteri Grahi
-Bayangan dinasti Matahari
-Serangan ke atas Lavopuri
-Puteri Khmer di atas perahu siput
-Budaya Melayu Segenting Kra
-Raja orang Kensiu dan Kintaq
-Siapakah pemilik asal Ayutthaya?
-Sriwijaya dan Sri Dharmaraja
-Pembukaan kepada misteri dinasti Ketomala
-Rahsia dari bangsa Bunga-bungaan
-Siapa raja-raja Mala?





Mengembara ke kerajaan kayangan di Indochina.Menyelesaikan kod-kod rahsia dari pelbagai prasasti dan riwayat purba.Menyelusuri legenda gelap raja-raja Melayu purba di tanah Kemboja.Epik pengembaraan paling mendebarkan!!

Hanya di MistisFiles!!

10 comments:

  1. sangat2 berminat dengan segala fakta yang telah di jelmakan... sy juga ingin tahu bagaimana cik serikandi mampu merungkai sejarah silam sedangkan saya yang kini sedang berusaha mencari susur galur keturunan saya masih lagi teraba2 dan buta... minta tunjuk ajar sedikit dari cik serikandi... ini email saya : damavk_87@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. assalaamu'alaikum...saya sgt berminat dengan penjelasan dan penjabaran fakta-fakta yang disampaikan dalam blog ini. Saya merasa spt ilmu sejarah yang diajarkan selama ini hanya seujung kuku saja. Mohon untuk diberikan cara dan teknik untuk meneliti susurgalur, karena saya ingin mencarri susurgalur keturunan saya sampai menyambung ke nabi ibrahim a.s..mohon diberikan info dan cara tsb ke alamat e-mail sy: febryan77@hotmail.com
    terimakasih dan semoga Allah membalas segala kebaikan anda..wassalam.

    ReplyDelete
  3. Bangsa Mon-Khmer/Kamboja berbicara dalam Bahasa rumpun Austro-Asia,tetapi mereka memiliki Ras Proto Malayan Mongoloid. Ngomong-ngomong mengapa Cik Sri mau berhenti menulis di Blog ini? Saya harap kita masih berhubungan melalui e-mail mirza1979@bismillah.com

    ReplyDelete
  4. Meanwhile Vararaja of Nakorn (Javakaraja), when he heard that
    Lawo and Hariphunchai were fighting, came up with his army and
    HEVJEW ARTICLES 209
    navy, entered Lawo while Chakravatti was in the field; then followed him
    to tbe border where the two armies were facing one -another, and drove
    them both .off. He re-entered Lawo and worshipped the Lares and
    Penates of the city, as well as the 'portrait of his mother'.
    In between, the armies of Lawo and Hariphuchai made a race for
    Lamphun. The Lawo army entered the city first and was able to defend
    it against the Haripbunchai army's attacks. In this way Pokaraj became
    ex-king of Hariphunchai. The year was 903 A.D.
    The Ja vakaraja evidently returned to Nakorn Sri Thammaraj, leaving
    a son called Phya Pana Koso! Khambhojraj, or Burapa Koso! Khambhoj,
    as king of Lawo. Three years later Phya Khambhoj moved up with
    his army to attack Hariphunchai and was badly mauled for his pains.

    ReplyDelete
  5. Kalau benar ia bermakna Sujita tidak menjadi raja kemboja tetapi kembali ke Tambralingga dan anaknya Suryawarman 1 yang jadi raja Kemboja

    ReplyDelete
  6. In this period the name of present-day Lopburi was changed from
    Lawo ( Lawarath, Lawaburi) to Burapa Koso! Khambhoj Nakorn or
    Khambhojnakorn for short, after the name of the Ja:vakaraja's son whom
    he left as king of Lawo. Kbambhojnakorn will enter the story again in
    the next half century, and this name should not be confused with Kambuja
    in present-day Cambodia. Other Thai chronicles also have a Lankadipa
    Khamboj Visaya (? Khamboja-Sri Vijaya) and this referred to
    Nakorn Sri Thammaraj.
    Early in the 11th century there was a change of dynasties when
    Suryavarman I (1001-1050) came to the throne of Kambuja. Suryavarman
    was the first Buddhist king of Kambuja since Jayavarman II two
    centuries earlier, but his dynasty, consisting of two sons, lasted only
    until 1080. It is now generally agreed that Suryavarman came from
    Lopburi to take the Kambujan throne and, as one of his inscriptions
    called him by a Malay title, he probably was of the Javaka race.

    ReplyDelete
  7. Kalau benar ia menunjukkan bahawa Suryawarman 1 berbangsa Melayu(berdasarkan inskripsi ada ditulis Malay title).http://www.siamese-heritage.org/jsspdf/1971/JSS_063_1o_ChandChirayuRajani_ReviewArticleBackgroundToSriVijayaPartIII.pdf

    ReplyDelete
  8. Penduduk Cheng Mai mempunyai genetik Melayu Polynesia iaitu O-M119

    ReplyDelete
  9. Ko lo fu sha bukan direct pronounciation china kepada kalah (kedah) besar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumnber mana? Tak pernah terbaca pula pasal versi ini.

      ~Srikandi

      Delete