Wednesday, July 11, 2018

Kursani Segenap Bimasakti





Inilah tajuk buku terbaru Srikandi. Ini buku keempat Srikandi bagi karya sendiri dan ketujuh keseluruhannya. Konsep buku ini adalah sekitar memperkenalkan sikap dan pemikiran sejarah pragmatik. Pemikiran pragmatik ini bahasa mudahnya ialah pemikiran sejarah yang PRAKTIKAL, inovatif, berdaya maju dan berdaya saing, dengan menggunakan pelajaran dari sejarah itu bagi memajukan diri, masyarakat dan negara.

Buku ini terdiri daripada esei-esei yang mengupas isu-isu sekitar sejarah Melayu secara major dan dunia secara minor. Kemudian, melalui perkakas pemikiran sejarah pragmatik tadi, saya menganalisis setiap isu yang mungkin, bagi tujuan mengekstrak semua kebaikan dari sejarah itu sendiri dan merumuskannya sebagai 'blueprint' untuk anda menggunakan segala 'azimat' dan 'keramat' di dalam buku ini demi menghadapi hari mendatang. Buku ini juga menyambung topik Pemikiran Sejarah Pascamerdeka dan topik Seven Years' War yang telah keluar di dalam Rentaka Sekalian Bijasura.

Kursani Segenap Bimasakti juga penuh dengan analisis topik-topik seperti genetik Melayu, institusi raja-raja Melayu dan serangan terhadap sejarah Melayu dan orang Melayu itu sendiri yang biasanya bermotifkan politik.

Seperti biasa, sebab sejarah ni universal maka pelajaran dari buku ini boleh dicerna oleh sesiapa sahaja tidak kira dia siapa dan apa warna kulit dia.

Saya telah pun mengeluarkan video pengenalan mengenai buku terbaru ini:


Kursani Segenap Bimasakti from srikandisejarah on Vimeo.


Karya ini sudah pun keluar ketika 'demam' Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang lalu. Tetapi ada masalah sedikit masa tu.





Manuskrip tak sempat cetak




Manuskrip Kursani Segenap Bimasakti (Kursani) terlalu banyak mukasurat. Saya pun tak sangka. Dalam Kursani ni saya telah masukkan beberapa kajian segar, terutamanya dalam bab "Chapter X Dalam Sejarah Raja-raja Melayu". Ini bab paling 'puaka' dalam naskah ini, buatkan saya demam 2-3 hari. Bukan apa, saya tidur terlalu sedikit masa tu dek kerana nak mengkaji beberapa topik dalam bab tersebut.

Sejarah Melayu ni macam berjalan menuju ke 'rabbit hole'. Apabila saya mengkaji sekitar satu perkataan atau satu isu, ia buka banyak rahsia dan persoalan; buatkan saya terpaksa tinggalkan isu utama sekejap dan pergi ke isu-isu baru yang masa tu begitu menarik perhatian saya.

Terutama sekali semasa mengkaji riwayat-riwayat Melayu seperti Sulalatus Salatin. Nama-nama tempat sebagai contoh bila dirujuksilang memang ada dan boleh dibuktikan secara akademik. Nama-nama dalam mahakarya itu sudah pasti berbau 'mitos' atau kedengaran pelik bagi orang yang 'newbie' atau buta sejarah tetapi sebenarnya ia hanyalah isu sebutan orang Melayu terhadap satu-satu nama tempat. Cara atau trend panggilan orang Melayu dalam penulisan. Versi lidah Melayu secara ringkasnya.

Semakin dalam mengkaji, semakin dalam ia pergi. Kadang-kadang berhari-hari saya tidak balik ke isu utama, sebab isu-isu baru atau cabang semakin menarik saya masuk ke dalam dan ditambah pula satu-satu isu cabang itu mengakar kepada banyak isu-isu lain!

Ini menyebabkan saya agak lewat menghantar manuskrip ke penerbit saya dan sudah tentu mereka telah banyak kali follow up saya bertanyakan bilakah manuskrip siap?

Bila sudah hantar, bila disemak, rupa-rupanya jumlah mukasurat terlampau banyak sehingga boleh mencecah dari 600 ke 800 mukasurat. Saya terpaksa membuat beberapa pengubahsuaian sebelum akhirnya Kursani ditetapkan kira-kira 600 mukasurat untuk membolehkan pihak penerbit menetapkan harga yang berpatutan kepada pembaca dan pada masa yang sama tidak merugikan pihak penerbit dan saya sendiri selaku penulis.





 

Ini mengakibatkan Kursani tidak sempat menyertai PBAKL 2018 yang lalu. Memang ini telah mengecewakan para peminat dan pembaca saya. Ada yang datang 2-3 kali sepanjang minggu pesta buku itu semata-mata ingin memiliki buku saya panas-panas. Contohnya jejaka di bawah yang berulang-alik ke pesta buku semata-mata nak tau buku saya sudah ada atau tidak di reruai. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan Kursani di Kediaman Buku.

Untuk kekurangan yang ini, maafkan saya kerana memang saya ingin Kursani muncul di PBAKL 2018 itu namun apakan daya.







Kursani Laku Keras







Sekitar Mei dan awal Jun, Kursani yang baru sahaja keluar dari kilang cetak selepas PBAKL 2018 berakhir, terus lakukeras secara mendadak sehingga Bookcafe, anak syarikat PTS yakni gergasi penerbit buku-buku berbahasa Melayu di Malaysia mengakui Kursani amat laris ketika itu sehingga 3 kali terpaksa restock di kedai mereka.

Dalam pada itu pihak-pihak yang cemburu dan tidak sukakan Kursani laris dan menjadi rebutan masyarakat telah membuat siri provokasi kepada saya. Apa yang menjelekkan, salah seorang dari mereka ialah staff arkib cawangan Pahang yang membikin status marah-marah di media sosialnya dan memakihamun saya dek kerana buku terbaru saya ini tiba-tiba lakukeras pula! Staff arkib ini juga ingin melaporkan saya ke SKMM atas motif yang saya pun tak tau. Sepatutnya seorang yang bekerja di jabatan yang menjaga warisan dan khazanah negara perlulah bersikap matang dan cerdik, ini berlaku sebaliknya apabila dia sengaja memperbodohkan diri sendiri dan mempamerkan sisi kebudak-budakan yang berhingus meleleh dengan kecoh marah-marah buku saya lakukeras di pasaran.

Mereka juga telah mengupah 'hacker' untuk spam fanpage saya supaya dapat menutup suara saya dalam memperjuangkan sejarah Melayu dan mendidik masyarakat terutamanya orang Melayu untuk cakna dan belajar sejarah secara betul. Walhasilnya, bukan buku-buku saya merudum atau apa, buku-buku saya makin lakukeras dan dicari-cari rakyat Malaysia!


Rentaka Sekalian Bijasura no.1 berturut-turut 3 minggu sekitar Mei-Jun, Kursani Segenap Bimasakti masuk je kedai buku terus masuk carta top ten.


Buku saya tahun lepas, Rentaka Sekalian Bijasura mendapat liputan di akhbar Berita Harian pada 25 Mei lepas malah diberi penilaian paling terbaik 5 bintang  "rugi tak baca" !



Kursani naik ke tangga ke-3 baru-baru ini





'Quadruple' out-of-stock. Semua  buku-buku saya habis licin di Bookcafe awal Jun yang lalu





Pengedar-pengedar kecil atas talian seperti lubukbuku.my dan al amin bookstore juga sering kehabisan stok Kursani dan laris jualannya.






Buku-buku saya juga dijual di Lazada dan Shopee. Malah mendapat sambutan ramai juga. Memandangkan pengguna portal-portal atas talian begini atau marketplace majoritinya generasi muda, maka ini satu perkembangan yang amat baik.







Rangkaian kedai buku MPH tahun ini sepatutnya ditangguhkan untuk mengambil bekalan Kursani kerana pihak penerbit saya dalam proses menyelesaikan urusan buku-buku saya yang lepas (seperti Rentaka Sekalian Bijasura yang beberapa kali jadi bestseller di carta MPH) namun anehnya ada pembaca melaporkan baru-baru ini Kursani ada penampakan di MPH Mydin Meru!





Rentaka dan Kursani habis pada awal Julai 2018 dan pihak penerbit terpaksa mencetaknya semula.




Terima kasih!




Saya sedang mempromosikan Kursani di fanpage saya. Gitar itu adalah hadiah raya dari bapa saudara saya yang rocks!




Saya yakni Srikandi... nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang kekal menyokong tulisan-tulisan dan idea saya. Hikmah dan pelajaran dalam buku-buku saya adalah buat kamu dan kamu yang bijaksana dan sini serta mahu hidup secara terhormat dan dihormati orang lain. Dengan belajar sejarah dan mempraktikkan pelajaran di dalamnya, kita dapat menjaga diri, keluarga dan masyarakat dari tipu helah dan kejahatan orang lain yang melakukan pelbagai tipudaya untuk kepentingan mereka. Selain itu, ia juga dapat memacu peradaban kita ke arah lebih gemilang kerana sejarah itu adalah tuan gurunya peradaban. Tanpa menyedari pelajaran dari sejarah, peradaban yang hendak dibina ibarat tanpa blueprint dan akan cacamarba tidak bertahan lama.


~Srikandi

"Luhur sejarahku abadi"

19 comments:

  1. Terbaik Srikandi!

    ReplyDelete
  2. Masih membacanya. Memang padat dan berbaloi. Diharap Cik Seri menulis lagi buku seperti ini.

    ReplyDelete
  3. steady yong,makin hebat

    ReplyDelete
  4. Memalukan seluruh arkib saja sorang tu hehe memang kurang matang cara dia, mcm baru jumpa social media

    ReplyDelete
  5. ROCKS NEVER DIE ...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Srikandi! Saya sangat berbangga dengan kamu. Berjiwa besar dan bijak laksana. Srikandi boleh juga baca tulisan ProfShaharis MohamadZain, Prof Abdul Razak Salleh, Prof Madya Mat Rofa Ismail, Prof Madya Alinor dll.

    ReplyDelete
  7. Assalam, apa pendapat Srikandi tentang Raja Berperlembagaan? Apakah cuma sebuah sistem ataupun Raja Berperlembagaan sebenarnya adalah seorang waris sah yang sengaja disorokkan oleh sebahagian pihak?

    ReplyDelete
  8. tahniah cik srikandi. saya memang trtarik ttg sejarah melayu kita ni dan awak telah mengkaji dengan sedalamnya. tahniah dan syabas.

    ReplyDelete
  9. tahniah cik srikandi. saya memang trtarik ttg sejarah melayu kita ni dan awak telah mengkaji dengan sedalamnya. tahniah dan syabas.

    ReplyDelete
  10. Sinopsiswiki
    sumber101
    Tehnobib
    kutaraja

    Keren keren kak Artikel nya kunjungi juga blog kami kakak
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. https://www.facebook.com/100001930636625/posts/2277722735635392/

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum..sri kandi...setakat dah ada berapa ya hasil penulisan yg diterbitkan...
    Kira "kursani" adalah yg terkini kan

    ReplyDelete
  13. Kepada Srikandi
    Tidak tahu sekiranya saudari masih aktif menggunakan medium ini namun, saya ada satu persoalan dan minta saudari buat pencerahan secara besar besaran bersama fakta mengenai kedatangan melayu di Tanah Melayu 1756 yang mana dalam saya mencari dan mengkaji kedatangan kaum lain ke Malaysia saya jumpa yang kaum India dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah berhati gelap itu pada tahun tersebut dan lebih memeranjatkan lagi tujuan kemasukan kaum tersebut ke Tanah Melayu adalah sebagai buruh ini semua orang tahu namun yang selalu dilupakan adalah kasta mereka yang dibawa masuk ke sini itu rata-ratanya berkasta rendah, pariyah, pallaspadhayaci dan goumda... Perlu diingatkan sekiranya kaum ini tidak dibawa oleh penjajah bangsat ini kebanyakan mereka ini telah mati dibunuh akibat pergeseran kuasa dan kasta waktu itu. Bukan untuk mengapikan mahupun memercikkan api perkauman namun terlalu banyak asakan kiri dan kanan hitam dn putih yang mahu meminta lebih dari yang diberikan sedangkan yang menghuni dan berjuang darah keringat dan dijarah harta sehing miskin, daif, mundur itu melayu. Dan tegakkanlah kebenaran bantulah supaya warganegara yang lain ini buka mata... Sehingga ke saat ini asal usul mereka jika ditanya dengan bangga mereka maklumkan dar India, dari negara China.. Tapi mereka sedar atau tidak melayu itu telah dipadam dan dilupuskan dari peta dunia.. Tiada lagi Tanah Melayu, diganti dengan Malaysia bersama mereka warganegara dan tiada lagi kepulauan Melayu bantulah perjelaskan dan jelaskan hakikat hakikat mutlak ini melalui fakta dan bukti kukuh supaya minda bangsa kita terutamanya yang tidak mahu mendalami dan memahami siapa melayu dan kenapa hak keistimewaan melayu itu termaktub dalam perlembagaan

    Yang mula mengenal asal
    F. A

    ReplyDelete
  14. Syabas. Masih ulang baca Emas Para Dapunta....

    ReplyDelete
  15. Apa yang berlaku di sekitar nusantara kita sekarang adalah cerminan apa yang berlaku 1500 tahun dahulu, di tempat yang sama. Pola dikir dan daya budi bangsa adalah artifek, prasasti dan kitab yang sentiasa hidup dan takkan hilang di dunia...

    ReplyDelete
  16. Amat kesal sekarang ramai orang yang jarang baca buku. Banyak daripada mereka yang baca buku cuma persediaan untuk peperiksaan saja. Harap dapat ramai orang yang baca buku macam ini yang dapat memanfaat dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete