Sunday, April 29, 2018

Rentaka Sekalian Bijasura Edisi Kemaskini







Ini adalah buku Rentaka Sekalian Bijasura cetakan ketiga atau Edisi Kemaskini. Isinya sama saja dengan edisi sebelumnya (kulit buku warna biru) cuma penampilannya dikemaskini.





Alhamdulillah edisi ini juga mendapat sambutan yang amat baik dan pertama kali buku-buku saya diedarkan oleh Bookcafe, anak syarikat penerbit buku berbahasa Melayu antara terbesar di Malaysia, PTS. Juga oleh Gallery Bookstore.




Screenshot di atas menunjukkan buku-buku saya tengah panas, asyik habis sahaja di laman web Bookcafe. Malah ini diakui oleh Bookcafe dan  orang kuat PTS sendiri.





Itu sajalah nak bagitau perkembangan saya, Cik Srikandi sekarang. Lama juga ya sejak saya mula blog sejarah ni sampai sekarang, dekat 10 tahun juga. Terima kasih sokong kerja-kerja saya selama ini.

Sebagai hiburan, ada seorang haters saya begitu seronok bila mengetahui penerbit lama saya, Terfaktab Media menutup operasinya tahun lepas. Teruja benar dia dan kawan-kawan dia dan terlajak konfiden bebeno menyatakan saya sudah 'rest-in-peace'.




Tapi maaf cakapla, saya rileks je ada kat sini malah  keluarkan buku Rentaka Sekalian Bijasura edisi kemaskini lagi! Laku keras pulak tu, mesti dia dan geng dia makin cemburu dan marah dengan keadaan yang tidak memihak kepada mereka ini.



Saya saja letak ikon muka tengah marah hehe menggambarkan haters saya begitu tak puas hati Tuhan tak makbulkan impian mereka supaya saya R.I.P itu.

Okayla, semua tu sekadar hiburan saja. Nanti saya cerita pasal buku baru saya. Apa? Buku baru pulak? Hehe.

~Srikandi
cikgulawa oghang perak.


16 comments:

  1. Teruskan perjuangan Cik Seri.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas hadiah berharga sebegini untuk anak bangsa. Saya tak menyesal beli buku ni. Walaupun tidak dapat ingat 100% fakta sejarahnya, tapi rasa itu timbul. Tak sabar tunggu Kursani Cik Seri sampai ke rumah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah 14 Mei ini dah siap cetak dan mula diedar. Terima kasih tau beli buku2 saya :)

      ~Srikandi

      Delete
  3. Tahniah cik sri. Saya dah ada semua sekali dr tajuk dunia melayu, rentaka, baiduri dan emas para dapunta. Tapi ada yg belum dibaca dan masih disusun sbg "to be read". Yg penting beli dulu. Mgkn yg edisi kemaskini ni pun akan dibeli juga.

    -cz fab-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh terharunya, ini legend ni. Saya masih bersekolah masa baca tulisan2 anda!

      Terima kasih kerana terus mengikuti saya dan walaupun anda memang banyak ilmu dari saya tetapi masih bersikap 'humble'.

      Kursani Segenap Bimasakti jangan lupa tau! Ini buku terbaru.

      ~Srikandi

      Delete
  4. "Nanti kampung srikandi dibagi leasehold kampung deme dapat freehold pulak"...petikan dr facebook srikandi

    Perkara/abuse diatas ni memang berlaku di Perak ke?

    -Roni

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum warrahmatullahi
    wabarakatuh

    Ingat lagi akan aku.. Aku harap kau baca molek molek comment aku yang lepas.. Aku tak mengharap kau faham apa yang aku nak sampaikan. .tapi cukup engkau baca..


    Tuan guru yang Syria pernah berjumpa dengan Raja ke sultan.. Aku tak pasti.. Tapi perjumpaan tu.. Tuan guruku bagi tasbih dan kitab(karangan syeikh tu) jika engkau tahi siapa syeikh.. Aku nasihatkan buat ler isthikarah sekiranya engkau merasakan kehadiran aku di comment kau buat kau tertanya tanye.. Syeikh tu sudah meninggal dunia.. Tapi anak murid kesayangannya ada lagi. .die dah serahkan ilmu yang sepatutnya..

    Dariku abdullah..

    Jika engkau merespon cukup ler engkau membalas angka NO 7..

    ReplyDelete
  6. Off topic kejap. cik siti, ada kemungkinan tak yang tamadun di nusantara ini yang base pada sanskrit sebenarnya datang dari syria? Ini kerana saya ada terbaca 2-3 artikel yang mengatakan bahawa sanskrit berasal dari syria lebih tua dari india.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata Syria tu saya tak cenderung ke situ tapi cenderung ke Parsi sebab bahasa Avesta memang sepupu sepapat dengan Sanskrit.

      ~Srikandi

      Delete
  7. Cik srikandi.. Saya perlu berhubung dengan cik srikandi untuk menyelesaikan suatu SIASAH yang besar yang masih tergantung, untuk Alam ini..

    Wahai BUNGA CHAMPAka MERAH,
    Hubungi saya di 01119292125
    Fb SHIRTA HAQ AQULLAH

    ReplyDelete
  8. Bila nak turun mai Penang lagi?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

    Macam mana ye saya nak berhubung dengan Sri Kandi. Tidak sekadar di komen.

    Sebab terlalu umum.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Srikandi...aq dah lama ikuti blog Sri ni..lebih 5tahun..berminat umtuk membeli semua buku2 karangan Sri...ni email aq vsixers@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete