Thursday, November 24, 2016

Teguran Kepada Seorang 'Pejuang'

Foto hanya hiasan






Salah satu sifat orang Melayu yang paling saya tidak gemar ialah berdendam perkara yang remeh-temeh atau tidak penting dan berlarut-larutan. Berdendam ini termasuk sifat-sifat lain seperti iri hati dan cemburu.

Berbeza pendapat dalam sejarah Melayu adalah perkara biasa, dan sepanjang saya mendidik masyarakat kepada sejarah Melayu yang praktikal dan bukan tahyul, memang ada pertembungan pendapat. Polisi saya, saya hanya fokus kepada pendapat dan hujah, apa orang itu nak buat, latarbelakang dia, kaya atau miskin...itu bukan masalah saya. Bergantung kepada orang yang saya lawan hujah, sekiranya dia datang dengan hormat, maka saya layan dengan hormat. Jika dia kurang ajar, mendapatlah.

Sebab itu, saya tidak kisah untuk siapa sahaja membantah pendapat saya dalam sejarah. Hujah lawan hujah. It's simple like that. Ini biasa bila saya berlawan hujah dengan orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu (cth: Cina/India yang datang dengan premis yang menyeleweng/salah tentang orang Melayu dan sejarahnya) apabila saya jawab hujah mereka dengan fakta, mereka akan cuba sangkal dan apabila gagal, mereka akan diam. Namun, kebanyakan orang Melayu (yang tiada pengetahuan dalam sejarah atau hanya poser), apabila gagal berhujah dengan saya, mereka akan lepaskan kemarahan dengan memakihamun, mengadu pada orang lain dan menghasut. Ada di antara mereka boleh setup satu group atau fanpage untuk melepaskan sakit hatinya kepada saya, ada yang melaporkan saya kepada polis (haha ini kemarahan tahap dewa) dan ada yang menghasut orang lain untuk menyaman saya. It's funny.


 
Foto hanya hiasan



Saya berkenalan buat pertama kalinya dengan seorang penulis dan bekas wartawan ini ketika acaranya yang pertama, yang dianjurkannya sendiri bersama sejumlah orang. Salah seorang dari mereka yang saya panggil Kak Anne telah mempelawa saya menyumbang satu slide di dalam acara itu. Setelah beberapa lama acara itu selesai, berlaku semacam konflik antara bekas wartawan itu dengan kawan-kawannya yang turut sama menganjurkan acara itu. Macam-macam saya dengar dari kawan-kawannya itu kepada saya. Sebab saya kurang mengenali bekas wartawan tersebut ketika itu, saya hanya melayan sahaja luahan mereka.

Namun hari ke hari, bersilihganti orang-orang yang saya tidak kenal mengadu di mesej fanpage saya tentang beberapa perkara tentang dirinya, yang akan saya diamkan sahaja sebab saya malas mahu campur hal orang. Namun salah satu isunya telah jadi kes semasa Pesta Buku Kuala Lumpur yang lepas. Ini buat saya terfikir sesuatu tetapi seperti biasa saya malas nak tambahkan cili atau perisa kepada mesej orang-orang yang memberitahu itu supaya saya berhati-hati dengan bekas wartawan itu. Saya ada banyak kerja lain.

Sebenarnya, ramai orang bercakap tentang dirinya yang agak sombong ketika mengendalikan acara anjurannya itu, tetapi beliau tidak sedar. Beliau ada naikkan satu status mengecam orang-orang di acaranya yang kononnya sombong (pulak dah) dengannya dan beliau mula memutarkan kembali cerita-ceriti certificate Universiti of London-nya untuk menyedapkan hati bahawa dirinya bukan lekeh tetapi masih memegang ijazah matematik (yang tak berapa function dalam hidupnya). Walhal, dirinya sendiri ada kesilapan dan ego yang amat besar. Sekali lagi, saya hanya menjadi pendengar kepada orang-orang yang mengadu tentang sikapnya itu.

Memang buku-bukunya hanya travelog peribadi. Elemen-elemen sejarah di dalamnya bercampur-aduk dengan kenangan-kenangan masa kecil, dan lawatannya ke makam-makam dan tempat sejarah. Jujur kata, saya tidak mengesyorkan untuk belajar sejarah terutamanya sejarah Melayu dari buku-bukunya sebab bercampur-aduk dengan cerita-ceriti Syiah dan pendapat-pendapat kawan-kawannya yang aneh. Ya, Syiah...dan memang ia jadi kes yang saya kira agak memalukan.


Foto hanya hiasan


Saya pernah berbeza pendapat dengannya, apabila beliau mengatakan 'Raja Suran adalah Rajendra Chola' dan beberapa pendapat lain yang pada saya adalah salah dan menyeleweng. Namun saya tidak sangka beliau begitu terasa dengan saya yang mengkritik pendapatnya itu sehingga ke hari ini. Sejak itu beliau menuliskan ketidakpuashatiannya kepada saya, dalam komen di fanpage atau statusnya sendiri. Tidak ada satu pun melawan hujah saya, tetapi hanyalah bibit-bibit tidakpuashati kerana saya kononnya terlalu lantang, menidakkan ilmu orang-orang tua yang lebih makan garam atau seumpamanya. Masalahnya, kalau terlampau makan garam sampai darah tinggi, memanglah saya akan menghindarkan diri dari orang-orang seperti ini. Hujah lawan hujah, itu sahaja. Tua atau muda saya tak pandang. Saya akan kritik sekiranya tidak betul, tinggal lagi saya akan layan mengikut gaya orang yang dikritik. Kalau dasar bebal, mendapatlah.

Beliau juga membantah kononnya saya menulis seolah-olah ingin menunjukkan kecantikan saya di status saya sendiri. Nak buat macam mana dah memang saya begini. Itu belum lagi saya selfie buat duckface. Itu akaun saya so saya punya pasallah. Kalau sakit hati, menyingkirlah. Memang beliau patut marah kerana saya pernah diminta gambar (untuk tujuan dijadikan isterinya-ini kisah lain) tetapi saya beri gambar kabur saja. Haha sorila saya sebenarnya sudah berpunya. :D :D :D

Dari semasa ke semasa, beliau tetap menuliskan ketidakpuashatiannya kepada saya di dalam status media sosial atau blog, mungkin ikut mood atau mungkin dihasut oleh haters saya. Namun saya buat don't know sahaja. Beliau buat begitu pada masa yang sama tag saya dalam acaranya (untuk tujuan promosi) dan minta diulas bukunya! Saya hanya menyokong sahaja atas dasar sesama bangsa dan orang Islam tambahan pula saya tahu beliau memang tiada proper job. Malah saya pernah bantu promosi dan ulas buku (chapter by chapter lagi) seorang penulis yang menyeru orang ramai bantu dirinya kerana nak tampung belanja dia sambung belajar, walaupun penulis itu kerap memburuk-burukkan saya di belakang! Seperti yang saya katakan tadi, saya bantu semampunya atas dasar sesama Melayu dan Islam, it's nothing personal.



Foto hanya hiasan


Berbalik kepada kisah bekas wartawan tadi, kadang-kadang memang saya menasihatkan beliau supaya cari kerja tetap dan bantu isterinya yang merupakan staff biasa di sebuah syarikat utiliti. Namun beliau sering menyangkal nasihat saya dengan menunjukkan kelulusan Universiti of London-nya dan berkata kalau dia nak kekayaan bagai dia mampu sebab ada kelulusan dan berkawan dengan orang-orang besar malah saudara-maranya juga ada berjawatan tinggi. Tapi itu mereka bukan kamu, bisik hati saya setiap kali beliau memberi alasan begitu.

Jika ditanya kenapa tak guna sahaja semua kelebihan untuk mencari rezeki, beliau berdolak-dalik dengan alasan orang perjuanganlah, tak pandang harta, ikut gerak rasa bla..bla... yang buatkan saya sedikit menyampah. Rasa menyampah itu semakin kuat apabila beliau kemaruk mencari isteri baru beberapa bulan lepas!

Apabila akaunnya kena verify oleh Facebook baru-baru ini cuba teka siapa beliau tuduh dulu kononnya akaunnya kena hack? Haha...orang yang selama ini didendami kerana kritik pendapatnya!

Selepas saya meminta penjelasan mengapa mesti berbohong menuduh saya hack akaunnya, beliau mula gelabah, meminta maaf kepada saya dan menyalahkan orang yang memecatnya dari satu yayasan dan bersangkutan satu aset yang bernilai tinggi yang mana musuhnya tidak mahu beliau masuk campur. Ya... bekas wartawan ini banyak musuh malah musuhnya ditahap ahli politik dan sebagainya. Biarlah saya simpan rahsia ini. Kecuali jika beliau cuba mencabar saya, ye lah...orang minta menjual, kita pun lelonglah.

Tetapi yang menarik, bekas wartawan ini lebih mendendami saya melebihi musuh-musuhnya yang sebenar, yang membuatkan beliau hilang mata pencarian serta merampas kekasihnya.

Sebab itu saya katakan, salah satu sifat orang Melayu yang paling saya tidak gemar ialah berdendam perkara yang remeh-temeh atau tidak penting dan berlarut-larutan.





~Srikandi
"Cik Puteh Inang Dua Belas"


38 comments:

  1. Sedih melihat bangsa sendiri begini

    ReplyDelete
  2. Semoga Srikandi terus maju! Saya minat membaca tulisan2 anda.

    ReplyDelete
  3. Insan terbabit memang agak angkuh.
    Semoga insan terbabit insaf.

    Syed Idris

    ReplyDelete
  4. Hujah lawan hujah. Ya lah kan. Simple. Tp kalau ego dah melangit yg simple jadi rumit. Yg remeh pula nampak penting.

    ReplyDelete
  5. masalah personel tak yah citer kat sinilah...tak syoklah...

    ReplyDelete
  6. oo..ada terbaca di blog beliau..ingatkan duk merepek marah kat sape..cikgu seri pun kena sekali..

    ReplyDelete
  7. dia memang banyak masalah peribadi. tak sangka cik seri pun dikaitkan dengan sekian banyak masalah peribadinya. apapun kipidap cik seri.

    ReplyDelete
  8. rasanya tahu siapa penulis yg merayu beli bukunya nak tampung study tu...haha...kadang2 dia marah2 orang melayu sbb taknak beli bukunya..kdg2 merajuk hehe

    ReplyDelete
  9. wah...pejuang sama pejuang berjuang... siapa yang mati ....?

    ReplyDelete
  10. biarkan...dia hanya penglipurlara bukan apa-apa...dah lama tak singgah di blog dia pun...cerita syok sendiri tapi suka memperlekehkan karya orang lain..teruskan usaha cik seri kami semua dahagakan sejarah melayu yang sebenar...

    ReplyDelete
  11. haha kelamkabut betul dia tuduh 'cik seri hack akaun' dia ari tu.haters cik seri tiba2 kembali bersemangat haha last2 mmg facebook buat raid verify akaun2.

    mentaliti meleis.dengki tak abis2

    ReplyDelete
  12. Salam Cik Sri,

    Saya tau siapa Cik maksudkan, jangan dilayan orang begini..buang masa kita. Sebab Cik Sri ada agenda yg lebih penting dan besar utk mendidik umat Melayu jadi celik sejarah dan mencari hakikat diri. Saya selalu baca point Cik Sri, ada yg saya setuju, ada yg tidak, tapi xde pun sampai bergaduh sebab Cik Sri ada hujah dan saya pun ada pandangan sendiri.

    Kepada yg berdendam pada Cik Sri tu, insaflah...sebab jikalau kamu benar belajar ilmu hakikat, kenapa gagal mengawal "Raja" kamu? Gagal mengawal hati kamu bermaksud kamu belum mencapai hakikat lagi.

    Kita x masuk Neraka sebab sakit kencing manis atau gout, tapi sebab penyakit hati seperti cemburu, hasad dengki... Kalau rosak seketul "daging" itu, rosaklah satu badan...

    Selamat beramal.

    ReplyDelete
  13. X sangka cik Sri Ada Hal personal dgn dia. Ingatkn Hal sejarah je. Tp Sy rasa x perlulah dipublish kn cerita2 Ni kt org ramai. Mengaibkan. Msti org berkenaan menanggung malu sebab die pun Ada family. Lebih2 lg dh masuk Hal tumah tangga. Benda Ni akn terus berlegar2 & terus diingati. Hal peribadi seharusnya diselesaikan secara peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila tengah emosi, memang seronok londehkan seluar dalam org lebih2 lagi tukang londeh berstatus misterius, yg dilondehkan ramai pula org kenal banyak gambarnya suami isteri terpampang termasuk biodatanya. Apa agaknya perasaan isterinya jika terbaca 'teguran' ini agaknya. Wallahua'lam... Mcm mana pulak kalau tukang londeh satu hari nanti dilondehkan pulak seluar dalamnya? Takut2 selama ini disangka wanita, rupa2nya...???? Yelah, seronok berstatus misterius... kan?
      Berpada-padalah mengaibkan org, agak-agaklah...

      Delete
    2. setiap terjadi ada hikmahnya.
      teguran cik seri ada benarnya.insaflah kawan.

      Delete
  14. Kalau pun ada benarnya, takkanlah sampai buat posting hal peribadi org, hal dlm kain, hal kerja isteri org, hal Syiah. Sebelum ni pun ada posting menghina org lain pasal si polan tu mat ganja kuli kontrak jabatan muziumlah, itulah inilah.. Kalau nak menegur dgn fakta pun, perlu ke aibkan org dgn hal peribadinya. Posting baru 'pejuang' yg ditegur tu pun takde pun nak membalas balik ke apa. Kalau aku, dah tentu aku dedahkan muka dan biodata tuan punya blog ni pulak biar satu Malaya tahu. Besar sangat ke jawatan pensyarah sambilan dan ijazah2 yg ada tu? Rasa diri cantik sangat ke? Tak tahu ke org ni cantik ke buruk ke bila berak keluar taik juga? Jgn angkuh sangatlah mengaibkan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah mamat atas ini xtau lagi mat ganja tu mencarut bagai.kalau ko cuba kritik sikit dia,dia akan kecam ko dan mak ko sebagai nigger,idiot bla...bla...mmg padan pun dengan muka dia kena pancung dengan cik seri kahkah

      Delete
  15. kipidap dogibab cik seri! kami anak2 muda Melayu menyokong cik seri.
    bagi aku style cik seri memang berguna untuk pencerahan dlm sejarah Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww.. Baguslah blog ni. Selain dpt belajar sejarah yg diceduk dari hasil kajian org2 terdahulu dan di tokok tambah dgn ayat2 sanskrit yg pelik2, kita juga dpt belajar sejarah mengaibkan org lain. Hee hee... Terahsia tuuu.. Mendapattttt..

      Delete
    2. orang lain dapat manfaat dari blog ini kau pula dapat sakit hati haha mendapatlah kau dengan sentapan dan teguran dari cik seri ni huhu

      Delete
    3. Bukan sakit ati la, cuma geli aje dgn org yg syok sendiri... Taraf tabloid aje, sama taraf dgn Papagomo yg suka aibkan org lain. Hehe...

      Delete
  16. Apa pun Srikandi adalah the best. Walk the talk paling berani mempertahankan sejarah Melayu dan mengispirasikan ramai anak2 Melayu.
    Teruskan menegur anak-anak bangsa yang alpa.

    ReplyDelete
  17. seorang yang berilmu dan sabar dalam mengkaji sejarah melayu seperti sri kandi amatlah tidak patut untuk post perkara sebegini dan mengeluarkan perkataan perkataan yang kurang sesuai,,,,,sabar dalam mengkaji,tapi x kan la bab aib meng aib kata mengata hasutan setan ni x mampu nak sabar,,,ye dok??

    ReplyDelete
  18. Ini hanyalah teguran dan tidak ada nama sesiapa pun disebut untuk ditujukan khas untuknya. Jadi anggaplah ia teguran untuk sesiapa sahaja yang berkenaan.

    :)

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  19. Umpama seorang yg misteri bertudung litup menutupi muka, berak di depan pintu rumah seseorang, dan meninggalkan taiknya di situ untuk dihidu seisi keluarga. Tidak ditujukan khas kepada sesiapa.

    :)

    ~Srikitol

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab hati kau busuk,sbb tu kau terasa dgn teguran cik seri ni haha bagi kami ini teguran membina.

      Delete
    2. Tuan rumah tu kenal ke taik sape???
      Aku ada baca pasai buku dia.. ada kisah2 pribadi beliau , yg baik ada yg buruk ada.. tu pun buka gk la skit2.. totally aku paham psikologi dia mcm mna.. hang baca buku dia sparuh personaliti dia hang boleh kenal. Positifnya, aku respek effort yg tinggi utk mengkaji sejarah.... Kbye..

      Delete
  20. Sekali Srikandi tegur begini...gelabah masing2 yg 'terkena' hehe

    ReplyDelete
  21. Sekali-sekala Melayu ni kena tegur sikit. Memang benar Melayu ni kuat dengki dan dendam sama bangsa sendiri. Aku tak nafikan benda ni. Apa yang Cik Seri tulis ni memang realiti. Cuma minta Cik Seri jangan terlibat lagi dengan orang2 macam ni. Fokus pada mendidik masyarakat tentang ilmu2 sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan/puan.. Fokus tentang ilmu2 sejarah dan ilmu2 mengaibkan org lain.. Dapunta dapuntet...

      Delete
  22. terbaik srikandi.teruskan mendidik bangsa melayu

    ReplyDelete
  23. Kerana terasa hati, sentap, sakit hati dan tak mahu mengaku kalah... menjadi dendam kebusukan hati sendiri. Baca dan fahami, link utk artikel yg pada aku terlalu umum, tidak directly atau khusus menyentuh sesiapa, tapi kerana terasa kepedasannya (mungkin terbaca sewaktu datang bulan) lantas membalas pula dengan artikel mengaibkan peribadi yg sungguh terang clue yg ditampilkan. Siapa yg berdendam dan busuk hati sebenarnya...?

    http://merahsilu.blogspot.my/2016/08/orang-melayu-asal-usul-mereka.html

    :)

    Janganlah jadi bebal sombong, berak taik dgn misteri merata-rata dgn menutup muka, merendahkan maruah sendiri.

    :)

    ~ Srikitol

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mengata diri sendiri ker?
      kitol..kitol...insaflah...cerminkan muka kau dgn teguran cik seri ini

      Delete
    2. Bukan sahaja berak merata-rata, juga kencing di sana-sini

      Testis Organization
      TestisFile

      ~ Cik Srikontol

      Delete
    3. Marah benar dia ni dengan cik seri hehe

      Delete
  24. Orang Melayu ni memang berdengki sesama bangsa saja. Cuba tengok bangsa lain yg maju buat bisnes takde pulak didengkinya supaya majukan diri.

    hehe

    ReplyDelete
  25. Catatan yang banyak makna tersirat. Harap insan yang ditegur muhasabah diri. Iri hati dan cemburu bukan tak boleh cuma kena bertempat.

    ReplyDelete