Saturday, November 26, 2016

Power of Knowledge








Saya fikir ini adalah sesuatu yang menarik. Walaupun sebenarnya bagi saya ia agak klise sebab saya sudah berkali-kali menghadapinya. Pihak yang berbohong tidak mampu menjawab hujah-hujah yang menyangkal apa yang tidak benar yang dituduhkan itu kepada sejarah Melayu.

Ada orang yang tidak suka saya menyebarkan pengetahuan dan keberanian mempertahankan sejarah di Internet, dan mereka (bangsa Melayu sendiri) memperlekehkan usaha saya dengan kata-kata 'hanya blogger' sahaja. Orang-orang ini memang berfikiran ketinggalan zaman. Adakah mereka tidak sedar bahawa majoriti anak-anak muda menghabiskan masa di media-media sosial, dan jika pengetahuan sejarah hanya dikurung di seminar-seminar, talk, acara-acara kebudayaan dan seumpamanya, maka bagaimana ilmu sejarah itu mahu sampai ke pemikiran dan perhatian anak-anak muda ini?

Ini zaman viral. Para sejarahwan, peminat sejarah mahupun poser sahaja, nak tak nak kena mengaku ramai berfesbuk bagai kini. Internet dah jadi satu keperluan, bukan benda mewah.

Jika mereka hanya berego besar, mengurung sejarah dalam arkib, muzium, perpustakaan, ceramah dan sebagainya, maka tunggulah anak-anak muda ini bangkit untuk menjahanamkan peradaban. Bagaimana nak atasinya? Dekati mereka di media-media baru yang menarik perhatian mereka. That's all.

Boleh baca selanjutnya di sini :

Kajian Kes : Melawan Pembohongan Sejarah Dengan Kritis



~Srikandi


3 comments:

  1. Sudah membacanya. Di harap Srikandi & team perbanyakkan lagi
    jawapan2 begini. Terima kasih dan tahniah

    ARI
    Muar

    ReplyDelete
  2. Bukan medium yg mnjadi penentu benar atau salah. Tp hujah dan bukti. Kalau hujahnya kukuh dan buktinya konkrit, yg benar itu tetap benar walaupun mediumnya cuma internet, terpapar hanya di blog. U know where u r standing. Kipidap!

    ReplyDelete