Monday, August 8, 2016

Proposal Buat Kementerian








Jika ingin meracun pokok racunlah akarnya, jika ingin meracun bangsa maka racunlah sejarahnya. Maka tuan-tuan dan puan-puan, itulah sebab orang luar menjaga sejarah masing-masing, membina muzium, membuat filem-filem sejarah, melakukan ekskavasi arkeologi, menterjemah manuskrip, memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan pelbagai lagi...dengan bersungguh-sungguh.

Banyak pengajaran dari sejarah yang dapat kita pelajari. Contohnya jika kita perhatikan, apabila orang dulu-dulu berpecahbelah, tamakkan takhta, khianat, tikam belakang bangsa sendiri, bersekongkol dengan pihak asing...maka keputusan dari semua itu adalah dijajah, dijarah dan diperah hasil buminya. Simple formula, you see? Para pegawai penjajah siap menuliskan sejarah untuk kita. Mengecop Hikayat Merong Mahawangsa sebagai 'dongeng' tetapi mengangkat 'hikayat' Beowulf sebagai "the most important works of Old English literature". Melabel Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Kedah sebagai 'mitos' atau 'sastera sejarah' dan menyanjung Magna Carta sebagai 'charter' dan "the greatest constitutional document of all times".

You see? Kita boleh putarbelit kenyataan sejarah untuk memperbodohkan sesetengah orang atau semua orang sekaligus. Itulah yang berlaku kepada sejarah kita sejak bertahun-tahun dan menyebabkan sesetengah dari kita begitu 'inferior' dengan sejarah sendiri, kecut segala keberaniannya. Adalah penting untuk kita memandaikan diri sendiri supaya tidak menjadi versi Pak Kaduk memang sorak kampung tergadai. Kita kadangkala hanyalah juara sorak untuk menjatuhkan sejarah sendiri. Sad but true.



Para pembaca juga berkongsi pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan subjek sejarah



Sebagai salah seorang yang terlibat dalam kertas cadangan untuk penambahbaikan subjek sejarah di Malaysia bagi rujukan kementerian, saya selalu mengingatkan kepada diri saya tentang baik dan buruk dalam sejarah, hitam dan putih hakikat sejarah itu sendiri. Warna yang ingin dicorakkan bergantung kepada diri sendiri, sama ada mengambil pelajaran dari kegelapan sejarah, atau bermuram durja, berpenglipurlara berkabung mengutuk diri sendiri berabad-abad lama, tidak bergerak-gerak.

Sebaliknya, kita boleh meraikan kegemilangan sejarah dengan memotivasikan lagi diri, atau membantutkan diri dengan pi mai pi mai tang tu mengecam dan merendah-rendahkan sejarah. It's up to you. Depend on your piece of brain.

Minda kita akan menjadi asbab untuk menentukan kita sama kita bebas atau dijajah, dihormati atau dikeji. You choose it.

Proposal ini, jika bukan hari ini, maka generasi akan datang akan melihat kesannya. Belajar sejarah untuk melawan buta sejarah. Walau apapun yang melanda, kerasnya perjuangan itu...there I keep chanting for your forgotten history.

Terimakasih kerana membaca tulisan-tulisan saya dan setia bersama saya.







4 comments:

  1. Terima kasih kerana menarik minat minat saya pada subjek yang saya xminat...hahah walaupun dlu sejarah SPM A1...tapi mmg xmenarik langsung...bila baca penulisan cik srikandi ni aura dia lain macam...😊

    ReplyDelete
  2. Seronok toi bce karya2 cik Sri ..😉 tQ atas usaha cik Sri dlm merungkai sejarah bangsa melayu yg sememang nya misteri ..semoga Allah merahmati cik Sri&keluarga..nk tnya something,apakah kaitannya keris dgn tamadun yahudi kuno sbb pernah ternampak dlm klip lukisan lama tentang pemujaan gerakan the Scottish right dulu pegang object yg sebijik mcm keris melayu

    ReplyDelete