Tuesday, August 9, 2016

Kajian Kes : Buku-buku Srikandi di Pasaran Terbuka

kredit: Taman Pustaka





Oleh kerana banyak aduan daripada pembaca seluruh negara yang mengadu buku-buku saya kehabisan stok di kedai-kedai buku terutama di rangkaian MPH, maka saya dan dua orang rakan telah 'turun padang' ke MPH Nu Sentral untuk menyaksikan sendiri apakah yang berlaku sebenarnya di luar sana.

Sebelum itu, apabila kita membicarakan tentang buku-buku bernuansa sejarah khasnya  yang membicarakan seputar sejarah Melayu, ia bukanlah senantiasa atau biasa menjadi 'budaya pop' di tangan pembeli. Buku-buku yang laku di pasaran kini adalah novel-novel cinta atau buku-buku pojok yang santai. Kecuali genre novel-novel sejarah Islam contohnya garapan Abdul Latip Talib yang sambutannya amat memberangsangkan.

Okay, mari kita tengok apa yang saya dan rakan-rakan ( Firdaus & Aina) saksikan di MPH Nu Sentral petang semalam.






Buku saya diletakkan di rak politik. Memang pada mulanya kami mencari-cari buku di rak penerbit indie, namun tiada. Akhirnya ia ditemui di rak ini. Cuba teka tinggal berapa?

Tinggal 1 sahaja! (Baiduri Segala Permaisuri) manakala Emas Para Dapunta & Maharaja langsung tiada. Menariknya pada rak yang sama terdapat buku Hang Tuah Catatan Okinawa yakni kajian bukti-bukti dari Kerajaan Ryukyu tentang kewujudan Hang Tuah oleh dua orang pensyarah UPM, Prof. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin. Terdapat 7 buah buku di situ. Saya telah memilikinya sebelum ini.





Kami juga menemui buku Prof. Ahmat Adam, Antara Sejarah & Mitos yang berkisar kritikan kepada kewujudan Hang Tuah dengan gaya orientalis seperti R.J Wikinson dan R.O Winstedt. Jumlah buku ini di rak juga berjumlah 7 buah. Buku ini diletakkan di rak 'Bacaan Umum'. Buku ini juga saya telah membelinya sebelum ini.

Tidak berpuashati, Firdaus cuba bertanyakan salah seorang staff di situ. Selepas menyemak, staff MPH memberitahu Baiduri Segala Permaisuri memang berbaki 1 sahaja dan Emas Para Dapunta & Maharaja sudah lama sold-out. 

 Saya dan Aina pula pergi ke komputer yang disediakan untuk menyemak baki buku. Apa keputusannya? Adakah benar apa yang saya lihat di rak atau apa yang dilaporkan oleh staff MPH?


klik untuk BESARKAN



Baiduri Segala Permaisuri hanya berbaki 1 dan Emas Para Dapunta & Maharaja sudah kehabisan stok. Benarlah apa yang saya lihat di rak dan laporan staff MPH tersebut.




Baiduri Segala Permaisuri yang laku keras di Kinokuniya dan kehabisan stok





KESIMPULAN

 










Apa yang dikatakan oleh profesor saya ketika memberikan 'final project' ini kepada saya:

"Kalau kamu ingin sejarah dibaca masyarakat, maka jadikan ilmu sejarah kamu turun ke tengah masyarakat."

...adalah terbukti benar. Dalam persaingan industri buku di open market macam di kedai-kedai buku begini, buku-buku 'final project' saya sebagai kajian kes menjadikan bacaan bernuansa sejarah 'turun ke tengah masyarakat' adalah berjaya malah lebih dari itu.

Memang ada benda tricky kat situ. Ada sesetengah orang yang turun ke tengah masyarakat, buat seminar, talk sana-sini, namun ilmu sejarahnya tidak pernah turun kepada masyarakat itu. You see?

Rahsianya ialah orang ramai akan membaca sejarah yang memberi nilai kepada diri mereka, atau faedah kepada diri mereka, sama ada memacu motivasi untuk mereka terus ke hadapan atau memberi mereka nasihat untuk menghindar bahaya dan kesilapan. Tanpa nilai dalam pengkisahan sejarah, masyarakat akan memandangnya sambil berlalu, tanpa ada apa-apa kepentingan bagi mereka.


"last piece..."










Justeru, kita boleh lihat, bagaimana masyarakat tidak mahu terus dibangsatkan. Mereka sebagai manusia, fitrahnya lebih cenderung kepada motivasi dan galakan. Dalam konteks ini, melalui pembacaan sejarah.

Melalui pembacaan sejarah, masyarakat akan belajar bagaimana membentuk peribadi dan jatidiri yang kental sama ada melalui faktor motivasi dari kisah-kisah positif dan kegemilangan dari sejarah, atau pelajaran serta  iktibar dari kesilapan, tragedi atau peperangan. Justeru di sini, kita boleh lihat, bagaimana datangpun pengkisahan sejarah itu, kita dapat mengesktrak kelebihan atau keuntungan darinya.


                                                      ---------------------<<<>>>---------------------




Nota: Buku-buku Cik Srikandi boleh didapati seluruh rangkaian MPH, Terfaktab, Fixi, Lejen dan sebagainya. Boleh menghubungi Srikandi di:

Emel: srikandisejarah@gmail.com
Fanpage: https://www.facebook.com/srikandisejarah
Senarai buku-buku Cik Srikandi:  http://goo.gl/CYZa4H




12 comments:

  1. tahniah Cik Srikandi! dua tiga pos sebelum ni pun memang bad ass! keep it up! go Cik Srikandi go! terima kasih! jasamu dikenang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)

      ~Srikandi

      Delete
  2. assalamualaikum cik seri? saya ada mendengar ceramah dari seorang ustaz di utara Tanah air. dalam dialog dengan beliau, ada dinyatakan telah lahir seorang pakar sejarah, di mana kanak2 12 tahun tersebut boleh mentafsir 3 buah buku yang ditemui di pyramid,telah ditunjukkan manuskrip2 purba kepadanya. dan dapat ditafsirkan. sebagai follower cik seri, adakah kanak2 itu cik seri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam,

      Saya tak pasti kerana semasa kecil saya banyak bertemu ramai orang. Saya tidak tahu menahu tentang ustaz itu. Mungkin beliau ada mendengar dari orang lain atau mendengar/membaca talk/tulisan saya.

      ~Srikandi

      Delete
  3. Assalammualaikum, saya telah menjadi follower Cik Sri dari tahun 2008 setelah tersentak dengan soalan bertubi-tubi oleh sahabat berlainan bangsa dan agama yang sama-sama berjuang mencari ilmu diperantauan. That time Im blurred, rupa-rupanya aku tidak kenal bangsa, agama malah diriku sendiri. No choice as she keeps bombing me with lots of unanswered question, saya dipertemukan dengan blog mistisfiles. Dari situ saya mula menggali jawapan berdikit-dikit kerana ilmu itu bukan mudah untuk digapai. Apa yang boleh saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Srikandi atas segala usaha yang dicurahkan. Kami byk belajar dr Cik Sri. Lagi satu sebagai ex-academician saya memerhatikan approach Cik Seri amat berbeza, berusaha hingga ke akar umbi. Tapi yang pasti niat dan usaha Cik Seri itu yang saya boleh katakan most effective way to get the knowledge being understand and practise among society. Tak perlu kejar pangkat or even recognition...TQ and always support u for current n future generation. InshaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam,

      Terimakasih kerana membaca tulisan2 saya.Saya pun dulu agak blur juga dengan sejarah Melayu ni.Rupa-rupanya banyak maklumat terpecah2 dan ada maklumat semata2 dari kacamata penjajah.Jadi dari situ saya cuba mencari pencerahan,integrasikan kembali sejarah Melayu ini bagi solid dan konkrit.Teruskan membaca dan mengikuti saya difanpage: https://www.facebook.com/srikandisejarah

      ~Srikandi

      Delete