Saturday, October 17, 2015

Catatan Srikandi XIV









"Srikandi,follow the hymns..."



Pukul 12.34 pagi. Saya terbangun. Peluh merenik-renik di dahi saya. Badan saya panas. Saya pun menyelak selimut ke tepi. Saya menyarungkan ke kaki sandal teddy bear warna kuning.

Saya menuju ke meja solek. Saya memandang wajah sendiri. Sambil berdiri. Merenung wajah lama-lama.

"Srikandi...adakah kamu ingin mencarinya?"

Saya duduk di kerusi kecil meja solek. Saya pun mencapai sikat bulat. Saya menarik nafas dengan wajah sedikit mengiring ke kanan. Saya pun menyisir rambut ikal saya seperti rambut Amyra Rosli dalam drama Astana Cinta Aleesa.

Bunyi mergastua di luar bersahut-sahutan. Bunyi rintik di bumbung sekali-sekala. Saya masih menyisir rambut perlahan-lahan sambil merenung wajah sendiri.

Kulitmu putih mulus,alismu tebal,matamu bundar,bibirmu nipis kemerah-merahan...kau persis ibumu...


Saya berhenti menyisir rambut. Saya teringat perbincangan saya dengan ketua kumpulan penyelidik ke Kelantan beberapa hari lepas.

"Cik,bagaimana Cik tahu bahawa di sana terdapat petunjuk penting bagi 'ancient highway' itu?"tanya Badrul sambil memandang tanda 'X' di atas peta daerah pedalaman Kelantan itu.

Saya tersenyum memandang pemuda berkaca mata itu. Suasana di Wondermilk agak santai ketika itu. "Bad,saya tidak mahu terlalu cepat memberikan alasan saya,saya mahu awak fikir mengapa orang pada masa dahulu harus membina 'ancient highway' itu," jawab saya.

Pemuda berkaca mata itu seakan-akan mengeluh. "Mengapa...mengapa....saya tak fikir mereka harus membina jalan di pedalaman. Lebih baik mereka membina jalan di tepi pantai atau menghubungkan kampung ke kampung."

"Contohnya?" saya bertanya.

"Seperti jalan purba dari Angkor hingga ke Phimai di Thailand sekarang. Ia menghubungkan dari kota-kota atau penempatan penduduk. Jadi ia berfungsi sebagai jalan utama untuk penduduk bergerak dari satu tempat ke satu tempat,membawa barang dagangan dan mencari peluang ekonomi," terang Badrul panjang lebar.






Saya tunduk memandang kertas bersaiz A4 di atas meja yang dipenuhi catatan dan gambarajah,sambil mengukir senyuman. "Itu jalan yang dibina dari penempatan ke penempatan,tapi yang ini..bukan untuk tujuan itu," saya merenung mata Badrul. Badrul mengalihkan pandangannya ke luar. Dia menarik nafas.

"Untuk apa lagi?Jalan dibina untuk menghubungkan manusia," tegas Badrul.

"Pernah dengar tentang 'Denai Penarikan'?" saya bertanya.

Mata Badrul bersinar. "Maksud Cik,Jalan Penarikan?"

Saya mengangguk sambil mengecilkan mata sedikit. "Laluan itu,mengapa ia wujud?"

Guruh sayup-sayup berdentum di kejauhan. Saya masih memegang sikat bulat. Rintik-rintik di bumbung sekali-sekala. Mata saya masih merenung wajah sendiri. Rambut ikal hitam saya nampak berkilat-kilat diterpa lampu pendaflour.

"Sejarah Kelantan bukan setakat apa yang kita baca di buku-buku teks sejarah. Ia tak mencerminkan 1% pun dari sejarah Kelantan. Di sana mereka menceritakan ada kerajaan seperti Kha-la-tan atau Chih-tu,namun mereka tidak memetik catatan luar mengenainya. Mereka tidak dapat menghuraikan siapa,dimana atau bila," Profesor Din menyandarkan tubuhnya di kerusi spring. Saya memandang lelaki pertengahan umur itu dengan pandangan sinis. Ketika itu saya di dalam biliknya berbincang tentang kajian Tweedy,Dr. Adi dan Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi.

"Jarang pihak-pihak akademik mengolah kajian-kajian mereka ini dalam bentuk medium buku teks yang dibaca umum. Kajian mereka terperuk di dalam jurnal dan makalah akademik. Padahal intipati dari kajian mereka ini sangat penting. Akhirnya kesimpulan sejarah diambil dari pandangan pengarang buku teks kementerian yang dilantik," sambung profesor itu lagi.

"Kalau begitu,mengapa tidak profesor saja yang membikin buku teks itu?" saya memberanikan diri untuk bertanya.

Profesor Din ketawa kecil. "Saya penat. Saya penat melawan birokrasi akademik yang bodoh sombong."






Saya keluar dari bilik Profesor Din. Saya membetulkan baju kurung merah saya. Saya masukkan fail-fail dan buku ke dalam beg sandang sisi hippies yang berwarna kelabu yang diperbuat dari kain denim yang kasar. Saya mula berjalan menghayun langkah. Rantai kunci pada beg sandang saya berayun-ayun sambil mengeluarkan bunyi gemerincing yang perlahan. Saya terus mengatur langkah sepasang kasut Vincci berwarna hitam berjalur biru ke arah papan kenyataan.

"Carry mark 30/30."

 Saya tersenyum kecil. "Huhu...last minute study pun boleh survive lagi."

Saya memandang jam tangan saya. "Alamak,dah nak kuliah!"

Saya bergegas pantas ke dewan kuliah yang terletak di bangunan sebelah. Sambil berjalan,saya masih memikirkan jurnal yang ditunjukkan oleh Profesor Din. Jurnal yang menunjukkan laporan Winsheart dan Spencer yang mengkaji artifak-artifak di selatan Thailand sehingga ke tengah Kelantan. Saya terkejut apabila melihat laporan yang mengatakan mereka menemui beberapa gua dengan item-item 'diraja' yang disembunyikan di dalam gua.

"Mereka sudah lama buat kerja ni. Di mana semua tu?" Profesor Din tersengih. "Mereka membaca. Kita tidak. Mereka tahu sesuatu,kita pesimis dan memandang serong kepada sejarah. Bila sejarah seolah-olah akan memberi advantage kepada kita,kita mula ingin join sekali dengan harapan menjadi hero segera dan mendapat kredit. This is stupid."

"Orang yang benar-benar berjuang untuk sejarah,ialah mereka yang bertindak dengan objektif supaya dari sejarah itu akan menjadikan manusia semakin bertambah nilai-nilai hidupnya,bukan dari sejarah itu kita olah sesedap rasa supaya seseorang atau satu bangsa itu semakin keliru dan benci kepada sejarahnya sendiri. Ini pengkhianat dan orang yang zalim kepada anak bangsanya," tambah profesor itu lagi.



Saya menolak pintu dewan. Beberapa pelajar menoleh ke arah saya. "Siti...jarang awak lambat ke kuliah saya...," Puan Aminah tersenyum ke arah saya. "Saya dari bilik Profesor Din,ada berselisih dengan puan tadi," ujar saya sambil tersenyum ke arahnya. Saya berharap pensyarah subjek tamadun itu melepaskan saya untuk duduk mendengar kuliah.

"Nak saya denda tak orang yang lambat?" Puan Aminah bertanya kepada pelajar-pelajar di depannya.

Ah,sudah..., bisik hati kecil saya. Saya berdiri di tepi pintu sambil buat muka selamba di depan para pelajar yang berterusan memandang ke arah saya terutama budak-budak lelaki.

"Tanya dia soalan sejarah!" laung suara lelaki di belakang. "Tak dapat jawab suruh berdiri kat depan sampai habis kelas!" sambut suara garau di sebelah kiri. Saya tunduk melihat kasut Vincci saya dengan tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil.

"Okay,saya tak nak buang masa...Siti, saya pasti kamu boleh jawab soalan ini,lepas saya kata betul,terus duduk di depan tu,ada kosong sebelah Sharina tu,k?"

Saya mengangguk sambil menanti soalan.

"Sultan Saaduddin dari Kerajaan Gowa atau Kerajaan Bone?"
.
.
.
.
.
.
.
.
bersambung....













~Srikandi

 



























18 comments:

  1. http://maxwellsci.com/print/rjaset/v7-1381-1387.pdf

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Moloyu berdasarkan catatan I-Tsing beragama Buddha Hinayana.Ada kemungkinan mazhab Buddha Mahayana di bawa oleh Sriwijaya-Chih Tu ke Sumatera berdasarkan prasasti Telaga Batu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrt....

    :-)

    ReplyDelete
  4. saya tunggu untuk jawapan srikandi lepas ni ok

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy titih nabi² yakni anbia n wali² yakni aulia sgt brminat dgn sjrh² nenek moyang n bgsa kita

      Delete
  5. Buku Nan-Hai-Ji-Gui-Nei-Fa-Chuan oleh I-Tsing disebutkan - Pulau-pulau di Lautan Selatan adalah ,kalau menyebutkannya dari barat,Pulau Po-lu-shi(Pulau Nikobar?),Pulau Mo-lou-you iaitu sekarang adalah negara Shi-li-fo-shi,Pulau Mo-he-xin,Pulau He-ling.Selanjutnya disebutkan - Pulau-pulau di Lautan Selatan semuanya menganut ajaran Buddha kebanyakan adalah Hinayana,cuma di Mo-lo-you sahaja ada Mahayana sedikit

    ReplyDelete
  6. Ikut Coedes votive tablets yang dijumpai di gua di Semenanjung Malaysia berasal dari abad ke 10.Kalau benar ia mungkin dari Kerajaan Sailendra yang mana tanah pembuatannya mengandungi unsur batu gunung berapi(Jawa atau Sumatera?)

    ReplyDelete
  7. Ralat-Prasasti Talang Tuwo bukan Prasasti Telaga Batu.Prasasti Talang Tuwo mengandungi perkataan yang menunjukkan mazhab Mahayana

    ReplyDelete
  8. Buku Nan Hai Ji Gui Nei Fa Chuan itu disebutkan di dalam artikel Bambang Budi Utomo di dalam buku bertajuk Panji Pendeta, Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

    ReplyDelete
  9. Ikut tulisan Prof Suzuki Takashi,Funan,Pan Pan dan Tan Tan bermazhab Buddha Mahayana

    ReplyDelete
  10. As the center of Mahāyāna Buddhism, the states of Malay Peninsula, such as Chaiya had more advantage than Palembang. According to the Chinese annals, Funan and Pan-pan were known where Mahāyāna Buddhism flourished since the fifth century and contributed to China in the field of Buddhism-http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6Sri2011Chaiya.html

    ReplyDelete
  11. The History of the first Song Dynasty (Song-Shu宋書) says that Mahāyāna Buddhism was flourishing in Kha-la-tan, but in Java there exists no remains of Buddhism of the fifth century. Buddhism flourished in Java under the Śailendra Dynasty in the eighth century. So, Kha-la-tan could not have been in Java, but was located in the eastern part of the Malay Peninsula.
    Tan-tan(丹丹) was somewhat ambiguous, but might be considered as Kelantan, which has been one of major ports on the east coast of the Malay Peninsula. The Liang’s officials might have taken ‘tan’ from the last syllable of ‘Kha-la-tan’ for their convenience. I presume Tan-tan was a successor to Kha-la-tan located at Kelantan in Malaysia.
    Tan-tan and Pan-pan are intimate states and both sent embassies to the Sui court in 616.
    According to the Sui-Shu(隋書), ‘Tan-tan and Pan-pan, from the southern regions, came to offer the produce of their countries as tribute. Their customs and products are generally speaking similar.
    The Sui Shu says as follows:
    “The kingdom of Chi-tu, another kind of Funan, is situated in the South Seas. By sea one reaches it in more than a hundred days. The color of the soil of the capital is mostly red, whence is derived the name of the country. Eastwards is the kingdom of Bo-luo-la (波羅剌), Westwards is Ba lo-sha =Po-luo-suo(婆羅娑), Southwards is Kha-la-tan(訶羅旦), Northwards it faces the ocean. The country is several thousand li in extent. The king’s family name is ‘Qu-tan’(瞿曇=Gautama)
    http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6Sri2011Chaiya.html

    ReplyDelete
  12. Jia-Dan’s(賈耽) sea route and the location of Luo-Yue(羅越)

    The Xin Tang Shu has the geographical articles in which Jia-Dan’s “sea route map” is quoted. Jia-Dan wrote this sea-route to show the major ports and distance.

    ”After five days journey from ‘the Con Dao Island’(Pulau Kundur), one reaches a strait which the barbarians call ‘Zhi(質)’, and which is 100 li from south to north. On its northern shore is the kingdom of Luo-Yue(羅越), on its southern shore the kingdom of Fo-shi (Śrīvijaya). Some four or five days’ journey over the water to the eastward of Fo-shi is the kingdom of Kha-ling, the largest islands in the south Then, emerging from the strait, in three days one reaches the kingdom of ‘Ko-ko-seng-chih (葛葛僧祇=unidentified)’, which is situated on another island off the north-west corner of Fo-shi. The inhabitants are mostly pirates. Voyagers on junks go in dread of them. On the northern shore of the strait is the kingdom of Ko-lo (箇羅=Kedah). To the west (actually north-west) of Ko-lo is the kingdom of Ko-ku-lo (哥谷羅). Ko-ku-lo is probably Kho Khao Island, where was the international trade center in front of Takua Pa. Next to Ko-ku-lo, along the coast, after 4-5 days journey, ships arrive at Sheng Teng Area( 勝鄧洲=unidentified), thereafter to the west after 4-5 days they arrive at Balus(婆露国=Nicobar Islands).
    Pendapat saya-Kingdom of Khaling ialah Kerajaan Sailendra atau Jawa yang menguasai Pulau Borneo(the largest Island in the south).Perlayaran dari Jaiya/Chaiya/Foshe ke Pulau Borneo mungkin mengambil masa 4-5 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralat-Mungkin Foshe ke Khaling 4-5 hari perjalanan,Khaling ini mungkin di Sathing Phra bukan di Borneo

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Di atas Kingdom of Khaling,the largest islands in the south.Islands mungkin patut brmaksud region iaitu kawasan bukannya pulau-pulau

    ReplyDelete