Friday, October 21, 2011

Catatan Srikandi VIII





Catatan Srikandi VIII





"A guy from Kementerian"







Saya tersenyum sendirian di bilik belajar saya."Setuju Sejarah Di tafsir Semula",tajuk satu artikel di dalam sebuah akhbar tempatan.Saya menghentikan lagu "Little One".Bunyi shredding dari Karl memeningkan saya,walaupun lagu itu banyak memberikan kenangan pada saya.Di akhir lagu,distortion pada riff yang diselang-seli nada rendah yang mendayu-dayu sedikit sebanyak membantutkan emosi saya ketika itu.Sekarang bukan masa untuk bersedih.

Saya terasa mahu ketawa sahaja melihat foto Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.Ulasan dari Profesor Datuk Dr Ramlah Adam tiba-tiba terasa menggeletek buah pinggang kanan saya.Saya terbayangkan mereka dan orang-orang di Jabatan Sejarah seperti sekumpulan badut sarkas yang sedang terkinja-kinja.Kemudian salah seorang dari mereka berkata,"It's float!..."

Saya tak faham apa yang mereka buat dalam pejabat mereka.Mereka seolah-olah sekadar 'clown of politics'.Bila ada isu politik yang timbul baru nak bersuara.Jadi selama ini apa yang mereka buat?Saya paling anti orang karang buku sejarah sekolah menengah.Sepatutnya buku teks sejarah bukannya dikarang oleh cikgu-cikgi sekolah yang perasan bagus.BUKU TEKS SEJARAH SEPATUTNYA DISUSUN OLEH AHLI SEJARAH YANG KOMPETEN.Cikgu-cikgi sekolah yang mengarang buku teks sekolah pada hari ini sepatutnya dipenjara 3 bulan atau didenda beratus-ratus pound sterling kerana membingungkan ramai di kalangan kita dan membiakkan generasi buta sejarah termasuk sebilangan ahli politik yang dungu.

Generasi buta sejarah ini ibarat 'maggots of ignorance'.Mereka ini sama ada jadi lembik dan akan diperkotak-katik atau membiak menjadi rasis yang tak bertempat.Saya merenung gambar 'pakar-pakar sejarah negara' ini sambil ketawa di dalam hati.

Baru sekarang nak berkokok selepas apa yang saya perjuangkan selama ini.Saya pernah berdebat dengan profesor saya yang mengajar satu subjek sosio-politik tentang hubungan Nazi dan imigran Yahudi di Poland.Rata-rata mereka yang kononnya 'pakar sejarah' ini sama bertindak macam kontraktor kelas F yang pandai membodek dan menjaga kantung sendiri.Saya benar-benar berharap sejarahwan Malaysia sedar dari tidur yang panjang di dalam bilik aircond.

Apa pun sebenarnya saya tidaklah menghentam professor berdua tu,sebab mereka dahulu pernah saya jadikan inspirasi untuk berjaya.Cuma tindakan mereka yang agak lewat tu yang membuatkan saya 'gelihati'.

Sejarah adalah senjata politik yang berbisa.Tidak percaya?Zionis Antarabangsa melobi PBB untuk hak ke atas Palestin melalui sentimen 'Promised Land'.Satu epik sejarah yang terkandung dalam kitab-kitab agama.Lihat melalui kisah sejarah Nabi Musa a.s dan 40 tahun Bani Israel sesat di Padang Sinai,Theodor Herzl boleh mempengaruhi dunia untuk merelakan perampasan hak ke atas penduduk Palestin.Kenapa Jepun berdegil untuk tidak memasukkan kisah 'comfort woman' dalam buku teks sejarah mereka?Kisah beratus-ratus atau beribu wanita dijadikan hamba seks untuk tentera Jepun terutamanya wanita Korea dan China telah menjadi igauan ngeri bagi kerajaan Jepun untuk memikul 'dosa silam' kerajaan yang terdahulu.Kes-kes seperti Rape of Nanking menjadi senjata untuk mengawal Jepun.Tentera Jepun masih dikawal jumlahnya dalam satu perjanjian ketika akhir Perang Dunia Kedua.

Saya cadangkan untuk pemilihan pemimpin negara,senator atau Ahli Dewan,mereka mesti ada ijazah dalam sejarah.Namun jika disogokkan dengan harta dan wanita pun,pakar sejarah pun akan tumbang.Jika pemimpin negara kita kuat agama dan berpengetahuan dalam sejarah,kita telah berjumpa Mr.Right.

Melihatkan perkembangan semenjak dua menjak ini,saya teringatkan seorang jejaka dari Kementerian yang pernah menelefon saya untuk berjumpa.Nampaknya kata-katanya betul.Saya tersenyum.Bagaimana seorang pelajar sejarah boleh merubah sedikit sebanyak iklim politik Malaysia.It's cool.Ada orang yang sangka dirinya hebat sebab fikir blognya boleh menggoyangkan dunia MLM.Ada orang yang perasan cantik fikir blognya boleh memikat penjaga gol kebangsaan.Tetapi ada seorang 'budak perempuan' yang bakal menggoncang dunia.

"........(nama sebenar saya)?"

"Ya,saya.Siapa tu?"

"Saya dari kementerian.Saya nak buat appointment dengan cik.Saya telah maklumkan kepada HEA tentang appointment ini.Mereka telah luluskan cuti pada hari itu.Cik boleh berjumpa saya pada.........."

"Nak cakap pasal apa ni?"

"Glasnost & Prestroika"

"??...."

"Jangan beritahu sesiapa tentang ini..."


Saya tidak tahu bagaimana lelaki itu mendapat nombor telefon saya.Anehnya nombor telefonnya tidak tertera di paparan telefon bimbit saya.Saya memikirkan mungkin panggilan itu palsu atau ada orang berniat tidak baik dengan saya.Untungnya,saya bukan perempuan bodoh.Saya telah berpakat dengan seorang kawan saya (lelaki) untuk mengekori saya dan bertindak jika ada apa-apa perkara tidak baik terjadi kepada saya.Kawan saya itu bekas punkster yang mempunyai ramai 'kenalan' yang boleh dipanggil turun bila-bila masa.

Saya memandu skuter saya dengan perasaan agak gugup.Saya memandang cermin sisi,memastikan kawan saya masih mengekori saya.Sampai ditempat yang dituju,saya melihat ada sebuah kereta Maserati Merak SS menanti.Seorang lelaki tampan keluar dari kereta dan menuju ke arah saya.Usianya mungkin sekitar awal 30-an.

"Cik boleh parking skuter cik di sini.Kita pergi dengan kereta saya"

Saya berasa amat curiga dengan lelaki itu.Dia tidak memperkenalkan diri atau bertanyakan apa-apa kepada saya;untuk memastikan adakah saya yang dia cari?
Dia kelihatan berkeyakinan tinggi.

"Bukan di sini?"

"Tidak,di sini tidak ada privacy.Ada tempat khas untuk kita berbincang"

"Saya tidak kenal encik dan sudah tentu berasa curiga dengannya," saya mengangkat kening sambil melemparkan senyuman.

Lelaki itu tersenyum.Dia mengeluarkan satu kad kuasa yang amat jarang dan unik.

"Puas hati?"

"Saya tidak mahu naik kereta,biar saya naik skuter sahaja," saya bertegas.Saya bukan gadis murahan yang boleh dibawa ke hulu ke hilir.

Lelaki itu agak bengang dengan jawapan saya.Dia memujuk saya.Saya masih berdegil untuk mengikutnya.Saya pernah menampar rakan lelaki sekelas dengan saya yang memaksa saya naik keretanya.Dia boleh membawa seberapa banyak bohsia yang dia mahu tetapi bukan saya.

"Baiklah,kalau begitu cik ikut dari belakang," lelaki itu mengalah dengan kedegilan saya.

Kami sampai ke sebuah bistro mewah.Lelaki itu rupanya telah menempah satu bilik VVIP bercermin gelap.Saya memberi isyarat mata kepada kawan saya supaya menunggu di luar.Saya telah setkan nombor telefon kawan saya,jadi jika ada apa-apa yang berlaku saya akan membuat 'missed call' dengan menggunakan 'fast dial'.Lelaki itu menjemput saya duduk.Saya pun duduk sambil tangan saya menyeluk ke dalam poket 'sweater' saya;bersedia untuk membuat 'fast dial' bila-bila masa.

"Cik Siti boleh panggil saya Jeffri.Saya berbesar hati dapat bertemu dengan pelajar pintar seperti kamu.Kami di kementerian memang ada memantau pelajar-pelajar yang berpotensi dan mampu mengubah paradigma masa depan negara..." lelaki itu berkata.Saya merasa pelik.Kenapa pula saya?

Encik Jeffri memulakan perbualan secara santai,kemudian mula kepada topik yang lebih berat,bertanyakan kursus yang saya ambil dan sejauh mana pemahaman saya dalam satu-satu topik.Kemudian dia masuk ke topik yang paling saya minati;sejarah Melayu.

"Apa yang kamu tahu pasal Malay city-states?"

"Ia sudah ada sebelum era Srivijaya,malah Srivijaya berdiri di atas persekutuan Malay city states ini," saya menjawab.

"Boleh anda namakan beberapa Malay city-states?

"Gangga Negara,Grahi,Kerajaan Melayu di Sumatera dan di Segenting Kra,Beruas dan Tanah Merah (Chih Tu)..."

"Langkasuka?"

"Ia lebih kepada persekutuan kerana bergabung dengan Kedah Tua dan beberapa city-states lain di Segenting Kra"

Encik Jeffry tersenyum.Kemudian dia membulatkan matanya.

"Kamu tahu,kebanyakan Malay city states ini terletak di mana?"

"Maksud encik Jeffry?Pada wilayah negara pada hari ini atau bagaimana?" saya musykil.

"Kedudukan geografinya"

Saya faham apa yang dikehendakinya,"Owh...sudah tentu majoritinya dibina di pesisiran pantai,untuk mudah akses ke laluan perdagangan laut"

"Jika saya katakan ada Malay city states yang dibina jauh ke pedalaman?"

Saya tiba-tiba merasa satu kejutan.Satu perasaan misteri terpaut di hati saya.Kemudian saya teringatkan Diari Lodgekeeper.

"Taman Bunga-bungaan di tengah hutan rimba...." (The Weird Flowers from The Mystic Mountain,m/s 355)

Encik Jeffry mengeluarkan satu foto hitam putih yang diambil menggunakan kamera Ordinary Kodak 1891.Gambar menunjukkan beberapa pegawai British berdiri di hadapan sebuah kota purba yang luas.Juga tiga orang lelaki Orang Asli yang berdiri di belakang mereka.Ukiran pintu bangunan seperti yang saya kenal pada Banteay Srei atau Chau Say Tevoda.

"Ini kuil di Kemboja...apa kaitannya?" saya merenung foto itu.

"Salah,ini di ambil di negara kita sekitar 1800-an.Pegawai British yang tengah tu berkhidmat dengan Frank Athelstane Swettenham.Mereka ketika ini telah menjumpai satu ibukota sebuah city-states Melayu sezaman dengan Dvaravati dan Chih Tu" Encik Jeffry memandang wajah saya dengan serius.

Saya bagaikan tak terkata melihat sebuah foto hitam putih yang begitu mendebarkan.Wajah para pegawai British yang berdiri berderetan itu tiba-tiba menyeramkan saya.Di belakang mereka adalah sebuah kota purba yang penuh misteri.

"Ada keluar dalam mana-mana jurnal?"

"Ada,dalam Journal of the Royal Asiatic Society...saya tidak ingat bilangannya,dan beberapa jurnal berbahasa Belanda.Dalam catatan yang diberitahu kepada saya,terdapat pelbagai artifak seperti kraftangan Mon dan ukiran teko seperti yang dijumpai di Pahang...."

Saya menduga,"Mengapa encik katakan ia sebuah kota dari city states Melayu?Jika saya katakan ia adalah kota Mon purba sebagaimana Haripunjaya atau Dvaravati,atau kuil Khmer bagaimana?"

Encik Jeffry tersenyum memandang wajah saya yang serius."Cik Siti,saya telah lama mengikuti tulisan kamu.Yup,saya adalah die-hard-fan senyap kamu.Tulisan kamu penuh dengan nasionalisme Melayu yang kental,bukan?Cik Srikandi,saya hairan dengan kata-kata sebegini,atau ada kesan inferiority complex?"

"Emm...saya bukan nasionalis.Saya pejuang sejarah.Tidak ada istilah inferority complex dalam kamus hidup saya.Tahniah kerana menjadi mangsa tulisan saya," saya membalas.

Encik Jeffry berpura-pura bertepuk tangan."Hmm...jarang saya lihat remaja yang berani seperti kamu.Remaja hari ini lebih suka berfacebook dan pergi ke gig"

"I'm not that type"

Encik Jeffry masih tersenyum."Baiklah,kamu nampak tak bucu yang sedikit di belakang orang Sakai ni?"

Saya merenung foto kembali.Ada sedikit bucu seperti puncak menara.Tetapi jaraknya kurang jelas,adakah benar-benar di belakang orang Sakai itu.

"So,what?"

"Itu adalah puncak sebuah piramid"

Saya mengerutkan dahi."Di belakang mereka?"

"Tidak,ia terletak jauh berpuluh meter ke belakang,dan cukup besar.Saya tidak dapat menganggarkannya tetapi memang cukup besar"

"Macam mana encik tahu?Saya fikir jika melihat kepada foto ini rasanya amat sukar untuk menganggak jaraknya"

Encik Jeffry menaikkan bahunya.Sengaja membuatkan saya begitu teruja ingin tahu.

"Ada foto lain?"

Encik Jeffry mengangguk,sambil tersenyum lembut.

"Boleh beri saya tengok?"

Encik Jeffry masih tersenyum,sambil merenung saya.Saya mula merasa curiga."Iya...boleh tapi kalau Cik Siti benarkan saya keluar date dengan Cik Siti," Encik Jeffry seakan mahu ketawa.

Saya menggenggam telefon bimbit.Jantan gatal,bisik hati saya.Namun saya berpura-pura senyum."Kalau kedekut,tak payahlah...saya nak baliklah"

"Eh,jangan macam tu.Foto ini pun punya insuran yang tinggi untuk saya membawanya.Sekurang-kurangnya perlu 4 atau 5 pegawai yang ada latarbelakang latihan polis untuk mengiringi saya membawa foto ini"

Saya mengerutkan dahi."Maknanya ada orang lain?"

Encik Jeffry seakan mahu ketawa,"Di luar...semua pelanggan kedai ini adalah SB (Special Branch)"

Saya tiba-tiba berasa takut.Terasa mahu menangis pun ada.Saya mahu keluar dari situ dengan segera.Tetapi kata-kata Encik Jeffry seterusnya menggamit minat saya.

"Di depan piramid itu diberitakan terdapat sebuah batu bersurat.Terdapat 5 jenis tulisan.Tiga tulisan tidak mampu dicam walaupun satu tulisan itu cenderung kepada skrip Brahmi atau Pallava yang diubahsuai.Mujurlah terdapat dua tulisan yang dapat dicam.Cik Siti nak tahu tulisan apa?"

"Tulisan apa?"

Encik Jeffry menarik nafas,"Tulisan Greek Kuno dan Phoenicia"

Saya tidak hairan dengan tulisan Greek sebab dahulu pelabuhan-pelabuhan negarakota Melayu purba memang berdagang dengan Empayar Rom.Tetapi apa pula kena-mengenanya dengan Phoenicia?

"Sudah didekod?"

"Ya,dan apa yang saya dengar amat mengejutkan tentang masa lalu Malay city-states ini.Completely different of what we know today"

"Apa katanya?" saya agak terburu-buru bertanya.

Encik Jeffry seakan mendapat jerat baru."Mungkin di pertemuan lain,Cik Siti,tetapi saya harap tidak begitu formal seperti ini"

Saya tiba-tiba begitu menyampah dengan 'a guy from kementerian ini'.Terdesak cari calon isterikah?Saya menekan butang 'fast dial'.Apa nak jadi jadilah.Saya dah tak tahan duduk dengan lelaki gatal ni.Biar budak-budak punk di luar tu berentap dengan SB.Saya tahu SB sudah tentu tak akan bertindak lebih,sebab ini misi top secret.Foto di depan saya adalah tebusan paling mahal untuk SB-SB itu buat kecoh.

Encik Jeffry seakan mahu ketawa."Cik Siti jangan dok kalut.Bilik ini kalis-RF.Kata orang kampung,tak dapat line"

Saya pura-pura bersikap tenang,"Kalau tiada apa-apa,izinkan saya minta diri dulu"

Untungnya lelaki kementerian itu mengikut kehendak saya.Sebelum saya beredar,saya bertanya satu soalan yang begitu ingin saya tanyakan sejak saya memandu skuter ke bistro itu lagi.

"Err....saya nak tanya,macam mana encik Jeffry tahu tentang saya?"

"Lonecryer"

Saya sedikit terkejut."Kenal ke?"

Saya tak menjawab soalan bersahaja dari Encik Jeffry,sebaliknya bertanya,"Siapa Lonecryer sebenarnya?Dia kerja dengan siapa?"

"Dia macam kamu juga dahulu,dan pernah bekerja dengan kerajaan...ok itu sahaja"


Saya ingin ingatkan kepada pembaca saya bahawa nama-nama di atas bukanlah nama sebenar.Saya ada etika untuk melindungi rahsia 'a guy from kementerian' mahupun Lonecryer.Saya hanya penyumbang dalam laman MF ini dan tidak lebih dari itu.

'A guy from kementerian' inilah yang menyarankan saya tidak memberitahu lebih tentang 'Matahari'.Dan dia pernah berkata pada 2 tahun lepas tentang kemungkinan kerajaan ingin merombak subjek sejarah.Dan kisah selepas itu benar-benar memotivasikan.Banyak cadangan saya menjadi realiti pada hari ini.Saya fikir lelaki itu adalah psy-ops dalam kerajaan.

...........

Saya benar-benar kagum kerana bertemu dengan lelaki yang banyak pengetahuan sejarah.Ah,mungkin dia mencedok dari tulisan saya.Maklumlah mengaku senyap-senyap membaca semua catatan saya di blog.

Masih teringat kata-katanya,"Tapak warisan yang amat berharga seperti ini kebanyakan telah musnah kerana pembangunan.Kesan-kesan sejarah Malay city-states di sepanjang pesisir pantai majoritinya terhapus disebabkan pembinaan pelabuhan baru oleh British atau sultan-sultan terkemudian.Apa yang kita harapkan sekarang ialah kesan kota-kota yang tersembunyi di pedalaman.Catatan Hugh Clifford tentang laporan pegawainya tentang kota misteri di Lembah Bama menunjukkan ada sesuatu rahsia besar yang disembunyikan oleh pihak British.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah melobi kerajaan untuk lebih peka mencari jejak city-states Melayu ini,dan memuliharanya.Para pengkaji Srivijaya dari Thailand amat cergas menggali kota-kota purba Melayu di Satun dan Ranong.Pakar dari Belanda dan Perancis sudah banyak kali menerbitkan jurnal tentang Tambralinga dan Srivijaya dan berminat untuk mencari kota ke-12 Sri Dharmaraja yang hilang itu,Kota Gelanggi.Srikandi...saya amat tertarik dengan fakta bahawa raja-raja berdarah Melayu pernah memerintah Angkor.Raja-raja ini tentu tahu bagaimana untuk membuatkan hubungan dengan Malay city-states yang bertaburan di sekitar empayar Khmernya..."

Saya teringatkan catatan askar British yang menulis sepucuk surat kepada Gabenor India tentang situasi pihak British yang membedil kota Melaka setelah berjaya mendapatkannya dari Belanda.Mereka meratakan kesan-kesan kota Melaka dengan membedilnya menggunakan meriam.Anehnya,mereka meninggalkan hanya pintu gerbang A Famosa sahaja.

Adakah kota purba itu sudah hilang diganti dengan ladang getah atau kelapa sawit yang ditanam secara besar-besaran?Sungguh di pihak Inggeris,mereka menyimpan banyak rahsia tentang sejarah kita yang lalu.Apa kandungan Perjanjian Bangkok 1909?Raja-raja dinasti Chakri sudah tentu rimas dengan riwayat-riwayat Mon dan Pali yang menceritakan raja-raja dari garis keturunan Maulimalaraja yang pernah mendominasi Indochina pada zaman purba.Siam dan Inggeris berusaha meratakan kesan-kesan kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua,tetapi bertuahnya catatan-catatan para duta kerajaan-kerajaan Melayu pada masa silam tersimpan kemas di dalam arkib Maharaja China,pengembara Arab dan Parsi.Itu pentingnya hantar duta.Bukan tanda lemah.Bila orang lain dakwa kita tidak pernah bina kerajaan dan tak bertamadun...tup-tup keluar catatan-catatan dinasti Sui,Song atau Tang misalnya menceritakan kerajaan-kerajaan purba kita yang datang hantar duta.Malahan ada di antara catatan imperial China yang memuji kerajaan purba Melayu sebagai 'maju' dan 'mewah'.Antaranya ialah Chih Tu (Tanah Merah).

Raja-raja Melayu purba bukan sahaja hantar duta malah memahatkan prasasti,untuk merekod kerajaan mereka.Saya akan ceritakan pada anda tentang hubungan para pengembara Melayu dengan pribumi Australia beribu tahun dahulu,nama Melayu yang tertinggal di sana selepas Banjir Besar,kisah kaum Mala yang menjadi elit pemerintah 'Mu' dan ukiran keris pada piramid.

Saya akan keluarkan promo ATBM 4.0 Deluxe "The Origin of The Sea Dragon".Saya akan gali lebih banyak riwayat Mon dan Khmer dan berusaha mendapatkan khazanah Funan dan Champa.Saya akan tampilkan riwayat Imperial China "Èrshísì Shi" (The Twenty-Four Histories) seperti Book of Liang,Book of Song dan catatan atau rekod para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.

Saya akan bawakan anda ke Sumatera,Brunei,Jawa dan Filipina sehingga ke Maluku dan Australia untuk menjejak garis keturunan 'Mala Kings from Malayu'.

Saya akan bawakan rahsia dari segala prasasti raja-raja,menembusi gerbang Sriwijaya,dan sampai ke peraduan putera dan puteri untuk menggali emas dapunta,para bentara dan maharaja.




















    
 

16 comments:

  1. sy merupakan seorang pelajar grafik dr slh stu ipta. tp sejarah merupakan slh stu minat sy sejak dr kecil lg. sy gemar mencuri membaca buku2 sejarah milih ayah & semua itu belum lagi khatam smpai skrg. tulisan sri kandi telah byk memberi inspirasi kpd sy tentang ketamadunan melayu. majoriti keluarga sy ialah celik sejarah & abg sy sndri adalah slh stu graduan sejarah dr upsi. wlaupun byk cerita baru yg sy dgr, tetapi yg ini adalah sesuatu yg berlainan. keep it up :)

    ReplyDelete
  2. Salam Srikandi


    Masih marah kat saya lagi ke?


    Planetaman

    ReplyDelete
  3. Wah! Cam ala2 citer Indiana Jones, National Treasures dan Tomb Raider laa :)

    ReplyDelete
  4. hi just testing

    ReplyDelete
  5. ATBM 4.0 Deluxe?bila?

    ReplyDelete
  6. bila lg nak post new article..banyak info dan mohon lebih lanjut berkenaan sejarah kedah

    ReplyDelete
  7. cik sri kandi, SILA hantar email pada sy di mystiq35@yahoo.com kerna saya sedang lakukan siasatan terperinci mengenai bukti2 penemuan Kota Purba Gelanggi, diKota Tinggi,Johor.
    Kewujudan foto tersebut dlm tulisan anda AMAT meyakinkan dan perlu pengesahan. PLEASE WRITE TO ME, ASAP!!!

    ReplyDelete
  8. saya percaya sejarah moden dunia bermula dengan bank...empayar dunia juga tumbang akibat bank...tiada kajian sejarah dunia berkaitan dgn bank...

    ReplyDelete
  9. wah satu lg bloq sejarah yg best... ko bloq yg paling latest....
    2 thumb up ladies!!!

    ReplyDelete
  10. Suthakhar SubramaniamAugust 30, 2012 at 7:32 AM

    Raimy Che Ross said "If our Egyptian Muslim brethren can conscientiously preserve and be proud of their Pharaonic past – relics of the very same Firaun reviled in the Quran, and if our staunch Indonesian Muslim neighbours can appreciate and benefit from the physical manifestations of their ancient Hindu-Buddhist legacy; why can’t we learn to accept and adopt a similarly mature and open-minded sensibility?" He was referring to Kota Gelanggi.
    Sejarah tidak sepatutnya dipadam atau diputar belitkan.
    Harap Kerajaan akan menjadikan Kota Linggui ini sebagai Tapak Bersejarah sama taraf dengan Borubudor, Ang Kor Wat dan Pyramid.

    ReplyDelete
  11. sye pn pnh dgr ttng kota gelanggi dgn piramid dkt semennjung malaysia waktu sye kt bangku sekolah dulu..tp yg pliknyer kerajaan bt bodoh jer pasal isu ni..cthnyer indonesia skrg ni dh giat menghntr pkr arkeologi mereka utk mncari piramid yg hilang dkt kepulauan jawa..akhir jumpe jugak mcm gunung lalakon dgn sudahurip yg mempunyai dirian yg x bersifat semulajadi..tp kerajaan kiter ni mcm tunggul..x ambil pedulik ape yg jd dkt negara jiran..sungguh memalukan..kerajaan xpnh terfikir ker kemgkinan semenanjung kite pn ade piramid? sebab kita sbhgian tanah sunda yg hilang...wktu sye skolah dulu saye byk membace ttg sejarah malaysia tp lme2 jd bosan!! sbb balik2 citer psl kesultanan melayu melaka dgn zmn penjajah...mcm org melayu ni bru hidup smlm, kmudian sye beralih kpd sejarah eropah..lg sedap mate membace..lps sye jmpe blog cik Srikandi ni, baru sye thu sejarah melayu agak luas dan lbih hebat dr sejarah bangsa2 yg berada di sekeliling kita..negara kita ni perlukan seorang nasionalis, berpegang pd ajaran agamanyer supaya dpt mmbimbing bangsa die maju kehadapan. Bkn dgn janji2 kosong, menipu bangsa sendiri dan memgkayakan diri sndiri dan mereka dan keluarga mereka..kesudahan nyer begitu juge dan selama2nyer..

    ReplyDelete
  12. Bukan semua benda kerajaan nak kena tunjuk. Diorang dah selidik lama dah benda ni.Tak baca betul2 ke artikel ni? Baca blog lain ke. Siap ada kawasan yang komando jaga lagi suapaya tak kena ceroboh. Btw aku bukan macai, cuma aku tak boleh tengok orang jenis tuduh melulu.

    ReplyDelete
  13. Sy pon nak date jugak dgn sri kandi :-) teruskan mncari isi tu..

    ReplyDelete
  14. Sy pon nak date jugak dgn sri kandi :-) teruskan mncari isi tu..

    ReplyDelete
  15. Satu persoalan terjawab. Baca buku by hamdi bin Hamza Al suraiseri al Johari bertajuk dhul qarnain and yajouj and majouj. blh dbeli di dakwah corner. terbukti betul piramid blh ada di tanah melayu sbb akhenaten or iskandar zulkarnain dh sampai sini dn jawa dn australia long before tamadun lain.Tu sbb tk heran ada piramid ala mesir dirantau ini. Masa saya kecik rancangan Tv " you ask for it" ada ceritakan lokasi rahsia piramif mesir di jumpaindi Australia tapi dia minta dirahsiakab sbb takut kerajaan australia musnahkan. baru baru ni saya cari di you tube ada video tentang tempat tu dn dah jadi tempat pelancongan. Mamat yg jumpa tunpun dah tua. Ye lah dah 36 tahun. Teruskan penulisan ni saya peminat baru srikandi. Kita jgn tuduh kerajaan melulu, kita kena bantu lg supaya byk maklumat blh dicari. Setiap rahsia ada sebabnya. Sebenarnya those yg belajar di pondok or dr kalangan sufi lg byk rahsia yg depa tk sibuk pun nk cerita sbb tujuan utama dia nak balik berjumpa Allah. Tp kalau di tanya br dia cerita. Dah tk ramai yg tinggal satu persatu Dah meninggal. so cari lah mereka. satu rahsia yg srikandi ada menulis ttg melayu memerintah Angkor Wat dn kerajaan besar lain memang betul dn yg best lg yg diperintah bukan dlm agamanhindubor buddha spt yg dicerital dlm sejarah org putih tp dalam agama Islam (agama nabi Ibrahim) dan kemudian slps rasul kita dalm (agama nabi muhammad). Ia masih Islam yg sama. If the malay dan indon dan brunei dan patani tahu rahsia sebenar kejayaan dan kegagahan Melayu org asing tk blh kawal lg org melayu. Itu sebab jati diri org melayu bukan pada empayar apa yg dijajah tp kekuatan takwa yg membolehkan melayu berkuasa. Itu sbb kerajaab cuba promote good values, tp masalah ramai gak yg promote ni diri sendiri pun tk cukup good values tu. So lihat keburukan diri dulu br kutuk org lain or kerajaan. Hidup Melayu

    ReplyDelete
  16. Siti Norzawanah,sila emel saya: srikandisejarah@gmail.com

    ~Srikandi

    ReplyDelete