Thursday, May 14, 2015

Petunjuk Di dalam Prasasti Minye Tujuh



Kira-kira tahun 1350,tentera Majapahit telah menghapuskan pengaruh Sukhotai di Segenting Kra,wilayah itu kemudiannya dinamakan Tiktawilwa dimana ia adalah sebenarnya bermaksud Wilwatikta iaitu nama Jawa Kuno kepada Majapahit.Wilwa=buah Maja dan Tikta=pahit.

Tiktawilwa asalnya adalah wilayah Langkasuka dan diperintah oleh raja Melayu.

Selepas Sumpah Palapa,kerajaan Majapahit bertekad untuk menyatukan Nusantara di bawah pengaruhnya.

Seorang keturunan raja-raja Langkasuka,Raja Barubhasa telah menakluk kembali wilayah Tiktawilwa dan menukar namanya kepada Singa Negara.Orang menyebutnya sebagai Singgora.Orang Thai/Siam menyebutnya sebagai Songkla.

Semua ini memang jarang kita baca dalam buku-buku sejarah negara kita.Sebab itu pengetahuan sejarah kita sesempit dari Perlis hingga ke Sabah.

Ini penting sebab keturunan raja-raja Langkasuka inilah yang menurunkan raja-raja Kelantan hari ini walaupun dari pelbagai dinasti berlainan.Hanya disebabkan sejarah Melayu terpisah oleh sempadan Thailand dan Malaysia,maka adakah kita generasi kini terus melupakan kenangan-kenangan di Segenting Kra?

Siapakah yang harus menjawab jika di Aceh ditemukan sebuah prasasti yang indah,yang merakamkan keluarga Barubhasa,raja Melayu yang memerintah Langkasuka suatu ketika dahulu.

Bahasa Melayu Klasik abad ke-12:

hijrat nabi mungstapa yang prasaddha
tujuh ratus asta puluh savarssa
hajji catur dan dasa vara sukra
raja iman varda rahmatallah
gutra barubasa mpu hak kedak pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam svargga tuhan tatuha

Bahasa Melayu Moden:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat
Tujuh ratus delapan puluh satu tahun
Bulan Dzulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
Raja Iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
Dari keluarga Barubhasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai
Menaruh di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi Tuhanku semesta
Masukkanlah Baginda ke dalam syurga Tuhan

~Srikandi

1 comment: