Monday, May 18, 2015

Petunjuk Dalam Prasasti Sambor & Kedukan Bukit




Ensiklopedia Britannica mengatakan, "kesusasteraan Hindu memberikan bukti bahwa angka kosong mungkin telah dikenal sebelum kelahiran Jesus,tetapi tiada prasasti telah ditemui dengan simbol seperti itu sebelum abad ke-9."


 Benarkah demikian??

Saya meneliti laporan dari Hagben tahun 1949,Majumdar tahun 1953 dan Zakov tahun 1974 mengatakan simbol kosong yang berperanan dalam perpuluhan nombor yang sempat direkodkan tertua bukan dari India tetapi dari Asia Tenggara.

Di Malaysia,perkara ini mungkin pertama kali ditimbulkan oleh pensyarah-penyarah di ASASI UKM,namun bila saya baca laporan mereka,seolah-olah khabar-khabar angin sahaja,tiada bukti konkrit.

Jika ada,mana laporan sebenar dari sarjana luarnegara itu,pergilah minta salinannya,fotonya atau tesis mereka.

Simbol '0' memang ada yang lebih tua direkodkan seperti Tamadun Mesir Purba,Maya atau Sumeria namun semuanya tidak mewakili sistem perpuluhan dan digunakan sebagai fungsi lain malah ada yang hanya digunakan sebagai tanda baca sahaja.Sebahagiannya diwakili grafik seperti kulit siput dan banyak contoh hanya meletakkan titik dan ini kadangkala mengelirukan kerana titik yang sama juga digunakan sebagai tanda baca (punctuation).

Saya benci gayakerja orang separuh jalan.Mengapa pensyarah-pensyarah di ASASI itu tidak mengambil inisiatif melawat Kemboja atau Indonesia untuk melihat sendiri angka kosong itu?Sebab saya telah membaca beberapa sarjana telah menemui bukti kukuh perlambangan '0' bukan berasal dari India tetapi dari sebelah Asia Tenggara.

Ia benar-benar menakjubkan!

Prasasti-prasasti itu berusia abad ke-7 manakala bukti dari Gwalior itu abad ke-8,lebih 100 tahun orang-orang Melayu dan Kemboja memakai angka kosong ini lebih dahulu dari orang India,Arab dan Eropah.






Mengapa angka dan konsep '0' begitu penting dalam arithmatik?Ia penting kerana dengannya ia memudahkan manusia mengira dengan mengurangkan penggunaan simbol sekaligus menjimatkan ruang.

Sistem Roman, sebagai contoh telah mendahului sistem nombor pada hari ini namun amat menghairankan kekal digunakan di Eropah sehingga selewat abad ketiga belas, ia berfungsi dengan menggunakan huruf- huruf Latin untuk kuantiti (I untuk 1, X untuk 10, L untuk 50, C untuk 100, M untuk 1000 dsb).

 


 Hurug-huruf ini terpaksa berulang, contohnya menulis MMMCCCLXXIII untuk jumlah 3373. Kita boleh melihat  bahawa dalam sistem nombor yang kita gunakan hari ini angka 3 yang sama digunakan di tiga tempat yang berbeza, menjadikan ia amat cekap dan memudahkan konsep perangkaan.Tiada huruf Latin boleh berulang dalam peranan yang berbeza.Apa yang membuatkan ia begitu efisien?

KERANA PENGGUNAAN KONSEP '0' 

Dalam sistem nombor kita, ia adalah sifar yang membolehkan sistem untuk bekerja: Oleh itu, 5 di lokasi unit adalah 5; tetapi simbol yang sama di lokasi puluhan menjadikannya 50 - dan kita boleh menggunakan '0' berkali-kali untuk menggambarkan bukan sahaja puluh,malah ratus,ribu dan seterusnya.

Sistem nombor yang berusia beribu tahun di Babilon, sebagai contoh, yang mendahului sistem nombor berdasarkan Greco-Roman,telah menggunakan asas-60 tanpa tempat pegangan sifar. Oleh itu, perbezaan di antara 62 dan 3602 (di mana 3600 adalah kuasa dua 60) memerlukan kita meneka dari konteks angka dan ini merumitkan. Sistem nombor yang kita gunakan hari ini, dengan menggunakan asas yang lebih kecil, dan menggunakan simbol khas bagi sifar, mendapat kuasa yang besar dan kegunaannya membolehkan kerumitan ini diselesaikan dengan penggunaan asas 10 yang mudah difahami manusia. Apabila kita juga mempertimbangkan fakta bahawa segala yang kita lakukan dengan komputer (atau telefon bimbit, GPS, atau apa-apa elektronik) dikawal oleh ngka 1 dan 0,maka penemuan ini adalah amat besar sebenarnya dalam peradaban manusia.



 

Anda boleh membaca hasil penemuan baru ini (tidaklah baru,sejak 1920-an mereka sudah menemuinya cuma trend ketika itu adalah tamadun keIndiaan kerana lobi dari British Raj) di dalam MistisFiles.

Di dalam artikel itu saya jelaskan bahawa seorang sarjana yang mengkaji tentang nombor,Michael Closs mendedahkan bahawa nombor 0 BUKAN DITEMUI TERAWAL DI INDIA,TETAPI DI ASIA TENGGARA.Kisahnya bermula apabila seorang sarjana India mendakwa beliau memiliki bukti terdapat dua prasasti yang bertarikh 683 Masehi yang memakai konsep 0 lebih awal dari di Gwalior itu.

Namun Closs agak sangsi dengan dakwaan sarjana tersebut.

Setelah dikaji,rupa-rupanya kedua prasasti itu bukan dari India tetapi dari Asia Tenggara.Malah,ia bukan berbahasa dari kelompok bahasa-bahasa India,tetapi berbahasa Kemboja dan Melayu.

Menarik bukan?

Bangsa yang mencipta konsep 0 adalah bangsa yang bijak.Bangsa yang memahami konsep 0 adalah bangsa yang memiliki peradaban tinggi.Tanpa angka 0,kita hari ini mungkin tidak kenal apa itu laptop,apa itu telefon pintar,apa itu android.

Sedar tidak sedar,bangsa Melayu merintis kepada peradaban moden manusia,hanya dengan menjalinkan konsep 'nothingness' atau ruang kosong atau 'tiada apa-apa' ke dalam sistem pernomboran,dan ini memandu manusia ke dalam dunia virtual reality pada abad-abad seterusnya.

~Srikandi

p/s: Siapa belum daftar kursus di THSS,sila ke sini>>  Degree in Special History Course

1 comment:

  1. X brapa nk fhm lh... sbb dulu bljr arithmetic & matrix ni dlm English, so bila d translate kt BM ni, jd keliru pulak..

    ReplyDelete