Saturday, November 26, 2016

Power of Knowledge








Saya fikir ini adalah sesuatu yang menarik. Walaupun sebenarnya bagi saya ia agak klise sebab saya sudah berkali-kali menghadapinya. Pihak yang berbohong tidak mampu menjawab hujah-hujah yang menyangkal apa yang tidak benar yang dituduhkan itu kepada sejarah Melayu.

Ada orang yang tidak suka saya menyebarkan pengetahuan dan keberanian mempertahankan sejarah di Internet, dan mereka (bangsa Melayu sendiri) memperlekehkan usaha saya dengan kata-kata 'hanya blogger' sahaja. Orang-orang ini memang berfikiran ketinggalan zaman. Adakah mereka tidak sedar bahawa majoriti anak-anak muda menghabiskan masa di media-media sosial, dan jika pengetahuan sejarah hanya dikurung di seminar-seminar, talk, acara-acara kebudayaan dan seumpamanya, maka bagaimana ilmu sejarah itu mahu sampai ke pemikiran dan perhatian anak-anak muda ini?

Ini zaman viral. Para sejarahwan, peminat sejarah mahupun poser sahaja, nak tak nak kena mengaku ramai berfesbuk bagai kini. Internet dah jadi satu keperluan, bukan benda mewah.

Jika mereka hanya berego besar, mengurung sejarah dalam arkib, muzium, perpustakaan, ceramah dan sebagainya, maka tunggulah anak-anak muda ini bangkit untuk menjahanamkan peradaban. Bagaimana nak atasinya? Dekati mereka di media-media baru yang menarik perhatian mereka. That's all.

Boleh baca selanjutnya di sini :

Kajian Kes : Melawan Pembohongan Sejarah Dengan Kritis



~Srikandi


8 comments:

  1. Sudah membacanya. Di harap Srikandi & team perbanyakkan lagi
    jawapan2 begini. Terima kasih dan tahniah

    ARI
    Muar

    ReplyDelete
  2. Bukan medium yg mnjadi penentu benar atau salah. Tp hujah dan bukti. Kalau hujahnya kukuh dan buktinya konkrit, yg benar itu tetap benar walaupun mediumnya cuma internet, terpapar hanya di blog. U know where u r standing. Kipidap!

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tanya, kenapa peta di atas menjadi pilihan Cik Seri? Dan kelihatannya tulisan Ophir terdapat tanda *? Sudilah kiranya Cik Seri dapat berkongsi ilmu buat kami-kami ini yang dahagakan seteguk air di gurun sahara..chewahh.. Tu je..; )

    ~Dahaga ilmu

    ReplyDelete
  4. Sri mcm bunyi tiang sri....kandi berbunyi mcm kendi...minum ja titisan penulisan srikandi konfirm keras mcm tiang

    ReplyDelete
  5. Sebenar nya mereka warganet maya itu bukan orang Melayu...tapi mempergunakan nama Melayu untuk memperbodohkan netizen Melayu. Malah ada yang berani kaburkan sedikit picture Melayu.
    So berwaspada...
    Kalau komen dia tak memihak kepada orang Melayu, cipta teori dan sejarah buatan dia sendiri tanpa fakta sejarah dari sumber yg betul, so siap sedialah....anda sedang berdialog sama non Malay maya yang mempergunakan nama dan gambar Melayu.
    Di youtube banyak...di Fb...secara lembut mereka ujungnya melemahkan orang Melayu dengan teori dan sejarah ciptaan mereka sendiri hingga geng2 Melayu yang otak nya lambat nangkap, mudah percaya...terus angguk setuju macam lembu.
    Nak bodoh sangat tu, agak2 la..
    Sekaligus Melayu memberi kemenangan kepada anasir non Melayu ini yang ada niat dia jahat terhadap orang Melayu, boleh jadi bapak racist, nak claim dia dan kaum nya adalah pribumi.
    Hubungan genetik sama orang asli pun tak ada...ada hati.

    Satu contoh, selama ini kita diajar bahwa orang Melayu Malaysia semuanya pendatang dari Indonesia.
    Cuba cek, teori ciptaan ini pernah ke orang Melayu yang buat?
    Tak ada...
    Yang ada dalam catatan sejarah Johor tak salah saya, beberapa orang penari dari Jawa dibawa untuk buat tarian di Johor...itu saja.
    Tak ada catatan Melayu Kedah, Terengganu, Pattani dan Siam...termasuk Minang dan Jawa Malaysia semua dari Indonesia.
    Bila masa pula orang tertua asli Semang Austroloids yang merupakan nenek moyang tertua orang Melayu yang mula2 sampai dan membuka tanah Malaysia dan tanah Asia Tenggara ini boleh sampai dulu di Indonesia....
    rute perjalanan mereka bermula dari Utara Afrika terus ke jazirah Arabia, ke tepian pantai India terus ke utara Malaysia.
    Macam mana boleh sampai terus ke Sumatera selatan dan kepulauan Jawa sana?
    Terbang ke apa orang asli tu, tanpa melalui utara Malaysia dulu...?
    So jangan percaya dongeng dan teori manusia2 lahanat ini yang suka hati mak bapak dia campur tangan sejarah Melayu dan sejarah Asia Tenggara.
    Semua ini lah menyebabkan kita Melayu selalu kalah dan tak mampu perjuangkan budaya Melayu kita sendiri di Unesco sebab kita orang Melayu lurus bendul, angguk saja dikatakan pendatang dari Indonesia yang migrasi ke Malaysia tak punya budaya sendiri, semua maling dari budaya Indonesia....padahal orang Melayu Malaysia tak pernah fikir, apa bukti jelas menunjukkan betul berlaku migrasi besaran atau beberapa kali rumpun etnik Indonesia ke Malaysia.
    Bila tanya datuk nenek kita..jawab nya entah...di tanya kita balik.
    So orang Melayu jangan jadi bodoh...harus tegak gagah berani membela bangsa, bukan lembik lemah mudah dipermainkan akal pemikiran oleh anasir lahanat tu.

    ReplyDelete
  6. Melayu sanggup hentam bangsa nya sendiri...tapi dia tak membela apa pun saat sejarah bangsa nya diganggu gugat, malah dicuri oleh orang asing hingga dijadi milik negara.
    Ini lah Melayu pewaris Melayu zaman dulu yang membuatkan negara ini dijajah asing.

    ReplyDelete