Wednesday, November 30, 2016

Buku Baru Tahun Depan!








 
Tahun depan insya Allah saya akan keluarkan buku baru.  Objektif untuk memasyarakatkan bidang sejarah tetap diteruskan. Bawa turun ilmu sejarah terutama sejarah Melayu kepada anak-anak muda.

Setakat ini ada dua projek. Satu projek buku memang rutin dengan penerbit saya sebelum ini (yang menerbitkan Emas Para Dapunta & Maharaja serta Baiduri Segala Permaisuri). Namun ada satu lagi projek buku bersama dua orang ahli akademik di mana seorang bertaraf profesor dan seorang lagi bergelar doktor.

Menariknya ahli akademik ini sudah nampak apa sebenarnya yang saya sedang buat :)

Memang sukar orang yang tidak memiliki latarbelakang sejarah dan disiplin ilmu untuk memahami metodologi yang saya cuba terapkan. Terutama sekali mereka yang memang buta sejarah atau hanya facebooker yang melihat sejarah dari pandangan sempit sempadan geografi yang dibuat oleh penjajah. 

Bertuahnya kini masyarakat dan anak-anak muda mula celik dan ingin tahu tentang sejarah mereka. Setiap hari berpuluh-puluh emel dan mesej di media sosial bertanyakan tentang sejarah kepada saya. Saya memohon maaf kepada penanya yang soalannya tidak sempat saya jawab, kadang-kadang bila saya scroll balik ke bawah, memang terdapat soalan-soalan yang saya tidak sempat baca.

Buku terbaru ini saya akan cakupkan dengan maklumat tentang dua tapak arkeologi kita yakni di Lembah Lenggong dan di Sungai Batu. Lembah Lenggong memang terkenal di dalam peta arkeologi dunia sebagai bukti kewujudan manusia yang tertua selepas penemuan di Afrika (rujuk UNESCO). Manakala Tamadun Sungai Batu adalah tamadun tertua di Asia Tenggara.

Kedua maklumat tentang kedua-dua tapak arkeologi ini memang terhad capaiannya di kalangan umum. Saya akan cuba mempopularnya sebaik mungkin mengikut kemampuan yang saya ada. I'm walk the talk. Sememangnya terdapat kelemahan-kelemahan dalam tadbir-urus berkenaan maklumat-maklumat begini untuk sampai ke masyarakat. Saya sudah mengkritik badan-badan terbabit dan pada masa yang sama, saya cuba membantu mana yang patut. Usaha ini sedikit sebanyak menghasilkan kejayaan yang bukanlah setinggi gunung namun dapat mencakar awan. Buku-buku saya yang laris di pasaran dan perkongsian yang memberangsangkan di media sosial, juga indeks ranking tertinggi di dalam enjin carian Google misalnya adalah antara tanda aras usaha-usaha menggunakan media baru dan lama mampu menjana minat dan sifat ingin tahu atau inkuiri di kalangan masyarakat.

Memang saya mempunyai objektif tersendiri dalam bidang sejarah. Memperjuangkan sejarah bukanlah satu retorika sebagaimana sebilangan orang menyembang sejarah, namun nowhere. Mesti ada matlamat, objektif atau sasaran. Pendirian kena kukuh dan mantap. Jika kita takut-takut menyuarakan pendapat dan stand kita, maka lebih baik jangan berumah di tepi pantai jika berjiwa penakut kepada air dan ombak.

Apapun nantikan buah tangan terbaru dari saya.

Majulah sejarah untuk peradaban manusia.


~Srikandi





19 comments:

  1. Wow ada buku baru. Teruskan Srikandi!

    ReplyDelete
  2. Bariak tando tak dalam, bakocak tando tak panuah

    Bajalan paliharolah kaki, bakato paliharolah lidah

    Baburu kapadang data
    Dapek ruso balang kaki
    Baguru kapalang aja
    Nan bak bungo kambang tak jadi

    .......................... :)

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Tahniah!
    Menantikan buah tangan cik seri.
    Saya dah beli 2 buku cik seri :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Cikgu Seri..! After talk the walk, now u walk the talk..cayalahh.. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berkatilah usahanya, teguhkanlah imannya dan tetapkanlah hatinya. Sesungguhnya manusia hanya merancang dan Kaulah sebaik-baik Perancang Lagi Maha Bijaksana. Aaminn.

    10

    ReplyDelete
  5. tak sabar menantinya

    Amida

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana menyokong dan membaca tulisan2 saya.
    Mungkin buku yang kedua tu lewat sedikit. Buku pertama insya Allah keluar di pesta buku KL.

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  7. Susahnya nak cari 3-3 buku Cik Sri...online pun stok habis...Cik Sri cetaklah lebih sket...tempat saya yang dekat pun MPH jek...teman2 saya ni banyak yang sakit tenat tu saya nak bagi injection ubat khas Cik Sri nie..hihi

    ReplyDelete
  8. Online stok habis? Biar betul. Tak percayalah

    ~Srikandi

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,saya nak bertanya ni cik seri,maaf lah kalau lari tajuk gila dengan post terbaru ni,,,tapi kan,apa yang saya baca melalui atbm,cik seri ada kata binaan piramid ada kaitan dengan bangsa mala,dan kenapa jugak kah pada dolar US ada diletakan gambar piramid yang dikatakan sebagai simbol iluminati,mohon cik seri mohon terangkan memberi jawapan pada saya yg binggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,simbol piramid dalam US dollar adalah umum dalam kedua2 bidang teori konspirasi dan sejarah Amerika sendiri. Binaan piramid mcm dalam panca persada,sesetengah candi di kemboja, borobudur, piramid gunung padang dll di Nusantara adalah bentuk yang biasa ditemui. Di dalam buku Voyages of the Pyramid-Builders oleh Prof Robert M. Schoch ada mengaitkan kemungkinan asal-usul para pembina piramid datangnya dari rantau sebelah sini.

      ~Srikandi

      Delete
  10. mohon jugak sesiapa yang berpengetahuan tentang hal ini menerangkan perkara ini?

    ReplyDelete
  11. Assalam cik srikandi,ada buku sejarah bangsa Melayu y cik terbitkan x..?terima kasih

    ReplyDelete
  12. Assalam cik srikandi,ada buku sejarah bangsa Melayu y cik terbitkan x..?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah tahun depan, apa2 perkembangan saya bagitau

      ~Srikandi

      Delete
  13. teruskan usaha cik sri untuk memartabatkan dan memajukan sejarah melayu...saya sentiasa menyokong usaha murni cik sri..saya harap jika berkesempatan , saya ingin bertemu dengan cik sri...hehe saya peminat sejarah tapi x berapa pandai macam cik sri...

    ReplyDelete
  14. memang betul la ..buku pasal sungai batu,lembah bujang & lenggong mmg jarang @ maybe takde langsung dalam pasaran ..so bg sape yg brmnat pasal tu mmg ketandusan sumber la,,hope keluaq la buku tu cepat2 ye hihi

    ReplyDelete