Friday, August 13, 2010

The Tombs of Ayutthayan Kings



Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan kewujudan blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya,penulis blog yang dikenali sebagai Anai-anai telah mendakwa berasal dari keturunan pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuah kerajaan Siam Purba yang pernah mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan beliau lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapa orang yang mendakwa menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing memiliki nama 'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan sumber utamanya merangkap waris maharaja,Nai Long Kassim Nai Long Ahmad pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.

Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan seimbang.Saya akan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba untuk mengaitkan semua dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun secara kronologi logik.Saya juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang menentang usaha Anai-anai.

Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah membentangkan satu kajian yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita baca di buku-buku teks sekolah.Beliau mendakwa Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan raja-raja mereka berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yang berbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah disebabkan pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah Ayutthaya telah ditutup dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu dan dibunuh.










The Tombs of Ayutthayan Kings






Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."

(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)





Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.

Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi kota paling makmur dengan urusan perdagangan dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi,Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan menakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.

Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.

Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengan konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.

Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca dibuku-buku sejarah.

Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya.Para pengkaji juga menemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding runtuhan kota.Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan hasil kajian.

Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.

Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan secara terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan beliau mengenai Ayutthaya ialah:


-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan beragama Islam.

-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.

-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.

-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.

-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.

-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul) Islam berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan Moghul itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-raja Siam Ayutthaya.

-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu dan diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.Mereka memakai gelaran 'Nai'.

-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini mengenali antara satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal dengan gelaran 'Nai'.

-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakan semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal Selat Melaka.

-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui sistem giliran.

-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya ini ada bukti yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai sendiri,malah sumber Perancis).





-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.

-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi dari buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun Musuh Bisik'.


Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah.Penulis blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain seperti Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari dengan Undang-undang Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.

Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:



Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)

Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)

Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)

Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)

Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)

Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)
Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak
Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuri Si Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)
Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

Sukhothai Dynasty (1569-1629)

Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)
Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)

Prasat Thong Dynasty (1630-1688)

Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)

Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)

Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)
Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)


Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang mendakwa waris dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.


Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma


-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)

-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:RAMESUAN 1369 – 1395)

-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370 - 1388)

-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)

-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)

-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 – 1424)
RAJA TOUNG OO

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)

-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 – 1491)

-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)






-RATSADA (1533 - 1547)

-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)

-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)

-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)

-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA YIN NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -1530)

-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)

-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)

-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH
(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)

-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI RIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)

-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)

-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG 1629 – 1655)

-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)




-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)

-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)


-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA PETRARAJA 1656 - 1688)

-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)


-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)

-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)

-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL
(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II dan gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku Undang-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -Raja Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)


Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?

Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun saya cuba untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis yang sah,iaitu manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.

Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan beberapa nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan ramai lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?

SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA.Ini kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-TEMURUN.

Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris seperti R.O Winsted dan Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN BANGSA ASING.

Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina (Benua Siam),cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari seseorang kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perlu dengar dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah menguasai wilayah Thailand pada hari ini?

Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti orang Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di Benua Siam lama sebelum orang Khmer naik memerintah Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-raja Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi kaum pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat sahaja apa yang terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang menakjubkan itu.Jika mampu membina pagoda besar dari emas,bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-raya,hari ini menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yang terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.

Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil iktibar dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa musuh-musuh menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.

Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu 'KERA',ya...haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)
Yarang : Jarang @ Binjai Lima

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)
Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

(dipetik dari Ibnu Rusydi)



Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki orang Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang hanya wujud di semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang Khmer belajar menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!

Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu Patani yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat pemurah.

Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap berkata,

"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah seluruh semenanjung dahulu"

Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi Maharaja Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo (ya,saya setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai makamnya),jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah sama sahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau' atau 'berdarah naga' sekalipun.

Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long Kassim menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-anai melenting sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu semua sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang hutan yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu' rapat Anai-anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimana sengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera secara moden bermula pada tahun 1884 selepas penemuan sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang Melayu yang nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam' ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebut warisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidak boleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah dapat bersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.

Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan Ayutthaya juga!

Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah begitu obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia didakwa berasal dari perkataan Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan 'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.

'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah pokok mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.

Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan berasal dari perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.

Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan mitos seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai juga akan ketawakan anda.

Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu hanya berasal dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti 'bebelan' pengkritiknya,seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog lain (sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yang sama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan mengikut sahaja penipuan Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama sendiri,yang menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing duduk dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-ubah.Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap mengaku orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarang bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana beliau seorang pensyarah dan terpelajar.Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan dalam bidang sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah seolah-olah mengarang komik anime.

Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak harus dipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis blog itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di dalamnya.



Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam,dan bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai,Khmer,Melayu (Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan sebagainya.Para penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan Burma,yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila Burma datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota Ayutthaya untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang Thai menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan pengaruh Burma dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.

Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.

Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini kerana jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu misalnya,amat sukar memahami bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama akar budaya dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya faham dengan keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.

Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand diam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf belajar dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada orang Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini perangai Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam orang-orang India sendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.

Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya terpaksa mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh melucukan dan bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil mereka sendiri.

Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu kota kerajaan Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris Di Perak.

Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang berulang-ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk lubang biawak dua kali.

Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk mengetahui kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.





Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan ini membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi di situ pada masa dahulu.



Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan warisan Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip Melayu.Istana Melayu direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang berjaya merebut binaan-binaan ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang Melayu yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik orang lain.Kaji Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji peradaban Funan yang membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan pintu dan tembok serta dikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah ditinggalkan orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lain sehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan Stamford Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek moyang mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.

Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang berpakat menyerang 'Langkasuka' adalah tentera Thai.Lihat,produser filem Thai amat menyanjungi warisan sejarah walaupun bekas musuh mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju dengan kota yang kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol disamping tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan penjajah Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini.Lihat filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makin berani menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-nama pembuat filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di sebalik nama-nama Thai mereka?

Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini kerja orang malas.



Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan misteri dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The Golden Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana sejarah hitam kerajaan Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang jadi talibarut Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi yang menceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak boleh membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka,namun kita boleh bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur dan minta mereka menjawab dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada raja-raja Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.


Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang dikenalpasti berada di Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu nisan misteri ini,kita boleh bertanya kepada orang Thai,khususnya para penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....

Di manakah makam raja-raja Ayutthaya yang lain?










__________________________________________________


Credit:


Pro:





Kontra:


34 comments:

  1. saya nak tanya pasal bangsa harimau dengan naga tu la,,,,,,boleh x jelaskn,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Dari segi apa yang didakwa oleh blogsejarahnagarakedah?

    Itu retorik je.Kebiasaan manusia menisbatkan haiwan-haiwan tertentu kepada identiti mereka untuk mengambil sisi motivasi atau semangat perjuangan hidup.That's all.


    ~Srikandi

    ReplyDelete
  3. oh,,pernah x cik srikandi dengar tentang org dari pagar ruyung yg boleh bertukar jadi rimau,,,,,saya nak tau ar,,,,,

    ReplyDelete
  4. Itu suku Kerinci yang ada ilmu hitam macam tu.Suku ni duduk di Jambi sana.Orang Jambi memang kuat ilmu hitam dia.

    Harap membantu.



    ~Srikandi

    ReplyDelete
  5. cik siti srikandi, luas betul pengetahuan awak. nampak nya sumber kita dah ada. apa yg perlu sekarang adalah saluran. kita perlu pastikan setiap insan berbangsa melayu sedar akan sejarah dan asal usul mereka. bagaimana ye? boleh ke kita harapkan pada politikus politikus melayu yg saban hari semakin sibuk memikirkan cara utk menang pilihanraya? saluran lain?

    ahmadazlanresources@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Cik Srikandi , Hang Tuah pergi ke mana selepas meninggalkan bumi Melaka . Anai-anai kata dia guna nama Narai di Ayuthata . Adakah Narai itu Hang Tuah atau bukan.

    ReplyDelete
  7. Terbaeklah.....saya suka dgn sejarah tamadun melayu asia tenggara.....di samping minat dan suka saya pada tamadun islam.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..cik srikandi...boleh tak saya nak tahu tentang sejarah gelaran ...saya sendiri dari keturunan NAIDIN bin NAILONG...yang didakwa berkhidmat dengan kerajaan KEDAH di SIAM..kemudian turun ke KEDAH kerana berjuang dengan Sultan untuk menetang SIAM dan INGGERIS...sekadar untuk mengetahui..apa fungsi gelaran NAI...sumber yang saya dapati dari orang2 pattani...keturunan NAI ini jahat dan zalim...berbeza dengan apa yang di ceritakan pada saya ..NAI- adalah antara penyebar agama islam dan berkhidmat dengan sultan ...macam mana tu....boleh cik seri rungkaikan...mudahan Allah beri lebih lagi ilmu buat cik seri dalam usaha memartabatkan sejarah melayu...
    sekian terima kasih.. asyikin radzali,shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nai maksudnya syed sebahagian keturunan nabi muhammad swt.

      Delete
  9. lagenda kerinci .. hanya beberapa orang je yg didakwa mampu merubah fizikal sepenuhnya menjadi harimau... kebanyakannya yang mengamalkan ilmu ni hanya mampu menerbitkan sedikit dari sifat harimau tu..seperti bengisnya..dan kebolehan2 lain seperti larian yg pantas dan melompat dgn tinggi..sifat bengis yg paling bahaya..arwah atuk saya sendiri didakwa mengamalkan ilmu ini..tak pasti ianya ilmu hitam atau apa..tetapi mereka yang mengamalkan ilmu ni selalunya merendah diri dan atuk saya sendiri kuat ilmu agamanya..seperti silat..dunia pertahanan diri melayu mmg terkenal dgn kebatinannya..sbb tu la hanya yg beragama islam saja yg akan smpai ketahap tertinggi..silat yg dipertandingkan dlm sukan antarabangsa tu lain..ia tak memaparkan ilmu kebatinan sebaliknya hanya asas2 persilatan saja...pasal yg blh merubah sepenuhnya menjadi harimau tu kekal sebagai mitos...sbb dlm mitos tu sendiri kata bila dia berubah menjadi harimau mustahil untuk dia kembali menjadi manusia..jadi tiada siapa yg dpt membuktikan apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy xpasti lagenda Kerinci.

      Tapi apa yg sy faham antara kaitannya Harimau dan Melayu adalah dr sifatnya.
      Sebagai contoh..
      -sifat beraninya seperti harimau
      -bengisnya
      -merendah dirinya (perhatikan harimau berjalan sedikit tunduk tak mcm singa)
      -pandangan matanya dah menggerunkan

      Sekadar pandangan..

      Delete
  10. Assalamualaikum..
    Pertama sekali sy ingin memaklumkan antara sumber rujukan Almarhum Nailong Kasim adalah dari Atuk sedara sy sendiri..
    Sy sendiri mengetahui asal usul keturunan sy.
    Cuma apa yg buatkan sy bersetuju dgn penulis adalah dr segi fakta bangsa.

    Maaf saudara anai anai.. Fakta kabur tentang jurai yang atas2 selepas Almarhum Nenda Syarif Shah adalah bertepatan dgn apa yg saudara penulis bentangkan.. Kabur tapi kita tahu asal usul domain nya adalah melayu.
    Cuma yg membezakannya adalah etnik disebabkan faktor masa dan zaman.

    *mungkin Almarhum pakngah antara individu yang menyimpan skrol tulisan tangan dr Atuk sedara sy memandangkan ank cucu mase tu kurang minat utk menyimpan. Sy sendiri masa tu masih di bangku sekolah dan pernah melihat skrol salasilah keturunan diraja siam (melayu islam) dan disimpan dlm guni padi. Dan atuk sy antara individu terawal diancam oleh pihak istana andai membuka sejarah silam. Tp malangnya bila sy mula minat utk menyimpan catatan sejarah ini rupa2nya atuk sy dah beri kpd beberapa individu termasuk pihak RTM ketika itu. Yang tinggal hanyalah sejarah negara kedah versi Nailong kasim yg diberikan satu salinan oleh Almarhum.
    Dan atuk sy skrg pun dah uzur utk dirujuk.

    Sebenar benar melayu tak kira dr etnik apa dia akan tahu secara sendirinya apa yg perlu dilakukan apabila suis sudah mula ditekan suatu masa nanti kerana dia mewarisi Hati Bangsa Mim.. ;)

    -Keturunan Jati Bangsa Harimau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik keterangan Saudara,..saya brminat tapi yg menjadi masalah nya Ahli sejarah sekarang suke serkap jarang tanpa mengkaji,meneliti, secara mendalam,sekadar membaca sumber alam maya(inteernet)sahaja amat tidak boleh membantu,
      Saya yakin jika ditelilti Riwayat2 sejarah melayu mesti jumpe kunci2 yg telah ditinggalkan,.sebagai contoh Hikayat merong mahawangsa sendir ramai org mengatakan kisah dongeng...

      Cuba kita berfikiran secara mendalam..diMukadimah Hikayat Merong awal2 mengunakan Ayat2 Kebesaran islam...tkkan Dogeng/tipu kut mengunakan Nama Allah Swt.

      ET.

      Delete
  11. Tok saya keturunan raja jambu.

    ReplyDelete
  12. hMMMM.... Mcm ni aku jelaskan. aku dilahirkan di kedah. jdi aku tau jugakla sikit2 pasai kedah. kalau hanpa pi mana2pon orang-tua akan cakap laguni ''siam perut hijau''. ha! habaq mai tang mana plak Siam tu orang Kedah???''. What A Nonsense!!!... mcm ni aku ada bca satu kajian di belah thai sana. artikel tu mengatakan memg ada ulama islam dtg ke Ayutthaya. tetpi dia tu syiah!!!!... tau dak!!!! reti Dak!!!!!.... Syeikh Abdullah Qomi tu mai dari kerajaan Safavid Iran. dia berhijrah ke Ayutthaya pasai kerajaan dia musnah kena perancuq ngan Monggol. dia berkahwin ngan sedara raja siam. keturunan dia nama bunnag kawin jugak ngan sedara raja Siam. depala yg pegang jawatan Samuha Kalahom (menteri pertahanan Siam) . prayuwongse apajadah suma tu Buddha!!!!.... dialah yg menyebarkan syiah ke thailand... hang jgn ingat nmpk islam ja di thailand ASWJ... hang kena siasat anai-anai ,... syiah byk tau di Thailand !!!,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang silap faham kot, ada pengkaji sejarah pun ada bagitau yang thai ditaja oleh british untuk sembelih orang kedah. Disebabkan orang kedah banyak yang dah dibunuh oleh thai, maka orang siam datang ke kedah menetap dan berkahwin dengan orang kedah untuk meramaikan lagi orang2 kedah.

      Delete
    2. Orang2 tua yang bercerita pada kau tu dapat cerita mulut ke mulut atau ada sumber bertulis sejarah? Tak pasal2 orang siam dulu(melayu) kena tuduh. Banyak sejarah melayu disorokkan oleh penjajah.

      Delete
    3. bangga jadi org siam. kalau dah khek tu khekla. habis orang selangor, org johor riau kau nak siamkan jugak ker??'

      Delete
    4. sampai dah melalut australia pon ko claim. ko kena kaji lagi buddha theravada dengan mahayana tu LAGi LA weI

      Delete
  13. Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba’. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba’iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba’iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

    ReplyDelete
  14. The foreign policy of the Safavids had an impact on South Asia and
    upon the literature and culture of the Indian subcontinent as did the
    1738-9 invasion of India of a non-Safavid Persian king, Nadir Shah Afshar
    (1688/98-1747). Persian loan words and Shi‘a cultural practices can still be
    found in South Asia and it is worth recalling that the principal language
    of Indian Muslims up until the nineteenth century was Persian.4
    It is
    clear that this Persian Shi‘a influence extended beyond South Asia into
    the Malay Archipelago, yet the exact nature of this influence remains
    somewhat unknown. As Marcinkowski says, when considering the
    history of Islam in the Eastern Indian Ocean region and the Eastern
    Archipelago, as well as the place of Shi‘ism within this context, the role
    played by lingua francas will become apparent. In the course of Islamic
    history, Arabic, Persian, Turkish, and Malay (not to speak of several
    other lingua francas in Africa) had been major tools in communicating
    the message of Islam to a multi-ethnic and multi-lingual audience. Due
    to several historical developments, Persian obtained such a position in
    Central Asia and the Indian subcontinent and it was also to have a say in
    the Malay-Indonesian Archipelago.5
    In this essay the Persian Shi‘a influence in Southeast Asia, and
    particularly in the Malay Archipelago,6
    will be evaluated through an
    analysis of relevant literature.7
    The influence will be charted in three
    sections. First, some historical background will be given and the impact
    of Persian Shi‘ism on Malay literature will be discussed. Second, the
    status of Persian Shi‘ism in the contemporary Archipelago will be
    considered. Third, a bibliographical study of literature from 1888 until
    2014 pertaining to Persian Shi‘ism in the archipelago will be presented. kajian dari Majid Daneshgar

    ReplyDelete
  15. satt weiii bangsa siam agama thai? hang jgn duk putar belit wei psal agama..butuh btul..orng share bnda yg berfaedah x mau.. duk citer mohong ja.... ak hrp kau bubarkan shajala blog ngarut hang ngan pala oak hang yg ngarut biul btul imaginasi x hbis2 lagy ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tau mengarut ker tak kaji la, bukan suh ko tadah jer. Siam dulu memang rumpun melayu. Orang cerita sejarah bukan masa kini.

      Delete
    2. kawen campur tu Mon campur melayu. kajila bab kerajaan mon sebelum sukhotai tu datang

      Delete
  16. Batu nisan aceh yang bentuk macam mana bertaraf wali mursyid ?

    ReplyDelete
  17. Hhh pelik la.. org kedah g ayuttaya buat kota.. di namakan melayu siam.. ko ingat sblm org kedah dtg ayuttya tu padang jarak padang terkukur.. melainkan buat kota sempadan.. utk halang musuh.. atau menjaga kawasan yg adat spt melaka.. org cham, org melayu dah hidup kwsn tu.. mgkin disebabkan khmer tai mon pun ade menjalankan aktiviti di stu.. org cham dgn mudah boleh ke acheh.. inikan pula ayuttya..

    ReplyDelete
  18. hi srikandi.. boleh tak tlg cari salasilah keluarga sy yg berketurunan tengku di abi, perlis.. kami sendiri tak taw dtg dari mana keturunan dan title tengku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal salasilah ni saya kurang mahir. Sebab selalu terjadi lain pihak lain salasilahnya.

      ~Srikandi

      Delete
    2. ﺑِﺴْـــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

      سُبْحَانَ اللَّهِ
      وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ
      وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ
      وَ اللَّهُ أَكْبَر

      وَ لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

      اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءال سيدنا محمد

      أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ اَلَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْهٌ

      ْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

      Delete
  19. Salam...saya juga tidak berapa faham tntg salasilah ni..dulu kecil2 mak ayah selalu cakap (arwah nenek tu asal keturunan raja siam)tapi bdk2 kan tak kesah pon bila org tua bercerita tntg sejarah dulu2 lgi pula kami adik beradik tak sempat kenal dgn arwah hanya gambar yg kami ada..sekarng ni bila dh dewasa bru la nk tau tntg asal usul ni semua..kata mak nama Ayah arwah nenek klau tidak silap la (NAIKRAI)wujud ke nama itu dlm salasilah keluarga diraja siam..atau ianya sekadar nama sahaja..??mak pon tdk ingt sangat katanya sewaktu nenek meminta die untuk mencatatkn nama2 penting itu smua dia hanya smpat mencatatkn sedikit shja..dn tidak tau kemana hilangnya catatan itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...jika tak keberatan boleh kongsikan salasilah itu. Emel saya: srikandisejarah@gmail.com

      ~Srikandi

      Delete
  20. Betul ke hang tuah org ayutthaya bukan org bugis ke...blh tk kaji tentang kerajaan chih tu, piramid melayu di tasik chini dan asal usul melayu dgn detail

    ReplyDelete
  21. Saya pernah sembang dengan orang keturunan Nai. Tapi betul lah. Biarlah rahsia sebenar di tangan keluarga mereka. Semua atas kehendak Allah, sireh bakal pulang ke gagang jua.

    Bila kaji sejarah takhta raja kesultanan sekarang pun, banyak cerita sebalik tadbirnya. Allah lebih tahu kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu pasal salasilah keluarga, saya tak masuk campur walau ada peminat sejarah minta saya ulas. Saya hanya ulas dari aspekm sejarah Melayu secara umum saja.

      ~Srikandi

      Delete