Friday, August 13, 2010

Temubual bersama Srikandi





Temubual bersama Srikandi




Selepas berakhirnya siri Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 3.0 yang lalu,meja pengarang MistisFiles telah dihujani pelbagai pertanyaan tentang rahsia KeMelayuan dan Nusantara.Ada pihak yang menyokong Srikandi malah mengemukakan maklumat-maklumat tambahan untuk berkongsi dengan pembaca MF.Ada pihak yang membangkang dan mengkritik Srikandi.Ada yang tidak berpuashati dengan Srikandi.Ada yang memakihamun Srikandi seolah-olah Srikandi telah memusnahkan seluruh hidupnya!

Bukan sahaja di Malaysia,malah di Indonesia siri ini telah tersebar dengan meluas apabila seorang peminat dari seberang (?) telah mengedit siri ATBM di dalam bahasa Indonesia dan menyebarkannya di dalam blog-blog,forum dan laman web.Bukan sahaja orang Minang,Bugis,Riau dan sebagainya,malah saudara serumpun dari kalangan orang Jawa dan Sulu tertanya-tanya asal-usul Bani Jawi dan sedar akan kesamaan budaya dan langgam bahasa antara kaum-kaum Nusantara.

Kami telah mengambil inisiatif bertemu dengan Srikandi,editor Alter Terahsia Bangsa Melayu bagi membincangkan beberapa persoalan yang tidak sempat dirungkaikan di dalam siri yang lepas.Kami juga akan cuba untuk mengorek pembayang-pembayang bagi siri yang akan datang yang diketahui tajuknya sebagai "The House of Bni Jawi".

Di sebuah cafe yang berlatarbelakang pantai yang indah di semenanjung Yucatan,kami dengan bangganya membawakan kepada anda Temubual Bersama Srikandi.Hayatilah sejarah anda,kerana tanpa sejarah,anda mungkin akan disejarahkan...



-M.O













S:Penemubual

J:Srikandi







S:Sibuk nampak Srikandi sekarang?

J:Tidak juga,kadang-kadang saya ambil angin di Tikal dan Uxmal sambil buat penyelidikan.Bosan...saya berehat di Cancun,ada sebuah resort yang memang kegemaran saya.Menikmati angin Caribbean sambil berangan-angan di lembayung senja memang mengasyikkan.

S:Wah,seronok nampak Srikandi,kalaulah saya dapat kerja yang hebat seperti ini...

J:(Srikandi tersenyum)Sebenarnya saudara,kebanyakan orang akan fikir pekerjaan orang lainlah lebih menyeronokkan,selesa dan hebat.Seorang jururawat akan fikir kerja seorang doktor adalah profesion yang hebat.Seorang kerani biasa akan fikir kerja seorang pengurus pejabat adalah kerja yang hebat.Seorang cikgu sekolah akan fikir kerja seorang pensyarah universiti adalah kerja yang hebat.Seorang juruteknik fikir kerja seorang jurutera adalah kerja idaman Malaya.Dan semua orang fikir jadi Perdana Menteri nampak hebat namun anda akan tahu betapa peritnya jiwa bila kena menguruskan sebuah negara dan kadangkala jasa kita bukan dibalas dengan terima kasih namun dikutuk dan dimakihamun.

Dahulu ketika saya kecil,saya bayangkan kerja seorang pakar sejarah atau arkeologi yang menyeronokkan.Saya memang meminati bidang sejarah sejak kecil.Saya seorang ulat buku.Sejak umur 7 tahun lagi saya telah membaca tentang sejarah negara-negara Asia Tenggara.Habis satu siri ensiklopedia sejarah di perpustakaan sekolah saya 'dihafal' oleh saya.Ketika di sekolah menengah saya nekad ambil bidang sastera ketika semua kawan-kawan saya cenderung ambil aliran sains.Saya terpaksa berpisah dengan kawan baik saya yang selalu di sisi saya sejak dari kecil,demi mengejar impian saya.Aliran sastera sudah menjadi taboo sebagai aliran yang susah dapat kerja dan membosankan.Namun saya percaya pada diri saya.Selepas habis SPM,saya terus memohon ke Tingkatan Enam,ketika sebahagian besar yang lain terus ke matrikulasi,maktab dan universiti.Sekali lagi saya ambil langkah kurang popular.Anda tahu 'keperitan' di Tingkatan 6?Orang kata kita masih budak sekolah lagi.Masih campur dengan budak-budak hingusan lagi.Tidak ada class.Masih pakai uniform sekolah.Tapi saya nekad.Saya gigih belajar dan belajar bersama-sama rakan-rakan di Tingkatan 6 yang sebahagian besarnya berbangsa Cina.Di sinilah saya belajar bergaul dengan rakan-rakan Cina.Kami bersama-sama menganjurkan Hari Sukan,Hari Persatuan,Hari Kantin dan pelbagai lagi.Kami memimpin 'budak-budak sekolah' membuat aktiviti kemasyarakatan.Ya,memang kami jadi budak sekolah tapi inilah yang menjadikan kami kental sebagai pemimpin yang lasak.

Tidak hairanlah apabila saya lulus cemerlang dan diterima ke universiti,saya dengan cepat diterima untuk menerajui pelbagai acara dan persatuan.JIka tidak saya seorang wanita,mungkin saya sudah menjawat Pengerusi Persatuan Sejarah di universiti saya.Ketika semua pelajar di universiti ketika itu tekun mendengar ucapan saya,saya masih teringat peristiwa saya di boo dengan samseng-samseng sekolah ketika mengajak mereka derma darah.Saya dilemparkan bungkusan air sirap dan rantai basikal saya dijatuhkan.Saya menangis ketika itu mengenangkan betapa bodohnya saya bercampur dengan budak-budak sekolah ini dan degil tidak mahu memohon ke universiti.Namun rakan-rakan Cina saya menenangkan saya dan seorang dari mereka yang saya panggil Win Cun berbisik kepada saya:


"...jika awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."


Saya kesat airmata.Saya bangkit dan pulang ke rumah dengan seribu semangat.Saya tidak mengalah malah terus aktif mengadakan pelbagai acara di sekolah.Saya benar-benar jadi tebal muka.SEgala umpatan dan sindiran saya kesampingkan.Saya tahu,budak-budak tidak suka saya kerana ketika itu saya seorang yang agak garang.Mereka panggil saya,"Akak Six Muka Cenge".Perkara paling manis ialah berjaya membawa Pertubuhan Silat Gayong membuka cawangan di sekolah saya.Dan saya juga berjaya melobi Pejabat Pendidikan Negeri supaya mengadakan Hari Membaca Peringkat Negeri di sekolah saya.Saya hampir menangis apabila pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana membantu sekolah.Namun perkara yang paling saya tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini adalah satu peristiwa yang aneh,apabila seorang pelajar Tingkatan 4 menyampaikan pesanan kepada saya supaya berjumpa seseorang di kantin sekolah pada waktu petang.Di kantin saya lihat ramai orang.Tiba-tiba Win Cun menarik tangan saya ke tengah kantin.Saya hanya tersenyum,sebab saya tahu memang hari itu hari jadi saya.Mereka telah buat satu majlis hari jadi khas untuk saya!Tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang bertutup muka dengan kain hitam datang dengan membawa sebiji kek besar sambil dipimpin oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5.Saya kenal mereka adalah murid-murid Silat.Apabila kek diletakkan di hadapan saya,mereka membuka tutup kepala pelajar yang membawa kek tadi.Anda tahu siapa dia?

Dialah yang melemparkan bungkusan air sirap ke muka saya!


"Kak,saya minta maaf pasal kejadian hari tu,waktu itu saya memang bodoh...akak maafkan saya ye?"

Saya benar-benar terkedu ketika itu.Waktu ini saya benar-benar menangis.Betapa sikap degil saya tidak mempedulikan segala gangguan dari pelajar itu memberi kesan dihatinya.Dia telah menyertai pertubuhan silat yang saya usahakan dan ini telah mematangkan sikap dan personalitinya.

Apabila saya berada di tempat saya pada hari ini,baru saya sedar betapa sukarnya menjadi ahli sejarah,lebih-lebih lagi sejarah negara sendiri yang pecah berkeping-keping.Sejarah yang dijajah,dijarah dan dipalsukan.Apabila saya beritahu tentang kebenaran sejarah,adakalanya saya dihina dan dicemuh oleh orang yang selesa dengan jatidiri yang diciptakan penjajah untuknya.


(suasana hening seketika)


S:Wow!Ini boleh bikin filem (Srikandi tersenyum).Apa pun ini satu pengalaman yang menarik.Baiklah,kita masuk ke dalam perbincangan utama kita,iaitu siri Alter Terahsia Bangsa Melayu.Apakah inti utama siri ini sebenarnya?Sebab ada yang masih kabur dengan 'puzzle' yang bersimpang-siur di dalam siri ini.



J:Sejarah Melayu Nusantara terpecah kepada dua.Ini yang ingin disampaikan di dalam siri ini.Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia ada di Nusantara.Proto Mala ini memang misteri namun kehadirannya dapat dikesan dalam bahasa Melayu,tulisan Rencong dan catatan-catatan bangsa purba lain.Siri ATBM yang mendedahkan tentang kaitan bangsa Phoenicia (Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu Nusantara adalah kunci kepada teka-teki ini.Raja Perehu dan isterinya Hati adalah keturunan Proto Mala.Apabila Nabi Ibrahim a.s tiba ke Nusantara untuk berdakwah,baginda membawa sekali budaya Phoenicia dan tulisannya sekali.Sebab itu ada tulisan Rencong.Tulisan-tulisan Phoenicia ini digunakan untuk menuliskan ajaran Ibrahim atau Brahma dalam tradisi Avestan Purba.Dari sini muncul gaya tulisa Brahmi,yang digunakan untuk menuliskan kitab-kitab Veda.Kemudian Dravidian (Tamil,Telegu,Malayalam dll) mencedoknya.Kemudian barulah kaum-kaum Asia Tenggara seperti Burma,Tai dan Khmer mencedoknya.Kita juga ada versi dari Brahmi ini iaitu Kawi dan Aksara.Nabi Ibrahim telah mengambil seorang puteri dari Nusantara sebagai isterinya.Puteri Mayang Mengurai ini punya gelar diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini adalah lambang 'Naga' atau 'Ular Besar'.

Dari perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Puteri Mayang Mengurai (Keturah,panggilan di Sumeria dan Judah) inilah lahirnya satu ras baru yang lebih bijak dan maju (advance) iaitu Deutro Mala.

INILAH INTIPATI SIRI ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Anda boleh lihat siapa yang mula-mula sekali punya tulisan purba,Melayu Nusantara atau kaum-kaum India?Rencong adalah setaraf dengan Brahmi dan Phoenicia namun tulisan Tamil,Devanagari,Khmer dan Tai adalah subBrahmi,iaitu ubahsuai atau dipengaruhi oleh skrip Brahmi.Bahasa Sanskrit adalah bahasa cedokan dari Avestan yang merupakan bahasa suci kitab Zend Avesta yang berisikan ajaran Tauhid Nabi Ibrahim.Cyrus The Great (Raja Koresy,Kurusy) menganut agama Ibrahim yang mentauhidkan Allah s.w.t.Cyrus menganut agama Zoroester (Zarathustra) yang dibawa oleh seorang nabi yang menyambung risalah Nabi Ibrahim.Nabi ini telah menentang orang Magus iaitu puak pagan yang menyembah api.Magus inilah yang membawa agama Majusi.





S:Jadi siapakah Melayu pada hari ini?Adakah orang Jawa itu Melayu?

J:Deutro Mala tiba dari utara semenanjung.Ketika itu Nusantara telah ada Proto Mala.Indochina ketika itu diduduki oleh Proto Mala.Ketika itu belum wujud lagi orang Tai dan Dai-Viet.Apatah lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil).Yang ada mungkin sebahagian kecil aborigine Kecinaan seperti Mon atau Pyu.Boleh juga saya katakan bahawa Deutro Mala itu dahulunya tinggal di Indochina.Jika kita angguk-angguk geleng-geleng dengan Teori Melayu Berasal dari Palembang/Sumatera,MANA NAK CAMPAK ORANG CHAM?Orang Cham ini (dahulu menetap di pesisir pantai Vietnam dan sebahagian Kemboja) adalah benar-benar rumpun Melayu.Bahasa Cham adalah SATU BENTUK BAHASA MELAYU PURBA.Anda tahu asal kata 'Orang'?Ini berasal dari kata 'Uran' yang ditemui pada prasasti-prasasti Cham Kuno.'Uran Utan' sebagai contoh adalah kata Melayu Kuno merujuk kepada "orang Hutan' dalam bentuk moden.Dari semenanjung barulah Deutro Mala ini bergerak ke pulau-pulau sekitarnya termasuk Sumatera.Mereka bercampur dengan Proto Mala.Di Tanah Jawa tidak dinafikan telah ada suku-suku Proto Mala ini.Percampuran Deutro Mala dan suku-suku Proto Mala di Jawa menghasilkan etnik Jawa pada hari ini.

DEUTRO MALA INILAH MERUPAKAN NENEK MOYANG KEPADA MELAYU MODEN PADA HARI INI.
Melayu Riau,Deli,Aceh,Kedah,Kelantan,Johor,Perak,Pahang,Terengganu,Bugis dan sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat Kemelayuannya.Di Tanah Jawa terutama di wilayah tengah agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah percampuran Deutro Mala dan Proto Mala.Jadi ada percampuran darah di sini.Namun dengan adanya orang Sunda yang punya budaya bercampur antara Kejawaan dan Kemelayuan,menunjukkan bukti percampuran Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah Jawa.Namun Melayu semenanjung adalah benar-benar Deutro Mala asli.Sebab itu saya bahagikan kaum-kaum Nusantara kepada 3 bahagian:



1.Mala-Polinesia:Kaum-kaum Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal di pesisir pantai.Profesion mereka adalah perdagangan maritim.Mereka banyak tinggal di semenanjung,Sumatera dan pulau-pulau lain.

2.Mala KeJawaan:Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk di Tanah Jawa.

3.Mala aborigine:Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan.Mereka masih mengamalkan carahidup dan kepercayaan lama.Mereka tidak bercampur darah dengan Deutro Mala dan terasing dari perubahan.Orang Asli,Jakun dan Dayak adalah contoh aborigine.

Deutro Mala dahulunya tinggal di Indochina.Mereka ada yang sampai ke YUnnan.SEbab itu ada teori yang mengatakan Melayu berasal dari Yunnan.SEbenarnya bukan Melayu itu dari Yunnan,tetapi populasi mereka ada yang sampai ke Yunnan (Yunnan terletak di selatan China dan bersempadan dengan IndoChina).Macam orang Melayu Johor.Kita tahu di Singapura juga ada Melayu,namun adakah orang Melayu berasal dari Singapura?SElepas etnik-etnik Cina yang kalah dan dibuli oleh etnik-etnik yang lebih gagah dan menang perang bergerak beramai-ramai ke selatan,Deutro Mala ini makin terdesak dengan migrasi yang mendadak ramai ini.Dahulu bukan ada peraturan Pendatang Tanpa Izin.Kaum-kaum Kecinaan ini mendadak bermigrasi ke Indochina dalam jumlah yang besar akibat dihalau oleh etnik seperti Han dan Monggol.Akhirnya Deutro Mala ini terdesak berpindah lebih ke selatan atau ke pulau-pulau sekitar Kepulauan Melayu.

Oleh itu jika kita ingin beritahu anak kita yang bertanya,

"Orang Melayu sudah bina apa,ibu?Orang Mesir ada piramid,kita ada apa?"



Katakan padanya,orang Melayu dahulu bina Angkor Wat dan Cham Tower.Namun semua itu sudah berada di dalam wilayah orang lain,dan jadi hakmilik orang lain.Tahukah anda di satu sudut di dalam Angkor Wat,terdapat ukiran dua orang gadis berpakaian kebaya!Senibina Angkor Wat adalah senibina warisan Funan.Orang Melayu juga telah bina Borobudur yang merupakan satu keajaiban.Jika orang Khmer berbangga dengan Bayon dan Angkor Wat yang punya panel relief yang banyak,di Borobudur lebih banyak panel relief ini malah seluruh Borobudur itu sendiri semacam satu bangunan galeri yang mempamerkan lukisan-lukisan!Adakah Borobudur semata-mata dibina oleh orang Jawa?Majapahit?




SALAH SAMA SEKALI!

Borobudur dibina ketika era Srivijaya,jauh sebelum muncul Majapahit.Ketika itu Tanah Jawa dibawah pengaruh Srivijaya.Borobudur dibina oleh dinasti Sailendra yang berasal dari Sumatera.Dan istimewanya dinasti ini ada kaitan dengan pengasas kerajaan Angkor,Jayavarman II.Jayavarman II inilah yang membawa budaya dan senibina Sailendra-Srivijaya ke Kemboja.NAMPAK TAK DI SINI RAJA-RAJA DI ASIA TENGGARA ADA HUBUNGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN SEPERTI RAJA-RAJA EROPAH.





S:Bukankah itu semua adalah kuil HIndu dan Buddha?Nanti ada pihak yang kata Srikandi mengagungkan sejarah Hindu-Buddha.

J:Ya,namun itu semua adalah hasil karya Bani Jawi sebelum di anugerahkan hidayah Allah.Kita bukan hendak membincangkan tentang isu agama,namun topiknya di sini adalah pencapaian dan tamadun orang Nusantara,TIDAK KIRA SEBELUM ISLAM DAN SELEPAS MENERIMA ISLAM.Ini yang penting.Adakah kerana ia adalah kuil Hindu dan Buddha,maka kita tidak mengaku ia adalahSENIBINA MELAYU PURBA?FIKIRKAN MENGAPA KUIL-KUIL FIRAUN DI MESIR TIDAK DIMUSNAHKAN OLEH TENTERA ISLAM YANG MENAKLUK MESIR.Mengapa Amru bin Al-'Ash,seorang sahabat nabi yang berjaya menakluk Mesir tidak memusnahkan kuil-kuil Mesir ini?JIka mereka memusnahkan piramid dan segala senibina Mesir Purba ini,sudah tentu kita tidak akan mengenal siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati.


Sejarah tetap sejarah,namun bagaimana kita bertindakbalas dengan sejarah itu ADALAH PERKARA TERPENTING.Daripada binaan-binaan ini kita tahu bahawa kita ada kemampuan dalam senibina.Namun dari sejarah juga kita tahu bahawa nenek moyang kita mengambil pilihan yang tepat dalam menerima Islam sebagai cara hidup walaupun ketika itu zaman Imperialis telah tiba dan kita tidak sempat membangunkan binaan berciri Islam dengan banyak kerana banyak tenaga dan masa dihabiskan untuk menentang penjajah.

S:Terlanjur bercakap tentang Srivijaya,bolehkah Srikandi terangkan struktur empayar ini secara ringkas?






J:Srivijaya ialah sebuah empayar maritim bersifat penguasaan perdagangan.Pelabuhan-pelabuhan terbaik di sekitar Kepulauan Melayu berada dalam naungan Srivijaya.Setiap negarakota,pelabuhan dan negeri yang bernaung di bawah Srivijaya bebas memerintah dan mentadbir wilayah masing-masing.Namun bila-bila masa balatentera Maharaja akan memantau aktiviti perdagangan di selat Melaka dan sekitar Kepulauan Melayu.Kedah Tua,Langkasuka,Gangga Negara dan Gelanggi adalah antara wilayah naungan Srivijaya.Konsep 'Federation' dalam Srivijaya berbeza dengan konsep Emperium China terhadap negeri-negeri naungannya.Maharaja China tidak berhak mengambil kekayaan Melaka contohnya namun Melaka membenarkan pedagang China berdagang di pelabuhan Melaka.Namun Maharaja Srivijaya mengenakan cukai ke atas pelabuhan-pelabuhan Nusantara menjadikan Srivijaya antara empayar terkaya di Timur Jauh.Ini ada dalam catatan pengembara Cina dan Arab.Malah Empayar Srivijaya pernah menggunakan matawang emas sebagai transaksi perdagangan.



*Prasasti tulisan Rencong





S:Sejak bila empayar ini muncul?

J:Srivijaya adalah 'The Lost Empire' yang hanya diketahui oleh masyarakat Nusantara pada abad ke-20 selepas usaha-usaha penyelidikan dari Barat dan tempatan diusahakan termasuk perbandingan dengan rekod-rekod China dan Arab.Pendapat yang popular yang mengatakan empayar ini bermula sejak abad ke-7 adalah kerana lawatan seorang sarjana dan sami dari China,I-Tsing yang menetap di salah sebuah kota empayar ini untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha.

Seterusnya ditemui juga pada abad ke-9 catatan-catatan pengembara Arab yang melawat Zabaj (Srivijaya) ketika itu.SEbenarnya empayar ini telah lama wujud jauh sebelum abad ke-7 Masehi dan di mana para pengkaji masih berselisih pendapat tentang bilakah empayar ini ditubuhkan.Ada yang mengatakan seawal 3 Masehi dan ada yang berpendapat kerajaan ini sudah ada sekitar 1 Masehi.Maharaja Srivijaya yang terawal dikenal adalah Dapunta Hyang Sri Jayanasa,itupun kerana ditemukan namanya pada Prasasti Kedukan Bukit dan prasasti-prasasti yang lainnya.I-Tsing juga dikatakan menemui maharaja ini.Jika ketika itu catatan pengembara China ini menunjukkan bahawa Srivijaya adalah satu kerajaan yang kaya dan makmur maka sudah tentu Srivijaya telah wujud lebih lama dari saat I-Tsing menjejakkan kaki ke Nusantara.Satu empayar yang sudah mewah dan kukuh seperti itu sudah tentu telah melalui jangka masa yang lama untuk bangkit.Kewujudan empayar ini ditimbulkan oleh sarjana Perancis,George Coedès sekitar 1918.Di mana sarjana Belanda dan Inggeris yang menjajah Nusantara?Adakah mereka benar-benar tidak tahu kewujudan empayar ini?KITA KENA FAHAM SEBARANG PERKARA YANG MENAIKKAN SEMANGAT,JATIDIRI DAN IDENTITI AKAN MENYUKARKAN HEGEMONI IMPERIALIS.JIka rakyat Hindia Timur (nama lama Indonesia ketika era penjajahan) sedar tentang kegemilangan mereka dahulu maka ini mungkin akan membangkitkan jatidiri dan semangat nasionalis mereka.Jadi sebenarnya kewujudan empayar ini telah lama diketahui oleh pihak Belanda namun sengaja disenyapkan.Baca catatan seorang sarjana Belanda yang ikut bersama-sama tentera Belanda yang menyerang istana Raja Lombok,di mana tentera Belanda dikatakan telah membakar perpustakaan istana yang menyimpan rekod-rekod penting sejarah Nusantara.Manuskrip-manuskrip daun lontar yang jumlahnya mencapai ratusan musnah begitu sahaja.Antara yang sempat diselamatkan ialah Negarakertagama,yang menceritakan tentang Hayam Wuruk dan Majapahit.Itupun telah disimpan Belanda sehinggalah pada tahun 1973,naskhah asli kitab ini diserahkan kepada kerajaan Indonesia ketika kunjungan ratu Belanda,Juliana Louise Marie Wilhelmina van Oranje-Nassau.Adakah isi perpustakaan Raja Lombok Cakranegara telah terbakar habis?TIDAK SAMA SEKALI.

SEBENARNYA PIHAK BELANDA TELAH MENGANGKUT SEJUMLAH BESAR KHAZANAH MANUSKRIP NUSANTARA SEPANJANG PENJAJAHAN MEREKA DAN KINI TERSIMPAN KEMAS DI UNVERSITI LEIDEN DAN LAIN-LAIN.

Kisah rompakan khazanah manuskrip berharga ini sama seperti kisah kapal The Fame yang belayar ke England sambil membawa beribu-ribu khazanah kitab,manuskrip,surat dan skrol.Kapal ini kononnya terbakar di tengah pelayaran padahal sebenarnya khazanah kita selamat sampai di bumi Eropah.Apabila satu universiti di sana mengadakan pemeran surat-surat Melayu,alangkah terkejutnya kita dari mana mereka mendapat semua manuskrip dan surat-surat Melayu ini.Saya sendiri telah menghadiri pameran ini sekitar 90-an dahulu dan hampir menitiskan airmata membaca bait-bait surat cinta seorang jejaka kepada kekasih hatinya yang ditulis lebih kurang 300 tahun yang silam.Betapa halusnya bahasa orang Melayu dahulu,betapa tingginya seni dan sastera mereka.




S:Jadi pada pandangan Srikandi,bilakah wujudnya Srivijaya?

J:Empayar ini telah wujud sekitar ratusan tahun sebelum Masehi,secara peringkat demi peringkat.Bermula dari sebuah negarakota kecil,mereka telah menakluk sedikit demi sedikit Nusantara.Pada awalnya pemerintahan mereka berpusat di semenanjung,kemudian berpindah ke Sumatera,kerana mudah mengawal selat Melaka.Ketika I-Tsing sampai ke kota Srivijaya,empayar ini telah berpusat di Sungai Musi berdekatan Bukit Siguntang.Ingat lagi perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun?Demang Lebar Daun inilah antara maharaja Melayu Srivijaya yang tersembunyi dalam sejarah.

S:Menarik,Demang Lebar Daun adalah watak yang misteri dalam Sejarah Melayu.Berkenaan Sungai Musi dan Sumatera,ada teori yang mengatakan orang Melayu berasal dari Sumatera.Apa pandangan Srikandi?

J:(Srikandi tersenyum kecil,dan melemparkan pandangan ke arah pantai Caribbean)Tidak sudah-sudah dengan teori yang kurang berpelajaran.Anda tahu apa tujuan orang-orang kurang cerdik ini buat teori-teori mengarut ini?TUJUANNYA SUPAYA UNTUK MENGATAKAN BAHAWA ORANG MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL SEMENANJUNG.Setengahnya mereka-reka bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan,yang lain mengatakan dari Taiwan dan yang lain pula mengatakan dari Sumatera pula.Yang mana satu betul ini?JIka anak-anak Melayu angguk-angguk geleng-geleng dengan semua teori dungu ini saya tidak hairan satu hari nanti mereka mungkin mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari sukukaum alien dari Planet Zargus (Srikandi ketawa kecil).

Orang Melayu telah lama menetap di semenanjung,malah dahulu sempadan populasi Melayu sampai ke Indochina.Lama sebelum kerajaan Majapahit muncul,telah ada kerajaan Funan dan Champa.Ini adalah benar-benar kerajaan yang didirikan oleh rumpun Melayu.Siapa orang Aceh?Mereka adalah keturunan Champa yang bermigrasi dari tempat asal mereka akibat perluasan kuasa oleh raja-raja Dai-Viet.Bayangkan dari Vietnam mereka berlayar sehingga ke Sumatera.JADI SEKALI LAGI,ORANG CHAM TELAH MENYELAMATKAN KITA.Perpindahan orang Cham ke Sumatera adalah bukti bahawa orang Melayu telah sedia ada di tanah besar.Sukukaum-sukukaum Kemelayuan memang dari ras yang terbuka,cepat mesra dan berdiri di atas interaksi bersifat antarabangsa.SEbab itu mereka cepat membina empayar jauh terlalu lama sebelum giliran sukukaum Jawa di Tanah Jawa membina empayar kebanggaan mereka,Majapahit.Raja-raja Majapahit itu sendiri bukanlah semuanya berdarah Jawa asli.

S:Apa maksud anda?

J:Mari kita belajar sejarah Majapahit.Ketepikan sikap dungu sesetengah orang seberang yang buta sejarah.Saya akan bukakan rahsia sebenar BUAH MAJA YANG PAHIT.Hanya waris berdarah BUAH MAJA YANG PAHIT tahu rahsia keturunan mereka.Pengasas Majapahit,Raden Wijaya adalah anak kepada Rakeyan Jayadarma dan Dyah Lembu Tal.Rakeyan Jayadarma adalah anak kepada pemerintah kerajaan Sunda Galuh manakala ibunya,Lembu Tal adalah berdarah kerabat Singhasari.Jadi dari sini kita tahu bahawa Raden Wijaya adalah berdarah campuran Sunda-Jawa.Raden Wijaya mempunyai 5 orang isteri di mana empat darinya adalah puteri Kertanagara,raja terakhir dinasti Singhasari yang dibunuh oleh Jayakatwang,seorang gabenor sebuah wilayah naungan Singhasari yang memberontak.Saya tidak mahu sentuh 4 orang isteri berdarah kerabat diraja Singhasari ini,saya mahu sentuh tentang seorang lagi isteri Raden Wijaya,kerana dia adalah satu-satunya isteri pengasas Majapahit itu yang MELAHIRKAN ANAK LELAKI.

Dia bernama Dara Petak.Anda tahu siapa Dara Petak ini?Dia adalah puteri kepada Srimat Tribhuwanaraja Mauliawarmadewa,raja kerajaan Dharmasraya,penyambung dinasti kerabat Srivijaya yang masih tinggal setelah empayar Srivijaya berpecah.Dara Petak adalah berdarah Melayu dinasti Malayu Dharmasraya,tinggalan Srivijaya.Ketika kunjungan hormat Singhasari ke Dharmasraya,rombongan Kertanagara telah menghadiahkan Arca Amoghapasa,satu arca seni yang dibuat khas sebagai persefahaman diplomatik.Ekspedisi ini sering digelar sebagai Pamalayu dan disalahtafsir sebagai 'Perang ke atas Malayu'.Ini adalah tafsiran yang kurang tepat kerana bagaimana Kertanagara boleh menghantar satu arca yang tinggi seninya dalam masa mahu berperang?SEBENARNYA KERTANAGARA MAHU MENYATUKAN KERAJAAN-KERAJAAN SUMATERA BERSAMA SAMA MEREKA MENGHADAPI SERANGAN MONGGOL YUAN.Tanpa sokongan balatentera dari kerajaan-kerajaan Nusantara lain,susahlah Singhasari mahu menghadapi tentera Monggol yang terkenal amat ganas.




SEbagai balasan,raja Malayu Dharmasraya telah menghantar dua orang puterinya,Dara Jingga dan Dara Petak untuk dijadikan sebahagian keluarga kerabat diraja Singhasari untuk mengeratkan hubungan baik antara dua kerajaan.Dara Petak berkahwin dengan Raden Wijaya,menantu Kertanagara yang kemudiannya mengasaskan Majapahit.Dari perut Dara Petak,lahirlah satu-satunya zuriat lelaki Raden Wijaya,iaitu Jayanagara dan dia inilah maharaja kedua Majapahit setelah ayahnya meninggal dunia.Jadi maharaja kedua Majapahit ialah dari keturunan Melayu-Jawa.Dara Jingga pula berkahwin dengan seorang pendeta yang dihormati.Dari perkahwinan ini lahir Adityawarman yang kemudiannya menjadi jeneral perang Majapahit dan kemudiannya menubuhkan kerajaan Pagar Ruyung atau nama lamanya Malayapura (Kota Melayu).Dalam sejarah Bali pula,seorang anak Dara Jingga ini menurunkan keturunan raja-raja Tabanan dan Badung.Hmm...seorang keturunan Melayu-Jawa menjadi asal-usul raja-raja Bali.SEbab itu orang Melayu dan Jawa berkongsi budaya dan langgam bahasa kerana dahulu nenek moyang kita berhubungan di antara satu-sama lain,bukan hanya duduk di kampung bagai katak di bawah tempurung.Jadi kalau darah Melayu sudah ada pada raja-raja Bali,adakah mereka tidak ada kena mengena dengan keris Bali,silat,batik dan tariannya sekali?Ini bukan rakyat biasa,ini keturunan raja-raja.



S:Menarik sungguh cerita raja-raja Nusantara dahulukala ya!Nampaknya mereka ini mengamalkan perkahwinan campur untuk menghasilkan ras diraja yang unik dan terbaik.

J:Ya,kita tidak boleh menyebutkan sejarah Majapahit tanpa menyebutkan peranan Sumatera,kerana tanpa Sumatera,orang-orang di Tanah Jawa tidak mampu membina empayar.Raden Wijaya berdarah Sunda-Jawa dan anak lelakinya berdarah Melayu-Sunda-Jawa.Sepupu Jayanagara,Adityawarman (dari sebelah Dara Jingga) adalah jeneral perang Majapahit dan bersama-sama Gajah Mada menawan wilayah-wilayah seperti Madura,Bali dan juga Sumatera.Perkahwinan campur begini menghasilkan keturunan yang bijak pandai.Mereka pandai berdiplomasi dan berinteraksi antara sesama etnik Nusantara jadi ini memudahkan mereka membina empayar kekuasaan.Jika raja-raja Nusantara ini bersikap dungu seperti bapak-bapak Indonan yang masih hingusan dengan sikap berpecahbelah sesama rumpun Nusantara,nyawa Srivijaya dan Majapahit tidak akan lama memerintah.Mungkin 4-5 tahun terus jatuh kerana tidak bersatu-padu.Ada yang mahu berperang dengan saudara serumpun mereka dari Malaysia semata-mata berebutkan kain batik dan tarian padahal Cina Singapura yang acapkali menipu bapak Indonan ini dengan mencuri air dan 'mengancam' Indonesia tidak pula sibuk-sibuk mahu mengacu-ngacukan buluh runcing kepada Singapura.Takut?Takut dengan kuasa militer Singapura?MANA DIA JIWA BERANI GAJAH MADA DAN KERTANAGARA DALAM JIWA-JIWA PAK INDONAN INI?Kertanagara sanggup menghantar arca sebagai tanda persefahaman dengan Dharmasraya dalam menghadapi Monggol,namun bapak Indonan tidak mahu bersatu dengan kita untuk menghadapi ancaman tersembunyi Singapura.Saya pernah membaca satu artikel seorang wartawan Indonesia yang menganalisis hubungan antara Singapura dan Indonesia.Alangkah sedihnya saya betapa negara sebesar Indonesia mampu diperkotak-katikkan oleh negara sekecil Singapura.Bapak Indonan lebih suka melompat-lompat terkinja-kinja memegang buluh runcing sambil menjerit "ganyang Malaysia" saudara serumpun,sebudaya,sebahasa dan seagama dengan mereka dari mengambil tahu betapa Indonesia dibuli oleh Singapura secara senyap.

Orang Singapura yang mencipta video Tarian Pendet,bapak Indonan pula menari tarian Buluh Runcing secara tiba-tiba bagai dirasuk hantu Belanda.Begitu pelik penyakit mereka yang termakan racun Belanda.Padahal jika Indonesia dan Malaysia bersatu,mereka akan kembali menjadi harimau-harimau ekonomi sepertimana era Suharto-Mahathir dahulu.Zionis Singapura campak racun di tanah,pak Indonan berebut-rebut menjilat racun itu sambil terkinja-kinja mahu ganyang Malaysia.Bila orang Malaysia dan Indonesia bergaduh berebut baju dan tarian,yang bertepuk tangan adalah Zionis Singapura.

Sedih sungguh mendengar kedua-dua rumpun ini berebut tarian dan baju batik,namun sejuk mata saya apabila melihat Presiden Indonesia mengadakan kunjungan hormat ke Malaysia dan bertemu dengan Sultan Mizan.Kedua-dua mereka beramah mesra dengan masing-masing memakai songkok.

S:Ini ada soalan yang agak sensitif bagi sesetengah orang.Apabila membaca artikel 'Dilema Melayu dan Siam',nampaknya Srikandi menyerang habis-habisan Anai-anai.Apa sebenarnya yang berlaku?

J:(Srikandi tersenyum sambil mencebikkan bibir)

Saya hanya mengusik Anai-anai sahaja.Namun di hati kecil saya,saya tetap menghormati beliau lebih-lebih lagi Nai Long Kassim yang usianya sekitar usia bapa saya.Saya tiada masalah dengan teori salasilah Ayutthaya beliau namun saya terpanggil untuk tampil menjawab kekeliruan beliau yang di tahap kronik apabila merapu-rapu tentang asal-usul Melayu.Teori Anai-anai mengatakan bahawa orang Melayu itu berasal dari Xian,di tengah China!Ini amat melucukan dan benar-benar menggeletek kedua buah pinggang saya (Srikandi ketawa kecil) SEbenarnya lagi jauh Anai-anai merapu dengan teori Melayunya,lagi seronok saya mengusiknya.INI KERANA KELEMAHANNYA MULA MUNCUL APABILA MEMBINCANGKAN ASAL-USUL MELAYU DALAM KERANGKA TEMPURUNG SIAM CIPTAANNYA.JIka Anai-anai tidak memandai-mandai merapu pasal Melayu,teorinya boleh jadi benar.Ini kerana ramai orang tahu sejarah raja-raja Thai yang banyak palsu dan menyeleweng.

S:Tetapi beliau mengemukakan peta-peta lama dan kitab Undang-undang Kedah (UUK).



J:Peta-peta tidak berguna itu?Useless!Peta itupun dilukis oleh orang Eropah.Orang Perancis yang melukis Peta Siam tahun 1730 itu menyangka kerajaan Ayutthaya amat besar.Ini kerana mereka melukis peta itu selepas melawat Ayutthaya.Bagaimana dengan peta semenanjung Melaka itu?Pelukisnya yang kemungkinan pengembara Portugis melukiskan peta itu apabila melawat Melaka dan menganggap seluruh semenanjung di bawah kekuasaan Melaka.Saya sudah tegaskan bahawa terma 'Siam' hanya muncul ketika era Ayutthaya.SEbelum era itu kita masih kabur dengan status orang Siam ini,mungkin kelompok-kelompok etnik-etnik Kecinaan yang menjadi pendatang di Indochina sepertimana orang Tai.Anai-anai dengan angkuhnya mengatakan Melayu itu di bawah rumpun Siam.Saya ingin bertanya sekali lagi,WUJUDKAH RUMPUN SIAM INI?Apa kata bapak Indonan pula?Adakah bapak Indonan bersedia untuk mengaku Siam? (Srikandi ketawa sinis).



S:Bagaimana dengan UUK?Cerita tentang adat Siam ada disebut dalam kitab itu.

J:Itu hanya silap faham Anai-anai mentafsir UUK.Anai-anai mendakwa raja-raja Melayu beradatkan raja-raja Siam,atau dengan kata lain mencedok budaya Siam.Ini adalah tafsiran yang dangkal dan bersifat komik Naruto.Saya petik ayat dalam UUK itu di mukasurat 36:

"Fasal pada menyatakan adat raja-raja yang besar yang dahulu-dahulu itu jika bergelar Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi.Demikianlah zaman raja-raja dahulu.Pada adat raja-raja di benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan"

Anai-anai terkeliru apabila menyangka adat raja-raja Melayu berasal dari adat raja-raja Siam apabila membaca sepintas lalu perenggan ini.Nampaknya Anai-anai gagal memahami laras Bahasa Melayu Klasik.Ayat ini menjelaskan tentang adat raja-raja jika membawa gelaran Paduka Seri Perdana Menteri Mangkubumi.Selepas itu diterangkan bahawa DI NEGERI SIAM,PROTOKOL INI DIGELAR SEBAGAI CAU PHAYA KERSAN MENGIKUT BAHASA SIAM.

Ini sama seperti jika saya bagi contoh:

"Ini adalah fasal yang menyatakan undang-undang Larangan Merokok.Demikianlah pada zaman itu.Pada tradisi undang-undang di sebelah negara-negara Barat pula undang-undang ini dipanggil Smoking Ban dalam bahasa Inggeris"

Maksud saya perenggan ini menerangkan protokol yang sama namun dipanggil dengan bahasa berbeza.Itu sahaja.Mana datangnya teori mengarut pula adat Melayu berasal dari adat Siam berdasarkan perenggan ini.




Selepas itu penyakit Sam-samnya semakin tenat apabila mendakwa dia langsung tidak menemui kata 'Melayu' dalam UUK.Saya petik dakwaaannya dalam artikel Renungan terbit pada April 2008 di ruangan komen:

"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri. Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk dari kedah ini adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula, mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya melayu"

Perhatikan pada bahagian yang mengatakan dia belum jumpa lagi perkataan 'Melayu' di UUK.Ini pembohongan atau lawak jenaka ditahap komik Ujang dan Apo.Padahal pada mukasurat yang sama di UUK ada menyebut kata 'bahasa Melayu'.Saya petik perenggan seterusnya:

"Maka pada zaman raja Johor keturunan daripada anak cucu Sultan Iskandar itu diubah pula digelar mangkubumi itu Paduka Seri Maharaja.Maka pada bahasa Melayu bendahara itu panglima negeri..."

Di mukasurat yang sama,selepas perenggan adat Siam,diikuti pula perkataan 'Melayu'.Jadi apa yang menyebabkan Anai-anai begitu mamai sampai tidak perasan perkataan 'bahasa Melayu' ini?


S:Agak menghairankan penulisan blogsejarahnagarakedah ini.Apa tujuan Anai-anai sebenarnya?

J:Jangan tanya saya pasal tujuan dia menulis blog itu,tapi jika anda bertanya mengapa Anai-anai meleret-leret sampai ke asal-usul Melayu,saya boleh jawab,SEBENARNYA ANAI-ANAI INGIN MENSIAMKAN SEMUA ORANG MELAYU.JIka semua orang Melayu merasakan mereka berasal dari orang Siam maka secara tidak langsung orang Melayu akan tertunduk-tunduk,tertabik-tabik dan merendahkan kepala di hadapan Anai-anai.Orang Melayu akan dipaksa secara halus untuk memanggil Anai-anai sebagai 'Yang Mulia Anai-anai'.Anai-anai adalah keturunan raja-raja Siam Ayutthaya yang menjajah Melayu.Jadi orang Melayu hari ini kena tunduk hormat dengan keturunan Anai-anai kerana orang Melayu hanya salah satu sukukaum dalam rumpun Siam.Rumpun Siam ini termasuk orang Jawa,Sunda,BUgis,Minang,Aceh dan sebagainya.Maka Anai-anai berhak menuntut takhta kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana katanya Ayutthaya dahulu menguasai seluruh Nusantara.Tiada Majapahit dan Srivijaya.Semuanya khayalan.Yang benar ialah Siam Ayutthaya Traikolanat Wat Pat Pat Sikulipatsiapacepatdiadapat.Orang Melayu hanya mencedok budaya Siam Sam-sam ini.Orang Melayu adalah pendatang dari Xian.Kemudian orang Melayu jadi rakyat bawahan Siam Ayutthaya.Kemudian orang Melayu berkerjasama dengan Tai dan Inggeris menjahanamkan orang Siam ini sehingga hilang takhta dan wilayah.Orang Melayu perampas takhta raja-raja Siam ini.Inilah cerita Dragonball versi Siam di bawah arahan Anai-anai.Menarik kan?




S:Jadi yang manakah betul rumpun Melayu atau rumpun Siam?

J:Untuk mengetahui yang mana betul,kita lihat apakah bahasa yang benar-benar berkuasa menjadi bahasa penyatuan Nusantara.Adakah anda dan saya ini sekarang bercakap bahasa Siam Ayutthaya?Raja-raja Melayu juga pernah diburu,dijatuhkan dari takhta atau ditakluk.Namun bahasanya tetap menjadi lingua franca Nusantara,bukti kerajaannya pernah menjadi empayar.Raja-raja Ayutthaya juga diburu namun siapa yang mahu bercakap bahasa Siam?Raja-raja Ayutthaya ini sendiri mengharapkan orang-orang Melayu membantu mereka dari kejaran askar Thai.Jadi akhirnya mereka terpaksa belajar bahasa Melayu dan menjadi orang Melayu.JIka Ayutthaya pernah menjadi empayar,sekurang-kurangnya bahasanya tetap kuat sampai ke hari ini.Sepertimana negara-negara Amerika Latin seperti Mexico dan Brazil yang masih berbekas bahasa Sepanyol di sana kesan penjajahan.Mesir kini berbahasa Arab padahal sebelum menerima budaya Arab-Islam,orang Mesir ada bahasa dan tulisan sendiri.Negara-negara Timur Tengah majoriti berbahasa Arab hasil perluasan empayar-empayar Arab-Islam.Mengapa bahasa Inggeris begitu penting berbanding bahasa Perancis pada hari ini?Ini kerana perluasan empayar imperialis British.Jadi ini adalah kesan sosio-politik yang biasa.Bahasa Melayu senang diterima sebagai bahasa penyatuan kerana ia adalah bahasa standard yang digunakan oleh empayar-empayar Nusantara,terutamanya DISEBARKAN KETIKA PEMERINTAHAN EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA.

Sejarah Melayu ada di Tanah Jawa,apatah lagi di Sumatera.Sehingga pulau Bali sendiri pun berajakan darah Melayu.Anda tahu,tanpa bantuan cucu Raja Malayu Dharmasraya,Gajah Mada pun tidak mampu menakluk Bali.Jadi pada awal pembentukan Majapahit,orang Melayu dan Jawa bekerjasama membina empayar Nusantara.Sejarah Melayu juga ada di Kalimantan dan Borneo.Adakah Brunei itu kerajaan Batak Karo atau Jawa atau Siam Sam-sam?SEjarah Melayu ada di Thailand,Kemboja dan Vietnam.SEJARAH MELAYU ADA DI MANA-MANA SAHAJA DI ASIA TENGGARA.

JIka benar Ayutthaya menjadi 'federation',raja-raja Ayutthaya mesti berdarahkan Melayu.BUkan semata-mata Siam.Kita tidak pasti,adakah orang Siam Kedah ini berdarah campuran Melayu-Mon,Melayu-Thai atau Melayu-Khmer.Ini kerana nama 'Siam' itu adalah panggilan umum kepada sukukaum-sukukaum utara semenanjung,ringkasnya Indochina.Hari ini orang Thai dan Siam Ayutthaya ini berebutkan nama Siam ini.Nampaknya sekarang siapa yang terlalu panik mencari identiti?ORANG MELAYU TETAP DENGAN KEMELAYUANNYA.Dan nama Melayu itu sendiri berjaya kekal sebagai inti dalam nama sebuah negara.Mungkin benar sumpah Hang Tuah,"Tidak Melayu Hilang Di Dunia".

Adakah hari ini ada negara bernama Siam?Adakah negara bernama Jawanesia,Sundanesia,Bugisesia atau sebagainya?Namun nama Melayu tersembunyi dalam nama sebuah negara.Ini bukan masalah adakah orang Melayu lebih hebat dari yang lain tetapi BUDAYA KEMELAYUANLAH YANG PALING KUAT SEHINGGA MEMPENGARUHI BUDAYA ETNIK-ETNIK NUSANTARA.JIka orang Jawa hanya duduk diam di dalam pulau Jawa tanpa berinteraksi dengan orang Sumatera dan semenanjung,mungkin mereka hari ini hanya menjadi seperti kaum Batak atau Toraja sahaja.Siapa yang bina Borobudur yang hebat itu?Siapa bina Prambanan?Rakai Pikatan dari dinasti Sanjaya?Siapa permaisuri hati raja Sanjaya Mataram itu?Rakai Pikatan yang dikatakan membina Prambanan berkahwin dengan anak perempuan Samaratungga,MAHARAJA SRIVIJAYA.

Moralnya sekarang,kita berkongsi budaya yang sama kerana raja-raja Nusantara bercampurgaul antara satu sama lain.Melayu kawin Jawa,Jawa kawin Sunda,Sunda kawin Melayu dan seterusnya.Raja-raja ini memilih berkahwin dengan putera-puteri luar adalah bertujuan menghasilkan baka keturunan yang bijak pandai.

S:Jadi adakah benar-benar ada sukukaum Melayu?

J:Dimana sukukaum Melayu itu tinggal?Orang Sunda tanahairnya di barat Jawa.Orang Madura di timur Jawa.Orang Jawa di tengah Jawa.Orang Bugis di Kalimantan,Sulawesi dan Makasar.Orang Siam,Tai,Khmer dan lain-lain sejarahnya hanya seputar di Indochina.Namun di manakah Melayu itu jika benar-benar ada sukukaum Melayu?Jika saya katakan memang ada sukukaum Melayu,maka ini bermakna tanahair sukukaum Melayu ini ADALAH MENCAKUPI SEMENANJUNG,SUMATERA DAN BORNEO.Luas bukan?Sebab itu saya bahagikan rumpun Bani Jawi kepada dua subkategori;Kemelayuan dan Kejawaan (tidak termasuk Proto Mala yang aborigine).Ini adalah Deutro Mala yang membentuk orang Melayu dan orang Jawa pada hari ini.ORANG MELAYU DAN JAWA IBARAT DUA SAUDARA DARI SATU INDUK.

Bukti kepada sejarah Kemelayuan yang agung adalah bahasa Melayu.Mengapa bahasa ini tetap wujud dan menjadi bahasa persatuan Nusantara?Sebab-sebab politik dan sosial sudah saya terangkan namun sebenarnya terdapat satu rahsia lain.

S:Apa dia?





J:SEBAB DARAH DIRAJA EMPAYAR SRIVIJAYA MASIH MENGALIR SEHINGGA KE HARI INI.Warisan dari maharaja Srivijaya ini adalah Kesultanan Johor,Pahang dan Perak.Kita tahu bahawa salah seorang keturunan Srivijaya ini telah membina kerajaan di Temasik (Singapura) selepas diancam oleh Majapahit yang mula meluaskan kuasanya.Pernah dengar nama Sang Nila Utama?Makamnya masih ada di Fort Canning,Singapura.Kemudian salah seorang keturunannya iaitu Paduka Sri Maharaja (terkenal dengan panggilan Parameswara) telah berpindah ke Melaka,membina kerajaan.Kita tahu cerita selepas itu.Setelah kejatuhan Melaka,warisan Kesultanan Melaka masih berlangsung di Pahang (Kesultanan Pahang berasal dari keturunan raja Melaka dan Bendarahara),di Perak (Tengku Muzaffar Syah) dan Johor (Tengku Alauddin Syah).Jika diambilkira darah keturunan Srivijaya ini yang masih menjadi raja-raja,usia dinasti Srivijaya berusia lebih 1400 tahun!

S:Sungguh menarik bila kita menyusuri sejarah Nusantara ya!

J:Sebab itu kita kena belajar sejarah kita sendiri,kalau tidak akan terjadi perpecahan akibat salah faham.Kita berperang dengan orang lain padahal rupa-rupanya orang yang kita perangi adalah adik-beradik kita sendiri.Sejarah juga berperanan sebagai pemangkin motivasi.Satu-satunya negara yang mengabaikan sejarah ketika semua negara menumpukan kepada pembangunan sejarah walaupun semiskin Kemboja dan Burma adalah negara kita.Sungguh sedih melihat cara ahli sejarah kita membuat kesimpulan sejarah.Mesti mahu mengaitkan budaya kita datang dari luar.Bila dijumpai ada aborigine Taiwan berbahasa rumpun Melayu,cepat-cepat terhegeh-hegeh menjilat buntut orang Barat dengan mendakwa orang Melayu berasal dari Taiwan.Bila dijumpai ciri-ciri rumpun Melayu di Yunnan,tiba-tiba jadi separuh gila mengatakan Melayu berasal dari Yunnan pula.Ketika ahli sejarah pemalas kita sibuk mengaitkan asal-usul orang Melayu dari pelbagai arah,para pengkaji Barat sedang sibuk mengkaji adakah orang Melayu ini warisan dari benua Lemuria atau Mu yang tenggelam.Menarik kan?KITA SEBENARNYA MEMANG DARI DULU BERADA DI SINI,DI SINI,DAN DI SINI.BUKAN DARI MANA-MANA.

S:Terlanjur menyebut tentang Mu,boleh Srikandi cerita sedikit tentang darah naga?




J:(Srikandi tersenyum aneh)Awak nak pancing saya ya?Saya sudah katakan rahsia darah naga ini amat merbahaya kerana sedikit saya dedahkan,ramai pula mendapat bisa tulahnya sehingga demam kekeliruan (Srikandi tersenyum aneh lagi).Saya bukakan sedikit rahsia.Jika anda mahu mengetahui rahsia Darah Naga ini,anda kena dekodkan tulisan-tulisan hiroglif di makam Hatshepsut di Luxor,Mesir.DI SANA TERSEMBUNYI RAHSIA RAJA PERAHU DAN PERMAISURI HATI,pemerintah Punt.Saya ada draf hasil terjemahan tulisan ini dari Egyptologist di sana.Mereka tidak memahami sebahagian istilah dalam relief itu,TETAPI MALANGNYA SAYA TAHU SEBAHAGIAN PERKATAAN ITU BERSEKALI DENGAN RAHSIA PEREHU DAN HATI INI.



(Srikandi merenung tajam,dengan senyuman aneh)


S:Teruskan...




J:Cukup!Biarlah saya simpan dahulu rahsia ini.Biarlah rahsia,kata Siti Nurhaliza.

Siapa yang mahu mendekodkan semua manuskip dahulukala kena kuat dalam pengetahuan sejarah.Misalnya Hikayat Merong Mahawangsa.Ada kisah kapal putera Rom di serang garuda.Lucunya ada orang yang percaya ia benar-benar burung garuda yang besar itu.Salah seorangnya ialah geng Anai-anai.SALAH SAMA SEKALI.Perlambangan 'garuda' adalah merujuk kepada Empayar Srivijaya.Ketika itu Srivijaya adalah tuan punya SElat Melaka.Siapa yang mahu lalu di selat ini mesti dipantau oleh kapal-kapal peronda Srivijaya.Tidak dinafikan terdapat lanun-lanun di selat ini,dan lanun-lanun ini mempunyai hubungan dengan Srivijaya.Ini samalah seperti Kerajaan British yang mengupah privateer mereka sebagai lanun-lanun untuk merompak kapal-kapal Sepanyol di Atlantik dan Caribbean.Antara warisan Srivijaya yang tertinggal dalam budaya masyarakat Asia Tenggara adalah lambang garuda.Lambang ini adalah lambang Srivichai dan diambil oleh kerajaan Khmer sebagai seni mereka,kemudian dicedok oleh Tai ketika serangan raja Tai ke ibukota Khmer menyaksikan pemindahan segala budaya Khmer ke istana raja Thai.Catatan sejarah menyaksikan bahawa raja Tai mengangkut beratus-ratus penari,tukang ukir dan seniman Khmer ke ibukota mereka sekaligus menyerap segala budaya,tulisan dan kostum Khmer ke budaya Tai yang baru bertapak di Indochina.Tai juga mencedok budaya negeri-negeri Melayu Kuno di selatan Indochina seperti Ligor dan Sri Dharmaraja.Gabungan dari semua budaya cedokan ini lahirlah bangsa Thai sekarang.

Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal misalnya terdapat nama Raja Bedurai Putih.Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal,Raja Bedurai Putih dari Negeri Tambang Papan itu sebenarnya perlambangan dari raja Portugis,gabenor atau wakil raja atau sekurang-kurangnya raja dari sebuah negeri di Eropah.'Bedurai' adalah kata 'viceroy' yang dimelayukan atau dalam versi lain menjadi 'wizurai'.Anda boleh nampak sekarang,untuk memahami hikayat-hikayat Melayu,kita kena kuat asas kronologi sejarah.Jika tidak kod-kod dalam hikayat-hikayat ini tidak dapat dipecahkan.Samalah seperti untuk memahami rahsia tradisi Darah Naga dan 'Pisau Ular'.

S:Bercakap mengenai Khmer,Srikandi ada menyentuh mengenai pengasas Angkor atau Empayar Khmer iaitu Jayavarman II di dalam salah satu siri ATBM.Siapakah beliau sebenarnya?


J:Saya cenderung mengatakan beliau ialah gabenor atau mempunyai hubungan darah dengan dinasti Sailendra.Dinasti Sailendra ialah raja-raja Srivijaya yang menetap di Jawa.Asal-usul mereka ialah dari Sumatera.Jadi mereka adalah cabang dari keturunan diraja Malayu Sumatera.Namun ada pengkaji yang menolak pendapat ini seperti Claude Jacques dan lain-lain.Mereka mengatakan bahawa kata 'chvea' pada batu bersurat di Sdok Kok Thom itu merujuk kepada orang Cham.Ini kerana pada pendapat mereka,Jayavarman II telah lama berhubungan dengan orang Cham dan ini lebih munasabah berbanding beliau tinggal di istana Sailendra di Jawa.Bagi kita,mana-mana teori pun menunjukkan bahawa budaya Khmer adalah berasal dari rumpun Melayu.Mengapa?Teori pertama mengatakan Jayavarman II berasal dari istana Sailendra.Dinasti Sailendra berasal dari Sumatera,dari kerajaan-kerajaan Melayu Purba.Teori kedua mengatakan Jayavarman II ada hubungan dengan orang Cham,dan orang Cham adalah sememangnya rumpun Melayu dan pernah mempunyai tamadun Melayu Purba yang agung!Jadi budaya Khmer tidak dapat lari mesti duduk di bawah bayang-bayang sejarah Kemelayuan.Sebab itu saya katakan TAMADUN PURBA MELAYU ADA DI INDOCHINA.Ini benar-benar The Lost Civilization of Malays.

S:Kalau boleh kami mahu berbual panjang lagi dengan Srikandi,namun akur dengan masa yang diberi oleh Srikandi....

J:Oh ya!Nasib baik anda ingatkan,saya ni kalau sudah syok bercakap pasal sejarah,lupa dunia....

(Srikandi ketawa kecil)

S: .....jadi sebelum mengakhiri temubual kita,boleh Srikandi ceritakan asal-usul salasilah Srikandi sendiri,mungkin pembaca ingin tahu,sebagai pengkaji sejarah sudah tentu sang pengkaji tahu sejarahnya sendiri.

J:Emm...emmm....(Srikandi merenung tajam dengan senyuman mencurigakan)Awak nak jerat saya ke?Ini soalan perli nampak?

(Srikandi mula ketawa kecil)


Baiklah,bapa saya berketurunan Jawa yang jika ditelusuri berasal dari Jawa Tengah.Moyang saya jika diselidiki mempunyai hubungan darah dengan Embah Gyatri,salah seorang isteri Raden Wijaya.Cukup saya katakan bukanlah hubungan dekat,bau-bau bacang sahaja.Salasilah ini terlampau kompleks,dan saya pernah melihat salasilah ini ketika kunjungan saya ke Magelang.Itu pun nasib baiklah saya membawa bapa saya kerana dia masih fasih berbahasa Jawa halus.Ibu saya pula berasal dari Perak,tepatnya dari Beruas.Nenek saya (sebelah ibu) punya hubungan dengan salah satu kerabat diraja Perak.Cukup?

J:Nampaknya Srikandi punya darah kedua-dua warisan empayar ini;Srivijaya dan Majapahit...

J:(Srikandi hanya tersenyum aneh)

Saya tidak mahu komen tentang itu,namun saya mahu ulang apa yang dikatakan oleh Win Cun,rakan Cina saya ketika di Tingkatan Enam dahulu,seperti yang saya ceritakan di awal temubual:


"...jika awak lemah semangat,tiada siapa di dunia ini akan dapat tolong awak..."


Hidup ini sebenarnya kejam dan hanya orang yang benar-benar kuat sahaja akan terus wujud.Orang yang lemah semangat,hilang identiti dan jatidirinya akan menunggu masa untuk pupus.Terima kasih kerana menemubual saya.

S:Oh,sepatutnya kami yang berterimakasih kepada Srikandi kerana sudi meluangkan masa bersama kami.










15 comments:

  1. bagaimana dengan filipina? asalnya juga negeri melayu, mengapa tiada langsung sejarah atau kaitan dengan melayu, mungkin telah dimusnahkan semuanya oleh sepanyol?

    ReplyDelete
  2. Saya satu kampung dgn ibu srikandi. Rumah abah saya dekat dgn kampung kota. Di kg kota banyak keturunan raja. Ada yg mengatakan tapak purba Gangga Negara terletak di hujung padang sekolah menengah raja shahriman. Ramai orang Beruas menceritakn kejadian pelik bila mereka berada di tempat itu.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan pendapat Cik Srikandi,pendapat bahwa nenek moyang bangsa-bangsa melayu dari Yunan pantas dipertanyakan,karena hingga kini sangat sedikit bukti-bukti keberadaan koloni atau kerajaan
    bangsa melayu/austronesia pernah terdapat di sana,yang ada suku bangsa-suku bangsa yang memiliki ras melayu tua dan berbicara dalam bahasa rumpun austronesia,tapi jumlah mereka sedikit dan kemungkinan besar berasal dari Taiwan.

    ReplyDelete
  4. Umat Manusia Modern berasal dari Afrika dan mereka lama bermukim di sekitar borneo,sebelum banjir besar,dan di masa lampau pulau borneo menyatu dengan pulau jawa,sumatera dan semenanjung dengan anak-anak sungai yang bermuara ke pulau-pulau itu. Hasil penelitian Profesor Stephen Oppenheimer sangat pantas untuk dijadikan bahan rujukan asal-usul atau susur galur nenek moyang kita.

    ReplyDelete
  5. Hasil Penelitian Profesor Sangkot Marzuki dari Lembaga Eijkman Indonesia,sangat mencengangkan,karena hasil penelitian beliau menyebutkan bahwa Bangsa Melayu-Polynesia/Austronesia lebih tua daripada Bangsa Cina Han/Tionghoa. Inilah situsnya www.eijkman.go.id

    ReplyDelete
  6. Saya rasa semua ini bagus pula untuk dijadikan sebagai bahan rujukan ;

    @LenteraTimurcom (akun Twitter) www.lenteratimur.com

    @kanzunQALAM (akun Twitter)

    http://protomalayans.blogspot.com

    @hanafimohan (akun Twitter)

    ReplyDelete
  7. Bahasa Jawa adalah bagian dari Pohon Bahasa Austronesia,Cabang Javanic-Malayo dan Ranting Kelompok Barito = Banjar,Jawa,Bali,Sasak. Bahasa Jawa ini ada kemiripan dengan beberapa bahasa di kalimantan selatan dan kalimantan tengah (khususnya bahasa banjar dan bahasa bakumpai).

    ReplyDelete
  8. Corak Peradaban negara kami dari Aceh ke Raja Ampat (Papua),sebenarnya adalah Melayu Islam,tapi kami dipaksa secara halus atau diarahkan agar mau berkhidmat pada Peradaban Hindu.

    ReplyDelete
  9. Jayavarman 2 pengasas Angkor watt telah pergi bersama pengikutnya ke jawa(kerajaan sailendra) dan tinggal di istana di sana untuk menimba ilmu pengetahuan dari pendeta India yg pada waktu itu juga menjadi guru kepada Raja sailendra. Mengikut sejarah, pendeta India ini bukan sahaja arif dlm ilmu agama malahan sgt arif didlm bidang sains dan astronomi.jayavarman dan raja sailendra berguru dgn pendeta India bersama2. Sailendra berada dibawah pengaruh India yg kuat ketika itu.keDua2 kerajaan ini mempunyai hubungan kekeluargaan yg telah lama. Borobudur telah dibina oleh jayavarman2 ketika dia menuntut ilmu di jawa dibawah tunjuk ajar pendeta India. Ini adalah salah satu sebab kenapa Borobudur yg lebih awal dibina berbanding Angkor Wat tetapi tiada prasasti atau rekod mengenai pengasasnya. Kenapa Borobudur yg hebat yg mempunyai bass relief tetapi tiada prasasti atau rekod mengenai pengasas atau pembinaannya?! Borobudur dibina jayavarman2 untuk kerajaan sailendra. Setelah tamat berilmu jayavarman2 membawa pendeta India itu bersamanya ke Khmer sebagai penasihatnya utk membina kerajaan khmer. Angkor watt bukanlah kuil pertama yg dibina di Khmer, malahan terdapat byk kuil yg telah Lama dibina sebelom Angkor Wat dgn kaedah dan pembinaan yg sama Tetapi kecil Dan tidak lah sehebat pembinaan Angkor Wat.jawa dan Khmer kedua2 nya dipengaruhi budaya dr India. Tiada cedokan budaya malayu pada budaya Khmer jika adapon ianya adalah asal awal budaya Khmer itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana i tsing belajar sankreta di sriwijaya tanpa menyebut pendeta india? Jayavarmana bina temple besar di negara org??? Hhh lawaknye.. beza jarak borubudur lebih 400 thun dgn angkor .. baru khmer nk buat?? Banyakkan membaca jgn trus komen..lg stu kemboja tu nme dr bhase khmer ke?

      Delete
    2. Khambujadesa nama asal Dan berasal dr bahasa Khmer Sanskrit. Kemboja adalah nama yg diguna oleh malayu buat org Khmer atau org dr Negara Khampuchea(Cambodia) nama baru bagi Negara nya setelah perang dunia ke2.

      Delete
    3. Khambujadesa nama asal Dan berasal dr bahasa Khmer Sanskrit. Kemboja adalah nama yg diguna oleh malayu buat org Khmer atau org dr Negara Khampuchea(Cambodia) nama baru bagi Negara nya setelah perang dunia ke2.

      Delete
    4. Kemboja berasal dari Sri Kambu salah seorang pembina asal Pemula Wujudnya Kerajaan Kemboja pertama ..ibukotanya di SambuPura ..tidak jauh juga dar Kota Vijaya Ibukota Kerajaan Funan atau Bnam dalam Inskripsi Imperial China ..manakala jika terjemahkan kebahasa Melayu Gunun,dalam Sanskrit Sailendera merujuk kepada Pemerintah asal Funan atau Empayar Bangsa Mala atau Bangsa Gunung ....Sri Kambu dan Ketomala ini wujud dalam Rekod Purba Di Kemboja oleh Bangsa Khmer ...
      Ketomala dari Kataha Nagara ..pengasasnya Sri Kambu ..hanya sebuah Negara Kota asalnya Dalam Empayar Sailendera atau Funan sahaja ..

      Delete
  10. Kemboja berasal dari Sri Kambu salah seorang pembina asal Pemula Wujudnya Kerajaan Kemboja pertama ..ibukotanya di SambuPura ..tidak jauh juga dar Kota Vijaya Ibukota Kerajaan Funan atau Bnam dalam Inskripsi Imperial China ..manakala jika terjemahkan kebahasa Melayu Gunun,dalam Sanskrit Sailendera merujuk kepada Pemerintah asal Funan atau Empayar Bangsa Mala atau Bangsa Gunung ....Sri Kambu dan Ketomala ini wujud dalam Rekod Purba Di Kemboja oleh Bangsa Khmer ...
    Ketomala dari Kataha Nagara ..pengasasnya Sri Kambu ..hanya sebuah Negara Kota asalnya Dalam Empayar Sailendera atau Funan sahaja ..
    Selepas Kekuasaan Sailendera jatuh di IndoChina Nama Empayar bertukar kepada Chenla aka Zenla ..dalam Rekod Imeperial China ...belum Wujud nama Kemboja pun nama Kemboja belum menyeluruh ..pusat asal pun kasih di Sambupura ...

    ReplyDelete