Tuesday, July 31, 2012

"The Black Diary"









Catatan Srikandi XIII












"The Black Diary"










ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan








"Hahahaha!Apa yang Siti merepek ni sayang...saya tidak ada apa-apa...,"Pong ketawa mengejek di dalam telefon.Saya benar-benar merasa jengkel dengan panggilan 'sayang'."Betul,kamu tidak ada apa-apa?"saya meminta kepastian.

"Wah...alangkah bertuahnya saya,tuan puteri raja sombong yang dahulunya jual mahal dengan saya,kini begitu mengambil berat terhadap saya yang hina ini...hahaha...!"Pong semakin galak mengetawakan saya.

"Sudahlah!"saya memutuskan talian telefon bimbit.Kalau saya sedang memegang gagang telefon,sudah tentu saya menghempaskannya sekuat hati biar pecah gegendang telinga Pong.Seperti yang dijangka,tak sampai beberapa saat,Pong membuat panggilan.Saya duduk dengan perasaan bengang.Sambil menjeling ke arah telefon bimbit,saya mengawal desahan nafas kemarahan saya perlahan-lahan.

Telefon bimbit semakin galak berbunyi tidak berhenti-henti.Saya semakin rimas.Saya menekan butang 'call'.Sayup...sayup kedengaran suara Pong meminta 'ampun'.

"Please...i'm so sorry...don't treat me like this...Siti...please give me one chance...."

Ekor mata saya memandang ke sana sini.Kepala saya mula memikirkan apa hukuman yang harus saya kenakan kepada si jahat itu.Sambil tersenyum,saya mendekatkan bibir saya ke telefon."Give me a favor..."

"Okay...okay....ingat tak kain suci yang terentang di atas palang kuil di Ranong?"

"So..?"

"Saya akan beritahu siapa lukisan lelaki dalam rajah suci itu..."

Ah...dia pandai memancing saya!Memang saya begitu ingin tahu siapa lelaki misteri yang memegang senjata seakan keris dalam rajah kuno bertulisan skrip Khmer purba di atas kain lusuh yang tergantung terbuai-buai di palang kuil lama di Ranong tersebut.

"Cakaplah lagi pasal lelaki tu..."saya memancing kembali.

"Siti maafkan saya?"

"Cakap dulu!!"saya mula hilang sabar dengan pemuda Thailand itu.

"Okay...okay...menurut sumber dari sami tua di kuil berdekatan,memberitahu saya bahawa lelaki dalam rajah itu adalah salah seorang dari dua putera raja Sri Dharmaraja ketika era Siwichai.Namanya Indera Sairen.."

Mata saya bersinar.Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata lembaga yang menyerupai Pong di Gunung Jerai.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara raja kamu.Dia yang hasut Raja Siam..."

Apa yang berlaku antara Sri Dharmaraja dan Sukhotai beratus tahun dahulu selepas perpecahan wilayah-wilayah Segenting Kra milik Empayar Srivijaya dahulu?Apa yang dibisikkan oleh Sri Raja,raja terakhir Sri Dharmaraja kepada Chakrapat,raja Ayutthaya semasa raja Melayu itu hampir menghembuskan nyawa terakhirnya?Apa yang berlaku antara Ligor dan Kedah ketika raja Ligor (Sri Dharmaraja baru),Syariff Abu Bakar Syah mahu membebaskan diri dari pengaruh Thai?Mengapa negeri-negeri Melayu tidak membantu Ligor?


Saya semakin pening.Kisah-kisah sedih beratus-ratus tahun yang lampau itu bagaikan batu-bata di Baphuon,Kemboja 'The biggest puzzle in the world'.

Malam itu,selepas solat maghrib,saya mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham Nai Long Kassim dan umat Islam.Saya rasa ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh arwah.Walaupun anak cucu dan orang yang tidak ada kena mengena dengan waris raja Ligor itu kerap merepek-repek dan 'over-acting' sehingga mengaburkan sejarah sebenar,saya dapat merasakan beliau benar dalam beberapa hal.Tentang itu biar saya rahsiakan dahulu.Saya benar-benar terkilan kerana tidak dapat bersemuka dengan beliau.Saya rasa jika saya dapat bersemuka dan berbual-bual dengan beliau secara peribadi tanpa kehadiran 'pembodek-pembodeknya' yang merepek-repek itu,pasti saya dapat mencungkil rahsia besar hubungan Ligor dengan Kedah,Ayutthaya dan Chakri pada masa silam.Pasti saya dapat mencantum beberapa 'puzzle' yang hilang ditelan zaman.

Selepas solat,saya membuka laptop saya di atas katil.Saya masih memakai kain telekung saya,menggodek-godek laptop saya,membuka emel dan membalas yahoo messenger.Nampaknya ada emel baru.Ada seseorang hantar lagu pada saya.Saya mengklik 'play'.

Lagu dari Tai Oratai - Wun Tee Bau Mee Ai.

Di dalam emel itu ada 'caption':Bila saya melihat Kanyaphak Suwankut,saya teringatkan kamu.Dia adalah artis kegemaran saya.Kamu faham maksud saya kan?

Saya pun terbaring di sisi laptop sambil melayan alunan lagu siam itu.Nadanya mendayu-dayu.Tiba-tiba telefon saya berbunyi.Si jahat itu lagi.Saya mengangkat panggilan.

"Seperti yang saya janjikan,saya akan beritahu kamu satu rahsia tentang kuil lama itu.Juga sejarah raja-raja Thai pada masa dahulu dengan negeri-negeri selatan (negeri-negeri Melayu),tentang 'Krung Siwichai' dan dinasti teratai Sri Thammasok..."

"Beritahu saya Pong,saya maafkan kamu..."perlahan suara saya.Air mata saya seperti mahu menitis.Tidak tahu mengapa.Adakah kerana alunan sayu lagu siam itu atau kerana saya begitu sensitif.

"Baiklah...owh sebelum itu saya ketika ini berada di dalam bilik di mana Goerge Coedes pernah bertugas...macam biasa,saya ni suka merayau-rayau...hahahaha,"Pong cuba membuat saya ketawa.

"......"

"Okay..okay...begini.Kira-kira 800 tahun yang lalu,beberapa kerajaan Thai telah terbentuk di atas tanah bekas wilayah-wilayah Empayar Khmer.Raja-raja Lanna dan Sukhotai sebenarnya ialah gabenor-gabenor di bawah empayar Khmer yang memberontak.Raja Mangrai telah menawan Haripunjaya,negarakota Mon di utara Siam.Secara automatik,Chiang Mai yang bersejarah jatuh ke tangan Lanna..."

Saya berbisik di dalam hati,Chiang Mai pernah di bawah raja-raja Chih Tu (Sriwijaya purba sebelum era Dapunta Sri Jayanasa).Suku Lawa yang merupakan pribumi Lawasangharata (nama lama Chiang Mai) berasal dari Kemboja sebelum bermigrasi ke utara.Nenek moyang suku ini adalah Austronesia (Melayu purba) sebelum berasimilasi dengan etnik Mon-Khmer.Dari nama 'Lawa' ini,suku Tai terawal tiba di Indochina,Lao,mendapat namanya.

"Sukhotai telah menjadikan Hamsavati sebagai negeri bawahannya,tindakan pertamanya menakluk kerajaan-kerajaan Mon di sekitar.Raja Wareru telah menduduki Martaban dari perpecahan empayar Pagan hasil pertolongan Sukhotai.Selepas itu mereka meluaskan pengaruh ke selatan.Kerajaan Suvarnabhumi dan Tambralingga,dua kerajaan legenda Indochina jatuh ke bawah pengaruh Sukhotai.Tambralingga pada mulanya adalah sekutu Sukhotai menentang sisa pengaruh Srivijaya,kemudian selepas bebas dari pengaruh Srivijaya,raja-rajanya mula tamakkan kuasa dan menguasai sehingga ke Temasik(Singapura lama).Sukhotai sudah lama mengintai peluang memiliki Tambralingga yang kini bergelar Nagara Sri Dharmaraja kerana pengaruh besarnya ke atas negeri-negeri Melayu.Siti telah maklumkan,Sri Dharmaraja punya pengaruh misteri ke atas kerusi emperor-emperor Angkor.Siapa yang duduk di atas Sri Dharmaraja,dia yang menentukan corak politik istana empayar Khmer.Ini tercatit dalam Prasasti Phimanakas di Kemboja.Dalam batu bersurat itu mengatakan bahawa Suryavarman I telah naik takhta Sri Dharmaraja pada tahun saka 924.Kita tahu Suryavarman I adalah emperor Angkor selepas itu.Siti tahu rahsia sebenar konflik antara Sukhotai dan Sri Dharmaraja?Sukhotai mahu menewaskan Khmer melalui Sri Dharmaraja.Apabila raja Chandrabhabu mangkat di Sri Lanka,Sukhotai melanggar Sri Dharmaraja tidak lama selepas itu.Sri Dharmaraja adalah 'key point' dalam konflik antara Thai-Khmer.Pengaruh Melayu Sri Dharmaraja amat kuat dalam istana Angkor,sejak raja pertamanya,Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu dan pernah berlayar ke istana Srivijaya,ketika dinasti Sailendra memerintah.Ini adalah beberapa lama selepas catatan Mas'udi dalam "Meadows of Gold and Mines of Gems" yang terkenal itu diambil dari catatan seorang pengembara bernama Sulaiman pada tahun 851 Masehi."

"Jadi apa kaitannya dengan lelaki dalam rajah itu?"saya menyoal.

"Itu adalah Putera Indera Sairen.Anak kepada raja dinasti teratai,Chandrabhanu.Dialah raja yang berhati mulia,mengajarkan ajaran Theravada kepada orang-orang Sukhotai.Indera Sairen ada seorang saudara bernama Indera Khao Kheo.Mereka berdua,mengikut legenda kami adalah jelmaan Buddha yang sejahtera.Mereka adalah dewa-dewa tempatan yang kini masih ada kultus di wilayah Nakhon Si Thammarat yang memuja mereka."

Tiba-tiba saya dapat mengagak bahawa pada suatu masa,Sri Dharmaraja menguasai seluruh semenanjung Tanah Melayu dan juga mengawal empayar Khmer yang semakin melemah.Pengaruh wilayahnya amat luas ketika itu.Ini sebenarnya yang dimaksudkan 'benua Siam' oleh waris Raja Ligor itu.Sri Dharmaraja secara spesifiknya mengawal 12 negeri-negeri Melayu yang dilambangkan dalam takwim 12 haiwan mengikut kalendar penuaian padi Kedah Tua.Oh,sejarah Melayu begitu misteri dan mengasyikkan.

"Siti,ketika peperangan Burma-Siam (1568–1569),Ayutthaya telah kalah dalam Pengepungan Ketiga Ayutthaya.Siam menjadi negeri bawahan Burma.Raja Siam telah meminta bantuan dari negeri-negeri Melayu selatan Thai ketika itu.Sebenarnya hubungan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dengan Ayutthaya baik ketika itu kerana ramai kerabat Ayutthaya awal adalah dari keturunan Nai dan Nang dari Sri Dharmaraja.Dalam Riwayat Sri Dharmaraja ada disebutkan tentang anak-anak angkat raja Ayutthaya sehingga mereka dibenarkan mengutip cukai dari 12 negeri Melayu bawahan Sri Dharmaraja bagi pihak Ayutthaya dari satu satu perjanjian sulit."

"Perjanjian oleh siapa?"

"Pra Sodhanaraja,anak Sri Raja kepada raja Siam Ayutthaya."

Saya hairan.Kini Ligor telah sah sebagai 'supervizor' baru bagi negeri-negeri Melayu utara.Dalam Sejarah Melayu,Sultan Melaka disebutkan bahawa berkata,'raja Benua Siam itu bukanlah orang lain kepada kita'.Ini bermakna 'raja Benua Siam' itu punya pertalian dengan Sultan Melaka dan orang Melayu.Sehingga tentera Melaka pernah berperang di bawah arahan 'raja Benua Siam' itu dalam kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Apa semua ini?

Saya membuka kitab Undang-undang Kedah.Kitab ini punya rahsia besar hubungan negeri-negeri Melayu utara dengan Ligor dan negeri-negeri Melayu Segenting Kra.Kitab ini bagaikan perakam masa antara kita dengan negeri-negeri Melayu seperti Setul,Reman,Patani,Ligor,Singgora dan lain-lain yang telah lenyap dimakan zaman.Negeri Setul Mambang Segara terutamanya macam kerajaan di alam mimpi padahal pintu istananya masih tertayang di Muzium Negara.Jika anda lihat lambang Satun (Setul) di Thailand anda akan lihat gambar dewa laut.Itu adalah 'Mambang Segara' iaitu nama lama bagi kerajaan purba Setul.Sebahagian sejarah purba kita dipegang oleh orang Thai.

“Sebermula banyak emas ditempa Bunga Emas, dihantar ke Benua Siam Dua Puluh Emas masa Raja dahulu-dahulu, pada masa Sultan Muhammad Jiwa tambah sepuluh emas sebab sukar ia ditempahnya itu”

Apa semua ini?Mengapa mesti hantar bunga emas?



Saya membuka Hikayat Merong Mahawangsa,yang kronologinya melampui beratus-ratus tahun sebelum era Ligor dan Ayutthaya.(Tambralingga bermula 1 Masehi begitu juga Langkasuka,mengikut pendapat sarjana Barat)

"Tidak berapa lama setelah lengkap segala kelengkapan dan bingkisan serta beberapa pakaian yang akan dibalasnya kepada saudaranya negeri Kedah itu.Setelah diperbuat surat itu lalu diserahkan kepada utusan itu serta berpesan kepada saudaranya,"Barangkali kita beroleh putera maka hendaklah saudara kita perbuat beri seperti bunga emas dan bunga perak itu hantarkan mari kepada kita kerana pekerjaan itu amat kesukaan bermain akan dia."

Mengapa tradisi menghantar bunga emas dan perak disebut dalam dua manuskrip ini?Apa rahsianya?Saya termanggu kebingungan.Satu adalah dokumen perundangan.Satu lagi bertaraf epik dan legenda.Tetapi tradisi menghantar bunga emas dan perak disebutkan.Ini adalah misteri.Jika saya memahami rahsia dan perlambangan di sebalik bunga emas dan perak,saya akan dapat mengorek rahsia suku Lawa,Langkasuka,raja-raja Chih-Tu dan Tambralingga.



Setelah membuat sedikit kajian,saya memahami beberapa perkara.Tradisi menghantar bunga emas dan perak memang tradisi Kedah Tua/Langkasuka dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra,ya seperti yang kita baca dalam Hikayat Merong Mahawangsa,dengan tujuan mengekalkan hubungan saudara.Raja Patani,Sri Dharmaraja punya kaitan dengan Kedah Tua.Dahulu raja Langkasuka menghantar bunga emas tanda hadiah menyambut kelahiran cucu anak-anaknya yang menjadi raja-raja Malay city-states di 'benua Siam'.Dalam sejarah Indochina terdapat dua induk keturunan raja-raja yang memerintah sekitar utara semenanjung,Segenting Kra hingga ke Chiang Mai.Pertamanya Kedah Tua yang di dalam riwayat-riwayat Kemboja menyebutnya sebagai dinasti Ketomala.Keduanya ialah Chih-Tu (kerajaan Tanah Merah) di kawasan Kelantan-Patani sekarang yang menurunkan raja-raja Champa dan Funan (sejak dinasti Pan seperti Fan Shih Man,dikesan dalam pelbagai cross-reference riwayat berasal dari Chih-Tu atau Pan-pan di Kelantan).

Apabila Sri Dharmaraja menjadi besar sehingga menakluk seluruh semenanjung,Kedah tunduk dibawah pengaruhnya,pada masa yang sama tradisi menghantar bunga emas dan perak diteruskan.Kemudian setelah Sri Dharmaraja tunduk dibawah Ayutthaya,penghantaran bunga emas bukan lagi sebagai ikatan kekeluargaan namun sebagai simbol politik,tanda penyerahan atau cukai.Inilah yang tertulis dalam riwayat Sri Dharmaraja sebagai 'menyimpan emas dan perak dalam simpanan kerajaan'.

"Awak baca diari itu.Buka mukasurat 422,"lelaki yang dipanggil Lonecryer itu berkata.

Ketika itu saya di Universiti Teknologi Mara Perlis di Arau.Di depan saya terdapat satu diari tebal yang usang.Saya berdebar-debar.Saya menyentuh diari itu.Nampaknya ia terdiri dari cantuman beberapa buku atau helaian-helaian kertas tambahan kepada satu diari induk,menjadikan ia semakin tebal.Tertulis di depannya:


by Lodgekeeper


Diari Lodgekeeper,bisik hati saya.Ini Diari Lodgekeeper.Oh,benarkan saya membaca bab 'The Tabernacle of Melati and Mala'.Saya mahu lebih lagi pasal Soma,Ye ye dan Keturah.

Tetapi saya membuka mukasurat 422.

Ada sebuah peta di situ.Peta lama yang menggambarkan seluruh Indochina dan semenanjung Tanah Melayu.Tulisan di kiri kanan adalah dalam bahasa Sepanyol atau Portugis.Peta itu cukup tua,tetapi di belakangnya ada satu peta lain.Oh,salinan kepada peta Ptolemy,'Geographike Hyphegesis'.Saya melihat perkataan seperti Pulo Condo,Hujong Salang dan Kampong.

"Kenapa dengan peta ini?"Saya bertanya.

"Ini peta Ptolemy,ahli geografi Yunani,telah melukis peta ini seawal abad pertama Masehi berdasarkan beberapa peta lama yang lain dan catatan pengembara.Awak boleh lihat nama-nama tempat sekitar Asia Tenggara khasnya di semenanjung,Segenting Kra hingga ketengah Indochina berbau Melayu.Awak lihat nama-nama tempat seperti 'Pulo' ialah bermaksud Pulau dan 'Jung' bermaksud tanjung.Ini menunjukkan bahasa rakyat adalah bahasa Melayu tulen,cuma bahasa persuratan istana bercampur dengan Sanskrit atas faktor agama anutan."

"Ada orang Melayu tinggal di sini masa tu?"Saya menunjukkan ke wilayah Tenasserim sekarang di Burma.

"Ya,si bertuah..."saya tersenyum dengan usikan Lonecryer.

"Ini semua ada Malay city-states yang bertaburan sepanjang Segenting Kra.Mereka macam Greece punya city-states atau Trojan atau Phoenicia.Ada city-states yang berperang sesama sendiri.Ada yang buat allied dan serang kelompok lain.It's all about politics babe..."Lonecryer tersenyum kepada saya.

"Jadi apa tugasan saya kali ini?"tanya saya.

Lonecryer menunjukkan wilayah Hamsavati,Arakan,Ava dan Martaban juga Mandalay kemudian menunjukkan Chiang Mai,Luang Phrabang sehingga ke tengah Thailand.Kemudian menunjukkan kawasan Angkor di Kemboja.Jarinya terus menunjukkan wilayah Champa dan akhirnya berhenti ke tengah Segenting Kra.Dia bersuara:


"Ada rahsia beberapa kurun sebelum Masehi di tempat-tempat ini.Usia Langkasuka dan Tambralingga yang kita ketahui selama ini sebenarnya jauh ke belakang dan ini ada kaitan dengan pra-Sriwijaya.Jika kita tahu apa konflik yang berlaku antara Malay city-states di Indochina dan semenanjung pada masa lampau,kita akan tahu dengan siapa ketua-ketua puak Lao berurusan sehingga mereka menabalkan raja-raja mereka dengan gelaran 'Mahkota orang-orang Mala'.Di sini ada salinan manuskrip dalam bahasa Pali kuno yang menceritakan catatan para sami pengembara dari Bihar.Mereka kononnya bertemu dengan beberapa raja di sekitar sempadan Burama-Thailand sekarang pada abad ketiga Sebelum Masehi.Buat rumusan darinya,"Lonecryer memberikan satu bungkusan bersaiz A4.

Saya mengambil bungkusan itu."Baiklah,saya beransurlah kalau tidak ada apa-apa,"saya meminta diri.

Lonecryer mengangkat kening."Hai,nak buat harta pulak."

Saya buat-buat tak faham."Apa dia?"

Lonecryer tersenyum panjang.Saya tak dapat menahan perasaan lalu menyerahkan Diari Lodgekeeper kepadanya."Bukan diari ni diberi pada saya untuk kajian juga?"

"Oh no...ini rahsia sulit.Saya bawa untuk tunjuk saja pada awak,Siti...."Lonecryer tersengih memandang saya.

Ketika Lonecryer berlalu menuju ke arah dewan makan asrama perempuan,saya hanya merenung sedih melihat diari yang berada di tangan lelaki itu.Saya mengertap bibir,sambil memandang couple-couple yang bersidai di Mushroom UiTM Arau.

Kisah-kisah sedih yang terjadi di Segenting Kra pada masa lalu menghantui saya.Saya hanya merenung salinan manuskrip aneh di depan saya.Sejarah Melayu benar-benar memabukkan saya dan hampir-hampir membuat saya kelemasan dan putus asa.








biar hanyirnya membau perjuangan
biar badinya mengasap kebangkitan












~The Naga King's Daughter
The Ketomala & Tanamera Dynasty

Tuesday, July 10, 2012

"Moonlight on The Epitaph"





Catatan Srikandi XII



Disclaimer: Penulis tidak mempunyai akaun Facebook atas nama penulisan Catatan Srikandi dan ATBM.Fans boleh menyebarkan pengetahuan dari tulisan penulis,namun tidak boleh menyamar atas nama Srikandi,yakni penulis Catatan Srikandi dan ATBM.Amat mendukacitakan terdapat pihak yang menyamar menjadi penulis dalam akaun Facebooknya.Peminat Srikandi hanya boleh berhubung dengan penulis di blog ATBM,Celoteh Srikandi dan MistisFiles sahaja.Harap maklum.







"Moonlight on The Epitaph"










di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan









Suara ayam berkokok bersahut-sahutan di luar.Saya berbaring di atas tilam toto selepas menunaikan solat subuh.Bayu dingin dalam suasana perkampungan yang damai.Di kaki gunung Jerai itu tiba-tiba saya terkenangkan suasana kampung saudara sepupu di Kuala Kangsar.Kabus pagi saling mengintai di balik bukit.Gelap dinihari masih lagi kelihatan di luar.Dari tingkap saya memandang langit .Kemudian saya mendengar seakan rintik-rintik kecil.Saya menarik selimut tebal ke dada saya.

"Arghhhhh...sedapnya tidurrrr....."

Saya menggeliat penuh nikmat.Selimut saya tarik lagi sampai menutup muka.Kalau di universiti saya jarang dapat tidur dengan selesa macam ni.Setiap kali dapat bilik asrama,mesti saya dapat katil atas 'double-decker'.Tak tahu apa malangnya nasib saya.Dapat katil atas susah saya mahu tidur lesak,kata orang Perak.Tapi di sini saya dapat mengiring ke sana ke sini,buat pusingan 180 darjah pun boleh.Tidur ni memang salah satu nikmat Tuhan yang sangat besar.Alhamdulillahhh....bisik hati kecil saya,sambil memejam mata penuh nikmat.Ada orang yang punya wang berjuta-juta,tetapi tidak dapat tidur nyenyak.Sungguh,tidur adalah salah satu nikmat Tuhan yang selalu kita lupakan.

"Dek Ti....oooo....Dek Ti....mana dia ni....tidoqqq ka..."

Alamak,Tok Midah mai dah...bisik hati saya.Malas betullah nak tolong masak sarapan.Buat-buat pura-pura tidurlah.Saya menyelimuti seluruh tubuh saya dengan selimut.Dalam kegelapan di bawah selimut,saya teringatkan kata-kata Pak Habiburrahman,pegawai universiti dari Indonesia yang berketurunan Bugis.

"Orang Bugis adalah suku Melayu Tua...mereka suka berlayar dan merantau.Mereka ada hikayat epik yang lebih tua dari Ramayana dan Mahabbrata yang dibanggakan orang India..."

"Maksud bapak...La Galigo...?" soal saya acuh tak acuh.

"Iya...bijak kamu...", Pak Habiburrahman tersenyum manis.

Epik La Galigo adalah antara karya terbesar dalam sejarah dunia,mengandungi lebih 6000 halaman dengan 300,000 baris.Manuskripnya diduga ditulis pada abad ke-18 atau 19,dari tradisi lisan yang bersambung-sambung.Tradisi lisan inilah yang dikatakan oleh sarjana lebih tua dari epik Ramayana dan Mahabbrata dan juga lebih panjang mengalahkan kedua epik India itu.

Epik ini berkisarkan pelayaran Sawerigading.Menariknya,epik ini dimulai dengan babak mesyuarat Raja Di Langit,La Patiganna dengan beberapa kerajaan seperti Senrijawa yang disifatkan sebagai 'pertemuan keluarga',untuk melantik Raja Di Bumi.Pengkaji La Galigo sepakat mengatakan bahawa Senrijawa adalah empayar maritim legenda Asia Tenggara,Srivijaya!

"...Dek Ti..."

Tok Midah membuka pintu.Saya mendiamkan diri."Tidoq pulak budak ni...Dek Ti...bangkit aih...tak mau sarapan ka...",saya terasa Tok Midah duduk di sisi saya.Saya perlahan-lahan mengalihkan badan.Saya berkeadaan telentang namun kain selimut masih menutupi wajah saya."Bangkit aih...main-main pulak dengan tok ya...!"

Tok Midah menarik selimut yang menutup wajah saya.Saya tersenyum namun dengan mata terpejam.Tok Midah memukul-mukul perlahan bahu saya."Main-main dengan tok ya...tak pueh tidoq ka lagi Dek Ti ni...." saya membuka mata saya.

"Tok masak apa?"

"Mai la bangkit...nak tau kena la pi dapuq..." Tok Midah mencubit pipi gebu saya.

Saya tersenyum memandang nenek angkat saya itu.Tok Midah menjadi nenek angkat saya ketika saya menyertai program pelajar angkat usahasama universiti dan penduduk kampung berdekatan Gunung Jerai itu.Tok Midah pernah datang ke rumah saya di Perak.Kami sudah macam keluarga sendiri.

Saya pula berada Kedah seminggu untuk menunaikan hajat Abang Hamid yang memberitahu saya,kawannya ada menjumpai seketul batu nisan purba di atas Gunung Jerai.Tulisan di atas batu nisan itu tidak dapat dibaca kerana mengandungi karakter-karakter kuno menurut Abang Hamid.Ketika saya berjalan menaiki Tangga 1000 bersama rombongan seramai 7 orang termasuk saya,Abang Hamid ada menceritakan sedikit tentang sejarah Kedah yang bagi saya punya kaitan dengan riwayat-riwayat Khmer purba dan Hikayat Merong Mahawangsa.

"Kedah ini asalnya kerajaan besar.Kerajaannya mencapai nun Burma sana hingga ke Kemboja.Kalau nak kira orang Kedah inilah Melayu asli dan paling tua antara sekian banyak suku Melayu di alam Melayu ni.Kerajaan-kerajaan purba macam Patani dan Ligor memang ada kaitan kerabat dengan raja-raja Kedah.Nama pun Kedah Tua,memang Kedah ni banyak warisan sejarahnya...",Abang Hamid berhenti sambil menghisap rokok daun.Pelik saya melihat Abang Hamid ni,kelihatan steady sahaja walaupun sedang menaiki anak-anak tangga curam,sedangkan diri saya sudah tercungap-cungap.Sudah beberapa kali perjalanan rombongan tergendala sebab saya minta berhenti rehat.

Suku Melayu paling tua,bisik hati kecil saya.Siapa suku Melayu paling tua?Orang Bugis mengatakan mereka adalah Suku Melayu Tua.Orang Kedah juga tidak kurang hebatnya dengan riwayat raja-rajanya yang bersimpang-siur dengan sejarah Kemboja,Thailand dan Burma.Orang Kelantan dikatakan Melayu paling asli.Bagaimana dengan suku Melayu di Sumatera?Tulisan purba Rencong,manuskrip dan prasasti-prasasti yan mendokumentasikan sejarah Melayu Nusantara banyak di sana.Siapa Melayu paling tua?

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.Saya sudah memberitahu anda semua,pembaca saya yang sangat saya sayangi.Saya berani berkata sebab saya ahli sejarah yang terlibat dalam kajian cross-reference.Dalam disiplin sejarah,penyelidikan secara cross-reference atau rujuk silang dengan pelbagai sumber adalah satu jurus yang amat berbisa,secara saintifiknya,ia adalah satu teknik penyiasatan yang banyak membantu ahli sejarah mencari jawapan kepada segala teka-teki atau untuk mencantum kronologi.Pernah tengok CSI?Jika pakar forensik ada unit IT yang mempunyai perkakasan yang canggih untuk menganalisa dengan teknik perbandingan cap jari atau wajah suspek,maka rujuk-silang adalah teknik yang ampuh dalam disiplin penyiasatan sejarah.

Raja-raja Kedah dalam riwayat Khmer digelar Ketomala dengan Prithivindravarman,salah seorang raja Angkor sebagai 'came from Malayu' dalam jurnal-jurnal Kemboja,sama seperti Suryavarman I yang juga '...from Malayu' dalam riwayat Siam 'The Chronicles of Chiang Mai'.Prithivindravarman,dikatakan dari garis keturunan Ketomala,dimana disyaki oleh pengkaji Kemboja ada kaitan dengan kerabat Kedah dan Malayu.Nama Kedah terakam dalam riwayat bangsa-bangsa lain.China purba menyebutnya sebagai 'Kiteh',Tamil purba sebagai 'Kadaram' atau 'Kataha',Parsi dan Arab sebagai 'Kalah,Qalah' dan Khmer purba sebagai Keta,Ketah atau Keto.Nama tempat yang tercatat dalam sejarah bangsa-bangsa lain adalah bukti jelas ia adalah pusat perdagangan yang terkenal yang dikunjungi oleh ramai orang dari serata dunia.

Orang yang langsung tidak mengetahui semua ini akan mengatakan orang Melayu pendatang dari Indonesia.Adakah sebelum datang segala makhluk yang kelaparan untuk mencari rezeki di bumi kita ini,tanah semenanjung ini kosong begitu sahaja?'Orang Melayu dari Indonesia' itu tak berani sentuhkah?Jejak bumi pun tidakkah?Para sarjana bersepakat mengatakan kaum Merina di Madagaskar adalah berasal dari ekspedisi empayar Melayu Srivijaya,jadi tanah sejauh Madagaskar boleh jejak,Tanah Melayu tak boleh 'orang Melayu dari Indonesia' nak jejak?Nak tunggu segala makhluk kelaparan mencari rezeki di sini jejak rasmi bumi semenanjung,baru 'orang Melayu dari Indonesia' yang duduk hanya seberang Selat Melaka ikut jejak.What a stupid retarded!

Mereka itu sebenarnya mahukan bumi kita.Itu sahaja ceritanya.Makhluk-makhluk Tuhan yang kelaparan itu tidak tahu mencari rezeki di tanah asal mereka lalu mencarinya di bumi bertuah kita.Kemudian menyalak macam anjing yang kekenyangan.Ingat!Orang lain sanggup mati berebutkan tanah kita ini,kerana kita duduk di persinggahan antara Barat dan Timur,laluan transit antara India dan China.Kita ada selat tersibuk di dunia,di mana selat ini adalah 'checkmate' untuk kapal-kapal mencari laluan paling singkat yang lain antara India dan China.Lain kata,kita duduk di atas timbunan emas permata.Siapa yang tak mahu harta benda?

'Orang Melayu dari Indonesia' tidak bina Langkasuka.Mereka tak bina Kedah Tua dan loji pemproses besi tertua Asia Tenggara.Orang Melayu bukan datang dari Indonesia.Bukan pula Malaysia.Orang Melayu datang dari SELURUH ASIA TENGGARA!Apa yang dinamakan Malaysia,Indonesia,Brunei dan sebagainya pada hari ini di Asia Tenggara,pernah dijejak tanahnya oleh orang Melayu dan kawasan 'permainan' mereka zaman-berzaman;rumah orang-orang Melayu khasnya dan wilayah Austronesia amnya.Southeast Asia is the home of Malays.Mana tidaknya,kita adalah bangsa pedagang dan pelayar paling disegani dunia setaraf dengan bangsa Phoenicia dan Norsemen.'Viking of The Orient' tidak duduk senyap dalam hutan atau gua.

Apabila berkata tentang sejarah,kitalah antara yang paling disegani di Asia Tenggara.Ingat perkara ini.


Sejarah Melayu akan dijumpai dalam riwayat raja-raja Angkor,Champa dan Siam.Misalnya pengasas Empayar Angkor iaitu Jayavarman II pernah tinggal di negeri-negeri Melayu sebelum dibantu oleh pihak dari Malay city-states itu untuk menentang overlords seluruh Kemboja bagi persaingan menyatukan Kemboja dan menjadi raja empayar Khmer.Para pendekar Melayu juga dijadikan bodyguard istana oleh raja Angkor dan ini disebutkan dalam manuskrip Khmer abad ke-16.Bagaimana orang Melayu boleh dipercayai oleh kerabat diraja Khmer sehingga dilantik menjadi pengawal istana jika tidak bermastautin di Kemboja dan dikenal begitu lama oleh raja-raja Angkor.


Saya menceritakan dan menekankan tentang sejarah bangsa sebab saya sayangkan bangsa saya atas satu sifat ini;memeluk Islam secara beramai-ramai tanpa bertangguh dan tanpa menumpahkan darah.Dalam sebanyak mana keburukan dan perspektif negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu,mereka menjadi mulia sebab masih sayangkan agama.Bangsa Monggol dan Tartar sebelum memeluk Islam banyak menjarah kota-kota Islam dan membunuh berjuta umat Islam sebelum menjadi pengikut Islam yang taat dan membentuk wilayah-wilayah Kazakhstan,Kygyztan dan sebagainya.Bangsa Arab sekalipun pernah menjadi musuh Islam,maksud saya kalau kita membaca kisah-kisah para Sahabat nabi s.a.w,kita akan membaca pelbagai kisah kaum kafir Quraisy menyeksa orang Islam di kalangan mereka.Tetapi dalam sejarah Melayu dan Nusantara,perkara-perkara begini tidak kita dengar dan terbaca.Apabila raja Melayu masuk Islam,maka secara automatik rakyatnya beramai-ramai membuang sembahan-sembahan patung dan animisme kepada mentauhidkan Allah s.w.t.Tanpa peperangan,tanpa sengketa.Islam masuk ke Nusantara melalui cara perdagangan dan hubungan muamalah,bukan paksarela atas nama peperangan.Bangsa Cina masih banyak yang kafir dari Islam begitu juga dengan India.Negara paling banyak penduduk Islam ialah Indonesia yang merupakan campuran kaum-kaum Nusantara/Austronesia termasuk Melayu.

Nikmat yang paling bernilai ialah nikmat Islam dan iman.Allah s.w.t telah letakkan bangsa Melayu di tengah-tengah transit perdagangan.Cukuplah Allah s.w.t anugerahkan kita Selat Melaka,darinya banyak rezeki melimpah ruah atas keizinan-Nya.Dunia Allah Taala sudah bagi,Allah s.w.t pilih lagi kita orang-orang Melayu dalam agama Islam,apalagi nikmat Allah yang mahu kita dustakan lagi?Bumi subur,laluan perdagangan,ada minyak pula.Sebab itu orang luar sanggup bermati-matian berebutkan homeland kita ini sehingga sanggup menipu mengatakan kita pendatang.Saya namakan ini sindrom 'pendatangness' sebab hanya mereka berjiwa pendatang sahaja tiba-tiba melatah tak tentu pasal menuduh orang lain pendatang.

Kalau tidak mengapa I-Ching (Yi Jing) seorang sami dan pengembara China dari era dinasti Tang singgah di negeri-negeri Melayu dan menceritakan di hadapan Maharani Wu bahawa dia bertemu dengan 'the nation of Mo-lo-yu' serta belajar bahasa Melayu untuk menimba ilmu kependetaan Buddha dari mahaguru-mahaguru terkenal di sana?Ketika era keemasan Srivijaya,orang Melayu adalah rujukan kedua kependetaan agama Buddha selepas India dan jika tidak mampu ke India untuk belajar agama Buddha,para pelajar seluruh dunia ketika itu akan singgah di negarakota-negarakota Melayu purba untuk belajar agama Buddha.Terdapat universiti di kota Srivijaya,sama seperti Universiti Islam Antarabangsa atau Pesantren Temboro,di mana seluruh dunia bertumpu untuk belajar agama.I Ching menyebutkan bahawa beliau telah melihat kitab-kitab asli Buddha seperti Tripitaka yang sebanyak 500 gatha ditulis dalam 'bahasa Sriwijaya' (bahasa Melayu Kuno) dan jika diterjemahkan dalam bahasa Cina akan memakan ribuan jilid.

Segala makhluk kiasu yang takut miskin dan kebuluran itu wajib membaca catatan I-Ching;Account of Buddhism sent from the South Seas dan Buddhist Monk's Pilgrimage of the Tang Dynasty untuk mengetahui pengiktirafan orang Cina purba tentang 'the nation of Mo-lo-yu',satu bangsa purba yang sejak zaman berzaman menduduki Asia Tenggara yang digelar 'Southern Sea' oleh dinasti-dinasti purba Cina seperti Shu dan Chen.


Ketika darjat kerohanian Buddha orang-orang Melayu mencapai tahap 'dewa' sehingga sami Cina selesa belajar dengan orang Melayu (I Ching pernah dirompak dan ditinggalkan berbogel oleh perompak jalanan ketika di India,manakala ketika di wilayah Srivijaya,beliau diberi perlindungan oleh Maharaja Srivijaya),ketika salah seorang maharaja Melayu Srivijaya,Indravarman mengutus surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal warak untuk belajar tentang Islam,ketika itu pintu hidayat tidak boleh ditahan-tahan lagi.Satu persatu raja-raja di Alam Melayu memeluk Islam termasuk raja Champa dan Patani.Mereka rela mencampak segala ilmu kerohanian Buddha aliran Tantra (orang Melayu purbakala antara pengasas aliran 'sufism' Buddha ini) yang dibangunkan mereka,meninggalkan kemasyhuran mereka ketika era Hindu-Buddha,memeluk Islam dan menghadapi kemaraan Imperialis Eropah.

Kami sampai di kem perkhemahan sekitar pukul 3 petang.Suasana di puncak gunung amat misteri.Saya begitu kepenatan,masih di dalam situasi tidak percaya saya boleh sampai ke puncak.Abang Hamid akan menunjukkan saya kawasan batu nisan aneh itu selepas asar.

Saya berehat di dalam khemah dan sempat berfikir-fikir tentang seorang pelajar saya yang asyik 'menganggu' sesi kuliah saya.Namanya Nik Azri.Ketika saya memberikan syarahan,dia akan mengangkat tangan dan mula bertanya soalan-soalan yang kadang-kadang menguji kesabaran saya.Matanya asyik merenung wajah saya ketika saya bercakap dan mula menunjukkan muka pesimis;tersengih-sengih dan mencebikkan bibir seolah-olah memperlekehkan saya.Kemudian dia akan mengangkat tangan.

"Err...Cikgu Siti,apa buktinya bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan di sekitar Sulawesi?Berikan saya bukti-bukti yang jelas.Cikgu mengatakan bahawa raja-raja Bugis dan Kepulauan Rempah menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi,siapa yang kata?Saya mahu bukti jelas bukan cakap-cakap orang...",beberapa pelajar menjeling ke arah Nik Azri yang tersenyum mengejek.Hanya si nakal itu saja berani membahasakan diri saya 'cikgu' manakala para pelajar lain seperti biasa memanggil saya dengan nama Cik Siti.Saya sedar ramai pelajar tidak berpuashati dengan Nik Azri,namun kerana dia memegang jawatan penting MPP dan berpengaruh maka mereka mendiamkan diri sahaja,tambahan lagi pelajar junior yang mengharapkan kupon asrama.

Saya merenung wajah Nik Azri.Pemuda itu mengangkat keningnya,sambil tersengih.Saya merenung lantai seketika sambil cuba tersenyum."Bahasa Melayu sememangnya adalah bahasa perdagangan sejak zaman-berzaman di kawasan Asia Tenggara.Ini disebabkan faktor aktiviti para pedagang dan pelayar Melayu yang aktif di Selat Melaka dan sekitarnya.Thomas Bowrey* yang telah berlayar dan berdagang di sekitar Teluk Bengal dan Asia Tenggara selama 19 tahun pada abad ke-17 mencatatkan bahawa,'...whereas in all the islands...the Malay Language is received and generally used in all trading ports of those islands,as a Trading Language...' menunjukkan pengaruh bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan". Saya menarik nafas.

"Dalam catatan yang lain,Bowrey menulis,'...there is several different nations and languages...but I must tell you,that the Malayo Language spoken in the Islands,is somewhat different from the true Malayo spoken in the Malayo country, although not so much,but to be easily understood by each other. The Malayo spoken in the Islands is called Basadagang (bahasa dagang), that is to say, the Merchants or Trading Language,and is not so well esteemed as the true Malayo...',jadi dalam konteks ini jelas pemerhati Eropah yang berpengalaman selama 19 tahun ini membuat kesimpulan yang tepat tentang situasi bahasa Melayu ketika itu".Saya meletakkan fail saya di atas meja.Saya mengangkat kening ke arah pemuda nakal itu."Adakah ini membantu anda,Nik Azri?" Saya pula tersenyum mengejek ke arahnya.

Nik Azri nampaknya tidak mahu mengalah.Mungkin dia keturunan Bugis yang tidak percaya bahasa Melayu digunakan secara meluas oleh raja-raja Bugis dan para Daeng yang berlayar dan berdagang hingga ke Johor."Itu cakap-cakap orang Cikgu,saya sudah katakan tadi,bukti-bukti yang jelas...saya mahu bukti konkrit,dokumen atau manuskrip.Cikgu ada?",pemuda itu menjuihkan bibir dan seperti biasa beberapa kerat juak-juaknya mula membuat kecoh dalam dewan kuliah.

"Bawa bertenang.Soalan awak Nik Azri...tak mencabar langsung,dalam dua pucuk surat Sultan Abu Hayat dari kerajaan Ternate kepada King John III (Portugis) masing-masing ditulis dalam tahun 1521 dan 1522,sepenuhnya ditulis dalam bahasa Melayu",saya tersenyum ke arah pelajar perempuan yang mula memprovok Nik Azri.

"Saya mahu tengok contohnya",budak nakal itu tidak berpuashati.

"Bila-bila masa awak boleh datang ke bilik saya,saya akan tunjukkan contoh manuskripnya",saya membalas.

Nik Azri kadangkala bertindak di luar kesabaran saya.Ada kertas jawapan ujian atau peperiksaan semesternya yang mempunyai 'mesej-mesej rahsia' yang ditujukan kepada saya;sebagai penyemak kertas jawapan.'Love u so much...' atau 'My dream girl' acapkali ditulis dalam font kecil dihujung kertas jawapan.Saya sedar perbezaan umur saya tidak jauh beza dengan beberapa pelajar.Saya antara tenaga pengajar termuda di sini.

Sultan Abu Hayat ialah antara pemerintah Kesultanan terkuat di wilayah yang dikenali di Barat sebagai 'Spices Island'.Pemerintahan Kesultanan ini pernah mencakup timur Sulawesi,Ambon dan Seram.Ketika berurusan dengan kuasa asing,sultan-sultannya berkomunikasi dalam bahasa Melayu.Contohnya dalam sepucuk surat tahun 1522 kepada raja Portugis:

Ini surat kaseh Sultan Abu Hayat surat datang ke-pada ayahanda Sultan Portukal dunia 'alam ialah yang maha besar...


"Siti,nak tengok batu nisan tu tak?"Abang Hamid bertanya petang itu.

Kami pun meredah satu denai yang sederhana panjang.Kemudian kadangkala berhenti.Lama juga kami berpusing-pusing mencari batu nisan itu.Adakalanya Abang Hamid berpatah balik.Saya lihat dahi Abang Hamid berpeluh.Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati.

"Kenapa Abang Hamid?",saya berbisik perlahan sambil memandang lelaki berusia 40-an itu.

"Semua tanda ke batu tu dah hilang,"keluhnya.Suasana mula bertukar senja.

Saya menenangkan diri saya.Mulut saya terkumat-kamit membaca surah Alam Nasyrah.Lebih kurang sejam kami mencari.Saya bergerak mengikut Abang Hamid ke satu belukar terletak berdekatan pokok besar yang ditumbuhi 'pokok langsuir' di dahannya."Abang rasa di sini tempatnya,syukur...itu dia di sana,"Abang Hamid bergerak cepat dan menyelak satu rimbunan belukar tebal.

Saya melihat satu batu yang sederhana besar,berbentuk hampir segiempat sama membujur.Di atasnya ada sebarisan tulisan aneh seakan-akan tulisan Kawi atau sub-Pallava.Benar-benar diri saya diselubungi misteri apabila bertekuk mendekati nisan tua yang terbaring itu.Saya cuba membaca tulisan itu,namun gagal."Apa katanya?"suara Abang Hamid kedengaran di belakang saya tetapi garau sedikit.

"Siti tak dapat nak terjemah,tapi ada tulisan yang macam melambangkan angka-angka,"saya membalas tanpa memandang Abang Hamid.

Di sini bersemadi
tujuh keluarga
yang mati dibunuh
oleh pengkhianat dari Ligor
pada 13 haribulan tahun Saka 1376


Suara garau itu membaca tulisan pada batu nisan.Saya spontan menoleh ke belakang.Alangkah terkejutnya saya apabila Pong tiba-tiba berdiri di situ,bukannya Abang Hamid.Wajahnya sungguh ngeri,darah pekat keluar dari mulutnya.Bajunya koyak rabak.Tangan kanannya terkulai seakan-akan patah.Saya seperti mahu menangis.

"...kau buat apa di sini Pong?"saya bersuara tiba-tiba tanpa kesedaran.

"Yang bunuh orang-orang kau ialah orang kau sendiri.Bukan kami.Dalangnya Putera Ligor,saudara raja kamu.Dia yang hasut Raja Siam..."Pong ketawa menyeringai.Sungguh menyeramkan.

"Bohong...!"

Tiba-tiba suasana menjadi gelap.Saya merasa pening.Mata saya melilau ke sana sini mencari cahaya.Gelap amat.Tiba-tiba ada sesuatu di pangkuan saya.Benda yang keras dan bersalut tanah lembab.Saya dengar bunyi tangisan dari benda itu.Tak semena-mena suasana bertukar cerah sedikit.Saya memandang ke atas,ke punca cahaya itu.Cantiknya rembulan itu.Saya masih memangku benda keras seakan batu pejal itu.Kemudian saya memandangnya.

Batu nisan.Cahaya rembulan melimpahi permukaannya.Saya lihat tulisan di atasnya diukir dengan warna merah.Seperti darah segar yang keluar dari luka yang baru.

Saya mendongak.Rembulan itu bergerak-gerak.Kemudian saya lihat rembulan tadi bertukar menjadi cahaya lampu suluh.Saya sempat mengecam wajah Abang Hamid sebelum segala-galanya kabur.












ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

biar hanyirnya membau perjuangan













 






*Thomas Bowrey's bilingual dictionary,published by Sam London in 1701












~The Naga King's Daughter